Ukhwah Islamiyyah

Jumaat, 22 Jun 2012

Syaaban Kembali!! Ramadhan Menanti!!

بسم الله الرحمن الرحيم


SYAABAN KEMBALI!!
RAMADHAN MENANTI!!

Kini Syaaban kembali menandakan hampirnya kita bertemu dengan Ramadhan yang mulia, namun kita tidak pasti adakah kita masih berkesempatan menemui Ramadhan tahun ini atau tidak. lantaran itu, Nabi Sallahu alaihi wassalam menuntut seluruh umatNya yang tersayang memenuhi Syaaban dengan berpuasa, beristighfar, berselawat, bersedekah, dan mensucikan diri sebagai latihan memasuki gerbang rahmat, keampunan dan keselamatan dari api neraka.

Bulan Syaaban merupakan bulan ke -8 dalam tahun Hijrah yang mempunyai 28 hari. Bagi umat Islam ianya merupakan satu bulan yang sangat mulia dan begitu penting kerana ianya ibarat bulan persediaan untuk memasuki fasa bulan yang sangat ditunggu-tunggu, itulah Ramadhan Al-Mubarak.

KELEBIHAN SYAABAN

Dari Aisyah, Ummul mukminin RA katanya : Rasullullah SAW sering puasa sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa seterusnya.Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan terus berbuka. Dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak puasanya di bulan Syaaban. (HR Muslim 1125:266)

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dari Imam al-Syafi’ie berbunyi : “Telah sampai kepada kami bahawa al-Syafi’ie mengatakan : “Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam : malam jumaat, malam aidil adha, malam adil fitri, malam pertama bulan rejab dan malam nisfu Sya’ban
”(al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 1994, Maktabah Dar al-Baz : Makkah al-Mukarramah, hlm 319 juz 3)

AMALAN PADA BULAN SYAABAN

1. Menghidupkan malamnya dengan ibadat khasnya pada malam Nifsu Syaaban (pada malam 14 Syaaban).Ini kerana malam Nisfu Syaaban seumpama keagungan Rejab dengan malam Isra’Mi’rajnya dan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Pada Malam Nifsu Syaaban disunatkan membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali berturut-turut dengan niat bacaan pertama memohon agar Allah SWT memanjangkan umur didalam ketaatan dan sentiasa beramal Soleh. Bacaan kedua memohon supaya ditolak segala bala bencana yang bakal menimpa bila-bila masa dan bacaan kali ketiga memohon supaya kita tidak berhajat melainkan kepada Allah SWT dan dimurahkan rezeki yang halal.

2. Sering bermunajat dan berdoa seperti doa Rasulullah:

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبِ وَشَعْبَان وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadhan"
Maksudnya:
"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

3. Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat dari segala dosa serta meminta keampunan daripada Allah SWT untuk kedua ibubapa serta keluarga.

4. Memperbanyakkan membaca al-Quran ,bertasbih, bertahmid,berzikir,berselawat dan melakukan solat-solat sunat. Amat baik dibaca penghulu Istighfar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...