Ukhwah Islamiyyah

Memaparkan catatan dengan label Pemimpin Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemimpin Islam. Papar semua catatan

Rabu, 23 Oktober 2013

Negara Islam Brunei


Alhamdulillah.. lahirnya NEGARA ISLAM BRUNEI yang melaksanakan perlembagaan Negaranya Al-Quran dan Hadith.

Percaya dan yakinlah .. di saat terlaksananya perlembagaan al Quran dan Hadis.. maka Allah SWT akan satukan hati-hati umat Islam yang berpecah belah..Bak kata sultan Brunei.. TIADA ALASAN untuk kita tidak laksanakan perintah Allah.

Brunei juga masyarakat majmuk dan pelbagai agama...Sultan Brunei telah buktikan KETUANAN ISLAM di atas bumi Melayu.. Di saat umat Islam tinggal di negara-negara kafir.. dan umat Islam kena akur dan patuh pada pemerintahan negara tersebut, MAKA..kenapa orang kafir yang tinggal di negara umat Islam tidak mahu akur dan patuh pada pemerintahan Islam.

Bertahun-tahun lamanya brunei mengharamkan penjualan arak.. mengharamkan pusat perjudian.. ekonomi Brunei DIRAHMATI ALLAH.. Brunei semakin kaya..Soalannya.. MALAYSIA BILA LAGI??? Tepuk dada tanya iman.

Selasa, 30 April 2013

INI KALILAH - INSYA ALLAH


























Saya membesar di zaman yang agak Islamik pada waktu tu, di mana Forum Hal Ehwal Perdana Islam di TV1 selalunya menjadi santapan pada hari Khamis malam Jumaat.

Membesar dengan gelak tawa Ustaz Ismail Kamus, cuitan dakwah Tuan Ibrahim Tuan Man, keseriusan Dato' Haron Din dalam menyampaikan dakwah agamanya, dan lain-lain ulama' lagi ketika itu.

Namun, satu persatu daripada mereka diharamkan secara besar-besaran sejak 1997/98 kerana pandangan agama mereka telah bercanggah dengan kehendak kerajaan yang ada. Gelak tawa dakwah secara santai kian luput dalam jiwa rakyat Malaysia semenjak itu.

Ini berterusan sehingga ke hari ini, di mana yang terkini, Ustaz Azhar Idrus juga mengalami nasib yang sama. Program 'Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus' yang disiarkan di Astro Oasis ditamatkan penyiarannya atas pelbagai dakwaan yang direka - gara-gara Ustaz Azhar menyokong perjuangan Islam PAS.

Ayuh, marilah kita sama-sama lakukan perubahan pada 5 MEI ini untuk memastikan ulama' dan tokoh-tokoh agama kita tidak dihalang untuk menyampaikan dakwah kepada rakyat Malaysia.

SHARE UNTUK MENYEDARKAN MEREKA YANG LAIN. JUGA TUNJUKKAN KEPADA IBU-BAPA ANDA DI KAMPUNG SUPAYA MEREKA INGAT AKAN ULAMA-ULAMA INI.

Semoga kita sama-sama beroleh kemenangan di dunia & di akhirat.  INI KALILAH! InsyaAllah.

Jumaat, 5 April 2013

Apakah Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Islam?

























Dalam Islam, menentukan dan memilih pemimpin adalah suatu perkara yang sangat penting dan wajib. Ini dibuktikan dalam sejarah Islam apabila wafatnya junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W, maka seorang khalifah terus dilantik menjadi pemimpin bagi mengantikan baginda sebelum pemakaman baginda S.A.W dilangsungkan.

Ijmak sahabat sepakat bahawa haram hukumnya kaum muslimin hidup tanpa adanya seorang khalifah atau pemimpin lebih dari tiga hari tiga malam.

Sabda Nabi S.A.W maksudnya, “Apabila keluar tiga orang dalam bermusafir maka hendaklah dilantik seorang ketua”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,“ Tidak halal bagi tiga orang yang berada di satu tempat melainkan dilantik seorang daripada mereka seseorang sebagai ketua.”
 (Hadis Riwayat Ahmad) 

Ini bermakna kepentingan melantik pemimpin untuk mengantikan kepimpinan yang telah berlalu untuk mengurus hal ehwal Islam dan melaksanakan kemaslahatannya adalah wajib. Atas sebab inilah Islam begitu memandang berat soal memilih pemimpin dalam semua peringkat kehidupan.

