Ukhwah Islamiyyah

Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

Penyelesaian Matematik R.A.H.M.A.N...



Penyelesaian Matematik R.A.H.M.A.N...

R = huruf ke 18
A = huruf pertama
H = huruf ke 8
M = huruf ke 13
A = huruf ke 1
N = huruf ke 14
Jumlah 55 (tahun)

5hb 5 tak lama lagi.. SPR dah pilih tarikh itu utk mengundi. Just sharing pesanan seorg ustaz, Al-Quran surah ke 5, ayat ke 55. Ini adalah surah Al-Maidah dan ayat ke 55 ini bermaksud:

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." sambung sedikit ayat ke 56, bermaksud: "Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah TETAP MENANG."

Isnin, 8 April 2013

BINAAN ATAS KUBUR?


































Dari Abu al-Hayyaj al-Asadi, ia berkata, Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu berkata kepadaku:

"Ingatlah aku mengutusmu sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutusku: Janganlah kamu biarkan patung kecuali kamu hancurkan, dan janganlah pula kamu biarkan kuburan yang berlebihan kecuali kamu ratakan." (HR. Muslim : 696)

Dari Abu Tsumamah bin Syufiyyi, ia berkata, "Kami bersama Fudholah bin ’Ubaid berjihad di bumi Romawi, di daerah Rudais. Salah seorang sahabat kami meninggal dunia, lalu Fudholah bin ’Ubaid radhiyallahu ‘anhu memerintahkan kami agar meratakan kuburannya, lalu ia berkata:

"Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk meratakannya." (HR. Muslim: 968)

Bukan yang dimaksud meratakan kuburan harus meratakan kuburan dengan tanah, karena meninggikan kuburan sewajarnya dan tidak berlebihan bukanlah perbuatan yang terlarang. Akan tetapi yang dimaksud adalah meratakan semua kuburan dan tidak membedakan antara kuburan orang shalih dan yang lain, tidak pula meninggikan kuburan secara berlebihan dan tidak pula mendirikan bangunan di atasnya.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang umatnya mengecat kuburan, duduk di atasnya, dan mendirikan bangunan di atasnya." (HR. Muslim: 2242, Abu Dawud: 3226, Tirmidzi: 1052, Nasa’i: 2026)

Sebarkan kebenaran Ini..

“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim no. 2674).

kredit: dakwahdesign

Ahad, 17 Mac 2013

Perkara Yang Anda Perlu Tahu


PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA..

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.. Percaya atau tidak?

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.. Percaya atau tidak?

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera2 NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika dahulu pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..

13. Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik ke Manila dalam satu misi khas mengambil dokumen berkaitan sabah suatu ketika dahulu..Operasi itu dikenali sebagai "OPS SABAH SELAMANYA"..(FAKTA YG TIDAK DAPAT DI SAH)

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..

15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yang terlibat telah dipecat kerana insiden itu..

kredit: rakangroup

Selasa, 5 Mac 2013

Cara Menunjuk Tangan Dengan Betul


Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran. 

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.

Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Tambahan : Penerangan Ust Azhar mengenai sunnah nabi saw yang tunjuk menggunakan Lambang B.

VIA: I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad

Rabu, 13 Februari 2013

Realiti Kehidupan Umat Islam Di Malaysia ( Baca & Renungkan )

Berikut ini saya kongsikan statistik realiti keadaan umat islam di Malaysia. Baca dan renungankan bersama. Kemudian, tanya diri kita termasuk golongan yang mana? Dan tanya diri, apakah yang kita lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya atau menghafalkannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yang membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yang seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yang membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yang telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yang lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yang menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

*Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri, Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

Semua statistik adalah dari perangkaan JAIM, JAIS, sekolah pondok, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, dan kementerian perpaduan penduduk

Isnin, 31 Disember 2012

Sambut Tahun Baru Tanpa Maksiat























Alhamdulillah, Syukur saya kepada Allah swt. apabila sambutan tahun baru kali ini tidak lagi didominasi oleh aktiviti maksiat dan mungkar seperti pesta mandi buih, larian tanpa pakaian, malam tanpa seluar dalam, pesta sepanas api neraka dan macam-macam lagi nama program karut yang menggerunkan insan beriman mendengarnya.

