Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 23 Jun 2012

Hati Yang Sedang Sakit Lebih Cintakan Dunia Berbanding Hari Akhirat

بسم الله الرحمن الرحيم
 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hati manusia sentiasa disibukkan dengan kecintaan kepada dunia. Harta kekayaan yang dimegah-megahkan, keseronokan kepada isteri dan anak-anak, perniagaan yang diusahakan takut kerugian, hiburan yang diminati dan aktiviti harian melayan hobi dan kesukaan. Tidak ramai manusia yang cinta kepada majlis ilmu, tazkirah, bahan tarbiah dan dakwah.

Jika ditagkan nota tazkirah diwall facebook cepat-cepat dipadamkan kerana merasa elagi dan tak selesa. Tidak berminat jika wall dipenuhi artikal yang mengajak kepada akhirat dan membaiki akhlak kepada akhlak mukmin. Lebih suka berbincang hal-hal dunia dan kesukaan masing-masing. Lebih suka khayal mengenangkan nostalgia lama yang mengasyikkan. Tidak salah mengenangkan kisah-kisah lama tetapi itu hanyalah "BAHAN SEJARAH" yang lebih penting bagaimana kita hendak mengajak rakan-rakan lama (yang telah berada diambang usia senja) menuju siratul mustakim supaya kita dapat bertemu disyurga nanti insya Allah.

Dalam hadis menjelaskan sahabat-sahabat yang baik dan bertakwa ketika di dunia akan bertemu disyurga nanti. Ada pasar disyurga tetapi tidak ada jual beli yang ada hanya lah perjumpaan mengenangkan kisah-kisah lama ketika di dunia.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud: "Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".

Manusia lebih tertarik membincangkan perlawanaan bola sepak pasukan mana yang menjadi pilihan, penyanyai mana yang memenangi pertandingan (mentor, akademik fantasi, kilauan emas dan sebagainya), pelaburan mana yang lebih menguntungkan (tidak kira halal/haram), filem mana yang mendapat box office, termasuk jenis-jenis kereta yang dipakai, rumah tempat tinggal dan perabut berjenama dan jenis pakaian yang dipakai dan model telefon bimbit terkini yang digunakan dan sebagainya.

Manusia benar-benar terpedaya dengan dunia yang melalaikan dan melekakan hinggakan manusia sanggup menghabiskan ribuan ringgit dan masa yang banyak untuk melayan hobi dan kesukaan hawa nafsu yang dituruti. Mereka yang berminat terhadap kereta sanggup menghiasi kereta dengan "accessory" yang mahal dan membazir. Mereka yang berminta perhiasan rumah sanggup menghabiskan puluhan ribu untuk mengiasi rumah dengan perabut mahal dan kemasan yang berjenama dan diimport dari luar negara. Mereka yang minat memancing sanggup ambil cuti dan menyewa bot laju untuk memenuhi kepuasan memancing dikawasan laut dalam. Sedangkan amat berat untuk membayar zakat dan bersedekah kepada fakir miskin atau kejalan Allah SWT.

Apabila diajak kepada kemasjid atau surau untuk mengikuti kuliah agama atau tazkirah berbagai-bagai alasan diberikan. Tidak ada masa, sebuk dengan keluarga, sebuk dengan pelanggan dan letih bekerja sehari suntuk dipejabat dan sebaginya.

Apakah manusia merasakan bahawa dia boleh hidup 100 tahun lagi atau seolah-olah panggilan kealam barzakh masih jauh?. Walaupun umur sudah menjangkau 50 an, 60 an dan 70 an tetapi minat kepada dunia melebihi kesukaan kepada hari akhirat.

Sahabat yang dimuliakan, Rasulullah SAW. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

Tahukah kalian bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah dan membuat persiapan secukupnya untuk hari esok (akhirat). Untuk keperluan makan, minum, rumah, kenderaan dan keperluan hidup yang lain cari dan gunakanlah seadanya (qanah) kerana hidup di dunia hanya sementara waktu sahaja. Jika berharta perbanyakan sedekah jariah kerana inilah saham yang sebenarnya untuk kita semasa disana nanti. Janganlah memandang sepi terhadap ilmu yang bermanfaat walaupun satu perkataan. Sebarkanlah dan kongsi bersama sahabat-sahabat lain kerana ianya juga saham akhirat.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu pahala amalan (yg dilakukan semasa hayatnya masih ada), sedekah yang berkekalan, ilmu yang dimanfaat, anak-anak soleh yang berdoa kepadanya." (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.)

kredit: abubasyer.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...