Persoalannya, bagaimanakah kita hendak menjadi pemimpin yang baik? Kita harus sedar bahawa pemimpin yang baik akan memberikan kesan yang amat besar terhadap masa depan Islam dan umatnya. Kita juga hendaklah memahami bahawa soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan ia adalah sebahagian tindakan atau perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak.

Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38 yang bermaksud : “Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya”. 

Sebagai pemimpin, kita hendaklah melaksanakan tugas secara berhati-hati dan tiada berkepentingan peribadi dan sebagainya. Jika kita gagal melaksanakan tugas dengan adil dan mengutamakan kebajikan untuk rakyat maka sudah tentulah amat bersalah dan akan diazab oleh Allah di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 41 yang bermaksud : “Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan”. 

Islam telah menjelaskan kepada kita bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik. Terdapat lapan ciri-ciri utama sebagai seorang pemimpin yang baik;

1. Seorang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi, sebaliknya bukan menjadikan agama sebagai ‘istihza’ atau dipermainkan. Justeru amanah sebagai pemimpin sebenarnya adalah ganti diri Rasulullah S.A.W ‘niabatan ‘anin nabi SAW’ untuk memelihara, menjaga dan melaksana syariat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat 41 yang maksudnya : “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. 

2. Seseorang yang memiliki ‘al-Quwwah’ yakni kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental. Dalam al-Quran telah dijelaskan kisah dua anak perempuan Nabi Syu’aib a.s. meminta kepadanya agar memilih pekerja mengembala kambing daripada kalangan yang kuat bekerja dan amanah, inikan lagi soal memilih pemimpin yang sudah tentu skop menanggung kerjanya yang lebih luas dan amanahnya sangat besar memerlukan kekuatan semua sudut dan bidang.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26 yang maksudnya : “Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. 

3. Seseorang yang memiliki sifat takwa, kerana ciri-ciri inilah yang menjamin seseorang pemimpin itu berintegriti dan takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertakwa nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah ayat 103)

4. Seseorang pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh mana-mana pemimpin dan menjadikan ia sebagai prinsip asas pentadbiran untuk menjamin kepimpinannya yang dihormati, disegani dan disayangi. Jauhkan diri daripada pemimpin yang zalim yang tidak memberi keadilan dan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil…”. 

5. Seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap makhluk terhadap orang yang beriman”.
                                                                                                                     (Surah at-Taubat ayat 128) 

6. Seseorang pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan.

Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

7. Seseorang pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda (maksudnya) : “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya”. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

8. Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh orang bawahannya, bukan berdusta dan menghampakan orang bawahannya.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah kepada kita bahawa dalam soal kepimpinan yang baik tidak boleh dilakukan secara tangkap muat. Sehubungan dengan itu Imam alQurtubi menjelaskan dalam kitab ‘Al-Jamik li Ahkamil Quran’ bahawa, “Bagi umat Islam dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

Jika kalian diberi mandat untuk mengundi untuk memilih pemimpin yang baik maka pilihlah pemimpin yang amanah, berakhlak mulia dan bertakwa. Kalian akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti sekiranya kalian silap memilih pemimpin yang tidak berakhlak dan hanya mementingkan pembangunan duniawi berbanding dengan kehidupan di hari akhirat.

Hadis daripada Huzaifah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga Rasulullah di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan menemuiku di haudh”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad) 

Marilah kita menjadi pemimpin yang takutkan Allah melebihi daripada segala-galanya. Kerana hanya pemimpin yang benar-benar takutkan Allah sajalah yang mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan jujur, amanah dan berdedikasi.

sumber: http://abubasyer.blogspot.com/2012/12/apakah-ciri-ciri-kepimpinan-dalam-islam.html

Rabu, 3 April 2013

Panduan Penting Bagi Seseorang Pengundi Muslim































Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah / ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.

Firman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).

Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. 

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

sumber: http://www.facebook.com/DrMAZA

Selasa, 26 Mac 2013

Ulama jadi calon: Golongan ulama bentuk sahsiah masyarakat


























Semakin mendekati PRU, semakin hangat diperdebat siapa yang layak menjadi pemimpin. Ada yang sokong A ada yang sokong B.

