Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 7 Julai 2012

MEREKA YANG PALING DAHSYAT MEMUSUHI ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan ilmu yang diperolehi semasa mengikuti kuliah maghrib beberapa hari lepas di Masjid An-Nahdhah, Shah Alam. Iaitu tafsiran ayat pertama dari juzuk ke 7, iaitu ayat 82 hingga 86 Surah Al Maidah.

Ia merupakan ayat-ayat yang sangat penting dalam membicarakan tentang permusuhan dan persahabatan kaum lain dengan umat Islam. Dalam ayat 82, Allah menjelaskan bahawa golongan yang paling dahsyat dalam memusuhi orang-orang yang beriman ialah kaum Yahudi dan golongan musyrikin.

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

“Demi sesungguhnya kamu akan dapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang mensyirikkan (Allah).” Sememangnya kejahatan golongan Yahudi tidak ada tolok bandingnya dalam catatan sejarah. Bermula dengan pendustaan mereka terhadap nabi-nabi Allah yang diutus dari kalangan bangsa mereka sendiri, hinggalah kepada usaha jahat mereka membunuh para nabi dan cubaan-cubaan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.

Ibnu Murdawaih meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW pernah bersabda: ما خلا  يهودى بمسلم قط إلا همّ بقتله “Apabila seorang Yahudi bersama dengan seorang Islam, maka pastinya dia akan berazam untuk membunuh orang Islam itu.”

Mereka juga telah mengkhianati perjanjian yang mereka buat dengan Nabi SAW ketika mendirikan kerajaan Islam Madinah. Mereka bekerjasama dengan kaum Musyrikin untuk memerangi Nabi dan umat Islam di Madinah. Peperangan Ahzab (Khandaq) menyaksikan pengkhianatan paling nyata.

Para mufassirin menyatakan bahawa sepanjang dakwah Rasulullah SAW, baginda terpaksa berhadapan dengan musuh yang paling jahat dan paling kuat mengganggu baginda iaitu Yahudi di Madinah dan kaum musyrikin di Makkah dan Taif.

Seterusnya Allah menjelaskan bahawa golongan yang paling baik dan mesra dengan orang-orang yang beriman ialah kaum Nasara. وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى

“Dan kamu akan dapati golongan yang paling dekat mawaddahnya dengan orang-orang beriman ialah mereka yang berkata, sesungguhnya kami adalah kaum Nasara...”

Ini adalah kerana mereka mendapat bimbingan daripada para ulama’ mereka yang digelar sebagai Qissisin dan para ahli ibadat yang dikenali sebagai Ahbar yang sentiasa merendah diri. Mereka adalah pengikut Nabi Isa yang berpegang kepada Injil. Hati mereka sangat mulia menyebabkan apabila mereka mendengar perkhabaran Al Quran mengenai Isa AS, mereka bisa menitiskan air mata. Mereka lantas berikrar menyatakan keimanan kepada Allah serta berazam untuk menjadi orang-orang yang soleh (ayat 83 dan 84).

Atas dasar ini, maka Islam menetapkan jika berlaku peperangan antara orang Islam dan Kristian, maka tidak dibenarkan merobohkan gereja dan rumah ibadat mereka. Memusnahkan rumah ibadat hanya akan meningkatkan permusuhan, kebencian dan dendam kesumat. Sebaliknya apabila dihormati rumah ibadat mereka, mudah-mudahan akan terbuka pintu hati mereka untuk menerima Islam.

Ini yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Apabila tawanan Kristian diberi layanan yang baik, akhirnya mereka secara sukarela memeluk Islam, termasuk anak kepada ketua mereka yang terbunuh iaitu Adi bin Hatim At To’i.

Kebanyakan para mufassirin berkata, ayat-ayat ini turun menceritakan perihal Ashamah yang menjadi raja Habasyah dengan gelaran Najasyi. Baginda memberi layanan yang baik kepada para sahabat Rasulullah SAW yang meminta suaka politik daripadanya. Apabila Jaafar bin Abi Talib membaca surah Maryam di hadapannya, Najasyi menangis dan turun dari singgahsananya.

Said bin Jubair berkata, Najasyi mengutus 30 orang pembesarnya bertemu dengan Rasulullah SAW. Apabila baginda membaca surah Yasin di hadapan mereka, mereka menangis dan berkata, “Hampir-hampir sama ayat-ayat ini dengan apa yang diturunkan kepada Isa.”

Imam At Tabari berkata, ayat-ayat ini bukan sahaja untuk Najasyi, bahkan semua golongan Nasara yang baik dan yang menerima Islam.

 َتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ {5/82} وَإِذَا سَمِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ {5/83} وَمَا لَنَا لاَ نُؤْمِنُ بِاللّهِ وَمَا جَاءنَا مِنَ الْحَقِّ وَنَطْمَعُ أَن يُدْخِلَنَا رَبَّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ {5/84} فَأَثَابَهُمُ اللّهُ بِمَا قَالُواْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاء الْمُحْسِنِينَ {5/85} وَالَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ {5/86}

Khamis, 5 Julai 2012

Tips-tips menghadapi RAMADAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Apa yang saya perlu buat untuk menghadapi Ramadan?


Rabu, 4 Julai 2012

Adakah anda tahu ini?

بسم الله الرحمن الرحيم


Inilah Bendera terakhir milik tentera Islam di Sepanyol yang berperang menentang tentera Salib yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam, bendera ini berada di dalam simpanan kerajaan Sepanyol dan mereka melakukan upacara ini sebagai memperingati kemenangan Salib ke atas tentera Islam, tetapi yang sedihnya umat Islam pada hari ini lupa sejarah hitam ini bahkan bergembira dengan kemenangan Sepanyol dalam piala Eropah.

sumber : 
1.Ustaz Nazmi

Sekilas Pandang Mengenai Puasa Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

klik untuk besarkan

Salam Nisfu Syaaban

بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Menyambut Malam Nisfu Syaaban. Marilah kita penuhi malam yang penuh keberkatan ini dengan memohon keampunanNya dan amalan2 soleh yang lain. Semoga ALlah SWT merahmati kita semua.



Isnin, 2 Julai 2012

Selasa, 26 Jun 2012

Forum Perdana 09 Jun 2012, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

بسم الله الرحمن الرحيم

KEMENANGAN 24 JUN 2012!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Ahad 24 Jun 2012 / 4 Syaaban 1433H tarikh kemenangan Dr Muhammad Mursi sebagai Presiden baru Mesir. Mabruk (tahniah) rakyat Mesir kerana jihad ikhlas anda puluhan tahun menghasilkan natijah yang di doakan seluruh umat lslam insyaAllah.
Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah.

The final results

Turnout: 26,420,763 (51 per cent)
Invalidated votes: 843,252
Morsi: 13,230,131 votes (51.7 per cent of valid votes)
Shafiq: 12,347,380 votes

 Saya petik sebahagian rencana mengenai kemenangan rakyat Mesir seperti berikut:

"Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya SANGAT PEMURAH MASANYA DENGAN ALLAH SWT dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 ORANG HAFAL AL-QURAN, Lebih dari 100 orang HAFAL DAN MENGUASAI 10.000 HADIS. Lebih dari 180 orang HAFAL SEPARUH AL-QURAN. Lebih dari 170 orang bergelar DOKTOR PAKAR dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang TIDAK MEMILIKI KERETA PERIBADI ,lebih 350 orang adalah BEKAS TAHANAN POLITIK berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang WANITA yang bertudung kemas"

Sujud syukur di kaki jalan.
Tahmid dan takbir bergema di segenap ruang..
Kanak2 juga riuh rendah keliling kampung membawa poster sambil mengibar bendera 
Jelas riak wajah rakyat bumi ini bergembira atas kemenangan itu
Ada air mata yang bergenang, ada jiwa yang meruntun pilu..
Kemenangan ini terlalu besar buat umat islam
Sekian lama tertekan, terpenjara
Akhirnya ALLAH membuka ruang
Dakwah albanna harum mekar..
Mesir! tanah arab..
Sungguh kemenangan ini telah dijanjikan di dalam hadith..
Umat islam akan bangkit bermulanya dari semenanjung tanah arab
Kebangkitan islam petanda dekatnya akhir zaman
-itqan zawwini-
Jom tengok gambar sekitar kemenangan semalam =)
jutaan rakyat di tahrir menunggu keputusan diumumkan.jam 3 petang waktu mesir..

dengan penuh debaran, doa dan terus berdoa

rakyat melaksanakan solat zohor berjemaah.. masih menanti keputusan

Inilah seorang pemimpin yang dipilih dari kalangan rakyat biasa,

Barisan majlis tertinggi pilihanraya mesir, faruq sultan (tengah) ingin mengumumkan siapakah yang bakal menjadi presiden mesir yang baru,..

