Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dakwah. Papar semua catatan
Rabu, 18 November 2015
Mendidik Hati Pejuang Kebenaran.
Ingin menegakkan Islam ini, perlu seorang pejuang yang berjiwa besar dan kuat kesabarannya, yang hatinya dekat dengan Allah, menjadi tauladan kepada semua insan.
Dan semestinya, perjuangannya, mengikut langkah-langkah perjuangan Rasulullah SAW, bukan mengikuti landasan yang dicipta musuh-musuh Allah.
Pejuang yang haq itu..
Daripada perbuatan, perilaku dan imejnya sahaja sudah cukup memberi kesedaran kepada hati kita, tentang keindahan Islam.
Hati kita telah terketuk untuk kembali kepada Allah. ( Dengan izin Allah )
Belum lagi kata-kata yang keluar dari nasihatnya dan pesanannya.
Itu semuanya dengan izin Allah.
Kebiasaannya, pejuang yang benar-benar bersifat ini yang ikhlas berjuang kerana Allah, dari zaman ke zaman, mereka akan di musuhi oleh pejuang-pejuang batil yang tidak pernah henti merosakkan usahanya.
Setiap zaman itu pasti ada 4 golongan ini..
Mukminin
Fasiqin
Munafiqin
Kafirin
Dari 4 golongan tadi, pejuang yang haq itu semestilah Mukminin.
Dan dari 4 golongan tadi, pejuang yang batil itu mestilah Fasiqin, Munafiqin dan Kafirin.
Setiap sudut perjuangan pejuang yang haq, pejuang-pejuang batil ini, akan mencari jalan untuk merosakkannya.
Melalui fitnah..
Melalui hasutan kepada para pengikut pejuang yang haq..
Melalui usaha, memarakkan api permusuhan dalam hati pihak yang memusuhi pejuang yang haq...
Mempengaruhi golongan penguasa untuk menyebarkan dakyahnya..
Dan berpakat dengan musuh-musuh Allah.. ( Yahudi, Nasrani dan Majusi )
Fasiqin dan Munafiqin..
Golongan ini lebih bahaya.
Musuh dalam selimut.
Jika menemui mereka ini, pohonlah pertolongan Allah. Hanya Allah yang mengetahui, apakah yang selayaknya mereka patut terima..
Hidayah atau bala Allah..
Kita teruskan dakwah !! Jangan lemah dengan penentangan mereka.
Itulah cara Allah mendidik hati pejuang kebenaran.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Bagi pejuang kebenaran, mereka akan tenang dalam menghadapi penentangan pejuang-pejuang batil.
Mereka mengetahui setiap apa yang pejuang-pejuang batil buat kepada mereka, tetapi mereka tidak pernah ingin membalasnya, selagi mana pejuang-pejuang batil tersebut, tidak menentang Allah.
Bagi pejuang yang haq, melayani karenah, dan gangguan pejuang-pejuang yang batil ini, hanya membuang masa. Kerana, masih banyak perkara yang wajib untuk dilaksanakan oleh pejuang yang haq untuk Islam.
oleh: safwatullah.bin mohd fadli
Jumaat, 13 Jun 2014
Isnin, 27 Januari 2014
Siapakah Tuan Guru Dato Harun Taib ?
Semoga roh Tuan Guru Harun Taib dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT dikalangan orang-orang yang beriman dan Soleh.... Sesungguhnya pemergianmu tiada dalang gantinya dan Allah sajalah yang berhak memberi ganjaran di atas kerja-kerja dakwahmu.
Semoga rohmu aman di Syurga Amin Ya Rabbil Alamin...Al-Fatihah...
TRIBUTE BUAT USTAZ HARUN TAIB: DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN
[Bacalah sekadar atas kemampuan diri untuk mengenali insan ini]
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.
Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.
Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.
Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.
Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990 yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.
Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.
Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.
Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus.
Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...Al-fatihah.
( Penulis ialah AJK Lujnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat)
Sabtu, 21 Disember 2013
Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 Di Dataran Shah Alam [ Azhar Idrus-Shiro, Haslin Bahrim-Sepahtu berganding ]
Ustaz Azhar Idrus – Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim – Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor. Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.
“Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya.
“Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa,” kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di pejabat beliau di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri semalam.
Sebelum itu Dr Halimah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 di Bilik Mesyuarat Kekwa Seksyen Sektoral, UPEN bagi menyelaras persediaan program sempena yang akan bermula seawal jam 5.00 petang itu.
Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar; pengacara, David Teoh, pelawak, Sathiya dan pelakon, Diana Amir.
Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011.
Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, you tube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.
Sumber: Selangorku.com
Ahad, 27 Oktober 2013
Undang-undang Hanya Layak Datang Daripada Allah Bukan Manusia
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Al-Islamu ya'lu wa laa yu'la 'alaihi"
Islam itu tinggi dan tiada yang dapat menandingi ketinggiannya
Mengiktiraf Perlembagaan Negara yang tidak menjadikan Al-quran dan As-sunnah sebagai sumber melainkan bersumber dari benak Suruhanjaya Reid yang dianggotai oleh:
1. Lord William Reid
2. Sir Ivor jennings
3. Justice Abdul Hamid of Pakistan
4. Sir William McKell (Australia)
5. Hakim B. Malik of India
Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang ditubuhkan pada Mac 1956 dan berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.
Apa yang pasti berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia samalah seperti menyembah manusia yang membuat undang-undang tersebut kerana Allah swt berfirman:
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah (menyembah) kepada-Ku."
(Surah az-Zariyat: ayat 56).
Para ulama' muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar yang mana perkataan ibadah ada kesempurnaannya dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak semata-mata terhad kepada fardhu solah, puasa, zakat dan haji semata-mata, bahkan tugas untuk tunduk dan patuh pada perintah dan larangan Allah. Seseorang dikatakan menyembah Allah tidak sebatas rukuk dan sujud bahkan ketika mentaati hukum yang diperintahkan Allah swt.
Hal ini diperteguhkan lagi dengan firman Allah didalam Surah al-Nisa’ ayat 59:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) RasulNYa jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”.
Ada dua perkara yang sangat penting dari ayat di atas iaitu tuntutan membangunkan sebuah Pemerintahan Islam iaitu khilafah. Ibn Kathir, seorang ulama tafsir yang muktabar menyatakan ayat ini diturunkan kepada para pemimpin yang berkuasa agar mereka menunaikan kewajiban dengan adil dan amanah. Al-Alusi seorang lagi ahli tafsir muktabar menerangkan tentang amanah, iaitu amanah yang merangkumi hak terhadap Allah dan hak terhadap sesama makhluk. Manakala Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Al-Barra’, Ibn ‘Azib dan majoriti ulama menyatakan berdasarkan ayat-ayat ini, para pemimpin wajib melaksanakan kewajipan agama dan syariat. Jika dicermati secara teliti dan jernih Uli Amri (pemimpin) yang hanya wajib ditaati adalah pemimpin yang berhukum dengan hukum Allah. Undang-undang hanya layak datang daripada Allah bukan dari manusia.
