Ukhwah Islamiyyah

Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sirah. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Ogos 2013

Kenapa kemenangan umat Islam lambat?














Seorang utusan Sayyidina Umar bin Khattab telah datang melaporkan berita gembira di atas kemenangan tentera Islam di dalam sebuah peperangan di zaman itu.

Sayyidina Umar bertanya: Bilakah bermulanya peperangan tersebut?

Tentera Islam menjawab: Sebelum waktu Dhuha.

Sayyidina Umar bertanya lagi: Bilakah pula kalian meraih kemenangan?

Tentera Islam memberitahu: Sebelum Maghrib. 

Tiba² Sayyidina Umar menangis sehingga basah janggutnya.

Mereka kehairanan lantas bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kami membawa berita gembira buatmu; berita kemenangan, namun kenapa Tuan menangis?

Sayyidina Umar pun berkata: Demi Allah, sesungguhnya kebatilan tidak akan dapat bertahan apabila berhadapan dengan kebenaran di sepanjang zaman kecuali (ia akan mampu menentang kebenaran) disebabkan dosa yang dilakukan oleh kalian atau dosa yang dilakukan oleh aku.

Beliau menyambung bicaranya:

Kita adalah umat yang tidak akan menang disebabkan kerana bilangan (yang ramai) & peralatan perang yang lengkap. Akan tetapi kita adalah umat yang akan menang dengan sedikitnya dosa yang kita lakukan & banyaknya dosa yang musuh lakukan.

Jika sekiranya dosa di antara kita & musuh sama banyak, maka merekalah yang akan memperoleh kemenangan disebabkan bilangan mereka yang ramai & kelengkapan perang mereka yang canggih.

 يا رب تُب علينا. . . يا رب العالمين
Wahai Tuhan, ampunilah kami...wahai Tuhan sekalian alam.

 ~ Diterjemahkan dari status bahasa arab (di ruang komen).
kredit Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya

Isnin, 25 Mac 2013

Siapakah mereka pada hari ini?


























Harun Al-Rasyid - Dinasti Abbasiyyah
Saifuddin Qutuz - Dinasti Mamluk
Salahuddin Al-Ayyubi - Dinasti Ayyubi
Muhammad Al-Fateh - Dinasti Uthmaniyyah

"Saya tidak berbangga dengan hasil yang bukan saya rencanakan sebagaimana saya tidak menyesal dengan usaha dan rencana yang saya lakukan bersungguh-sungguh walaupun hasilnya gagal." - Harun Al-Rasyid. 

Harun Al-Rasyid merupakan khalifah yang menjadikan dunia Islam sebagai pusat rujukan dan gedung ilmu. Bukan sekadar itu, beliau juga yang meningkatkan perkembangan ekonomi, pendidikan, sosial serta pertadbiran empayar.

"Wahai kaum Muslimin, aku akan pergi berperang. Sesiapa yang mahu berjihad, ikut aku atau baliklah ke rumah. Tetapi Allah akan memerhatikan kamu. Kehormatan kaum muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak mahu pergi berjihad." - Saifuddin Qutuz.

Ucapan ini dikeluarkan oleh Sultan Saifuddin ketika mana dunia Islam mengalami krisis setelah kejatuhan Dinasti Abbasiyyah. Disusuli oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lain sehinggakan dunia Islam semakin hilang di dunia. Umat Islam mula ketakutan dengan pasukan Mongolia. Sultan Saifuddin menyelamatkan keadaan tersebut dan menjadi pencetus kebangkitan Islam.

"Aku minta kuat, Allah berikan kesulitan untuk dihadapi. Aku minta keberanian, Allah berikan bahaya untuk diatasi. Aku minta nikmat, Allah berikan peluang. Aku tidak minta apa-apa, tetapi aku menerima apa yang aku perlukan." - Salahuddin Al-Ayyubi.

Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Jerusalem dari cengkaman pasukan salib yang zalim terhadap orang Islam. Malah ketika pasukan Salib merampas Jerusalem untuk pertama kalinya, semua penduduk dibunuh sehinggakan darah naik ke paras buku lali. Namun, Salahuddin tidak berbuat demikian setelah mendapatkan Jerusalem. Malah, memberikan perlindungan kepada orang Kristian dan pasukan Salib.

"Jika ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tetapi sekiranya ayahanda memandang saya sebagai khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang." Muhammad Al-Fateh.

Kredit: Zamir al-Muallif

Selasa, 11 Disember 2012

Sejarah Nabi Sulaiman Dan Bani Israel


Nabi Sulaiman a.s. merupakan salah seorang nabi daripada 25 orang rasul yang wajib diketahui. Baginda merupakan salah seorang nabi daripada keturunan Bani Israel selain Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Isa a.s.

Dari sudut kronologi zaman, Nabi Sulaiman lahir selepas zaman Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakob, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun dan Nabi Daud a.s.

Majoriti para nabi lahir daripada kalangan bangsa Bani Israel adapun daripada bangsa Arab hanya Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau adalah putera kepada Nabi Daud. Baginda berketurunan Bani Israel. Adapun daripada Nabi Ismail bin Ibrahim maka lahirnya bangsa Arab.

Daripada 12 putera Nabi Yaakob beliau berasal daripada keturunan Yahuza bin Yaakob a.s. Nama penuhnya Sulaiman bin bin Daud bin Isya bin Uwaid bin Abir bin Salamon bin Nakhsyon bin Amina Adab bin Iram bin Hasron bin Faridh bin Yahuza bin Yaakob bin Ishak bin Ibrahim. Bukan berketurunan Nabi Yusuf atau Bunyamin.

Dari segi luaran Nabi Sulaiman berkulit putih berseri, berambut lebat dan suka memakai pakaian berwarna putih.

Baginda juga merupakan antara nabi yang menjadi nabi dan pemerintah semasa hayatnya selain junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Allah Taala telah menganugerahkan kepadanya kenabian dan kerajaan pada waktu yang sama.

Nabi Sulaiman telah menjadi raja menggantikan ayanhandanya Nabi Daud yang telah wafat. Ketika itu umur baginda 12 tahun.

Sememangnya Nabi Sulaiman telah diberi kecerdikan dan kebijaksanaan semenjak kecil lagi. Baginda wafat ketika berumur 52 tahun setelah memerintah selama 40 tahun. Nabi Sulaiman a.s. telah dianugerahkan oleh Allah dengan berbagai nikmat;

1: Mewarisi kerajaan daripada bapanya Nabi Daud selain kenabian. Baginda adalah seorang nabi dan raja.

2: Boleh memahami ucapan burung dan semua binatang sebagaimana baginda dapat berbicara dengan burung hud-hud dan memahami dialog raja semut dengan rakyatnya.

3: Dapat menguasai jin dan dapat mengerahkan mereka menyelam ke dasar laut untuk mengeluarkan jauhar dan permata selain melaksanakan tugasan yang tidak mampu dilakukan oleh manusia seperti memindahkan istana.

4: Mempunyai bala tentera terdiri daripada manusia, jin dan burung-burung.

5: Diberikan kebijaksanaan sejak kecil lagi.

6: Dapat mengarahkan pergerakan angin mengikut kemahuannya. Di dalam Al-quran banyak terdapat kisah-kisah Nabi Sulaiman.

kredit: rakangroup

Jumaat, 8 Jun 2012

Khalid Al-Walid & Saidina Umar Al-Khattab

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya tertarik dengan kisah dibawah ini. Sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.

Khalid al-Walid, siapa yang tidak kenal? Jeneral tentera Islam yang sangat digeruni dan disegani musuh-musuh Islam ketika itu. Beliau sangat mahir dengan strategi peperangan. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar Al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yang dilakukan oleh Saidina Umar Al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid Al-Walid.

Khalid Al-Walid hanya tersenyum, terus menanggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam dan menyerahkannya pada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yang lain seakan tidak berpuas hati dengan keputusan Umar.

