Ukhwah Islamiyyah

Khamis, 28 Februari 2013

TERUSKAN PERJUANGAN





















Buat Tentera Islam sekalian. insyaAllah ! Pesan Ustaz Aidil Adha Hafizahullah dalam kuliahnya, dengan lambatnya PM bubar Parlimen, inilah saki baki peluang yang di bagi oleh Allah s.w.t untuk kita teruskan gerak kerja dakwah, mengajak orang untuk sokong dan undi Islam.

Kita tidak mahu kita sahaja, kalau boleh kita nak, kawan, keluarga dan sahabat yang lain juga, undi dan ajak mereka faham Islam. Bila faham Islam, maka dia akan tahu, apa sepatutnya yang di sokong teruskan berkerja sahabat-sahabat sekalian.

Seharusnya, tugas dakwah ini dipikul oleh setiap muslim. Ayuh para daie, kita semarakkan perjuangan di medan ini agar semua ummat islam yang terleka, kembali menyedari tugas-tugas yang menjadi kewajipan kita sesama Islam ini. Dalam usaha dakwah ini, suatu key point yang amat penting untuk ditekankan adalah;
Laksanakan dakwah yang menyentuh hati, bukan dakwah yang menyakiti hati. Sesungguhnya ummat Islam adalah ummat terbaik yang dilahirkan untuk sekalian manusia kerana;

  • ummat Islam menyuruh berbuat yang makruf 
  • ummat Islam mencegah perbuatan mungkar 
  • ummat Islam beriman kepada Allah

Kenapa terlalu sukar dan sepertinya mustahil untuk mengembalikan kegemilangan Daulah Islamiyah seperti di zaman nabi dan para sahabat terdahulu..?

Ketahuilah bahawasanya ummat Islam kini memerlukan da'ie yang bergerak menyebarkan kefahaman Islam. Walaupun pentadbiran negara dipimpin golongan Muslim, namun kelihatannya masih sukar untuk membawa perubahan kepada peningkatan agama ini. Jawapannya diberikan oleh kata-kata Hassan al- Hudaibi;

Tegakkan Islam di dalam diri, nescaya Islam akan tertegak di bumi.

Adalah tugas para daie untuk menegakkan Islam dalam diri setiap ummat kerana para daie memiliki kesedaran itu dan ilmu yang mendalam. Benar, kita sememangnya hidup dalam golongan idealis yang memiliki tahapan IQ yang tinggi dan berpotensi dalam peningkatan hidup ummat, namun, tugas para daie lebih penting dalam membina ummat yang memahami Islam dan mengamalkan Islam secara keseluruhan. 

Rasulullah boleh-boleh sahaja menerima tawaran musyrikin Makkah yang menawarkan jawatan dalam pemerintahan asalkan baginda bisa berhenti berdakwah. Jika dilihat dari luaran, bisa sahaja Rasulullah menegakkan Islam dengan mudah kerana baginda bisa memegang tunggak pemerintahan. Namun, kekasih Allah ini memilih jalan dakwah, yang menjanjikan kesulitan dan ujian yang bertimpa-timpa dari Allah.

Apa alasannya?

Kerana, baginda menyedari, sekiranya pemerintahan diambil alih oleh Islam lalu seluruh sistem diolah mengikut cara Islam, pasti tambah huru-hara masyarakat, lantas masyarakat Islam sendiri yang boleh menjadi peruntuh siasah Islam itu sendiri. Ini kerana, masyarakat masih belum memahami islam dengan sebetulnya.

Lalu, baginda memilih jalan dakwah, agar boleh menyemai kefahaman Islam dan iman yang tinggi dalam hidup masyarakat di zaman itu. Hasilnya? Nah! 23 tahun usia dakwah nabi, menghasilkan kerajaan islam yang cukup baik!

Di zaman kini, 1/5 bilangan penduduk bumi adalah ummat Islam. Tidak dijamin lagi jika ada seorang pemimpin Islam yang bangun untuk merombak seluruh sistem mengikut kaedah islam, akan mendapat sokongan penuh 1/5 ummat Islam dunia kini. Sebenarnya, di antara 1/5 ummat manusia ini, kebanyakannya menentang pemerintahan Islam itu sendiri.

Sebagai ringkasan, usaha dakwah itu takkan boleh dihentikan. Ummat Islam butuhkan daie yang bergerak menyebar kefahaman Islam, bukan pemerintahan islam yang menaungi ummat yang masih huru-hara berkenaan Islam.

Wallahu 'alam.

Rabu, 27 Februari 2013

Siapa paling sesuai menjadi idola remaja Islam Malaysia


























Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Dan dia baru berumur 17 tahun!!!

Dialah pemuda itu. Hafiz Qur’an, bersuara indah.. Masyaallah..Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran. Pada usia 4 tahun, dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran. 

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Cuba cari Fatih Seferagic di youtube dan facebook. Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguhhhh merdu!! SUBHANALLAH...

Ahad, 24 Februari 2013

Pegangan Hidup (Wajib Baca)























 “Wahai Manusia! Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kamu sesuatu yang bila kamu pegang ia erat-erat niscaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, dua sahaja: Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah RasulNya. Hai Manusia, dengarkanlah baik-baik apa yang aku ucapkan kepada kamu niscaya pasti kamu bahagia untuk selama-lamanya dalam hidupmu!” 

Ini merupakan terjemahan kepada sebahagian daripada ucapan Rasulullah SAW semasa haji wida’, haji pertama dan terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ucapan ini disampaikan di Padang Arafah ketika melakukan wukuf.

Berpegang kepada Al Quran dan Sunnah RasulNya

Setiap hari kita akan berdoa dan memohon agar Allah SWT memberikan kita kebahagian di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari api neraka. Itu matlamat dan wawasan hidup manusia Islam (Wawasan ABADI). Kalau ingin mencapai matlamat dan wawasan ini kita tak boleh sesat dalam perjalanan hidup ini. 

Jalan untuk mengelak sesat ialah berpegang kepada Al Quran dan Sunah RasulNya. Persoalannya ialah bagaimana nak berpegang kepada Al Quran dan Sunnah Rasul jika kita tak pernah nak kaji secara mendalam dua perkara ini.

Kalau kita ada anak yang nak ambil peperiksaan UPSR, PMR atau SPM, semua pihak yang terbabik akan berusaha dengan berbagai tektik dan strategi bagi mencapai matlamat banyak A. Tetapi kejayaan dapat banyak A bukan segala-galanya dalam hidup ini. Ada yang tak ada A pun dalam UPSRnya boleh juga belajar sampai dapat PhD atau Ijazah Master. Dapat A dalam peperiksaan itu perkara kecil sahaja tetapi usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan banyak A itu dibuat dengan bersungguh-sungguh. 

Bagaimana kalau nak capai matlamat dan wawasan ABADI di atas. Adakah usaha kita buat secara bersungguh-sungguh atau buat sambil lewa atau tak buat langsung.

Hendak berpegang kepada Al Quraan dan Sunah RasulNya perlulah kedua-duanya difahami dahulu. Ertinya kena belajar dan menaruh minat untuk belajar. Sememangnya orang Melayu Islam di Malaysia ini, ramai tak faham bahasa Arab (bahasa Al Quran dan Hadis), oleh itu bagaimana hendak faham Al Quran dan Sunah RasulNya. Manakala untuk tidak sesat selama-lamanya baik di dunia dan akhirat kena rujuk sehari-hari apa yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis serta Sirah Rasululullah SAW.

Masalah tak faham bahasa Arab boleh diatasi dengan mencari terjemahan serta tafsir Al Quran dan juga terjemahan kitab-kitab Hadis serta sekali sekala pergi berguru dengan alim ulamak. Kalau nak serta merta bagaimana?

Oleh itu disarankan disetiap rumah orang Melayu Islam hendaklah ada Al Quran, Al Quran terjemahan (Pimpinan Ar Rahman) dan Tafsir Al Quran. Hendaklah ada kitab Bukhari dan Muslim serta terjemahannya. Hendaklah ada kitab fekah Mazhab Syafie dalam Bahasa Melayu. Ini adalah perkara asas yang perlu ada dalam setiap rumah orang Melayu Islam di Malaysia. Buku dan kitab ini lebih penting dari melanggan ASTRO dan jauh lebih penting dari membeli set perabot atau set-set hiburan seperti set karaoke dan sebagainya.

Setelah kitab dan buku ini ada dalam simpanan di rumah masing-masing, hendaklah kita membacanya setiap hari lebih hebat dari membaca akhbar Berita Harian atau Utusan Melayu, kemudian adakan pula masa sekurang-kurangnya seminggu sekali peluang untuk mentelaah kitab dan buku ini bersama-sama alim ulamak yang boleh menjelaskan kandungannya. Ini proses untuk mendapat kefahaman ilmu.

Sesudah faham apa yang terkandung dalam Al Quran dan sunah RasulNya secara minima, maka amalkanlah sedaya upaya. Biar sedikit tetapi berterusan atau istiqamah.

Satu masalah besar ialah persekitaran kita tidak bergerak ke arah kefahaman itu. Tambahan pula ada orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat dan negara yang memandai-mandai buat sesuatu pendapat yang menyongsang dengan Al Quran dan Sunah RasulNYa. (ini yang berlaku ketika ini – isu Hukum Hudud tak ada dalam Al Quran, kununnya Hukum Hudud itu dibuat oleh ahli fikah sahaja).

Adalah disarankan kepada semua: Jika perkara itu terdapat dalam Al Quran maka wajiblah diterima. (Bagaimana nak nilai kalau tak pernah baca dan faham Al Quran). Jika perkara itu terdapat dalam Hadis, khususnya hadis sahih, wajiblah diterima. Jika perkara itu merupakan pendapat manusia yang tidak bersandarkan kepada Al Quran dan Sunah RasulNya maka kita boleh menolak atau boleh menerima. Tak kiralah siapa yang memberikan pendapat tentang perkara itu. Tak mestinya dia menteri dia tahu semua, tak mestinya dia bekas PM di tahu semua dan betul semua. Mungkin pendapat orang biasa lebih bisa dan lebih tepat daripada pendapat seorang besar dan tersohor lagi ternama.

Rasulullah SAW telah meningatkan kita bahawa peringatan dari baginda akan dapat membahagiakan hidup kita selama-lamanya sekiranya kita amalkan.

Wallah wa’lam.

Panggilan Allah hanya 3 kali seumur hidup...Renungkanlah


Sabtu, 23 Februari 2013

Teladan Perubahan


Kejayaan mengubah manusia banyak bergantung kepada faktor pengubah itu sendiri. Justeru, pemimpin atau sesiapa sahaja yang hendak mengubah sikap bangsanya mestilah menjadi teladan perubahan. Berubahlah untuk merubah orang lain!

Rasulullah s.a.w. berjaya mengubah manusia kerana baginda terlebih dahulu menjadi qudwah hasanah – contoh yang baik pada seruan, pendidikan dan pimpinannya. Hanya orang yang berjaya mengubah sikapnya dahulu, barulah dia akan berjaya mengubah sikap orang lain.

Manusia lebih mempercayai mata daripada telinga. Maksudnya, cakap kita yang didengar manusia akan menjadi hambar sekiranya sikap kita yang dipandang terlalu tercemar. 

kredit: akuislam.com

Jumaat, 22 Februari 2013

PAS kini sedia mengatasi Umno - Raja Nazrin































KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun. "Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri," titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda.
 
Ucapan penuh Raja Nazrin


Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

Pic ini secara ringkas kewajipan dan keutamaan kita sebagai suami atau isteri

Turutan kewajipan anak lelaki / suami & anak perempuan / isteri.

Kadang-kadang kita keliru, sebagai anak lelaki, kita nak utamakan ketaatan kepada siapa..? Nak utamakan ibu bapa atau isteri..? Kadangkala yang perempuan sebagai isteri, nak taat kepada suami atau ibu bapa, yang mana lebih patut diutamakan..?

Jadi, pelbagai keadaan berlaku dalam kehidupan kita. Kita sebagai suami wajib taat kepada ibu bapa, dan isteri wajib taat kepada suami. Jika ada sebarang masalah, bersegeralah untuk berbincang dan bertolak ansur.

Aturan Keutamaan Dalam Hidup Suami dan Isteri

Lihat turutan di bawah untuk lebih faham mengenai aturan keutamaan manusia dalam hidup lelaki dan perempuan selepas berkahwin;

Lelaki
  1. Ibu Bapa Kandung 
  2. Isteri 
  3. Anak-anak 
  4. Ibu Bapa Mertua 
  5. Adik beradik Kandung / Tiri 
  6. Adik Beradik Isteri 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran Tetangga 
Perempuan
  1. Suami 
  2. Anak-anak 
  3. Ibu bapa kandung 
  4. Ibu bapa mertua 
  5. Adik beradik kandung / tiri 
  6. Adik beradik suami 
  7. Datuk / nenek 
  8. Anak-anak saudara dekat 
  9. Lain-lain saudara luar (bapa saudara, sepupu sepapat, biras) 
  10. Jiran tetangga 
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah yang bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda, “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi, “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Jadi, boleh nampak tak kat sini yang bagi seorang isteri, selepas berkahwin keutamaan dia berubah kepada suami dan anak-anaknya terlebih dahulu sebelum keluarganya sendiri. Namun, masih ramai yang belum faham peraturan ini, malah ada yang meletakkan keutamaan pada tempat yang tidak sepatutnya. Contohnya, mak bapak angkat, anak buah, sedara sekampung, kawan baik, dan rakan sekerja. Ada pulak yang sanggup berhutang untuk tolong rakan sekampung, padahal anak bini terabai.

Sebenarnya isteri selepas berkahwin kalau tak nak jenguk saudara maranya pun, beliau tidak berdosa. Kita ini manusia biasa, perkara yang wajib pun tak tertunai inikan pula yang sunat. Sudah menjadi keutamaannya sebagai isteri untuk mendahulukan hal suami dan anak-anak sebelum keluarganya sendiri. Malah, kalau ditakdirkan yang kedua-dua ibu si suami dan isteri sakit tenat serentak, si isteri hendaklah pulang mengikut suaminya menziarahi ibu mertuanya terlebih dahulu sebelum menjenguk ibunya sendiri.

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)

Malah, ibu bapa perempuan itu pula mendapat pahala di atas ketaatan anaknya pada suami. 

Tanggungjawab sebagai anak akan dipenuhi selepas tanggungjawab "terpindah" sebagai suami isteri dipenuhi. Namun, tak semua tanggungjawab pada ibu bapa mesti kita patuh. Ada batas dan had-had yang mesti diketahui supaya tidak diambil kesempatan.

Di sinilah bezanya antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawab yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipannya. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tambahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumahtangga.

Apabila sudah berumahtangga, kita mengambil "tanggungjawab terpindah". Faham tak apa maksudnya? Tanggungjawab yang terpindah di bahu kita sebaik sahaja lafaz akad nikah dibuat. Bila kita sendiri memilih untuk memindahkan tanggungjawab dari ibu bapa kepada suami dan isteri, maka kita harus tunaikannya sebaik mungkin. Terbatalnya akad nikah ni, maka terlucutlah tanggungjawab si suami pada isterinya dan begitulah sebaliknya. Bila dah jadi ex, isteri terpulang untuk tidak patuh lagi dengan bekas suaminya.

Maka, di sini kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu barulah berkewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka. Contohnya anak yang masih bujang dan tinggal serumah dengan ibu bapa. 

Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENUNAIKAN HAK-HAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA TERLEBIH DAHULU berbanding hak ibu bapanya atau adik beradiknya yang lain. Perlu diingat juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Hadis yang bermaksud : "Sekiranya aku memerintah seseorang supaya sujud kepada seseorang , nescaya aku akan memerintahkan seorang perempuan supaya sujud kepada suaminya."

Hadis ini adalah sahih. Ia diriwayatkan oleh Al-Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Ia menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang merupakan ketua rumah tangga. Apabila suami dan isteri saling menunaikan tanggung jawab masing-masing Insya Allah, rumah tangga mereka merupakan sebuah taman yang diberkati oleh Allah .

