بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.. Buat pembaca budiman. Hari ini 1 Rejab 1432 Hijrah bersaman 2 Jun 2011 Masihi. Kita selalu ingat hari ini berapa haribulan Masihi, tapi berapa tarikh Islam? Kita selalu lupa. Jangan lupa membaca doa di atas. Alhamdulillah, masih diberikan peluang kita untuk berjumpa Rejab, berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pula. InsyaAllah.
Sesetengah orang mungkin tak berapa kisah sangat pasal bulan-bulan ni. Malah ada juga yang langsung tak ambil peduli. Yang mereka tahu hanya pergi kerja, cari makan dan berseronok saja atas dunia ni. Bab-bab agama, iman dan amal, mereka pandang sebelah mata saja, atau langsung buat tak tahu. Jika begitu, alangkah MALANG nya orang yang macam itu. Semoga kita tak tergolong dalam kalangan orang yang begitu.
Bagi mereka yang peka dan faham maksud hidup kita atas dunia ini, sudah tentulah mereka sentiasa mengambil kira semua perkara. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan soal iman dan amal. Pasti mereka tidak akan mensia-siakan peluang yang ada untuk melakukan amal kebaikan.
Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang Keistimewaan Bulan Rejab. Dan amalan apakah yang bagus untuk kita amalkan dalam bulan ini. Aduhai.. Betapa pantas masa berlalu. Dan betapa pendeknya sisa umur yang tinggal. Kini REJAB datang lagi. Bagaimanakah keadaan iman dan amal kita??? Semoga berkat bulan REJAB yang mulia ini menjadi sumber hidayah buat kita semua. Amin insyaAllah.
Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam Allah berfirman,
"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
(QS At-Taubah: 36)
- Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
- Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
- Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi S.A.W memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.
- Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
- Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
- Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
- Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.
- Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam haribulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
- Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis palsu.
- Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih.
Rujukan - Hafiz Firdaus-
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
- Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
- Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan