




Doa ku yang mengharap hanya dari Mu ya Ilahi,
Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil..Ya Allah kini menjelanglah malamMu dan beredarlah sudah siangMu, dan inilah keluhan suara orang-orang yang berdoa padaMu, maka oleh itu ampunilah dosaku. Ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati2 ini dgn ma’rifat tentangMu…maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.
Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmah, ajarkanlah kami, Ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.
“maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih kepada Daud. Dan kamilah yang melakukannya” (al-Anbiya’:79)
Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan nabi Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad s.a.w., selamatkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmuMu, dan jauhkanlah kami dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.
Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrataa’yun wajaalna lil muttaqina imama.