Ukhwah Islamiyyah

Isnin, 21 Mei 2012

Bulan Rejab Datang Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah… Segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala yang telah memberikan kita limpahan nikmat-Nya… Ya Allah, Ya Rabbi! Sesungguhnya Dikau Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, walaupun hamba-hamba-Mu sentiasa lupa kepada-Mu dan sering mengingkari perintah-Mu serta melengahkan perintah-Mu tapi Dikau tidak pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Dikau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Dikau redhai…


Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah Ta’ala yang serba indah ini sebagai hamba-Nya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah Subhanallah Wa Ta’ala kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya dosa besar ataupun dosa kecil.. kita tetap berdosa.
Bila tiba bulan rejab terdengarlah orang membicarakan tentang amalan di bulan rejab terutama puasa rejab. Ada yang seronok bila bulan rejab tiba. Seronok nak puasa sunat. Dalam masa yang sama kita mula mendengar dan membaca dalam akhbar tentang hadith-hadith palsu berkenaan amalan di bulan rejab.

Pelbagai perbahasan yang diutarakan. Kita umat islam sewajarnya berpegang dengan hadith sohih dalam beramal ibadah. Cuma janganlah kita asyik berdebat tentang hadith amalan rejab: itu hadith palsu, itu hadith dhaif sehingga akhirnya, kita pulak yang tidak berpuasa langsung di bulan rejab ini. (Awas dari tipu daya syaitan yang suka menggoda manusia berdebat) Kerana di sana ada hadith sohih yang menceritakan Rasulullah SAW yang maksum itu berpuasa di bulan rejab.

Mahfum dari hadith riwayat Muslim ada menyebut Rasulullah SAW dilihat banyak berpuasa pada bulan rejab seolah-olah baginda berpuasa sepanjang bulan tersebut dan ada juga dilihat Rasulullah SAW tidak berpuasa di bulan rejab seolah-olah baginda tidak berpuasa sepanjang bulan rejab.

Sudah tentu kita sebagai manusia yang tidak maksum dan semakin jauh jarak masa dari Rasulullah SAW sewajarnya kita perbanyakkan puasa di bulan rejab ini. Maklum sajalah kita umat akhir zaman ini agak kurang beramal berbanding jenerasi awal Rasulullah SAW. Juga marilah kita di bulan yang diberkati ini memohon kepada Allah supaya mengampuni dosa kita yang banyak ini.

Allahumma innaka ta'lam annahazihil qulub...
Qadijtama'at 'ala mahabbatik! Amin ya Rabbal a'lamin..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...