Tidak kurang juga yang duduk atas pagar, Tak mahu ambil port langsung dalam isu-isu semasa politik. Pada mereka, dalam politik semuanya sama.

Berbalik kepada isu kepimpinan atau politik dalam negara. Sekiranya ragu-ragu ingin memilih pemimpin. Ada baiknya, kita bertanyakan kepada para ilmuan. Sebab apa? Ringkas. Mereka lebih berilmu.

Ilmuan yang tiada kepentingan politik seperti Ustaz Pahrol Mohd Juoi pendakwah dan penulis buku Mukmin Profesional, Nota Hati Seorang Lelaki, Nota Fikir Untuk Zikir, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir? dan banyak lagi.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi berpendapat, "Jika golongan pemimpu sedia ada hanya mendengar nasihat daripada golongan ulama seperti melepaskan batuk di tangga, maka ada kewajaran ulama sendiri yang menjadi pemimpin."

**Minda manusia umpama payung terjun, ia akan terbuka dengan ILMU pengetahuan.

Khamis, 21 Mac 2013

Memilih Pemimpin Antara Muslim dan Bukan Muslim


MENJAWAB PERSOALAN "ANTARA CALON MUSLIM & CALON NON-MUSLIM " SIAPA YANG PATUT DIBERI UNDI

Dalam kelas bersama Fadhilatus Syaikh Prof Dr Ra'fat Uthman Hafizahullah di Darul Ifta' sebentar tadi saya bertanya soalan

(Fadhilatus Syaikh merupakan salah seorang Anggota Hai'ah Kibar Ulamak Al-Azhar As-Syarif,Dekan Kuliah Syariah Wal Qanun Al-Azhar As-Syarif sebelum ini.

Beliau disebut oleh Fadhilatus Syaikh Alii Jum'ah Hafizahullah sebagai salah seorang Ahli Ilmu yang Besar di Mesir dan Seorang Faqih Muhaqqiq Mudaqqiq) :

"Sekiranya ada dua Calon yang bertanding Kerusi Parlimen,Seorangnya Muslim tetapi mempunyai rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan dan seorang lagi pula adalah Calon Bukan Muslim tetapi rekod pentadbiran dan pengurusannya baik dan telus.

Bolehkah saya memberikan Undi kepada Calon Bukan Muslim tersebut?" Fadhilatus Syaikh Hafizahullah menjawab :

"Ya. Boleh. Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara?

Sekiranya bukan Muslim tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan Calon Muslim pula sebaliknya,kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa kebaikan buat negara.

Sekiranya awak ada harta dan tanah yang ingin diuruskan,dan ada dua calon yang meminta untuk menguruskannya,seorangnya Muslim tetapi tidak pandai mengurus dan seorang lagi Bukan Muslim tetapi mampu mengurus,pastilah tugas tersebut perlu diberi kepada Bukan Muslim yang mampu mengurus."

Saya bertanya lagi :

"Ada yang berhujah dengan Ayat Al-Qur'an yang melarang Golongan Mukmin mengambil 'Wali' selain dari Mukmin."

Fadhilatus Syaikh menjawab :

"Ahli Parlimen bukanlah 'Wali Amri'. Ahli Parlimen mempunyai tugas yang kita semua maklum di Dewan Rakyat contohnya membincang dan memberi pandangan ketika penggubalan undang-undang (dan membincangkan belanjawan negara dll). Ahli Parlimen bukanlah 'Wali' sebagaimana yang dinyatakan oleh Ayat tersebut"

Begitulah lebih kurang perbicangan dan jawapan oleh Fadhilatus Syaikh Hafizahullah.

Tujuan saya berkongsi perbincangan ini bukanlah untuk fokus kepada isi jawapan beliau. Tujuan utama saya adalah untuk menunjukkan perbezaan yang sangat ketara apabila 'Ahli Ilmu dan Faqih' berbicara soal hukum hakam berbanding 'Mereka yang tidak berkeahlian' yang cuma bercakap atas dasar semangat dan sentimen.

Berhati-hatilah wahai sahabat-sahabat sekalian dalam berbicara Soal Hukum Hakam dan bercakap dengan Ayat-Ayat Allah. Ianya adalah Amanah. Amanah itu perlu kepada 'Quwwah'. 'Quwwah' dalam berbicara soal hukum hakam adalah 'Lengkapnya diri dengan Ilmu-Ilmu yang disyaratkan oleh Para Ulamak Ummah untuk melayakkan seseorang berbicara soal hukum hakam'.

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya yang berpanjangan buat Para Ulamak Al-Azhar As-Syarif dan Semua Ulamak Ummah yang Benar dan Mukhlisin.yang telah mengajar dan mendidik kami erti Amanah dan Beradab dengan Ilmu.

Selasa, 19 Mac 2013

ZAMAN UMAT NABI MUHAMMAD

























Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman.

Menurut hadith Nabi, zaman ummat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya kerajaan menggigit [Mulkan 'Adhan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Setelah itu kerajaan menyombong [Mulkan Jabariyyan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] 

Kemudian Nabi diam.”

- Hadith Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah -

Mengikut Rasulullah S.A.W, fasa pertama adalah pada zaman Nabi masih hidup, zaman ini telah pun berlalu, kemudian zaman pemerintahan yang mengikut cara pemerintahan kenabian, kita dapati umat Islam diperintah oleh 4 khulafaa ar Rasyidin, inipun telah berlalu, kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang 'menggigit' yakni yang menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Ummayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyah yang berkuasa menggunakan sistem monarki, zaman inipun telah berlalu.

Kemudian datang pula satu zaman dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Inilah fasa atau zaman yang sekarang ini. Kemudian setelah berlaku fasa ke empat akan datang pula fasa ke lima. Dalam fasa ke lima, dunia akan diperintah sebagaimana cara Nabi mengikut syari'at Islam. setelah selesai menceritakan hal itu tiba-tiba Rasulullah S.A.W diam dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.

Rasulullah S.A.W telah mengingatkan bahawa hidup dalam fasa ke empat akan kedatangan satu fitnah yakni fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke lima, fasa ini kekuasaan telah berada di tangan orang-orang yang beriman. Dajjal tidak akan muncul selepas fasa ke lima kerana masa sejarah ketamadunan manusia telahpun tamat.

Pada fasa ke empat itulah IBLIS akan mengumpulkan dan menyesatkan seberapa ramai [seramai mungkin] manusia untuk mengikutnya ke neraka dan dalam fasa ke 4 inilah kita berada sekarang ini.

Sebelum turunya Nabi Isa a.s akan datangnya Imam Mahdi yang akan membawa kita ke fasa ke 5 seterusnya mengakhiri ketamadunan manusia.

-------------------------------------------------

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil.”
- Hadith Muslim no. 145 -

Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman berganti zaman, Islam asing [gharib] kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Illahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.

Tiada kemuliaan kecuali dengan Islam,
Tiada Islam kecuali dengan penerapan Syariah,
Tiada penerapan Syariah kecuali dengan Daulah Khilafah.

Jumaat, 8 Mac 2013

Mempertahankan Negara itu Jihad, menjual Negara itu jahat


Di dalam sirah perjuangan 13 tahun kaum Muslimin menegakkan negara Islam di Madinah, mereka telah mempertaruhkan nyawa dalam 59 buah peperangan. Sepanjang tempoh itu, Rasulullah s.a.w. telah menyertai serta memimpin 27 buah perang.

Begitulah besarnya tentangan yang terpaksa dilalui oleh umat Islam ketika itu. Musuh-musuh yang mahu menghancurkan negara Islam Madinah – yang baru dibina oleh Rasulullah dan para sahabat selepas peristiwa hijrah – bukan sekadar datangnya dari kaum Quraisy Mekah, tetapi juga dari kaum Yahudi di Madinah sendiri, Majusi, Nasrani serta Romawi.

Sebahagian besar daripada musuh-musuh ini, khususnya Romawi dan Nasrani, mempunyai kelengkapan perang yang hebat. Sedangkan, kaum Muslimin ketika itu baru sahaja mula bertapak. Bilangan mereka masih kecil lagi.

Sudahlah jumlah mereka belum ramai, kaum Muslimin juga kekurangan dari segi kelengkapan perang. Malah kelengkapan kehidupan mereka seperti rumah dan ekonomi juga belum tersusun.

Namun demi mempertahankan sebuah negara Islam, mereka tetap menghadapi musuh tanpa rasa gentar. Akhirnya melalui 59 buah peperangan itu, negara Islam berjaya ditegakkan di Madinah, yang kemudiannya mengukuh serta melebar ke Mekah dan seluruh jazirah Arab, seterusnya ke seantero pelosok dunia. 

