Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Jumaat, 20 Jun 2014
Syirik tengok bola jika tidak solat Subuh, kata pendakwah
Peminat bola sepak yang sanggup bersengkang mata pada awal pagi untuk menonton perlawanan tetapi tidak menunaikan solat Subuh dikategorikan sebagai syirik, kata Datuk Md Daud Che Ngah.
Pendakwah bebas itu berkata musim perlawanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil bukan penghalang untuk umat Islam menjalankan tanggungjawab mereka.
"Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya mereka sentiasa lalai dengan keasyikan dunia. Bukan saya katakan tidak boleh menonton Piala Dunia.
Lumrah alam di mana rakyat seluruh dunia meminati permainan bola sepak, namun jangan kita menjadi manusia yang lalai," katanya kepada Sinar Harian.
Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil akan berlangsung selama sebulan bermula 13 Jun dengan 64 perlawanan yang kebanyakannya berlangsung pada awal pagi.
Sebanyak 32 negara akan berentap merebut Piala Dunia dan juaranya akan diumumkan pada 14 Julai nanti.
Md Daud berkata musim Piala Dunia juga tidak seharusnya dijadikan platform kepada umat Islam untuk menambahkan dosa. Katanya, wanita antara golongan yang terdedah kepada dosa apabila menyaksikan pemain bola sepak lelaki dengan penuh syahwat.
"Jika seorang wanita menonton perlawanan bola sepak, mereka secara tidak langsung akan melihat aurat pemain.
“Melihat aurat sehingga mendatangkan rasa ghairah boleh dikategorikan sebagai zina mata,” katanya kepada akhbar itu.
Bekas pengerusi Tabung Haji itu turut mengingatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan perjudian bola sepak kerana ia merupakan satu perbuatan mengundang dosa.
Katanya, umat Islam seharusnya merebut peluang musim Piala Dunia dengan menambahkan amal ibadat.
"Piala Dunia bukan medan buat manusia untuk menghalalkan aktiviti judi kerana seperti yang kita tahu Allah menyatakan dalam Al-Quran dosa berjudi adalah dosa besar.
"Apa salahnya sebelum menonton perlawanan bola sepak, kita beribadah terlebih dahulu. Jadi tidak sia-sia kita bangun awal pagi untuk menonton perlawanan Piala Dunia," katanya.
Selasa, 10 Jun 2014
Al Fatihah: Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam meninggal dunia
#ALFATIHAH | Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Allahyarham Ustaz Ahmad Mustafa Sidin Al-Muqri, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Shah Alam. Alam yang mendung seakan turut bersedih dengan pemergiannya yang diiringi ribuan jamaah yang hadir.
Solat jenazah yang dihadiri ribuan jemaah. Perginya meninggalkan seribu hikmah dan kemuliaan. Jazakallahu khairan kathira SF Tuan Hj Ahmad Mustafa Mohd Sidin atas sumbangan dan bakti dalam talaqi serta mengasaskan al-Quran musyhaf tartil sebagai khazanah yang tidak ternilai.
Bumi shah alam yang kering tandus tiba-tiba dibasahi hujan. MasyaAllah, selamat beristirahat wahai tuan imam
![]() |
| Gambar pada hari Selasa, 10/06/2014 sekitar jam 8.30 - 9.30 pagi. |
AL-FATIHAH (Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri 26 Disember 1974 - 9 Jun 2014)
Jumaat, 7 Mac 2014
Pesawat Mas ke Beijing dilapor hilang
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.
Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.
Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA
Rabu, 29 Januari 2014
Provokasi Kristian Atau Provokasi Munafik?
Gambar kain rentang ini dikatakan diambil oleh seorang wartawan BERNAMA di Penang dan dihantar kepada group whatapss. Sebelum anda mula beremosi, sila baca apa yang Allah kata bila terima berita sebegini;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)
Kita tidak tahu kesahihan berita ini dan jangan cepat menuding jari dan berdemonstrasi. Mari kita imbas kembali beberapa peristiwa untuk iktibar kita,
1) Lupakah provokasi Abdullah ibn Saba yang menyebabkan umat Islam berperang sesama sendiri hanya selepas 28 Tahub kewafatan Baginda s.a.w?
2) Ingat 11 September ciptaan Amerika sendiri yang lalu menuding jari ke pengganas lalu digunakan sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan?
3) Ingatkah kita kepala babi dibalut bendera PAS dibuang ke dalam surau?
4) Lupakah kita George Bush menuduh Iraq memiliki senjata pemusnah lalu digunakannya sebagai alasan untuk menghancurkan Iraq, namun sehingga kita tiada senjata dijumpai walaupun Saddam Hussein telah mati digantung?
5) Lupakah kita Aisya, isteri Nabi dituduh berzina dengan sahabat oleh perbuatan keji Abdullah ibn Ubay ibn Salul?
Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya menjadi iktibar.. Mengecewakan apabila setelah gambar ini dihantar ke dalam whatapss group yang terdiri dari org penting dan berilmu tinggi tentang Islam mula beremosi... Andai kita ada bukti nyata dan jelas bahasa memang benar Kristian yang lakukan, saya juga akan membantah kerana sengaja melanggar perintah mahkamah dan memprovokasi keharmonian di Malaysia. Apa apapun, selidik dulu dan jangan beremosi lebih-lebih tak bertempat...
Wallahualam.
Isnin, 2 Disember 2013
As Syahid Ahmad Ammar - Kisah Syahid Yang Tertangguh
Walaupun saya tidak mengenali As Syahid Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam tetapi saya begitu terkesan membaca perjuangan hidup beliau... Disini saya kongsikan bersama untuk renungan bersama...
Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.
Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.
Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan. Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ : “…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.
Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.
Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah..
Lihat Video: http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE
SYAHID YANG TERTANGGUH...
Catatan dari Ibu Ammar...
Allahu...rupa-rupanya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!
Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin untuk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung September yang lalu. Tanpa ragu-ragu saya mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yang penting, make sure u take good care of yourself."
Tidaklah saya ketahui sehinggalah dalam pertemuan dengan pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sangat menginginkan syahid di bumi Syria.....
Lebih sebak di dada apabila sahabatnya berkongsi bahawa semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....
Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....
Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:
"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari
Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yang menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pada 29 September lepas. Waktu ini, aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dengan air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dengan seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dengan kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini. Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!
(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pada14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)
Berikut adalah perbualan terakhir allahyarham bersama kakaknya...
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Sumber dari blog sahabat As Syahid Ahmad Ammar....

Khamis, 14 November 2013
Senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2013
Berikut Senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2013 beserta nilai kekayaan mereka:
10. Christy Walton - Kekayaan : US $ 37,9 M
9. Larry Ellison - Kekayaan : US $ 41.6 M
8. David Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M
7. Charles Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M
6. Ingvar Kamprad - Kekayaan : US $ 55.5 M
5. Amancio Ortega - Kekayaan : US $ 56M
4. Warren Buffett - Kekayaan : US $ 59.6 M
3. Carlos Slim- Kekayaan : US $ 72,1 M
2. Bill Gates - Kekayaan : US $ 72,7 M
1. Seorang muslim yang solat sunat 2 rakaat sebelum subuh - Kekayaan : Seisi dunia sebagaimana hadith Rasulullah SAW : “Dua Rakaat Sebelum Subuh Itu Lebih Baik Dari Dunia Dan Isinya” ― (H.R Imam Muslim)

Selasa, 26 Mac 2013
Itulah Padahnya Menghina Islam
Christiano Ronaldo : Bagi saya, David Villa terkena azab daripada Tuhan umat Islam selepas dia menghina sahabat saya iaitu Mesut Özil dengan mengatakan "F#@K Muslims". Ozil sebelum beraksi selalu membaca doa dan dia marah orang menghina Islam kerana Islam adalah agamanya.
Sejak akhir-akhir ini, Villa sering mengalami kecederaan yang berpanjangan secara berterusan. Paling terbaru, dia terkena penyakit batu karang. Saya lihat sebelum insiden dia dan Ozil, dia merupakan pemain yang sihat dan cergas. Ozil pernah berkata pada saya bahawa itulah azab dan hukuman yang Villa terima selepas menghina Allah S.W.T.
kredit to : DPP Malaysia [Official]
Jumaat, 1 Mac 2013
AL FATIHAH UNTUK MEREKA YANG GUGUR - LAHAD DATU
![]() |
| Sumber gambar: kingofgoblok.blogspot.com |
1. Akhirnya pasukan keselamatan negara menggempur tentera Kesultanan Sulu pagi ini, bersamaan hari Jumaat, hari yang paling mulia dalam kalender Islam.
2. Tembakan pertama dilepaskan tepat jam 11.10 pagi.
3. Jumlah kematian di kalangan askar Kesultanan Sulu mungkin ramai (10) orang dan dikalangan pasukan keselamatan, dua anggota dari pasukan polis terbunuh (MUNGKIN 4 POLIS)….200 pengikut sultan sulu menyerah diri.
4. Kematian di kalangan polis dan orang-orang Sulu ini saya sambut dengan rasa sedih kerana manusia hilang nyawa dan darah tertumpah.
5. Wajarkan kita menyalahkan pasukan keselamatan negara, sudah tentu tidak kerana mereka telah diberi ruang, dipujuk dan dilayan dengan baik supaya keluar dari kawasan kubu mereka sebelum menghadapi tindakan undang-undang.
8. Mungkin ramai yang berasa puas hati kerana penceroboh ini sudah diserbu tetapi apa yang mereka tidak nampak, akan ada lebih banyak darah ditumpahkan selepas ini.
9. Saya sengaja tidak mahu update perkara-perkara yang berlaku semasa kepungan ini kerana banyak perkhabaran yang kebenarannya saya tidak dapat hendak dipastikan.
10. Yang paling saya berasa sedih, majoriti umat Islam dari pembacaan saya dalam Facebook, forum dan blog-blog tempatan mahu penceroboh ini dibunuh..
11. Tetapi berapa ramai pula yang mengkaji isu-isu luar dan bakal berbangkit dari insiden ini?
PEPERANGAN DARI SUDUT ISLAM
12. Berapa ramai pula yang mengkaji hukum dan syarat peperangan dalam Islam?
13. Antara yang saya pelajari… musuh harus diberi amaran supaya mereka mempunyai masa untuk memindahkan anak-anak, orang tua, kaum wanita dan orang sakit ke tempat selamat sebelum sesebuah angkatan tentera (Islam) menyerang.
14. Pesalah atau musuh negara diberi peluang untuk berunding, diberi kata dua untuk berundur atau bertaubat, jika engkar…hukuman yang keras-sekerasnya akan dijatuhkan.
15. Tahanan perang pula diberi layanan yang baik, maruah mereka tidak dijatuhkan dan mayat-mayat yang gugur diberi masa dan ruang untuk disempurnakan.
16. Soal peperangan itu sendiri, adakah ia mendapat sokongan rakyat atau tidak?
PATUTKAH ORANG-ORANG SULU INI DIPERANGI?
17. Jika ditanya pada saya…sewajarnya memang YA kerana amaran dan nasihat sudah dikeluarkan.
18. Sudah jelas kerajaan melalui agensi pasukan keselamatan biasanya akan memberi amaran dan nasihat sebelum tindakan keras dibuat dan ini sudah wujud sejak dari dahulu lagi, bermula dari Memali, Sauk, perhimpunan haram sehinggalah ke insiden di Lahad Datu.
SITUASI DI LAHAD DATU SEKARANG INI.
19. Saya tidak pasti jika darurat sudah diistiharkan di Lahad Datu atau tidak.
20. Semua pergerakkan keluar masuk di Lahad Datu ditutup bermula 2 petang hari ini (1 Mac).
21. Semua sekolah dan premis perniagaan ditutup sejak 3 hari lepas.
22. Kawasan ruang udara di situ di beri takrif “NO FLY ZONE”.
23. Lapangan terbang Lahad Datu ditutup sejak Jumaat dan mereka yang hendak menggunakan laluan udara terpaksa pergi ke Tawau.
24. Hospital di Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dikuasai pasukan tentera.
25. Berlaku penambahan ubat-ubatan dan peluru untuk kegunaan tentera dan polis sudah bertambah sejak beberapa minggu lepas.
26. Semua sekolah dipantau polis, kemasukkan kembali pelajar-pelajar ke sekolah di kawasan sekitar akan dibuat secara berperingkat.
kredit: http://militaryofmalaysia.net
Jumaat, 9 November 2012
Ucapan Terbaik Dari Pierre Andre di Anugerah Skrin 2012
Pelakon dan Pengarah muda yang berbakat, Pierre Andre telah memberi ucapan yang terbaik sebagai pesanan kepada artis-artis didalam dunia hiburan tempatan. Anugerah Skrin 2012 kali ini mencetus pelbagai kontroversi termasuk isu Rosyam Nor dan Zizan yang hangat diperbualkan didalam laman sosial.
Semestinya ramai yang menonton secara live rancangan itu di dalam kaca TV. Namun pesanan yang paling bernilai untuk kita semua sedar akan kebesaranNya diungkapkan oleh seorang pengarah muda Pierre Andre. Alhamdulillah Pierra Andre mengambil kesempatan ini untuk memberikan pesanan yang sangat mendalam kepada kita semua. Beliau berkata :
"Anugerah paling bernilai yang kita ada adalah kalimah Laa 'ilaa haillallah, Jagalah kalimah ini dalam diri kita".
Ini mengingatkan kita semua, tidak kira betapa besarnya anugerah atau pangkat yang kita terima di dunia ini adalah bersifat sementara. Yang hakiki ialah di Akhirat kelak.
Saksikan videonya...
Renungan
Yang baik pada hari semalam, belum tentu syurga dalam tangannya
Yang jelik pada hari semalam, belum tentu juga neraka dalam tangannya..
Hidayah itu milik Allah. Kamu cari hidayah, kamu dapat. Itu kuncinya. Sepertinya, kamu datang kepada Allah dalam keadaan berjalan, Allah datang berlari. Kamu datang berlari, Allah datang lebih berganda ganda lajunya dari berlari. Tidakkah itu satu keajaiban? Dari Allah untuk hambaNya?
Rabu, 19 September 2012
Himpunan Sejuta Umat Jangan Hina Nabi Kami
Ayuh teman rapatkan saf, buktikan rasa kasih dan sayang kepada Junjungan Besar Sallallahu Alaihi Wassallam,. Marilah bersatu membantah penghinaan ke atasnya.
Kami katakan "tidak semudah itu agama ini 'kamu' perlekehkan..."
Kami katakan "tidak semudah itu agama ini 'kamu' perlekehkan..."
Isnin, 30 Julai 2012
Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi?
![]() |
| Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo illuminati |
Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.
Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).
![]() |
| Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan iluminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi |
Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).
Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.
Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu.
Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula.
![]() |
| Logo 2012 jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis) |
Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.
Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville.
Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.
![]() |
| Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal |
Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati.
Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).
Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.
Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?
Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.
Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.
Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.
Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).
Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.
Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.
Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?
ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120; “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”
sumber: www.sinarharian.com.my
Selasa, 26 Jun 2012
KEMENANGAN 24 JUN 2012!!
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Ahad 24 Jun 2012 / 4 Syaaban 1433H tarikh kemenangan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden baru Mesir. Mabruk (tahniah) rakyat Mesir kerana jihad ikhlas anda puluhan tahun menghasilkan natijah yang di doakan seluruh umat lslam insyaAllah.
Invalidated votes: 843,252
Morsi: 13,230,131 votes (51.7 per cent of valid votes)
Shafiq: 12,347,380 votes
Saya petik sebahagian rencana mengenai kemenangan rakyat Mesir seperti berikut:
"Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya SANGAT PEMURAH MASANYA DENGAN ALLAH SWT dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 ORANG HAFAL AL-QURAN, Lebih dari 100 orang HAFAL DAN MENGUASAI 10.000 HADIS. Lebih dari 180 orang HAFAL SEPARUH AL-QURAN. Lebih dari 170 orang bergelar DOKTOR PAKAR dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang TIDAK MEMILIKI KERETA PERIBADI ,lebih 350 orang adalah BEKAS TAHANAN POLITIK berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang WANITA yang bertudung kemas"
Salam
Ahad 24 Jun 2012 / 4 Syaaban 1433H tarikh kemenangan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden baru Mesir. Mabruk (tahniah) rakyat Mesir kerana jihad ikhlas anda puluhan tahun menghasilkan natijah yang di doakan seluruh umat lslam insyaAllah.
Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah.
The final results
Turnout: 26,420,763 (51 per cent)Invalidated votes: 843,252
Morsi: 13,230,131 votes (51.7 per cent of valid votes)
Shafiq: 12,347,380 votes
Saya petik sebahagian rencana mengenai kemenangan rakyat Mesir seperti berikut:
"Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya SANGAT PEMURAH MASANYA DENGAN ALLAH SWT dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 ORANG HAFAL AL-QURAN, Lebih dari 100 orang HAFAL DAN MENGUASAI 10.000 HADIS. Lebih dari 180 orang HAFAL SEPARUH AL-QURAN. Lebih dari 170 orang bergelar DOKTOR PAKAR dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang TIDAK MEMILIKI KERETA PERIBADI ,lebih 350 orang adalah BEKAS TAHANAN POLITIK berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang WANITA yang bertudung kemas"
Sujud syukur di kaki jalan.
Tahmid dan takbir bergema di segenap ruang..
Kanak2 juga riuh rendah keliling kampung membawa poster sambil mengibar bendera
Jelas riak wajah rakyat bumi ini bergembira atas kemenangan itu
Ada air mata yang bergenang, ada jiwa yang meruntun pilu..
Kemenangan ini terlalu besar buat umat islam
Sekian lama tertekan, terpenjara
Akhirnya ALLAH membuka ruang
Dakwah albanna harum mekar..
Mesir! tanah arab..
Sungguh kemenangan ini telah dijanjikan di dalam hadith..
Umat islam akan bangkit bermulanya dari semenanjung tanah arab
Kebangkitan islam petanda dekatnya akhir zaman
-itqan zawwini-
Jom tengok gambar sekitar kemenangan semalam =)
jutaan rakyat di tahrir menunggu keputusan diumumkan.jam 3 petang waktu mesir..
dengan penuh debaran, doa dan terus berdoa
rakyat melaksanakan solat zohor berjemaah.. masih menanti keputusan
Inilah seorang pemimpin yang dipilih dari kalangan rakyat biasa,
Barisan majlis tertinggi pilihanraya mesir, faruq sultan (tengah) ingin
mengumumkan siapakah yang bakal menjadi presiden mesir yang baru,..
DR Muhammad Mursi ..pengumuman akan dibuat
Saat diumumkan..ahli2 kuat ikhwan muslimin bersorak kegembiraan
Keadaan di tahrir..mereka sujud syukur!! kalau dilihat di dalam surat
khabar..mereka sujud di atas kaki dan badan orang depan kerana terlampau
ramai, sampai tak ada tempat sujud..
ada yang keluar dari kereta.. sujud syukur di kaki jalan..selepas mendengar dari radio
meraikan kemenangan ini..
di kawasan kasr el-ainy..:) masing bunyikan hon..meriah sungguh, begitu
juga di kawasan yang ana tinggal hayyu 'asyir..kereta lori bas motor
bunyikan hon smbil kibarkan bendera mesir..
wajah gembira..terlalu gembira sudah lebih 30 tahun mereka diperintah oleh rejim kezaliman.
perkataan Allahuakbar sahaja yang mampu diucap :)) Allaah..
Ulama mesir Syeikh Sofwat Hijazi Hafizohullah
menitiskan air mata selepas pengumuman
kemenangan Ikhwanul Muslimin.
menitiskan air mata selepas pengumuman
kemenangan Ikhwanul Muslimin.
Bersalaman dengan rakyat :)
Malam tadi pertama kali berucap sebagai PRESIDEN MESIR :)
Inilah seorang pemimpin yang bertaqwa..beliau dan keluarganya menghafaz al qur'an.bukan calang2 orang..juga sangat profesional, pernah belajar di US dan menjadi lecturer disana. yang paling penting beliau Takutkan ALLAH dan memimpin mesir ke arah sebuah negara ISLAM..
Unit pengawal Republik memulakan tugas untuk menjaga dan mengiringi presiden Mesir.
Dalam ucapan sulungnya,,beliau ada mengatakan kata2 yang cukup menggetarkan seolah-olah ana melihat Khalifah Umar abdul aziz di hadapan
"kalau bukan kerana syuhada' thaurah, aku tidak akan menjadi presiden..Taatlah aku selama mana aku mentaati ALLAH,dan janganlah mentaati aku jika sebaliknya, aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu, aku akan menjadi presiden bagi orang2 mesir,orang2 islam dan orang2 masihi"
Percaya atau tidak..dr muhammad mursi pernah dipenjarakan..alah lebih kurang macam kena tahan isa di malaysia..:) sungguh bagi orang beriman, penjara itu lebih baik bagi mereka.
Dr Muhammad Mursi memasuki istana jam 10 pagi tadi waktu mesir..
Sempat ana mengambil gambr 2 orang kanak2 ni semalam..di suq sayyarat.
Kami rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas kemenangan ini
SUMBER: http://noraini-mutshahidan.blogspot.com/
http://syumuldeen.blogspot.com/2012/06/kemenangan-24-jun-2012.html
Sabtu, 16 Jun 2012
Perjalanan seorang murabbi. Almarhum Ustaz Yahya Othman
Oleh: Rossem
Ribuan orang dengan wajah-wajah sedih berjalan perlahan di bawah sinar suria pagi, dengan segumpal awan meneduhi menjadikan suasana di tanah perkuburan pagi itu tidak terlalu panas seperti pada hari-hari biasa di musim panas yang mencengkam.
Di kiri kanan jalan ke permakaman orangramai berdiri sejak pagi untuk memberi penghormatan terakhir buat sang murabbi yang pergi mengadap Rabbnya. Kereta-kereta dipakir di kiri kanan jalan sehingga beberapa kilometer.
Di desa yang aman inilah tempat tinggal seorang murabbi yang sangat dikasihi, kini telah pergi meninggalkan semua.
Almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73, mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS menutup usianya jam 6.30 sore Khamis, tanggal 14 Jun 2012, di Kampung kediamannya Labok, Machang, kurang lebih 30 kilometer dari Kota Bharu melalui Jalan Kuala Krai.
Sebelum disemadikan di tanah perkuburan, solat jenazah pertama jam 8.30 pagi diadakan di rumahnya diimamkan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud atau lebih akrab dipanggil Ustaz Daud Iraqi. Sementara solat kali kedua di Masjid berdekatan rumahnya diimamkan Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Abdul Aziz Nik Mat.
Pemergian tokoh murabbi dari Partai Islam Semalaysia (PAS) ini ditangisi bukan saja anak-anak tarbiyahnya yang ribuan, yang kini sebahagiannya menjadi pemimpin parti dan kerajaan, bahkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tak upaya menahan sebak sehingga matanya berkaca.
Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti teringat bagaimana ia mambangun umat dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS) yang ternyata sangat berkesan, sesuai dengan ilmu dan pengalamannya sangat luas yang diperolehi ketika menuntut di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis oleh Ikhwanul Muslimin.
Sepanjang hidupnya Almarhum telah mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami.
Beliau merupakan anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim Mesir ketika itu. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di bandara. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mohamad Mehdi Akif.
Kali akhir saya melihat beliau ketika bersama mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr Mehdi Akif pada suatu majlis di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, saat tokoh Ikhwanul Muslimin itu bersilturahim ke Kelantan awal 2012. Beliau tampak uzur ketika itu, namum kerana meraikan sahabat lama dan seperjuangan, digagahi untuk hadir.
Selepas menamatkan sekolah dasar, pada 1947 dikirim kedua ibubapanya belajar di Darul Ulum al-Diniyah, Makkah (tamat 1958), seterusnya ke Universiti Al-Azhar Asy-Syarif (BA Syariah wal Qanun) (MA Politik Islam).
Manakala masyaikh guru-guru beliau ialah antaranya; Al-Musnid Dunya Syeikh Yasin bin Isa Al-Fadani Rahimahullah (Guru yang paling dikasihi dan dicintai), Syeikh Hassan Masyath Rahimahullah, Al-'Allamah Syeikh Al-Maliki Rahimahullah (Mufti Makkah, ayah kepada Al-'Allamah Al-Muhaddis Prof Dr. Abuya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki), Syeikh Amin Qtubi Rahimahullah, Al-'Allamah Sheikh Abdul Kadir Al-Mandiliy Rahimahullah, Syeikh Dr Mustafa As-Sibai'e Rahimahullah (Ketua IM Syria). Sempat menadah kitab Jami’ al-Imam Abu Hanifah di Masjid Abdul Kadir Jailany, Iraq
Beliau juga seorang pencinta sastera dan bahasa. Menguasai syair-syair karya Taha Hussien, Mustafa Rifaie, al-Manfaluti dan sebagainya. Digelar ulat buku kerana ketekunan dan minat yang mendalam terhadap buku, sehingga sanggup membelanjakan wang saku yang dihantar oleh ibubapanya semata-mata untuk membeli buku. Bahkan sanggup menahan lapar dan dahaga demi untuk memiliki sesebuah buku yang diminatinya.
Ketika menuntut di Mesir, beliau dilantik sebagai Penolong Setiauasa Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah ketika berusia 15 tahun, Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Mesir pada tahun 1961, Setiusaha Biro Pendidikan pada tahun 1962 dan wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing Antarabangsa (tahun 1963).
Sekembalinya ke tanah air beliau menjadi seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur.
Jasa beliau disebalik penubuhan Maahad Tahfiz Pulai Condong, Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan tetap tercatat dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam khususnya dalam bidang pendidikan..
Manakala dalam politik Islam(PAS). Allahyarham merupakan mantan ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Dewan Ulama’ PAS Pusat, juga Yang Dipertua PAS Machang selama kurang lebih 20 tahun.
Pada pilihan raya 1990 beliau menang kerusi Banggol Judah dan dilantik Exco Pendidikan Kerajan Negeri Kelantan. Satu jawatan yang sangat sinonim dengan latarbelakang beliau sebagai seorang pendidik yang punya jaringan luas di peringkat antarabngsa khususnya di Timur Tengah. Sebelum itu pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh,1978. PAS menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.
Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.
Menurut cerita anak saudaranya, Kamaruddin Omar, 56, sore semalam Allahyarham memanggil seorang pembantunya, Ustaz Rosli Ismail bagi menulis kata-kata akhir bagi menyiapkan bukunya yang sedang dikarang, termasuk pesan dan wasiat. Tak lama seusai menyampaikan pesan beliau tiba-tiba menghempus nafas di sisi isteri dan puterinya Suraya yang tinggal bersama di rumah.
Empat buku terakhir yang siap dicetak diletak di masjid antaranya Taujid Tarbiah Gerakan Islam dan Himpunan kertas kerja tarbiah.
Almarhum meninggalkan seorang balu, Habshah Hussin Rahimin dan empat puteri iaitu Dr Salwa, Najwa (guru), Suraya dan Nidana (dosen).
Turut merakam ucapan takziah Ikhwanul Muslimin Mesir melalui laman webnya. Semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dan beramal solih. Alfatihah.
(dari beberapa sumber)
sumber: http://demitinta.blogspot.com/
Selasa, 14 Jun 2011
TONY BLAIR READ QURAN EVERYDAY

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari.
Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Sabtu, 14 Mei 2011
Syeikh Faisal al-Mawlawi رحمه الله
سم الله الرحمن الرحيم
Pada hari Ahad, 8hb. Mei 2011 lalu, telah meninggal dunia Syeikh Faisal Mawlawi pemimpin al-Jama’ah al-Islamiyyah di Lubnan pada usia sekitar tujuh puluh tahun. Faisal Mawlawi adalah seorang qadhi, faqih, penasihat, pemikir dan pendakwah Islam. Namanya sudah masyhur dikenal di Lubnan, malah dunia Arab, Islam dan juga Eropah.Beliau adalah kelahiran tahun 1941 di bandar Tarabulus, Lubnan, dan merupakan salah seorang aktivis Islam yang paling menonjol di Lubnan. Beliau pernah menjadi ketua Persatuan Pendidikan Islam, Lubnan, berkhidmat sebagai setiausaha am bagi al-Jama’ah al-Islamiyyah, Lubnan, presiden Bait al-Da’wah wa al-Du’at sejak ia ditubuhkan pada tahun 1990 dan juga ahli jawatankuasa pengurusan Persidangan Islam Nasional
Syeikh Mawlawi telah menamatkan pengajian undang-undang di Fakulti Undang-Undang di Universiti Lubnan, dan pengajian Syariah Islam di Fakulti Syariah di Universiti Dimasyq Syria. Beliau telah menerima sarjana muda undang-undang dari Universiti Lubnan, Fakulti Undang-undang dan Sains Politik pada tahun 1967, sarjana muda Syariah Islam dari Universiti Dimasyq, Fakulti Syariah pada tahun 1968, dan sijil pengajian lanjutan dari Universiti Sorbonne di Paris. Beliau juga pernah meraih anugerah penceramah Islam terbaik dari Majlis Antarabangsa Pemuda Islam di Riyadh.
Allahyarham telah menjawat pelbagai jawatan, antaranya sebagai hakim syar’i di Lubnan pada tahun 1968, dan kemudian bertukar-tukar tugas antara mahkamah-mahkamah syariah rendah di Rasyaya, Kemudian dilantik sebagai penasihat di Mahkamah Syariah Tinggi di Beirut pada tahun 1988 dan terus tetap dengan jawatan tersebut sehinggalah beliau bersara pada tahun 1996. Beliau memegang gelaran "hakim kehormat dengan pangkat penasihat". Syeikh Faisal Mawlawi telah mengasaskan di Perancis Kesatuan Islam dan Kolej Pengajian Islam Eropah, dan menjadi mursyid agama bagi Kesatuan Organisasi-organisasi Islam di Perancis dan kemudian di Eropah sejak tahun 1986 sampailah beliau meninggal dunia.
Beliau turut memberikan sumbangan dalam pembentukan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah di United Kingdom pada bulan Mac 1997, di bawah pimpinan Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Beliau dipilih oleh Majlis Antarabangsa Pemuda Muslim sebagai pendakwah Islam terbaik di Eropah dan dianugerahkan dengan anugerah kehormatan. Beliau menjadi dekan pengasas bagi Kolej Pengajian Islam Eropah di Perancis sejak ditubuhkan pada tahun 1990. Ia adalah sebuah institusi bagi pengajian Islam yang bertaraf universiti dan dikhususkan untuk golongan muslim Eropah. Beliau terus dengan jawatan tersebut sehingga tahun 1994. Semasa meninggal dunia, beliau masih sebagai naib presiden Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah.
Di antara buku-buku yang ditulisnya ialah:
- تيسير فقه العبادات (tentang fiqh ibadah)
- دراسات حول الربا والمصارف والبنوك (tentang riba dan perbankan)
- أحكام المواريث، دراسة مقارنة (tentang fara’idh)
- الأسس الشرعية للعلاقات بين المسـلمين وغير المسلمين (tentang hubungan antara Muslim dan non-Muslim)
- نظام التأمين وموقف الشريعة منه (tentang insurans).
- سلسلة مبادئ التربية الإسلامية للمرحلة الابتدائية (Siri Asas-Asas Pendidikan Islam Peringkat Rendah - 5 juzuk)
- سلسلة التربية الإسلامية للمرحلة المتوسطة (Siri Pendidikan Islam Peringkat Menengah - 4 juzuk)
- موقف الإسلام من الرقّ (Pendirian Islam terhadap perhambaan)
- نبوّة آدم (Kenabian Adam)
- المرأة في الإسلام (Wanita dalam Islam)
- حكم الدواء إذا دخل فيه الكحول (tentang hukum ubat beralkohol)
- السلام على أهل الكتاب (Salam ke atas Ahli Kitab)
- المفاهيم الأساسية للدعوة الإسلامية في بلاد الغرب (tentang asas-asas dakwah di negara-negara Barat)
- أثر انهيار قيمة الأوراق النقدية (Kesan keruntuhan nilai wang kertas).
Rujukan:
رحمه الله تعالى
Langgan:
Catatan (Atom)