Dakwah satu kerja sangat-sangat halus untuk di fahami.. bila di kaji, difikir dan di renung dalam-dalam kita akan berjumpa dengan jawapan “subhanallah”.. Kita ambil contoh paling mudah.. "Azan" itu adalah dakwah yang paling sempurna kata orang alim ulamak.. "Allah Maha Besar", Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah, Marilah sembahyang, Marilah menuju kejayaan dan seterusnya..
Allah s.w.t panggil manusia untuk taat perintah Dia dengan mengeluarkan kata-kata yang paling hikmah sekali.. tak ada kata-kata yang berbentuk mencela pun dalam Azan itu.. Allah s.w.t tahu bahawa Azan akan itu di dengari oleh non-muslim dan orang Islam yang beriman.. Maknanya Allah s.w.t sayang pada hamba Dia yang bukan Islam dan juga lebih-lebih lagi pada orang Islam.. Jadi, manusia perlu ambil hikmah daripada Azan itu sebagai model dakwah.. tak perlu bila berdakwah cerita pasal aib orang yang ada depan kita.. cakap sekadar cerita aib yang ada di dalam Al-Quran itu.. Kalau nak cerita pasal keburukkan pemimpin cerita lah pasal Firaun ke, Haman ke, kalau nak cerita bab orang kaya yang sombong cerita lah pasal Ubai bin Khalaf ke, Qarun ker.. kan hikmah berdakwah macam tu..
Seandainya kita berdakwah dengan banyak bercakap pasal aib orang depan kita maka orang akan mula bosan dan akan lari dari agama, bagi dia semacam tak ada jalan lain untuk dia berubah.. Bila kita berdakwah dengan memberi contoh nama-nama seperti Abu Jahal, Qarun, Haman, Firaun, Ubai bin Khalaf dan lain-lain lagi, Allah s.w.t. sendiri lah yang akan mengaitkan diri seseorang yang mendengar tu dengan nama tokoh penjahat yang disebutkan tadi.. Sebab Allah s.w.t. lah yang Maha membolak balik kan hati manusia ni, bukan kita!
Kita takkan mampu beri kefahaman agama pada manusia melainkan Allah.. Nabi pun dah pesan supaya selalu menjaga aib orang lain.. Manusia kalau selalu bercakap tentang aib orang lain, pasti dan pasti Allah s.w.t akan membuka seluas luasnya aib orang yang suka membuka aib orang lain di padang Mahsyar.. Nah di padang mahsyar nanti semua makhluk akan lihat aib kita nanti.. Jadi, kerja dakwah buat saja seperti yang dah Nabi pertuntunkan dalam kehidupan dia.. Satu orang yang nak jadi pemain bola sepak yang berjaya dia mesti mencari seorang idola untuk dia berjaya, satu orang yang nak jadi doktor yang berjaya pun dia akan mencari satu orang idola dalam bidang kedoktoran untuk dia berjaya.. Sebab idola itu adalah sumber inspirasi kejayaan seseorang..
Begitu juga dengan seorg Da’ei siapa lagi sumber inspirasi dalam kerja dakwah kalau bukan Nabi besar junjungan kita Muhammad s.a.w.
Memang benar Allah s.w.t. tak pandang paras rupa, Allah hanya pandang pada hati-hati kamu kata Allah..Tapi pesan orang alim ulamak hati yang bersih itu datang dari cara penampilan nya.. Kalau satu orang muslim tidak menutup auratnya, apakah kita boleh justify hatinya sudah baik?? Bukan kah di situ dia telah secara terang terangan melanggar perintah Allah? Kalau di Malaysia kita boleh kenal dari rupa paras sama ada seseorg itu Islam atau tidak. Bagaimana pula kita kalau berada di negara bukan Islam? Takkan kita mudah-mudah saja nak bagi salam kat semua orang?? Jadi, sunnah itu tiket yang paling utama untuk menempah kejayaan di dunia dan akhirat.. Sunnah itu satu kod dimana semua orang di seluruh dunia boleh mengenali sama ada seseorang itu Islam atau bukan Islam..
Pesan pada sahabat-sahabat kita yang non-muslim dan saudara seagama bahawa jangan melihat Islam pada kaca mata sesuatu puak atau bangsa tetapi lihat dan kaji lah Islam pada sudut nilai Agama nya.. Bukan nilai bangsa!
Wallahulam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan