Ukhwah Islamiyyah

Rabu, 26 Mac 2014

Ustaz mimpi punca MH370 terhempas di lautan

Ramai pihak yang terkejut dengan kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz berkenaan apa yang berlaku kepada pesawat MH370 sekarang ini. Walau pun ia hanya sekadar mimpi, namun jalan penceritaan sungguh mengejutkan dan pasti menggemparkan bagi mereka yang belum membacanya. Justeru, ikuti perjalanan mimpi ustaz terbabit di bawah ini :-


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang ke mana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH370……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL (SUMBER)

Itulah antara kenyataan Ustaz berkenaan. Ianya kini sedang rancak disebarkan menerusi media sosial. Apapun saya berharap jika ia hanya sekadar mimpi sahaja, maka biarkanlah berlalu. Namun sekiranya ia adalah petunjuk, maka kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T. permudahkan siasatannya.

Selasa, 25 Mac 2014

Detik-Detik TERHEMPAS MH 370























Detik-detik TERHEMPAS MH370 ini hanyalah 'imagination' akhi  Khalifah Al-Banjari pelajar 14 tahun (hafiz al-Quran)..

Apabila saya membacanya, amat membekas di jiwa... rasailah sendiri detik cemas 60 saat sebelum terhempas.. Bismillah bacalah dengan KEINSAFAN sahabat2 ku.. _______________________________

MH 370

“That’s all perfect sir.”

Tuan Zaharie membatukan diri.

“We can continue our journey as usually.” 

Tuan Zaharie masih menyepi.

Fariq tidak menambah apa-apa. Mungkin faham akan tekanan yang dirasai Tuan Zaharie. Mana tidaknya, sedang indah bercuti bersama keluarga, tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan telefon untuk mengendalikan pesawat MH370 ke Beijing sana.

Suasana di dalam bilik pilot itu sunyi dengan suara. Hanya enjin yang menjadi muzik suasana.

Fariq berdehem beberapa kali. “Sir, we have start our journey from Kuala Lumpur within 1 hour. Now we’re going to across Kelantan. It’s still a long journey.”

Tuan Zaharie terus membatukan diri. Fariq mengeluh.























Swaid berjalan melalui dari satu seat ke satu seat sambil tersenyum manis. Langkahnya perlahan. Pesawat boeing ini bukanlah kecil saiznya.

“Pssttt…”

Swaid mencari arah bunyi desiran mulut itu. Dia memandang sekeliling. Kelihatan seorang lelaki berkulit putih mengangkat tangan sambil memandang Swaid. Spontan Swaid berjalan mendapatkan lelaki tadi.

“Yes sir. Anything I can help you?”

“Wine please.” 

Swaid menggeleng perlahan sambil terus tersenyum. “Sorry. We didn’t make that serve.”

“Ahhh… How can this bussines class flight didn’t serve wine? I pay so much for the ticket you know?” Suara lelaki berkulit putih tadi sedikit meninggi. Belum sempat Swaid menjawab, lelaki tadi sudah membaringkan seat dan memejamkan mata.

Swaid terus menjaga personality dan perlakuannya sebagai seorang pramugara. “I’m sorry sir.”

Terus berlalu pergi.

Kali ini sudah kali ketiga lelaki berkulit putih yang berlainan meminta wine. ‘Mungkin sudah menjadi budaya negara mereka.’ Hati Swaid berbisik.

Langkah Swaid diatur ke bahagian belakang pesawat. Setibanya di sana, kelihatan Andrew sedang memperbetulkan seatbelt yang mendakap tubuhnya dari belakang.

“Diorang minta wine lagi.” Ujar Swaid sambil tersengih sumbing.

Andrew tertawa kecil. Swaid mula mengambil tempat betul-betul di hadapan Andrew. Seperti Andrew, Swaid juga memakai seatbelt.

Tiba-tiba…

BUUUMMM!!!

Perbuatan Swaid dan sahabatnya Andrew terhenti seketika. Mereka berbalas pandangan antara satu sama lain.

Satu bunyi ibarat letupan atau perlanggaran telah berlaku.

Andrew dengan pantas menanggalkan semula seatbelt dan bangun lalu dengan pantas bergerak ke arah seat-seat penumpanng. Swaid juga begitu.

Para penumpang kelihatan ada yang sudah mengerutkan kening. Ada yang sudah bangun bagi memastikan apa yang berlaku.

“Don’t worry ladies and gentleman. It just normal crash with some clouds.” Swaid bersuara tenang sambil terus dengan senyumannya. Namun, Andrew terus berjalan pantas menuju bilik pilot. Wajahnya berubah merah.

Apa sebenarnya yang telah berlaku?


“The sound is to loud as a big crash sir.”

Fariq memandang Andrew tanpa berkata. Kemudian wajah Tuan Zaharie menjadi buruan mata mereka. 

