Ukhwah Islamiyyah

Memaparkan catatan dengan label tokoh ulama'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tokoh ulama'. Papar semua catatan

Selasa, 10 Jun 2014

Al Fatihah: Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam meninggal dunia


#ALFATIHAH | Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Allahyarham Ustaz Ahmad Mustafa Sidin Al-Muqri, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) Shah Alam. Alam yang mendung seakan turut bersedih dengan pemergiannya yang diiringi ribuan jamaah yang hadir.

Solat jenazah yang dihadiri ribuan jemaah. Perginya meninggalkan seribu hikmah dan kemuliaan. Jazakallahu khairan kathira SF Tuan Hj Ahmad Mustafa Mohd Sidin atas sumbangan dan bakti dalam talaqi serta mengasaskan al-Quran musyhaf tartil sebagai khazanah yang tidak ternilai.

Bumi shah alam yang kering tandus tiba-tiba dibasahi hujan. MasyaAllah, selamat beristirahat wahai tuan imam

Gambar pada hari Selasa, 10/06/2014 sekitar jam 8.30 - 9.30 pagi.

























AL-FATIHAH (Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri 26 Disember 1974 - 9 Jun 2014)

Isnin, 27 Januari 2014

Siapakah Tuan Guru Dato Harun Taib ?


Semoga roh Tuan Guru Harun Taib dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan orang-orang yang beriman dan Soleh.... Sesungguhnya pemergianmu tiada dalang gantinya dan Allah sajalah yang berhak memberi ganjaran di atas kerja-kerja dakwahmu.

Semoga rohmu aman di Syurga Amin Ya Rabbil Alamin...Al-Fatihah...

TRIBUTE BUAT USTAZ HARUN TAIB: DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN
[Bacalah sekadar atas kemampuan diri untuk mengenali insan ini]
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus.

Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...Al-fatihah.

( Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat)

Khamis, 25 April 2013

Perkataan Para Sahabah Tentang Umar Ibnu Khattab.


Abu Bakar assiddiq berkata :"Tidak ada seorang pun yang ada di muka bumi yg lebih aku senangi daripada Umar."

Ali b. Abu Talib berkata :"Jika disebutkan orang-orang soleh, maka sebutlah Umar. Kami tidak pernah meragukan bahawa ketenangan berbicara melalui lidah Umar."

Aisyah berkata :"Demi ALLAH, dia adalah orang yg sangat cerdik & tiada tandingannya."

Ibnu Umar berkata :"Aku tidak pernah melihat seorang pun setelah wafatnya Rasulullah orang yg lebih keras sikapnya & lebih pemurah daripada Umar."

Ibnu Abbas berkata :"Dia laksana burung terbang yg sangat berhati-hati, yg memandang bahawa seluruh jalan yg akan dilaluinya penuh dengan perangkap."

Ibnu Mas'ud berkata :"Andaikata ilmu Umar diletakkan pada 1 timbangan, maka ilmu seluruh manusia diletakkan pada timbangan yg lain, nescaya timbangan Umar akan jauh lebih berat."

Hudzaifah berkata :"Ilmu manusia itu laksana tersembunyi di otak Umar. Demi ALLAH, aku tidak mengenal seorang pun yg tidak takut terhadap cemuhan orang-orang yg mencemuh selain Umar."

[Tarikh al-Khulafa', Imam as-Suyuti, hal 135-136]

:: Ya ALLAH, Rahmatilah Umar Ibnu Khattab.

Rabu, 27 Mac 2013

3 Tokoh Ulama Ahli Sunnah Kembali Kerahmatullah




















25 Mac 2013 : Hari ini hujan lebat membasahi bumi mengiringi pemergian kekasihNya.

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya.

2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.

3) Dr Uthman El Muhammady yang telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Al-Fatihah. ALLAH.. Hasbi rabbi

Isnin, 25 Mac 2013

Siapakah mereka pada hari ini?


























Harun Al-Rasyid - Dinasti Abbasiyyah
Saifuddin Qutuz - Dinasti Mamluk
Salahuddin Al-Ayyubi - Dinasti Ayyubi
Muhammad Al-Fateh - Dinasti Uthmaniyyah

"Saya tidak berbangga dengan hasil yang bukan saya rencanakan sebagaimana saya tidak menyesal dengan usaha dan rencana yang saya lakukan bersungguh-sungguh walaupun hasilnya gagal." - Harun Al-Rasyid. 

Harun Al-Rasyid merupakan khalifah yang menjadikan dunia Islam sebagai pusat rujukan dan gedung ilmu. Bukan sekadar itu, beliau juga yang meningkatkan perkembangan ekonomi, pendidikan, sosial serta pertadbiran empayar.

"Wahai kaum Muslimin, aku akan pergi berperang. Sesiapa yang mahu berjihad, ikut aku atau baliklah ke rumah. Tetapi Allah akan memerhatikan kamu. Kehormatan kaum muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak mahu pergi berjihad." - Saifuddin Qutuz.

Ucapan ini dikeluarkan oleh Sultan Saifuddin ketika mana dunia Islam mengalami krisis setelah kejatuhan Dinasti Abbasiyyah. Disusuli oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lain sehinggakan dunia Islam semakin hilang di dunia. Umat Islam mula ketakutan dengan pasukan Mongolia. Sultan Saifuddin menyelamatkan keadaan tersebut dan menjadi pencetus kebangkitan Islam.

"Aku minta kuat, Allah berikan kesulitan untuk dihadapi. Aku minta keberanian, Allah berikan bahaya untuk diatasi. Aku minta nikmat, Allah berikan peluang. Aku tidak minta apa-apa, tetapi aku menerima apa yang aku perlukan." - Salahuddin Al-Ayyubi.

Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Jerusalem dari cengkaman pasukan salib yang zalim terhadap orang Islam. Malah ketika pasukan Salib merampas Jerusalem untuk pertama kalinya, semua penduduk dibunuh sehinggakan darah naik ke paras buku lali. Namun, Salahuddin tidak berbuat demikian setelah mendapatkan Jerusalem. Malah, memberikan perlindungan kepada orang Kristian dan pasukan Salib.

"Jika ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tetapi sekiranya ayahanda memandang saya sebagai khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang." Muhammad Al-Fateh.

Kredit: Zamir al-Muallif

Sabtu, 23 Mac 2013

Perginya obor ummah...22 Mac 2013


Sesungguhnya kekuatan Islam adalah kerana adanya pasak yang menegakkannya iaitu para alim ulama`, terutama mereka yang bertungkus-lumus menyelamatkan umat ini dengan keilmuan mereka. Butiran mutiara yang keluar daripada ulas bibir mereka mampu menghidupkan hati-hati manusia yang telah mati. Mereka merupakan pewaris nabi yang menyalakan obor menerangi jalan yang dipenuhi kegelapan jahiliyah moden.


Hari ini kita merasa sedih mendengar berita pemergian tokoh ulama Syria yang banyak berjasa kepada dunia Islam. Beliau adalah Syeikh Dr Said Ramadhan al-Buti. Dikhabarkan kematiannya disebabkan serangan pengebom nekad yang di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu. Serangan pengebom nekad itu dipercayai didalangi oleh regim zalim Basyar al-Asad.

Syaikh Muaz Khatib, Presiden Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria dalam kenyataannya menyebut bahawa mereka mempunyai maklumat dan bukti-bukti yang menegaskan bahawa telah mula berlaku perubahan dari segi pendirian Syaikh Mohd Said Ramadhan Al-Buthi terhadap isu di Syria.

Syeikh Muaz Khatib

Perkara ini juga diakui oleh Syaikh Abul Huda Ya'koubiy bahawa beliau telah merancang untuk keluar Syria tetapi dikawal ketat oleh rejim Basyar. Selepas daripada itu, berlaku pembunuhan (bukannya pengeboman seperti yang dilaporkan media rejim) di masjid Iman, Dimasyq semalam yang membawa kepada kematian syaikh. Ternyata, ia pasti perancangan licik rejim Basyar.

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."

Sesungguhnya pemergian ulama besar ini adalah satu kehilangan besar kepada dunia Islam. Semoga Allah SWT berkenan mengampuni segala kesalahannya serta memudahkan perjalanannya dalam kembara yang tidak kembali itu.

kredit: http://abuikhwan.blogspot.com

Selasa, 1 Januari 2013

Ambang 2013 - Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni


Ulama' dunia dari syria, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni, 83 tahun, memberi ucapan dan diterjemahkan oleh Ustaz Muhammad Nazmi Karim.

Nama saya Sabuni (sabun) sebab keluarga saya asalnya pembuat sabun pencuci. Tapi apabila tangan kamu kotor janganlah di cuci pada baju saya.

Tapi saya adalah pencuci hati-hati manusia.

Kamu semua pilhlah peminpin yang menjaga Agamanya. Dengan demikian dia lebih takut apa bila di persoalkan Allah di Akhirat nanti.

Walaupun telah uzur Ulama ini tapi beliau masih bersemangat dan lantang ucapannya.

Saksikan videonya...

 

Sabtu, 24 November 2012

IMAM AL-GHAZALI BERGURU DARI PEROMPAK

























Seluruh usia muda Imam Ghazali dihabiskan dengan menuntut ilmu dari beberapa orang tokoh ulamak yang terkenal pada zamannya. Segala nota dan ilmu catitan yang dipelajarinya selama ini disimpan dengan baik-baik dalam satu beg. Masanya untuk pulang ke kampung halaman sudah tiba dengan membawa sekali beg yang berisi nota-notanya. Dalam perjalanan pulang, kafilahnya telah diserang oleh perompak. Setiap bungkusan, karung dan juga beg akan diperiksa. Tiba giliran Imam Ghazali, lalu ia berkata,

"Kamu boleh ambil apa sahaja yang kamu mahu, tetapi jangan ambil beg ini."

Para perompak mengesyaki sesuatu yang berharga di dalamnya lalu merampas beg tersebut dan menyelongkarnya. Apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yang tidak berharga dan merasakan diri mereka telah ditipu.

"Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini? "Soal ketua perompak,

"Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catitan ini aku ambil dari guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini. "Jawab Imam Ghazali.

"Jika begitu kamu adalah orang yang paling bodoh, catitan yang kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri. "Balas ketua perompak,

Imam Ghazali terpegun mendengarkan hujah yang tepat dari seorang ketua perompak yang baik hati. Mulai dari saat inilah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya. Selepas ini tiada siapa lagi yang boleh mencuri ilmunya.

Wallahua'alam

Sabtu, 17 November 2012

Kisah Jihad Seorang Ulama Tua


Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah merupakan seorang ilmuan hadis dan fiqh yang tersohor. Sumbangannya dari segi keilmuan tidak dapat dinafikan. Satu ketika, beliau mendengar seruan jihad fi sabilillah. Lalu, beliau tampil untuk turut serta dalam peperangan tersebut. Akan tetapi, komander telah menolak penyertaannya memandangkan usia beliau yang telah tua bahkan telah pun buta sebelah matanya. 

Walaubagaimanapun, beliau berkeras untuk turut serta lalu berkata, "Seandainya aku tidak mampu mengangkat senjata, sekurang-kurangnya aku mampu meramaikan bilangan tentera dan menjaga barang-barang!"

Begitulah sikap Imam Sa'id bin al-Musayyib rahimahullah yang sangat ghairah memperjuangkan agama Allah. Beliau mahu terus menyumbangkan sesuatu untuk Islam sedangkan beliau sudah banyak menyumbang dari segi keilmuan.

Soalan untuk diri masing-masing, "Apa yang aku buat demi Islam?" 

(Kisah di atas disebut oleh Imam al-Qurtubi rahimahullah di dalam Tafsirnya, al-Jami' li Ahkamil Quran)

kredit: fattabiounimalaysia

Sabtu, 16 Jun 2012

Perjalanan seorang murabbi. Almarhum Ustaz Yahya Othman

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh: Rossem


Ribuan orang  dengan wajah-wajah  sedih  berjalan perlahan di bawah sinar suria pagi, dengan  segumpal awan meneduhi menjadikan suasana di tanah perkuburan pagi itu tidak terlalu panas seperti pada hari-hari biasa di musim panas yang mencengkam. 


Di kiri kanan jalan ke permakaman orangramai berdiri sejak pagi untuk memberi penghormatan terakhir buat sang murabbi  yang pergi mengadap Rabbnya. Kereta-kereta dipakir di kiri kanan jalan sehingga beberapa kilometer. 

Di desa yang aman inilah tempat  tinggal  seorang murabbi yang sangat dikasihi, kini  telah pergi meninggalkan  semua. 

 

Almarhum Datuk Ustaz Yahya Othman, 73, mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS menutup usianya jam 6.30 sore Khamis, tanggal 14 Jun 2012, di Kampung kediamannya Labok, Machang, kurang lebih 30 kilometer dari Kota Bharu melalui Jalan Kuala Krai.


Sebelum disemadikan di tanah perkuburan, solat jenazah pertama jam 8.30 pagi diadakan di rumahnya diimamkan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud atau lebih akrab dipanggil Ustaz Daud Iraqi. Sementara solat kali kedua di Masjid berdekatan rumahnya diimamkan Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Abdul Aziz Nik Mat.

Pemergian tokoh murabbi  dari Partai Islam Semalaysia (PAS) ini ditangisi bukan saja anak-anak tarbiyahnya yang ribuan, yang kini sebahagiannya menjadi pemimpin parti dan kerajaan, bahkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tak upaya menahan sebak sehingga matanya berkaca.

Sesiapa yang mengenali Almarhum pasti teringat bagaimana ia mambangun umat dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS) yang ternyata sangat berkesan, sesuai dengan ilmu dan pengalamannya sangat luas yang diperolehi ketika  menuntut di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis  oleh Ikhwanul Muslimin.

Sepanjang hidupnya Almarhum telah  mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. 
Beliau merupakan  anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim Mesir ketika itu. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di bandara. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mohamad  Mehdi Akif.

Kali akhir saya melihat beliau ketika bersama mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir,  Dr Mehdi Akif  pada  suatu majlis di Balai Islam Lundang, Kota Bharu, saat tokoh Ikhwanul Muslimin itu bersilturahim ke Kelantan awal 2012. Beliau tampak uzur ketika itu, namum kerana meraikan sahabat lama dan seperjuangan,  digagahi untuk hadir.

Selepas menamatkan sekolah dasar, pada 1947 dikirim kedua ibubapanya belajar di Darul Ulum al-Diniyah, Makkah (tamat 1958), seterusnya ke Universiti Al-Azhar Asy-Syarif (BA Syariah wal Qanun) (MA Politik Islam).

Manakala masyaikh guru-guru beliau ialah antaranya;  Al-Musnid Dunya Syeikh Yasin bin Isa Al-Fadani Rahimahullah (Guru yang paling dikasihi dan dicintai),  Syeikh Hassan Masyath Rahimahullah,   Al-'Allamah Syeikh Al-Maliki Rahimahullah (Mufti Makkah, ayah kepada Al-'Allamah Al-Muhaddis Prof Dr. Abuya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki), Syeikh Amin Qtubi Rahimahullah,  Al-'Allamah Sheikh Abdul Kadir Al-Mandiliy Rahimahullah, Syeikh Dr Mustafa As-Sibai'e Rahimahullah (Ketua IM Syria). Sempat menadah kitab Jami’ al-Imam Abu Hanifah di Masjid Abdul Kadir Jailany, Iraq

Beliau juga seorang  pencinta sastera dan bahasa. Menguasai syair-syair karya Taha Hussien, Mustafa Rifaie, al-Manfaluti dan sebagainya. Digelar ulat buku kerana ketekunan dan minat yang mendalam  terhadap buku, sehingga sanggup membelanjakan wang saku yang dihantar oleh ibubapanya semata-mata untuk membeli buku. Bahkan sanggup menahan lapar dan dahaga demi untuk memiliki sesebuah buku yang diminatinya. 

