Ukhwah Islamiyyah

Isnin, 30 Ogos 2010

Kerendahan Hati Seorang Kekasih

سم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Saidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika terdengar azan beliau cepat2 berangkat ke masjid, dan cepat2 pula kembali sesudah selesai sembahyang.

Pernah beliau pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar ketika itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Saidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “belum ada sarapan Ya Humaira’ ?” (Humaira’ adalah panggilan mesra untuk Saidatina ‘Aisyah yang bererti Wahai Yang Kemerah2an)

‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa Wahai Rasullullah”
Rasullullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa sahaja hari ini.” Tanpa sedikit pun rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasullullah menegur “Mengapa kamu memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat beberapa kali tetapi dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” . “Aku tidak bertanya alasanmu,” Sahut Nabi S.A.W “Aku menanyakan mengapa kamu memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak2mu?”

Pernah baginda bersabda, “Sebaik2 lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawaduknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendegar bunyi menggerutup seolah2 sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergesel antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu lansung bertanya setelah selesai solat. “Ya Rasullullah, kami melihat seolah2 tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah Ya Rasullullah?”

“Tidak Ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar.” Ya Rasullullah mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit…” Desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasullullah mengangkat jubahnya. Para sahabat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi haus setiap kali pergerakan tubuh baginda.

“Ya Rasullullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut “Tidak para sahabatku. Aku tahu apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban terhadap umatnya.”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi kelaparan di akhirat kelak.” Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap kasar oleh seorang Arab Badwi sehingga berbekas merah di lehernya. Dan penuh kehambaan baginda membasuh di tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita…Adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasullullah S.A.W pada hari ini? Apa-apa yang didengar sehari-hari yang didedah oleh media massa , hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar mencari manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata takutkan Allah S.W.T…sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah.


Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah lansung tidak dijadikan sebab untuknya merasai lebih dari yang lain, ketika berhadapan dengan orang ramai mahupun keseorangan. Ketika pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi di malam hari, terus menerus beribadah sehinggakan baginda pernah terjatuh lantaran kaki baginda yang sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menahan kemahuan jiwanya yang begitu tinggi. Bila ditanya oleh saidatina ‘Aisyah, “Ya Rasullullah bukankah engkau telah dijamin syurga ? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur.”

Beginilah peribadi manusia yang paling mulia ciptaan Allah.

TIDAK CINTAKAH ENGKAU KEPADA MUHAMMAD BIN ABDULLAH SAW ?

Sabtu, 28 Ogos 2010

Menggapai Maghfirah ALLAH di Pertengahan Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم

Hari ini genaplah 17 hari kita berpuasa di Ramadhan 1431H. Sempena 17 hari yang telah kita lalui di bulan yang penuh barakah ini, marilah kita renung sejenak ke dalam diri kita. Sejauh mana 17 hari yang telah kita lalui ini berjaya mendidik hati-hati kita.

Apakah kita semakin merasai kelazatan dalam beribadah ? Apakah kita semakin merasai penderitaan insan yang kurang bernasib baik yang hidup mereka bak kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang ? Apakah kita semakin peka akan kedahagaan kasih sayang seorang anak kecil yang kematian ibu dan ayah ? Apakah kita semakin merasakan kekurangan dan kelemahan diri kerana taubat yang kita pohonkan masih tidak setimpal dengan dosa dan kemungkaran yang kita lakukan ?

Atau .....

Apakah kita masih ditakuk lama ? Bersenang-senang dengan dosa dan kemungkaran. Apakah kita masih merasakan diri kita insan suci yang bakal melangkah pintu syurgawi ? Atau apakah kita masih berlazat-lazat dengan maksiat dan merasakan ibadah ini hanya suatu rintangan untuk mengecapi nikmat duniawi yang hanya seketika ?

Seandainya scenario pertama yang kita rasai, maka bersama-samalah kita sujud syukur ke hadrat Ilahi kerana menganugerahkan kita dengan rasa kehambaan untuk terus mentaati-Nya. Berdoalah kepada-Nya agar perasaan dan kekuatan beramal ini akan berterusan dan istiqamah. Agar kembalinya kita menghadap Allah dalam hati yang tenang. Mendapat keredhaan-Nya dan keampunan-Nya.

Sebaliknya, jika scenario kedua yang kita alami. Sedarlah bahawa masih belum terlewat untuk kita merebut peluang di Ramadhan yang mulia ini untuk berubah. Tingkatkanlah azam dan paksalah hati untuk mengorak langkah ke arah kejayaan. Gunakanlah masa yang terluang untuk berzikir, berselawat dan membaca Al Quran. Hiasilah malam mu dengan Tahajud, Tasbih dan Taubah. Raikanlah fakir miskin dan anak yatim piatu. Korbankanlah masa dan wang ringgit, agar si fakir dan si yatim, terukir senyuman di hari lebaran. Hari lebaran yang bakal menjelang mungkin merupakan hari kesedihan buat insan malang. Kerana di hari lebaranlah kenangan bersama insan tersayang yang telah menemui Ilahi datang menggamit. Tatkala kita bersuka-ria, mereka bermuram durja dan ada yang berendam di dalam linangan air mata.

Oleh itu, lakukanlah perubahan ini dengan hati yang ikhlas dan rendah diri sambil mengharap pimpinan dari Ilahi. Agar amalan-amalan ini dinilai Allah sebagai amal taqwa di akhirat nanti. Dengannyalah nanti yang bakal menyelamatkan kita dari menjadi bakaran api neraka.

Perbanyakkanlah taubat, kerana jalan taubat saja syarat penyucian dosa yang kita lakukan. Dosa yang dilakukan ada dua jenis. Pertama dosa dengan Allah. Kedua, dosa sesama manusia.

Imam Al Ghazali dalam kitabnya Minhajul Abidin dibawah juzuk Aqabatut Taubah menyatakan.

Manusia melakukan dosa kepada Allah kerana meninggalkan/mengabaikan apa yang diperintah Allah serta melakukan apa yang dilarang Allah.

Manusia melakukan dosa sesama makhluk kerana melakukan empat perkara iaitu :

  1. Dosa yang ada hubungan dengan diri seseorang (contoh : menganiayai atau menzalimi seseorang)
  2. Dosa yang ada kaitan dengan harta seseorang (contoh : kita mencuri harta atau haknya)
  3. Dosa yang ada kaitan dengan keluarganya (contohnya : menzalimi ahli keluarganya)
  4. Dosa yang ada kaitan dengan agama seseorang (contohnya : kita mengajar ajaran sesat yang menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah kepada orang)

Imam AL Ghazali menulis lagi dalam kitabnya.

Bagi menyucikan dosa dengan Allah, ada tiga syarat yang perlu ditempuh iaitu :

  1. Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan
  2. Tinggalkan perbuatan yang mengundang dosa
  3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Bagi menyucikan dosa sesama makhluk :

  1. Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan
  2. Tinggalkan perbuatan yang mengundang dosa
  3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.
  4. Memohon maaf dan kifarah kepada orang yang dilakukan dosa

Taubat yang diterima Allah ialah taubat yang dilakukan dengan penuh keinsafan, ikhlas dan sungguh-sungguh.

Kita sudah pun melewati fasa pertama Ramadhan yang menjanjikan rahmat. Kita juga sudah di pertengahan fasa kedua Ramadhan yang menjanjikan keampunan. Tidak lama lagi kita akan berada diambang fasa ketiga Ramadhan yang menjanjikan pembebasan dari api neraka. Begitu juga di fasa ketiga ini, kita diraikan oleh Allah dengan kedatang Lailatul Qadar, malam yang menyamai seribu bulan. Barangsiapa beribadah di malam Al Qadar, bagaikan beribadah selama 1000 bulan. Rebutlah peluang ini walau kita dalam kesibukan. Gunakanlah sisa-sisa Ramadhan yang masih berbaki ini untuk kita meraih ganjaran pahala yang bakal mendekatkan kita dengan Allah.


Jumaat, 27 Ogos 2010

Rahsia Dua Kunci Syurga Vatican

سم الله الرحمن الرحيم

Pernah melihat lambang ni?







Ni adalah simbol vatican.. sering dipakai oleh ketua paderi



Ada Suatu rahsia..
Simbol ini dipanggil The Keys of Kingdom of Heavens..

Apakah maknanya?
Apakah simboliknya kunci ini..?

_______________________________________________________________________________________

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. "

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah
nota:cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut)
____________________________________________________________________________________________
Mari kita tengok...

DARI BIBLE


Kata Nabi Isa( Jesus) pada Sahabatnya Peter
"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."
-Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)


DARI ALQURAN ALKARIM

1. Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Al-Imam Ahmad)

2. Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)


jelaslah.. sebenarnya Nabi Isa A.S mengajar ajaran menyembah allah yang satu tetapi oleh kerana pengikutnya ada yang menyeleweng dan konfius , maka ada yang mengangap Nabi Isa AS adalah tuhan..
Ditambah lagi dengan penyelewengan tokok tambah serta penipuan dalam kitab injil yang sekarang ini sudah berbagai versi..

Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam.

(Ali Imran ayat 19)


ya.. hanya Islam...

Selasa, 24 Ogos 2010

Tawaran Terhebat Hanya di Ramadhan Al- Mubarak

سم الله الرحمن الرحيم























sila klik digambar untuk besarkan


Marilah kita umat Islam bersama-sama merebut peluang terhebat ini! Ia hanya
datang sekali sahaja setiap tahun iaitu hanya di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh
baraqah ini. Rugi besarlah kepada sesiapa yang mengabaikan peluang keemasan ini....

Ahad, 22 Ogos 2010

Pejam celik dah 10 hari..

سم الله الرحمن الرحيم

Sedar tak sedar dah 10 hari kita berada dalam Ramadhan, dan dalam jangka masa 20 hari lagi , sekiranya dipanjangkan usia,kita akan menyambut satu kesedihan dan satu kegembiraan. Kedua2nya dalam suasana yang penuh kesayuan. Sedih kerana Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita. Gembira kerana dapat menyambut Syawal, meraikan kemenangan jiwa yang berjaya kembali kepada fitrahnya.

Tapi biasalah, ada golongan yang waktu mula-mula datang Ramadhan sangat tak seronok. Dalam hati memang langsung tak mengalu-alu kan kedatangannya. Namun apabila datang Syawal seronok bagai nak rak. Sambut hari raya sampai lupa ibadah. Sedangkan Nabi pernah menyebut dalam suatu hadith ; “ sekiranya manusia mengetahui (dengan sebenar2 tahu ) tentang apa yang ada pada Ramadhan nescaya mereka akan meminta supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan .”

Ada juga golongan yang sangat gemar kedatangan Ramadhan. Datang je Ramadhan terus dia berubah sehingga jauh berbeza dengan sebelumnya. Masjid tak tinggal. Tadarus dengan istiqamah. Solat tahajjud tiap2 malam. Bab sedekah sangat ringan tangannya, tiap2 hari ada je not yang dimasukkan ke adalam tabung. Alhamdulillah. Tapi yang sedihnya – hanya Ramadhan. Berlalu je Ramadhan terus kembali kepada asal. Seolah ibadah yang dia buat adalah untuk Ramadhan sahaja, bulan2 lain tak perlu. Pada saya, ia berpunca dari kefahaman yang silap ataupun kurang faham tentang hakikat ibadah yang sebenar.

Satu lagi golongan, adalah mereka yang ada menjadikan ibadah Ramadhan sebagai satu trend. Satu ikutan. Orang pakat buat so aku pun kena buat. Orang berpuasa aku pun puasa. Orang datang terawikh, aku pun wajib datang. Semangatnya sangat tinggi. Sebab itu malam pertama Ramadhan ( di mana2 tempat sekalipun kat Malaysia ni ) kita akan tengok begitu ramai manusia datang nak solat terawikh. Lepas je pengumuman ‘esok puasa’ terus berderu2 datang surau dan masjid. Sampai melimpah2 jemaah, AJK terpaksa pula pasang khemah. Teringat pula dialog seorang ustaz dengan seorang pengerusi surau. Si pengerusi tadi minta pendapat ustaz berkenaan tentang cadangan supaya diperbesarkan surau bagi menampung jemaah yang semakin ramai pada bulan Ramadhan. Jawab si ustaz, tak payah buat kerja membazir. Dorang ni ramai bulan Ramadhan je, habis je Ramadhan tinggal satu atau dua saf sahaja. Silap2 pengerusi sendiri pun lingkup.

Begitulah realitinya. Berterawikh kerana trend. Meskipun ia hanya ibadah sunat tetapi bagi mereka yang jauh dari ilmu akan menganggapnya seolah satu kewajipan. Bayangkan sekiranya satu masjid atau surau tidak mengadakan solat terawikh , pastinya meletup seluruh kariah. Ia akan dianggap sebagai satu dosa yang sangat besar, walhal sunat je pun. Nak buat silakan, tapi tak nak buat pun tak mengapa. Kalau masjid tak buat terawikh, kita berterawikhlah di rumah dengan anak isteri.

Inilah kefahaman yang silap dan terkadang menjadi extreme bagi sesetengah orang. Mereka inilah yang dilabel sebagai ‘ ahli sunat wal jumaat ’. Bab solat sunat hari raya dan solat terawikh sangat syadid dan bersungguh2. Bab solat jumaat tak pernah tinggal. Tapi solat 5 waktu di hari2 biasa kadang2 buat kadang2 tinggal.

Begitu juga dengan persoalan bilangan rakaat terawikh. Ada yang cukup extreme dengan mengatakan wajib buat 20 rakaat. Ada pula yang mempertahankan bilangan 8 rakaat. Masing2 berhujah cara mereka lebih betul dan mengikut sunnah. Kadang2 sampai bergaduh dan saling mengata antara satu sama lain. Walhal solat terawikh hanya perkara sunat sebaliknya meninggalkan permusuhan adalah perkara wajib. Akhirnya yang wajib ditinggalkan sebaliknya yang sunat pula diagung2kan. Ini bukan lagi khilaf yang membawa rahmat tetapi mengundang kemurkaan Allah. Semuanya lantaran jahil dan kurang kefahaman.

Bagi saya, mereka ni kadang2 perlu sentiasa diingatkan dan disedarkan. Perlu diajarkan bagaimana cara untuk berlapang dada sesama sendiri. Kalau nak buat 8 rakaat pun tak mengapa, nak buat 20 rakaat pun silakan. Kalau nak buat 50 rakaat pun tidak menjadi masalah. Berita yang saya dengar dari Hadhramaut , Yaman, mereka solat terawikh sampai 100 rakaat. MasyaAllah punya hebat amalan mereka. Kalau kita rasa tak cukup dengan 20 rakaat, cubalah tiru mereka dengan menambah bilangan kepada 50 atau 100 rakaat satu malam. Tak perlu bergaduh.

Kadang2 saya terfikir juga. Setiap kali datangnya Ramadhan dan syaitan diikat, namun masih ramai yang tewas pada amarah masing2. Fenomena mengikut nafsu yang sering terjadi : 1- bab bazaar ramadhan. 10 jenis kuih berlainan bentuk tapi satu rasa sahaja. Yang peliknya semua kita nak borong. Bila sampai waktu berbuka, sedikit sahaja yang mampu kita masukkan ke dalam perut. Akhirnya bazaar ramadhan menjadi ‘ bazir ramadhan ’.2- bab pertelingkahan yang saya sebutkan di atas. Satu pihak memburukkan satu pihak begitu juga sebaliknya. 3- mengumpat dan berkata yang sia2. Yang lelaki biasanya waktu moreh atau majlis berbuka. Yang perempuan sewaktu ke pasar atau menyediakan juadah. Mulut masih sukar dijaga. Ada saja cerita yang nak disebut meskipun sedia maklum ianya adalah perkara yang sia2.

Semua ini adalah perkara yang sering disentuh oleh penceramah dan pentazkirah di bulan Ramadhan. Namun yang dikesalkan ianya hanya menjadi bahan lawak sahaja. Terkadang ucapan sedemikian langsung tidak meresap ke dalam sanubari yang mendengar. Hanya menjadi halwa telinga dan menghilangkan mengantuk. Kalau pentazkirah pandai buat lawak dengan situasi2 di atas maka ramailah yang seronok mendengar. Seronok gelak ketawa dan sebagainya. Bila dinilai dari sudut keberkesanan sangat2 kurang. Buktinya masyarakat tetap dengan ‘adat ramadhan’ mereka seperti tahun2 sebelumnya. Paling ketara ialah fenomena berjemaah hanya di bulan ramadhan, tapi bila datang bulan2 seterusnya masjid dan surau kembali sepi.

Menjejak ke 10 hari Ramadhan mungkin kita perlu sama2 memikirkan keadaan sedemikian. Kalau di Selangor sudahpun diwajibkan tazkirah di masjid dan surau, maka kita ingin melihat keberkesanan yang berbeza dari tahun2 sebelumnya. Terutama dari segi kefahaman masyarakat. Terkadang sesetengah pentazkirah mendahulukan modal lawak berbanding input yang hendak disampaikan. Bukan tidak boleh menyelitkan jenaka tetapi biar ada pengisiannya. Kita perlu memikirkan bagaimana untuk bercakap dalam masa yang singkat sekadar 20-30 minit tetapi padat dengan pengisian yang mudah difahami oleh jemaah yang mendengar. Inilah cabarannya memberi tazkirah Ramadhan. Dalam masa sesingkat itu apa yang perlu kita fokuskan adalah tentang keperluan masyarakat kita hari ini memahami konsep ibadah dan hakikat ubudiyyah mereka kepada Allah.

Dalam tazkirah kita tidak perlu membahaskan tentang rukun solat, atau tentang syarat wajib puasa, atau tentang haul nisab mengeluarkan zakat. Seandainya dibahaskan ia hanya menjadi cerita sekerat jalan sahaja. Jemaah tidak akan mampu untuk faham, tambahan pula di sesetengah tempat yang masyarakatnya kurang pendedahan tentang maklumat2 tersebut. Ia perlu diolah dan dibahaskan dalam siri2 pengajian agama yang sekarang ini saya lihat banyak diatur di kebanyakan masjid dan surau.

Sebab itu apabila menyampaikan tazkirah,focus kita adalah menjurus kepada kefahaman yang perlu diperbetulkan, tentang mindset yang silap, tentang apa yang perlu kita ubah dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Terkadang apa yang kita cakap adalah perkara yang biasa mereka dengar. Focus kita adalah untuk menyedarkan dan untuk memastikan kata2 kita meresap ke dalam hati yang mendengar, bukan sekadar bahan ketawa yang menyeronokkan sahaja. Semalam seorang sahabat saya bercerita tentang pentazkirah yang datang ke tempatnya, dengan method yang agak berlainan. Tajuk yang dibawa adalah “muhasabah Ramadhan”. Yang saya agak tertarik, katanya bukan sahaja pentazkirah mengalirkan air mata bahkan kebanyakan jemaah terisak2 menangis. Ada pula yang apabila bersalaman kemudiannya memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada ustaz tersebut atas nasihat yang menyedarkan mereka.

Saya cuba membayangkan situasi tersebut. Alangkah pelik. Biasanya kita mendengar tazkirah dengan santai, relax dan sekadar pengisian telinga semata2. Seperti yang saya nyatakan di atas, sekiranya pentazkirah pandai melawak maka malam itu ia berjaya ‘menghiburkan’ jemaah dengan halwa telinga yang menarik. Agak kesal bila difikirkan makna ‘tazkirah’ itu sendiri yang semakin melencong disebabkan sikap sesetengah pentazkirah yang tidak mendalami konsep tazkirah dengan baik.

Saya tak nafikan sememangnya ada pentazkirah yang sekadar bertazkirah kerana ambil syarat. Ada juga atas dasar memenuhi jemputan. Ada juga yang cari makan, kerana lepas tazkirah dapat sampul dari pengerusi. Macam2 jenis pentazkirah pun ada. Yang benar2 memikirkan mad’u mereka,memeras minda mencari pengisian dan cara penyampaian yang sesuai sangat sedikit. Sebab itulah antara factor masyarakat tidak dapat diubah adalah berpunca dari sikap acuh tak acuh si pendakwah.

Mungkin selepas ini kita perlu memikirkan dan mengubah keadaan sedemikian. Ramai yang mencari modal bagaimana untuk membuat hadirin yang mendengar agar ketawa, tetapi agak sedikit yang memikirkan bagaimana untuk membuatkan mereka yang mendengar insaf dan sampai menangis. Allahu akbar. Saya sendiri merasakan ia sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun,cubalah kita imbangkan antara method penyampaian yang banyak membuatkan pendengar bergelak ketawa dengan method penyampaian yang berjaya membuatkan pendengar terfikir dan insaf. Yang penting , pastikan andaikata kita salah seorang pentazkirah, maka pastikan kata2 kita dapat sampai bukan sahaja ke telinga mereka yang mendengar tetapi berjaya meresap ke dalam hati sanubari mereka.

Semoga 20 hari yang seterusnya akan lebih cemerlang buat kita semua.InsyaAllah.

oleh: hafizquran

Rabu, 18 Ogos 2010

Hayatilah Keindahan Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم

Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh oleh setiap orang yang beriman. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai ‘bulan umatku’, satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia. Kaum nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. Bukan saja Ramadan itu, mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah, maksudnya: “Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Sebagai mana pintu syurga dibuka pada Ramadan, pintu keberkatan, kebaikan, pintu kasih-sayang, kemaafan, hidayah dan petunjuk juga terbuka. Pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana jalan ke neraka juga tersekat. Jalan ke syurga terbentang luas, hingga Rasulullah sendiri menjelaskan dalam sabdanya: “Tidur orang yang berpuasa pada bulan puasa adalah ibadat, diamnya adalah tasbih, manakala ibadatnya dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.”

Ramadan adalah bulan kerehatan dan kelapangan daripada segala hiruk pikuk dan kesibukan dunia. Bulan kita berhenti sebentar daripada keserabutan kejar-mengejar di pentas dunia, untuk melihat ke dalam diri sendiri terhadap cebis iman yang masih tinggal serta dosa pahala yang pernah diperbuat selama setahun. Justeru, kita dianjurkan agar meningkatkan keimanan. Keempat-empat komponen kewujudan manusia hendaklah diperkukuhkan dengan neraca iman. Tubuh badan bertambah taat, roh makin bercahaya, akal penuh bijaksana dan nafsu bak air tasik tenang tidak berkocak.

Berhenti sebentar berfikir dengan rasional status perhubungan kita dengan Allah selama ini, ketaatan kepada Rasulullah serta apa yang dibuat untuk agama, bangsa, negara, ibu bapa, keluarga, jiran tetangga dan diri sendiri? Rasulullah bersabda: “Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Begitu juga pada malam Ramadan, peluang terbuka luas untuk menghidupkan malamnya dengan mendirikan solat Tarawih, Saidina Abu Hurairah ada menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Ramadan walaupun bulan kerehatan, ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan. Sepatutnya pada Ramadan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda.

Selain itu kefarduan puasa Ramadan adalah untuk menjana suatu natijah peribadi terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketaqwaan yang sebenar kepada Allah Taala. Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: ``Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.''

Ramadan adalah bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut.Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat sahajalah, maka akan lebih mudah proses taqarrub seseorang untuk berserah diri kepada Allah Taala dalam banyak hal yang lain. Dengan itu juga akan lebih mudah pula seseorang mukmin itu membezakan sesuatu yang hak dan batil.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: "Umatku diberikan oleh Allah setiap Ramadan perkara yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Malaikat memohon ampun untuk orang yang berpuasa hingga waktu berbuka. Syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak bebas seperti biasa.''

Bertitik tolak daripada itu, setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa setiap hari pada bulan Ramadan sebagai manifestasi untuk melaksanakannya mengikut apa yang dikehendaki oleh syarak. Puasa adalah suatu ibadat tazkiyah al-nafs, iaitu proses penyucian jiwa dan nurani daripada segala penyakit rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang. Melalui ibadat puasalah diharapkan akan lahir sifat-sifat terpuji seperti amanah dan jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan sabar.

Apa jua kesederhanaan dan sedikit kekuatan yang dituntut sepanjang menjalani ibadat puasa ini, mencerminkan ibadat puasa adalah bersifat sosial yang dikatakan boleh menjana deria keprihatinan dan keinsafan terhadap nasib umat Islam yang kurang bernasib baik.

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram. Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.'' (Riwayat Bukhari).

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah s.a.w. ini dapat kita laksanakan dengan syumul, perkara utama yang harus didahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini. di antaranya ialah:

  • Menjaga ibadat puasa daripada terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
  • Banyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
  • Mengurangkan tidur pada siang hari bulan Ramadan.
  • Beriktikaf dalam masjid terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadan
  • Memperbanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia daripada sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
  • Jangan terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.
  • Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperoleh semua umat Muslimin pada sepanjang bulan yang barakah ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadan melalui satu khutbah baginda iaitu:

``Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah telah menjadikan puasa adalah kefarduan dan qiyam pada malamnya adalah satu tambahan. Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardu pada bulan yang lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan daripada api neraka.''

Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mendambakan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda daripada Allah Taala.

Usah jadikan Ramadan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadan untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila datangnya malam pertama Ramadan, diikatlah segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru ``Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu...''


Disediakan Oleh:Ustaz Haji Mohd. Nawi Bin Haji Ismail

Selasa, 10 Ogos 2010

Doa Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم

Hari Pertama

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

Hari Kedua

“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

Hari Ketiga

Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

Hari Keempat

Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.

Hari Kelima

Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya..
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala Pengasih.

Hari Keenam

Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.

Hari Ketujuh

Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.

Hari Kelapan

Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak
yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan
kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.

Hari Kesembilan

Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju
keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang
merindu.

Hari Kesepuluh

Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.

Hari Kesebelas

Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan
kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku
daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu
wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.

Hari Kedua Belas

Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri
ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan
keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang
aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.

Hari Ketiga Belas

Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah
kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan
kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan
Mu wahai pengharap orang yang miskin.

Hari Keempat Belas

Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan
diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan
kaum Muslimin.

Hari Kelima Belas

Ya Allah, limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang
khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan
keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.

Hari Keenam Belas

Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan
seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang
melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam
akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

Hari Ketujuh Belas

Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.

Hari Kelapan Belas

Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku
secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti
segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.

Hari Kesembilan Belas

Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku
menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman
kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Hari Kedua Puluh

Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku
pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat
suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

Hari Kedua Puluh Satu

Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah
engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal
dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Dua

Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.

Hari Kedua Puluh Tiga

Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.

Hari Kedua Puluh Empat

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.

Hari Kedua Puluh Lima

Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.

Hari Kedua Puluh Enam

Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.

Hari Kedua Puluh Tujuh

Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku,
ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan
hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada
hamba soleh.

Hari Kedua Puluh Lapan

Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan

Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

Hari Ketiga Puluh

Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima
oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya
yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan
keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam.

Ahad, 8 Ogos 2010

Kepuasan yang tak pernah memuaskan.

سم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang membuktikan kemurahan-Nya dengan memberikan kenikmatan yang melimpah-limpah kepada sesiapa sahaja tak kira warna kulit, agama dan keturunan. Dan dengan sifat penyayang-Nya Dia menjanjikan ganjaran syurga bagi seorang mukmin yang sebenarnya.

