Memang tidak dapat dinafikan dalam mengharungi kehidupan seharian kita ini, kita sering tidak berpuas hati dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada orang lain. Kita jarang rasa bersyukur dengan anugerah yang Allah kurniakan kepada kita, dan kita sering berusaha untuk mengubahnya walau apa pun terjadi. Ini kerana sikap kita yang tidak pernah puas hati dan rasa cukup dengan apa yang ada.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Namun, dalam banyak perkara ada juga perkara yang tidak boleh kita mengubahnya. Dalam hidup ini ada tujuh (7) hal yang tidak boleh kita ubah :
1- Jenis Kelamin atau jantina
Jantina adalah suatu ketentuan yang Allah telah berikan kepada setiap manusia. Samada mahu atau tidak kita hendaklah pasrah dan berbangga kerana diciptakan mempunyai jantina lelaki maupun wanita. Memang ada kita mempersoalkan bahawa jantina boleh diubah melalui pembedahan jantina, tetapi dapatkan kita sebagai manusia mengubah naluri dan fitrah yang telah Allah anugerahkan kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, terimalah seadanya dirimu samada lelaki atau wanita.
2- Orang Tua
Setiap manusia kita semua mempunyai ibu bapa yang telah ditentukan oleh Allah swt. Dapatkan kita mengubah asal kejadian ini. Bersyukurlah dan hargai orang tua atau ibu bapa kita , walau siapa pun 'dia' . 'Dia' adalah orang tua atau ibu bapa kita yang menjaga dan mendidik kita sehingga dewasa. Kenangilah jasa mereka tanpa mereka siapalah kita. Sila jawab soalan ini siapakah yang melahirkan?
- Perdana Menteri
- Doktor
- Guru
- Akauntan
- Sekalipun seorang tukang sapu
Semua itu adalah jasa dan pengorbanan seorang ibu dan bapa. Ingatlah tanpa mereka anda semua tidak dapat melihat bulan dan bintang. Tanpa mereka maka tidak wujud orang-orang yang bijak pandai di atas. Oleh itu, kasihi dan sayangilah mereka selagi mana mereka ada bersama kita. Andai mereka suatu hari nanti, tiada bersama kita lagi kirimlah doa yang paling baik untuk kedua arwah ibu dan bapa kita.
Walaupun, baik atau jahat, cantik atau hodoh,kaya atau miskin, itu adalah tidak penting apa yang penting ibu tetap ibu, dan bapa tetap bapa ia tetap orang tua kita yang tidak dapat kita ubah dalam kehidupan kita hingga akhir hayat kita.
3- Hari Kelahiran
Adalah hari permulaan kita dilahirkan di dunia ini sebelum kita dipanggil mengadapnya. Hari lahir ini adalah hari ketentuan yang memang sudah ditentukan dan janganlah sesekali kita menyesalinya.
4- Bentuk Fizikal
Hakikatnya bentuk fizikal kita ini dipengaruhi oleh banyak faktor dan pemakanan kita seharian. Jika kita mempunyai rambut kerinting atau lurus, hidung yang mancung atau pesek, wajah yang nan ayu atau hodoh, kulit putih maupun hitam terimalah seadanya. Dapatkah kita mengubah ciptaan Allah ini?
Dapat...
Tapi bagaimana, adakah ciptaan Allah yang asal menyamai dengan pembuatan tangan-tangan manusia itu. Sudah tentu berbeza bukan!. Contohnya adakah sama kecantikan hidung yang diciptakan Allah dengan manusia, atau kewangian dan keindahan bunga yang Allah ciptakan dengan manusia. Sudah tentu tidak sama bukan! . Maka bersyukur dengan fizikal yang telah Allah ciptakan untukmu. Jadilah hamba Allah yang taat dan sujud menghadapNya dengan hati yang pasrah dan ikhlas dalam mengharap keredhaanNya.
5- Masa Lalu
Dapatkah kita mengembalikan masa yang telah kita bazir masa lalu. Sudah tentu tidak kan. Hukamah ada mengatakan kan "Masa itu adalah ibarat mata pedang, potonglah ia sebelum ia memotang kamu". Masa itu adalah emas. Serta pelbagai lagi perihal masa, ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Oleh itu, hargailah masa ini kerana masa yang sudah berlalu tidak boleh diubah lagi. Apa yang penting masa yang lalu adalah kenangan dan masa kini adalah kenyataan.
6- Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan dalam keluarga kita sebagai anak bongsu,anak tengah maupun anak yang sulung ia adalah ketetapan dan kita sebagai manusia biasa tidak dapat untuk mengubahnya. Bolehkah kedudukan ini diubah oleh kita kerana tidak suka atau tidak pasrah pada ketentuan ini. Apa pun yang terjadi, adik mesti menghormati abang, dan abang menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk jadi 'role model' kepada adik-adiknya.
Oleh itu, bersyukurlah dengan gelaran yang anda dapat, dan kedudukan anda dalam keluarga.
7- Suku Bangsa
Janganlah kita menyesal menjadi orang melayu,jawa atau cina. Sesuatu bangsa itu mempunyai identiti yang tersendiri dan unik. Sebenarnya suku bangsa itu tidak boleh berubah apa yang boleh kita ubah adalah cara kita berfikir untuk maju dan berjaya.
Jika kita berubah cara kita berfikir, insaallah berubahlah cara hidup kita. Contohnya bangsa melayu duduk di kampung dan bercucuk tanam di kampung. Orang melayu boleh berjaya jika cara kita berfikir dan hingga menyebabkan bangsa melayu maju dan berjaya di mata dunia jika berubah cara berfikir kan! Jika mahu berubah.... “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:
1. Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.
2. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
3. Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.
4. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
5. Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.
Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.
Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.
Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.
Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.
*Sumber dari hmetro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan