Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 29 Oktober 2011

7 Golongan Dinaungi ALLAH

سم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ

الإِمَامُ الْعَادِلُ

وَشَابٌّ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ

وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ

وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّى أَخَافُ اللَّهَ

وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Tujuh golongan yang akan ALLAH naungi pada hari dimana tidak ada naungan selain dari naungan-Nya yaitu:

1. Pemimpin yang adil.

2. Pemuda yang tumbuh dalam rangka ketaatan kepada ALLAH.

3. Laki-laki yang hatinya senantiasa terikat (terpaut) dengan masjid.

4. Dua orang yang mencintai kerana ALLAH, bertemu dan berpisah kerana-NYA.

5. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang cantik dan memiliki kedudukan, namun ia berkata : “Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH.”

6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

7. Seseorang yang mengingat ALLAH di waktu sendirian hingga menitislah air matanya”

(HR al-Bukhari & Muslim).


Khamis, 27 Oktober 2011

10 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!

سم الله الرحمن الرحيم



Tahukah kalian sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan daripada pengetahuan umum.

1. Israel merupakan salah sebuah negara pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerna mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2. Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan sistem tubuh untuk satu jangka masa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3. Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4. McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita di sini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5. Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan di sini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

7. Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi.

8. Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9. Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10. Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun! ...


link-http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Rabu, 26 Oktober 2011

Bulan Zulhijjah.. kedatangannya di sambut gembira oleh orang yang beriman (mukmin)

سم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah..

Pada suatu petang yang tenang, awan kelihatan menutupi matahari.. aku sedang mengalunkan beberapa ayat dari surah at-Taubah di beranda rumah..

Tiba-tiba, adikku muncul di sisiku, dan duduk di kerusi yang bersebelahan dengan kerusiku..

aku memandangnya dan tersenyum.. aku kemudiannya, menghabiskan ayat yang dibaca..

"sodakallahhul azim, alhamdulillah" aku menutup al-Quran dan meletakkan di atas meja yang berdekatan.. kemudian, aku kembali memandang adikku, "ya adikku, ada apa ni? tiba-tiba aje duduk ditepi abang ni?"

adikku tersenyum, "tak boleh ke abang?"

aku tersenyum, "abang tidak kata tidak boleh, abang tanya kenapa aje"

adikku tersenyum, "tak adalah abang, kita ni dah nak masuk bulan Zulhijjah ya"

aku tersenyum, "alhamdulillah, benar adikku.."

adikku bertanya lagi, "apa yang perlu kita buat untuk sambut ia?"



aku tersenyum, "bulan Zulhijjah merupakan bulan yang mulia wahai adikku, orang yang beriman, apabila masuk sahaja bulan ini, mereka akan gembira, kenapa mereka gembira wahai adikku?"

adikku mengeleng..

aku tersenyum, "kerana di bulan Zulhijjah terdapatnya 10 hari yang mulia dan di rahmati Allah S.W.T..

daripada Sayyidina Ibnu Umar R.A, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud :

"Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang paling dikasihi pada-Nya untuk beramal dalamnya melainkan hari-hari yang sepuluh ini (yakni hari-hari 10 pertama bulan zulhijjah), maka hendaklah kamu memperbanyakkan di dalamnya ucapan-ucapan tahlil, takbir dan tahmid"

Riwayat Imam Ahmad.. wallahua'lam..

Alhamdulillah.. maka, orang yang beriman gembira dengan hal ini, gembira dengan kurniaan Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Allah Tuhan Yang Maha Penyayang.. maka, kita juga jangan terlepas dari mengambil manfaatnya, insya Allah"..

adikku mengangguk, "alhamdulillah.. selain itu, apa lagi bang?"

aku tersenyum, "alhamdulillah.. adik ni tak sabar-sabar ya.."

adikku tersenyum..

aku meyambung, "setiap amal ibadah yang dilakukan di dalam 10 hari yang pertama di bulan Zulhijjah, ganjarannya akan dilipat gandakan sebanyak 700 kali ganda"

adikku terkejut, "ya ke bang.. kalau kita berzikir sekali, ibaratnya seperti 700 kali berzikir, begitu ke bang?"

aku tersenyum, "ya adikku, hal ini ada di dalam Sahih Bukhari.. kalau kita solah 1 rakaat di dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah, ibaratnya seperti 700 rakaat.."

adikku mengangguk, "alhamdulillah, patutlah ulama' dulu, sangat gembira bila masuk bulan zulhijjah ya bang?"

