Memaparkan catatan dengan label Majlis Ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Ilmu. Papar semua catatan
Khamis, 24 April 2014
Jumaat, 11 April 2014
Selasa, 9 Julai 2013
ORANG YANG KENAL RAMADAN
Orang yang kenal kepada Ramadhan.
"Orang yang bersiap awal untuk menghadapi Ramadhan, itulah orang-orang yang kenal kepada Ramadhan. Mengapa perlu bersiap awal, kenapa tidak masuk Ramadhan baru kita mula? Mengapa yang bersiap awal? Ini kerana orang yang bersiap awal itu kenal, akan mahalnya dan tingginya Ramadhan itu. Sebab itu dia bersiap awal."
"Sepertimana orang yang nak kahwin. Oh dia kata kahwin ni bukan senang. Kahwin ni hebat. Persiapannya kadang-kadang setahun sebelum dari tarikhnya itu. Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum itu dah buat persiapan. Sedangkan majlis perkahwinan itu berapa hari? Satu hari sahaja. Demi untuk menyempurnakan satu hari ini, bila persiapannya? Daripada setahun sebelumnya lagi. Perancangannya, persiapannya, berbagai-bagai keadaan disediakan demi untuk menyempurnakan satu hari."
"Sedangkan Ramadhan, 30 hari. Didalamnya mempunyai kelebihan yang tidak dapat kita gambarkan dengan penilaian kita. Sehingga ALLAH SWT mengatakan puasa itu adalah milik AKU kata ALLAH SWT, 'AKU-lah yang akan memberikan ganjaran'."
~ Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered hafizahullah ~ الَلهمَ بلَغنا رمضان
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
Isnin, 13 Mei 2013
Antara Ilmu Dan Realiti
Dalam apa pun yang kita hendak buat kita perlu ada ilmu tentang perkara tersebut. Ilmu menjadi asas-nya. Namun, ilmu sahaja selalunya tidak memadai.
Begitu juga dalam hendak menilai atau hendak mengukur sesuatu perkara, tidak memadai kita mengukur sesuatu itu hanya dengan ilmu atau secara ilmiah semata-mata. Secara ilmiah, hanya akan tercetus ilmul yakin atau keyakinan yang berdasarkan kepada ilmu sahaja. Ilmul yakin masih terdedah kepada berbagai-bagai keraguan dan faktor-faktor yang belum tentu. Mungkin ilmu kita tidak tepat atau tidak cukup atau tidak mengikut dan tidak mengambil kira perubahan yang berlaku atau variasi yang wujud dalam satu-satu hal, perkara atau situasi itu.
Mendasarkan sesuatu kepada ilmu semata-mata tidak semestinya akan menghasilkan kepastian atau ketentuan yang nyata.
Justeru itu, di samping ilmu, kita mesti juga ukur sesuatu perkara itu dengan realiti. Realiti membuahkan kepastian dan ketentuan. Realiti mampu mencetuskan ainul yakin atau yakin yang berdasarkan realiti yang kita lihat yang tentunya lebih kuat dari ilmul yakin.
Contohnya, kita hendak mencipta suatu alat untuk membuat tali. Berdasarkan kepada ilmu dan kepakaran yang ada, mungkin kita akan dapat membuat lakaran teknikal atau technical drawing untuk membuat alat tersebut. Berikutan itu, kita mungkin juga akan dapat membuat alat tersebut di dalam workshop tepat dengan kehendak lakaran teknikal yang kita buat itu. Tetapi sama ada alat tersebut boleh berfungsi seperti mana yang kita kehendaki tidak dapat kita tentukan. Hasil ilmu dan kepakaran kita itu perlu dipastikan dengan ujian-ujian praktikal untuk menentukan ia benar-benar boleh berfungsi. Ujian praktikal ini sebenarnya ialah ukuran realiti. Kalau secara realitinya alat tersebut boleh digunakan untuk membuat tali, maka barulah ia dianggap berjaya. Kalau tidak, pembetulan, ubah suai dan pelarasan perlu dibuat terhadap alat tersebut sehingga segala masalah dapat diatasi. Begitu juga kalau kita mencipta suatu resipi masakan. Memang, kita boleh masak mengikut resipi yang kita cipta itu. Akan tetapi, berjaya atau tidak, sedap atau tidak resipi tersebut perlu ditentukan dengan ujian cita rasa. Kita mesti rasa hasil masakan resipi itu. Baru kita tahu ianya baik atau tidak. Merasa masakan inilah yang dinamakan ukuran berdasarkan realiti seperti dalam peribahasa Inggeris, " the proof of the pudding is in the eating".