Diam. Masing-masing tidak berkata apa-apa.

Tuan Zaharie menekan beberapa punat yang berada di hadapannya. Wajahnya kelihatan gursar dan kaget. 

‘Tidak pernah Tuan Zaharie sebagai seorang pilot berpengalaman tampak risau.’ Fariq mula curiga. Dia dan Andrew sekali lagi bermain pandangan membiarkan Tuan Zaharie yang berperlakuan aneh bukan seperti biasa.

“Allah. How can….!” Tuan Zaharie sedikit meninggi suara memandang susunan butang dan skrin di hadapannya.

“Anything wrong sir?” Fariq mula memperbetulkan posisinya di atas kerusi. Dia sedar tugasnya sebagai pembantu juruterbang akan teruji kalaulah Tuan Zaharie yang berpengalaman ini sudah kelihatan gelabah. 

“Too many wrong!” “Andrew, pastikan penumpang sentiasa dalam keadaan tenang. Buat seperti tiada apa-apa yang berlaku walau kita dalam keadaan kritikal. Now!”

Andrew pantas keluar dari bilik pilot terus melaksanakan tugasnya.

Kini Fariq pula yang bernafas kencang. Mungkin dia sendiri baru mengetahui apa yang berlaku berdasarkan skrin-skrin yang menunjukkan keadaan pesawat tika ini.

“Allah… Tuan, segalanya bukan seperti biasa. Kita perlu melakukan sesuatu. Pesawat dalam keadaan cemas. Tidak mampu bertahan lama.”

Tuan Zaharie diam sambil tangannya rancak menekan-nekan punat yang tersedia di hadapannya bagi berusaha mengawal keadaan yang tiba-tiba cemas dek kerna satu bunyi pelanggaran itu. Walaupun sebenarnya motif bunyi itu masih tidak dikenalpasti.

“Kita tiada pilihan lain. Mustahil pesawat yang berkeadaan tiba-tiba cemas ini mampu tiba ke Beijing yang masih jauh.”

Diam.

“Kita perlu berpatah balik dan mencari lapangan terbang terdekat untuk membuat pendaratan cemas.”

“Sure sir.”

“What’s happen actually?” Patrick sedikit berbisik.

Andrew memerhati sekeliling mungkin ada yang sedang mendengar perbualan mereka. Setelah semuanya dipastikan selamat, “I can’t sure it. Just Captain Zahari and Sir Fariq know it. Yang dapat saya pastikan, pesawat tiba-tiba hilang kestabilan selepas bunyi tadi. Tapi Captain Zaharie minta supaya kita berpelakuan normal di hadapan penumpang.”

Patrick membulatkan mata mendengar penjelasan Andrew.

“Sir. It’s too hard!”

Fariq cuba membantu Tuan Zaharie mengendalikan pesawat bagi membuat pendaratan kecemasan di Pinang International Airport.

“Try it together!”

Malangnya, keadaan pesawat yang semakin kritikal tidak mampu dikawal lagi. Pesawat MH370 kini terumbang-ambing 100 meter dari paras bumi.

“Sir… Kita tak punya pilihan lain, kalau kita terus mencuba dengan keadaan pesawat yang sebegini, kita akan terhempas dalam keadaan teruk.” Fariq sudah mula mengeluh.

“Betul kata awak.”

“Jadi?” Fariq meminta kepastian.

“Saya tidak akan mudah membiarkan amanah penumpang yang berada di dalam peswat ini mati atau cedera selagi saya belum mati akal. Kita teruskan perjalanan walau sudah jauh tersasar dari destinasi sebenar. Sekarang bukan masa untuk memastikan punca pesawat tidak stabil sedangkan pesawat sendiri ksuntukan masa.”

Fariq hanya diam dan membiarkan. Tuan Zaharie lebih berpengalaman. Dan, mungkin tinggal itu sahaja pilihan.

Pesawat MH370 terus terapung di udara. Dalam keadaan terumbang-ambing, tidak stabil. Menanti masa untuk terhempas, namun tidak mahu dibiarkan oleh Tuan Zaharie yang berpengalaman.

‘Tunggu saja apa yang berlaku pada pesawat ini.”

“Sir, we’re just 1 minute across the India.” Suara Fariq bernada perlahan, mungkin sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi pada pesawat. Namun, Tuan Zaharie masih bertungkus-lumus dengan riak wajah yang serius.

“Dan minyak untuk pesawat hanya mampu bertahan…” Tuan Zaharie tidak mampu menyambung ayatnya. 

“60 saat sahaja.” Fariq menyambung lemah.

Semuanya telah dilakukan dan diperusahakan. Seorang juruterbang dan seorang pembantunya yang berpengalam sudah tidak mampu lagi mengawal pesawat. Kini pesawat itu sendiri yang bergerak mengikut arah yang dia mampu dan dia mahu.

