Ukhwah Islamiyyah

Rabu, 29 Jun 2011

Azab Akibat Bakhil

سم الله الرحمن الرحيم


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi ber jumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku . Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KEPADA SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"

"Mempunyai wang itu memang baik, tapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang."
Jiwa Hamba

Selasa, 28 Jun 2011

Kepentingan Menjaga Solat

سم الله الرحمن الرحيم


Salam sejahtera kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W sekalian. Semoga di bawah lindungan rahmat Allah. Semoga kita termasuk di dalam golongan yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Kali ini marilah kita sama-sama menghayati satu suruhan Allah yang diperintahkan untuk dikerjakan oleh hambaNya iaitu solat. Solat ialah amalan yang mudah dilakukan tetapi sangat susah ditunaikan oleh umat Islam pada masa sekarang. Ini kerana ramai yang menganggap bahawa solat adalah amalan yang remeh sedangkan solat ialah ibadat wajib yang perlu ditunaikan. Malah solat juga adalah rukun Islam yang kedua.

Sebagai umat Islam yang yang mengucap dua kalimah syahadah, kita wajib menunaikan solat. Ini kerana solat merupakan amalan yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semasa peristiwa Isra’ dan Mikraj. Solat yang asalnya 50 rakaat telah dikurangkan kepada 5 rakaat atas permintaan Baginda Rasulullah S.a.w.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Hadith riwayat Bukhari )

Mengapa kita harus menjaga solat? Ketahuilah, bahawa solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat kelak. Jika solat kita sempurna, berbahagialah kita di sana. Jika tidak sempurna, kita akan menerima balasan yang setimpal. Solat juga dapat menutup kekurangan kita pada amalan-amalan yang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Semasa menunaikan solat, segala rukun harus ditunaikan sesempurna mungkin. Rugilah jika kita bersolat hanya sekadar sambil lewa sahaja. Ini kerana ketika solatlah kita berhubung dengan Maha Pencipta. Ketika di dalam rukuk dan sujudlah kita mengabdikan diri kepadaNya.

Firman Allah: “Sesungguhnya Aku adalah Allah. Tidak ada Tuhan selain Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”. (Thaahaa: 14)

Seharuslah kita sedar kepentingan menjaga solat. Solat mempunyai banyak kelebihan yang kita sendiri tidak terhitung. Solat juga akan menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.” (Hadith Riwayat Muslim)

Diingatkan lagi mengapa harus kita menjaga kewajipan yang satu ini. Solat dapat mencegah kita daripada perbuatan yang mungkar. Solat dapat menghapus dosa-dosa yang lalu selagi mana kita tidak melakukan dosa besar. Dengan menunaikan solat, ia dapat menghalang kita daripada melakukan perbuatan yang mungkar.

Firman Allah: “Bacalah (selalu) Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu! Dirikanlah solat! Sesungguhnya solat itu menghalang perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah lebih besar (faedah dan kesannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan”. (Al-Ankabut: 45)

Nabi S.a.w pernah bersabda bahawa bahawa kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun boleh dipukul jika tidak mahu bersolat. Tetapi bagaimana pula jika orang dewasa juga tidak mahu solat. Apakah mereka tidak merasa malu kerana tidak menunaikan perintah Allah. Tidakkah mereka merasa kerdil di sisi Allah. Allah telah memberikan begitu banyak nikmat kepada hambaNya, tetapi apakah hambaNya tidak dapat membalas rasa syukur dengan bersolat? Sesungguhnya hamba tersebut seorang yang sangat tidak bersyukur dan tanpa rasa malu menghirup nikmat yang Allah berikan, dan tidak mahu menzahirkan rasa syukur tersebut dengan solat.

Jadi sebagai hambaNya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sebagai tanda kita bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan. Solat itu tanda kita mendapat rahmat dari Allah, dan kita bersyukur ke atasnya. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Riwayat Bukhari)

Dan ingatlah pula, selain menjaga solat, kita juga hendaklah menjaga tingkah laku kita.

Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)” (Muslim)

Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal jika kita tidak menjaga solat. Di antaranya kita akan dibangkitkan seperti babi hutan yang hitam di hari Kiamat. Sewaktu di dalam kubur, seekor ular yang hitam akan membelit kita sehingga hancur tulang belulang kita.

Ada satu kisah tentang orang yang meninggalkan solat.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,

"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,

"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka mengadakan solat jenazah untuknya. Tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :

1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.

2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya. (Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/ : Portal rasmi Jabatab Agama Islam Perak)

Harus diingatkan, tiada alasan untuk meninggalkan solat kecuali dua perkara. Pertama : perempuan yang didatangi haid dan kedua : orang yang tidak waras. Tetapi realitinya sekarang kita dapat melihat ramai lelaki yang perempuan yang tidak solat. Apakah sekalian lelaki tersebut didatangi haid ataupun telah menjadi gila, dan kerana itu dia tidak mampu melakukan solat? Dan bagaimanakah pula dengan sebahagian kaum perempuan yang tidak solat, adakah mereka didatangi haid buat selama-lamanya atau menjadi gila juga?

Solat harus ditunaikan dengan apa cara sekalipun walaupun ketika sakit. Sabda Rasulullah S.a.w: “ Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika tidak sanggup juga, boleh sambil berbaring”. (Hadith Riwayat Bukhari)

Jadi wahai sekalian umat Nabi Muhammad, tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walaupun kita sakit. Solatlah walau di mana juga kita berada. Janganlah memberikan pelbagai alas an untuk tidak menunaikan solat. Sabda Rasulullah S.A.W : “Meninggalkan solat adalah unsur yang membezakan antara seorang Muslim dan seorang kafir”.

Sumber: KedahLanie

Jumaat, 24 Jun 2011

Hebahan Majlis Ilmu

سم الله الرحمن الرحيم

































Layakkah Kita Untuk Syurga Allah?

سم الله الرحمن الرحيم



Kenapa kita terasa sukar setiapkali ingin melakukan kebaikan dan perubahan? Bahkan kesukaran itu akan lebih terasa apabila kita cuba untuk istiqomah dengan kebaikan.

Kenapa susah sangat kita nak tinggalkan keburukan atau sesuatu maksiat? Kalau boleh tinggalkanpun hanya sekejap saja.

Mungkin ini adalah persoalan yang sering menghantui pemikiran kita hingga kadang-kadang ada yang berputus asa. Berputus asa hingga terpaksa menjadikan dosa sebagai makanan harian.

Ya, kita semua begitu hajatkan syurga Allah dan takutkan nerakaNya. Dalam ceramah saya, kadang-kadang saya laungkan “Siapa yang nak masuk neraka sila duduk!” Anda boleh bayangkan responnya. Kalau peserta atau pendengarnya sudah agak dewasa, pun akan tersipu-sipu bangun. Tidak ada siapa yang mahu dirinya digolongkan sebagai ahli neraka. Namun persoalannya, KENAPA ramai yang masih melakukan dosa bahkan begitu sukar meninggalkannya? Bahkan kadang-kadang kita melakukan dosa-dosa yang sama.

Jawapan ringkasnya mungkin mudah saja; INILAH NILAI SYURGA.

Kata Ibnu Jauzi, mafhumnya “Orang yang memilih jalan keimanan sebenarnya telah memilih jalan yang paling sukar.” Ya kita telah memilih jalan yang paling sukar iaitu jalan yang telah dipilih oleh para nabi. Sabda Rasulullah SAW “Orang yang paling berat ujiannya ialah para nabi, kemudian orang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut kepada pengikut mereka”.

Kalau begitu, kita yang lemah jiwa ini tentu tidak layak masuk syurga? Kita tidak sehebat sahabat-sahabat yang berjuang bersama Rasul SAW. Kitapun tidak sehebat ulamak-ulamak yang hidup memperjuangkan kebenaran. Kita ini kan orang biasa, bukan sekolah agama pulak tu bahkan ada yang lahir dari keluarga yang jauh dari agama. Adakah kita nanti akan jadi ahli neraka.

Kalau ini yang sedang anda fikirkan maka sedarlah bahawa yang sedang berbisik itu adalah syaithan yang inginkan kita putus asa dengan rahmat Allah Taala hingga akhirnya kita akan bersama-samanya didalam neraka.

Hakikat diri

Inilah hakikat diri kita: Lemah, lupa, sukar menentang arus dan berbagai kelemahan lain. Jangan kita lupa bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga manusia biasa seperti kita bahakan mereka itu kata Syed Qutub adalah serpihan masyarakat jahiliyah yang suka minum arak, membunuh anak perempuan hidup-hidup, berzina dan sebagainya.

Bukankan Allah Taala berfirman yang maksudnya “Demi jiwa dan penyempurnaannya, diilhamkannya fujur dan taqwa.” Ya kita semua memiliki kecenderungan yang sama: Ingin melakukan kebaikan dan keburukan. Bahkan kata Ibnu Jauzi “Kecenderungan melakukan kejahatan itu seperti air yang menuruni bukit manakala kecenderungan jiwa untuk melakukan kebaikan seperti air yang menaiki bukit yang memerlukan satu tenaga tambahan”.

Jadi untuk melakukan perubahan dan istiqomah diatas kebenaran maka kita memerlukan proses tarbiyyah yang betul, murabbi yang boleh dijadikan contoh dan persekitaran yang akan menambah cinta dan ketaatan kepada Allah serta yakin dengan janji-janji dan ancaman-ancamanNya.

Untuk memahami proses tarbiyyah yang betul, saya selalu bergurau tetapi serius “Gilalah untuk baca sirah sebagaimana orang gila novel baca novel, bahkan jadilah lebih ‘gila’ lagi”. Ya, bacalah sirah dengan penuh rindu dan cinta pada Rasul SAW dan orang-orang yang beriman. Mereka adalah contoh-contoh keimanan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik mereka dan lihatlah bagaimana mereka menyerahkan diri mereka kepada didikan atau tarbiyyah Rasul. Inilah intipati tarbiyyah: MANHAJ (SISTEM) Tarbiyyah yang betul sepertimana yang dipamerkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan PENYERAHAN diri pada tarbiyyah sebagaimana sahabat-sahabat Rasul. Lihatlah bagaimana dengan tarbiyyah sahabat-sahabat RA mengubah diri mereka secara total dengan penuh kerendahan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Dampingilah orang-orang alim yang soleh dan ikhlas. Carilah guru atau murabbi yang ikhlas ingin membantu kita Cintailah ulamak, bacalah buku-buku mereka dan hayatilah sejarah perjuangan mereka. Ziarahilah ulamak-ulamak supaya mereka menjadi lampu-lampu penunjuk jalan kepada jiwa kita.

Dan carilah teman-teman yang soleh yang sanggup menegur kita jika kita terlanjur melakukan kesalahan. Carilah teman yang apabila kita memandang mereka maka kita teringat dan teringin melakukan kebaikan bukan sebaliknya.

Dua sayap

Perjalanan menuju kepada Allah terlalu sukar dan banyak halangannya. Kita tidak akan mampu terbang tinggi menuju redhaNya melainkan dengan dua sayap.

Sayap pertama ialah KHAUF (Takut); selalulah takut-takutkan hati kita dengan azab neraka yang jamuan keraiannya ialah buah Zaqqum, bahan bakarnya ialan manusia dan batu serta api nyalaan yang berpuluh-puluh kali ganda lebih panas dari api dunia. Takut-takutkan jiwa kita dengan saat pertemuan dimana ada wajah-wajah yang putih dan ada wajah-wajah yang hitam, ada wajah yang berseri-seri bahagia dan ada wajah yang bermuram durja. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith lalu hayatilah hakikat-hakikat ini hingga kita terasa takut dan minitiskan air mata.

Sayap yang kedua ialah Roja’ (Harap); Yakinlah dengan pengampunan Allah dan rahmatNya. Allah tentu sekali tidak akan menzalimi kita bahkan terlalu kasih kepada kita. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith, tentu hati kita akan terpegun apabila melihat betapa Allah itu maha Pengampun. Janganlah sekali-sekali kita berputu asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Rabu, 22 Jun 2011

7 Golongan yang mendapat perlindungan 'Arash

سم الله الرحمن الرحيم


Peristiwa ini telah berlalu lama namun lihat bagaimana ulama dan pimpinan yang kita sanjungi di lindungi awan sepanjang jenazahnya di terbangkan dengan pesawat sedangkan tempat lain dalam keadaan panas..SUBHANALLAH

**************************************************************************************88

Sebagaimana kita maklum bahawa betapa dahsyat huru-hara hari mahsyar, ada orang yang rapat satu jengkal sahaja letaknya matahari di atas kepala. Bagaimana panasnya. manusia pada hari itu berpeluh bahkan berasak-asak dengan tidak berpakaian.

Lalu Saidatina Aisyah bertanya Rasulullah: "Tidakkah mereka malu!" Lalu Rasulullah gambarkan bahawa mereka tidak sempat untuk mengambil tahu tentang keadaan diri mereka kerana betapa huru-haranya hari tersebut. Di dunia jika air banjir, bumi tengggelam tetapi di mahsyar peluh manusia membanjirinya, Bagaimanapun air peluh ini, bergantung kepada amalan manusia.

Walaupun duduk ditempat yang sama tetapi ini adalah kuasa Allah S.W. T. Kepanasan itu dapat dilindungi dengan naungan Allah. Oleh itu didapati hanya tujuh golongan sahaja yang dapat perlindungan Allah ini.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.

  • Pemimpin yang adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT
  • Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid
  • Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
  • Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah
  • Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya
  • Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
Riwayat Muslim

Golongan pertama ialah pemimpin yang adil. Kerajaan yang adil (pemimpin yang adil), melaksanakan keadilan ketika melaksanakan tugasnya mentadbir negeri atau negara; Pemimpin sedemikian adalah orang yang pertama dilindungi dari pancaran cahaya matahari di mahsyar.

Golongan kedua ialah pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. Sejak kecil lagi ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perlindungan dihari kiamat.

Golongan ketiga ialah lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid. Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama.

Golongan keempat dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.

Golongan kelima ialah seorang lelaki digoda oleh seorang wanita yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah. Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah.

Golongan keenam ialah seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak mengistihar sedekah dikhalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini, jikalau bersedekah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedekah, itu adalah unjuran agama, cuma bersedekah secara sirr (rahsia) adalah lebih baik.

Golongan terakhir iaitulah golongan ketujuh, seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.

Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.

Kesimpulannya bahawa manusia perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.

la bergantung kepada amalan seseorang itu, sejauh mana ia menjadi pemimpin yang adil, sejauh mana menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya, sejauh mana berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah, sejauh mana pergantungan hati kepada masjid dan perkara lain yang disebut di dalam hadith ini, dilaksanakan oleh kita semua. Oleh itu kita mestilah muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan mereka berkenaan. Jika ada kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk yang dikurniakan kepada kita. Jika tidak, kita hendaklah berusaha sedaya upaya kita supaya tergolong di kalangan mereka yang mendapat perlindungan itu di hari tiada pelindung yang boleh menyelamatkan diri darinya melainkan perlindungan Allah S.W.T.

P.S. Kuliah Maghrib tadi dari Ustaz Yusof Arbain kat Masjid An-Nahdah cerita bab ni, aku malas nak tulis, aku 'copy & paste' dari blog ni: http://refata.blogspot.com tanpa memohon kebenaran dari tuan blog. Walau bagaimana pun, aku harap pemberi tazkirah, penulis, pembaca, pengamal & diri sendiri mendapat nur hidayah dari Allah SWT.

Ahad, 19 Jun 2011

Israk Mikraj - Apa Yang Perlu Anda Tahu


بسم الله الرحمن الرحيم



Dimulakan dengan lafaz: Subhanallah (Maha Suci Allah),


Anda ada tahu peristiwa Israk Mikraj? Tahu tapi tak berapa nak tahu? Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta. Sebagai umat Islam, kita perlu tahu ini..


A. Takrif?
  1. Israk: Perjalanan Nabi saw di malam hari dari Mekah (Masjidil Haram) – Palestine (Baitul Muqaddis)
  2. Mi’raj: Naiknya Nabi saw dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis menembusi alam di bawah ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
Bumi, bulan, matahari, bintang-bintang, planet-planet = alam di bawah
Sidratul muntaha, baitul makmur( masjid tempat malaikat bertawaf- setentang dengan Ka’bah di bumi), luh mahfuz, syurga dan neraka, a’rasy= alam di atas


Percaya? Orang ke bulan. Kajian sains dan teknologi mengatakan boleh. Inikan pula Allah yang menciptakan sains dan teknolgi itu. Mesti segalanya tidak mustahil berlaku.


B. Bila berlaku?
  1. Berlaku pada 27 Rejab, tahun ke 12 Kerasulan Nabi saw ( 662M- umur 52 thn).
  2. 1 tahun sebelum Hijrah dari Mekah – Madinah.
  3. Tahun dukacita: Bapa saudara Abu Talib dan isteri Siti Khadijah meninggal dunia.
  4. Serangan musuh Islam bertambah kuat. Peristiwa di Thaif, Nabi saw dan anak angkatnya Zaid b Harisah dihina, diusir, dilempar dengan batu-batu tajam hingga berdarah!


C. Tujuan berlaku?
  1. Allah ingin menunjukkan kepada Nabi saw tanda-tanda/alamat-alamat kebesaranNya. (rujuk ayat 1 surah al -israk)
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memeperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': ayat 1) 
  • Apabila lihat tanda-tanda/alamat-alamat kebesaranNya, maka akan hilang rasa sedih di atas masalah dakwah serta kehilangan orang-orang tersayang.
  • Menguatkan hati dan semangat Nabi saw untuk terus yakin berjuang.


D. Kenderaan?
  1. Seekor haiwan berwarna putih, dinamakan al-buraq.
  2. Bentuknya seperti keldai. Warnanya lebih putih daripada salji.
  3. Wajah seperti manusia, tapi dia membisu.
  4. Bersayap, terbang dengan pantas.


E. Turun ke bumi. Apa kesudahannya?

  1. Bertemu musuh ketat, Abu Jahal. Abu Jahal dan musyrikin Mekah mempersendakan Nabi saw tentang Israk &Mikraj ¾ mlm.
  2. Orang Islam percaya/tidak. Ada yang terpengaruh dengan non muslim. Abu Bakar percaya dengan Israk Mikraj. As-Siddiq.
  3. Abu Jahal ingin malukan Nabi saw. Tanya tentang gambarkan bentuk rupa Masjid Al-Aqsa (tiang, pintu dll). Allah gambarkan di hadapan Nabi saw dan baginda dapat jawab! Orang yang pernah ke situ membenarkannya!
  4. Jasad dan roh/roh yang pergi Israk Mikraj?


  • Rujuk ayat 1. Al-Israk. Lafaz ‘abdihi (hambanya-hamba= dikenali manusia dengan jasad dan rohani.
  • Di Masjid Al-Aqsa, baginda ditawarkan 2 bekas minuman susu/arak? Nabi saw pilih susu. Fitrah kejadian, hanya tubuh badan kasar perlukan bahan-bahan kimia dari minuman dan makanan.
  • Jibril turun berjumpa dengan Nabi saw pada awal Israk Mikraj secara sedar. Bukan mimpi/roh. Kembaranya bersama Jibril secara fizikal sebagai teman.
  • Zaman sains dan teknologi, manusia ke angkasa luar dan ke bulan dengan jasad. Jadi, apakah hati kecil kita ingin menolak kebenaran Israk Miraj.
  • Buraq sebagai haiwan tunggangan. Sudah tentu dinaiki oleh jasad dan bukan roh.


F. Apa pengajaran?

Kuasa Allah tidak terbatas. Cth: Nabi saw dibawa dari Mekah – Palestine -Sidratul Muntaha ¾ malam sebelum terbit fajar. 6 mlm-6 pagi. ( Jam 3 pagi sudah kembali berada ke Mekah)
Sebelum bertemu Allah, Nabi saw di’bedah’ oleh Malaikat utk membersihkan hati. Dengan jiwa tenang, penuh iman dan taqwa, kita akan mudah mendekati Allah. Dua kali Nabi saw dibedah. Satu kali sewaktu kanak-kanak dan kali kedua waktu Israk dan Mikraj. Masa kanak-kanak itu, Nabi saw di perkampungan ibu susunya Halimatus-sa’diah.


# Pembedahan macam mana? Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya ‘membedah’? Zaman sekarang ‘cahaya laser’ digunakan bagi tujuan perubatan. Membuang sel-sel rosak di mata dan otak dan batu karang. Maka, peristiwa ini boleh diterima.


Banyak peristiwa Nabi saw lihat semasa bersama Jibril A.S tentang keadaan manusia di bumi. Ada yang melakukan kebaikan manakala masih ada yang melakukan maksiat. Semuanya akan diadili Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Asal solat 50kali sehari semalam. Akhirnya 50kali – 5kali sehari semalam. Ganjaran sama dengan 50kali solat. Nabi Musa – Nabi saw berbincang tentang bilangan solat. Keturunan manusia lemah dan malas.