Begitulah juga dengan ciptaan kereta, kapal atau pesawat terbang. Setakat mana hebat pun ilmu dan kepakaran yang digunakan, prototaipnya mesti melalui berbagai-bagai ujian realiti sebelum ianya diluluskan untuk kegunaan umum.
Kalau tidak, akan terjadilah apa yang telah berlaku kepada kapal Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik pada pelayaran sulungnya. Kapal yang dikatakan hebat, sink proof (tidak boleh karam) dan termoden itu, nyata pada realitinya adalah kapal yang tidak selamat. Keluli yang digunakan untuk membuat badan kapal itu tidak tahan suhu sejuk. la menjadi rapuh dan mudah pecah apabila terlanggar bongkah ais (ice-berg).
Pernah berlaku di bandar raya Kuala Lumpur, pihak yang merancang pengawalan lalu lintas dengan menggunakan sistem berkomputer terlalu yakin dengan ilmu mereka. Mereka berkata sistem berkomputer mereka cukup canggih tetapi keberkesanannya telah diganggu oleh polis trafik yang mengawal lalu lintas secara manual. Lantas pihak polis trafik menarik semua anggota-anggota kawalan trafik mereka supaya tidak keluar mengawal lalu lintas.
Maka berlakulah huru-hara jalan raya yang terbesar yang pernah dialami oleh bandar raya Kuala Lumpur. Ibarat peri-bahasa Inggeris, " All hell broke loose" . Ramai yang lambat sampai ke pejabat. Ramai yang lambat balik ke rumah dari pejabat. Ramai yang tidak dapat ke masjid, kerana peristiwa itu berlaku pada hari Jumaat. Selepas polis trafik dirayu agar bertugas semula, barulah keadaan menjadi reda dan kembali normal. Inilah kesan buruk menilai sesuatu dengan ilmu semata-mata tanpa diukur dengan realiti.
Perkara ini ada juga relevannya dengan kaedah mentafsir atau memahami ayat-ayat Quran atau Hadis. Kita bawa beberapa contoh.
Firman Allah SWT: Maksudnya: "Berpeganglah kamu pada tali-tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah." (Ali Imran: 103)
Kebanyakan ulama mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Islam. Mereka mentafsirkan, kalau semua orang Islam sama-sama berpegang dan mengamalkan syariat Islam maka mereka akan bersatu padu. Itu ilmunya. Tetapi, realiti yang kita lihat tidak begitu. Ramai orang-orang Islam yang sama-sama sembahyang, berpuasa, berzakat dan pergi menunaikan haji tidak bersatu padu.
Malahan dalam satu masjid pun mereka bergaduh. Masjid dan surau sekarang ini bukan lagi tempat berkasih sayang dan bermasyarakat tetapi telah menjadi tempat pergaduhan, perbalahan, perebutan pengaruh dan jawatan dan pecah belah. Sesama ahli jawatankuasa masjid pun berlaku perbalahan dan rebutan kuasa. Tidak kurang juga umat Islam bergaduh semasa menunaikan haji. Yang bunuh membunuh pun ada.
Tafsiran seperti ini tidak meyakinkan sebab ia bercanggah dengan realiti. Namun ada tafsiran ulama-ulama lain yang lebih meyakinkan dan lebih hampir kepada realiti. Mereka mentafsirkan tali-tali Allah itu bukan setakat syariat Islam tetapi ialah rasa cinta dan rasa takut kepada Allah. Kalau semua umat Islam sama-sama cinta dan takut kepada Allah, maka Allah akan ikat hati-hati mereka dan mereka akan berkasih sayang di antara satu sama lain.
Dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman: Maksudnya:
"Yang paling bertaqwa di kalangan hamba-hamba-Ku ialah ulama." (Al Fathir: 28)
Tetapi kita lihat ini terlalu jauh dari realiti. Ramai ulama yang tidak bertaqwa. Ada yang terang-terangan terlibat dengan maksiat. Ramai yang terpengaruh dan tertambat hati dengan dunia dan kepentingan peribadi. Ramai yang akhlak mereka menjadi tanda tanya. Ramai pula yang menjual ayat-ayat Allah dengan nilai dunia yang sedikit. Lebih hampir kepada realiti kalau istilah "ulama" di dalam ayat ini dimaksudkan kepada "ulama ul amilin" atau ulama yang beramal dengan ilmu mereka dan bukan semua atau sebarang ulama. Ini dikuatkan lagi dengan Hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang wujudnya "ulama` suuk" atau ulama jahat yang kerja mereka ialah merosakkan manusia. Jadi, bukan semua ulama itu bertaqwa.
Rumusannya, kita perlu jadikan realiti itu sebagai satu bentuk ukuran yang patut diguna pakai di mana boleh, dalam kita menilai sesuatu perkara. Ini kerana ia lebih hampir kepada kebenaran. Justeru itu, kita akan lebih yakin dan lebih adil dalam kita membuat penilaian. Penilaian dengan ilmu tidak salah. Tetapi di mana realiti boleh digunakan, kita patut bersandar kepada realiti lebih daripada kita bersandar kepada ilmu semata-mata.
Rabu, 27 Mac 2013
Jangan Mendahului Imam Semasa Solat
Dari Anas, katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw solat berjemaah. Tatkala selesai solatnya beliau menghadapkan mukanya kepada kami lalu bersabda , katanya:
" Wahai suadara-saudara, aku ini Imam kamu, maka janganlah kamu mendahului aku ketika ruku', sujud, bangkit dari ruku' dan iktidal (bubar), kerana akau dapat melihat yang di depan dan di belakangku,"
Sabdanya lagi,; " Demi Allah, kalau kamu dapat melihat apa yang telah aku lihat, niscaya tangismu akan lebih banyak dari tawanya". tanya hadirin kepada beliau: Apakah yang telah tuan lihat hai Rasulullah?, Jawabnya: "Syurga dan Neraka" -
(HR Muslim)
Isnin, 25 Mac 2013
MENGAPA PERLU MENGUNDI ?
PROF DR MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ?
Soalan :
"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"
Jawapan Prof Dr Muhaya :
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.
Politik Islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.."
Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"
Ahad, 10 Mac 2013
Di Sebalik Rahsia Buta
Buta biasanya disabitkan dengan kehilangan fungsi salah satu pancaindera iaitu mata. Walaupun begitu kepada yang celik mata tapi tak tahu menilai apa yang dilihat menggunakan mata hati pun tak guna jugak dan ianya di panggil buta jugak tetapi bukan buta mata tetapi buta hati.
1) Buta dari melihat kebenaran akibat penglihatan hanya memfokuskan melihat harta dunia dan kejahilan.
2) Buta mencari jalan ke majlis-majlis ilmu tapi lebih gemar menyusuri lorong-lorong mungkar.
3) Buta mengejar kejayaan dan pangkat tetapi meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat yang kekal.
4) Buta apabila hanya memandang pada paras rupa seseorang itu tanpa mengambil kira akhlak dan hati budinya.
5) Buta dari melihat kebesaran Tuhan yang Maha Pencipta tapi lebih gemar menonton hiburan yang melalaikan.
6) Buta dari melalui jalan yang lurus dan telah ditetapkan ladasannya kerana asyik melalui jalan yang bersimpang siur menuju kemaksiatan.
Daripada pengajaran di atas, seseorang walaupun ianya buta mata tetapi jikalau hatinya tidak buta hati, dia lagi mulia daripada orang yang baik pancarainderanya iaitu mata tetapi hatinya terlalu buta hati. Ibarat buta mata hati.
Ahad, 24 Februari 2013
Pegangan Hidup (Wajib Baca)
“Wahai Manusia! Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kamu sesuatu yang bila kamu pegang ia erat-erat niscaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, dua sahaja: Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah RasulNya. Hai Manusia, dengarkanlah baik-baik apa yang aku ucapkan kepada kamu niscaya pasti kamu bahagia untuk selama-lamanya dalam hidupmu!”
Ini merupakan terjemahan kepada sebahagian daripada ucapan Rasulullah SAW semasa haji wida’, haji pertama dan terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ucapan ini disampaikan di Padang Arafah ketika melakukan wukuf.
Berpegang kepada Al Quran dan Sunnah RasulNya
Setiap hari kita akan berdoa dan memohon agar Allah SWT memberikan kita kebahagian di dunia dan akhirat serta dijauhkan dari api neraka. Itu matlamat dan wawasan hidup manusia Islam (Wawasan ABADI). Kalau ingin mencapai matlamat dan wawasan ini kita tak boleh sesat dalam perjalanan hidup ini.
Jalan untuk mengelak sesat ialah berpegang kepada Al Quran dan Sunah RasulNya. Persoalannya ialah bagaimana nak berpegang kepada Al Quran dan Sunnah Rasul jika kita tak pernah nak kaji secara mendalam dua perkara ini.
Kalau kita ada anak yang nak ambil peperiksaan UPSR, PMR atau SPM, semua pihak yang terbabik akan berusaha dengan berbagai tektik dan strategi bagi mencapai matlamat banyak A. Tetapi kejayaan dapat banyak A bukan segala-galanya dalam hidup ini. Ada yang tak ada A pun dalam UPSRnya boleh juga belajar sampai dapat PhD atau Ijazah Master. Dapat A dalam peperiksaan itu perkara kecil sahaja tetapi usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan banyak A itu dibuat dengan bersungguh-sungguh.
Bagaimana kalau nak capai matlamat dan wawasan ABADI di atas. Adakah usaha kita buat secara bersungguh-sungguh atau buat sambil lewa atau tak buat langsung.
Hendak berpegang kepada Al Quraan dan Sunah RasulNya perlulah kedua-duanya difahami dahulu. Ertinya kena belajar dan menaruh minat untuk belajar. Sememangnya orang Melayu Islam di Malaysia ini, ramai tak faham bahasa Arab (bahasa Al Quran dan Hadis), oleh itu bagaimana hendak faham Al Quran dan Sunah RasulNya. Manakala untuk tidak sesat selama-lamanya baik di dunia dan akhirat kena rujuk sehari-hari apa yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis serta Sirah Rasululullah SAW.
Masalah tak faham bahasa Arab boleh diatasi dengan mencari terjemahan serta tafsir Al Quran dan juga terjemahan kitab-kitab Hadis serta sekali sekala pergi berguru dengan alim ulamak. Kalau nak serta merta bagaimana?
Oleh itu disarankan disetiap rumah orang Melayu Islam hendaklah ada Al Quran, Al Quran terjemahan (Pimpinan Ar Rahman) dan Tafsir Al Quran. Hendaklah ada kitab Bukhari dan Muslim serta terjemahannya. Hendaklah ada kitab fekah Mazhab Syafie dalam Bahasa Melayu. Ini adalah perkara asas yang perlu ada dalam setiap rumah orang Melayu Islam di Malaysia. Buku dan kitab ini lebih penting dari melanggan ASTRO dan jauh lebih penting dari membeli set perabot atau set-set hiburan seperti set karaoke dan sebagainya.