Firman Allah: “Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?” (QS. al-Maidah :50)
Lemahnya Undang-undang Ciptaan Manusia.
1. Tidak dapat mendidik jiwa.
2. Mudah untuk melepaskan diri.
3. Boleh ditafsirkan dengan kehendak nafsu manusia.
4. Tiada kekuatan sendiri ( berpaut dengan kekuatan kuasa pemerintah )
Wahai Pentadbir Negara
Kegagalan undang-undang ciptaan manusia untuk membendung jenayah manusia sepatutunya menjadi bukti betapa lemahnya manusia dan betapa manusia memerlukan undang-undang jenayah islam bagi menangani masalah jenayah yang semakin meruncing dari hari ke hari. Telah terbukti kegagalan formula yang diciptakan manusia dalam membenteras jenayah. Justeru, apa salahnya jika kita mencuba formula yang disediakan oleh islam untuk menjamin keharmonian dan keamanan dalam masyarakat..
Manusia ialah makhluk ciptaan Allah yang berperanan menjadi hamba Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Oleh sebab itu, mereka wajib melaksanakan hukum yang terdapat dalam AL-QURAN dan SUNNAH tanpa ragu-ragu, apatah lagi lagi mempersoalkan kesesuaian mengikut peredaran zaman. Allah sebagai pencipta lebih mengetahui perkara yang terbaik untuk manusia di dunia.
Al-Quran telah menggariskan beberapa panduan untuk dipatuhi dan ditaati, bukan untuk diingkari. Perundangan Islam adalah satu bentuk perundangan yang bersifat 'ubudiyyah' (perhambaan), lantaran pelaksanaannya merupakan ibadah kepada Allah.
Kekuatan seseorang terhadap agama bergantung kepada tunjang akidah.
Allah telah berfirman, "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-An'aam 6:153)
Orang yang menolak hukum hakam Allah ialah orang yang mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara (Nasrani)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. ( Surah Al-Baqarah 2:120)
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)
Jumaat, 28 Jun 2013
Sabtu, 18 Mei 2013
Jangan Mempertikaikan Dakwah Orang Lain
Akhir-akhir ini.. apa yang dapat kita lihat, bidang dakwah semakin rancak. Alhamdulillah. tapi tidak kurang juga dengan perkara-perkara yang lagha dan melalaikan seperti filem-filem, rancangan-rancangan televisyen, dan pelbagai lagi perkara hiburan lain.
Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Apa yang dapat kita lihat, dakwah-dakwah kini disampaikan melalui pelbagai teknik dan cara seprti lukisan, nyanyian, tulisan, video, dan sebagainya.. Namun, ada yang pertikaikan akan dakwah-dakwah mereka itu.. Mengapa perkara sebegini berlaku?
Seperti yang kita ketahui, Rasulullah adalah role model yang perlu kita contohi dalam segenap aspek kehidupan. Begitu juga dengan dakwah. Janganlah kita menyempitkan fikiran kita, mempertikaikan mereka-mereka yang berdakwah mengikut acuan lain dan tidak seperti cara yang digunakan Rasulullah. Namun, perlu juga untuk kita ketahui, cara Rasulullah adalah cara terbaik. Tetapi tidaklah cara lain itu tidak mendatangkan manfaat.
Antara strategi dan cara dakwah yang popular adalah nyanyian. Namun ada yang mengatakan, "alah, apa guna nyanyi.. tak kisah la lagu nasyid, ketuhanan ke ape ke, same je.. kalau cara nasyid, dengan menyanyi tu berkesan, dah lama Rasulullah buat". oh, kata jangan sebarang kata. nak mengharapkan kita? ada kita dakwah orang lain? jika hendak dakwah muslim kearah yang lebih baik pun tidak, inikan pula dakwah bagi yang bukan muslim..
Tidak sedarkah kita, dengan alunan lagu ketuhanan seperti nasyid itulah banyaknya menyebarkan info-info tentang Islam kepada mereka yang bukan Islam. ilmu-ilmu agama juga dapat disampaikan selain mengajak kearah ma'ruf dan meninggalkan yang mungkar. Tidak kurang juga yang mempertikaikan mereka yang berdakwah melalui penulisan.. ada yang berkata "alah, tulis / taip benda2 agama, benda2 baik konon, perangai jahanam jugak. nak dakwah orang konon". dan kemudian mulalah dikatakan hipokrit dan sebagainya. segala usaha yang kita lakukan bermula dengan pemikiran sebenarnya.
kerana
FIKIRAN akan menjadi BUTIR-BUTIR PERKATAAN,..
KATA-KATA akan menjadi TINDAKAN,..
TINDAKAN akan menjadi KEBIASAAN,..
KEBIASAAN akan menjadi PERWATAKAN,..
PERWATAKAN akan menjadi TAKDIR KEHIDUPAN,..
Jika kita sekat pemikiran kita dengan tanggapan negatif, maka tetaplah kita dalam kemunduran dan kejahilan. kita perlu paksa diri untuk berhijrah kearah lebih baik. Tanpa hipokrit, kita tak mampu untuk melakukan perubahan. Jika kita tidak mahu berubah kearah yang lebih baik hanya kerana tidak mahu dilabel hipokrit, demikian tindakan kita hanya berlandaskan harapan dan angan-angan sahaja.
Dan apabila kita berjaya mengubah diri kita, barulah orang lain nampak kesannya dan secara tidak langsung mereka sedar, dengan penulisan itu, bukanlah dakwah kepada orang lain sahaja, malah lebih-lebih lagi kepada diri yakni penulis itu sendiri kearah yang lebih baik. Kerana apabila kita menegur atau nasihat atau mengingatkan orang lain, bermakna kita juga telah melakukannya keatas diri kita sendiri.
Selain itu, cara lain adalah dengan lukisan. Hendak berjumpa dengan orang, hendak menegur orang lain, hendak mengajak kearah ma'ruf dan menjauhi yang munkar face to face.. mungkin sukar bagi kita. Malah akan kita sertakan dengan beribu alasan seperti malu, risau, benci dalam hati je la, dan sebagainya. Bagi lukisan pula, setidak-tidaknya lukisan-lukisan mereka itu menyampaikan ilmu-ilmu agama seperti ayat-ayat al-Quran, hadis, kata-kata nasihat dan sebagainya. Namun tidak kisah pula kita membaca komik-komik hiburan dan sebagainya?? Patutkah kita pertikaikan mereka sedangkan kita hanya berdiam diri dan hanya tumpu kepada amal ibadat masing-masing tanpa mempedulikan orang lain?
Lagi satu cara yang femes, adalah dakwah melalui video. Ada yang membuat filem pendek, video-video nasihat, dan sebagainya. Perkara sebegini juga mendatangkan banyak manfaat kepada semua. Ilmu agama dapat disebarkan, nasihat diberikan.. Sedarkah kita, perbuatan mereka itu jauh lebih bermanfaat daripada mereka2 yang membuat filem-filem dan video-video yang mengarut seperti miming dan sebagainya. Salahkah berdakwah menggunakan metod-metod yang ada pada zaman kita yang serba canggih ini?
Mengapa perlu pertikaikan dakwah orang lain sedangkan kita tidak mencegah yang mungkar?
عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"
( Hadis sahih riwayat Muslim )
Begitulah seterusnya dalam cara-cara dakwah yang lain. Pastinya ada manfaat yang terselit di sebalik dakwah itu. Jangan terlalu pertikaikan dakwah orang lain tetapi muhasabah diri sendiri dahulu dalam aktiviti dakwah.. Sama-sama tanya dan muhasabah diri kita, apakah sumbangan kita dalam menyebarkan agama Allah ini?
Adalah lebih baik kita mengajak orang-orang diluar sana yang masih ramai belum mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah.. Semoga Islam berkembang dengan lebih pesat lagi. kita tidak tahu, mungkin di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh orang-orang lain mengapa tidak menegur, mengapa tidak membawa mereka mengenal Allah ketika di dunia dulu. Pada waktu itu, barulah kita terfikir akan segala yang telah kita lakukan, juga segala sumbangan kita dalam usaha dakwah. Sama-samalah pertingkat usaha dakwah daripada hanya melihat dan lebih-lebih lagi pertikaikan dakwah orang lain. *kita kena bijak dalam berdakwah
Tetapi seandainya apa yang kita lihat, cara mereka berdakwah itu salah atau bakal menimbulkan kekeliruan, salah tafsir, dan sebagainya pada pandangan kita, sedangkan kita lebih tahu, wajarlah kita menegur agar mereka dapat melakukan pembetulan dan pembaharuan. jangan pula kita berdiam diri dan membiarkan orang lain dalam kesalahan dan kesesatan. insyaAllah.
Sejak kecil kita diajar hidup untuk jadi orang berjaya yang digambarkan sebagai doktor, jurutera, saintis, cikgu dan lain-lain... kita tidak pernah diasuh untuk bercita-cita menjadi seorang pejuang syariat Islam, pendakwah, syuhada', muttaqin, para wali... alangkah ruginya masa...
Jiwa Hamba
kredit: http://bicarahamba.blogspot.com
Rabu, 15 Mei 2013
Perpaduan - Mampukah Kita Bersatu
Mutakhir ini ramai orang bercakap tentang perpaduan. Kita diminta supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah, berkelahi dan jangan bermusuh-musuhan. Jadilah seperti batu bata dalam sebuah bangunan yang saling mengukuh antara satu sama lain. Seruan ini tidak dinafikan sangat baik. Namun timbul persoalan hendak bersatu atas asas apa? Adakah atas asas bangsa Melayu atau atas asas sesama rakyat Malaysia atau asas aqidah Islamiah?
Rasulullah SAW sewaktu berdakwah pada permulaan Islam mengajak ummat Arab Mekah supaya memeluk Islam dengan meninggalkan kerja-kerja syirik. Baginda mengajak supaya bersatu atas asas aqidah tauhid dan kesatuan Islam. Kerana itu ramai kaum masyarakat musyrikin menuduh Baginda pemecah belah masyarakat, perosak perpaduan ummat Arab, penghina segala apa yang telah dilakukan oleh datuk nenek moyang mereka. Kata-kata seperti ini diucapkan oleh salah seorang ketua mereka bernama ‘Utbah bin Rabi’ah. Antara lain beliau menyebut:
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) anak saudara ku, kamu telah membawa satu perkara besar kepada kaum engkau. Engkau telah memecah belah persatuan dan perpaduan mereka, enkau merendah-rendah dan menghina orang-orang baik dikalangan mereka, engkau menghina dan mencaci tuhan-tuhan dan juga agama mereka, engkau mengkafirkan datuk nenek dan bapa-bapa mereka.Wahai Muhammad, dengarlah dari ku, aku menawarkan kepada engkau beberapa perkara semoga engkau memilih dan menerima sebahagian daripadanya.”
Mendengar tawaran bapa saudaranya, Baginda bertanya, “Apakah tawaran itu wahai bapa saudaraku? Sebutkanlah, aku akan mendengarnya.”
‘Utbah berkata, “Wahai anak saudaraku, sekiranya engkau mahu dengan melalui agama baru yang engkau bawa itu, untuk mendapat harta kekayaan, kami akan himpunkan harta-harta kami daripada hasil pungutan itu. Kami akan beri kepadamu dan kamu akan menjadi orang yang paling kaya dikalangan kami.
“Jika kamu mahukan kemulian atau pangkat, kami akan mengangkat kamu menjadi ketua kami yang paling mulia. Jika kamu hendak menjadi raja, kami akan melantik kamu menjadi raja kami. Jika kamu dirasuk jin dan tiada sesiapa pun yang mampu merawat mu, kami akan mencari tabib dan bomoh untuk kami upah kepada mereka supaya mereka dapat merawat dan menyembuhklan penyakit kamu.”
Setelah selesai ‘Utbah mengemukakan tawaran-tawaran tersebut, Baginda terus membaca awal surah Fusilat dari ayat pertama hingga ayat ke 14; yang antara lain bermaksud :
“Ha mim.Alquran diturunkan dari tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang, kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya untuk faedah kaum yang mahu mengambil tahu dan membawa berita gembira serta memberi amaran buruk, tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya). Mereka tidak mahu mendengar bahkan mereka berkata, hati kami berada dalam tutupan yang menutup apa yang kamu seru kami kepadanya dan telinga kami ada sumbatan. Kemudia diakhirnya Allah menyebut :
Jika kamu berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Aku memberi amaran kepada kamu dengan azab yang dahsyat iaitu petir, seperti petir yang telah menyambar kaum ‘Ad dan kaum Tsamud.”