Abu Sa’id Al-Khudri menceritakan bila mana Nabi saw bertemu :
  1. Lelaki di langit bawah. Riang dan ceria dengan sebilangan roh dan menyebut: Cis! Roh yang kotor datang daripada jasad yang kotor. Nabi Adam gembira dengan anak cucu yang beriman dan roh kafir menimbulkan kebencian.
  2. Lelaki yang memegang ketulan-ketulan batu dan dimasukkan ke mulut dan keluar ikut dubur. Makan harta anak yatim.
  3. Lelaki yang merangkak dengan perut sepertt unta yang dahaga dan menuju ke neraka. Jalan teresot/jengkel/ tak kuasa lurus. Amalan riba.
  4. Lelaki yang makan daging yang busuk daripada daging yang segar di hadapannya. Lelaki yang tinggalkan perempuan yg halal/isteri yang sah dan dapatkan yang haram.
"Dulu solat 50 kali, sekarang solat 5 kali pun orang liat nak solat"

Sabtu, 18 Jun 2011

TAPI

سم الله الرحمن الرحيم


Kalau ada meeting awal pagi sanggup kita bangun awal bersedia untuk meeting takut jam TAPI meeting dengan Allah setiap hari untuk Solat Subuh kita lewat dan tak masuk meeting langsung

Kalau nak bermain bola dan menonton konsert sanggup pergi 5 jam lebih awal TAPI untuk solat kita pergi last minute


Kalau tengok konsert live kita nak duduk yang paling depan takut tak nampak dan sanggup tunggu walaupun show dah habis TAPI bila time nak solat kita berebut duduk belakang supaya dapat beredar cepat walaupun doa belum habis dibaca


Kalau nak jumpa kawan kita bersiap pakai baju cantik dgn pelbagai macam wangian TAPI bila nak solat kita pakai baju lusuh koyak rabak


Kalau ada konsert cepat dan sanggup kita beli walaupun ratusan ringgitTAPI bila dijemput ke majlis ilmu yg FREE kita menolak seribu alasan


Kalau kerja sanggup kita OT nak siap dan kemas supaya bos dan customer suka TAPI kalau solat nak cepat dan ringkas



Kalau bab sunnah Nabi nak aje semua laki ikut kahwin empat TAPIsunnah Nabi yang lain tak pernah nak ikut


Kalau ada kesusahan kita minta dan doa pada Allah untuk membantu secepat mungkin TAPI bila arahan Allah untuk membantu yg lain kita menangguh selama yg mungkin


Kalaulah semua di atas diterbalikkan alangkah baiknya TAPI hakikat syaitan lebih menguasai diri kita dari kita menguasai mereka dengan bertaqwa kepada Allah SWT. InsyaAllah bersama kita berkongsi dan perbaiki amalan kita.

ASTAFIGRULLAHAL AZIM
........

Jumaat, 17 Jun 2011

Muhasabah Diri

سم الله الرحمن الرحيم


Assalammualaikum, dengan rahmat kasih sayang Allah bersyukur dianugerahkan peluang yang banyak… Alhamdulillah, diberikan Allah masa yang mana sebenarnya terlalu banyak, cuma diri saja yang leka dan lalai tidak menggunakan sebaiknya lalu menganggap sebagai “sibuk”.

Subhanallah, Alhamdulillah..Allahuakbar

Diri ini ingin berfalsafah… mengenai tentang kehidupan, kerana hati ini telah diketuk dengan pelbagai macam rasa.. Bila dikenangkan Imam al-Ghazali yang mengalami penyakit jiwa akibat keraguan ilmu yang dimiliki, akhirnya dibimbing Allah s.w.t lalu bangkit menyampaikan kebenaran melalui pengalaman yang dirasainya itu.

Mengenangkan berita yang cukup memeranjatkan bagiku, mesej daripada sahabat mengatakan: " al-Fatihah kepada ustaz Dr. Redzuan yang telah kembali kembali ke rahmatullah"

Bagaikan tidak percaya, ustaz yang dilihat sihat dengan usia hanya 41 tahun. Kata-katanya masih menjadi ingatanku:

"Tunaikan solat dhuha walau di mana jua, kerana dari situ jika orang melihatkan kamu lakukan, maka akan timbul kesedaran mereka untuk berbuat jua. Malah lakukan juga solat sunat isyraq di awal pagi, kerana terdapat banyak hikmahnya"

Terima kasih ustaz, moga rohmu bersama-sama para solehin, ~AL-FATIHAH~

Di situ, ku renung hakikat kematian, bahawa ia tak kira masa dan usia, kerana Allah s.w.t telah tetapkan, tidak dilambatkan walau sesaat… maka tanya diriku lagi, bagaimana alam di sana? Bagaimana rasa dicabut nyawa? Bagaimana keadaanya mereka yang telah ke sana? Adakah berbahagia atau sebaliknya?

Difahamkan semasa nazak itu amat sakit… bagaikan 300 pedang yang menusuk tubuh... Bagaimana layanan malaikat munkar dan nakir di alam barzakh? yang dikata apabila dipukul oleh mereka jasad akan terbenam sehingga 7 kaki dari bumi. Suasana kubur yang amat menakutkan…

Cuba bayangkan, kita tinggal sorang-sorang dalamnya, penduduk bumi langsung tak hiraukan. Adakah kubur akan disempitkan sehingga merapat bertemu ke tulang-belulang? Mestilah sakit, sekarang pun, tercucuk jarum je dah sakit.

Bertanya lagi…

Bagaimana pula suasana kebangkitan ke dua nanti? Untuk dihimpunkan di padang mahsyar. Penuh dengan huru-hara dan penyiksaan. Bayangkanlah, kedudukan matahari hanya sejengkal ketika itu...mahunya panas melecur, mendidih…ya Allah.. Takutnya azab-Mu.

Tapi, diri merenung hakikat realiti sekarang, di mana sukar untuk di hayati dan direnungkan persoalan tersebut. Melihatkan masyarakat.. malah amat khuatir hidup di akhir zaman ini yang penuh fitnah. Kadang-kadang tak sedar diri sendirilah punca fitnahnya.