aku tersenyum, "ya adikku, orang yang beriman menyambut bulan yang mulia ini dengan amal ibadah kepada Allah, bukannya dengan mercun"..

adikku tersenyum..

aku menyambung, "mercun itu perkara yang sia-sia wahai adikku, atau seumpama dengannya.. sebaiknya, kita sambut ia, yakni pada malam 1 Zulhijjah, dan seterusnya sehingga 10 zulhijjah, atau seterusnya 1 bulan zulhijjah dengan amal ibadah kepada Allah S.W.T.. kan adik?"

adikku mengangguk..

aku tersenyum, "alhamdulillah, begitulah hebatnya bulan zulhijjah wahai adikku.. di mana Allah S.W.T memberi ganjaran yang hebat di bulan zulhijjah, maka rugi kalau kita tidak mengambilnya.. sudahlah kita ni tidak beramal sangat di bulan yang lain, takkan bulan Zulhijjah ni pun tak nak ambil.. ulama' Ahlul sunnah wal jamaah dulu, melihat bulan-bulan ini seperti melihat waktu perniagaan"..

adikku kehairanan, "melihat waktu perniagaan, maksud abang?"

aku tersenyum, "ya lah dik, kan perniagaan ni kadang-kadang ada waktu rugi, ada waktu untung.. contoh, ada suatu majlis di satu padang itu, ceramah politiklah katakan, maka para peniaga pasti akan membuat gerai-gerai, kenapa? sebab di situ adanya keuntungan yang lebih, pasti ramai yang membeli.. maka hal ini sama juga dengan amal ibadah.. waktu-waktu yang untung seperti 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini adalah waktu-waktu yang untung untuk beramal ibadah, ia dilipat gandakan sebanyak 700 kali dik, ibarat berniaga biasa, hanya dapat untung RM1 sahaja, tetapi bila berniaga pada waktu majlis yang penting, untungnya menjadi RM 700.. subhanallah, pemurahnya Allah S.W.T, kan dik?"

adikku mengangguk, "betul tu bang, kalau kita tak ambil manfaatnya lagi, tak tahulah"

aku tersenyum, "insya Allah, semoga kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah, dan mendapat setiap anugerah-Nya yang bernilai, amin ya rabbuna"..

adikku mengangguk..

wallahua'lam..

Ayuh kalian, kita kutip peluang keemasan di hari-hari 10 terawal bulan Zulhijjah ini dengan semaksima mungkin. Sekiranya kita hanya suka meraikan hari-hari Tahun Baru dan pesta-pesta perayaan yang lain, apa salahnya untuk kita pungut mutiara-mutiara yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya demi sebuah nikmat yang lebih besar dari keseronokkan dunia.

Jiwa Hamba

Ahad, 23 Oktober 2011

Pandangan Manusia Terhadap Keindahan Dunia

سم الله الرحمن الرحيم



Allah swt itu Maha indah dan Dia suka kepada yang indah. Begitu juga dengan ciptaan Allah, terlalu banyak keindahan jika dihayati dengan sebaik mungkin. Dengan flora dan faunanya, dengan planet dan bintangnya, dengan bahan-bahan galiannya dan macam-macam lagi. Tetapi persepsi manusia melihat kepada keindahan tersebut berbeza-beza. Sebagai contoh, ada yang suka kepada bunga ros, tetapi bagi manusia yang lain ada yang tidak sukakannya. Dan begitulah seterusnya selera manusia ini berbeza dalam menentukan keindahan sesuatu benda.

Mana mungkin manusia itu mempunyai selera dan citarasa yang sama 100%. Sudah tentu tidak kerana walau bagaimana pun akan ada juga perbezaan walaupun sedikit. Cuma di sini saya ingin menyentuh soal keimanan. Iaitu beriman kepada Allah, Tuhan pencipta alam ini. Bagi mereka yang beriman, sudah pasti meyakini bahawa alam yang indah ini adalah ciptaan Yang Maha Mencipta. Tetapi tidak semua akan memandang kepada ciptaan Allah ini akan sentiasa menghayati dan memuji penciptanya kerana keindahan tersebut. Di situ lah bezanya tingkatan iman seseorang. Seseorang yang mempunyai iman yang tinggi akan sentiasa merasakan kehadiran pencipta apabila melihat apa sahaja makhluk.

Maka kita disunatkan untuk membaca doa memuji Allah apabila melihat kepada keindahan alam ini. Doa tersebut yang maksudnya , “Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan ini sia-sia, Maha Suci Engkau jauhkanlah kami dari azab neraka”. Di sini lah letaknya maksud yang tersirat di sebalik kata-kata mengingati Allah di mana sahaja kita berada. Dan kerana itu juga lah Nabi Muhammad S.A.W. mengajar kita agar berfikir tentang kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Berfikir tentang makhluk adalah merupakan satu ibadah yang ada ganjarannya. Dan ianya juga termasuk dalam bab berzikir.

Ketahuilah bahawa segala puji-pujian adalah layak bagi Allah dan Allah sangat suka dipuji. Kerana itu lah dengan memuji Allah kita akan dapat pahala. Manusia juga suka dipuji, apa lagi Tuhan yang telah mencipta alam ini. Dan Allah sangat suka orang-orang yang suka memujiNya. Manakala orang yang malas atau tidak mahu memuji Tuhan adalah orang yang sombong dengan Tuhannya. Banyak dalil-dalil yang menggalakkan kita memuji Allah, antaranya;

“Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.”
( Surah AL An’am : Ayat 1)

“Dan katakanlah, ‘Segala puji bagi Allah yang tidak mengambil seorang anak, dan yang tidak ada sebarang sekutu dalam kerajaan, dan tidak juga sebarang wali (pelindung) daripada kerendahan diri.”
(Surah AL Isra’ : Ayat 111)

“Segala yang di langit dan bumi menyanjung Allah. Kepunyaan-Nya Kerajaan, dan kepunyaan-Nya puji-pujian, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.”
(Surah At Taghaabuun : Ayat 1)

“Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.”
(Surah Luqman : Ayat 26)

“Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.”
(Surah Al Qasas : Ayat 70)

Dan teramat banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang memuji Allah dan menggalakkan agar memuji Allah. Menunjukkan betapa pentingnya memuji Allah dan membesarkanNya, alhamdulillah.

Yang penting adalah selalu menghubungkan kepada Allah apabila melihat makhluknya. Kerana manusia yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan sememangnya akan memandang keindahan dunia ini semata-mata keindahan. Tanpa menghubungkannya terus dengan pencipta Yang Maha Bijaksana. Ini lah bezanya pandangan antara orang yang tidak beriman dengan orang yang beriman. Orang yang tidak beriman juga tahu menilai seni pada makhluk, tetapi sayang dia tidak tahu menghargai pencipta kepada seni tersebut malah tidak meyakini bahawa adanya pencipta.

Manakala orang-orang yang beriman, sedikit sebanyak akan menghargai pencipta makhluk itu. Bezanya hanya pada selalu atau kadang-kadang atau jarang-jarang. Orang yang imannya tinggi dan hatinya selalu berdamping dengan Allah akan selalu menghubungkan secara terus apabila melihat makhluk kepada Allah. Dan orang-orang yang imannnya tidak berapa tinggi akan ada masa-masa atau fasa-fasa tertentu dalam memuji Allah apabila melihat makhluk. Yang biasanya jika ada peristiwa pelik atau besar sahaja akan dipuji. Manakala apabila melihat sesuatu yang biasa, maka ianya pun merasakan seperti tiada apa-apa.

Sedangkan jika kita sentiasa menghayati alam ini, setiap sudut ciptaan Allah ini bernilai seni. Cuma ramai yang tidak perasan dan memerhatikannya. Cuba lah anda ambil satu kamera dan cuba mengambil gambar. Tetapi anda mesti berimaginasi sedikit lah, nescaya anda akan nampak betapa setiap sudut di dunia ini mempunyai unsur-unsur seni yang tidak ternilai dan semua itu tidak lain dan tidak bukan melainkan kesenian dari pencipta segala sesuatu.

Ada juga sesuatu yang nampak di luar adalah suatu yang buruk, tetapi apabila sudah diproses menjadi gambar dan diedit sedikit maka akan menjadi suatu yang indah. Maka di situ menunjukkan bahawa sesuatu yang buruk itu tidak semestinya buruk semata-mata, bahkan boleh menjadi indah jika kena pada caranya. Sama lah juga keadaannya pada manusia , seseorang yang kurang cantik sedikit rupanya tidak semestinya buruk semuanya, malahan ada yang lebih cantik hati dan pekertinya dari manusia yang cantik paras rupanya. Malah ada juga manusia yang cantik rupanya tetapi amat buruk perangai dan hatinya.