Ketika menuntut di Mesir, beliau  dilantik sebagai Penolong Setiauasa Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah ketika berusia 15 tahun,  Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Mesir pada tahun 1961,  Setiusaha Biro Pendidikan pada tahun 1962 dan wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing Antarabangsa (tahun 1963). 

Sekembalinya ke tanah air beliau menjadi seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur.

Jasa beliau  disebalik  penubuhan  Maahad Tahfiz Pulai Condong,   Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan tetap tercatat dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam khususnya dalam bidang pendidikan..

Manakala dalam politik Islam(PAS).  Allahyarham merupakan mantan  ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi Ahli Jawatankuasa  PAS Pusat dan Dewan Ulama’ PAS Pusat, juga  Yang Dipertua PAS Machang selama kurang lebih  20 tahun.

Pada pilihan raya 1990 beliau menang kerusi  Banggol Judah  dan dilantik  Exco Pendidikan  Kerajan Negeri Kelantan.  Satu  jawatan yang sangat sinonim dengan latarbelakang beliau sebagai seorang pendidik yang punya jaringan luas di peringkat antarabngsa khususnya di Timur Tengah. Sebelum itu pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh,1978. PAS  menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.

Menurut cerita anak saudaranya, Kamaruddin Omar, 56,  sore  semalam Allahyarham memanggil seorang pembantunya, Ustaz Rosli Ismail bagi menulis kata-kata akhir bagi menyiapkan bukunya yang sedang dikarang, termasuk pesan dan wasiat. Tak lama seusai menyampaikan pesan beliau tiba-tiba menghempus nafas di sisi isteri dan puterinya Suraya yang tinggal bersama di rumah.

Empat buku terakhir yang siap dicetak diletak di masjid antaranya Taujid Tarbiah Gerakan Islam dan Himpunan kertas kerja tarbiah.

Almarhum meninggalkan seorang balu, Habshah Hussin Rahimin dan empat puteri  iaitu Dr Salwa, Najwa (guru), Suraya dan Nidana (dosen).

Turut merakam ucapan takziah Ikhwanul Muslimin Mesir melalui laman webnya. Semoga ruhnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dan beramal solih. Alfatihah.
(dari beberapa sumber)

sumber: http://demitinta.blogspot.com/

Ahad, 20 Mei 2012

Imam Hassan Al-Banna dan cita-citanya

بسم الله الرحمن الرحيم


Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut :

‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’

Sabtu, 14 Mei 2011

Syeikh Faisal al-Mawlawi رحمه الله

سم الله الرحمن الرحيم


Pada hari Ahad, 8hb. Mei 2011 lalu, telah meninggal dunia Syeikh Faisal Mawlawi pemimpin al-Jama’ah al-Islamiyyah di Lubnan pada usia sekitar tujuh puluh tahun. Faisal Mawlawi adalah seorang qadhi, faqih, penasihat, pemikir dan pendakwah Islam. Namanya sudah masyhur dikenal di Lubnan, malah dunia Arab, Islam dan juga Eropah.