Setelah kitab dan buku ini ada dalam simpanan di rumah masing-masing, hendaklah kita membacanya setiap hari lebih hebat dari membaca akhbar Berita Harian atau Utusan Melayu, kemudian adakan pula masa sekurang-kurangnya seminggu sekali peluang untuk mentelaah kitab dan buku ini bersama-sama alim ulamak yang boleh menjelaskan kandungannya. Ini proses untuk mendapat kefahaman ilmu.
Sesudah faham apa yang terkandung dalam Al Quran dan sunah RasulNya secara minima, maka amalkanlah sedaya upaya. Biar sedikit tetapi berterusan atau istiqamah.
Satu masalah besar ialah persekitaran kita tidak bergerak ke arah kefahaman itu. Tambahan pula ada orang-orang yang berpengaruh dalam masyarakat dan negara yang memandai-mandai buat sesuatu pendapat yang menyongsang dengan Al Quran dan Sunah RasulNYa. (ini yang berlaku ketika ini – isu Hukum Hudud tak ada dalam Al Quran, kununnya Hukum Hudud itu dibuat oleh ahli fikah sahaja).
Adalah disarankan kepada semua: Jika perkara itu terdapat dalam Al Quran maka wajiblah diterima. (Bagaimana nak nilai kalau tak pernah baca dan faham Al Quran). Jika perkara itu terdapat dalam Hadis, khususnya hadis sahih, wajiblah diterima. Jika perkara itu merupakan pendapat manusia yang tidak bersandarkan kepada Al Quran dan Sunah RasulNya maka kita boleh menolak atau boleh menerima. Tak kiralah siapa yang memberikan pendapat tentang perkara itu. Tak mestinya dia menteri dia tahu semua, tak mestinya dia bekas PM di tahu semua dan betul semua. Mungkin pendapat orang biasa lebih bisa dan lebih tepat daripada pendapat seorang besar dan tersohor lagi ternama.
Rasulullah SAW telah meningatkan kita bahawa peringatan dari baginda akan dapat membahagiakan hidup kita selama-lamanya sekiranya kita amalkan.
Wallah wa’lam.
Sabtu, 16 Februari 2013
Haram Melakukan Kezaliman
"Allah sendiri mengHARAMkan ZALIM kepada sifatNya, justeru itu Allah haramkan zalim sesama kita... Zalim = letakkan sesuatu tak kena pada haknya. Zalim paling BESAR ialah menSYIRIKkan Allah...
Sabda Nabi; '..apabila (manusia) lihat orang zalim buat zalim sedangkan dia tak ambil tindakan dengan tangan (kuasa)nya (tak buat apa), hampirlah Allah akan meratakan mereka itu dengan azab dan bala... / kena doakan kapal (orang jahat) karam kerana apabila ia karam, kita (orang baik) boleh selamatkan mereka (ikut bersama) ke kapal kita ;)... / lawanlah kezaliman hingga yang berKUASA hanyalah AL-QURAN & HADITH...
JIHAD paling afdhal = bercakap BENAR cegah kemungkaran di hadapan pemimpin2 yang zalim... (di Akhirat) Nabi tak akan mengaku orang yang buat zalim sebagai UMATNYA... / jadilah orang bermaruah yang memandang keBESARan itu ialah AKHIRAT... / perkataan BURUK yang diSUKAI Allah DOA orang yang dizalimi (Nabi; takutilah ia kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah)... / jadilah orang yang suka berikan KEMAAFAN walaupun pernah dizalimi..
Kita BERJUANG bukannya untuk puaskan hati... / sunnah sebarkan MIMPI yang BAIK adalah untuk motivasikan / segarkan MINDA (sahabat)..."
– ustaz Uda Kassim
(Ada 7 video klip / rakaman di bawah)
Jumaat, 15 Februari 2013
Jadilah Kamu Orang Yang Berilmu dan Jadilah Seorang yang Rajin Berdoa
Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang yang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.".. (HR Al-Bazzar)....
Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang MENENTUKAN SIKAPNYA terhadap ilmu agama.... dengan salah satu dari EMPAT CARA, iaitu:
1] Menjadikan dirinya orang yang berilmu (alim), yang mengajar ilmu agama kepada orang lain, atau
2] Orang yang belajar ilmu agama; berusaha mencari ilmu dengan berguru, membaca, 'menadah' kitab, dan lain-lainnya, atau
3] Orang yang mendengar ilmu dan syarahan-syarahan agama; menghadiri kuliah-kuliah agama, atau majlis-majlis ilmu, atau
4] Orang yang mencintai dan menghargai ilmu agama, dan salah satu dari tiga golongan yang tersebut di atas, dengan menurut jejak langkahnya....
5] Golongan orang yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah GOLONGAN YANG BINASA; berilmu pun tidak, belajar ilmu pun tidak, mendengar pun tidak, kasih kepada ilmu pun tidak.... MALAH GOLONGAN INI MEMUSUHI salah satu, atau keempat-empat golongan di atas, mereka tidak ada pimpinan untuk dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah, yang HAQ dan yang BATHIL....
Imam Al-Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu agama (syarak) itu tidak ada faedahnya dipelajari, dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu TENGGELAM DALAM KESESATAN, dan jauh dari mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima, iaitu yang binasa...
ORANG YANG BERDOA' TIDAK AKAN RUGI...
Sebagai hamba, kita hendaklah sentiasa bergantung dengan Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang... Jangan sekali-kali PUTUS HARAPAN dan berputus asa dengan pertolongan Allah... Berdoalah setiap masa... Kerana orang yang sentiasa berdoa akan mendapat kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat... Tidak pernah rugi orang yang tekun berdoa... Namun sesiapa yang malas atau liat untuk berdoa akan menyesal sehabis-habisnya di akhirat nanti....
Sesiapa yang berdoa pasti akan mendapat ganjaran sama ada untuk kehidupan dunianya atau akhiratnya... Dengan syarat dia memenuhi syarat-syarat penerimaan doa tersebut... Antara syarat dan ganjaran doa ialah hadis Nabi S.A.W. dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Tiada seorang muslim pun yang memohon (kepada Allah Ta’ala) dengan doa yang tidak mengandung dosa (permintaan yang haram), atau memutus hubungan (baik) dengan keluarga / kerabat, kecuali Allah akan memberikan baginya dengan (sebab) doa, itu salah satu dari tiga perkara:
[1] boleh jadi akan disegerakan pengabulan doanya,
[2] atau Allah akan menyimpannya untuk kebaikan (pahala) baginya di akhirat,
[3] atau akan dihindarkannya dari keburukan (bencana) yang sesuai dengannya”. Para sahabat Radhiyallahu ‘anhum berkata: Kalau begitu, kami akan memperbanyak (doa kepada Allah)... Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah lebih luas (rahmat dan kurniaanNya)”... ( Imam Ahmad disahihkan oleh al-Hakim, Ibn Hajar dan al-Albaniy)...
Syarat doa diterima antaranya ialah hendak doa itu bukan kearah dosa dan maksiat, serta bukan untuk memutuskan silaturahim sesama muslim... Seseorang yang berdoa akan mendapat salah satu daripada tiga perkara di bawah :
a- Diterima doa serta-merta...
b- Disimpan untuk akhirat dalam bentuk pahala....
c- Diselamatkannya daripada musibah dan bencana....
Alangkah beruntungnya golongan yang banyak berdoa, kerana pasti mereka akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.... Semoga Allah membimbing kita agar sentiasa berdoa kepadaNya setiap masa....
kredit: http://jaksa-yadim.blogspot.com
Rabu, 16 Januari 2013
Selasa, 1 Januari 2013
Himpunan Gambar Sempena Sambutan Ambang Merdeka Bersama Ustaz Azhar Idrus
Alhamdulillah, Ambang 13 ditutup dengan bacaan Asma ul-Husna.
Sebentar tadi juga. Ulama' dunia dari syria, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni memberi ucapan dan diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim.
Sebentar tadi waktu line telefon sibuk. Ustaz Azhar Idrus bersama Piere Andre dan Kamal Adli.