Ajaran-ajaran Islam itu tidak digunakan sebaiknya, hanya mengambil mudah malah tidak rasa apa-apa kesalahan melanggarnya. Semua baginya keseronokkan yang baik untuk dinikmati. Benarkah apa yang dilakukan sekarang? Akan terima ke amalan kita hingga ke langit tujuh disambut Allah s.w.t? yang tahu, kebanyakkan amalan akan dilempar kembali ke bumi, akibat ketidakikhlasan dalam beramal.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Jadi bagaimana perhitungan catatan amalan harian kita nanti? Bila dihisab, sama ada diterima tangan kanan atau kiri? Jika tangan kiri…maka nerakalah akan dicampak.

Mengenangkan saja bumi ini kecil dari planet2 yang lain, tidak mustahil alam di sana lagi dahsyat keluasannya. Bayangkanlah keadaan neraka itu, ada 7 tingkat yang mengikut tahap kepanasan. Macam laut pun ada dalam juga, semakin dalam semakin gelap, hitam dan ligat. Ya Allah… diketahui, walau jauh pun berada dari neraka tika itu, namun telah dapat dirasa pedihnya.

Masih tidak bersedihkah kita?

Kerana di dunia ini hanyalah sementara. Akhirat begitu lama sekali… Allah s.w.t menjadikan pelbagai tipu daya-Nya untuk menguji kita. Diberi-Nya pelbagai perasaan… cinta, sayang, takut, malu, benci, sedih..dan pelbagai untuk kita gunakan sebaiknya. Namun kita tersilap meletakkan perasaan-perasaan tersebut di tempatnya.

Ada cinta yang tidak bertempat, kepada yang dilalaikan, malah pada yang HARAM. Tapi ramai yang tidak peduli, asal nafsu cukup berasa bahagia. Itulah diri yang hina dhoif menilai tempat sepatutnya.

Melihat kecintaan Allah s.w.t pada makhluk yang menumpu pada-Nya. Mereka begitu asyik menjaga hubungan dengan Allah s.w.t, masa, jiwa raga diberi sepenuhnya pada Allah. Mereka tidak menjadikan dunia tempat bersuka. Tidak hairanlah mereka selalu bersedih, di seksa akal, fizikal dan jasmani kerana kecintaan kepada Allah s.w.t itu adalah segala-galanya yang dapat membahagiakan.

Jadi, tidak mahukah kita juga asyik dengan Allah s.w.t bagi keselamatan dunia dan akhirat? Bila kita beramal… kita akan lakukan kerana Allah… bila di uji, tetap berasa bahagia. Tidak ada apa-apa yang kita harapkan selain dari-Nya.

Bila kita sedih, kita akan gembira bila fikir kita ada Allah. Bila kehilangan, bila bosan, bila jemu, bila hilang semangat, kita akan anggap tiada apa-apa sebab masih punya Allah s.w.t Tapi sebaliknya, jika kita lupa Dia dalam setiap perkara, memang kita akan rasa keperitan yang berpanjangan.

Begitulah yang hendak disampaikan, kesimpulannya, kita dijadikan adalah kerana Allah s.w.t, bukan kerana lain. Bila kerana Allah s.w.t, kita akan laksanakan suruhan dan larangan-Nya dan setiap perjalan hidup ini dengan penuh ketenangan, kerana bermatlamatkan kebahagian akhirat yang kekal abadi. Jadi sentiasalah merenung mengingatkan diri sendiri akan hal2 akhirat tadi, maka kecintaan pada Allah semakin mendalam dan semakin takut dengan-Nya.

Bermulalah dari diri kita, untuk generasi seterusnya. Kerana dari baka itu akan menghasilkan benih yang lain. Jika benih itu mempunyai penyebaran yang baik, mungking akan menjadikan seluruh hasilnya yang akan datang lebih baik, tanpa cacat dan cela. (perumpamaan generasi)

Wallahu ‘alam.

Khamis, 16 Jun 2011

Rahsia Nikmatnya Hidup

سم الله الرحمن الرحيم



Bila hidup ini tidak halangan, tentu tidak menarik. Terlebih dahulu di-cast dengan ilmu, lalu kita amalkan dalam kehidupan, seperti bertarung dalam kehidupan nyata ini. Tapi kita harus benar-benar dapat mengukur diri kita. Misalnya, ketika terjadi pertemuan dengan kalangan tertentu, yang membuat keimanan kita turun, bererti pertemuan itu tidak bagus untuk kita. Bererti iman kita belum cukup untuk dapat menangkis pengaruh negatif dari kelompok itu. Maka untuk sementara waktu kita perlu berhijrah dari lingkungan tersebut, dalam rangka menguatkan diri. Sehingga pada waktunya, kita sudah sedia untuk terjun ke dalam kehidupan sebenar, namun kita sudah berbekal dengan kemampuan yang lebih baik. Kita harus mendakwahi mereka, ketika kita sudah yakin dengan kekuatan diri kita. Di-cast dapat juga dengan cara berkumpul dengan orang-orang soleh. Diamnya saja akan berpengaruh terhadap keyakinan kita.

Yang paling membuat hidup kita tidak selesa adalah kebingungan, ragu-ragu, dan keraguan, kerana setiap yang meragukan membuat hidup kita tidak jelas. Dalam menjalani hidup ini, apabila belum mengenal peta hidup dengan jelas, maka menyebabkan hidup menjadi gamang, ragu, dan sangat meletihkan.

