Ukhwah Islamiyyah

Isnin, 30 Jun 2014

Renungan Lapar dan Kenyang, Iktibar Ramadhan





















Berpuasa, satu perkara yang simbolik kepada kita adalah lapar dan dahaga. Melabuhkan tirai berbuka, kekenyangan mula merajai diri. Lapar, dahaga dan kenyang. Teringat kepada satu kata-kata,

Di dalam kita yang menahan laparini terdapat 10 kebaikan. Dan di dalam kita kekenyangan terdapat pula 10 kemudaratan. 

Apakah ia? Mari bersama kita renungi disebalik lapar dan kenyang pada bulan ramadhan ini. Semoga ianya menjadi satu renungan kepada kita.

LAPAR
Menjernihkan hati, mencerdaskan otak, dan menerangi pengelihatan hati.

KENYANG
Menyebabkan kebebalan, membuatkan hati buta.

LAPAR
Merasai kelazatan berzikir kerana hati lembut dan bercahaya.

KENYANG
Zikirnya hanya di lidah dan hati tidakmerasa apa-apa, hatinya tertutup daripada cahaya Allah.

LAPAR
Menyebabkan hilang rasa angkuh dan ego. Di saat ini rasa kehambaannya pada Tuhan adalah memuncak, hatinya akan tenang.

KENYANG
Tidak merasa kebesaran Allah, rasa ketuanan akan memenuhi hati.

LAPAR
Tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia

KENYANG
Menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah.

LAPAR
Mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.

KENYANG
Mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

LAPAR
Tidak melupai bala Allah. Orang yang berakal cerdas akan mengingati bala di Akhirat apabila melihat bala di dunia.

KENYANG
Menyebabkan seseorang itu lupakan kelaparan dan lupa bala Allah. Mematahkan hawa nafsu terhadap segala bentuk maksiat kerana lapar akan melemahkan nafsu.

KENYANG
Mudah mengikut nafsu kerana kekenyangan adalah pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hati manusia.

LAPAR
Mudah untuk mendapat khusyuk dalam ibadah kerana pintu godaan syaitan tertutup.

KENYANG
Syaitan makan mengganggu ibadahnya menyebabkan ia tidak dapat menumpukan hatinya pada Allah.

LAPAR
Menjimatkan perbelanjaan di kala kegawatan ekonomi kerana dapat mengurangkan perbelanjaan terhadap makanan.

KENYANG
Sudah tentunya memerlukan perbelanjaan untuk mendapatkan makan bagi tujuan ini sedang Negara menghadapi krisis ekonomi yang hebat.

LAPAR
Menyemai rasa kasih sayang pada insan lain terutama fakir miskin dan anak yatim.

KENYANG
Tidak merasai kesusahan orang lain seterusnya  menyebabkan hilang kasih sayang di hatinya.

Dalam sedang kita enak menikmati juadah yang lazat dan berkhasiat ketika sahur dan berbuka puasa, fikirkan sejenak. Adakah semua umat Islam dapat juga bersahur dan berbuka puasa sebagaimana kita yang bernasib baik ini? Kadang-kadang banyak makanan terbuang. Kadang-kadang kita merungut. Kadang-kadang kita terlupa bersyukur padaNya Yang Maha Pemberi Rezeki. Yang tidak putus-putus memberikan rezeki walaupun tanpa kita Sedarkah kita?

Nun di sana anak kehilangan 

Ibu dan ayah entah di mana 

Nun di sana masih kedengaran

Tangisan insan yang kelaparan 

Kesedihan melanda derita yang berpanjangan 

Belas kasihan pengharapan 

Dari redup mata yang lemah 

Tak siapa dapat merasa di manakah belas kasihan 

Ramadhan menginsafkan kita kesusahan mereka semua 

Ramadhan menyedarkan kita 

Senang tak lama, bahagia tak kekal 

Ketenangan hanya padaNya, kembalilah kepadaNya 

Nun di sana masih ada jalan, putih peluang kebaikan 

Sebulan di bulan Ramadhan. 

Iktibar Ramadhan : Amir Pearl 

Petikan lagu iktibar Ramadhan, nyanyian Amir Pearl. Cukuplah menceritakan tentang kesengsaraan mereka yang mengalami dugaan yang hebat. Kehilangan ibu ayah, kelaparan, kesedihan yang berpanjangan. Mereka yang berada dalam kancah perperangan. Perperangan demi menegakkan agama Allah.

Hari ini, kita berbuka puasa dengan keenakan pelbagai juadah makanan, tetapi mereka tiada makan yang cukup untuk dimakan.

Hari ini kita berbuka bersama keluarga, anak isteri atau sesiapa saja yang kita hendak, tetapi mereka berbuka tanpa orang yang dikasihi berada di sisi, menanti kepulangan yang belum pasti.

Kebanyakkan daripada kita dan sebahagiannya boleh untuk memilih untuk berbuka di mana sahaja yang dipilih, tetapi mereka tiada pilihan, tiada seindah hotel bertaraf bintang, cukuplah berbuka di celah-celah runtuhan rumah yang hancur, atau di pusat-pusat kawalan yang dijaga.

Kita dan anak-anak selalunya boleh untuk memilih berbuka apa yang kita mahukan. Sehinggakan berlaku pembaziran kerana menurutkan hawa nafsu. Tetapi mereka tiada pilihan, makan apa sahaja yang ada atau mati.

Anak-anak atau adik-adik kita ke sekolah dengan segala kemudahan, tetapi anak-anak mereka sudah lama tidak ke sekolah, lantaran bukan kerana sakit atau terlupa, tetapi telah dipanggil. Dipanggil untuk pergi dengan lebih jauh meninggalkan rakan-rakan mereka disekolah. Menuju Firdausi.

Dimanakah dunia? Dimanakah kita? Pembaca sekalian, satu persoalan penting, ketika kita sedang enak menjamu juadah berbuka, pernahkah kita memikirkan nasib saudara kita di Syria, Palestin, Myanmar dan dimana-mana tempat umat islam ditindas pada ketika ramadhan ini? Sesungguhnya “menu” mereka sangat daif dan terhad.

Oleh itu janganlah kita berkira-kira untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka, sentiasalah berdoa untuk kemenangan perjuangan Islam. Semoga Allah melindungi mereka dan kita semua.

Ya Allah, lindungilah hambaMu ini dari terus-menerus mengufuri nikmatMu. La tahzan wa la takhaf, innaAllah ma’na . .

Kepada yang bernasib baik, Ingatlah, Allah telah berfirman:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada-Mu & jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim : 7)

Dan buat mereka yang diuji Allah dengan kekurangan di atas dunia yang sementara ini, dengarkanlah :

“Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Al-’Imran : 139)

Tersenyumlah walaupun ianya sangat menyakitkan kerana senyuman yang paling manis adalah ketika mana seseorang yang dalam kesukaran masih mampu untuk mengukir senyuman.

Sahabatku sekalian,

lapar merupakan tali yang mengikat nafsu.

Ingatlah bahawa syaitan sentiasa berada dalam diri anak Adam

dan berjalan melalui salur darah.

Dan saluran itu akan disempitkan untuk syaitan dengan

berlapar dan haus. Cubalah untuk menahan diri daripada

terlalu banyak makan dan minum dengan cara berpuasa.

Bila berbuka berbuka jangan hentam habis pula.

Berusahalah untuk membuktikan kasih dan sayang pada diri kita. Kerana diri kita juga mempunyai hak.

Kasihilah akal, hati dan badan, agar anggota

itu berfungsi dengan baik. InsyaAllah kita akan

dapat memberi kasih sayang pada orang lain.

Semoga Nur Allah akan menyinari hari-hati kita.

Wallahu a’lam. Semoga Allah redha.

Isnin, 23 Jun 2014

Mendambakan Semangat Ramadhan






































Tidak terasa kepada kita bahwa waktu terus berlalu dan hari-hari yang telah dilalui dan bulan Ramadhan itu hanya sebentar lagi akan menjelma kembali. Seperti baru kelmarin Ramadhan tahun lalu kita tinggalkan, bulan mulia yang penuh dengan keberkatan.

Kalau kita mengimbau suasana di bulan Ramadhan tahun lalu itu, kita mungkin merasa begitu dekat dengan Allah swt. Kita lalui hari-harinya untuk sentiasa beribadah kepadaNya dengan solat berjamaah di masjid, solat Tarawikh, qiyamullail, tilawah Al Qur'an, sedekah dan macam-macam ibadah lainnya.

Lebih-lebih lagi di sepuluh hari terakhirnya di mana kita tidak ketinggalan untuk beri’tikaf di masjid bagi lebih mendekatkan lagi diri kita yang hina ini kepangkuan Ilahi. Memanjatkan doa memohon ampun atas semua dosa yang pernah kita lakukan.

Selepas Ramadhan itu pergi, memasuki bulan Syawal kita masih boleh menghadirkan semangat Ramadhan pada diri kita. Masih boleh kita melaksanakan ibadah puasa sunnah Syawal. Masih boleh kita pertahankan untuk menghiasi malam-malamnya dengan qiyamullail. Tilawah Al Qur’an masih boleh satu juz dalam sehari serta ibadah-ibadah yang lainnya.

Subhanallah...

Namun secara perlahan semangat Ramadhan itu hilang dari diri kita diiringi semakin jauhnya kita dengan Allah swt yang boleh dikesan apabila berkurangnya kualiti ibadah kita, dosa-dosa pun banyak yang kita perbuat. Astaghfirullah... Kualiti ibadah kita mencerminkan nilai keimanan yang ada pada diri kita. Ketika kualiti ibadah kita itu menurun bererti menurun pula nilai keimanan kita kerana memang keimanan kita kadang-kadang menaik dan kadang-kadang menurun.

Imam Ghazali menjelaskan, keimanan kita naik dengan melakukan ketaatan kepadaNya dan sebaliknya keimanan kita menurun dengan melakukan kemaksiatan kepadaNya. Tanpa kita sedari begitu banyak dosa itu datang dari :


  • Pandangan mata kita.
  • Ucapan lisan kita.
  • Pendengaran telinga kita.
  • Segenap panca indera kita.


  • Sungguh semua itu tidak terasa kita lakukan kerana memang begitu halus cara syaitan menggelincirkan kita dari jalan yang di ridhai oleh Allah swt.

    Sekalipun kita adalah orang yang sentiasa rajin beribadah, apatah lagi mereka yang memang jauh dari ajaran agama ini. Dari berbagai arah syaitan mencuba dengan memujuk rayu supaya kita menjadi manusia-manusia pembuat dosa.


  • Dari arah depan kita, ia datang menggoda.
  • Dari arah belakang kita, ia datang menggoda.
  • Dari arah kanan dan kiri kita, ia datang menggoda.


  • Supaya kita jauh dari ketaatan. Ini merupakan janji syaitan / iblis kepada Allah swt yang diabadikan di dalam Al Qur’an:

    "Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”(QS Al A’raaf : 16-17) 

    Menyedari diri yang penuh dengan dosa, kedatangan bulan Ramadhan kali ini sangat kita rindukan. Bulan yang mulia dan bulan yang penuh dengan keberkatan di mana Allah swt dalam bulan Ramadhan ini menjanjikan untuk menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan segala doa yang kita panjatkan dan semoga Allah swt masih memberikan nikmatNya kepada kita sebuah anugerah terindah iaitu boleh merasakan kembali bulan Ramadhan tahun ini.
























    Walau bagaimanapun, banyak cerita di tahun-tahun yang lalu menjelang memasuki bulan Ramadhan bahkan mungkin juga di tahun ini, orang-orang yang terdekat dengan kita, teman, sahabat, saudara bahkan juga ibubapa kita telah mendahului kita mengadap Ilahi. 

    Pergi dan tidak akan pernah kembali lagi, selama-lamanya. Mereka tidak sempat merasakan lagi Bulan Ramadhan dan semua itu adalah takdir yang kita tidak boleh lagi untuk menawarnya. Semoga mereka yang telah mendahului kita di ampuni oleh Allah swt akan dosa-dosanya... Ameen... 

    Kita juga belum tahu, apakah Allah swt akan mentakdirkan kita bersua kembali dengan bulan Ramadhan tahun ini atau kita ditakdirkan menyusul orang-orang yang terdekat dengan kita yang telah lebih dahulu mengadap Ilahi sebelum Ramadhan dapat kita rasakan kembali, merasakan hari-harinya yang penuh dengan keberkatan. 

    Oleh kerana itu, jangan tunggu bulan Ramadhan datang untuk kita bertaubat kepadanya. Mulailah dari sekarang, dari saat ini untuk kita dekatkan diri kepada Allah swt. Jangan sampai kita termasuk orang-orang yang zalim kerana kita enggan bertaubat. 

    Firman Allah swt : 
    "Dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." 
    (QS Al Hujuraat : 11) 

    Hadirkan semangat Ramadhan itu kembali, qiyamullail, tilawah Al Qur’an dan ibadah-ibadah lainnya supaya ketika kita ditakdirkan oleh Allah swt dapat kembali merasakan bulan Ramadhan yang akan menyapa tidak lama lagi, kita akan lebih bersedia untuk mengisi hari-harinya dengan sentiasa beribadah kepadaNya. Sungguh jangan lalui hari-harinya dengan sia-sia. 

    Berusahalah ketika kita berada dalam bulan Ramadhan nanti untuk menjemput rahmatNya dengan :


  • Berlumba-lumba membuat kebajikan.
  • Mempersembahkan kepada Allah swt ibadah-ibadah terbaik kita di mana dengan itu semua Allah swt akan membanggakan kita kepada para malaikatNya. 


  • Rasulullah saw bersabda :
    "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara-perkara yang baik dari kamu kerana orang yang sengsara (celaka) adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini.” (HR At Thabrani) 

    Hadirkan semangat Ramadhan itu kembali. Jika memang Allah akan memanggil kita sebelum Ramadhan itu menyapa, kita sudah berada dalam kedekatan kepadaNya. Berada dalam keadaan iman yang terbaik. Itu yang kita harapkan jika memang Allah swt telah tentukan akhir waktu umur kita hidup di dunia ini. 

    Tetaplah berdoa memohon kepada Allah swt untuk kita dapat bersua dan merasakan kembali  bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan pada tahun ini. 

    Setiap orang pasti menginginkan kejayaan dari apa yang dilakukannya di Bulan Ramadhan. Ada dua pilihan yang tersedia :


  • Mengusahakan secara terbaik bagi manfaat untuk diri sendiri
  • Mengusahakan secara terbaik bagi manfaat untuk orang lain.

  • Kecenderungan pertama nampak jelas pada orang yang berlumba atau memberi fokus dalam mengumpulkan makanan untuk berbuka puasa bagi dirinya tanpa rasa peduli terhadap keadaan orang lain. 

    Kecenderungan kedua pula nampak pada mereka yang lebih menunjukkan sifat peduli dan berkongsi rasa dengan sesama muslim.
    • Mengambil peduli akan keperluan orang ramai sehingga mendorongnya untuk berkongsi ilmu dan pemikiran. 
    • Mengambil peduli dengan kesedihan orang lain sehingga mendorongnya untuk berkongsi perasaan dalam hati.
    • Mengambil peduli dengan kemiskinan / kesusahan orang lain sehingga mendorongnya untuk berkongsi harta benda.
    Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak manfaatnya bagi manusia lainnya. Nampaknya asas manfaatnya ini boleh dijadikan kriteria untuk mengukur kejayaan seseorang dalam menjalani tarbiyah Ramadhan. 

    Barang siapa yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain tanpa melupakan manfaat bagi dirinya sendiri maka dialah yang paling berjaya menjalani tarbiyah Ramadhan. 
    • Manfaat ilmu adalah dengan memberikan nasihat dan pengarahan. 
    • Manfaat hati adalah dengan perhatian, cinta, kasih sayang dan doa bagi keluarga atau  saudara-saudaranya. 
    • Manfaat harta adalah dengan menginfakkan kepada mereka yang berhak dan memerlukan. 
    Boleh jadi, itulah rahsianya kenapa Rasulullah saw begitu peduli dengan nasib kaum Muslimin di bulan Ramadhan. 

    Baginda begitu cepat dan ringan dalam menginfakkan harta melebihi cepat atau lajunya angin berhembus. Sikap seperti itu merupakan tauladan yang memberi hikmah bahwa Rasulullah saw menginginkan umatnya untuk lebih bernilai dan bermanfaat bagi saudara lainnya kerana ketulusan iman tercermin dari manfaat yang diberikannya kepada orang lain. 

    Semoga Allah swt membimbing kita untuk sentiasa mampu bermanfaat kepada orang lain terutamanya di bulan Ramadhan di mana Rasulullah saw telah mencontohkannya kepada kita  dengan memaksimumkan manfaat hidupnya untuk kepentingan umat. 

    Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan dan berilah kekuatan untuk kami mampu menghadirkan kembali semangat Ramadhan di dalam hati kami sehingga kami dapat mengisi hari-harinya dengan amal-amal yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri kami bahkan kepada kaum Muslimin yang lain. 

    Ameen Ya Rabbal Alameen

    Jumaat, 20 Jun 2014

    Syirik tengok bola jika tidak solat Subuh, kata pendakwah

























    Peminat bola sepak yang sanggup bersengkang mata pada awal pagi untuk menonton perlawanan tetapi tidak menunaikan solat Subuh dikategorikan sebagai syirik, kata Datuk Md Daud Che Ngah.

    Pendakwah bebas itu berkata musim perlawanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil bukan penghalang untuk umat Islam menjalankan tanggungjawab mereka.

    "Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya mereka sentiasa lalai dengan keasyikan dunia. Bukan saya katakan tidak boleh menonton Piala Dunia.

    Lumrah alam di mana rakyat seluruh dunia meminati permainan bola sepak, namun jangan kita menjadi manusia yang lalai," katanya kepada Sinar Harian.

    Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil akan berlangsung selama sebulan bermula 13 Jun dengan 64 perlawanan yang kebanyakannya berlangsung pada awal pagi.

    Sebanyak 32 negara akan berentap merebut Piala Dunia dan juaranya akan diumumkan pada 14 Julai nanti.

    Md Daud berkata musim Piala Dunia juga tidak seharusnya dijadikan platform kepada umat Islam untuk menambahkan dosa. Katanya, wanita antara golongan yang terdedah kepada dosa apabila menyaksikan pemain bola sepak lelaki dengan penuh syahwat.

    "Jika seorang wanita menonton perlawanan bola sepak, mereka secara tidak langsung akan melihat aurat pemain.

    “Melihat aurat sehingga mendatangkan rasa ghairah boleh dikategorikan sebagai zina mata,” katanya kepada akhbar itu.

    Bekas pengerusi Tabung Haji itu turut mengingatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan perjudian bola sepak kerana ia merupakan satu perbuatan mengundang dosa.

    Katanya, umat Islam seharusnya merebut peluang musim Piala Dunia dengan menambahkan amal ibadat.

    "Piala Dunia bukan medan buat manusia untuk menghalalkan aktiviti judi kerana seperti yang kita tahu Allah menyatakan dalam Al-Quran dosa berjudi adalah dosa besar.

    "Apa salahnya sebelum menonton perlawanan bola sepak, kita beribadah terlebih dahulu. Jadi tidak sia-sia kita bangun awal pagi untuk menonton perlawanan Piala Dunia," katanya.

    Rabu, 11 Jun 2014

    BILA MAKANAN ROHANI DIABAIKAN... BERMAKNA TAK JAGA PERIUK NASI AKHIRAT

    Iklan makanan untuk jasmani sanggup bayar janji sedap.... bagaimanana makanan rohani / dengan hadir ke majlis-majlis ilmu di surau / masjid free je....susah mai.....alasan keje, sibuk...dalam dunia ni dia aje yang keje dan sibuk....ada anak-anak, cucu-cucu,  cicit-cicit.....orang lain tak ada...


    Selasa, 10 Jun 2014

    Al Fatihah: Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam meninggal dunia


    #ALFATIHAH | Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Allahyarham Ustaz Ahmad Mustafa Sidin Al-Muqri, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Shah Alam. Alam yang mendung seakan turut bersedih dengan pemergiannya yang diiringi ribuan jamaah yang hadir.

    Solat jenazah yang dihadiri ribuan jemaah. Perginya meninggalkan seribu hikmah dan kemuliaan. Jazakallahu khairan kathira SF Tuan Hj Ahmad Mustafa Mohd Sidin atas sumbangan dan bakti dalam talaqi serta mengasaskan al-Quran musyhaf tartil sebagai khazanah yang tidak ternilai.

    Bumi shah alam yang kering tandus tiba-tiba dibasahi hujan. MasyaAllah, selamat beristirahat wahai tuan imam

    Gambar pada hari Selasa, 10/06/2014 sekitar jam 8.30 - 9.30 pagi.

























    AL-FATIHAH (Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri 26 Disember 1974 - 9 Jun 2014)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...