Ukhwah Islamiyyah

Jumaat, 29 November 2013

7 Perkara Yang Tidak Boleh Diubah dalam Hidup.


Memang tidak dapat dinafikan dalam mengharungi kehidupan seharian kita ini, kita sering tidak berpuas hati dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada orang lain. Kita jarang rasa bersyukur dengan anugerah yang Allah kurniakan kepada kita, dan kita sering berusaha untuk mengubahnya walau apa pun terjadi. Ini kerana sikap kita yang tidak pernah puas hati dan rasa cukup dengan apa yang ada. 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Namun, dalam banyak perkara ada juga perkara yang tidak boleh kita mengubahnya. Dalam hidup ini ada tujuh (7) hal yang tidak boleh kita ubah :

1- Jenis Kelamin atau jantina 
Jantina adalah suatu ketentuan yang Allah telah berikan kepada setiap manusia. Samada mahu atau tidak kita hendaklah pasrah dan berbangga kerana diciptakan mempunyai jantina lelaki maupun wanita. Memang ada kita mempersoalkan bahawa jantina boleh diubah melalui pembedahan jantina, tetapi dapatkan kita sebagai manusia mengubah naluri dan fitrah yang telah Allah anugerahkan kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, terimalah seadanya dirimu samada lelaki atau wanita.

2- Orang Tua 
Setiap manusia kita semua mempunyai ibu bapa yang telah ditentukan oleh Allah swt. Dapatkan kita mengubah asal kejadian ini. Bersyukurlah dan hargai orang tua atau ibu bapa kita , walau siapa pun 'dia' . 'Dia' adalah orang tua atau ibu bapa kita yang menjaga dan mendidik kita sehingga dewasa. Kenangilah jasa mereka tanpa mereka siapalah kita. Sila jawab soalan ini siapakah yang melahirkan?

  • Perdana Menteri 
  • Doktor 
  • Guru 
  • Akauntan 
  • Sekalipun seorang tukang sapu 

Semua itu adalah jasa dan pengorbanan seorang ibu dan bapa. Ingatlah tanpa mereka anda semua tidak dapat melihat bulan dan bintang. Tanpa mereka maka tidak wujud orang-orang yang bijak pandai di atas. Oleh itu, kasihi dan sayangilah mereka selagi mana mereka ada bersama kita. Andai mereka suatu hari nanti, tiada bersama kita lagi kirimlah doa yang paling baik untuk kedua arwah ibu dan bapa kita.

Walaupun, baik atau jahat, cantik atau hodoh,kaya atau miskin, itu adalah tidak penting apa yang penting ibu tetap ibu, dan bapa tetap bapa ia tetap orang tua kita yang tidak dapat kita ubah dalam kehidupan kita hingga akhir hayat kita.

3- Hari Kelahiran
Adalah hari permulaan kita dilahirkan di dunia ini sebelum kita dipanggil mengadapnya. Hari lahir ini adalah hari ketentuan yang memang sudah ditentukan dan janganlah sesekali kita menyesalinya.

4- Bentuk Fizikal 
Hakikatnya bentuk fizikal kita ini dipengaruhi oleh banyak faktor dan pemakanan kita seharian. Jika kita mempunyai rambut kerinting atau lurus, hidung yang mancung atau pesek, wajah yang nan ayu atau hodoh, kulit putih maupun hitam terimalah seadanya. Dapatkah kita mengubah ciptaan Allah ini?

Dapat...

Tapi bagaimana, adakah ciptaan Allah yang asal menyamai dengan pembuatan tangan-tangan manusia itu. Sudah tentu berbeza bukan!. Contohnya adakah sama kecantikan hidung yang diciptakan Allah dengan manusia, atau kewangian dan keindahan bunga yang Allah ciptakan dengan manusia. Sudah tentu tidak sama bukan! . Maka bersyukur dengan fizikal yang telah Allah ciptakan untukmu. Jadilah hamba Allah yang taat dan sujud menghadapNya dengan hati yang pasrah dan ikhlas dalam mengharap keredhaanNya.

5- Masa Lalu 
Dapatkah kita mengembalikan masa yang telah kita bazir masa lalu. Sudah tentu tidak kan. Hukamah ada mengatakan kan "Masa itu adalah ibarat mata pedang, potonglah ia sebelum ia memotang kamu". Masa itu adalah emas. Serta pelbagai lagi perihal masa, ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Oleh itu, hargailah masa ini kerana masa yang sudah berlalu tidak boleh diubah lagi. Apa yang penting masa yang lalu adalah kenangan dan masa kini adalah kenyataan.

6- Kedudukan dalam keluarga 
Kedudukan dalam keluarga kita sebagai anak bongsu,anak tengah maupun anak yang sulung ia adalah ketetapan dan kita sebagai manusia biasa tidak dapat untuk mengubahnya. Bolehkah kedudukan ini diubah oleh kita kerana tidak suka atau tidak pasrah pada ketentuan ini. Apa pun yang terjadi, adik mesti menghormati abang, dan abang menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk jadi 'role model' kepada adik-adiknya.

Oleh itu, bersyukurlah dengan gelaran yang anda dapat, dan kedudukan anda dalam keluarga.

7- Suku Bangsa
Janganlah kita menyesal menjadi orang melayu,jawa atau cina. Sesuatu bangsa itu mempunyai identiti yang tersendiri dan unik. Sebenarnya suku bangsa itu tidak boleh berubah apa yang boleh kita ubah adalah cara kita berfikir untuk maju dan berjaya.

Jika kita berubah cara kita berfikir, insaallah berubahlah cara hidup kita. Contohnya bangsa melayu duduk di kampung dan bercucuk tanam di kampung. Orang melayu boleh berjaya jika cara kita berfikir dan hingga menyebabkan bangsa melayu maju dan berjaya di mata dunia jika berubah cara berfikir kan! Jika mahu berubah.... “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya: 

1. Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.

2. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

3. Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.

4. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

5. Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.

Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya de­ngan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.

Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.

Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.

Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.

*Sumber dari hmetro.com.my

Surat Cinta Untuk Jiwa....


suatu perkongsian - moga dapat menghidupkan hati-hati yang lesu dan layu.. moga diteguhkan iman hingga saat kita bertemu denganNya..amiin Ya Rabb surat cinta untuk jiwa..

Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapak jalan-Nya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?.. 

Surat ini ku tujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan.. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan untuk hatikudan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..

Khamis, 28 November 2013

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit / Ditindih Ketika Tidur























Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.

Dihempap Ketika Tidur 

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur 

Kaedah Islam 

Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

 الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
 فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ 

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh. 

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami. 

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

sumber

Rabu, 27 November 2013

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Neraka


Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka..............

Wallahu a'lam..

Isnin, 25 November 2013

Kata-kata Yang Membuat Ramai Sebak


Dewasa ini, apabila kita sebutkan pasal pengertian CINTA, ramai daripada kita akan terus teringat kepada kekasih hati kita, sama ada teman wanita, teman lelaki, atau suami dan isteri. Namun, ramai yang lupa, pengertian CINTA yang sebenarnya luas, dan melingkupi keseluruhan kehidupan kita..

Pertama CINTA Allah, ia adalah satu kewajipan. CINTA yang paling agung dan perlu kita letakkan pada tahap tertinggi jika hendak dibandingkan dengan CINTA kita kepada perkara lain. Kedua CINTA Rasulullah, CINTA kepada junjungan besar kita, Nabi kita yang membawa syafaat kepada sekalian umat dan makhluk. CINTA terhadap baginda perlulah melebihi daripada segala CINTA terhadap makhluk yang lain.. Dan yang ketiga, CINTA yang sering kita lupa, sering kita abaikan,.. CINTA kepada orang yang menjaga kita dari kecil, memberi sepenuh kasih sayang kepada kita, sehingga kita besar dan berjaya, CINTA kepada ibu dan bapa..

hayati bait-bait kata ini… semoga kita akan sedar.. dan dapat ingat kembali..

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

 Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir-fikirkanlah

* Hidup bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan karenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan begitulah seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, janganlah menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. jagalah mereka seperti mereka menjaga anda sewaktu kecil.. Jangan abaikan mereka… 

Sayangilah ibubapa kita…insyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak kita pula..

Tiket Perjalanan Yang Percuma







































MAKLUMAT PENUMPANG 

Nama Sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet Bumi

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN 

Tempoh Berlepas : Kehidupan Dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma Seketika Dan Beberapa Meter Dari Perut Bumi
Destinasi : Akhirat
Masa Berlepas : Ketika Di Datangi Malaikat
Masa Hadir : Ketika Dan Selepas Nyawa Di Cabut
Bentuk Tempahan : Tetap, Pasti Dan Tidak Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN 

Dituju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian, kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. 

Sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang di khaskan iaitu malaikat maut.

Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkam maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati.

Sebarang masalah dan persoalan hendaklah di rujuk kepada para ulama dan cendiakawan.

BARANG YANG DI BENARKAN 

5 Meter Kain Kafan

Kapas Putih Secukupnya

Muatan Lain Yang Di Benarkan :

  • Amal Soleh 
  • Sedekah Jariah 
  • Anak Soleh Yang Mendoakan Kedua Ibu Bapa
  • Ilmu Yang Manfaat 


Perhatian MUATAN LAIN yang DITEGAH adalah TANGGUNGJAWAB penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhi akan DISEKSA.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS 

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia, setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

DI ULANG...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingat lagi... Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua.

Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmad kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI :

"Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mengsyirikkan ALLAH dengan sesuatu"

Wallahualam..

Khamis, 21 November 2013

Maksiat Sendat Padat


























Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumah-tangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!!!

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat. Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Jangan Tinggalkan Al-Quran

























Walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa untuk membacanya. Jadikan hati kita sentiasa dekat dengan Quran kerana Quran itu cahaya penyuluh hidup.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al -Quran " 

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" 

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga" 

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...

MARI BACA AL-QURAN!! !

Selasa, 19 November 2013

Adab Bersahabat


Sabda Nabi saw: "Seseorang itu adalah atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai rakan." 

Al-Qamah, seorang ulama yang masyhur suatu ketika dahulu memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

  1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu menguasahakan pertolongan itu sedaya upayanya. 
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya. 
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu. 
  4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu. 


Imam al-Ghazali telah menyenaraikan adab-adab bersahabat di dalam kitab Bidayatul Hidayah. Antaranya:


  1. Melebihkan saudara/sahabatnya itu dengan hartanya (apa yang dimiliki). ~Sepertimana dia berkehendakkan sesuatu kebaikan untuk dirinya, begitu jugalah yang dia harapkan buat sahabatnya (mendapat kebaikan yang sama). ~Memberikan hartanya padahal dirinya berhajat kepada harta itu. 
  2. Menghulurkan bantuan kepada sahabatnya walaupun tanpa diminta. 
  3. Menyembunyikan akan rahsia sahabatnya. 
  4. Menutup aib sahabatnya. 
  5. Apabila terdengar celaan seseorang kepada sahabatnya, tidak disampaikan celaan tersebut kepada sahabatnya itu. 
  6. Apabila diketahui sahabatnya dicela,maka janganlah ia sesekali mendengar celaan itu. 
  7. Apabila diketahui sahabatnya dipuji, maka hendaklah ia menyampaikan pujian tersebut kepada sahabatnya itu. 
  8. Hendaklah memberi perhatian kepada sahabatnya tatkala ia berbicara. 
  9. Menghindarkan diri dari berbantah-bantah dengan sahabatnya. 
  10. Apabila melihat kebajikan yang dibuat oleh sahabatnya, maka hendaklah ia memuji akan sahabatnya.
  11.  Menegah orang yang sedang mencela sahabatnya walaupun ketika ketiadaan sahabatnya. 
  12. Memberi nasihat dan teguran kepada sahabat apabila diminta. 
  13. Memaafkan segala kesalahan sahabatnya itu dan tidak mencacinya atas kesalahan yang telah dilakukan. 
  14. Sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabat sama ada yang masih hidup atau telah mati. 
  15. Hendaklah membuat kebajikan kepada sahabatnya dan kepada keluarganya apabila dia telah meninggal dunia. 
  16. Tidak memberati akan sahabatnya itu daripada suatu hajatnya supaya senang hati sahabat itu dari kesusahan. 
  17. Mendahului memberi salam ketika berjumpa sahabatnya. 
  18. Memuliakan akan sahabatnya itu akan segenap hal kebaikan. 
  19. Apabila sahabatnya berkata, hendaklah dia mendengar sehingga selesai sahabatnya berkata, sesudah itu barulah dia berkata. 


Saidina Ali berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu." 

Abu Sulaiman al-Darani ra mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:

(1) Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
(2) Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Setiap individu muslim mempunyai hak yang perlu ditunaikan terhadap sahabatnya. Janganlah sekadar menagih hak kita (sebagai sahabat kepada muslim yang lain), dan mengabaikan hak sahabat lain yang perlu kita tunaikan.

Isnin, 18 November 2013

TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI


- Kawan yang pertama 
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi. -

- Kawan kedua 
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.

Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

- Kawan yang ketiga 
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi.

Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran, 

MARI KITA MENCARI SAHABAT YANG DI KATAKAN IMAM AL-GHAZALI INSYAALLAH KITA AKAN SELAMAT,

Khamis, 14 November 2013

Senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2013

Berikut Senarai 10 Orang Terkaya di Dunia 2013 beserta nilai kekayaan mereka:

10. Christy Walton - Kekayaan : US $ 37,9 M
9. Larry Ellison - Kekayaan : US $ 41.6 M
8. David Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M
7. Charles Koch - Kekayaan : US $ 45.2 M
6. Ingvar Kamprad - Kekayaan : US $ 55.5 M
5. Amancio Ortega - Kekayaan : US $ 56M
4. Warren Buffett - Kekayaan : US $ 59.6 M
3. Carlos Slim- Kekayaan : US $ 72,1 M
2. Bill Gates - Kekayaan : US $ 72,7 M

1. Seorang muslim yang solat sunat 2 rakaat sebelum subuh - Kekayaan : Seisi dunia sebagaimana hadith Rasulullah SAW : “Dua Rakaat Sebelum Subuh Itu Lebih Baik Dari Dunia Dan Isinya” ― (H.R Imam Muslim)


Merancang Zuriat Soleh


Rabu, 13 November 2013

Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit


Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?" Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best." Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting.

" Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya... Allah... Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita.. kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah...

" Pesakit: " (menitis air mata...) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( " 

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Drama Melayu versi Ingat Mati


"Sehangat Asmara"
- Mengingatkan betapa hangatnya keadaan dalam kubur. Tanpa ada kipas apatah lagi air-cond. Mengiring berseorangan dalam liang lahad, setiap ketika datang di'peluk' si kembar Munkar dan Nakir. Kadang-kadang tenggelam 7 kaki ke dalam perut bumi. Kadang-kadang terperosok hilang ke dasar bumi. Hangat sampai berpeluh-peluh, berdarah-darah. Kadang-kadang terbakar juga sampai ke kaki. Memang hangat.

"Sebenarnya, Saya Isteri Dia" 
- Itulah kata-kata yang tidak lagi kedengaran di dalam kubur. Dulu, tiap-tiap hari dengar perkataan tu dari isteri tersayang. Dulu, masa ada rupa dan berharta, isteri manja dan mengada-ngada. Bila dah sakit dan miskin, isteri lari entah ke mana. Bila dah dalam kubur ni, tak ada siapa-siapa nak mengaku diri ada kaitan dengan kamu dah. Duduklah sorang-sorang dalam tu. Yang datang mengaku, adalah amalan kamu. Kalau buruk, maka datanglah ular-kala jengking-lipan mengaku, "Sebenarnya, kamilah amalan buruk dia." Jika sebaliknya, maka berdampinglah dengan pemuda kacak yang bernama al-Quran datang mengaku, "Sebenarnya, saya amalan baik dia. Jauhilah dia dari seksa."

"Teduhan Kasih" 
- Bila berada dalam kubur. Kasih anak-anak yang soleh dan solehahlah yang diharapkan. Moga-moga anak-anak berdoa dan beramal soleh hinggakan kesolehan mereka menjadi peneduh di dalam lubang kubur yang panas berapi. Harta dan wang yang disalurkan ke jalan Allah dan menolong fakir miskin, itulah yang membantu. Ilmu walaupun secebis itulah yang membantu walaupun sebesar kuman update status nasihat di muka buku. Lepas dibangkitkan dari kubur lak, kita yang kurang amal ni berharap kasih dan syafaat dari Rasulullah s.a.w. je untuk berteduh di bawah Arasy dan masuk Syurga. Kalau amal buruk yang dibawa ke akhirat, agak-agak ada tak "Teduhan Kasih Allah" untuk kita. Sobs.

"Bunga Merah Punya" 
- Dulu masa hidup, duk bangga tayang awek, tayang boyfriend di internet walaupun dikutuk orang ramai. Bangga sakan sampai letak gambar bercium di facebook dengan caption, "Bunga (nama awek) hanya Merah (nama si bf) yang punya." Mananya tak bangga, sekali letak dapat 5 ribu likes. Sekali tayang dapat 10 ribu likes. "Tengok beribu-ribu orang sokong aku, kau ada?" Entah sebenarnya siapa yang sengal, si couple itukah atau beribu-ribu yang likes tu. Pedulikanlah. Bila dalam kubur dah ni, cuba hang minta LIKE dari Munkar Nakir. "Bro, like la..dulu awek aku cun kot. Ramai kot followers aku." Pasti pukulan padu maut ditekan-tubikan ke atas kepala hang sampai ke kerak bumi. Selamat mencuba.

"Setia Hujung Nyawa" 
- Lubang kubur sentiasa setia menantimu. Tak kira panas atau hujan. Tak kira bersemak samun. Kadang-kadang manusia ni setia sangat dengan manusia, tapi dia tak setia dengan agama. Suruhan manusia dia ikut bila dapat ganjaran. Suruhan Tuhan tak ikut. Solat pun jarang-jarang, tinggal-tinggal, kadang-kadang. Sedangkan antara persoalan utama di kubur dan akhirat adalah tentang solat. Setia pada manusia ok. Setia pada Allah dan Rasul tetap kena lebihkan.

"Karlos" 
- Drama penuh kesedaran. Kejahatan akan tumpas. Kebenaran akan sentiasa menang. Masa belum mati, gengster samseng, curi, pecah rumah, pukul orang, rempit, bohsia, bohjan, hisap rokok, hisap shisha, hisap gam, pil khayal semua nak rasa, air setan semua nak teguk. "Masa muda ni lah nak cuba segala. Kenangan ni, bro." Bila dah tua jadi pemimpin pula, sibuk nak tipu org yg dipimpin. Korupsi, pecah amanah, rasuah, songlap. Ingatlah macam lagu Peter Pan dalam citer ni, "Tak ada yang abadi." Hebat mana pun kita, tinggi mana pun kita, kaya berkuasa mana pun kita, tetap ke lubang kubur. Masuk kubur dah tak boleh dabik dada dah, "Wei aku Genji lah! Langgar ah kalo berani!" Tak perlu langgar. Cukup dengan seekor lipan gajah sudah buat dirimu koma dalam lubang kubur.

"Tanah Kubur" 
- Ingatlah, Tok Adi sentiasa ada masa untuk mengapankan, memandikan, menyembahyangkan, menguburkan, melianglahadkan tuan-tuan dan puan-puan semua. Tok Adi dah pesan, "Mana-mana yang tidak bertamadun mintak LIKE dan FOLLOW di facebook, buat status lucah merapu, status poyo mintak kaki, letak gambar dedah aurat, letak gambar couple haram bercium berpeluk bagai, semuanya akan Tok Adi uruskan. Liang lahad semua dah ready. Tunggu masuk dan kambus je." Tok Adi ingatkan, dunia ni sementara je. Akhirat jua rumah abadi. "Bagi setiap orang di facebook ini, kain kapan dah ready. Call je Tok Adi."

Lubang kubur hari-hari kirim salam padamu. "Bilakah mahu bersatu?"

kredit: Muhammad Rusydi Rusydee Artz)

Isnin, 4 November 2013

Muharram 1435H Tiba

























Muharram tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat. Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan? Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan... Ramai daripada kalangan masyarakat yang bertanya:

❓ Benarkah sebaran mengenai catatan amalan ditutup pada akhir tahun, dibuka pada awal Muharram, dan ganjaran orang memperingatkan tentang muharram?

Ada beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram. Antaranya, hijrah Rasulullah saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yang baru.