Rabu, 20 Februari 2013

Potong Kuku Mengikut Sunnah

























Jom potong kuku mengikut sunnah

Imam Ghazali ada mengajarkan kepada kita cara-cara memotong kuku mulai dari tangan kanan barulah kekiri:

Tangan kanan = Mula daripada jari telunjuk-jari tengah-jari manis-jari kelengking-ibu jari.

Tangan kiri = Mula daripada jari kelengking-jari manis-jari tengah-jari telunjuk-ibu jari.

Senang je, kan..?

Semoga kita dapat pahala sunnah...

Isnin, 18 Februari 2013

'Ciuman' Tahi Bintang ke Bumi

SUDAH HAMPIR?: Lakaran artis paparkan tahi bintang 2012 DA14 menuju bumi.
- Foto REUTERS






















Oleh A. RAHMAN BASRUN

MALAM, ini, bumi akan mempunyai tetamu istimewa - berupa sebutir tahi bintang atau lebih tepat, asteroid, yang akan menghampirinya dengan kelajuan lebih cepat daripada peluru.

Waktu ketibaannya? Pada 2.24 petang ikut Eastern Standard Time, atau 1.24 pagi waktu Singapura. 

Sebenarnya, jutaan tahi bintang menghujani bumi setiap hari. Cuma kebanyakannya sebesar guli.

Kali ini, asteroid itu sepanjang 45.7 meter - sebesar bangunan pejabat, atau separuh padang ragbi.

Kedua, ia asteroid terdekat sebesar itu pernah menghampiri bumi.

Kata agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), tiada peluang bagi asteroid itu - yang dikesan setahun lalu dan dinamakan 2012 DA14 - akan terkena bumi.

Paling dekat adalah 27,359 kilometer - atau satu setengah kali garis pusat bumi.

Ia dekat sekali - bulan saja jauhnya 30 kali garis pusat bumi.

Jika terkena bumi, impaknya akan sama dengan asteroid yang terhempas di Russia pada 1908, sehingga menghapuskan jutaan pokok seluas 2,100 kilometer persegi atau tiga kali saiz Singapura.

Dulu, tahi bintang yang terhempas di bumi dikatakan menyebabkan dinosaur pupus sekitar 65 juta tahun lalu - sebesar 10 kilometer lebarnya, dengan daya kuasa ledakan sebilion kali lebih dahsyat daripada bom atom yang memusnahkan Hiroshima and Nagasaki.

Bagi mereka yang berminat, 2012 DA14 besar kemungkinan boleh dilihat malam nanti dengan menggunakan teleskop kecil saja.

Memang di angkasa lepas terdapat dua jenis tahi bintang - komet dan asteroid - yang berlegar dalam orbit tersendiri. 

Bezanya, asteroid setakat batu sementara komet pula mungkin bersalut ais dan kompaun organik.

Apabila komet atau asteroid berpecah, serpihannya dipanggil meteoroid. Jika masuk ke atmosfera bumi dan terbakar, ia digelar meteor.

Pemerhatian tahi bintang termasuk dalam bidang astronomi Islam.

Astronomi Islam - terutama pada abad kelapan hingga ke-15 Masihi - meninggalkan pengaruh besar ke atas dunia.

Padahal ilmunya begitu cetek pada zaman Nabi Muhammad saw - antara pegangan masyhur bersumber daripada pemikir Aristotle - yang percaya bumi di tengah-tengah galaksi, bukan matahari seperti disebut dalam Al-Quran.

Bintang seperti Aldebaran dan Altair dan istilah astronomi seperti 'alhidade' dan 'azimuth' kesemuanya asalnya bahasa Arab.

Malah, dianggarkan terdapat 10,000 manuskrip di seluruh dunia mengenai astronomi Islam.

Pentingnya astronomi dalam dunia Islam terlihat, misalnya, apabila sebuah balai cerap (observatory) dibina di Istanbul pada 1577.

Namun, ia dihapuskan gara-gara pemerhatian sebuah komet dikaitkan dengan malang yang menimpa negara.

Malah, dulu semasa empayar Uthmaniyah, pendidikan wajib seorang khatib bukan saja melibatkan pengajian Al-Quran, hadis dan seterusnya, bahkan astronomi.

Daripada Al-Quran, ada pihak menukil ayat 85 Surah Al-Hijr:

"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya, melainkan dengan benar."

Bagi mereka, "apa yang ada di antara kedua-duanya" merujuk kepada tahi bintang.

Ada pula pihak mentafsirkan ayat 164 Surah Al-Baqarah sebagai merujuk kepada teori sains bahawa air di dunia ini berasal daripada komet yang kemudian jatuh ke bumi:

"Dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air."

Pun daripada ayat 5 Surah Al-Mulk dan ayat 16 hingga 18 Surah Al-Jihir, iaitu tahi bintang dikatakan berfungsi sebagai melempari syaitan yang cuba mencuri-curi berita dari langit.

Lihat ayat 76 Surah Al-An'am:

"Ketika malam telah menjadi gelap, dia (Nabi Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: 'Inilah Tuhanku'. Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: 'Saya tidak suka kepada yang tenggelam'."

Ada pihak mengatakan bintang yang dimaksudkan itu adalah komet Halley - kerana ia datang melepasi bumi setiap 76 tahun!

Apa jadi jika asteroid seperti 2012 DA14 tetap meluru ke bumi?

Yang menarik, atmosfera bumi yang sekitar 50 kilometer tingginya melindungi bumi daripada dibedil tahi bintang.

Sebabnya? Sebaik saja tahi bintang memasuki atmosfera bumi, gas di atmosfera menjadi mampat hinggakan naik suhunya setinggi 1,650 darjah Celsius sehingga mencairkan tahi bintang itu.

Namun, kalau tahi bintang itu terlalu besar dicairkan, tunggulah padahnya nanti.

Bak disebut pada ayat 92 Surah Al-Isra' - orang kafir berkata "atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu (Muhammad) katakan".

Itu boleh merujuk kepada bom-bom berguguran dari langit ataupun tahi bintang.

Kini, Agensi Angkasa Eropah (ESA) sedang berusaha dengan Makmal Fizik Amalan Universiti Johns Hopkins mencari jalan bagaimana menangkis asteroid yang hinggakan sebesar gunung - bak dalam filem Armageddon ataupun Deep Impact.

Bak disebut dalam ayat 88 Surah An-Naml:

"Dan kami lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan."

Ada doa melihat tahi bintang:

"Masya-Allah, la-quwata-illa-billah."

Ertinya, apa yang dikehendaki Allah, tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Begitulah hebatnya ciptaan-Nya.

Sabtu, 16 Februari 2013

Haram Melakukan Kezaliman




















"Allah sendiri mengHARAMkan ZALIM kepada sifatNya, justeru itu Allah haramkan zalim sesama kita... Zalim = letakkan sesuatu tak kena pada haknya. Zalim paling BESAR ialah menSYIRIKkan Allah...

Sabda Nabi; '..apabila (manusia) lihat orang zalim buat zalim sedangkan dia tak ambil tindakan dengan tangan (kuasa)nya (tak buat apa), hampirlah Allah akan meratakan mereka itu dengan azab dan bala... / kena doakan kapal (orang jahat) karam kerana apabila ia karam, kita (orang baik) boleh selamatkan mereka (ikut bersama) ke kapal kita ;)... / lawanlah kezaliman hingga yang berKUASA hanyalah AL-QURAN & HADITH...

JIHAD paling afdhal = bercakap BENAR cegah kemungkaran di hadapan pemimpin2 yang zalim... (di Akhirat) Nabi tak akan mengaku orang yang buat zalim sebagai UMATNYA... / jadilah orang bermaruah yang memandang keBESARan itu ialah AKHIRAT... / perkataan BURUK yang diSUKAI Allah DOA orang yang dizalimi (Nabi; takutilah ia kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah)... / jadilah orang yang suka berikan KEMAAFAN walaupun pernah dizalimi..

Kita BERJUANG bukannya untuk puaskan hati... / sunnah sebarkan MIMPI yang BAIK adalah untuk motivasikan  / segarkan MINDA (sahabat)..."

 – ustaz Uda Kassim
(Ada 7 video klip / rakaman di bawah)

7 Amalan Sunnah Rasulullah SAW




























Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Kedua:  Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. 

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.        

Kelima: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Keenam: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Ketujuh:  Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.     Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Jom amalkan 7 sunnah Nabi SAW ini. Kalau tidak dapat buat semua, janganlah pula tinggalkan semua.

Jumaat, 15 Februari 2013

Jadilah Kamu Orang Yang Berilmu dan Jadilah Seorang yang Rajin Berdoa























Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang yang alim  (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".. (HR Al-Bazzar)....

Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang MENENTUKAN SIKAPNYA terhadap ilmu agama.... dengan salah satu dari EMPAT CARA, iaitu:

1] Menjadikan dirinya orang yang berilmu (alim), yang mengajar ilmu agama kepada orang lain, atau

2] Orang yang belajar ilmu agama; berusaha mencari ilmu dengan berguru, membaca, 'menadah' kitab, dan lain-lainnya, atau

3] Orang yang mendengar ilmu dan syarahan-syarahan agama; menghadiri kuliah-kuliah agama, atau majlis-majlis ilmu, atau

4] Orang yang mencintai dan menghargai ilmu agama, dan salah satu dari tiga golongan yang tersebut di atas, dengan menurut jejak langkahnya....

5] Golongan orang yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah GOLONGAN YANG BINASA; berilmu pun tidak, belajar ilmu pun tidak, mendengar pun tidak, kasih kepada ilmu pun tidak.... MALAH GOLONGAN INI MEMUSUHI salah satu, atau keempat-empat golongan di atas, mereka tidak ada pimpinan untuk dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah, yang HAQ dan yang BATHIL....

Imam Al-Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu agama (syarak) itu tidak ada faedahnya dipelajari, dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu TENGGELAM DALAM KESESATAN, dan jauh dari mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima, iaitu yang binasa...

ORANG YANG BERDOA' TIDAK AKAN RUGI...

Sebagai hamba, kita hendaklah sentiasa bergantung dengan Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang... Jangan sekali-kali PUTUS HARAPAN dan berputus asa dengan pertolongan Allah... Berdoalah setiap masa... Kerana orang yang sentiasa berdoa akan mendapat kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat... Tidak pernah rugi orang yang tekun berdoa... Namun sesiapa yang malas atau liat untuk berdoa akan menyesal sehabis-habisnya di akhirat nanti....