Beliau adalah kelahiran tahun 1941 di bandar Tarabulus, Lubnan, dan merupakan salah seorang aktivis Islam yang paling menonjol di Lubnan. Beliau pernah menjadi ketua Persatuan Pendidikan Islam, Lubnan, berkhidmat sebagai setiausaha am bagi al-Jama’ah al-Islamiyyah, Lubnan, presiden Bait al-Da’wah wa al-Du’at sejak ia ditubuhkan pada tahun 1990 dan juga ahli jawatankuasa pengurusan Persidangan Islam Nasional

Syeikh Mawlawi telah menamatkan pengajian undang-undang di Fakulti Undang-Undang di Universiti Lubnan, dan pengajian Syariah Islam di Fakulti Syariah di Universiti Dimasyq Syria. Beliau telah menerima sarjana muda undang-undang dari Universiti Lubnan, Fakulti Undang-undang dan Sains Politik pada tahun 1967, sarjana muda Syariah Islam dari Universiti Dimasyq, Fakulti Syariah pada tahun 1968, dan sijil pengajian lanjutan dari Universiti Sorbonne di Paris. Beliau juga pernah meraih anugerah penceramah Islam terbaik dari Majlis Antarabangsa Pemuda Islam di Riyadh.

Allahyarham telah menjawat pelbagai jawatan, antaranya sebagai hakim syar’i di Lubnan pada tahun 1968, dan kemudian bertukar-tukar tugas antara mahkamah-mahkamah syariah rendah di Rasyaya, Kemudian dilantik sebagai penasihat di Mahkamah Syariah Tinggi di Beirut pada tahun 1988 dan terus tetap dengan jawatan tersebut sehinggalah beliau bersara pada tahun 1996. Beliau memegang gelaran "hakim kehormat dengan pangkat penasihat". Syeikh Faisal Mawlawi telah mengasaskan di Perancis Kesatuan Islam dan Kolej Pengajian Islam Eropah, dan menjadi mursyid agama bagi Kesatuan Organisasi-organisasi Islam di Perancis dan kemudian di Eropah sejak tahun 1986 sampailah beliau meninggal dunia.

Beliau turut memberikan sumbangan dalam pembentukan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah di United Kingdom pada bulan Mac 1997, di bawah pimpinan Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Beliau dipilih oleh Majlis Antarabangsa Pemuda Muslim sebagai pendakwah Islam terbaik di Eropah dan dianugerahkan dengan anugerah kehormatan. Beliau menjadi dekan pengasas bagi Kolej Pengajian Islam Eropah di Perancis sejak ditubuhkan pada tahun 1990. Ia adalah sebuah institusi bagi pengajian Islam yang bertaraf universiti dan dikhususkan untuk golongan muslim Eropah. Beliau terus dengan jawatan tersebut sehingga tahun 1994. Semasa meninggal dunia, beliau masih sebagai naib presiden Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah.

Di antara buku-buku yang ditulisnya ialah:
  1. تيسير فقه العبادات (tentang fiqh ibadah)
  2. دراسات حول الربا والمصارف والبنوك (tentang riba dan perbankan)
  3. أحكام المواريث، دراسة مقارنة (tentang fara’idh)
  4. الأسس الشرعية للعلاقات بين المسـلمين وغير المسلمين (tentang hubungan antara Muslim dan non-Muslim)
  5. نظام التأمين وموقف الشريعة منه (tentang insurans).
  6. سلسلة مبادئ التربية الإسلامية للمرحلة الابتدائية (Siri Asas-Asas Pendidikan Islam Peringkat Rendah - 5 juzuk)
  7. سلسلة التربية الإسلامية للمرحلة المتوسطة (Siri Pendidikan Islam Peringkat Menengah - 4 juzuk)
  8. موقف الإسلام من الرقّ (Pendirian Islam terhadap perhambaan)
  9. نبوّة آدم (Kenabian Adam)
  10. المرأة في الإسلام (Wanita dalam Islam)
  11. حكم الدواء إذا دخل فيه الكحول (tentang hukum ubat beralkohol)
  12. السلام على أهل الكتاب (Salam ke atas Ahli Kitab)
  13. المفاهيم الأساسية للدعوة الإسلامية في بلاد الغرب (tentang asas-asas dakwah di negara-negara Barat)
  14. أثر انهيار قيمة الأوراق النقدية (Kesan keruntuhan nilai wang kertas).
Rujukan:
  1. almoslim.net
  2. alrabita.info
رحمه الله تعالى
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...