Dari kisah di atas, jelas bahawa orang kafir musyrikin Mekah menuduh Baginda sebagai menghina agama mereka. Mereka bersikap demikian tidak ada sebab lain kecuali kerana Baginda mahu menyatukan mereka diatas ajaran al-Quran, diatas agama Allah, agama tauhid, agama perpaduan, agama yang menolak kezaliman, kesesatan dan syirik. Jadi perpaduan yang kita mahu, kalau mengikut Islam ialah perpaduan yang diambil daripada Baginda SAW, melalui ajaran al-Quran dan Sunnah, bukan melalui kebangsaan yang sempit dan bukan melalui pemahaman sekular yang sesat.
Jumaat, 5 April 2013
Mengapa tak sokong perjuangan Islam?
Soalan:
Tidakkah segala keterangan sudah sampai dengan jelas, bahawa perjuangan menegakkan Islam adalah kewajipan utama yang sepatutnya menjadi prioriti umat seluruhnya dalam melaksanakan amanat Allah. Kenapa realitinya tidak demikian, malah mengapa majoriti umat Islam, mengambil ‘side’ terus-menerus tidak menyokong perjuangan Islam? Mengapa hal sebegini boleh berlaku.
Jawapan:
Itulah dia manusia. Daripada jenis manusia yang anda sebutkan di atas itulah Allah menurunkan kitab al-Quran kepada mereka, mengajak mereka kepada Islam yang syumul. Membuka minda mereka supaya memahami makna kehidupan yang hakiki, iaitu hidup ini tidak habis dengan mati, kerana mati adalah permulaan kepada penghidupan yang sebenar.
Itulah yang al-Quran menyebutkan firman-Nya (mafhumnya): “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” (al-Ankabuut: 64)
Bagi manusia yang telah dipengaruhi, dari segi pemikiran dan cara hidupnya, dengan keduniaan yang melampau, sehingga melupakan akhirat, maka tidak hairanlah dengan tindakan mereka yang membelakangi agama dan tuntutannya, dan terus-menerus memperjuangkan hal-hal keduniaan dengan membelakangi hal-hal keakhiratan, maka itulah yang disebutkan dalam soalan anda.
Sedangkan memperjuangkan agama Allah demi memartabatkannya dalam penghidupan yang sementara ini, adalah tuntutan utama yang wajib dilaksanakan.
Firman Allah (mafhumnya): “Allah telah menerangkan kepada kamu – antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah-belah atau berselisihan pada dasarnya.” Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat).” (asy-Syura: 13)
Ertinya, seluruh Rasul-rasul yang diutus Allah kepada manusia, daripada Adam as. Sehingga ke Muhammad saw, menjadi tugas mereka ialah menegakkan agama Allah, memartabatkan syariat Allah dan melaksanakan tuntutan wahyu dengan sebaik-baiknya, tanpa mengendahkan tentangan golongan kuffar yang sudah pasti akan menentang mereka.
Inilah yang Allah sebut khusus kepada Nabi Muhammad saw menerusi firman-Nya (mafhumnya): “Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.” (al-Hijr:94)
Penentang-penentang gerakan Islam ada di mana-mana dan ada bila-bila masa dari dahulu sehingga sekarang ke hari akan datang.
Cuba renung semula, hatta di zaman Rasulullah saw, penentang-penentang Islam wujud dengan ketara dari luar dan dari dalam. Dari luar golongan kuffar, malah dari kalangan keluarga baginda Rasulullah saw sendiri, bapa saudara dan emak saudara menentangnya, sepupu-sepapatnya dan rakan karib menentangnya.
Malah dari dalam organisasi Islam sendiri, iaitu daripada kalangan umat Islam yang berlegar hidup bersama Rasulullah saw, wujud penentang-penentang Islam, iaitu golongan al-munafikin.
Sehinggakan Allah berfirman (mafhumnya): “Dan antara orang-orang yang di sekeliling kamu daripada orang-orang Arab ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian daripada penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.” (at-Taubah: 101)
Jika itu realitinya, maka tidak hairanlah di zaman kita ini, ada orang Islam, yang walaupun mereka mengetahui Islam itu benar dan PAS yang memperjuangkan Islam itu mereka tahu benar, tetapi mereka tidak suka kepada undang-undang Islam.
Anehnya mereka mengaku bahawa mereka mukmin, beriman kepada Allah, tetapi tidak beriman kepada ayat-ayat-Nya, tidak percaya kepada hukum dan undang-undang-Nya.
Oleh kerana itulah Allah SWT mengajak kita yang faham dan sedar dengan kebenaran agama Allah, agar berjihad memperjuangkannya, tanpa mengambil kira golongan-golongan yang menentang kerana mereka menolak hidayah Allah dan kita memahaminya sebagai satu kewajipan.
Ayuh kita gembleng tenaga bersama-sama, mengajak diri dan masyarakat kita memperjuang dan memartabatkan agama Allah yang salah satu daripada cara atau jalannya, adalah bersama-sama dengan PAS. Untuk memperjuangkan Islam yang syumul.
Wallahua`lam.
Sumber: Bersama Dato Dr Haron Din
Jumaat, 15 Mac 2013
Sabtu, 12 Januari 2013
Batasan Iman Dan Kufur
Isu "amanat" berlaku sejak tahun 1981, tiba-tiba isu ini dibangkitkan semula walaupun sudah berlalu lebih 31 tahun. Ia bukanlah sebuah amanat semata-mata, tetapi sebuah huraian ilmu yang lazimnya difahami oleh para agamawan untuk diterangkan sejelas-jelasnya kepada mad'u tentang persoalan iman dan kufur. Tidak mungkin "amanat" yang membataskan iman dan kufur, yang begitu mengangkat martabat politik Islam pada waktu itu, tiba-tiba jatuh sahamnya hari ini.
"Saudara-saudara sekalian. Kita menentang Umno, bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
"Percayalah saudara-saudara sekalian. Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'..." - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Jika kita meneliti huraian tauhid - amanat - Tuan Guru Haji Abdul Hadi itu, ia tidak lain adalah "bahasa penegasan" terhadap ayat Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (Surah al-Baqarah: ayat 208)
Kekeliruan isu ini dihidupkan adalah tidak lain politik Umno untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu kepada PAS. Harapan mereka (Umno) supaya isu kafir-mengkafir menenggelamkan isu-isu rasuah, pecah amanah, korupsi dan kebejatan batang tubuh pemimpin-pemimpin Umno. Umno sedar undi Melayu perlu dipungut dengan apa cara sekalipun dengan cara mendungukan mereka terhadap persoalan akidah dan perjuangan.
Kalaulah amanat itu berbunyi, "...Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir..."
Lalu kesannya wujud suasana keliru dan saling tuduh menuduh sehingga kafir-mengkafir dalam masyarakat, maka adakah perlu "kenyataan" - amanat - di atas ditarik balik demi mengelakkan pecah-belah? Jika jawapannya ya, bagaimana jika dienggani dengan hujah bahawa amanat di atas adalah sama dengan maksud ayat al-Quran dalam Surah al-Ma'idah ayat 44!
Adakah kita akan kata, oleh kerana "ayat itu" memecah-belahkan umat Islam, maka ayat Allah ini mesti ditarik balik! Dilupuskan! Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan. Sudah pasti desakan lupus! Tarik balik! Bahaya! Pemecah belah umat! Itu bukan jawaban balas bagi orang yang beriman dengan penuh kefahaman terhadap ayat-ayat Allah. Maka setiap Muslim mesti takut untuk mendesak "amanat" yang membawa pengertian ayat al-Quran itu ditarik balik kerana ia umpama mencabar maksud al-Quran di dalam surah al-Maidah yang telah dijelaskan tadi.
Justeru apakah penyelesaian agar tuduh-menuduh yang memecahbelahkan tidak berlaku? Jawabannya hanya satu, iaitu memberikan peluang kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, agar "amanat" ataupun dalam bahasa akademiknya, "huraian tauhid" itu dijelaskan, disyarahkan dan ditafsirkan. Hasil kefahaman yang bersuluh daripada tafsiran itulah, akan lenyaplah segala tuduh-menuduh yang mengelirukan, lalu terhasillah satu kefahaman yang satu terhadap amanat di atas.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meminta siaran televisyen rasmi memberi ruang selama satu jam supaya dapat menjawab isu tersebut. Beliau juga bersedia untuk bermuzakarah dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diminta oleh Datuk Seri Rais Yatim. Cuma pertemuan tersebut perlu dirakam oleh pihak PAS sama. Sepatutnya pihak JAKIM juga perlu bersifat proaktif memanggil Tun Dr Mahathir yang mengatakan Malaikat juga membuat salah. Mana suara JAKIM dan ulama pengampu ketika Tun menyuarakan perkara yang bertentangan dengan akidah?
Jika timbul kekeliruan terhadap sesuatu kenyataan, ia mesti dipohon penjelasan, bukannya ditakwilkan nafsi-nafsi atau penafsiran syok sendiri tanpa melibatkan "orang yang tertuduh", Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Jika berlaku begitu, ia seperti orang yang mendengar satu ayat daripada al-Quran:
"Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Sesungguhnya pada perkara itu adalah tanda bagi kaum yang menggunakan akal" (Surah An Nahl : ayat 67)
Lalu tanpa penjelasan dan penafsiran yang benar, maka orang yang naif akal fikirannya mengatakan bahawa arak itu halal berdasarkan kefahaman tekstual ayat daripada surah an-Nahl di atas tanpa merujuk "Sohibul Nas" atau orang yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam ilmu tafsir.
Maka, pentakwilan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terhadap kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah sangat tidak tepat kerana menganggap kenyataan beliau (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang) membawa kepada kepercayaan sesat dalam kalangan masyarakat, antaranya yang didakwa oleh MAIK bahawa "amanat" tersebut membawa:
1. Kepercayaan bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang Umno.
2. Kepercayaan bahawa haram makan sembelihan orang Umno.
3. Kepercayaan bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadi atau imam yang dilantik Umno dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera.
4. Kepercayaan bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong Umno.
5. Kepercayaan bahawa jenazah orang Umno tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad.
6. Kepercayaan bahawa tidak boleh membenarkan orang Umno melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS / Islam.
7. Kepercayaan bahawa tidak boleh mengebumikan orang Umno di tanah perkuburan Islam.
8. Kepercayaan bahawa ibadah orang Umno tidak diterima Allah.
Sedangkan yang disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tiada langsung kenyataan yang mengkafirkan Umno. Yang disebut oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak salah dari konsep "da'ie wa mad'u" - pendakwah dan orang yang di dakwah -. Sebagai contoh seorang yang menegur bahawa, "Orang tidak sembahyang adalah perbuatan yang menjatuhkan diri ke lembah kekafiran", sangat berbeza dengan kenyataan orang yang mengatakan, "si fulan - si fulan itu kafir". Perbahasan ini akan lebih jelas difahami jika kita menghadami perbahasan Imam Yusuf Al Qaradawi di dalam bukunya "Zohirotu al Ghuluww fi Takfir", bahawa terdapat perbezaan antara orang yang mentakwilkan perbuatan kafir dengan menuduh orang kafir.
Pentakwilan "dungu" MAIK dalam memahami petikan bernas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sangat mengecewakan apabila intitusi yang sepatutnya menguasai hal ehwal agama berakal naif. Tafsiran MAIK ibaratnya kisah tentang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak murid tentang bahayanya minuman keras. Guru tersebut telah mengambil dua ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.
"Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul."
Semua anak murid tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang-renang di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Sang guru tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang saya tunjukkan sebentar tadi?"
Dengan penuh yakin anak-anak muridnya yang naif pentakwilannya mengatakan, "Untuk mengelakkan kecacingan, minumlah arak..."
Sedangkan tujuan eksperimen yang dinyatakan oleh sang guru itu tadi bertujuan sebaliknya. Begitulah "amanat tuan guru" yang menimbulkan kehangatan. Ia sebuah amanat yang pendek yang dipetik daripada ceramah tuan guru yang panjang, lalu ditulis dan disebarkan. Ada yang faham dengan mudah dengan makna tauhid yang mendalam, ada juga orang yang perlukan penjelasan.
Sebagai bukti wujudnya ribuan kitab tafsir dan syarahan oleh para ulama mufassirin kita di sepanjang zaman di dalam menjelaskan maksud daripada petikan-petikan ayat al-Quran, al-hadis, athar dan kata-kata hikmat pujangga Islam. Maka memohon hak untuk menjelaskan maksud huraian "amanat" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah benar dan hak di atas hak.
Siapa Yang Mempertahankan Haknya, Matinya Mati Syahid
Berkenaan mati syahid, hadis Nabi Muhammad SAW jelas memperlihatkan bahawa seseorang itu boleh dianggap mati syahid, meskipun kematiannya bukan di medan peperangan antara orang Islam dengan orang kafir. Nabi SAW bersabda (maksudnya), "Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia (mati) syahid, sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya (nyawanya), maka dia (mati) syahid. Sesiapa yang mati mempertahankan agamanya, maka dia (mati) syahid. Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya, maka dia (mati) syahid."
Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud, Nasa'ie, Ibnu Majah dan Tirmizi. Imam Tirmizi menilainya hasan sahih, manakala Syaikh Nasiruddin Albani menilainya sahih (dalam Sahih al-Targhib Wa al-Tarhib)
Ringkasnya, "mati syahid" dalam hadis ini adalah kematian yang berlaku ekoran perjuangan mempertahankan harta, nyawa, agama atau kaum keluarga, bukannya kematian yang disebabkan oleh peperangan terhadap orang kafir semata-mata. Justeru, dakwaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mati syahid sesiapa yang mati dalam perjuangan menentang Umno, tidak boleh dijadikan tapak yang kukuh untuk melancarkan dakwaan bahawa beliau telah mengkafirkan Umno.
kredit: tarbawi
Isnin, 31 Disember 2012
Tahun Baru = Maksiat?
TAHUN baru 2013 bermula Selasa ini (esok), Serentak itu perhimpunan untuk menyambut ketibaannya rancak diatur pelbagai pihak. Acara yang paling tidak dilupakan di setiap majlis sebegitu ialah pertunjukan hiburan dan pesta-pesta yang menjadi matlamat kebanjiran golongan remaja.
Itulah hakikat yang sangat mendukacitakan kita, Ketika masyarakat dilanda kebimbangan berhubung keruntuhan nilai moral dan peningkatan gejala sosial terutama dikalangan remaja, dimanakah kewajarannya untuk kita terus membiarkan gaya hidup bebas dan terbebas mewarnai masyarakat kita?
Perlu diingat, kebanyakan budaya hidup merosakkan yang menular dikalanga remaja kini berlatarbelakangkan cara hidup yang sukakan hiburan dan kebebasan. kita boleh meninjau budaya-budaya kuning seperti black metal, punk, hip hop, grunge dan sebagainya. kesemuanya tidak dapat dipisahkan dengan beberapa tabiat dan perlakuan buruk seperti minum arak, dadah, pesta muzik dan seks bebas.
Menyambut ketibaan tahun baru dengan perhimpunan yang menyajikan hiburan dan pergaulan bebas bagaikan menyediakan medan terbaik bagi golongan seumpama ini menyempurnakan tabiat buruk mereka. Ia malahan memudahkan budaya buruk itu berjangkit dan merebak kedalam masyarakat.
Berdasar pengalaman lalu, acara sambutan tahun baru banyak mendorong remaja kini hanyut dalam hidupan bebas dan terbabas, keasyikan berhibur dan berfoya melupakan mereka kepada akar umbi sebagai bangsa timur, apatah lagi jika nak dinilai bersandarkan nilai agama Islam.
Kita sebenarnya telah mewarisi budaya hidup cukup murni dan boleh dikatakan sempurna dalam konteks melahirkan insan yang beradab dan berbudi pekerti mulia. malangnya warisan itu dipunahkan oleh kita sendiri dengan membiarkan budaya asing mengusai kehidupan kita.
Sebagai sedia dimaklumi umum, beberapa lokasi di ibu negara seperti Bintang Walk, Dataran Merdeka, KLCC dan Bangsar sering menjadi tumpuan warga kota terutama kalangan anak muda berpesta di setiap perayaan, Namakan saja, sama ada sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Krismas, mahupun tahun baru, lokasi-lokasi itu tidak akan ketandusan manusia, ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya ketimuran, malah agama.
Amat mendukacitakan, ianya dipenuhi pasangan remaja dengan lagak bebas dan terpesong. malah ada yang bertindak diluar batasan dengan berpeluk cium tanpa segan silu, saling tak tumpah gelagat remaja barat yang kita lihat menerusi kaca TV, kelakuan sebahagian mereka seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Mereka langsung tidak menghiraukan pandangan dan sensitiviti orang lain yang turut berada disitu, disko, pub dan bar dipenuhi orang ramai kebanyakan remaja. mereka meminum arak serta membuat aksi yang bertentangan dengan nilai agama dan norma ketimuran. Ada remaja yang terpaksa dipapah rakan-rakan dalam keadaan mabuk, termasuk remaja perempuan ynag diusung teman-teman lelaki. tidak sukar kita menelah apa yang berlaku selepas itu, bukan?
Keadaan itu turut mendorong kepada beberapa penyakit sosial lain seperti pemanduan dibawah pengaruh alkohol, pergaduhan, perogolan dan seumpamanya.
Pernah dilaporkan media gelagat sekumpulan remaja skinhead berpesta muzik di khalayak ramai di perkarangan stadium darul makmur, Kuantan suatu ketika dahulu ketika menyambur pesta tahun baru, khususnya mereka yang terdiri daripada anak-anak melayu. Mereka yang kebanyakan tidak berbaju dirakamkan sedang meloncat-loncat dan berjoget secara liar disyaki dalam keadaan mabuk
Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang terkenal dengan adab dan sopan-santun. sepatutnya dalam bab sebeginilah para pemimpin negara perlu berteriak "ini bukan budaya kita!" betul tak?
Masalahnya perhimpunan seumpama ini tidak pula digema-riuhkan sebagai perhimpunan haram disisi undang-undang negara, dalam beberapa keadaan, ia bukan sahaja dibenarkan kerajaan, malah disediakan lokasi atau tempat paling sesuai untuk keselesaan peserta.
Pihak berkuasa tempatan dan polis bukan sahaja memberikan mereka permit untuk berhimpun, malah segala bentuk kerjasama menjayakannya. media massa turut mengiklankannya bagi menarik kehadiran orang ramai.
Dalam sebilangan acara, ia malah turut dijayakan para pemimpin tertinggi negara dan negeri. kehadiran polis disimpang dan jalan raya menuju ke lokasi majlis itu bukan untuk mengadakan sekatan, tetapi bagi melancarkan perjalanan peserta. apakah sebenarnya motif pihak berkuasa berbuat demikian, tepuk dada, tanya jawapan masing-masing.
Di lokasi perhimpunan pula, kehadiran polis bukan untuk menyuraikan hadirin dengan lontaran bom asap atau pancutan air berasid, tetapi memastikan atur cara dibauri maksiat dan keruntuhan moral itu berjalan dengan lancar.
Itulah gambaran persepsi songsang tentang nilai moral dan akhlak masyarakat kita sekarang, perlu diingat bahawa moral dan akhlak terus menjadi teras bagi tamadun sesuatu bangsa. dalam keadaan begini, apa lagi yang boleh kita banggakan dengan tamadun bangsa kita?
Mengambilkira kesan jangka panjang perhimpunan dan pesta seumpama ini kepada keruntuhan moral dan jatidiri rakyat, ia sepatutnya ditegah dan dijauhi. Polis, pihak berkuasa tempatan, jabatan agama sebagai agensi kerajaan sepatutnya berperanan penting dalam membasmi gejala kerosakan ini.
Keruntuhan moral dan kerosakan akhlak ini sebenarnya jauh lebih besar bahayanya daripada kerosakkan harta benda. ia merupakan ancaman paling menakutkan kepada masa depan negara dan sepatutnya dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara.