Wallahualam, jika saya terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa masih berleluasa pesta-pesta maksiat melampau sedemikian, namun sekurang - kurangnya tahun ini sambutan tahun baru telah dimeriahkan program alternatif yang tetap menawarkan keseronokan dan hiburan yang terbatas dan terkawal tanpa sebarang maksiat dan mungkar.

Kini masyarakat mempunyai pilihan. Khasnya anak-anak muda yang tidak lagi dikepong oleh aktiviti hedonisme sebaliknya dihadapan mereka terbentang pilihan alternatif yang mampu membebaskan mereka dari pengaruh maksiat dan mungkar.

Antara contoh program alternatif yang saya maksudkan, untuk sekitar Lembah Kelang sahaja ada 4 program yang cukup menarik dan meriah.

Pilihan Di Tangan Anda !

Admin Senarai Beberapa Program Yang Sepatutnya kita pilih untuk sambutan tahun baru

1- Sambutan Ambang 13 bersama Syeikh Muhammad ali as-sobuni , Ustaz Azhar Idrus ( Original ) , Ustaz Ismail Kamus, para asatizah dan para artis yang berhijrah. Tarikh :31/12/2012 Tempat : Di dataran Kemerdekaan

2. Ekspresi Anak Muda Semperna Ambang Tahun Baru Tarikh: 31/12/2012 Tempat : Bazar Malam Reko Sentral Bermula : 8.30 malam Pelbagai aktiviti : -Karnival Pemotoran - Bersama Imam Muda Ashraf dan Ustaz Nushi Mahfodz - Live streaming -Kempen Anti Zina

3. Konsert Hibur Didik Tarikh : 31/12/2012 Bermula : 8.30 malam Tempat : Tapak Uptwn Sri Gombak Bersama artis: -Aris Ariwatan -Hafiz Hamidun -Abby Abadi -dan beberapa program menarik lagi

4. Solat Tasbih & Zikir Munajat Perdana Semperna Menyambut Tahun Baru 2013 Tarikh 31/12/2012 Masa : selepas solat maghrib Tempat : Masjid Negeri Shah Alam Di pimpin oleh Al-Alim Al-Allamag al-Faqih Tuan Guru Syeikh MUhammad Nuruddin Marbu al-banjari al-makki

Sebahagian program yang admin tahun, alasan apakah masih memilih program melalaikan? sebarkan pada semua . Jika ada program lain yang bermanfaat boleh sama-sama kongsi

Sebarkan

Rabu, 26 Disember 2012

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung


بسم الله الرحمن الرحيم


Isu sebenar yang berlaku di Syiria.

Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkan keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1) Beliau mengatakan keadaan di Syria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dengan kejam.. Banding dengan Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu orang pada tempoh 60 tahun..

Tapi di Syria.. 60 ribu yang telah TERKORBAN dengan HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kan.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkan Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syria itu yang istimewa.. di mana bumi Syria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa a.s. akan turun nanti, Syam Syria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran.

3) Jadi jihad di negara Syria kerana bantu Syria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syria ramai orang tak tahu berbanding dengan Palestine.. di Syria tidak dibenarkan diwar-warkan segala maklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yang tidak dibom!", masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah. Jika mereka dibom, mereka dibiarkan macam itu saja. Kesakitan hingga mati, si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakan kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga.

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah. Mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni, akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yang lain... ambil tahu cakna tentang negara Syria, agar semua tahu dan bersatu..Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;



















Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu: Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah. 

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat. 

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya

Fakta tambahan 

Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja.

Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun. Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria

1. Penyerahan Bukit Golan kepada Israel.

2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel.

3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah.

4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas kejayaan revolusi Islam di Iran.

5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad.

6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.

7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik. 

8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa a.s. di akhir zaman.


Walaupun Syam / Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibantu seperti mana bantuan kita kepada Palestine.

Ingat yahudi ingat syiah, Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu belaka.

Syiah di Malaysia macam mana?Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?

kredit: Syeikh Ali As-Sobuni

Khamis, 15 November 2012

Suatu Masa Dahulu..dan KINI..


























Sejarah menunjukkan bagaimana Israel merampas tanah Palestin. Doakan saudara-saudara di sana agar Allah swt terus memberi kekuatan terus berjuang menentang Israel.



























Bayangan Tragedi Gaza 2008-2009 ke atas Gaza bakal berulang kembali. Di awal tahun 1434H ini, Gaza terus dihujani muntahan bom dan peluru yang telah mengorbankan Ketua Umum Briged al Qassam dan puluhan yang lain.

Tabahkan jiwa dan bersabarlah wahai saudaraku, iringan doa dan sumbangan kami di jauhan tetap bersama anda wahai ahli Gaza.














Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu Ya Allah.

- Dr Zainur Rashid Zainuddin -

Save PALESTINE and SYRIA























Orang Mukmin sentiasa menang dalam apa suasana. Jika mati terbunuh menegakkan ugama mendapat syahid. Yang penting kita berusaha menjadi mukmin. Ini dapat di capai dengan ilmu dan disiplin. Kita kalah bukan kerana musuh kuat tetapi kerana kita lemah dan cinta dunia. Jadikan menjadi muslim, mukmin, muhsin dan muttaqin tujuan hidup kita.

Jika kita bersemangat melawan musuh tetapi musuh dalaman kita iaitu penyakit hati dan akidah, ibadah dan akhlak keluarga terdekat kita tidak pedulikan alangkah ruginya.

Jom selalu ada sifat sentiasa melihat dengan mata hati dan lihat dunia ini ladang mencari habuan di akhirat. Lebih baik kita sibuk melihat diri dan membetulkan diri dan kita sama berdoa semoga mangsa di Gaza yang terkorban mati dalam iman dan mendapat syahid di sisi Allah swt.

Jom ambil iktibar menghargai setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita mencari bekalan di akhirat nanti. Sebenarnya mereka yang berada di Gaza 'bertuah' kerana akan sentiasa ingat mati dan tidak ada masa nak buat maksiat berbanding dengan orang Islam lain yang tidak merasakan maut akan menjemput bila bila masa sahaja.

Wallahuallam.

oleh:  Prof Dr Muhaya's

Jumaat, 5 Oktober 2012

Masjid yang pertama di Jepun


Masjid Kobe adalah masjid yang pertama dibina di negara Jepun. Bangunan masjid ini telah didirikan pada tahun 1928 setelah mendapat restu daripada Emperor Showa (biiznillah). Beliau (Emperor Showa) pernah mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Khalifah Othmaniah sebelum jatuhnya Daulah Othmaniah Turki.

Subhanallah, masjid ini adalah satu daripada hanya beberapa bangunan yang lain yang terselamat apabila berlakunya gempa bumi yang sangat besar iaitu Hanshin Earthquake pada tahun 1995.

Sumber : https://www.facebook.com/ImamWaleed

Sabtu, 24 Disember 2011

Hubungan Solat Dan Waktu

سم الله الرحمن الرحيم

Semasa mencari dan mencari sesuatu.. saya ade terbaca 1 artikel yang mungkin jarang sekali anda semua jarang nak cari atau tak terlintas nak tahu pun.. jadi sebagai hamba yang ingin berkongsi sesuatu perkara yang bermanfaat inilah yang perlu dan patut anda semua tahu... Selamat beramal

SUBUH - Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZUHUR - Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

ASAR - Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIB - Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAK
- Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

P/S: Dipetik dari SINI..

Sabtu, 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

سم الله الرحمن الرحيم



Seperti yang telah diwar-warkan malam ini akan terjadinya fenomena gerhana bulan penuh. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas pada Jun 2010, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Bulan mula memasuki Penumbra : 7.32 malam
Bulan mula memasuki Umbra : 8.46 malam
Permulaan gerhana Penuh : 10.06 malam
Waktu gerhana Maksima : 10.31 malam
Tamat gerhana Penuh : 10.57 malam
Bulan meninggalkan Umbra : 12.18 tengah malam
Bulan meninggalkan Penumbra : 1.31 pagi

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Apabila berlakunya gerhana bulan penuh atau gerhana matahari, umat Islam di galakkan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan/matahari dan panduan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan/matahari itu anda boleh saja rujuk di sini

>>CARA MELAKUKAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN..<<

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah" (HR. Bukhari no. 1044)

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

sumber: sini dan sini

Khamis, 27 Oktober 2011

10 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!

سم الله الرحمن الرحيم



Tahukah kalian sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan daripada pengetahuan umum.

1. Israel merupakan salah sebuah negara pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerna mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2. Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan sistem tubuh untuk satu jangka masa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3. Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4. McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita di sini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5. Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan di sini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi.

8. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun! ...


link-http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Rabu, 7 September 2011

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

سم الله الرحمن الرحيم


oleh: http://www.zaharuddin.net/

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Oktober 2006

(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)

TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...