DR Muhammad Mursi ..pengumuman akan dibuat

Saat diumumkan..ahli2 kuat ikhwan muslimin bersorak kegembiraan

Keadaan di tahrir..mereka sujud syukur!! kalau dilihat di dalam surat khabar..mereka sujud di atas kaki dan badan orang depan kerana terlampau ramai, sampai tak ada tempat sujud..

ada yang keluar dari kereta.. sujud syukur di kaki jalan..selepas mendengar dari radio

meraikan kemenangan ini..

di kawasan kasr el-ainy..:) masing bunyikan hon..meriah sungguh, begitu juga di kawasan yang ana tinggal hayyu 'asyir..kereta lori bas motor bunyikan hon smbil kibarkan bendera mesir..

wajah gembira..terlalu gembira sudah lebih 30 tahun mereka diperintah oleh rejim kezaliman.

perkataan Allahuakbar sahaja yang mampu diucap :)) Allaah..

Ulama mesir Syeikh Sofwat Hijazi Hafizohullah
menitiskan air mata selepas pengumuman
kemenangan Ikhwanul Muslimin.

 Bersalaman dengan rakyat :)


Malam tadi pertama kali berucap sebagai PRESIDEN MESIR :)


Inilah seorang pemimpin yang bertaqwa..beliau dan keluarganya menghafaz al qur'an.bukan calang2 orang..juga sangat profesional, pernah belajar di US dan menjadi lecturer disana. yang paling penting beliau Takutkan ALLAH dan memimpin mesir ke arah sebuah negara ISLAM..


Unit pengawal Republik memulakan tugas untuk menjaga dan mengiringi presiden Mesir.


Dalam ucapan sulungnya,,beliau ada mengatakan kata2 yang cukup menggetarkan seolah-olah ana melihat Khalifah Umar abdul aziz di hadapan
"kalau bukan kerana syuhada' thaurah, aku tidak akan menjadi presiden..Taatlah aku selama mana aku mentaati ALLAH,dan janganlah mentaati aku jika sebaliknya, aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu, aku akan menjadi presiden bagi orang2 mesir,orang2 islam dan orang2 masihi"




Percaya atau tidak..dr muhammad mursi pernah dipenjarakan..alah lebih kurang macam kena tahan isa di malaysia..:) sungguh bagi orang beriman, penjara itu lebih baik bagi mereka.


Dr Muhammad Mursi memasuki istana jam 10 pagi tadi waktu mesir..


Sempat ana mengambil gambr 2 orang kanak2 ni semalam..di suq sayyarat.


Kami rakyat Malaysia mengucapkan tahniah atas kemenangan ini

SUMBER: http://noraini-mutshahidan.blogspot.com/
http://syumuldeen.blogspot.com/2012/06/kemenangan-24-jun-2012.html

Sabtu, 23 Jun 2012

Hati Yang Sedang Sakit Lebih Cintakan Dunia Berbanding Hari Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hati manusia sentiasa disibukkan dengan kecintaan kepada dunia. Harta kekayaan yang dimegah-megahkan, keseronokan kepada isteri dan anak-anak, perniagaan yang diusahakan takut kerugian, hiburan yang diminati dan aktiviti harian melayan hobi dan kesukaan. Tidak ramai manusia yang cinta kepada majlis ilmu, tazkirah, bahan tarbiah dan dakwah.

Jika ditagkan nota tazkirah diwall facebook cepat-cepat dipadamkan kerana merasa elagi dan tak selesa. Tidak berminat jika wall dipenuhi artikal yang mengajak kepada akhirat dan membaiki akhlak kepada akhlak mukmin. Lebih suka berbincang hal-hal dunia dan kesukaan masing-masing. Lebih suka khayal mengenangkan nostalgia lama yang mengasyikkan. Tidak salah mengenangkan kisah-kisah lama tetapi itu hanyalah "BAHAN SEJARAH" yang lebih penting bagaimana kita hendak mengajak rakan-rakan lama (yang telah berada diambang usia senja) menuju siratul mustakim supaya kita dapat bertemu disyurga nanti insya Allah.

Dalam hadis menjelaskan sahabat-sahabat yang baik dan bertakwa ketika di dunia akan bertemu disyurga nanti. Ada pasar disyurga tetapi tidak ada jual beli yang ada hanya lah perjumpaan mengenangkan kisah-kisah lama ketika di dunia.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: "Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".

