Ukhwah Islamiyyah

Rabu, 26 Mei 2010

Muhasabah Diri Dengan Malu

سم الله الرحمن الرحيم


CARILAH masa untuk sering bermuhasabah diri. Tidak MALUkah diri ini.. kita banyak memohon hajat, namun pada waktu yang sama, banyak perintah-Nya ditinggalkan.

Tidak MALUkah diri ini, selalu curi tulang semasa bekerja di pejabat tadi?
Tidak MALUkah aku, masih tidak dapat mengawal pandangan mata jalan?

Jika sesuatu kesalahan itu kita lakukan dengan manusia lain, mungkin manusia payah memaafkan. Jika kita berhajat kepada-Nya, pasti ditolak lantaran dosa dan kejahatan kita. Namun Allah s.w.t. masih Maha Penyayang. Allah s.w.t. masih terus member rezeki, memberi kesihatan yang baik dan tidur yang lena buat kita. Alangkah MALUnya!

Kita patut MALU kepada Rasulullah s.a.w. yang selalu berdoa dan merindui bertemu umatnya. Namun sunah-sunah Baginda jarang-jarang kita belajar dan ikuti. Yang banyaknya cara hidup Barat yang kita ikuti. Sekali lagi….alangkah MALUnya!

Sabtu, 22 Mei 2010

Selamat Hari Lahir Hafiz..

سم الله الرحمن الرحيم

Tarikh 22 Mei datang lagi menandakan setahun lagi usiaku bertambah ke 28 tahun..Tua sudah..hehehe.. Alhamdulillah syukur kepada Maha Pencipta masih memanjangkan usia diri yang hina ini dengan kesihatan dan kesejahteraan hidup. Semoga dengan usia yang dipinjamkan ini, akan terus berbakti dan menambah saham ke alam abadi nanti.

Tibanya ulangtahun kelahiran ini, menyuntik rasa keinsafan dalam sanubari ini dan tertanya-tanya apakah yang aku sudah lakukan sepanjang usia ini ? Ada berapa tahun lagi berbaki sebelum gugurnya daun yang tertulis namaku ?

Rasulullah bersabda Hadith Riwayat Tarmizi ” ada 4 perkara yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat ialah tentang Masa, Harta, Diri dan Usia”
Masa - Kemana kamu gunakan masa yang diberikan sepanjang kamu hidup ?
Harta - Kemana wang kamu belanjakan di dunia ini ?
Diri - Bagaimana kamu urus diri kamu sepanjang hidup ini ?
Usia – Apakah yang kamu lakukan semasa hidup didunia ini ?
Umur semakin pendek, bukan semakin bertambah panjang


Pertambahan umur, memang menggembirakan. Tetapi manusia perlu sentiasa beringat bahawa, pertambahan umur adalah petanda bahawa umur kita semakin pendek. Waktu kita semakin singkat. Berakhirnya semalam tidak akan dapat dikejar. Saya mengingatkan diri saya dengan satu ayat Al-Quran.“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”

Surah Ali-Imran ayat 185.

Ingatlah wahai diri saya bahawa mati itu pasti untuk kita. Ketahuilah akhirat itu juga tempat kita hendak kembali. Hanya yang diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga yang dinamakan berjaya. Ketahuilah bahawa dunia ini hanya tipuan semata-mata, dan perlulah kita yang mempergunakannya, bukan dunia mempergunakan kita.

Semoga Allah redha dengan usia saya.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat, teman-teman yang menghantar SMS ucapan sejahtera buatku. Semoga diberkati oleh Allah.

Selamat Hari Lahir ke-28 buat diriku Muhamad Hafiz bin Mohamad Zainudin

Jumaat, 21 Mei 2010

Akal Manusia Dicipta Hebat Tetapi Tidak Sempurna Jika Iman Lemah

سم الله الرحمن الرحيم

Kebolehan dan kehebatan akal manusia sangat sangat luar biasa. Ia boleh mengetahui rahsia alam dan seluruh isinya. Akal manusia boleh menjelajah kesemua empat penjuru dunia. Boleh menjelajah alam maya tanpa sempadan. Kemampuan akal manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya luas. Bagi akal manusia, dunia ini kecil sebesar mangkuk, ia berada di hadapannya dan dapat melihat segala isinya. Segalanya akal dapat perhatikan dan mengethui rahsianya. Ada minyak dan emas dalam bumi, ada gas di udara dan ada khazanah di lautan dalam. Semuanya akal dapat mengetahuinya.