Masih lagi di sini mendengar celoteh mereka walau orang ramai sudah mula pulang di tempat lain (konsert)..
Big boss, Ustaz Azhar Idrus dah tiba. Sedang menjamu selera bersama Malik Noor dan Piere Andre..
Sedia nak solat isyak di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Di imamkan oleh Ustaz Haslin Bollywood...
Sesi pertama, forum Ustaz Syed Mohd Norhisyam bersama Abby Abadi dan Diana Amir..
Sesi pertama, forum Ustaz Syed Mohd Norhisyam bersama Abby Abadi dan Diana Amir..
Terima Kasih kepada sahabat Pemilik FB SYAHIRUL.COM
Ambang 2013 - Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni
Ulama' dunia dari syria, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni, 83 tahun, memberi ucapan dan diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim.
Nama saya Sabuni (sabun) sebab keluarga saya asalnya pembuat sabun pencuci. Tapi apabila tangan kamu kotor janganlah di cuci pada baju saya.
Tapi saya adalah pencuci hati-hati manusia.
Kamu semua pilhlah peminpin yang menjaga Agamanya. Dengan demikian dia lebih takut apa bila di persoalkan Allah di Akhirat nanti.
Walaupun telah uzur Ulama ini tapi beliau masih bersemangat dan lantang ucapannya.
Saksikan videonya...
Isnin, 31 Disember 2012
Sambut Tahun Baru Tanpa Maksiat
Alhamdulillah, Syukur saya kepada Allah swt. apabila sambutan tahun baru kali ini tidak lagi didominasi oleh aktiviti maksiat dan mungkar seperti pesta mandi buih, larian tanpa pakaian, malam tanpa seluar dalam, pesta sepanas api neraka dan macam-macam lagi nama program karut yang menggerunkan insan beriman mendengarnya.
Wallahualam, jika saya terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa masih berleluasa pesta-pesta maksiat melampau sedemikian, namun sekurang - kurangnya tahun ini sambutan tahun baru telah dimeriahkan program alternatif yang tetap menawarkan keseronokan dan hiburan yang terbatas dan terkawal tanpa sebarang maksiat dan mungkar.
Kini masyarakat mempunyai pilihan. Khasnya anak-anak muda yang tidak lagi dikepong oleh aktiviti hedonisme sebaliknya dihadapan mereka terbentang pilihan alternatif yang mampu membebaskan mereka dari pengaruh maksiat dan mungkar.
Antara contoh program alternatif yang saya maksudkan, untuk sekitar Lembah Kelang sahaja ada 4 program yang cukup menarik dan meriah.
Pilihan Di Tangan Anda !
Admin Senarai Beberapa Program Yang Sepatutnya kita pilih untuk sambutan tahun baru
1- Sambutan Ambang 13 bersama Syeikh Muhammad ali as-sobuni , Ustaz Azhar Idrus ( Original ) , Ustaz Ismail Kamus, para asatizah dan para artis yang berhijrah. Tarikh :31/12/2012 Tempat : Di dataran Kemerdekaan
2. Ekspresi Anak Muda Semperna Ambang Tahun Baru Tarikh: 31/12/2012 Tempat : Bazar Malam Reko Sentral Bermula : 8.30 malam Pelbagai aktiviti : -Karnival Pemotoran - Bersama Imam Muda Ashraf dan Ustaz Nushi Mahfodz - Live streaming -Kempen Anti Zina
3. Konsert Hibur Didik Tarikh : 31/12/2012 Bermula : 8.30 malam Tempat : Tapak Uptwn Sri Gombak Bersama artis: -Aris Ariwatan -Hafiz Hamidun -Abby Abadi -dan beberapa program menarik lagi
4. Solat Tasbih & Zikir Munajat Perdana Semperna Menyambut Tahun Baru 2013 Tarikh 31/12/2012 Masa : selepas solat maghrib Tempat : Masjid Negeri Shah Alam Di pimpin oleh Al-Alim Al-Allamag al-Faqih Tuan Guru Syeikh MUhammad Nuruddin Marbu al-banjari al-makki
Sebahagian program yang admin tahun, alasan apakah masih memilih program melalaikan? sebarkan pada semua . Jika ada program lain yang bermanfaat boleh sama-sama kongsi
Sebarkan
Selasa, 11 Disember 2012
Pikir la sendiri teman-teman
Isu yang agak panas baru-baru ini!
