Ukhwah Islamiyyah

Rabu, 9 Julai 2014

Alunan Al-Quran dari Penjara



Mari Kita Faham Ayat Yang Di Baca oleh hamba Allah Ini ...

Tadabbur Quran : Surah Al Qalam ayat 10 – 16 - Al Quran menyifati manusia dengan sembilan sifat tercela antaranya

1) Pertama, Hallaf iaitu banyak bersumpah. Tidak ada yang banyak bersumpah kecuali orang yang tidak jujur,

2) Kedua, mahiin, iaitu Hina. Tidak menghormati dirinya. Masyarakat pun tidak menghormati perkataannya. 

3) Ketiga, Hammaz, iaitu, Banyak Mencela. Yang suka mencela dan mencaci manusia dengan perkataan dan isyarat, baik di hadapan yang bersangkutan maupun di belakangnya.

4) Keempat, Masysyaa-in bi namiim iaitu kesana kemari menghambur fitnah. Berjalan kesana kemari di antara manusia dengan menyampaikan hal-hal yang merusak hati mereka, memutuskan hubungan di antara mereka, dan menghilangkan kasih sayang sesama mereka.

5) Kelima, manna’in lil khairi, iaitu Sangat enggan berbuat Baik. Enggan berbuat baik terhadap dirinya sendiri dan orang lain.

6) Keenam, mu’tadin, iaitu melampaui batas. Melampaui batas kebenaran dan keadilan secara mutlak. Kemudian dia juga melampaui batas terhadap Nabi saw dan terhadap kaum muslimin.

7) Ketujuh, atsii, iaitu Banyak Dosa. Suka melakukan kemaksiatan-kemaksiatan.

8) Kelapan, ‘utull, iaitu Selain itu semua, dia juga kaku dan kasar.

9) Kesembilan, zaniim, iaitu terkenal kejahatannya. Ini adalah penutup sifat-sifat tercela dan dibenci yang terhimpun pada setiap musuh Islam. Tidak ada yang memusuhi Islam dan terus memusuhinya kecuali manusia-manusia yang bersifat tercela seperti ini.

Selasa, 8 Julai 2014

7 Tips Makanan untuk Sahur Kita


































Mudah berasa letih ketika berpuasa di bulan ramadhan? Keletihan tersebut mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan. Ada beberapa makanan sihat bernutrisi tinggi yang baik untuk mengekal dan meningkatkan tenaga ketika berpuasa. Elok diambil ketika bersahur.

1. Yogurt 

Yoghurt mengandung gula alami, protein dan pro-biotik. Makan 250 ml yogurt sehari boleh memberikan tenaga tambahan dengan cepat. Ia bukan sahaja makanan yang baik dan berkhasiat untuk sistem percernaan malah boleh mencegah bau mulut dan boleh mengelakkan rasa cepat mengantuk ketika berpuasa.

2. Oatmeal 

Semangkuk kecil oatmeal dicampur dengan susu atau air akan memberikan tenaga pada tubuh dengan cepat. Kandungan karbohidrat dan serat yang terdapat didalamnya juga mampu memberi rasa kenyang dengan lebih lama.

3. Air atau jus 

Dehidrasi adalah salah satu penyebab utama kelelahan. Minum segelas air atau jus buah segar yang memberi asupan vitamin C, A dan B1 boleh mencegah dehidrasi. Pastikan kita mengambil air yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas air sehari walaupun berpuasa.

4. Kekacang 

Segenggam kekacang dari pelbagai jenis mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas sepanjang hari kerana ia berasal dari protein dan karbohidrat yang kompleks. Malah ia kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk kekal cergas sepanjang berpuasa.

5. Makanan kaya zat besi 

Zat besi merupakan salah satu nutrisi penting yang membantu mengatasi keletihan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia yang menjadi penyebab utama keletihan mental dan otot. Biasanya bayam adalah pilihan yang baik untuk mendapat kandungan zat besi yang mencukupi.

6. Kismis 

Kismis adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar

7. Kurma Ajwa 

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma ajwa adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma ajwa antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...