Begitulah kehebatan akal manusia yang dicipta oleh Allah Taala, keboleannya luar biasa.

Namun walaupun akal manusia itu di cipta hebat manusia akan rasa hidupnya sempit kalau tidak ada iman atau iman nya lemah. Jika akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan iman lemah akhirnya akal juga turut lemah.

Sebab itu Islam menyuruh umatnya jangan hanya menguatkan akal semata mata tapi yang penting hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat sifat taqwa agar apabila di uji jiwa tidak sempit dan menderita. Fikiran tetap merdeka.

Oleh itu janganlah kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masalahnya. Jangan penjarakan akal dengan keseksaan nafsu yang memang tidak suka akal dan jiwa bebas dan merdeka. Yang paling penting hendaklah kita jadikan jiwa dan akal sentiasa bersama Tuhan dan jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikan Tuhan sebagai kawan jiwa dan akal kita, jangan lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia sia; Maha Suci Engkau, lindungila kami dari azab api neraka". (Ali Imran Ayat 190-191)

Wallahu 'alam

Ahad, 16 Mei 2010

Cukuplah Allah bagiku

سم الله الرحمن الرحيم

Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan apada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'. Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya, kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya. "Anak siapa wahai anakku?"anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata,"Wahai pak cik, saya seorang anak yatim piatu."


Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata,"Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"Anak kecil itu berkata,"Apakah jika aku lapar engakau akan memberiku makanan?"Orang itu menjawab"Ya!!"

Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan,"Ya!!"

Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab,"Wahai anakku,aku tidak dapat melakukan itu"

Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala."Aku juga tidak sanggup"

Akhirnya anak itu berkata,"Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:

"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku,danb Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku ,dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali),dan yang amat ku inginkan akan mengampuni keslahanku pada hari kiamat"(Surah As-Syu'ra:Ayat 78-82)

Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya ,sedang anak kecil itu berkata,"Aku beriman kepada Allah .Barangsiapa bertwakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya.

Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungan nya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah.Dia merasakn cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal.

Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sendiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni,esok dan seterusnya? sehinga ramai manusia yang alpa dan terus tenggelam mengejar dan mencari kekayaan dunia . Mereka merasakan seperti tidak akan ada hari esok untuk mereka.tak habis rasanya harta juga kekayaan di dunia.tetapi kerakusan manusia mengejar kemewhan juga kekayaan dunia seperti ianya akan habis jika mereka tidak merebutnya.apatah lagi ibadah dan kewajipan mereka pada Allah dilupakan dan diketepikan lantaran keasyikkan mengejar keduniaan ini. Tidakkah mereka juga kita terfikir, bahawa rezeki manusia telah Allah tetapkan bahagian masing2 sejak kita di dalam rahim lagi. Bukanlah bererti kita tidak perlu berusaha tetapi jangan pula sehingga kewajipan padaNya diabaikan.

Bila kita ditimpa keuzuran, sering kita runsing dan risau kan hilangnya nikmat sihat ini. waktu ni, mula lah sibuk mencari doktor hatta bomoh untuk memastikan penderitaan juga kesakitan yang dialami sembuh secepat mungkin, tak sabar rasanya ingin mengecapi kembali nikmat sihat yang telah dipinjamkan sementara itu yang telah dihabiskan dan disia2kan dgn melakukn kerja yang sia2 dan kemaksiatan sehingga berhabis ratusan hattan ribuan ringgit untuk membeli kembali nikmat kesihatan itu. Kenapa tidak kita merendahkan diri berdoa dan bertaubat padaNYA agar disembuhkan segala kesakitan dan diampunkan segala dosa2 yang telah kita lakukan selama ini . Mungkin penderitaan yang kita alami adalah kafarah atas segala dosa2 kita .adakah kita sedar semua ni? kita sibuk mencari penawar untuk menyembuhkn tetapi kita lupa pula kepada yang menyembuhkan.

tak perlulah saya jelaskan panjang lebar mengenai kisah ank kecil ni, sama2lah kita fikirkan apa istifadah yang boleh kita ambil dari kisah ini sebagai panduan dan ingatan bersama. begitu juga pada hal2 yang lain.yakin dan bertawakl lah padaNYA .Sesungguhnya Dia menyukai orang2 bertawakal.tetapi jgn pula kita salah gunakan konsep tawakal. Berusaha dulu kemudian berdoa dan bertawakallah padaNya. InsyaAllah , Dia tidak akan menghampakan permintaan juga Doa hambanya yang beriman dan berdoa bersngguh2 padaNya dengan Sabar dan Solat. Renung2lah kembali, adakah sudah cukup keyakinan dan pengharapan kita PadaNya sehingga kita merasakan cukuplah Dia segalanya.??? Wallahualam

Bersabarlah, sesungguhnya Alah mengiringi kesusahan dengan kemudahan. Mudah2an kesusahan itu akan lenyap dengan segera.

Khamis, 13 Mei 2010

MOGA TIDAK ALPA

سم الله الرحمن الرحيم


Kesibukan duniawi inilah yang sering saya fikirkan. Sampai bila manusia akan berlari-larian untuk mengejar apa yang ada di duniawi sampai lupa apa yang diperintahkan Allah. Kadang-kadang masa kita untuk lakukan kerja duniawi adalah lebih lama berbanding masa yang kita luangkan untuk menghadap dan berbicara dengan Yang Maha Esa ketika solat. Sebab apa? Sebab kita bekerja kita akan nampak hasilnya hujung bulan tapi masa untuk akhirat kita tidak nampak hasilnya di depan mata.

Itulah manusia…jika hasil yang nampak jelas dan nyata, maka semuanya akan lari untuk mengejar hasilnya tapi yang tak nampak hasilnya secara nyata, maka semuanya diambil ringan. Ermmm..kalaulah Allah kasi pahala dan ganjaran kebaikan dalam bentuk yang kita boleh lihat..aku yakin pasti semuanya berebut!

Jujurnya, kadang-kadang aku alpa dengan suruhan-Nya. Bekerja setengah mati tapi terasa jiwa kosong. Untuk mencapai kebahagiaan duniawi, ukhrawi lagi harus dititikberatkan..
Oleh itu, marilah kita mengisi jiwa kita yang kosong ini dengan solat, zikir dan pembacaan Al-Quran kerana ia adalah nikmat dan rahmat Allah untuk manusia. Seni, hiburan, lagu dan sukan juga adalah nikmat Allah kepada kita. Jiwa yang kosong perlu pengisian yang seimbang dan seiring dengan peredaran zaman. Kita semua hidup mencari kesempurnaan yang mana kematian ialah salah satu dari proses akhir kesempurnaan yang dicari oleh Hamba Allah.

Janganlah kita mengawal hati nurani kita dengan paksa, tetapi biarlah ia berkembang dengan bebas dan didiklah ia dengan ajaran Rasulullah SAW dan semoga kita mendapat keredhaan Allah SWT. Jika kita fikir kita tidak perlu pada hiburan dunia kerana kita berpurdah dan berserban, fikirlah, bukan semua orang dianugerahkan Allah jiwa mencintai Islam seperti kita. Ada yang mahu mencintai Islam tetapi Islam terlalu menegah sehingga menonton JomHeboh pun haram lalu mereka pendamkan jiwa yang kosong dan berpura-pura tidak mengapa,tetapi bila ada peluang, hati nurani mereka terus buka dan hadiri JomHeboh. Cara konservatif Islam mengawal seperti ini perlulah diberi perhatian. Banyakkan pengisian jiwa umat bukan mengawal jiwa umat.

Sekian. Terima Kasih dan saya mohon maaf jika ada mengguris mana-mana pihak.Sesungguhnya semoga Allah berkati kita.

Hiburan yang ditegah oleh syarak

سم الله الرحمن الرحيم


Firman Allah dalam surah an-Nahli ayat 125 :
Yang Bermaksud :
“Serulah manusia kepada jalan tuhan mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Permasalahan keruntuhan akhlak pelbagai lapisan masyarakat juga dapat dikurangkan jika semua pihak memahami dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai pemikul amanah Allah, iaitu kewajipan memakmurkan dunia ini dengan dasar, nilai dan falsafah keagamaan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim, walau dari apa juga latarbelakang kerjaya memikul amanah Allah dengan mempastikan apa jua aktiviti dan kegiatan mestilah berlandaskan semangat ibadah.