Seorang ahli majlis syura Ulama Muda... menyebut di dalam kuliahnya mengenai tiada jihad di bumi Palestin, rakyat Palestin mestilah keluar dari tanahairnya serta pemboikotan barangan israel adalah sia-sia. Ramai yang terkilan dengan kenyataan itu, tidak kurang yang merasa marah sehingga ke peringkat memaki hamun.
Saya tidak bermaksud untuk mengulas panjang kenyataannya, kerana saya bukanlah seorang yang berilmu. Cuma saya rasakan ia tidak wajar di ketengahkan kepada masyarakat lebih-lebih lagi di saat rakyat Palestin sedang berjuang untuk membebaskan tanahair dan kehidupan mereka.
Saksikan video ini:
Ini pula adalah hujah Dr MAZA menjawab apa yang disebut oleh ustaz berkenaan. Fikirkanlah teman-teman, manakah hujah yang lebih menepati realiti yang berlaku serta pendekatan yang seharusnya diambil.
*Bimbang kita semakin hilang sensitiviti kepada sesama ummah...
kredit: abuikhwan.blogspot.com
Saya tidak bermaksud untuk mengulas panjang kenyataannya, kerana saya bukanlah seorang yang berilmu. Cuma saya rasakan ia tidak wajar di ketengahkan kepada masyarakat lebih-lebih lagi di saat rakyat Palestin sedang berjuang untuk membebaskan tanahair dan kehidupan mereka.
Saksikan video ini:
Ini pula adalah hujah Dr MAZA menjawab apa yang disebut oleh ustaz berkenaan. Fikirkanlah teman-teman, manakah hujah yang lebih menepati realiti yang berlaku serta pendekatan yang seharusnya diambil.
*Bimbang kita semakin hilang sensitiviti kepada sesama ummah...
kredit: abuikhwan.blogspot.com
Ahad, 18 November 2012
Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam?
Apa Hujah Dr MAZA dan Ustaz Nik Amar menjawab persoalan Ust Afandi (UMNO) berikut:
Hujah 1. Pernahkah Nabi s.a.w. berdoa musnah / bala kepada sesama Islam? Hatta kepada Abdullah bin Ubay, pernahkah Nabi s.a.w. doakan bala' kepadanya?
Hujah 2. Ketika Nabi Musa a.s. diarahkan oleh Allah bertemu dengan Firaun, bersama Nabi Harun a.s. diminta supaya pergi berdakwah kepadanya dengan cara yang baik.
Saksikan...
Selasa, 6 November 2012
Rabu, 3 Oktober 2012
Rabu, 19 September 2012
Pendapat Mufti Mesir Mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud
فضيلة الدكتور علي جمعة
Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.
Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.
Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.
Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.
Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidak-sempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.
Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa. Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan.
Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569) Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.
Zaman Ketiadaan Saksi
Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan, pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.
Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.
Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?
Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).
Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.
Dalam erti kata lain, zaman yang kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud.
Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.
Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.
Hudud Bukan Keutamaan
Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.
Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.
(Rujuk : Di sini ) jika link ini tidak berfungsi sila ikuti link dibawah:) Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini.
Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.
Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan
Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.
Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.
Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.
Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.
Dan, inilah objektif tulisan ini. Ia tidak bertujuan mengikat mana-mana pihak dengan pandangan al-Allamah Mufti Mesir ini!
والله أعلم
http://www.onislam.net/arabic/
kredit: onislam
Khamis, 13 September 2012
Langgan:
Catatan (Atom)



