HIJRAH:

Hijrah Rasulullah saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat-sahabat lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ulAwwal. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, kitab sirah karangan Safiy al-Rahman al Mubarakfuri) Bukan bulan Muharram.

Jadi, ada sedikit kekeliruan pada lirik nasyid yang kita dendangkan semenjak kecil dahulu... " Satu Muharram detik permulaan... perpindahan nabi dan umat Islam..." 

Agak pahit untuk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan, tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan. 

Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab r.a memutuskan, selepas perbincangan dengan para sahabat yang lain, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah saw. Pada tahun Rasulullah berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.

➡ DOA AWAL TAHUN (DAN BERANGKAI DENGAN DOA AKHIR TAHUN)

Doa itu ibadah, begitu juga memohon ampun, boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. Termasuklah doa kita contohnya, "Ya Allah, semoga bermula tahun baru hijrah ini, bertambah iman dan ilmuku, dan semakin baik amalanku."

Namun doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama’, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya; ‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pada tahun itu.'

Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama’. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber. Tiada dalam kitab-kitab hadith mu'tabarah, dan diputuskan sebagai riwayat yang batil. Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam agama Islam.

➡ CATATAN AMALAN 

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw. Hadith-hadith yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith-hadith sahih / thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

1. Amalan diangkat / dibentang dua kali setiap hari : Rasulullah saw bersabda, maksudnya : "Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yang menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat-malaikat itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba-hambaNya :

'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba-hambaKu itu ?'

Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'" (Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-

Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu : Rasulullah saw bersabda, maksudnya :

"Amalan-amalan manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai." (Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan) -Hadith Sahih.-

3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)

Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'

Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'" (Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-

➡ BENARKAH ANJURAN MEMPERINGATKAN ?

Tentang hadith anjuran supaya memperingatkan bulan Muharram, dengan ganjaran tidak dibakar api neraka, tidak dapat dikesan dari mana datangnya hadith itu. Agak pelik bila lafaz yang sama juga disebarkan untuk bulan-bulan lain.

"Barangsiapa yang memperingatkan bulan Syaaban...."
"Barangsiapa yang memperingatkan bulan Zulhijjah...."
"Barangsiapa yang memperingatkan bulan Rejab..."

Berdasarkan panduan para ulama’ dalam mengenali hadith palsu, dan jika kita biasa dengan hadith-hadith yang sahih, hadith ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadith itu). Sebarkanlah penjelasan tentangnya.

Kesimpulan : Sedaya upaya yang mungkin, kita cuba pastikan sebaran yang dibuat menepati saranan hadith sahih :

Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka." (Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)

oleh: Ustaz Abu Anas Madani
(AAM, Madinah 29 Zulhijjah 1434H)

Jumaat, 1 November 2013

Sejarah Awal Muharram / Maal Hijrah


Hari ini Jumaat terakhir di tahun kalendar hijri, ramai dikalangan kita terlepas pandang, umur kita? semakin mengecil dan mendekatkan, untuk dihadap dihadapanNya.. Yang kita nampak hari raya Deepavali, apa kaitan kita dengan agama mereka? kita semakin keliru!! yang awal muharram tak menjadi utama, cuti lebih utama!!.. kita lagi yang terkena!!!

Hanya tinggal 4 hari sahaja kita akan menyambut Awal Muharram 1435 hijrah pada hari selasa 5 November 2013. Sedar tak sedar kita akan meninggalkan bulan yang terakhir 1434 hijrah. Adakah anda bersedia....?

Walaupun ramai orang tahu Awal Muharam merupakan cuti umum di Malaysia hakikatnya mungkin ramai yang masih tidak faham apakah peristiwa di sebalik Maal Hijrah atau Awal Muharam ini. Kita sedia maklum kita lebih mengambil kira mengenai tahun masihi berbanding tahun Hijrah...

Jadi, sempena awal Muharam, saya nak kongsikan sejarah mengenai Maal Hijrah atau Awal Muharam. Saya pasti anda semua tahu cerita ini kerana pernah belajar dalam pendidikan Islam di sekolah dulu tapi berapa ramai yang masih ingat?

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam ker ana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'.. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raj a Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah ker ajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...