Manusia lebih tertarik membincangkan perlawanaan bola sepak pasukan mana yang menjadi pilihan, penyanyai mana yang memenangi pertandingan (mentor, akademik fantasi, kilauan emas dan sebagainya), pelaburan mana yang lebih menguntungkan (tidak kira halal/haram), filem mana yang mendapat box office, termasuk jenis-jenis kereta yang dipakai, rumah tempat tinggal dan perabut berjenama dan jenis pakaian yang dipakai dan model telefon bimbit terkini yang digunakan dan sebagainya.

Manusia benar-benar terpedaya dengan dunia yang melalaikan dan melekakan hinggakan manusia sanggup menghabiskan ribuan ringgit dan masa yang banyak untuk melayan hobi dan kesukaan hawa nafsu yang dituruti. Mereka yang berminat terhadap kereta sanggup menghiasi kereta dengan "accessory" yang mahal dan membazir. Mereka yang berminta perhiasan rumah sanggup menghabiskan puluhan ribu untuk mengiasi rumah dengan perabut mahal dan kemasan yang berjenama dan diimport dari luar negara. Mereka yang minat memancing sanggup ambil cuti dan menyewa bot laju untuk memenuhi kepuasan memancing dikawasan laut dalam. Sedangkan amat berat untuk membayar zakat dan bersedekah kepada fakir miskin atau kejalan Allah SWT.

Apabila diajak kepada kemasjid atau surau untuk mengikuti kuliah agama atau tazkirah berbagai-bagai alasan diberikan. Tidak ada masa, sebuk dengan keluarga, sebuk dengan pelanggan dan letih bekerja sehari suntuk dipejabat dan sebaginya.

Apakah manusia merasakan bahawa dia boleh hidup 100 tahun lagi atau seolah-olah panggilan kealam barzakh masih jauh?. Walaupun umur sudah menjangkau 50 an, 60 an dan 70 an tetapi minat kepada dunia melebihi kesukaan kepada hari akhirat.

Sahabat yang dimuliakan, Rasulullah SAW. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

Tahukah kalian bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah dan membuat persiapan secukupnya untuk hari esok (akhirat). Untuk keperluan makan, minum, rumah, kenderaan dan keperluan hidup yang lain cari dan gunakanlah seadanya (qanah) kerana hidup di dunia hanya sementara waktu sahaja. Jika berharta perbanyakan sedekah jariah kerana inilah saham yang sebenarnya untuk kita semasa disana nanti. Janganlah memandang sepi terhadap ilmu yang bermanfaat walaupun satu perkataan. Sebarkanlah dan kongsi bersama sahabat-sahabat lain kerana ianya juga saham akhirat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu pahala amalan (yg dilakukan semasa hayatnya masih ada), sedekah yang berkekalan, ilmu yang dimanfaat, anak-anak soleh yang berdoa kepadanya." (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.)

kredit: abubasyer.blogspot.com

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus di Astro Oasis

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukurku kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah,
pertama-tamanya, marilah bersama-sama wahai jasad, wahai jiwa, wahai hati, untuk bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

untuk apa bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala?

 Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(yang bermaksud) : " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"

(surah an-Nahl, ayat 78)..

wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..

Sesungguhnya segala-gala yang ada padamu wahai hatiku, padamu wahai jiwaku, padamu wahai jasadku, adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..





Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan kepadamu pelbagai ni'mat, pelbagai kemudahan, pelbagai kurniaan dan seumpamanya, bahkan Pemurahnya Allah Subhanahu wa Ta'ala meliputi hamba-Nya yang tidak beriman pada-Nya..

seperti mana manusia yang kafir, mereka mempunyai kekayaan, mereka mempunyai kedudukan, mereka mempunyai keturunan, mereka mempunyai ilmu pengetahuan, namun apakah itu milik mereka?

tidak sama sekali, hal itu adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada mereka, Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Pemurah, sesungguhnya rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala meliputi segala-galanya, sama ada kepada makhluk-Nya yang beriman kepada-Nya atau pun tidak, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ

(yang bermaksud) : "Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu"

(Surah al-'Araf, ayat 156)

namun, walaupun mereka (yang tidak beriman) kelihatan mempunyai apa sahaja, tetapi hati mereka kekosongan, kosong kerana tiadanya nur Iman..astaghfirullah..

maka, hal ini lah lebihnya golongan mukmin, yakni golongan yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, mentaati setiap perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala, meninggalkan setiap kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Penyayangnya Allah Subhanahu wa Ta'ala hanyalah kepada golongan mukmin, yang mana walaupun kurang kekayaan atau tiada kekayaan yakni tentang hal dunia, namun hati mereka begitu kaya dengan cinta Allah Subhanahu wa Ta'ala..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

maka, beruntunglah mereka yang mana hati mereka dimuliakan dengan kehadiran nur cinta Allah Subhanahu wa Ta'ala, jiwa mereka ditenangi dengan kehadiran nur cinta Allah Subhanhu wa Ta'ala, jasad mereka dihiasi dengan kehadiran nur cinta Allah Subhanahu wa Ta'ala..mengangkat mereka lebih daripada makhluk yang selainnya, masya Allah, tabarakallah..

dan, merekalah hamba Allah yang sebenar-benar bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

syukur mereka begitu tinggi nilainya, apabila datangnya ni'mat yang sedikit, mereka akan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, apatah lagi ni'mat yang banyak, bertambah-tambah mereka bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

masya Allah, tabarakallah..





doa hati hina ini : "ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah hati hina ini, jiwa hina ini, jasad hina ini di kalangan hamba-Mu yang bersyukur dengan segala-gala kurniaan-Mu, janganlah Engkau campakkan diri ini di kalangan hamba-Mu yang rugi, hamba-Mu yang ingkar dengan segala kurniaan-Mu, dengan segala ni'mat-Mu, sesungguhnya diri ini amat lemah, amat kerdil, aku merayu ya Allah, golongkanlah aku di kalangan hamba-Mu yang beruntung, amin ya Rabb"..



sumber: ambo21.blogspot.com

Jumaat, 22 Jun 2012

Syaaban Kembali!! Ramadhan Menanti!!

بسم الله الرحمن الرحيم


SYAABAN KEMBALI!!
RAMADHAN MENANTI!!

Kini Syaaban kembali menandakan hampirnya kita bertemu dengan Ramadhan yang mulia, namun kita tidak pasti adakah kita masih berkesempatan menemui Ramadhan tahun ini atau tidak. lantaran itu, Nabi Sallahu alaihi wassalam menuntut seluruh umatNya yang tersayang memenuhi Syaaban dengan berpuasa, beristighfar, berselawat, bersedekah, dan mensucikan diri sebagai latihan memasuki gerbang rahmat, keampunan dan keselamatan dari api neraka.

Bulan Syaaban merupakan bulan ke -8 dalam tahun Hijrah yang mempunyai 28 hari. Bagi umat Islam ianya merupakan satu bulan yang sangat mulia dan begitu penting kerana ianya ibarat bulan persediaan untuk memasuki fasa bulan yang sangat ditunggu-tunggu, itulah Ramadhan Al-Mubarak.

KELEBIHAN SYAABAN

Dari Aisyah, Ummul mukminin RA katanya : Rasullullah SAW sering puasa sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa seterusnya.Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan terus berbuka. Dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak puasanya di bulan Syaaban. (HR Muslim 1125:266)

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Syafi’ie berbunyi : “Telah sampai kepada kami bahawa al-Syafi’ie mengatakan : “Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam : malam jumaat, malam aidil adha, malam adil fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu Sya’ban
”(al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994, Maktabah Dar al-Baz : Makkah al-Mukarramah, hlm 319 juz 3)

AMALAN PADA BULAN SYAABAN

1. Menghidupkan malamnya dengan ibadat khasnya pada malam Nifsu Syaaban (pada malam 14 Syaaban).Ini kerana malam Nisfu Syaaban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’Mi’rajnya dan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Pada Malam Nifsu Syaaban disunatkan membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali berturut-turut dengan niat bacaan pertama memohon agar Allah SWT memanjangkan umur didalam ketaatan dan sentiasa beramal Soleh. Bacaan kedua memohon supaya ditolak segala bala bencana yang bakal menimpa bila-bila masa dan bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan dimurahkan rezeki yang halal.

2. Sering bermunajat dan berdoa seperti doa Rasulullah:

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبِ وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan"
Maksudnya:
"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

3. Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat dari segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibubapa serta keluarga.

4. Memperbanyakkan membaca al-Quran ,bertasbih, bertahmid,berzikir,berselawat dan melakukan solat-solat sunat. Amat baik dibaca penghulu Istighfar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...