Ukhwah Islamiyyah

Khamis, 25 Februari 2010

SALAM MAULIDUR RASUL 1431H

اللهم صلّ على محمد و على آل محمد


Alhamdulillah, kita masih diberi umur untuk menyambut sambutan Maulidurrasul untuk 1431 hijrah ini. Segar ingatan tentang tarikh 12 Rabiul Awal tahun gajah semasa kelahiran baginda RasulAllah Muhammad (SAW). Tahunnya sahaja dah jadi tahun gajah. Signifikan tentang 1 batalion gergasi yang menyerang kota Mekah dek kerana kemajuan ekonomi yang dikecami Mekah oleh tentera Abrahah.

Apabila ditanya apakah yang signifikan tentang sambutan Maulid ini kepada beberapa remaja muslim yang ber”bin” dan “binti”kan islam dan berbangsakan melayu, amat malu sekali apabila mereka menjawap, Maulidurrasul itu cuti umum, dan lebih sadis apabila kebanyakan mereka masih belum tahu lagi apakah itu Maulid. Kebanyakan mereka tidak pernah melupakan hari lahir mereka dan orang-orang yang mereka sayang. Tapi, alangkah lekehnya RasulAllah sehingga sejarahnya hanya menjadi penyebab untuk cuti umum. Lebih dahsyat, pada malam cuti Maulid ini juga beberapa orang remaja islam kita dicekup dek kerana berpesta seks di ibu negara. Apakah lagi yang tinggal dalam mengenangkan peristiwa besar yang membawa kepada intifada besar dalam sejarah Islam kita?

TIADA!

Yang menjawap dengan tepat pun, masih juga tidak mengerti secara mendalam sirah nabawiah yang kita junjung selama ini. Benar kata Muhammad (SAW) pada akhir zaman, umat baginda hanya berislam pada nama sahaja. Jika kali ini saya (mewakili warga Prihatin dari Rumah Pengasih) bertanya pada anda…apakah yang anda jelas tentang MaulidurRasul? Anda boleh karang jawapan anda sekarang dalam kepala sebelum membaca para yang seterusnya.

Ramai yang mungkin tidak tahu tentang sedikit inkripsi dalam Al-Quran tentang sirah ini. Muhammad ataupun bermaksud (Orang-orang yang terpuji) dilahirkan dengan berbapakan Abdullah (Hamba Allah) dan beribukan Aminah (Yang membenarkan) serta beribu angkatkan Halimatunsaadiah yang juga sebagai ibu asuhan Muhammad (SAW). Secara bijak kita dapat perhatikan, bahawa orang-orang yang terpuji PASTI datang dari kombinasi ketiga-tiga elemen kekeluargaan ini.

1. Abdullah – Seorang bapa yang mengabdikan diri kepada Allah
2. Aminah – Seorang ibu yang membenarkan pengabdian Abdullah. Walaupun Abdullah wafat sebelum kelahiran Muhamad (SAW)
3. Halimatunsaadiah – Ibu asuhan yang pantas mendidik norma-norma tradisi di luar kota mekah yang jauh dari kejahilan Musyrikin Mekah ketika itu.

Kombinasi 3 mereka terlahirlah Muhammad (SAW) yang mulia dan terpuji. Seorang tokoh penyatuan umat dunia dengan 1 kefahaman iaitu kefahaman ISLAM yang hakikat. Dalam konsep kekeluargaan, telah ramai kini yang meletakkan pengaturan rumahtangga kepada ibu, bapa dan anak-anak. Kesemuanya mempunyai kata putus. Sedar atau tidak, itulah punca cerai berai dan kebiadaban akhlak yang kita tonton pada era ini. Abdullah mengamalkan Islam dengan 1 sistem yang meletakkannya sebagai ketua keluarga yang mempunyai kuasa autonomi dalam keluarga. Penghambaannya kepada Allah mesti dibenarkan oleh Aminah. Sehinggakan, anak yatim ini boleh terbentuk begitu hebat sebagai seorang manusia berkarisma. Walhal, kenabiannya hanya setelah baginda berumur 40 tahun.


Aminah menghantar Muhamad (SAW) untuk diasuh oleh Halimah. Konsep multiple-input berlaku apabila baginda RasulAllah mendapat pendedahan kepada hidup susah di kampung dengan cara hidup dan peradaban yang tradisional. Jauh dari hiruk pikuk Kota Mekah. Walhal, Muhammad adalah anak orang bangsawan yang wajar berhidup mewah. Atuknya sahaja seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berdagang sehingga ke Yaman, Sham, Taif dan Yathrib sementara bapa saudaranya Abu Talib merupakan seorang yang hebat berniaga dan juga bangsawan Mekah. Bapa Muhammad (Abdullah) juga merupakan seorang peniaga. Adakah kini kita ambil iktibar dengan sorotan peristiwa ini? Ramai anak-anak Islam kita yang melacurkan Islam sebagai agama budaya sahaja. Kebiadaban akhlak mereka datang dari kemewahan yang dicipta oleh bapa dan ibu mereka.

Terlalu banyak pelajaran-pelajaran sekiranya hendak diceritakan di sini. Cukup lah buat kali ini, hidangan yang sedikit ini untuk kita menghayati MauliduRasul dengan 1 kefahaman yang mendalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...