Mengapa? kerana, majoriti golongan yang dirosakkan oleh perhimpunan hiburan ini ialah remaja. suka atau tidak, perlu diakui bahawa hanya pada mereka kita mampu sandarkan harapan untuk menerajui dan mencorakkan negara dimasa depan.
Baik atau buruk, merekalah pemimpin masa depan. maka jika kita yang bertanggungjawab merosakkan mereka hari ini, jangan salahkan mereka jika disuatu hari nanti negara punah-ranah di tangan mereka.
Menurut ajaran Islam, corak kehidupan rakyat sesebuah negara banyak bergantung kepada cara hidup pemimpinnya. jika pemimpin menyeleweng, merasuah dan menyalah guna kuasa, bagaimana mahu dibentras penyakit itu dalam masyarakat? sama juga jika para pemimpin turut serta menjayakan acara yang mendorong rakyat untuk bebas dan terbabas, sampai bila kita akan dapat mengubati penyakit moral dan gejala sosial mereka?
Sehingga kini telah berbuih teguran ini diperkatakan. Namun ia bagaikan hinggap di telinga yang pekak badak, dasar liberal dalam pemerintahan kini nampaknya masih tidak dapat menerima perkara ini sebagai saham kepada kerosakan masyarakat.
*ditulis semula oleh penulis daripada sumber tertentu dan dipercayai.
Rabu, 26 Disember 2012
Rabu, 7 November 2012
HIJRAH BUKAN SEKADAR LINTASAN SEJARAH
بسم الله الرحمن الرحيم
“Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu”.
Alhamdulillahirabbil A’lamin. Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan kehadrat Allah Taala,Tuhan yang mentadbir sekalian alam seterusnya selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Pertamanya dan selamanya marilah sama-sama kita mengucapkan syukur kepada Allah Azzawajalla atas nikmat serta rahmat kasih dan sayangnya yang tidak terjangkau hingga kita masih diberi peluang untuk terus bernafas demi merasai dan menghayati nikmat penghijrahan Rasulullah ke Madinah suatu ketika dahulu. Walaupun peristiwa hijrah sudah lama berlaku pada 1434 tahun yang lalu, signifikan dan impaknya masih kita hayati dan rasai dari tahun ke tahun. Bahkan penafsiran manfaat hijrah Rasulullah itu terus berkembang dan mampu diolah dan diceduk manfaatnya seiring peredaran masa dan zaman.
Seperti selalunya apabila tiba bulan Muharram menziarahi ummat islam, tauladan dan kesan hijrah Rasulullah terus diperihalkan semua lapisan dan golongan. Masing-masing tampil mengolah dan menghuraikan makna hijrah mengikut cara dan kefahaman tersendiri. Adapun golongan intelektual memandang hijrah dalam konteks aplikasi moden mereka manakala muda mudi memandang hijrah sebagai satu lonjakan perubahan sikap dan pencapaian kearah yang lebih baik. Kita adalah manusia yang sentiasa memaksimumkan kerahan kudrat dan buah fikiran kita demi mempersiapkan diri menjadi pemimpin ummat. Setiap peristiwa dan sejarah yang senantiasa berulang tidak pernah berlalu melainkan kita menagambil ibrah daripadanya.
Sahabat-sahabat perjuangan yang saya kasihi sekalian,
Apabila kita menyingkap kembali sejarah hijrah Rasulullah dan ummat islam ke Madinah, kita kian menyedari betapa sikap sahabat dan tidak berputus asa itu mesti ada dalam jiwa manusia yang menggelarkan diri mereka pejuang islam. Hijrah membuktikan betapa pentingnya kekuatan rohani dan jasmani yang perlu ada dalam jiwa setiap pejuang Islam. Rasulullah tetap membulatkan tekad baginda bersama sahabat setia Abu Bakar As-Siddiq mengharungi pelbagai mehnah dan halangan berhijrah ke Madinah demi menyelamatkan aqidah dan Islam yang nikmatnya terus kita rasai sehingga sekarang. Tentangan yang kuat didalam menyebarkan dakwah Islam selama 13 tahun di Mekkah sedikit pun tidak mengurangkan keazaman baginda yang pernah mencuba nasib ke Taif dengan harapan penduduk Taif menerima baginda namun, mereka menghalau bahkan mengejek serta melukakan baginda. Kita dapat menyaksikan,peristiwa tersebut tidak menjejaskan semangat baginda Rasulullah untuk terus membawa islam. Sikap dan semangat inilah yang harus ada dalam jiwa setiap pejuang islam yang bakal mewarisi kepimpinan akan datang.
Penghijrahan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam hendaklah dilihat dari pelbagai perspektif membabitkan perancangan strategi dengan melihat ruang dan peluang di tempat baru. Ummat islam bukan sahaja merancang bagaimanakah mereka dapat keluar dari Kota Mekah dengan selamat bahkan pemilihan Madinah sebagai tempat pembentukan negara islam pertama juga dibuat melalui pengkajian dan penelitian pelbagai aspek penting demi memastikan kejayaan hijrah dari segi agama, moral sosioekonomi dan politik selain ianya perintah dari Tuhan. Hakikatnya perisiwa hijrah juga telah mengajar kita peripenting merancang dan merangka strategi yang teliti demi memastikan sesuatu agenda itu berjalan sebaiknya. Oleh itu, pejuang Islam itu mestilah menjiwai siasah Rasulullah yang penuh teliti dan berstrategi dalam tindakannya kerana dialah yang akan bertanggungjawab setelah sesuatu tindakan itu dibuat. Hijrah dilakukan semestinya kerana Allah, demi mendapatkan keredaan-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Maka orang yang berhijrah, yang diiusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Aku hapuskan kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah, pada sisinya pahala yang baik.” – (Surah Ali-Imran, ayat 195)
Hijrah dan perubahan yang dipimpin baginda Rasulullah bukanlah suatu agenda yang mudah, ummat islam yang tertindas di Mekkah harus dipindahkan ke Madinah dengan penuh strategi dan perancangan yang teliti agar ianya tidak dapat dihidu oleh kaum musyrikin Mekah. Hasilnya rombongan pertama seramai 70 orang yang dipimpin Abu Salamah bin Abd al-Asd selamat tiba di Madinah dalam kumpulan-kumpulan kecil yang telah disambut baik oleh penduduk Madinah.