Sesiapa yang berdoa pasti akan mendapat ganjaran sama ada untuk kehidupan dunianya atau akhiratnya... Dengan syarat dia memenuhi syarat-syarat penerimaan doa tersebut... Antara syarat dan ganjaran doa ialah hadis Nabi S.A.W. dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Tiada seorang muslim pun yang memohon (kepada Allah Ta’ala) dengan doa yang tidak mengandung dosa (permintaan yang haram), atau memutus hubungan (baik) dengan keluarga / kerabat, kecuali Allah akan memberikan baginya dengan (sebab) doa, itu salah satu dari tiga perkara:

[1] boleh jadi akan disegerakan pengabulan doanya,

[2] atau Allah akan menyimpannya untuk kebaikan (pahala) baginya di akhirat,

[3] atau akan dihindarkannya dari keburukan (bencana) yang sesuai dengannya”. Para sahabat Radhiyallahu ‘anhum berkata: Kalau begitu, kami akan memperbanyak (doa kepada Allah)... Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah lebih luas (rahmat dan kurniaanNya)”... ( Imam Ahmad disahihkan oleh al-Hakim, Ibn Hajar dan al-Albaniy)...

Syarat doa diterima antaranya ialah hendak doa itu bukan kearah dosa dan maksiat, serta bukan untuk memutuskan silaturahim sesama muslim... Seseorang yang berdoa akan mendapat salah satu daripada tiga perkara di bawah :

a- Diterima doa serta-merta...
b- Disimpan untuk akhirat dalam bentuk pahala....
c- Diselamatkannya daripada musibah dan bencana....

Alangkah beruntungnya golongan yang banyak berdoa, kerana pasti mereka akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.... Semoga Allah membimbing kita agar sentiasa berdoa kepadaNya setiap masa....

kredit:  http://jaksa-yadim.blogspot.com

Rabu, 13 Februari 2013

Realiti Kehidupan Umat Islam Di Malaysia ( Baca & Renungkan )

Berikut ini saya kongsikan statistik realiti keadaan umat islam di Malaysia. Baca dan renungankan bersama. Kemudian, tanya diri kita termasuk golongan yang mana? Dan tanya diri, apakah yang kita lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya atau menghafalkannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yang membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yang seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yang membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yang telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yang lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yang menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

*Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri, Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk

Selasa, 12 Februari 2013

14 Feb: Gerakan Hari Menutup Aurat Sedunia

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia ingin menarik perhatian umum berkenaan pelancaran kempen Gerakan Menutup Aurat (Gemar) yang kini telah masuk tahun kedua.

“Gemar merupakan satu usaha kreatif untuk memberi pendedahan dan kefahaman masyarakat berkenaan isu-isu eksploitasi wanita dan lelaki melalui kempen penutupan aurat yang sempurna,” ujar Setiausaha Gemar Malaysia, Hikmah Sahimi dalam satu kenyataan.

Katanya, eksploitasi tubuh sebagai sebuah komoditi komersial jarang disedari oleh masyarakat kerana eksploitasi itu dijelmakan dalam bentuk fesyen atau ‘trend’ tanpa masyarakat sedar tubuh mereka sebenarnya telah dieksploitasi demi keperluan meterialistik.

Tambahnya, terdapat juga tanggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam, tidak kurang juga yang mengatakan penetapan menutup aurat ke atas wanita Muslim adalah bentuk penindasan kaum lelaki ke atas wanita.

Sebagai contoh, ujarnya isu yang pernah ditimbulkan oleh salah satu pertubuhan wanita di Malaysia yang mengatakan bahawa wanita mempunyai hak dan kebebasan untuk menentukan cara mereka berpakaian.

“Dalam hal ini, kami berpandangan bahawa dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik mutlak individu.

“Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain,” tegasnya.

Katanya, komuniti yang berpakaian sopan adalah hak yang perlu dinikmati masyarakat, sementara persoalan-persoalan lain berkenaan aurat telah juga Gemar sediakan jawapannya di laman ‘facebook’ Gemar Malaysia’.

Justeru, katanya diharapkan ia dapat menjadi rujukan umum bagi mereka yang memerlukannya.

Tambahnya, tarikh 14 Februari pula dipilih sempena sambutan hari kekasih dan ia diharapkan dapat menjadi satu sambutan alternatif kepada keghairahan sambutan tersebut.

Jelasnya, Gemar Malaysia turut menegaskan, sambutan Hari Kekasih oleh warga muslim pada hari ini, tidak lebih dari sekadar eksploitasi komersial untuk melariskan produk-produk cinta, mengambil kesempatan diatas kejalihan dan pendek akal masyarakat.

Katanya, kempen Gemar telah dimulakan di peringkat nasional dan antarabangsa sejak pertengahan Januari.

Kata beliau, di peringkat nasional dan Pulau Pinang khususnya, satu garis panduan mudah telah dipromosiakan di laman ‘facebook’ Gemar Malaysia.

“Melalui garis panduan ini, sesiapa sahaja yang mempunyai kesedaran tentang kempen aurat ini boleh memulakan usaha dakwah mereka di komuniti masing-masing dengan mudah dan secara rasmi, mereka adalah sebahagian daripada 1,500 penyokong Gemar setakat ini,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, katanya hal ini menyatakan bahawa anda tidak berseorangan dalam memperjuangkan isu kewajipan menutup aurat.

Beliau berkata, kempen Gemar Malaysia telah disambut oleh komuniti-komuniti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Di peringkat antarabangsa, kempen ini dijalankan secara aktif oleh rakan NGO-NGO Indonesia di samping sokongan oleh komuniti muslim Nusantara di Mesir, Perancis dan Hong Kong,” jelasnya lagi.

Katanya, acara kemuncak kempen itu akan diadakan di Pulau Pinang pada 14 Februari iaitu aktiviti turun lapangan untuk temu seru komuniti di sekitar Bayan Baru dan Kepala Batas dan Karnival Gemar di Masjid At-Taqwa, Bertam Indah pada 17 Feb yang akan menampilkan selebriti bertudung Diana Amir sebagai tetamu.

Selain itu, ujarnya penyokong-penyokong Gemar Malaysia di komuniti yang lain juga, merancang aktiviti mereka tersendiri.

(Sumber: Harakahdaily: 11 Februari 2013)

Isnin, 11 Februari 2013

RABIUL AKHIR


























Jika Rabiulawal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiul akhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan takwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rabiulakhir :-

1. Peperangan – ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir di antaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

2. Pengepungan Damsyik – pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu ‘Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Sayidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.

4. Peperangan Jamal – tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.a terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.

5. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

6. Imam Ghazali meninggal dunia.

7. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w (tarikh difardukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.

Fadhilat :-

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tidak lakukan atau tidak berkesempatan melakukannya. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi

kredit: http://www.al-azim.com

Sabtu, 9 Februari 2013

Sisipan kata mutiara






















Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri


Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.

Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.

Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.

Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:

Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas 

Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di tandas (bilik air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah SAW:

1. Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat), agar kotoran boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi penyebab batu karang mahupun lemah syahwat

2. Menggunakan alas kaki

Menurut kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar mandi/bilik air ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui tapak kaki orang yang ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di dalam bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran kebesihan.

3. Masuk kamar mandi  /bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan

Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri

Beristinjak (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinjak juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.

5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air

Nabi sangat melarang merancang atau membuat suatu rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”.

Kerana dikhuatiri rancangan / idea / inspirasi yang didapati berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air, baca istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merancangkan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang ramai. Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau akhbar.

6. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, apabila lubang bilik air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan sedikit

Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik air beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.

Wallahualam,

kredit: @ www.isuhangat.net.

Ahad, 3 Februari 2013

3 Jenis Cinta Manusia Kepada Nabi Muhammad SAW


























3 jenis manusia cinta kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam:

1) Cinta Abu Lahab kepada Nabi 

- Abu Lahab cintakan insan yang bernama Muhammad sejak bayi. Malah dialah antara orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi. Sejurus kelahiran bayi mulia itu, Abu Lahab lah yang menaja ibu susu bernama Thuwaibah yang merupakan hambanya kepada bayi tersebut. Sejak kecil hingga Baginda Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dewasa, Abu Lahab tiada masalah dengan Baginda. Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengumpulkan ahli keluarga untuk mengajak kepada mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Lahablah dengan kelancangan mulutnya telah mencelaka Baginda dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengagalkan dakwah Nabi (baca sini). ALLAH tidak redha dia. Ke neraka dia akhirnya!

- Cinta jenis begini ada sejak dahulu sampai sekarang. Manusia-manusia jenis ini mengaku cintakan Nabi, tetapi dalam masa yang sama, merekalah juga yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk membawa ajaran Islam ke dalam masyarakat. Mereka persis Abu Lahab.

2) Cinta Abu Talib kepada Nabi 

- Abu Talib cintakan kepada Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Malah dia telah bela dan lindungi Nabi sejak kecil sampailah Abu Talib sendiri meninggal dunia pada usia sekitar 80 tahun (kurang-lebih). Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengajak Abu Talib agar mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Talib memberikan banyak alasan. Abu Talib tidak terima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama tidak pula dia menentang dan membangkang. ALLAH tak redha dia. Ke neraka dia akhirnya!

- Cinta jenis begini juga ada sejak dahulu lagi. Mereka mengaku mencintai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, bahkan jika nama Nabi dihina dan imej Nabi diperlekeh, mereka akan bangkit membela dan menyatakan ketidakpuashatian. Tetapi malangnya, ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya. Mereka tidak kisah akan ajaran Nabi. Mereka sekadar cinta sahaja. Mereka persis Abu Talib.

3) Cinta Abu Bakr radhiAllahu `anhu kepada Nabi 

- Abu Bakr radhiAllahu `anhu cintakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Beliau bukan setakat cinta, bahkan bela, lindung dan berkorban untuk Nabi. Dan yang lebih istimewa dan bermakna ialah beliau ikut seruan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam 100%. Bahkan setelah Baginda Nabi wafat, beliau terus sambung perjuangan dakwah Nabi untuk mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA. Sejak hidup lagi beliau sudah dijamin masuk ke Syurga. ALLAH redha beliau. Dan ke Syurgalah tempat akhir beliau radhiAllahu `anhu.

- Cinta jenis ini juga telah ada sejak dahulu sampai sekarang. Mereka ini mencintai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sepenuh hati dan sentiasa berusaha untuk menghayati semua ajaran-ajaran Nabi. Para sahabat Nabi, tabi`in, tabi`ut tabi`in, orang-orang soleh selepas zaman mereka sampailah hari ini sentiasa menjadi penerus kepada dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Bukan sahaja dipraktikkan kepada diri sendiri dan keluarga, bahkan mereka menyebar-nyebarkan ajaran Nabi yang mulia. Mereka tetap di atas jalan Nabi walaupun persekitaran mereka memilih sebaliknya. Cinta mereka kepada Nabi persis seperti Abu Bakr radhiAllahu `anhu, iaitu cinta Nabi dan ikut serta taat kepada ajaran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam cinta yang macam mana? 