Bayangkan, apa akan jadi kalau kaum Muslimin ketika itu enggan turun berperang kerana serba kekurangan? Bayangkan apa akan jadi kalau kaum Muslimin tidak mahu mempertahankan negara mereka dari serangan kaum musyrikin dengan alasan tidak mahu kehilangan harta, isteri dan kebun tanaman? 

Sesungguhnya berjuang mempertahankan negara, seperti apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah, sekarang ini, adalah suatu jihad. Bukan saja jihad kepada negara, tetapi juga kepada agama dan rakyat.

Perlu diingat, keselamatan merupakan perkara yang menjadi keperluan asas bagi setiap manusia. Melalui keselamatan, barulah hidup menjadi aman, sentosa dan bahagia.

Agama Islam sangat menitikberatkan soal keselamatan. Baik keselamatan diri, juga negara, agama dan masyarakat. Hanya dengan keselamatanlah rakyat dapat menjalankan tanggungjawab mereka kepada agama.

Oleh kerana itu, Islam melihat tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam merupakan tugas yang amat mulia. Ia merupakan suatu jihad serta ibadah yang dijanjikan oleh Allah dengan pahala yang besar.

Cukup ramai para syuhada Islam yang gugur semasa berjuang demi mempertahankan negara dan agama. Bagaimanapun, untuk mereka yang gugur dalam menjalankan tugas tersebut, balasan yang setimpal akan menanti di sana nanti.

Semua ini telah pun dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda baginda yang maksudnya: “Barang siapa yang berperang di jalan Allah walaupun sebentar iaitu sekadar masa orang memerah susu unta, maka wajib baginya syurga. Dan barang siapa yang bermohon kepada Allah s.w.t. dengan bersungguh-sungguh untuk berjihad kemudian ia mati atau dibunuh, maka sesungguhnya baginya balasan syahid. Dan barang siapa terluka di jalan Allah atau ditimpa kemalangan maka ia datang pada hari kiamat sederas darah yang mengalir ketika luka, warnanya seperti za’faran dan baunya bagaikan wangi kesturi”.

Buat mereka yang telah gugur sebagai wira negara, tiada ungkapan yang sebaiknya melainkan sekalung doa dalam munajat semoga Allah SWT melimpahkan keampunan dan rahmat buat mereka. Begitu juga mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan segunung kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan. Al-Fatihah...

























Selain itu, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang maksudnya : ” Sesungguhnya di dalam syurga itu ada seratus darjat yang disediakan Allah s.w.t. bagi orang yang berjihad pada jalan Allah. Di antara satu darjat dengan darjat yang lain seperti di antara langit dan bumi.” (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Kaum Muslimin turut diingatkan oleh Allah s.w.t. supaya jangan gentar apabila menghadapi musuh. Sebaliknya, mereka mesti meneguhkan iman, memperbanyakkan doa dan sentiasa bertawakal kepada-Nya. Semua ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Al-Anfaal ayat 45 yang tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan musuh maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapi dan sebutlah serta ingatlah Allah s.w.t. dengan berdoa banyak-banyak, supaya kamu berjaya mencapai kemenangan”. 

Berlawanan dengan perjuangan serta jihad mempertahankan agama, janganlah pula ada pihak yang menjadi musuh dalam selimut – membocorkan rahsia kekuatan, keselamatan dan kedaulatan negara kepada pihak luar. Perbuatan membuka pintu kepada musuh adalah suatu dosa yang besar dan pelakunya dianggap sebagai munafik.

Itulah yang berlaku kepada Hatib bin Abi Balta’ah. Suatu ketika Hatib bin Abi Balta’ah hampir-hampir membocorkan rahsia perancangan Nabi untuk memerangi pihak musyrikin Mekah kerana mencabuli perjanjian Hudaibiyah yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

Rahsia tentera Muslimin Madinah itu ditulis oleh Hatib pada sehelai kertas, lalu diserahkan kepada seorang wanita. Bagaimanapun, perbuatan Hatib itu berjaya dihidu oleh kaum Muslimin yang kemudian memintas wanita tersebut sebelum dia sempat sampai ke Mekah.

Sebagai hukuman, Saidina Umar Al-Khattab meminta izin kepada baginda untuk memenggal kepala Hatib. Namun baginda tidak mengizinkannya kerana Hatib merupakan salah seorang tentera Muslimin yang menyertai peperangan Badar Al-Kubra. Sekiranya bukan, sudah tentu hukuman mati akan dijatuhkan ke atasnya.

Peristiwa ini menjelaskan kepada kita, perbuatan membocorkan rahsia Negara dan agama kepada musuh adalah tindakan yang tidak berakhlak. Ia juga merupakan satu kesalahan yang sangat besar sehingga boleh dijatuhkan hukuman bunuh.

Jangan kita lupa kepada pemimpin-pemimpin Kurdish yang menjadi tali barut Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang kerajaan Islam Iraq pada 2003. Antara yang paling besar peranannya dalam menjemput tentera AS menceroboh Iraq adalah pemimpin mereka, Dr. Ahmad Chalabi.

Melalui peranannya sebagai boneka Barat, akhirnya negara Islam Iraq hancur sampai sekarang. Tentera AS bukan sekadar menghancurkan negara itu dan membunuh lebih sejuta rakyatnya, tetapi juga menyeksa tahanan serta menghina Islam, masjid dan al-Quran.

Begitu jugalah dengan Dr. Ashraf Marwan, seorang hartawan Mesir yang merupakan menantu kepada bekas Presiden negara tersebut, Gamel Abdul Naser. Dr. Ashraf kemudian menjadi orang kepercayaan Presiden Hosni Mubarak.

Tiada siapa tahu kejahatan Dr. Ashraf hinggalah dia membunuh diri dengan terjun dari tingkap apartmen mewahnya di London, pada 27 Jun 2007. Reaksi Zionis dan Amerika terhadap kematian Dr. Ashraf telah mengundang tandatanya kerajaan Mesir. Akhirnya setelah diselidik, rupa-rupanya Dr. Ashraf telah menjadi ejen Zionis dan menjadi anggota Mossad sejak 1969!

Perkara ini kemudian disahkan oleh pasukan keselamatan Israel. Mereka mendedahkan sebenarnya sejak 1969 lagi Dr. Ashraf telah membocorkan rahsia kerajaan Mesir kepada Israel. Tujuan beliau adalah untuk mendapat imbuhan wang.

Begitu juga dengan Omar Suleiman, bekas Naib Presiden Mesir yang secara rahsia membocorkan begitu banyak fail-fail sulit kerajaan pimpinan Hosni Mubarak kepada Tel Aviv. Fail-fail yang dibocorkan pula begitu sulit kerana Omar Suleiman merupakan bekas ketua risik rejim Mubarak.

Selain itu, sudah ramai penduduk Palestin dan Lebanon yang telah ditangkap kerana menjadi ejen Mossad dan Zionis. Mereka inilah yang membocorkan rahsia pergerakan pemimpin-pemimpin jihad Palestin – seperti Sheikh Ahmed Yassin dan Abdul Aziz Rantisi – hingga mereka terkorban di tangan Yahudi.

Al-Fatihah kepada wira-wira yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, semoga roh mereka ditempatkan di jannah bersama pada syuhada dan solihin. Dalam masa yang sama, janganlah pula ada mana-mana pihak yang bertindak menjadi dalang kepada pihak luar – atau mana-mana musuh agama dan negara – hingga berlakunya tragedi ini. Ingatlah, dosa kejahatan anda itu sangat sukar untuk dimaafkan.

Tidak ada seorang yang masuk ke syurga itu suka hendak balik ke dunia, melainkan orang mati syahid bercadang ia hendak balik ke dunia; hajatnya ia akan berperang lagi sepuluh kali, sebab melihat ia akan kelebihannya. 
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas bin Malik)

Sabtu, 21 April 2012

AL-AYYUBI dalam bayanganku

بسم الله الرحمن الرحيم

oleh:  Muawwidz Al-ansori

Dalam kesejukan malam itu..

Aku mendengar..
Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama
Salahuddin Al-Ayubbi
rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

hurm..

Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Ini kisah benar-benar berlaku..

Bila??

Suatu Masa Dulu.....

""""Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?"""


kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?


Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin....

Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". beliau
kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.

Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.


Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..


Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku


Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara  rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.


" Kami orang Islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..

Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..

Pada Jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan

27 Safar, 589H
malam itu telah nampak tanda-tanda
berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja'afar , seorang yang wara' telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

"Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata"
(Al-Hasyr: 22)



Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

"Memang Benar"



Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:

"Sekarang aku datang semula ke sini."



Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu,

1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata

" Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!"



Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam


Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?

astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku...

Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..

Aku menggelengkan kepala...

mungkin ini generasi Salahuddin Al-Ayubi??
hurm..
generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~

Isnin, 2 April 2012

Ikon Untuk Pemuda

بسم الله الرحمن الرحيم


Selalu kita dengar dan baca kisah nama-nama ini :

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali, Mus’ab Bin Umair, Imam As-Syafie, Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi, Imam Nawawi, Imam Hasan Al-Banna.

Subhanallah, hebat nama-nama yang disebut ini. Siapakah mereka? Mereka adalah pemuda Islam yang telah mengubah dan mencorakkan dunia mengikut perspektif dan acuan Islam yang tersendiri. Sungguh gilang gemilang catatan sejarah yang telah mereka ukirkan buat tatapan kita umat Islam khususnya pemuda Islam. Kehebatan mereka ini bukan terletak pada nama, pangkat, keturunan ataupun darjat tapi pada ketaatan, ketaqwaan dan kebersamaan mereka dengan Islam sehingga mereka bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam hingga ke puncak kemuliaannya. Untuk apa? Tidak lain dan tidak bukan untuk menegakkan kalimah dan syariat Allah serta memakmurkan bumi Allah ini dengan syariat Islam serta kewajipan yang diturunkan Allah SWT. Sungguh inilah jalan kejayaan sebenar buat mereka yang mahu menjejak kaki ke syurga bersama mereka.

Mereka bukan sekadar dikagumi oleh penduduk bumi, malah dipuji dan disanjung tinggi oleh penduduk langit. Mereka ini bukan pemuda yang dilahirkan dengan ciri anggota yang luar biasa. Tapi segalanya sama dengan manusia lain. Mereka lahir dari salur rahim manusia juga. Mereka makan seperti manusia .Tiada yang berbeza dari manusia lain dari sudut kehidupan biasa.

Tetapi ada beberapa perkara berbeza yang ada pada mereka tapi tidak ada pada kita kebanyakan pemuda Islam pada zaman mutakhir ini. Apa yang disenaraikan di bawah ini merupakan hanya beberapa sifat dominan mereka yang saya dapati dari pembacaan yang ringkas tentang riwayat perjalanan hidup mereka :

1) Hidup bukan bermatlamat untuk mengejar pangkat, nama dan kedudukan tetapi matlamat mereka hanyalah Allah semata-mata, mengejar keredhaan Allah SWT dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

2) Memiliki ketaqwaan yang sangat tinggi dan hanya berharap pada Allah SWT dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.

3) Mereka sentiasa mewujudkan atau mencipta suasana kehidupan mereka yang seringkali berbeza dengan orang lain(penuh berdisiplin).

4) Mereka menggunakan setiap peluang dan bidang mereka untuk memperkuatkan Islam lebih daripada mengutamakan kesenangan diri mereka sendiri.

5) Mereka sangat merendah diri dan hampir dengan orang yang lebih alim walaupun keilmuan mereka diakui melangkaui zaman.

Itulah antara sifat dominan mereka yang mengundang kejayaan bagi pemuda Islam. Maka marilah wahai pemuda Islam sekalian kita sama-sama ikut jejak langkah mereka dengan mencontohi ikon-ikon yang saya sebut di atas. Asuhlah diri pemuda cintakan akhirat dan ceritakanlah kepada tentang tipuan dunia. Pasti akan gemilang!

Khamis, 14 Julai 2011

Pemimpin Islam Harus Menghormati Hak Bersuara Rakyat Jelata

سم الله الرحمن الرحيم



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Islam seorang yang telah dipilih menjadi pemimpin perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Pemimpin perlu mendengar rintihan, kesusahan dan permohonan daripada suara dan kehendak rakyat. Pemimpin tidak boleh bersikap berat sebelah atau tidak adil di dalam menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh rakyat. Pemimpin tidak boleh mengutamakan kroni atau ahli keluarganya sahaja di dalam mengagihkan projek atau kekayaan negara kerana sesiapa dikalangan rakyat yang berkemampuan dan berkelayakkan perlu diberikan hak-haknya.

