Rabu, 29 Januari 2014
Provokasi Kristian Atau Provokasi Munafik?
Gambar kain rentang ini dikatakan diambil oleh seorang wartawan BERNAMA di Penang dan dihantar kepada group whatapss. Sebelum anda mula beremosi, sila baca apa yang Allah kata bila terima berita sebegini;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat 49:6)
Kita tidak tahu kesahihan berita ini dan jangan cepat menuding jari dan berdemonstrasi. Mari kita imbas kembali beberapa peristiwa untuk iktibar kita,
1) Lupakah provokasi Abdullah ibn Saba yang menyebabkan umat Islam berperang sesama sendiri hanya selepas 28 Tahub kewafatan Baginda s.a.w?
2) Ingat 11 September ciptaan Amerika sendiri yang lalu menuding jari ke pengganas lalu digunakan sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan?
3) Ingatkah kita kepala babi dibalut bendera PAS dibuang ke dalam surau?
4) Lupakah kita George Bush menuduh Iraq memiliki senjata pemusnah lalu digunakannya sebagai alasan untuk menghancurkan Iraq, namun sehingga kita tiada senjata dijumpai walaupun Saddam Hussein telah mati digantung?
5) Lupakah kita Aisya, isteri Nabi dituduh berzina dengan sahabat oleh perbuatan keji Abdullah ibn Ubay ibn Salul?
Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya menjadi iktibar.. Mengecewakan apabila setelah gambar ini dihantar ke dalam whatapss group yang terdiri dari org penting dan berilmu tinggi tentang Islam mula beremosi... Andai kita ada bukti nyata dan jelas bahasa memang benar Kristian yang lakukan, saya juga akan membantah kerana sengaja melanggar perintah mahkamah dan memprovokasi keharmonian di Malaysia. Apa apapun, selidik dulu dan jangan beremosi lebih-lebih tak bertempat...
Wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan