Ukhwah Islamiyyah

Isnin, 30 Jun 2014

Renungan Lapar dan Kenyang, Iktibar Ramadhan





















Berpuasa, satu perkara yang simbolik kepada kita adalah lapar dan dahaga. Melabuhkan tirai berbuka, kekenyangan mula merajai diri. Lapar, dahaga dan kenyang. Teringat kepada satu kata-kata,

Di dalam kita yang menahan laparini terdapat 10 kebaikan. Dan di dalam kita kekenyangan terdapat pula 10 kemudaratan. 

Apakah ia? Mari bersama kita renungi disebalik lapar dan kenyang pada bulan ramadhan ini. Semoga ianya menjadi satu renungan kepada kita.

LAPAR
Menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati.

KENYANG
Menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

LAPAR
Merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.

KENYANG
Zikirnya hanya di lidah dan hati tidakmerasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

LAPAR
Menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.

KENYANG
Tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

LAPAR
Tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia

KENYANG
Menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

LAPAR
Mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.

KENYANG
Mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

LAPAR
Tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.

KENYANG
Menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah. Mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.

KENYANG
Mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

LAPAR
Mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.

KENYANG
Syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

LAPAR
Menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.

KENYANG
Sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang Negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

LAPAR
Menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.

KENYANG
Tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya  menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

Dalam sedang kita enak menikmati juadah yang lazat dan berkhasiat ketika sahur dan berbuka puasa, fikirkan sejenak. Adakah semua umat Islam dapat juga bersahur dan berbuka puasa sebagaimana kita yang bernasib baik ini? Kadang-kadang banyak makanan terbuang. Kadang-kadang kita merungut. Kadang-kadang kita terlupa bersyukur padaNya Yang Maha Pemberi Rezeki. Yang tidak putus-putus memberikan rezeki walaupun tanpa kita Sedarkah kita?

Nun di sana anak kehilangan 

Ibu dan ayah entah di mana 

Nun di sana masih kedengaran

Tangisan insan yang kelaparan 

Kesedihan melanda derita yang berpanjangan 

Belas kasihan pengharapan 

Dari redup mata yang lemah 

Tak siapa dapat merasa di manakah belas kasihan 

Ramadhan menginsafkan kita kesusahan mereka semua 

Ramadhan menyedarkan kita 

Senang tak lama, bahagia tak kekal 

Ketenangan hanya padaNya, kembalilah kepadaNya 

Nun di sana masih ada jalan, putih peluang kebaikan 

Sebulan di bulan Ramadhan. 

Iktibar Ramadhan : Amir Pearl 

Petikan lagu iktibar Ramadhan, nyanyian Amir Pearl. Cukuplah menceritakan tentang kesengsaraan mereka yang mengalami dugaan yang hebat. Kehilangan ibu ayah, kelaparan, kesedihan yang berpanjangan. Mereka yang berada dalam kancah perperangan. Perperangan demi menegakkan agama Allah.

Hari ini, kita berbuka puasa dengan keenakan pelbagai juadah makanan, tetapi mereka tiada makan yang cukup untuk dimakan.

Hari ini kita berbuka bersama keluarga, anak isteri atau sesiapa saja yang kita hendak, tetapi mereka berbuka tanpa orang yang dikasihi berada di sisi, menanti kepulangan yang belum pasti.

Kebanyakkan daripada kita dan sebahagiannya boleh untuk memilih untuk berbuka di mana sahaja yang dipilih, tetapi mereka tiada pilihan, tiada seindah hotel bertaraf bintang, cukuplah berbuka di celah-celah runtuhan rumah yang hancur, atau di pusat-pusat kawalan yang dijaga.

Kita dan anak-anak selalunya boleh untuk memilih berbuka apa yang kita mahukan. Sehinggakan berlaku pembaziran kerana menurutkan hawa nafsu. Tetapi mereka tiada pilihan, makan apa sahaja yang ada atau mati.

Anak-anak atau adik-adik kita ke sekolah dengan segala kemudahan, tetapi anak-anak mereka sudah lama tidak ke sekolah, lantaran bukan kerana sakit atau terlupa, tetapi telah dipanggil. Dipanggil untuk pergi dengan lebih jauh meninggalkan rakan-rakan mereka disekolah. Menuju Firdausi.

Dimanakah dunia? Dimanakah kita? Pembaca sekalian, satu persoalan penting, ketika kita sedang enak menjamu juadah berbuka, pernahkah kita memikirkan nasib saudara kita di Syria, Palestin, Myanmar dan dimana-mana tempat umat islam ditindas pada ketika ramadhan ini? Sesungguhnya “menu” mereka sangat daif dan terhad.

Oleh itu janganlah kita berkira-kira untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka, sentiasalah berdoa untuk kemenangan perjuangan Islam. Semoga Allah melindungi mereka dan kita semua.

Ya Allah, lindungilah hambaMu ini dari terus-menerus mengufuri nikmatMu. La tahzan wa la takhaf, innaAllah ma’na . .

Kepada yang bernasib baik, Ingatlah, Allah telah berfirman:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada-Mu & jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim : 7)

Dan buat mereka yang diuji Allah dengan kekurangan di atas dunia yang sementara ini, dengarkanlah :

“Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Al-’Imran : 139)

Tersenyumlah walaupun ianya sangat menyakitkan kerana senyuman yang paling manis adalah ketika mana seseorang yang dalam kesukaran masih mampu untuk mengukir senyuman.

Sahabatku sekalian,

lapar merupakan tali yang mengikat nafsu.

Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam

dan berjalan melalui salur darah.

Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan

berlapar dan haus. Cubalah untuk menahan diri daripada

terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa.

Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula.

Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kerana diri kita juga mempunyai hak.

Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota

itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita akan

dapat memberi kasih sayang pada orang lain.

Semoga Nur Allah akan menyinari hari-hati kita.

Wallahu a’lam. Semoga Allah redha.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...