Sesungguhnya tuntutan membina nilai agama dalam kehidupan ini adalah tanggungjwawab setiap muslim tidak kira samada mereka ahli politik, saintis, tokoh budaya, tokoh sukan, para usahawan dan sebagainya. Allah S.W.T. mewajibkan setiap Muslim menjadikan ajaran Islam sebagai dasar, nilai, dan falsafah dalam perlaksanaan kerjaya dan profesion masing-masing. Allah menegah sama sekali dasar-dasar dan nilai buruk dalam perlaksanaan apa juga kerjaya. Penghayatan prinsip ini akan dapat membentuk persekitaran yang didominasi oleh pengaruh agama. Renungilah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 :

Yang Bermaksud :

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Ayat di atas dengan jelas mengingatkan bahawa setiap Muslim berperanan sebagai pendokong amalan kebaikan dan pencegah kegiatan-kegiatan mungkar. Satu lagi kaedah yang di percayai berkesan dalam menangani gejala sosial ini ialah melalui perlaksanaan Amar makruf dan Nahi mungkar

Selasa, 11 Mei 2010

Ujian yang sering tidak disedari

سم الله الرحمن الرحيم


Sebenarnya, kesenangan & kemewahan hidup banyak melalaikan manusia. Memang indah hidup dalam kesenangan, tetapi kesenangan itulah ujian yang sering kita tidak sedar. Ramai orang boleh melalui ujian kesusahan dengan baik kerana mereka sedar akan ujian tersebut, tetapi ramai pula yang kecundang dengan ujian kemewahan kerana mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka sedang diuji.

Itulah salah satu cara Allah melihat sejauh mana kita bersyukur, sejauh mana kita menggunakan harta kita pada perkara yang sepatutnya, serta sejauh manakah kita bersedekah & menginfaqkan harta pada jalanNya. Para sahabat dahulu berlumba-lumba menginfaqkan harta pada jalanNya, semata-mata inginkan redhaNya. Mereka takut dengan kemewahan itu akan menyebabkan mereka leka dengan dunia.

Tetapi realiti kita hari ini, berlumba-lumba mengumpul harta sebanyak mungkin. Sedangkan semua itu hanyalah sementara. Akhirnya bila mati, harta yang bertimbun itu tidak sedikit pun mampu menolong kita di akhirat sana. Bahkan menjadi beban buat kita di mizan Allah kelak. Nauzubillah…

Tidak rugi kita bersusah di dunia untuk mendapatkan nikmat hakiki yang kekal selama-lamanya di akhirat kelak. Sesungguhnya bersama setiap kesusahan, ada kesenangan. Wallahu a’alam.

Sakitnya mati

سم الله الرحمن الرحيم


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.

HUKUM MENONTON DI PANGGUNG WAYANG

سم الله الرحمن الرحيم

Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem2 lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yg sebenar? Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yg menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yg mereka mahu?

Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.

Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.

Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah. Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.

Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.

Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya. Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini. Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.

Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan Daulah Khilafah yang memelihara umat. Sememangnya, seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah, Nauzubillah!

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita, mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja keras menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya nasib umat ini akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan kegembiraan. Wallahu ‘alam

Sumber: Islamic Revival , terjemahan dari penulisan bahasa Arab Sheikh Ata Abu Rashta

Manusia jenis lain

سم الله الرحمن الرحيم

KISAH kewujudan manusia sentiasa diperdebatkan terutama oleh para saintis dan pakar sejarah Barat. Penemuan fosil manusia membuktikan bahawa manusia telah wujud 3 juta tahun dahulu. Mereka tinggal di dalam gua dan memburu binatang dengan peralatan yang diperbuat daripada batu dan kayu.

Ia dibuktikan melalui penemuan zaman prasejarah yang dikesan oleh ahli-ahli arkeologi dengan penemuan tembikar, tulang, fosil dan peralatan berburu. Hanya pada 3500 sebelum masihi (s.m) sejarah berjaya direkodkan secara bertulis.

Manusia yang wujud pada zaman yang dikenali sebagai zaman paleolitik itu digelar manusia Neanderthal. Ia dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pra-Neanderthal yang wujud antara 600,00 hingga 150,000 tahun, manusia Neanderthal yang hidup antara 150,000 hingga 60,000 tahun yang lalu serta manusia post-Neanderthal yang hidup antara 60,000 hingga 10,000 tahun yang lalu

Manusia pada zaman Post Neanderthal dinamakan Homo sapiens. Mereka lebih bijak dari manusia sebelumnya. Namun kebolehan dan pemikiran mereka tetap terhad seperti menggunakan kulit binatang untuk membuat pakaian. Mereka berupaya menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang.

Pada zaman itu, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan dengan memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu selain mempertahankan diri.

Satu perkara yang membantu manusia mengenal pasti sejarah kewujudan manusia purba adalah melalui penemuan fosil-fosil dari zaman purba. Fosil adalah kerangka atau bahagian kerangka baik dari haiwan, tumbuh-tumbuhan serta manusia yang pernah hidup di zaman purbakala. Menurut Teori Evolusi, manusia adalah sebahagian daripada haiwan yang berkembang untuk menjadi pelbagai spesis. Teori Evolusi bermula dari sebuah pertanyaan besar yang sering menganggu pemikiran manusia dari dahulu, iaitu dari mana asalnya manusia. Seperti yang kita sedia maklum Teori Evolusi telah menggemparkan pemikiran manusia.

Antara tokoh-tokoh awal Teori Evolusi yang terkenal ialah J. B. de Lamarck (1774-1829) seorang sarjana Perancis yang juga orang pertama menyatakan kehidupan manusia berkembang dari tumbuh-tumbuhan kepada binatang, dari binatang menuju manusia. Namun, pandangannya pada waktu itu belum lagi mendapat banyak perhatian ramai.

Pastinya tokoh paling terkenal tentang Teori Evolusi ialah Charles Darwin (1809-1882). Dalam bukunya The Origin of Species yang diterbitkan pada 1859, beliau merumuskan semua jenis binatang berasal dari satu sel purba. Namun buku kedua Darwin, The Descent of Man beliau menyatakan binatang yang paling maju, iaitu monyet, sedikit demi sedikit berubah menjadi paling sempurna hingga wujudnya manusia. Pandangan beliau ini diperkuat dengan penemuan tengkorak manusia Neanderthal pada 1856 di Lembah dekat Dusseldorf, Jerman Barat. Manusia Neanderthal menyerupai kera dan manusia. Mereka beranggapan bahawa manusia Neanderthal dan manusia yang hidup kini adalah bersaudara.

Penghijrahan

Secara umumnya pengkaji Barat berpegang bahawa kemunculan manusia bermula di timur Afrika. Manusia pertama yang berhijrah dari sana adalah Homo erectus, kira-kira 1.9 juta tahun lalu. Penghijrahan beramai-ramai kemudiannya berlaku dalam dua gelombang seterusnya. Pertama ia melibatkan golongan Homo rhodesiensis yang berhijrah pada 300,000 hingga 500,000 tahun lalu. Golongan ini juga dikatakan sebagai keturunan asal kepada manusia Neanderthal. Penghijrahan kedua pula membabitkan golongan yang menjadi keturunan manusia sekarang yang dikenali sebagai Homo sapiens. Mereka ini berhijrah lebih kurang 50,000 tahun lampau.

Namun kita semua dikejutkan baru-baru ini dengan penemuan terbaru tulang manusia purba yang di percaya tulang kanak-kanak di selatan Siberia. Manusia ini yang dikatakan berusia 40,000 tahun dikatakan sebagai saudara terbaru kepada susur galur manusia yang mungkin mengakibatkan sejarah kewujudan manusia terpaksa dikaji semula.

Berdasarkan kajian DNA, tulang manusia purba itu langsung tidak menyamai dengan manusia Neanderthal dan Homo sapien. Tulang tersebut yang ditemu di Gua Denisova dikeluarkan pada 2008 dari lapisan tanah yang bertarikh antara 30,000 hingga 48,000 tahun lalu.

Sebelum penemuan ini, secara umumnya hanya manusia Homo sapien dan golongan Neanderthal yang mendiami bumi sejak sekian lama. Namun manusia Neanderthal dikatakan pupus secara misteri yang masih belum mampu dirungkai sehingga kini. Namun penemuan terbaru ini mengakibatkan kita, manusia Neanderthal dan manusia yang ditemui di Siberia berkemungkinan berasal dari keturunan yang sama.

Berdasarkan kajian, manusia Siberia ini mempunyai 400 perbezaan genetik yang membuatkannya berbeza. Kajian mengenai penemuan ini telah disiarkan dalam jurnal mingguan, Nature dan diketuai oleh Johannes Krause dari Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Berdasarkan kajian yang dijalankan, kesemua pengkaji yang terlibat menyatakan keghairahan dan kegembiraan mereka kerana manusia yang baru ditemui ini merupakan penemuan terbaru yang tidak pernah dijumpai. Ia juga dilihat bakal mengubah sejarah kewujudan manusia. Yang pasti bagi mereka sehingga kini dari mana asalnya keturunan manusia Siberia ini masih belum diketahui walaupun ia tetap berasal dari Afrika. Namun ia bukan terdiri dari keturunan Homo erectus, Homo rhodesiensis dan Homo sapien. Namun sama ada penemuan ini terbukti benar atau hanya satu lagi teori yang berasaskan kajian dan fakta berasaskan logik akal semata-mata masih lagi satu misteri yang tersimpan rahsia.

Oleh HAFIZAHRIL HAMID

Ahad, 9 Mei 2010

Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul Maut

سم الله الرحمن الرحيم

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.
Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz, doktor pun tak tau.”

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

“Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.”

Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

“Panggil ibunya segera,” kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni?” tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara,

“Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.”

“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.
Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”
“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,” jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.
Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.
Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya.
Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

“Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar.
“Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,” jawab si ibu.
“Ahhh, saya tak kira.”
“Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ.
Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu.
Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal.
Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.
Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
“Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.
Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

“Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah.”

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil.
Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.
Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

“Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar.
Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya.
Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.
Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.
Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal.
Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.
Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu.
Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi.
Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.
Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.
Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah.
Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.
Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham

“Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.”
“Apa masalahnya itu?” tanya saya.
“Kubur adik saya berlubang ustaz.”

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.
Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

Sabtu, 8 Mei 2010

Akibat Maksiat

سم الله الرحمن الرحيم

Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat...

Mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.

1. Tidak Mendapat Ilmu
2. Tidak Mendapat Rezeki
3. Kerisauan dan Kesepian Hati
4. Banyak Mendapat Kesulitan
5. Kegelapan di dalam hati
6. Melemahkan Hati dan Badan
7. Kehilangan ketaatan
8. Mengurangi umur dan mengikis berkah

1. Tidak Mendapatkan Ilmu

Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut. Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya,
"Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat." Imam Syafie juga pernah mengeluh, "Saya mengeluh kepada Waki', hafalanku lemah; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."

2. Tidak Mendapatkan Rezeki

Dalam Musnad Imam Ahmad:
"Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat." Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan Kesepian di Hati

Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak ada keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.
Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dalam dirinya.

4. Banyak mendapat kesulitan

Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5. Kegelapan dalam hatinya

Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya.
Berkata Abdullah bin Abbas:
"Sesungguhnya pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya. Adapun pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."

6. Melemahkan hati dan badan

Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan

Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.

8. Mengurangi umur dan mengikis berkah

Sebahagian ulamak mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:

Ia akan berkata:
"Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
(Al-Fajr:24).

Khamis, 6 Mei 2010

Manusia sentiasa berhajat kepada Allah

سم الله الرحمن الرحيم

Walau apa pun status kita di muka bumi ini kita sentiasa berharap kepada pertolongan Allah.

SEBAGAI seorang Muslim, kita mengakui bahawa kewujudan kita di alam ini didahului oleh tiada kepada ada. Kita hadir ke dunia ini dalam keadaan yang serba lemah dan tidak mengerti apa-apa, melalui proses kelahiran dari perut seorang ibu yang dicampakkan oleh Allah SWT perasaan sayang dan belas kepada anak yang dilahirkan.

Berbeza dengan Allah SWT yang tidak ada permulaan dan pengakhiran pada kejadian-Nya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Kaya dan Maha Penyayang.

Kejadian diri kita yang memerlukan sepenuhnya kepada Pencipta, mengingatkan kepada keperluan wajib diri kita kepada kurniaan dan pertolongan Allah SWT pada setiap waktu. Kebergantungan kita kepada Allah adalah hakikat diri kita yang semestinya diakui penuh sedar dan insaf oleh semua yang bernama makhluk.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a mengungkapkan dalam kalam hikmahnya:

“Keperluan kamu adalah hakikat semulajadi bagi kejadian dirimu, sedangkan kemunculan pelbagai sebab mengingatkan kamu kepada sesuatu yang tersembunyi tentang hakikat tersebut, dan keperluan yang semulajadi itu tidak dapat diangkat oleh perkara-perkara yang mendatang”.

Lumrah manusia sering lupa dan alpa terhadap keperluan dan hakikat dirinya apabila dia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat memiliki segala keinginannya. Jauh sekali untuk mengakui kesilapan dan kelemahannya.

