Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 9 Ogos 2014

Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF


























Saya tidak pandai dan kurang faham politik. Sebab itu di facebook saya tak pernah pun menulis apa2 perihal politik. Tetapi, saya amat tahu dan faham mengenai perniagaan melalui pengalaman 14 tahun dalam bidang perniagaan dan juga konsultan / speaker kepada beberapa perniagaan besar dalam dan luar negara.

Izinkan saya mengambil masa 2 minit daripada anda untuk jelaskan bagaimana usaha boikot perniagaan-perniagaan yang membantu Zionis telah memberi impak teruk kepada mereka dan apa yang kita sebagai pejuang Islam perlu lakukan untuk terus membantu.

Baru-baru ini, dilaporkan, dua jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot, iaitu syarikat Coca Cola dan juga Mc Donalds. CNN melaporkan (satu lagi yang perlu boikot), kejatuhan nilai dua perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memboikot dua syarikat tersebut.

Di sini, perlu saya fahamkan anda, apa yang terjadi.

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi. Inilah yang terjadi pada dua syarikat Coca Cola dan McDonalds. 

Hakikatnya, boikot produk-produk Israel (Coke dan McD bukan produk Israel) dan juga produk yang menyokong Israel (Coke dan McD tergolong dalam yang ini), telah bermula bertahun-tahun lamanya. Sejak 2009, beberapa pasaraya besar Eropah telah mula menghentikan pengambilan stok produk-produk Israel. 

Cuma sejak kebelakangan ini, isu boikot telah menjadi tumpuan pengguna dan orang ramai oleh kerana penyebaran mesej boikot melalui media sosial seperti Facbook ini.

Negara seperti Turki baru-baru ini telah menghentikan pengambilan Coca Cola untuk rak-rak kedai / pasaraya. Begitu juga hotel-hotel di India telah mula menghenti pengambilan Coca Cola di premis mereka. Pelanggan di restoran francais McDonald juga terdapat pengurangan. Mungkin dilihat tidak banyak, tetapi seperti yang dikatakan, pengurangan untung 10% akan memberi impak kepada organisasi.

Di Malaysia Persatuan Pengguna-Pengguna Islam telah menekankan 4 produk yang perlu di boikot, iaitu McDonalds, Coca Cola, Starbucks dan Colgate. Walaupun banyak lagi produk yang membantu Zionis, 4 ini diberi penekanan untuk boikot secara strategik.

Adakah dengan boikot perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donalds, Colgate, Starbucks dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza?

Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.

Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zionist. Usaha boikot menjatuhkan nilai mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan-insan perihatin. Usaha boikot akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zionis dalam membantu mereka. 

Dan inilah yang terjadi kini. Alhamudlillah, kemenangan kepada kita.

Sememangnya, untuk lakukan boikot 100% diakui adalah agak sukar. Mungkin anda sedang membaca nukilan saya ini menggunakan PC yang dikuasai Pentium? Atau di pejabat anda menjalankan tugas menggunakan Pentium? Intel juga adalah antara penyumbang terbesar Zionis. Mungkin juga antara sahabat atau keluarga kita masih merokok? Masih minum Milo? masih makan Maggie? Juga memyumbang ke arah Zionis.

Tetapi, sekiranya tidak boleh 100%, kurangkanlah 50%. Sekiranya tidak mampu 50%, kurangkan lah 10%. Ingat, kejatuhan keuntungan perniagaan dan jenama besar 10% akan memberi impak kerugian yang besar kepada organisasi tersebut.

Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zionis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zionis dan menjauhkan hubungan syarikat-syarikat lain dikaitkan dengan mereka seperti banyak syarikat kini.

Dan walaupun mungkin Zionist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu palestine serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha boikot kita.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya. Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga - walaupun sedikit demi Islam.

- Irfan Khairi, Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...