Ayuh kita sama-sama muhasabah supaya akhir tempat kita ialah ke Syurga dan ALLAH redha kita, amin… 

kredit: http://muzir.wordpress.com

Sabtu, 2 Februari 2013

MENGAPA TARIKH KELAHIRAN RASULULLAH BEGITU AGUNG?






















Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia.

Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu: Sebelum Fajar, Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”

Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan. Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.

Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmatdari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.

Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuksemua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.

Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kepada Abrahah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

kredit: http://www.usahataqwa.com

Jumaat, 1 Februari 2013

Wasatiyyah Dalam Islam


Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh Islam kepada Umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar Umat Islam pun turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah 185 yang berbunyi : 

“Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“

Begitu juga dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w dari Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“Permudahkanlah, janganlah memberat-beratkan, tenangkanlah janganlah meliarkan ….. “

Arahan di atas hendaklah difahami secara ilmiah bukan secara membabi-buta, yang dimaksudkan ialah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya secara bersungguh-sungguh, ikhlas, berhati-hati dan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dilaksanakan secara melampaui batas, cuai, mengambil mudah, meringan-ringankan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya. Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan orang lain sehingga menjadi ia satu bida’ah manakalah meringan-ringankan pula akan mendorong atau menjerumuskannya kepada meninggalkan terus ibadah tersebut.

Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyama-ratakan dengan aktiviti hariannya. Ini bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Ini dapat dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a beliau telah berkata :

“Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.” – Bukhari dan Muslim 

Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang.

Konsep Wasatiyyah

Ummah wasatiyyah akan menjadi saksi ke atas ummah manusia keseluruhannya bagi menentukan keadilan dan kesaksamaan sejagat. Ummah tersebut berupaya meletakktan sistem nilai pada tempat yang sepatutnya, juga mampu memberi pandangan serta memperbetulkan keadaan dengan benar : ini benar dan yang ini salah.

Ummah wasatiyyah adalah ummah yang saling lengkap-melengkapi makna kesederhana dalam pelbagai sudut kehidupan. Contohnya :

Wasatiyyah dari sudut Pegangan – Tidak melampaui dalam urusan kerohanian dan tidak pula melampaui pula dari sudut kebendaan. Sebaliknya mengikut pertengahan antara tuntutan kerohanian dan tuntutan kebendaan.

Wasatiyyah dari sudut Pandangan – Sentiasa berusaha untuk mencari pandangan yang terbaik. Bagi mereka, hikmah adalah perkara yang tersembunyi bagi orang-orang beriman, mereka berhak memperolehinya jika dijumpai.

Wasatiyyah dari sudut Hubungan – Tidak mencairkan jati diri dan tidak pula menyusahkan jamaah. ( Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran, jld 1, ms 130-131)

Berdasarkan kepada dua pandangan ulama silam dan moden ini menjelaskan kepada kita bahawa makna wasatiyyah ialah bersederhanaan dalam semua pekara yang melandasi kehidupan.

Cuma dibimbangi salah faham terhadap wasatiyyah seperti mengatakan : bersederhana dalam beragama itu memnungkinkan seseorang itu mendedahkan auratnya atau mendirikan solat fardhu ikut kesesuaian masa. Jika sibuk diabaikan solat, dan jika berkelapangan baharulah mendirikan solat.

Begitu juga bersederhana dalam bekerja dengan melakukannya secara ala kadar. Sedangkan Islam telah menyarankan kepada kita apabila bekerja hendaklah melakukannya secara ‘itqan’ iaitu terbaik.

Dibimbangi juga terjemahan wasatiyyah itu hanya bermaksud sederhana, sedangkan maksud wasatiyyah itu juga membawa makna yang terbaik dan yang teradil.

Juga dikhuatiri wasatiyyah yang hendak UMNO pamerkan tidak memenuhi makna yang sebenarnya. Sekadar pandangan dan teori semata-mata. Sedangkan yang terhidang di depan mata dan di dada akhbar, perebutan jawatan, perebutan tender, perebutan nama dan pangkat serta sebagainya. Ini langsung tidak membayangkan wasatiyyah yang dikehendaki Islam.

Situasi ini samalah dengan mengajar anak-anak mengenai rukun solat. Bermula daripada berdiri betul sehinggalah memberi salam dan tertib. Namun, si guru tadi apabila menghuraikan cara berdiri betul dalam solat, maka ditunjukkan kepada anak-anak berdiri sengget pula. Ketika ruku’ pula ditunjukkan cara ruku’ yang salah. Bagaimana anak-anak akan dapat memahami makna sebenar rukun solat tersebut.

Sedangkan nabi saw telah bersabda : Solatlah kamu sebagaiman kamu melihat aku bersolat. Bermakna, kebenaran bersolat itu hendaklah dicapai menerusi apa yang telah disaranklan oleh nabi saw. Ini termasuklah rukun yang tersurat dan tersirat.

Sebaliknya, jika hanya diminta bersolat, huraian rukun pun tidak lengkap, maka janganlah marahkan rakyat jika rakyat tidak menyokong dek kerana ajaran yang diajar tidak sempurna, contoh yang dipamerkan tidak lengkap, begitulah juga falsafah di sebalik amalan tersebut jauh tersasar.

Oleh itu, tiada hairan sekiranya apa yang dirancangkan tidak mencapai objektif sebenar. Hanya indah pada nama sahaja. Lantaran penjelasan wasatiyyah tadi tidak dikepilkan bersama pelan pelaksanaannya. Hanya sekadar berteori semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...