Oleh itu, Allah dengan sifat kelembutan dan pengasih-Nya menarik hamba-hamba-Nya kepada-Nya dengan rantai ujian dan pelbagai sebab seperti kefakiran dan kesakitan untuk mengingatkan mereka tentang keperluan hakikat dirinya yang tersembunyi itu kepada-Nya.

Sejarah membuktikan, bahawa inilah antara sebab yang menjadikan Firaun lupa terhadap keperluan dan hakikat dirinya, lalu mengaku dirinya adalah Tuhan. Sepanjang 400 tahun usianya, Firaun tidak pernah mengalami sakit kepala atau demam dan tidak pernah ditimpa penyakit-penyakit yang lain.

Sekiranya Firaun diberikan sedikit cubaan atau sakit kepala dalam satu-satu masa, atau demam panas sehari, sudah tentu dia tidak akan mendakwa dirinya sebagai tuhan.

Segala hal yang mendatang, seperti nikmat kesihatan dan kekayaan tidak akan dapat mengangkat keperluan hakikat diri seseorang hamba. Maka harus bagi Allah menghapuskan nikmat-nikmat tersebut dan menggantikannya denganujian dan cubaan kepada hamba-Nya.

Keperluan-keperluan ini tidak boleh terpisah dari seseorang hamba sama ada semasa di dunia atau akhirat, walaupun setelah memasuki syurga kerana hamba itu sentiasa berhajat dan bergantung kepada Allah selama-lamanya.

Apabila hamba itu diperingatkan dengan hal tersebut, maka dia akan kembali berdiri di atas landasannya dan melaksanakan pengabdian kepada Tuhannya.

Allah mencaci kaum-kaum yang merayu kepada-Nya ketika didatangi sebab-sebab yang menjadikan mereka begitu berkehendak kepada-Nya, tetapi apabila sebab-sebab itu tiada maka hilanglah rayuannya, sebagaimana firman-Nya:

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ketika sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri. Dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon dihapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Yunus: 12)

Allah juga menjelaskannya dalam firman-Nya yang lain:

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami. Kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripada kami, dia berkata (dengan sombongnya): “Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat tersebut adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (al Zumar: 49)

Oleh kerana akal orang awam tidak sampai untuk memahami tentang hakikat kewujudan mereka, maka Allah mendatangkan kepada mereka sebab-sebab yang membangkitkan keperluan mereka kepada Allah untuk memperkenalkan kepada mereka tentang keperkasaan rububiah-Nya dan keagungan ketuhanan-Nya.

Justeru, hendaklah kita sentiasa mengetahui tentang hakikat dan keperluan diri kita kepada-Nya yang setiap masa dan ketika.

Ketahuilah, saat seseorang hamba dapat melihat dan merasakan keperluannya kepada Allah merupakan sebaik-baik waktu baginya. Ini kerana pada waktu itu, terlaksananya hak ubudiah dan kamu dapat merasakan keagungan Allah Yang Maha Hebat.

Ia juga merupakan waktu seseorang hamba menjadi sempurna kerana sekadar mana terlaksananya ubudiah seorang hamba pada zahirnya, maka sebesar itulah penyaksian rububiah pada batinnya.

Serendah mana kehinaan diri yang dirasakan oleh hamba tersebut pada zahirnya pada waktu itu, setinggi itulah kemuliaannya pada batinnya.

Lihatlah kepada semulia-mulia makhluk Allah para Nabi a.s. Dengan apakah Allah berbicara tentang mereka atau namakan mereka jika tidak dengan ubudiah?

Allah berfirman dalam surah al-Israk ayat 1:

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari.

Dalam surah Sod ayat 45, Allah berfirman:

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba kami Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Ya’qub.

Manakala dalam ayat yang lain Allah berfirman:

Dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan agamanya). (Sod: 17)

Nabi SAW, ketika disuruh memilih sama ada menjadi nabi seumpama raja atau nabi seumpama hamba, maka Baginda SAW memilih untuk menjadi nabi seumpama hamba. Ini menunjukkan bahawa semulia-mulia sifat manusia ialah perhambaan.