Kesimpulannya, Allah Maha Mencipta dan alam ciptaanNya ini sungguh indah dan unik sekali. Maha Suci Engkau ya Allah Tuhan sekelian alam. SubhanAllah……. :)


Kita banyak berfikir hal keduniaan, tetapi kita tidak mengingati
kepada yang lebih agung iaitu Allah…yang mencipta seluruh kejadian di
muka bumi ini. Kita banyak memikirkan ciptaan Allah s.w.t tetapi….
Kita lupa kepada penciptaNya.

Jiwa Hamba

Jawapan untuk auratmu...



Di ambil dari seorang ahli carigold.. Jawapan yang betul2 bernas dari seorang muslimah sebenar.

Ujian Dahsyat Terhadap Iman

سم الله الرحمن الرحيم



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
"Dari Abi Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang yang masih beriman di waktu petang kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dari sedikit mata benda dunia."

(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang di akhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba ia menjadi kafir di waktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang menggadaikan imannya kerana hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, baginda menambahkan, "Kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah S.W.T dengan ilmu." Mudah-mudahan Allah S.W.T menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah S.W.T akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini..amin.


(Di petik daripada tulisan Rokiah Jaafar)

Rabu, 19 Oktober 2011

Menajamkan Rasa Kehambaan dan Rasa Bertuhan

سم الله الرحمن الرحيم



Jika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalah seperti berikut:

Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlaku pada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau memusnahkan sifatsifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub, sum’ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.

Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, maka akan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahirkan rasa sombong, riyak, sum’ah, pemarah, hasad, minta dipuji, meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi.

Kemudian jika sifat ketuanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlah pada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalah milik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Wal’iyazubillah. Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akan menjadi orang yang sangat zalim dan kejam. Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam dan menyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat mazmumah hilang.

Begitulah yang dituntut oleh Allah Taala kepada hamba-hamba-Nya. Apabila rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat mazmumah seperti yang telah disebut tadi maka secara automatik lahirlah pada diri seseorang itu sifat-sifat mahmudah seperti merendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbang rasa, mengutamakan orang lain, bertawakal, sabar, rasa berdosa, rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, meminta maaf, merasa diri bersalah, rasa berdosa dan lain-lain lagi.

Kedua: Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati dan benar-benar mencengkam hati seseorang muslim serta dibawa ke mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah Taala. Rasa malu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lekang lagi dari seseorang itu. Dia akan benar-benar merasa dirinya di dalam kekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh Allah Taala.

Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah dia takut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadi orang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan menjadi orang yang beradab dan bersopan, berdisiplin, menunai janji. Apabila membuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan berhubung dengan Allah Taala.

Maka mereka itu di dalam keadaan macam mana pun, mereka tetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalam arus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetap dapat mengawal dan menjaga diri. Dengan kata yang lain, rasa bertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripada melakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia merupakan anak kunci segala kebaikan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkan atau hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana rasa bertuhan itulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.

Sebagai peringatan, bahawa sembahyang dan ibadah yang banyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayati maka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasa bertuhan tidak akan timbul.

Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapat melahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapi akan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyak itu sifat-sifat sombong dan riyak, sum’ah dan ingin dipuji, rasa diri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyang dan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseorang hamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadi hijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya.

Dosa seperti inilah biasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidak tahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itu mati di dalam suasana su’ul khatimah kerana dia rasa dia membuat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia membuat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhaka di dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya derhaka. Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk memusnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyuburkan mazmumah.

Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihatkanlah diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlah perkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan kejahatan agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susah hendak difahami. Amin, ya Rabbal alamin.

Khamis, 13 Oktober 2011

Hatimu Terasa Kosong Wahai Pemuda?

سم الله الرحمن الرحيم



jika hatimu terasa kosong
bacalah Al-Quran

jika hatimu terasa gelisah
sujudlah kepada-Nya

jika hatimu terasa bermasalah
mohonlah kepada-Nya

kerana hanya Dia yang mampu Beri ketenangan itu
apa kau tidak percaya?

tidakkah kau melihat dunia di belah sana?
bagaimana mereka hidup?

sang rockstar misal kata
mereka boleh dikata miliki segala sang nafsu mahukan

mereka ada kereta besar,duit banyak,rumah besar
dan yang paling penting mereka ada gadis yang banyak

tapi apakah mereka hidup tenang?
tidak sama sekali

jikalau tenang
kenapa ramai yang bunuh diri mengadu hidup mereka tidak tenang?