Beberapa ciri-ciri penting kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin (rakyat) terikat kesetiaan kepada Allah.

2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan negara bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok/parti tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.

3. Berpegang pada syariat dan akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan rakyat dan dengan negara lain.

4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah SWT yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Quran memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah SWT dan menunjukkan sikap baik kepada rakyatnya sebagaimana Firman Allah SWT:

“Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Quran memerintahkan agar kaum muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam. Pemimpin Islam juga mesti menyelesaikan pelbagai perbezaan pendapat atau pengaduan orang ramai. Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pandangan atau menegur pemimpin perlulah di ambil perhatian. Pemimpin tidak boleh bersilap kasar dan keras (tidak kena tempat) dengan memaksa rakyat dengan kekerasan (memaksa rakyat dengan keputusannya). Pemimpin Islam tidak boleh hanya melaungkan selogan-selogan kosong untuk mengutamakan rakyat tetapi apabila berlaku perbezaan pendapat dengan rakyat mengambil sikap tidak mahu bertolak ansur.

Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah SAW sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam hadis yang lain daripada Ummu Salamah r.ha Isteri Rasulullah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari, maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”.
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).

Rakyat tidak harus dihukum dan ditangkap oleh penguat-kuasa undang-undang hanya kerana mereka menyatakan cadangan dan pandangan yang bernas untuk memulihkan keadilan atau membetulkan penyelewengan pemimpin, kerana apabila hati rakyat telah terluka maka akibatnya pemimpin tidak akan dihormati dan rakyat akan memilik pemimpin lain yang lebih berwibawa, adil dan bertolak ansur.

Sahabat yang dimuliakan,
Tujuan memilih pemimpin adalah supaya ada yang mengatur setiap urusan, dan ada yang bertangungjawab dan membela sesuatu keperluan sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : "Pemimpin itu adalah perisai memerangi musuh rakyatnya dan melindungi mereka. Jika pemimpin itu mengajak rakyatnya kepada ketakwaan kepada Allah dan bersikap adil maka pemimpin itu bermanfaat bagi rakyat, tetapi jika dia memerintahkan selain itu maka pemimpin itu merupakan musibah bagi rakyatnya"
( Hadis Riawyat Muslim ).

Tidak semua orang berhak memimpin sebab kepemimpinan itu meupakan amanah dan tanggungjawab. Auf bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah bersabda : “ Aku khabarkan kepadamu tentang pemimpin “. Auf berkata : Apa itu ya Rsulullah? Nabi menjawab : “ Kedudukan itu nanti merupakan sesuatu yang dapat membuat engkau hina. Kedua, kedudukan itu nanti akan memberikan penyesalan. Ketiga, kedudukan itu akan menjadi penyebab seksaan di hari akhirat, kecuali jika orang yang mendapat kedudukan itu dapat bersikap adil, tetapi bagaimana mungkin seseorang itu dapat berlaku adil dengan kaum kerabatnya ( Hadis Riwayat Bazar, dan Thabrani )

Perlu difahami dan dingatkan bahawa pemimpin Islam yang bertanggungjawab bukan hanya kepada para pengikutnya atau partinya sahaja, malah apa yang lebih penting ialah dia bertanggungjawab kepada Allah SWT di akhirat nanti!

Sebagai kesimpulannya, di dalam pencarian model pemimpin dan kepimpinan Islam, empat elemen yang perlu ada iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi hendaklah diperkukuhkan dan dimantapkan.

Keempat-empat elemen ini perlu saling lengkap-melengkapi di dalam pembentukan karakter dan jati diri pemimpin yang unggul. Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliri urat nadi kepimpinan umat masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan secara keseluruhannya.

Sahabat yang dikasihi,
Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kejayaan generasi mendatang. Pemimpin yang diredai Allah SWT ada pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh supaya syariat Allah SWT berjalan dalam pemerentahannya ataupun dia berusaha kearah perlaksanaannya secara beransur-ansur. Pemimpin yang dibenci Allah SWT adalah pemimpin yang memusuhi para alim ulama, tidak ada usaha bersungguh-sungguh menegakkan kalimah Allah dan menzalimi rakyat yang tidak berdosa dan menafikan hak-hak kebajikan dan keperluan asasi yang perlu dimiliki oleh mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...