Dalam menjalani hiduup ini, harus jelas hala tujunya dan bagaimana dalam melangkahnya, siapa Tuhan kita, siapa kita, apa yang bahaya, dan apa yang menyelamatkan, akan ke mana kita, dan sebagainya. Kalau sudah semuanya jelas, maka akan mantap dan tidak akan bingung dalam menjalani hidup.

Manusia diciptakan dan diurus oleh Allah SWT. Tugas kita di dunia ini adalah menjadi hamba Allah. Mematuhi apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarang Allah. Perkara rezeki adalah mutlak dalam genggaman Allah. Kalau kita patuh kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan Allah, Sang Pemberi rejeki pasti akan menjamin segala keperluan rezekinya.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. QS At-Thalaq : 2-3

Kita bekerja bukan hanya untuk mencari wang, tapi merupakan amal soleh dalam menjemput rezeki atau nafkah kita. Yang dicari keberkahan dan redha Allah SWT. Orang yang mencari redha Allah tidak akan ragu kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki, pasti kita akan bertemu dengan rezeki kita, sehingga tidak akan mahu berbuat haram. Kalau seseorang tidak mencari redha Allah, maka ia akan menghalalkan berbagai cara.

Dengan demikian, berbeza antara orang yang bekerja hanya untuk mencari wang, dengan orang yang bekerja untuk mencari redha-Nya. Orang yang mencari redha Allah, sama sekali tiada keraguan, yakin pasti bertemu dengan rezekinya. Selama sesuai dengan perintah Allah, tidak perlu menghiba-hiba kepada manusia, kerana manusia tidak dapat memberikan apa pun, tanpa izin Pemilik Semesta Alam.

Kita bergaul dengan manusia, bukan untuk menuhankan, dan memelas kepada manusia. Kita bergaul dengan manusia kerana Allah menyuruh kita bergaul dengan manusia dengan baik. Kita berbuat baik bukan untuk dihargai. Orang menghargai, dan mengakui kebaikan kita atau tidak, bukan urusan kita. Urusan kita adalah bergaul dengan manusia dengan baik sesuai perintah-Nya. Tidak boeh takut kepada manusia. Diri kita milik Allah, tak akan jatuh sehelai rambut pun tanpa izin pemilik-Nya. Tidak akan pernah mati, kecuali Allah yang mematikan.

Manusia bukan pemberi rezeki, manusia hanya makhluk sebagai jalan dari ketentuan Allah. Tugas kita jelas, menjemput rezeki kita dengan cara yang halal. Semua anak-anak kita ada rezekinya. Tugas orang tua membawa anaknya mengenal siapa penciptanya, Lukmanul Hakim menjadi contoh bagaimana seorang hamba Allah, yang tidak bertuhankan selain Allah. Beliau mendidik anak untuk mengenal-Nya, dengan itu akan berjumpa dengan rezekinya yang berkah. Dan akan berjumpa dengan rezeki dan takdir terbaik dalam kehidupannya. Setelah kita mati, warisan terbesar kita kepada anak-anak kita adalah keyakinan dan istiqamah taat kepada Allah.

Dunia ini hanya tempat persinggahan. Semua kita akan tinggalkan. Dunia tidak ada apa-apa. Dunia bukan untuk memperbudak kita, tapi dunia diciptakan untuk menjadi pelayan kita. Harta, pangkat, gelaran, tidak ada apa-apa erti. Orang-orang zalim dan ingkar diberi oleh Allah dunia ini. Kemuliaan bukan dengan pencapaian duniawi, tanda kemuliaan bukan dengan berharta atau berpangkat, melainkan dengan takwa.

Takwa itu tandanya hatinya yakin, patuh kepada Allah, lahir batin. Redha dengan semua takdir yang telah ditetapkan Allah. Allah tidak pernah zalim dalam menentukan takdir kita. Jelas hidup ini hanya singgah sebentar di dunia dan dunia tidak dibawa ke alam kubur.

Siti hajar ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim yang merupakan perintah Allah, ia lantas mengikutinya. Lalu tatkala memerlukan air untuk diri dan anaknya, beliau pun berlari-lari mencari air ke bukit shafa dan marwah. Namun air tidak muncul di bukit tersebut melainkan di sekitar ka’bah yang berjarak seratus meteran dari sana.

Maka tugas kita dalam hal ini adalah untuk menyempurnakan ikhtiar, bukan menentukan hasil. Jangan pernah risau dengan janji Allah. Sesungguhnya yang berbahaya bagi diri kita adalah keburukan dari diri kita sendiri. Orang lain hanya menjadi jalan.

Sekarang masalah apa pun yang menimpa, jangan sibuk dengan orang yang menjadi jalan, melainkan sibuk dengan diri kita yang menjadi penyebabnya. Kebaikan kembali pada pembuatnya, begitu pula keburukan. Tidak ada yang merosak diri kita selain dari keburukan diri kita. Ketika kita menghadapi kesusahan, kita tidak dapat menyelesaikan dengan kemampuan kita, melainkan dengan pertolongan Allah. Bagaimana jalan keluarnya? Adalah dengan bertaubat.

Barangsiapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan menenangkan hatinya, Allah akan memberi jalan keluar, dan rezeki pertolongan dari yang tidak terduga.
'maka aku katakan kepada mereka:

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)

Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin, dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah. Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati. Kunci yakin adalah hati yang bersih. Makin bersih dari kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati akan langsung merasakan keyakinan, hati peka, doa mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang. Maka jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya, melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya.