Teman-teman yang saya kasihi sekalian,
Hari ini, cerita penghijrahan Rasulullah hanya sekadar catatan yang diabadikan dalam buku sejarah. Seperti cerita-cerita sejarah yang lain, ibrah dari penghijrahan Rasulullah ke Madinah menjadi rakaman sejarah semata-mata. Lebih malang lagi amalan membaca berasaskan orientasi itu akan lupus selepas zaman persekolahan berakhir. Maka jadilah sejarah penghijrahan yang memberi implikasi yang besar maknanya kepada penyebaran Islam itu dilupakan secara berperingkat, jauh sekali untuk dihayati. Sedangkan inti pati dan mesej penghijrahan itu sangat besar dan amat mendalam pengertiannya di sisi Islam.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” – (Hadis Riwayat Bukhari)
Sebagai pejuang yang mengimpikan gelaran penyambung mata rantai perjuangan Rasululullah Sallallahu Alaihi Wasallam, kita haruslah berusaha untuk mewarisi ketabahan dan kebesaran jiwa baginda yang sanggup meninggalkan kampung halaman yang amat baginda sayangi demi menyelamatkan aqidah islam. Peranan utama yang dimainkan baginda setelah tiba di Madinah juga harus dijadikan tauladan dimana baginda telah berjaya menyatukan kaum Aus dan Khazraj yang telah lama bermusuhan diatas ukhuwah Islam. Kesatuan antara kaum Muhajirin dan Ansar pula menjadi elemen yang terpenting dalam menjayakan misi pembentukan sebuah Negara islam. Dengan ini, Rasulullah sebenarnya telah mengajar kita betapa perpecahan itu mesti kita satukan demi merialisasikan impian sebuah kepimpinan islam.
Oleh itu wahai sahabat-sahabat teman seperjuangan sekalian, marilah kita sama-sama menyahut seruan didalam membangunkan ummah serta mentajdidkan kembali semangat perjuangan kita agar terus subur sesubur peristiwa hijrah Rasulullah yang saban tahun kita raikan. Penghayatan hijrah yang sebenar mampu mengembalikan kita ditempat yang sepatutnya setelah kita terhanyut sebentar dengan hitam putih dunia global. Saya percaya betapa kuasa dan semangat hijrah Rasulullah perlu dilteladani oleh semua manusia yang meyakini mereka adalah pejuang islam. Dengan hijrah yang lemah kembali tabah yang gagah terus terserlah, buktinya penyebaran aqidah islamiyyah menjadi mudah dengan penghijrahan Rasulullah ke Kota bercahaya Madinah al-Munawwarah.
oleh: Muhammad Hussin bin Mohd. Fauzi
Hijrah satu perkara yang berat...tapi jika kita bersedia dengan dugaan
Allah tetapkan..manisnya nikmat penghijrahan itu..
Allah tetapkan..manisnya nikmat penghijrahan itu..
Jiwa Hamba
Isnin, 5 November 2012
ROMBAK BALIK KERAJAAN MALAYSIA
Generasi kegemilangan islam terdiri daripada para sahabat. Mereka satu generasi yang sangat ditakuti oleh golongan kafir. Iaitu generasi Rabbani di kalangan umat Islam.
Apa generasi Rabbani ini?
Generasi Rabbani ialah generasi yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Firman Allah dalam surah Ali Imran,surah 3 ayat 79:
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Generasi inilah yg menyebabkan umat Islam hebat di suatu masa dahulu. Generasi para sahabat dan para tabiin dan tabi' tabiin.. yang kini sudah semakin hilang.
Mengapa generasi ini hilang?
Ini semua adalah angkara kafir laknatullah. Mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan "penyakit berjangkit yang membawa maut" yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW yang akan menjangkiti umat akhir zaman, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.
Mereka telah menanamkan penyakit ini dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. tv, radio, internet dan media massa adalah antara alat-alat yang digunakan. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:
Dan orang-orang yang kafir berkata. "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini ; buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).
Inilah yang menyebabkan umat islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi, dihormati dan digeruni tetapi sekarang umat islam disembelih sesuka hati. dengan nafsu mereka sendiri. Dahulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga. Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.
Umat islam sekarang, cinta dunia. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu, mereka takut untuk menegakkan kebenaran, takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki.
Para ustaz dan ustazah takut untuk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia! Benar atau tidak?
Sedarlah umat islam agama kita sekarang diperlekeh orang, mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka disiksa dan dibunuh dengan kejam.
Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini. Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati, insyaAllah mati mereka mati syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku, apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…
Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat, kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk, rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.
Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal. Apa hendak jadi dengan umat islam sekarang? Ini adalah salah satu tanda-tanda kiamat sudah hampir. Tidakkah kita sedar?
Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam berpenyakit, maka bayangkan 5-7 tahun lagi, mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek "kepala otak" kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat yang seperti ini?
Saidina Umar Al-Khattab berkata "kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang". Bagaimana remaja kita?
Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa Kamu tidak mengambil pengajaran?"
Lihat. Ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu, tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!
Sedarlah saudara-saudara seislamku, ummat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A'raf,surah ke-7 ayat ke-164.
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mrk berkata. "Mengapa kamu menasIhati kaum yg Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab. "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu; supaya mereka bertakwa".
Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (surah fussilat,surah ke-51 ayat ke 55).
Jadi, tugas kita untuk mengubah masyarakat, membina masyarakat, dan akhirnya meLahirkan kembali generasi rabbani. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata:
"Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu". Maksudnya, kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam.
Bukan susah pun. Apa yang perlu kita buat?
1. Ubah diri sendiri, dalam masa yang sama. Bukan nanti
2. Sedarkan kawan-kawan, keluarga dan orang yang hampir dengan kita
3. Memilih pemimpin yang benar-benar mempraktikkan Islam dalam dirinya, keluarganya hatta dalam pemerintahannya.
Anda ada kuasa untuk menukar pemimpin? Ada. Tunaikan kewajipan kita pada PRU-13 nanti. Pakat pilih pemimpin yang beriman, bertaqwa, isteri dan keluarganya menutup aurat dan mengamalkan Islam sepenuhnya serta boleh menjadi imam bukan setakat di masjid malah dalam segenap sudut.
Salam perubahan!
artikel pilihan - kredit: muslimdoktor.blogspot.com
Ahad, 4 November 2012
Rabu, 15 Ogos 2012
Apakah Kita Sedih Meninggalkan Ramadhan??
بسم الله الرحمن الرحيم
Ramadhan akan meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183
183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Dalam ayat diatas jelas menunjukkan hasil terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat hasil yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?
Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan Ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.
Antara kelebihan Ramadhan ialah :
Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.
Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pun setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.
Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.
Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.
Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.
Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.
Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok.
Kepada yang selalu menahan diri dari mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.
Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.
Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.
Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.
Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.
Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.
Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menghabiskan ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin
Ahad, 20 Mei 2012
Imam Hassan Al-Banna dan cita-citanya
بسم الله الرحمن الرحيم
Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut :
‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’
Langgan:
Catatan (Atom)
