Dari hadis Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya telah turun kepadaku malaikat dari langit yang tidak pernah turun kepada seorang nabi pun sebelumku atau selepasku. Dia ialah Israfil AS. Israfil AS berkata: “Aku adalah utusan Tuhanmu yang memerintahkan aku supaya memberitahumu, “Adakah kamu ingin menjadi nabi yang bersifat hamba atau nabi seperti raja?” Aku melihat Jibril AS, dia menunjukkan isyarat supaya aku merendah diri. Maka sekiranya aku berkata, “Aku ingin menjadi nabi seperti raja, nescaya akan berjalan gunung-ganang pergi bersamaku menjadi emas”. (riwayat al Tabrani)

Dalam kepapaan atau saat kita memerlukan kepada Allah, akan menambahkan lagi nikmat dan kurniaan Allah SWT kepada kita. Justeru, sekiranya kamu mahu dihamparkan ke atasmu kurniaan-kurniaan Allah, hendaklah kamu benar-benar menyempurnakan kefakiran dan keperluan kamu kepada-Nya.

Allah menyertakan pertolongan-Nya dan kemenangan kepada hamba-Nya ketika hamba tersebut benar-benar memerlukan-Nya, merasakan dirinya hina, lemah dan serba kekurangan.

Ahad, 2 Mei 2010

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

سم الله الرحمن الرحيم

Semoga boleh dimanfaatkan bersama.

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan tersebut:-


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH,

2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB,

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU,

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK,

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS,

6 Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari
kami meminta pertolongan!!!!"

7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.

Perhatian!

Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

Wassalam

Sabtu, 1 Mei 2010

Sesiapa ada tertinggal iman??

سم الله الرحمن الرحيم

Syarat ke syurga ialah mempunyai iman.Jika tiada iman, maka janganlah impikan syurga kerana bau syurga pun takkan terhidu.

Menyentuh persoalan iman umat islam akhir zaman, ramai antara kita yg membawa iman mereka di masjid dan surau-surau sahaja. Selesai ibadah di masjid/surau,kita akan tinggalkan iman disana. Ditinggalkan diatas sejadah, rak Quran, di saf-saf solat atau mungkin di tempat wuduk.

Persoalannya adalah, mengapa mesti iman diambil, diguna, dan disimpan kembali semasa berada di dalam masjid sahaja? Mengapakah kita sukar membawa iman utk digunakan dalam masa 24jam kita?

Berkerja? Bekerja perlukan iman.Iman akan memberitahu kita bahawa azan sudah berkumandang, lalu menyuruh kita berhenti sebentar utk solat.

Memandu? Memandu kenderaan berserta iman akn menjdkan kita pemandu berhemah yg bertimbang rasa.Iman akan menyuruh kita bersabar dan tolak ansur di jln raya.

Memasak? Memasak beserta iman akan menjadikan kita memilih utk memasak makanan yg halal dan baik.Bukan sekadar halal,malah baik utk kesihatan juga.

Belajar? Belajar juga perlu disertakan dgn iman agar pelajar itu tahu bahawa bukan usaha semata-mata yg mendatangkan kejayaan, malah doa dan tawakkal juga perlu. Iman akan mengajar kita erti tabah, sabar dan tidak putus asa jika mendapat keputusan yg kurang memuaskan.

Makan? Makan juga perlukan dibawa iman bersama-sama.Iman akan membisikkan agar kita makan mkanan yg halal dan baik. Makan utk beribadat. Makan hanya jika lapar.Iman juga akan menyuruh kita berhenti menambah makanan selepas kenyang dan mengelakkan pembaziran atau boros dalam makan.

Jalan-jalan or shopping? Yang ni la perlukan iman sgt tu.Iman akan halang kita drpd tgk benda-benda haram/dosa. Iman akan stop kita dr buat kerosakan di atas bumi ini. Iman juga akan kawal pancaindera kita drpd cenderung ikut nafsu.

BLOGGING?? blogging juga perlu desertakan dgn iman dan niat yg ikhlas agar tidak akan timbul fitnah, tuduhan, ejek, umpatan,etc. Iman juga akan menjadikan kita tabah, sabar dan sedia menerima nasihat serta teguran.

Akhirul kalam, usah tinggalkan iman anda di masjid dan surau. Bawa ia dalam kehidupan seharian. Perbaharui dan mantapkanlah ia.Semoga HARTA paling berharga ini tidak akan hilang dicuri syaitan. Jika IMAN berkata-kata, DENGAR dan IKUTlah kerana setiap teguran dan nasihat iman itu adalah kunci kpd keredhaan Allah dan keredhaan makhluk.

.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...