Sekuat tenaga mengarungi hidup, disusuli dengan semangat kebersihan hati. Cari sahabat yang dapat membantu membersihkan hati. Seperti kereta yang tidak berfungsi whipernya/ pembersih kaca ketika hujan lebat, maka dia akan risau. Bukan tiada jalan, melainkan tidak dapat melihat jalan. Seperti itu pula ketika kita melihat dengan mata hati yang tertutup dosa. Oleh kerana itu, kembalilah kepada Allah, seperti kaca yang bersih, maka akan tampak semua yang ada, kerana tidak tertutup, seperti udara bagi paru-paru ini, penyelesaian sesungguhnya terhampar dekat kita.

Oleh: Aa Gym
Terjemahan (BM): antamuSlim

Selasa, 14 Jun 2011

Kalau semua orang betul-betul hayati Islam...

سم الله الرحمن الرحيم


Cuba anda bayangkan, kalaulah semua orang betul-betul menghayati Islam.

Setiap orang berusaha untuk mempelajari segalam yang baik-baik. Berusaha untuk mengamalkan dengan sungguh-sungguh segala perkara yang disarankan dalam Islam. Dan berusaha bersungguh-sungguh menentang perkara yang dilarang Islam. Apakah kita akan kembali ke zaman kegemilangan Islam dahulu. Yang berjaya menakluki hampir seluruh dunia.

Cuba anda bayangkan, kalaulah semua orang betul-betul memahami Islam.

Semua orang faham apa yang boleh dilakukan, apa yang wajib dilakukan, apa yang sunat dilakukan apa yang makruh dilakukan dan apa yang haram dilakukan. Semua orang memahami AlQuran dan Hadis Rasulullah dengan pemikiran yang sama, walaupun ada percanggahan pendapat, akan saling berbincang dan mencapai persetujuan bersama tanpa ada rasa ketidakselesaan, ketidakadilan dan ketidaktentuan hati akibat desakan nafsu dan hasutan syaitan. Mampuka kita?

Cuba anda bayangkan, kalau semua orang betul-betul mengikut segala syariat Islam dan meninggalkan laranganNya.

Yang sempurna sebab agama itu dibawa oleh Rasul-Rasul serta Nabi-nabi dengan izin Allah SWT yang Maha Sempurna. Semua orang takut untuk mencuri kerana hukum hudud iaitu potong tangan akan dikenakan. Itu baru dunia belum lagi di akhirat kelak jik dia tidak bertaubat kepada Allah SWT. Semua orang juga akan takut untuk berzina kerana hukum hudud iaitu disebat dengan seratus sebatan. Dan rasa menggigil kengerian bila pula membayangkan dicucuk besi panas lebih baik daripada menyentuh aurat yang berlainan jantina hatta tangan sekalipun. Tak sanggup woo.dicucuk jarum pun dah terasa sakitnya kan.huhu~

Minum arak? Lagilah tak sanggup dilakukan sebab tahu arak ialah ibu kepada segala maksiat. Mengenangkan 80 kali sebatan memang cukup untuk buat hati gentar. Pernah dengar kisah seorang warak yang tidak begitu zuhud dan kuat beribadat telah dirosakkan hanya dengan arak. Dengan meminum arak, dia telah berzina seterusnya membunuh. Tidakkah besar aib yang ditanggungnya dengan hanya meminum arak? huhu~

Itu baru bagi 3 contoh. Banyak lagi tapi cukuplah saya bagi 3 ini sahaja.

Kalaulah kita betul-betul menghayati Islam. Tidak akan wujud peminta sedekah, kemiskinan kerana semua orang kaya tidak menyimpan harta sendiri sebaliknya akan mengagihkan kekayaannya kepada semua orang. Tidak akan adalah orang kaya yang sombong dan orang miskin yang merempat di bumi Allah ini.

Kalaulah kita betul-betul memahami Islam. Tidak akan ada jurang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Tidak akan ada jenayah kecurian, rompakan kerana semua orang mampu untuk mencari makan secara halal di bumi Allah. Kerana percaya rezeki Allah itu ada dan wajib untuk mencarinya secara halal. Kalau mencuri, merompak segala mana datang halalnya.

Kalaulah kita betul-betul mengikut segala syariatnya. Kita akan faham maksud keberkatan dan bersyukur. Orang yang kaya ialah orang yang mendapat harta yang sedikit dan amat bersyukur dengan apa yang dia dapati manakala orang yang miskin ialah orang yang mendapat harta (sedikit ataupun banyak) tetapi tidak pernah puas (bersyukur) dengan rezeki itu. Walau setinggi langitpun harta yang diperolehi, dia tidak akan pernah puas malah terus mencari dan mencari. Sedangkan yang sebenarnya apa yang dia gagal jumpa ialah 'keberkatan' harta itu. Keberkatan yang hanya akan diperolehi jika dia betul-betul mendapatkan harta itu kerana Allah SWT dan dengan jalan yang diredhai Allah SWT.

Cuba bayangkan. Adakah kita mampu untuk menjadikan apa yang dibayangkan itu satu kenyataan? Ok, cukupkah dengan hanya membayangkan sahaja?
Takkan bayangkan sahaja.
Apa kata mulakan dengan diri sendiri dahulu.

Nasihat untuk diri sendiri*huhu~

TONY BLAIR READ QURAN EVERYDAY


LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.


Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."

"Saya membaca al-Quran setiap hari.


Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...