Apakah yang membuatkan kita merasa puas di dunia ini? Ia mungkin subjektif. Mari kita lihat sedikit sebanyak perincian yang sempat saya terfikir. Ada orang puas menikah satu dan ada yang tak puas walaupun dah menikah empat. Ada orang puas gaji 3000 ringgit sebulan dan sebaliknya ada yang tidak kenyang-kenyang dengan RM 10 000 sebulan. Ada yang puas dengan result 5A daripada 10 subjek dan ada juga yang tak puas hati sekalipun sudah dapat 11A. Itu contoh subjektif yang saya maksudkan.

Benarkah kita tidak mungkin dapat merasakan kepuasan yang sejati? Tidak pernah dan tidak mungkin di dunia ini. Seorang penzina melakukan zina dengan harapan dapat memuaskan keinginan nafsu, namun setelah ia berakhir, adakah dia berhenti berzina kerana merasa sudah puas? Seorang penggemar permainan komputer akan sentiasa bermain game, kadang-kadang beli screen komputer besar-besar. Untuk apa? Untuk kepuasan…Namun, adakah itu memuaskan dia dalam ertikata dia sudah selesa dan tidak perlu lagi main permainan komputer? TIdak! Bahkan dia menjadi semakin tidak puas.

Mari kita lihat lagi fenomena dalam kehidupan kita. Tatkala kita memiliki sebiji kereta mercedes sekalipun, adakah itu memuaskan kita? belum. Bahkan banyak lagi kepuasan-kepuasan yang ingin kita cari dalam kehidupan yang tidak pernah-pernah memuaskan kita. Untuk apa kita buat ini? untuk kepuasan…Untuk apa kita buat itu? Untuk kepuasan….untuk kepuasan dan untuk kepuasan.

Persoalan saya ialah, tatkala kita mati nanti, adakah kita sudah merasa puas dengan kehidupan di dunia ini? dengan umur kita? hatta dengan ibadat-ibadat yang kita lakukan? Hebatnya Allah yang menciptakan rasa puas ini dan hanya memberikan kita sedikit kepuasan di dunia sedangkan di akhirat Dia menjanjikan satu kepuasan yang hakiki, yang tidak ada akhirnya….

Hakikatnya, Kita tidak mungkin dapat menghitung nikmat Allah yang diberikan kepada kita. Dalam keghairahan kita mengejar kepuasan dunia dan merasa tidak cukup dengan apa yang ada, Allah telah berfirman bahawa nikmat yang diberikan kepada kita tak terhitung banyaknya:

nikmat tak terhitung

Pun begitu kita masih lagi tak pernah merasa puas kerana memang Allah ingin menguji kita. Dalam limpahan nikmat yang diberikan pun kita masih belum terbuka mata dan jiwa untuk terus bersyukur. Belum terbuka hati untuk bertaubat dan berterima kasih. Jika ini keadaannya, adakah layak bagi kita untuk mengeluh? Mengatakan bahawa Allah tidak adil kerana tidak memberikan apa yang kita nak? Sedangkan kita hidup di dunia dan dapat bernafas sendiri pun suatu nikmat yang sangat tak terhitung. Kita dapat mendengar, berkata-kata dan melihat itupun tak mungkin dapat kita bayar dengan apa-apa jua.

Namun, masih kita mendustakan nikmat-nikmat-Nya dengan berlaku tidak adil kepada-Nya, menyalahgunakan nikmat dan tidak bersyukur. Kerana inilah kita dipersoalkan:

Ar-Rahman

Oleh itu saya menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat untuk kita sentiasa sedar dengan keadaan dan hakikat ini. Allah telah berjanji bahawa nikmat akan ditambah jika kita bersyukur. Jika pun tidak ditambah, sesungguhnya nikmat yang sedang kita nikmati sekarang juga tak ternilai dengan apa-apa sekalipun. Ingatlah firman Allah:

Tambah nikmat

Maka kepuasan apakah yang kita kejar? Kehidupan manakah yang lebih kita idam-idamkan?

Sabtu, 7 Ogos 2010

Langkah-Langkah menyambut Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم


1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:

· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.

· membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Ahad, 1 Ogos 2010

PROGRAM IMAM MUDA MELAKAR SEJARAH

سم الله الرحمن الرحيم


Berdasarkan pada tajuk entri di atas, pasti ramai yang sedia maklum tentang program ini jika mengikutinya dari awal lagi. Sepuluh calon Imam Muda dipilih melalui uji bakat dan telah pun menjalani dan mengikuti jadual ketat di bawah pimpinan Datuk Hassan Mahmood sebagai Pengetua dan dibantu oleh dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Shahrizan Daud dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Dan pada malam ini, kemuncak siapakah Imam Muda bakal terjawab tidak lama lagi. Sama ada Imam Muda Hizbur atau Imam Muda Asyraf kita akan saksikannya..

