بسم الله الرحمن الرحيم
Dimulakan dengan lafaz: Subhanallah (Maha Suci Allah),
Anda ada tahu peristiwa Israk Mikraj? Tahu tapi tak berapa nak tahu? Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta. Sebagai umat Islam, kita perlu tahu ini..
A. Takrif?
Sidratul muntaha, baitul makmur( masjid tempat malaikat bertawaf- setentang dengan Ka’bah di bumi), luh mahfuz, syurga dan neraka, a’rasy= alam di atas
Percaya? Orang ke bulan. Kajian sains dan teknologi mengatakan boleh. Inikan pula Allah yang menciptakan sains dan teknolgi itu. Mesti segalanya tidak mustahil berlaku.
B. Bila berlaku?
C. Tujuan berlaku?
D. Kenderaan?
E. Turun ke bumi. Apa kesudahannya?
F. Apa pengajaran?
Kuasa Allah tidak terbatas. Cth: Nabi saw dibawa dari Mekah – Palestine -Sidratul Muntaha ¾ malam sebelum terbit fajar. 6 mlm-6 pagi. ( Jam 3 pagi sudah kembali berada ke Mekah)
Sebelum bertemu Allah, Nabi saw di’bedah’ oleh Malaikat utk membersihkan hati. Dengan jiwa tenang, penuh iman dan taqwa, kita akan mudah mendekati Allah. Dua kali Nabi saw dibedah. Satu kali sewaktu kanak-kanak dan kali kedua waktu Israk dan Mikraj. Masa kanak-kanak itu, Nabi saw di perkampungan ibu susunya Halimatus-sa’diah.
# Pembedahan macam mana? Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya ‘membedah’? Zaman sekarang ‘cahaya laser’ digunakan bagi tujuan perubatan. Membuang sel-sel rosak di mata dan otak dan batu karang. Maka, peristiwa ini boleh diterima.
Banyak peristiwa Nabi saw lihat semasa bersama Jibril A.S tentang keadaan manusia di bumi. Ada yang melakukan kebaikan manakala masih ada yang melakukan maksiat. Semuanya akan diadili Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Asal solat 50kali sehari semalam. Akhirnya 50kali – 5kali sehari semalam. Ganjaran sama dengan 50kali solat. Nabi Musa – Nabi saw berbincang tentang bilangan solat. Keturunan manusia lemah dan malas.
Abu Sa’id Al-Khudri menceritakan bila mana Nabi saw bertemu :
- Israk: Perjalanan Nabi saw di malam hari dari Mekah (Masjidil Haram) – Palestine (Baitul Muqaddis)
- Mi’raj: Naiknya Nabi saw dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis menembusi alam di bawah ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
Sidratul muntaha, baitul makmur( masjid tempat malaikat bertawaf- setentang dengan Ka’bah di bumi), luh mahfuz, syurga dan neraka, a’rasy= alam di atas
Percaya? Orang ke bulan. Kajian sains dan teknologi mengatakan boleh. Inikan pula Allah yang menciptakan sains dan teknolgi itu. Mesti segalanya tidak mustahil berlaku.
B. Bila berlaku?
- Berlaku pada 27 Rejab, tahun ke 12 Kerasulan Nabi saw ( 662M- umur 52 thn).
- 1 tahun sebelum Hijrah dari Mekah – Madinah.
- Tahun dukacita: Bapa saudara Abu Talib dan isteri Siti Khadijah meninggal dunia.
- Serangan musuh Islam bertambah kuat. Peristiwa di Thaif, Nabi saw dan anak angkatnya Zaid b Harisah dihina, diusir, dilempar dengan batu-batu tajam hingga berdarah!
C. Tujuan berlaku?
- Allah ingin menunjukkan kepada Nabi saw tanda-tanda/alamat-alamat kebesaranNya. (rujuk ayat 1 surah al -israk)
- Apabila lihat tanda-tanda/alamat-alamat kebesaranNya, maka akan hilang rasa sedih di atas masalah dakwah serta kehilangan orang-orang tersayang.
- Menguatkan hati dan semangat Nabi saw untuk terus yakin berjuang.
D. Kenderaan?
- Seekor haiwan berwarna putih, dinamakan al-buraq.
- Bentuknya seperti keldai. Warnanya lebih putih daripada salji.
- Wajah seperti manusia, tapi dia membisu.
- Bersayap, terbang dengan pantas.
E. Turun ke bumi. Apa kesudahannya?
- Bertemu musuh ketat, Abu Jahal. Abu Jahal dan musyrikin Mekah mempersendakan Nabi saw tentang Israk &Mikraj ¾ mlm.
- Orang Islam percaya/tidak. Ada yang terpengaruh dengan non muslim. Abu Bakar percaya dengan Israk Mikraj. As-Siddiq.
- Abu Jahal ingin malukan Nabi saw. Tanya tentang gambarkan bentuk rupa Masjid Al-Aqsa (tiang, pintu dll). Allah gambarkan di hadapan Nabi saw dan baginda dapat jawab! Orang yang pernah ke situ membenarkannya!
- Jasad dan roh/roh yang pergi Israk Mikraj?
- Rujuk ayat 1. Al-Israk. Lafaz ‘abdihi (hambanya-hamba= dikenali manusia dengan jasad dan rohani.
- Di Masjid Al-Aqsa, baginda ditawarkan 2 bekas minuman susu/arak? Nabi saw pilih susu. Fitrah kejadian, hanya tubuh badan kasar perlukan bahan-bahan kimia dari minuman dan makanan.
- Jibril turun berjumpa dengan Nabi saw pada awal Israk Mikraj secara sedar. Bukan mimpi/roh. Kembaranya bersama Jibril secara fizikal sebagai teman.
- Zaman sains dan teknologi, manusia ke angkasa luar dan ke bulan dengan jasad. Jadi, apakah hati kecil kita ingin menolak kebenaran Israk Miraj.
- Buraq sebagai haiwan tunggangan. Sudah tentu dinaiki oleh jasad dan bukan roh.
F. Apa pengajaran?
Kuasa Allah tidak terbatas. Cth: Nabi saw dibawa dari Mekah – Palestine -Sidratul Muntaha ¾ malam sebelum terbit fajar. 6 mlm-6 pagi. ( Jam 3 pagi sudah kembali berada ke Mekah)
Sebelum bertemu Allah, Nabi saw di’bedah’ oleh Malaikat utk membersihkan hati. Dengan jiwa tenang, penuh iman dan taqwa, kita akan mudah mendekati Allah. Dua kali Nabi saw dibedah. Satu kali sewaktu kanak-kanak dan kali kedua waktu Israk dan Mikraj. Masa kanak-kanak itu, Nabi saw di perkampungan ibu susunya Halimatus-sa’diah.
# Pembedahan macam mana? Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya ‘membedah’? Zaman sekarang ‘cahaya laser’ digunakan bagi tujuan perubatan. Membuang sel-sel rosak di mata dan otak dan batu karang. Maka, peristiwa ini boleh diterima.
Banyak peristiwa Nabi saw lihat semasa bersama Jibril A.S tentang keadaan manusia di bumi. Ada yang melakukan kebaikan manakala masih ada yang melakukan maksiat. Semuanya akan diadili Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Asal solat 50kali sehari semalam. Akhirnya 50kali – 5kali sehari semalam. Ganjaran sama dengan 50kali solat. Nabi Musa – Nabi saw berbincang tentang bilangan solat. Keturunan manusia lemah dan malas.
Abu Sa’id Al-Khudri menceritakan bila mana Nabi saw bertemu :
- Lelaki di langit bawah. Riang dan ceria dengan sebilangan roh dan menyebut: Cis! Roh yang kotor datang daripada jasad yang kotor. Nabi Adam gembira dengan anak cucu yang beriman dan roh kafir menimbulkan kebencian.
- Lelaki yang memegang ketulan-ketulan batu dan dimasukkan ke mulut dan keluar ikut dubur. Makan harta anak yatim.
- Lelaki yang merangkak dengan perut sepertt unta yang dahaga dan menuju ke neraka. Jalan teresot/jengkel/ tak kuasa lurus. Amalan riba.
- Lelaki yang makan daging yang busuk daripada daging yang segar di hadapannya. Lelaki yang tinggalkan perempuan yg halal/isteri yang sah dan dapatkan yang haram.
"Dulu solat 50 kali, sekarang solat 5 kali pun orang liat nak solat"
Rujukan: http://mahkamah-akhirat.blogspot.com
8 ulasan:
amin...
ape yg di belajarkan dlu banyak dh lupe... astaghfirullahal'azim.... klo x dbukak balik buku.. mmg trs x igt... adakah itu tandanya allah tu jauh dari kita atau kita yang menjauhkan diri dari allah..?
teringat mase sek. dlu.. setiap minggu allahyarham mudir "ayahanda" datang ke asrama lepas solat subuh.. beliau byk ceritakan hal kisah2 nabi dan sahabat pada kami...
Allah tidak jauh daripada setiap hamba... yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri.. hati yg tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yg tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah..
alhamdulillah
sabda Rasulullah S.A.W.: "barangsiapa mengamalkan ilmu yang diketahuinya, nescaya Allah akan mewariskan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya."
betol tu jiwa hamba.. betapa ruginya masa muda sy sebelum ini kerana lambat sedar dari mimpi mainan dunia dan manusia.. ntah berapa banyak masa lagi yg saya ade untuk tebus balik ke khilafan sy ini... astaghfirullahal'azim..
semoga kita mendapat rahmat serta hidayahNya dengan bermulanya niat ikhlas serta usaha yang berterusan utk perbaiki diri kearah kebaikan..
Catat Ulasan