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW dengan melucutkan jawatan Khalid Al-Walid? Siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata ahli tentera Muslim yang tidak berpuas hati.

Khalid Al-Walid masih tersenyum.

"Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid Al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati.

Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya buat tidak tahu pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia pun berkata,

"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik." "Kenapa pula kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid al-Walid?"

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar tobibul qulub

dipetik dari: http://nuruldiyana.blogspot.com/

Khamis, 9 Februari 2012

Betapa Sayangnya Rasulullah Kepada Kita....

بسم الله الرحمن الرحيم

Boleh dengar nasyid Wahai Kekasih-Nazrey Johani sambil baca ni.

Suatu ketika, Rasulullah s.a.w dalam keadaan kelaparan. Nabi betul-betul lapar. Dikhabarkan sudah sebulan nabi tidak makan, pagi atau tengahari. Sekiranya baginda dapat makan, baginda akan makan hanya sekali sehari sahaja dan selalu dalam kelaparan. Disebabkan laparnya nabi, baginda tidak boleh melelapkan matanya. Walaupun perut baginda sudah diikat dengan batu, baginda masih lagi lapar. Dalam keadaan gelisah itu, baginda bangun dan tunaikan solat dua rakaat. Selesai solat, baginda mengangkat kedua-dua belah tangan dan berdoa kepada Allah s.w.t.;

“ Ya Allah, aku lapar ya Allah”
“Aku lapar ya Allah”


Akhirnya setelah selesai Nabi berdoa, turun malaikat.
Malaikat berkata ;

“Ya Muhammad, Allah perintahkan minta apa sahaja yang engkau hendak minta”
”Apa sahaja yang engkau minta, Allah kabulkan. Hatta menjadikan gunung-gunung menjadi emas”

Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. menjawab :
” Ya Allah, aku minta satu ya Allah, walaupun aku lapar, aku minta satu ya Allah, JANGAN ADA SATU DARI UMATKU MASUK KE DALAM NERAKA....aku sayang umatku ya Allah”

Sahabat muslimin dan muslimat...
Pernah kita fikir selama ini adakah kita jalankan segala saranan Rasulullah??
Pernah kita fikir pengorbanan baginda???
Pernah kita ada rasa untuk mencintai baginda???

Pernah kita hargai betapa sayangnya baginda pada kita???
Betapa baginda mendoakan kita walaupun terpaksa kelaparan???

Tika sakaratul mautnya.....
Perkataan apa yang keluar dari mulut baginda???
Ummati...ummati...ummati....

YA ALLAH...
tiada kata yang bisa keluar dari mulut ini...
tiada ungkapan yang dapat digantikan dengan betapa kasihnya Rasullullah pada umatnya..

Betapa besar cinta Rasulullah kepada kita, tetapi sedetik pun kita tak rasa cinta kepada Rasulullah, langsung tidak rasa bersalah apabila meninggalkan sunnah baginda..

"Ya Allah, kau tanamkanlah rasa cinta ku kepada Mu dan Rasul-Mu".. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan para sahabat ketika nabi wafat. Tapi kita sekarang, tak rasa sedih langsung walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita.

tak dapat nak teruskan penulisan....
sebak...

Ahad, 19 Jun 2011

Israk Mikraj - Apa Yang Perlu Anda Tahu


بسم الله الرحمن الرحيم



Dimulakan dengan lafaz: Subhanallah (Maha Suci Allah),


Anda ada tahu peristiwa Israk Mikraj? Tahu tapi tak berapa nak tahu? Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta. Sebagai umat Islam, kita perlu tahu ini..


A. Takrif?
  1. Israk: Perjalanan Nabi saw di malam hari dari Mekah (Masjidil Haram) – Palestine (Baitul Muqaddis)
  2. Mi’raj: Naiknya Nabi saw dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis menembusi alam di bawah ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
Bumi, bulan, matahari, bintang-bintang, planet-planet = alam di bawah
Sidratul muntaha, baitul makmur( masjid tempat malaikat bertawaf- setentang dengan Ka’bah di bumi), luh mahfuz, syurga dan neraka, a’rasy= alam di atas


Percaya? Orang ke bulan. Kajian sains dan teknologi mengatakan boleh. Inikan pula Allah yang menciptakan sains dan teknolgi itu. Mesti segalanya tidak mustahil berlaku.


B. Bila berlaku?
  1. Berlaku pada 27 Rejab, tahun ke 12 Kerasulan Nabi saw ( 662M- umur 52 thn).
  2. 1 tahun sebelum Hijrah dari Mekah – Madinah.
  3. Tahun dukacita: Bapa saudara Abu Talib dan isteri Siti Khadijah meninggal dunia.
  4. Serangan musuh Islam bertambah kuat. Peristiwa di Thaif, Nabi saw dan anak angkatnya Zaid b Harisah dihina, diusir, dilempar dengan batu-batu tajam hingga berdarah!


C. Tujuan berlaku?
  1. Allah ingin menunjukkan kepada Nabi saw tanda-tanda/alamat-alamat kebesaranNya. (rujuk ayat 1 surah al -israk)
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memeperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': ayat 1) 
  • Apabila lihat tanda-tanda/alamat-alamat kebesaranNya, maka akan hilang rasa sedih di atas masalah dakwah serta kehilangan orang-orang tersayang.
  • Menguatkan hati dan semangat Nabi saw untuk terus yakin berjuang.


D. Kenderaan?
  1. Seekor haiwan berwarna putih, dinamakan al-buraq.
  2. Bentuknya seperti keldai. Warnanya lebih putih daripada salji.
  3. Wajah seperti manusia, tapi dia membisu.
  4. Bersayap, terbang dengan pantas.


E. Turun ke bumi. Apa kesudahannya?

  1. Bertemu musuh ketat, Abu Jahal. Abu Jahal dan musyrikin Mekah mempersendakan Nabi saw tentang Israk &Mikraj ¾ mlm.
  2. Orang Islam percaya/tidak. Ada yang terpengaruh dengan non muslim. Abu Bakar percaya dengan Israk Mikraj. As-Siddiq.
  3. Abu Jahal ingin malukan Nabi saw. Tanya tentang gambarkan bentuk rupa Masjid Al-Aqsa (tiang, pintu dll). Allah gambarkan di hadapan Nabi saw dan baginda dapat jawab! Orang yang pernah ke situ membenarkannya!
  4. Jasad dan roh/roh yang pergi Israk Mikraj?


  • Rujuk ayat 1. Al-Israk. Lafaz ‘abdihi (hambanya-hamba= dikenali manusia dengan jasad dan rohani.
  • Di Masjid Al-Aqsa, baginda ditawarkan 2 bekas minuman susu/arak? Nabi saw pilih susu. Fitrah kejadian, hanya tubuh badan kasar perlukan bahan-bahan kimia dari minuman dan makanan.
  • Jibril turun berjumpa dengan Nabi saw pada awal Israk Mikraj secara sedar. Bukan mimpi/roh. Kembaranya bersama Jibril secara fizikal sebagai teman.
  • Zaman sains dan teknologi, manusia ke angkasa luar dan ke bulan dengan jasad. Jadi, apakah hati kecil kita ingin menolak kebenaran Israk Miraj.
  • Buraq sebagai haiwan tunggangan. Sudah tentu dinaiki oleh jasad dan bukan roh.


F. Apa pengajaran?

Kuasa Allah tidak terbatas. Cth: Nabi saw dibawa dari Mekah – Palestine -Sidratul Muntaha ¾ malam sebelum terbit fajar. 6 mlm-6 pagi. ( Jam 3 pagi sudah kembali berada ke Mekah)
Sebelum bertemu Allah, Nabi saw di’bedah’ oleh Malaikat utk membersihkan hati. Dengan jiwa tenang, penuh iman dan taqwa, kita akan mudah mendekati Allah. Dua kali Nabi saw dibedah. Satu kali sewaktu kanak-kanak dan kali kedua waktu Israk dan Mikraj. Masa kanak-kanak itu, Nabi saw di perkampungan ibu susunya Halimatus-sa’diah.