Tetapi sebelum itu, suka saya menyingkap kembali tentang program ini yang tak ketinggalan saya mengikutinya.. Imam Muda merupakan program perintis yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) di mana program ini merupakan pencarian tokoh kepimpinan remaja bercorak keIslaman. Program ini sangat bermanfaat untuk para remaja dalam meniti tanggungjawab hidup bermasyarakat. Apatah lagi tanggungjawab seorang Imam yang perlu menghadapi cabaran dan tugasan dalam kehidupan masyarakat Islam zaman moden kini.

Cabaran demi cabaran yang dilalui oleh sepuluh peserta Imam Muda termasuklah menguruskan jenazah yang telah tiga bulan tidak dituntut, memberi motivasi kepada kanak-kanak serta golongan dewasa di rumah perlindungan, operasi ke pusat penyembelihan dan rumah pelacuran serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri yang bermasalah..

Sebenarnya, saya sangat tertarik dengan isu pengurusan jenazah yang berisiko iaitu menguruskan mayat yang tidak dituntut yang mana ia berbau dan macam-macam lagi. Bagi saya, itu cabaran terbesar buat Imam Muda. Kebetulan ia isu pertama yang dipaparkan di kaca tv. Usaha Imam Muda ini melaksanakan fardhu kifayah menjadi tanggungjawab besar akan peranan seorang Muslim yang bakal menjadi Imam. Hal ini jika tiada siapa yang menguruskan, pasti menjadi dosa besar dan akan menerima akibatnya ialah ahli qaryah terbabit. Jadi itu adalah tugas berat apabila menjadi Imam kelak.

Saya memang kagum dengan bakal Imam Muda ini. Tugasan yang dipikul bukan mudah apatah lagi ada diantara mereka yang masih muda umurnya. Namun itulah realitinya. Setiap dari kita akan memikul tanggungjawab tersebut sama ada kita masih muda atau tua sekalipun. Allah s.w.t telah memberikan kita peranan untuk kita laksanakan dengan sebaik mungkin.

Berbalik kepada program ini, fenomena dan auranya bukan sahaja dalam negara tetapi turut sampai ke seluruh dunia. Bukan calang-calang program yang boleh membuatkan ia mendapat liputan meluas apatah lagi ia merupakan hasil anak tempatan. Nilai-nilai murni yang dipaparkan sangat menarik minat semua golongan dan sudah pasti ia mencerminkan yang Islam itu indah. Dengan itu, ia pasti menerbitkan perasaan untuk orang bukan Islam mendekati Islam.

Hari ini, malam ini, Imam Muda akan melabuhkan tirainya. Bagi saya, siapa pun pemenangnya, tugas anda selepas ini adalah membawa nilai yang baik untuk tatapan masyarakat. Kembalikan Islam ditempatnya. Itulah tugas berat yang menanti. Kita sebagai masyarakat, juga perlu bersama membawa kesedaran membantu mana yang mampu. Kita sebenarnya adalah Imam kepada diri kita sendiri.

~Tertanya dihati, ramai ke jumlah penonton yang menangis apabila mengikuti rancangan Imam Muda ini???

~ Saya sangat tertarik dengan sisipan soalan yang dikemukan dalam program ini seperti: Adakah dibenarkan upacara perkahwinan berlansung bersama dengan majlis aqiqah? Jawapan: Aqiqah bukan tujuan untuk menunjuk jadi tidak boleh dilakukan bersama dengan kenduri kahwin. Banyak lagi soalan yang sangat berguna untuk diketahui..

~ Bila sesi akhir siapakah yang terkeluar, saya suka lagu iringan yang dialunkan...rasanya suara Akil Haiyy.. Zikir apa tu? Nak cari kat mana ye?

~ Saya juga pernah mengikuti latihan pengurusan jenazah..tapi ketika itu ia lebih kepada ikhtifal di sekolah.. Namun, pengalaman membantu menguruskan jenazah makcik, sangat bernilai bagi saya walupun peranannya hanya sedikit...

~ Sejuk hati melihat peserta Imam Muda ini. Baru saya nampak tugas seorang Imam bukan mudah. Sangat meluas skopnya..

~ Tagline yang digunakan: MEMECAH TRADISI... SATU PENEMUAN DALAM SEBUAH KEHIDUPAN... Suka sangat ayat ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...