jikalau tenang
masakan ada yang bunuh diri setelah bilion dimiliki

ketahuilah engkau
hati ini fitrahnya mahu kembali kepada Maha Pencipta

kerana hakikatnya
kita ini seorang hamba

kembalilah kepada-Nya
kembalilah kepada Allah SWT,Tuhan Sekalian Alam

Allahuakbar
Allah Maha Besar

Astaghfirullahalazim
kembalilah

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Rabu, 12 Oktober 2011

Sakit Itu Ujian Dari Allah


 بسم الله الرحمن الرحيم

Kita berterima kasih kepada Allah SWT, yang memberikan kita sakit 
kemudian membangkitkan kesedaran dalam jiwa kita...

Lama saya tidak mencatat sesuatu hingga saya sendiri segan. Dari mana harus saya bermula?

Biarlah saya memulakan bicara dengan satu kalimah maaf. Maafkan saya kerana lama meninggalkan Jiwa Hamba sepi, tanpa perkongsian terbaru. Sebabnya hanya satu. Saya ditimpa kemalangan.

Sedaya upaya akan saya kongsikan pengalaman-pengalaman berharga semasa saya kemalangan yang menjadi ujian terhadap diri saya.

Pada hari Jumaat dua minggu lalu saya tulis Mahar ke Syurga mengenai tentang kematian, tak sangka saya ditimpa kemalangan. Ia membuatkan saya terlantar di atas tilam selama 7 jam. Mungkin ada yang anggap ia tulah kerana bercakap tentang kematian, tetapi saya rasakan ia cuma satu kejadian yang memang sudah ditakdirkan untuk berlaku.

Dan jujurnya, entri ini kembali memuhasabahkan diri saya tentang apa yang menimpa diri saya sebelum ini. Alkisahnya, saat saya ditimpa kemalangan, saya sangat bersyukur kerana saya masih diberi nyawa. Sewaktu di hospital, saya sangat-sangat terasa bahawa Allah ingin memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam jalan ini. Sejurus sahaja selepas kemalangan, saya masih teringat, saya terlantar di atas rumput, muka yang masih penuh dengan darah, sewaktu itulah saya terasa, bahawa Allah masih mahu melihat saya berjuang di jalan ini.

Selepas kemalangan, kecederaan fizikal yang saya alami agak cuba membakar semangat yang saya ada. Maklumlah bila ada bahagian fizikal yang cedera akan lebih membataskan pergerakan. Program tak boleh pergi, kerja tak boleh buat dan sewaktu itulah, baru saya terasa betapa saya cintakan jalan ini !

Saya bukan sengaja mahu menceritakan kisah ini. Cuma untuk tauladan pembaca. Moga ada yang tersentuh dan kembali muhasabah cinta pada dakwah ini !

Bila kita kata kita berada dalam jalan dakwah ini, niatkanlah untuk menyedeqahkan segalanya untuk jalan ini. Hidup, harta, meskipun nyawa !

Dan kemanisan tarbiyyah itu tidak akan terasa selagi kita tidak menghayati tarbiyyah yang diberi. Saya yang juga menulis, hanya mampu menulis, tidak mampu untuk menggerakkan pembaca, mungkin hanya meningkatkan semangat, tetapi selagi pembaca sekalian yang tidak mahu menghayatinya, sampai bila penghayatan itu tidak akan datang, apatah lagi untuk mengaplikasikannya !

Singkaplah kenangan selagi ada, kenanglah ia selagi ada, kelak pabila ianya hilang, ibarat jiwa sudah tidak punya apa.

Namun, janganlah terlalu melewati kenangan yang dikenang kerana takut dilekakan dan menjadi seorang yang terlalu-lalu berpegang kepada kenangan. Hidup ini perlu diteruskan langkah ke hadapan bukan ?

Simpanlah kenangan selagi jiwa masih luas, pemikiran masih lagi lapang untuk menyimpannya. Pelajarilah sesuatu dari kenangan yang dikenang, kerana kenangan itu tidak datang begitu sahaja.

Lihatlah sang awan, yang juga menyimpan beribu kenangan menyaksikan manusia, namun mereka terus berarak…

Hikmah Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.

Pertama
, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.

Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.

Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.

Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.

Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!

Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.

Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.

Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…

Ceritawara

Saya bukannya menulis untuk menulis cerita yang sedih-sedih belaka. Anggaplah anda harus belajar sesuatu di sini. Kerana saya juga suka belajar daripada pengalaman dan kisah-kisah teladan yang ada.

Hidup seperti program, selesai program, kita buatlah post-mortem. InsyaAllah, faedahnya besar kerana Allah takkan turunkan sesuatu yang sia-sia…

Saya juga perlu ubah prinsip berkerja. PUSH TO THE LIMITS tidak boleh digunapakai lagi. Saya perlu belajar rehat dan relax.

Saya berasa lega apabila mengeluar apa yang tersulam di minda ini. Sesungguhnya kekusutan terkadang terlerai begitu sahaja dengan penulisan spontan… Kalaupun seperti bercerita pada orang yang tidak faham, pun tak mengapa… Saya ikhlas bercerita…


mak sakit gigi...mak nak susu...mak abang pukul.... itulah suara anak2 bila mengadu. Apabila meningkat dewasa manusia yang mengenali Tuhannya masih terus mengetahui di mana tempat mengadu...Selalu mengharap dan mengadu kepada Allah menyebabkan jiwanya tenteram...hidup terasa selamat.. jiwanya besar..

Jiwa Hamba

Isnin, 3 Oktober 2011

"Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah!

سم الله الرحمن الرحيم


astaghfirullah..

Sungguh hina dan azab kepada orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.. astaghfirullah..

Ketika Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W menceritakan kepada seorang sahabat baginda S.A.W, bagaimanakah seksaan yang diterima oleh golongan berilmu tetapi tidak beramal dengannya, tidak menggunakan ia pada hatinya dan jasadnya, tidak menyebarkan kepada orang lain..

Sayyiduna Zaid bin Arqam meriwayatkannya dengan berkata (yang bermaksud) :

"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'pada Hari Kiamat, seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling.

Lalu penghuni Neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit, 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya."

(Hadith Riwayat Imam Bukhari)

astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..

wallahua'lam..

di antara hal yang paling ditakuti dan digeruni oleh para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W adalah digelar "munafik" tanpa mereka sedari..iaitu golongan yang "bercakap tidak serupa bikin"..

astaghfirullah.. hindari perwatakan itu ya Allah, hindari sifat itu ya Allah.. amin ya rabbi..

Golongan itu boleh juga dikira sebagai seorang munafik kerana orang munafik lahiriahnya bagus tetapi dalamannya rosak, astaghfirullah..

Lidahnya manis menuturkan kata-kata hikmah, namun amalannya pahit, astaghfirullah..

Mereka memperdayakan manusia dengan ilmu yang ada, padahal hatinya kosong dari keyakinan Iman dan Islam, astaghfirullah..

Golongan "ilmuwan" sebegini adalah munafik yang alim pada lisannya, pada zahiriahnya, astaghfirullah..

Bahaya munafik yang alim lisannya ini diberi ingatan oleh Sayyiduna Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan Umran bin Hushain..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya"

(Hadith riwayat Imam Tabrani)

astaghfirullah..

wallahua'lam..

"ya Allah, Engkau hadirkan ilmu kepadaku, maka hadirkan jua amal untuk ilmu itu kepadaku", amin ya rabbi..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat"

(Hadith Riwayat Ibn Hibbah)

astaghfirullah..

wallahua'lam..

Oleh sebab itu, niat yang tidak jujur dan tidak ikhlas menuntut ilmu kerana Allah membuatkan ilmu yang ada hanya setakat lidah tanpa ada pengalaman dan perbuatan.. Sedangkan ilmu itu semestinya di susuli dengan amalan kerana ilmu adalah IMAM dan amal adalah MAKMUN..

astaghfirullah..

maka..

"wahai hatiku, wahai jiwaku, wahai jasadku, bertaubatlah kepada Allah, amalkanlah apa yang telah ada pada jasadmu, pada jiwamu, pada hatimu, andai tiada lagi ilmu, maka berusahalah untuk mencarinya, mempelajarinya dan kemudian mengamalinya, amin ya rabbi"..





Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

(surah al-Mujadilah ayat 11)

wallahua'lam..

sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah S.W.T dengan SEPENUHNYA adalah orang yang ada padanya ilmu dan ada padanya amal yang istiqomah.. insya Allah, wallahua'lam..

Sabtu, 1 Oktober 2011

TABARRUJ di facebook

سم الله الرحمن الرحيم


Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satupoint yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.

Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalamsurah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.


Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...