# Pembedahan macam mana? Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya ‘membedah’? Zaman sekarang ‘cahaya laser’ digunakan bagi tujuan perubatan. Membuang sel-sel rosak di mata dan otak dan batu karang. Maka, peristiwa ini boleh diterima.


Banyak peristiwa Nabi saw lihat semasa bersama Jibril A.S tentang keadaan manusia di bumi. Ada yang melakukan kebaikan manakala masih ada yang melakukan maksiat. Semuanya akan diadili Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Asal solat 50kali sehari semalam. Akhirnya 50kali – 5kali sehari semalam. Ganjaran sama dengan 50kali solat. Nabi Musa – Nabi saw berbincang tentang bilangan solat. Keturunan manusia lemah dan malas.


Abu Sa’id Al-Khudri menceritakan bila mana Nabi saw bertemu :
  1. Lelaki di langit bawah. Riang dan ceria dengan sebilangan roh dan menyebut: Cis! Roh yang kotor datang daripada jasad yang kotor. Nabi Adam gembira dengan anak cucu yang beriman dan roh kafir menimbulkan kebencian.
  2. Lelaki yang memegang ketulan-ketulan batu dan dimasukkan ke mulut dan keluar ikut dubur. Makan harta anak yatim.
  3. Lelaki yang merangkak dengan perut sepertt unta yang dahaga dan menuju ke neraka. Jalan teresot/jengkel/ tak kuasa lurus. Amalan riba.
  4. Lelaki yang makan daging yang busuk daripada daging yang segar di hadapannya. Lelaki yang tinggalkan perempuan yg halal/isteri yang sah dan dapatkan yang haram.
"Dulu solat 50 kali, sekarang solat 5 kali pun orang liat nak solat"

Ahad, 20 Februari 2011

NABI MUHAMMAD S.A.W. RAHMAT BAGI SELURUH ALAM

سم الله الرحمن الرحيم

"Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” ( al- Anbiya : 107)

Peribadi Nabi Muhammad s.a.w. sungguh menarik hati seluruh manusia yang mengakui kebenaran, keperibadian Rasulallah jelas diterangkan dalam al-Quran antaranya Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. ( Ali Imran: 159)

Ini salah satu sifat terpuji dari peribadi Nabi Muhammad s.a.w. diantara banyak lagi sifat terpuji yang dimiliki oleh Rasulallah s.a.w., sehingga menyebabkan baginda Nabi s.a.w. telah dapat membawa suatu perubahan yang luar biasa terhadap masyarakat ummat manusia, khasnya masyarakat Arab di zaman jahiliah.

Sebelum Islam, Dunia berada dalam kegelapan, terutama sekali dunia Arab. Penyembahan kepada Tuhan yang Maha Esa, telah bertukar kepada penyembahan kepada berhala yang mereka ciptakan sendiri. Perikemanusiaan telah bertukar kepada sifat-sifat kebinatangan; yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, wanita dijadikan sebagai alat pemuas nafsu ataupun sebagai iklan untuk melariskan perniagaan, jika lahir anak lelaki mereka sungguh gembira, akan tetapi jika lahir perempuan mereka sampai hati membunuhnya. Ramai pula mereka yang mengamalkan cinta sesama sejenis, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, kalau ini terus dibenarkan apa akan jadi terhadap ummat manusia didunia ini, sudah tentu mereka akan pupus, keturunan mereka akan terputus, inilah yang telah diamalkan oleh kaum Luth.

Sebelum Islam Dunia Arab berpecah belah, Yaman dikuasai oleh Kerajaan Persia, dan Habasyah, disamping dikuasai oleh ketua-ketua kabilah. Iraq dikuasai oleh Manazirah yang tunduk kepada kerajaan Romawi. Najd dan Hijaz dikuasai oleh kabilah Arab yang masing-masing berdiri sendiri. Perpecahan dan permusuhan diantara mereka berlarutan beratus tahun, sehingga bangsa Arab mundur dalam banyak hal.

Setelah Islam dibawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. bangsa Arab telah disatukan, dibawah satu pimpinan. Mereka menjadi Ummat yang maju dalam berbagai bidang, malah dapat mengalahkan dua kerajaan besar Rome dan Parsi. Selanjutnya para sahabat telah mengembangkan Islam kemerata tempat di dunia ini.

Ummat Islam telah membawa perubahan besar di Timur ataupun di Barat. Amat menyedihkan setelah Ummat Islam meninggalkan ajaran Islam yang menyeru kepada kebenaran dan keadilan, dan mereka terikut-ikut hanyut dalam kancah bertuhankan hawa nafsu, maka semenjak itu ummat Islam menjadi lemah, mereka dapat dikalahkan oleh musuh-musuh Islam, sehingga meskipun jumlah Ummat Islam melebihi seperlima penduduk dunia, dan memiliki jumlah sumber kekayaan yang melimpah ruah, tetapi semua itu tidak membawa manfaat apa-apa. Malah ummat Islam dipermainkan, dihina, ditindas. Semua ini terjadi karena kesalahan Ummat Islam sendiri, oleh itu telah tiba masanya seluruh Ummat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Insya Allah Ummat Islam akan memperoleh kemuliaan dan kesejahteraan yang telah pernah mereka miliki di zaman Rasullah s.a.w. dan para sahabatnya yang terpilih, Insya Allah.

Rasulallah s.a.w. adalah contoh teladan yang sebaik-baiknya bagi kita, dalam semua hal, sebab nabi s.a.w. telah berjaya membawa perubahan yang luar biasa dalam semua bidang dalam masa yang begitu singkat (hanya 23 tahun).

Baginda telah berjaya merubah masyarakat musyrikin, yang menyembah berhala, berpecah belah, bersuku puak, zalim, yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, yang pandai menipu yang bodoh bahkan bertebaran kejahatan di daratan dan di lautan disebabkan amal perbuatan mereka.

Semuanya itu telah dirobah, menjadi masyarakat yang hanya menyembah Allah s.w.t. Masyarakat yang berpecah belah, bersuku puak, telah dipersaudarakan menjadi satu masyarakat yang bersatu padu.

Masyarakat yang zalim, menjadi masyarakat yang harmonis dimana si lemah dilindungi, si miskin dibela nasib mereka, wanita mendapat hak-hak mereka yang sebelumnya mereka tak punya nilai, hanya sebagai alat untuk pemuas nafsu lelaki sahaja, malah mereka dibunuh hidup-hidup. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.dari sehari ke sehari terus mendapat sambutan dari orang ramai. Pimpinan Quraisy semakin khuatir, kepimpinan mereka akan beralih kepada kepimpinan Nabi s.a.w. Oleh itu mereka bekerja keras untuk menghalang perkembangan Islam dengan berbagai cara. Tetapi semua usaha mereka yang jahat itu tak dapat menyekat usaha gigih Nabi s.a.w. dan pengikutnya yang setia. Melihat kegagalan demi kegagalan yang mereka alami, maka pihak penguasa Quraisy, mulai berlembut dan mengajak bekerjasama untuk menghilangkan segala perbedaan yang ada.

Sebagai permulaan mereka sanggup menyembah Allah s.w.t. di satu masa dan di lain masa pula nabi s.a.w. dan ummat Islam diminta menyembah berhala yang mereka ciptakan. Semua ajakan tolak ansur yang menyesatkan ini, juga ditegah untuk diamalkan.

Kita dilarang keras menyembah makhluk, sama ada (apakah) dia berhala, manusia, ataupun haiwan dsb.

Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Aku tak pernah menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu pula tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." (Q.S.al-Kaafirun:1-6)

Inilah suara Iman dan Tauhid yang sebenarnya. Kita dilarang keras menyengutukan Allah dengan apapun juga. Semua dosa Allah akan ampunkan kecuali dosa mensyarikatkan (menyengutukan) Allah, tidak akan diampunkan oleh Allah s.w.t.

Pemimpin Quraisy menjadi berang, mereka berusaha pula mengadakan berbagai tekanan yang lainnya, yang kemuncaknya dengan mengambil suatu keputusan bersama, untuk memulaukan Nabi s.a.w.dan para pengikutnya yang setia, supaya nabi s.a.w. dan pengikutnya menjadi lemah dan menyerah kalah. Pimpinan Quraisy mengadakan pertemuan dan mengambil suatu keputusan bertulis, dan digantungkan di ka'bah, sebagai satu keputusan yang mesti dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua suku Quraisy untuk memulaukan Nabi s.a.w. dan kaum beliau Bani Hasyim, antaranya isi dari keputusan itu ialah:

(1) Melarang semua orang Quraisy berurusan perniagaan dengan Nabi dan pengikut Nabi s.a.w. terutama bani Hashim dan bani Muthalib.

(2) Tidak boleh mengadakan ikatan pernikahan dengan kaum Muslimin.

(3) Melarang sesiapapun untuk bergaul dengan Muhammad dan pengikutnya.

(4) Pihak Quraisy akan bekerjasama dan membantu sesiapa yang sedia memusuhi Muhammad dan pengikutnya.

Teks perjanjian itu disahkan oleh semua pemuka Quraisy dan dilaksanakan dengan tegas.

Abu Thalib bapa saudara nabi s.a.w. sebagai pendukung dan pembela utama Nabi s.a.w. menjemput semua kerabat nabi s.a.w. dari keturunan Bani Hasyim, dan meminta mereka supaya bertanggung jawab dan membela Nabi s.a.w.Semua kerabat Nabi s.a.w. daripada kalangan Bani Hasyim diarahkan berkumpul di sebuah lembah gersang, yang terkenal dengan nama lembah Abu Thalib. Pemulauan ini berjalan selama tiga tahun. Kezaliman yang diluar perikemanusiaan ini, terpaksa ditangggung oleh semua keluarga Bani Hasyim, dalam suasana kekurangan makanan dan minuman, sehingga ada yang terpaksa memakan umbut-umbut rumput, kulit binatang, dan sebagainya demi mengisi perut yang sedang dalam kelaparan.

Setamatnya pemulaun Quraisy terhadap Nabi s.a.w. dan suku kaum Nabi yaitu Bani Hasyim dan Bani Muthalib, baginda Nabi Muhammad s.a.w. tidak menghentikan dakwahnya, malah Nabi meneruskan perjuangannya mengajak manusia ke jalan yang benar.

Pada suatu masa, Nabi pergi ke Thaif mengajak kaum shakif kepada Islam, sayang sekali seruan Nabi s.a.w. dibalas dengan ejekan dan lemparan batu oleh kaum durhaka disitu sehingga darah bercucuran ditubuh Nabi s.a.w. akibat lemparan batu dan benda-benda keras lainnya. Meskipun demikian Nabi s.a.w hanya berdoa :“Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahuinya”

Berkat kesabaran dan usaha yang gigih dalam perjuangan, maka hati manusia mulai terbuka kepada Islam, terutama mereka yang telah dianiaya dan dizalimi. Mereka memeluk Islam, dan mengamalkan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka tertarik terutama kepada keperibadian Nabi s.a.w. yang sederhana suka membantu fakir miskin, yatim piatu dan janda, mengasihi mereka yang lemah, sedia memaafkan musuh, membenci keganasan, cintakan ilmu pengetahuan, sehingga dalam masa yang singkat (23 tahun) Islam berkembang dengan pesatnya keseluruh semenanjung tanah Arab.

Nabi s.a.w. begitu kasihkan isterinya Siti Khadijah, sehingga baginda hidup rukun dan damai dengan isterinya Khadijah hingga isterinya wafat, yaitu selama 28 tahun isteri nabi hanya Kadijah seorang sahaja. Nabi s.a.w berkahwin lain setelah wafatnya Siti Khatijah. Dikalangan isteri baru Nabi s.a.w, yang gadis hanya siti Aisyah seorang. Kebanyakan yang lainnya terdiri para janda untuk menyelamatkan anak-anak yatim, yang menjadi tanggungan mereka, dan perkawinan Nabi selanjutnya juga untuk menarik kabilah-kabilah ke dalam Islam.

Quraisy Melanggar Perjanjian Hudaibiya

Ketika Quraisy melanggar perjanjian dengan Nabi s.a.w. dimana sekutu mereka Banu Bakr telah menyerang dan membunuh pihak Khuza’a , maka pihak Khuza’a meminta pertolongan Nabi s.a.w. Maka Nabi s.a.w. bersama 10,000 orang tentera Islam berangkat untuk melancarkan serangan balasan keatas kaum Quraisy di Makkah. Sebelumnya memasuki kota Makkah terlebih dahulu Nabi Muhammad s.a.w. memberi nasihat kepada tentera Islam, supaya tidak membunuh orang tua, wanita, kanak-kanak, tidak menceroboh dan merosakkan tanaman, tidak membunuh haiwan, untuk tidak sampai banyak kerosakan. Nabi juga menyeru barangsiapa menutup pintu rumah masing-masing mereka akan selamat, barangsiapa berlindung di Kabah ia akan selamat, malah setelah Abbu Sufyan (Ketua kaum Quraisy) masuk Islam, nabi s.a.w. juga memberi kesempatan barangsiapa berlindung di rumah Abu Sufyan juga dijamin keselamatannya.

Sementara dalam persiapan peperangan tiba-tiba Saad bin “Ubada berkata :”Hari ini adalah hari peperangan, hari dibolehkannya segala yang terlarang….."

Hal ini telah melanggar perintah Nabi s.a.w. dimana kaum Muslimin dilarang membunuh penduduk Makkah. Oleh karena itu Nabi mengambil bendera komando dari tangan Sa’ad dan diserahkan kepada anaknya yang bernama Qais, terselamatlah penduduk Makkah dari menjadi korban peperangan, dengan demikian kota Makkah telah dapat dikuasai dengan menyelamatkan ramai nyawa mereka yang tidak bersalah. Bukan itu saja malah Nabi s.a.w. telah memberikan pengampunan Umum, termasuk mereka yang telah banyak berbuat kesalahan dan kezaliman dan penganiayaan kepada nabi dan pengikutnya. Nabi s.a.w. mengatakan

"Pergilah kamu sekaliah. Kamu sekarang sudah bebas.”

Setelah memasuki kota Makkah Nabi Muhammad s.a.w. mengeluarkan perintah jangan ada seorangpun dibunuh, jangan ada pertumpahan darah. Mereka yang telah melakukan banyak kesalahan dan khuatir dibunuh, lalu menyembunyikan diri mereka, akan tetapi akhirnya keluar juga setelah menyaksikan sendiri betapa kasih sayang Nabi s.a.w. yang telah mengampun secara beramai-ramai, akhirnya mereka keluar dan datang kepada Nabi s.a.w. memohon supaya dimaafkan, dan Nabi s.a.w. memaafkannya.

Ramai manusia terkeliru terhadap Islam disebabkan mereka tidak mengenal Islam, dan ramai yang melemparkan tuduhan keji kepada Nabi Muhammad s.a.w., disebabkan mereka tidak mengenal siapa baginda. Akan tetap bagi mereka yang mahu mengkaji Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. akan mengakui tentang betapa tingginya keperibadian Nabi s.a.w. sehinggakan Ummat Islam sanggup mengorbankan apa saja demi kecintaan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh: Ustaz Syed Hasan Alatas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...