“Pendaratan cemas atas air?” Fariq menyoal lemah walau dia sendiri sudah tahu jawapannya.

“Kalau kita mampu buat sedemikian, kita sudah mendarat di Pulau Pinang tadi.”

Fariq menyandarkan tubuhnya di kerusi. Tidak ada apa-apa yang mampu dilakukan lagi. Tuan Zaharie yang tadinya bersungguh kini sudah mengusap mukanya dengan kedua tapak tangan.

Siapa sangka pesawat gah boeing mampu berubah nasib hanya dengan satu bunyi yang kuat walhal mereka sendiri tidak tahu apa puncanya.

Pintu bilik pilot dikuak kuat. “Captain. What’s going on?” Andrew bertanya cemas.

Diam. Tidak ada jawapan yang mampu dibicarakan Tuan Zahari dan Fariq. 

“Captain?” Andrew mengulang.

“Kita tak mampu melakukan apa-apa. Berada di atas Lautan Hindi yang berombak ganas dan besar… Hanya 60 saat menanti masa pesawat ini terhempas.” Tuan Zaharie dengan bicara lemah.

Fariq menggeleng pantas, “no no. Just 30 second more.”

Pesawat kini semakin rendah. Dari tingkap bilik pilot sudah mula kelihatan ombak yang bakal membaham mereka.

Andrew diam. Dia tahu Tuan Zaharie dan Fariq telah melakukan yang terbaik. Langkahnya diatur perlahan keluar dari bilik pilot.

BUUUMMM!


















Sekali lagi satu bunyi yang kuat membingit di telinga. Tapi kali ini berpunca dari gegaran pesawat. Mungkin tayar sudah menyentuh ombak ganas.

Andrew mengangkat muka. Kelihatan seorang bayi kecil terpelanting jauh dari hujung ke hujung. Andrew sendiri tidak mampu berbuat apa-apa lagi sedangkan dia sendiri sudah terjatuh dari pendirian.

Bunyi jeritan manusia bergema sana sini. Tidak kurang dengan esakan tangisan. Darah mula menghiasi dinding pesawat.

Siapa sangka, pesawat yang gah terhempas disebabkan satu bunyi yang aneh. Atau lebih tepat, bukan disebabkan bunyi itu. Tapi disebabkan Allah yang menghendakinya.

3 SAAT…

2 SAAT…

1…

Semuanya gelap…

Saranan Ridhuan Tee Kepada MAS





















Pendakwah terkenal, Dr. Ridhuan Tee Abdullah memberi 7 langkah yang wajar diambil kira selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.

2 point utama saranan dari pendakwa ini ialah tidak menghidang alkohol dan arak dan juga memakai pakaian yang menutup aurat bagi orang Islam. Ini memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam secara majoritinya.

"Jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain juga mementingkan tradisi mereka sendiri." katanya.

Ridhuan Tee menyarankan pihak MAS menjadikan anak kapal pesawat Thailand, Brunei sebagai contoh kerana mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara. Apatah lagi Brunei yang sering mengamalkan bacaan doa di dalam kapal terbang untuk mendapat keredhaan tuhan.

Krew kapal pesawat MAS juga diingatkan agar tidak hanyut dan terpengaruh dengan keseronokan di dalam pesawat, sebaliknya mengingati Allah dan mengamalkan ajaran Islam. Selain aspek kerohanian, aspek keselamatan di lapangan terbang juga perlu dipertingkatkan.

"Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang dipinta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunkasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta," katanya. - SINAR HARIAN

Isnin, 17 Mac 2014

MH370 : Mencari hikmah di sebalik Musibah



Di saat kita rasa teknologi kita paling canggih,
Di saat kita kata alat kita paling hebat,
Di saat kita fikir ilmu kita sudah cukup tinggi,
Di saat kita hampir mendabik dada lupa pada kuasa yang lebih Agung...

Sebuah kapal terbang yang dicanang paling selamat,
Dipandu pilot cekap berpengalaman beribu2 jam di udara,
Dengan sistem keselamatan yang paling ketat,
Dengan reputasi syarikat penerbangan yang cukup gah,

Tup tup...dengan izin Allah hilangnya MH370 dari radar,
Tak mampu dikesan walau teknologi paling canggih,
Terkapai-kapai kita kebimbangan hilang punca,
Tak tahu khabar berita yang mana satu harus percaya.

Tangisan ahli keluarga usahlah dicerita,
Kekalutan pekerja dan syarikat penerbangan tak payah dibicara,
Kelam kabut kerajaan menguruskan tak perlu diperkata,
Cukuplah kita nampak kebimbangan orang awam depan mata.

Dan kita mula tersedar, kita tak punya apa-apa,
Dengan kuasa Allah, yang mustahil terjadi belaka,
Akhirnya kita kembali muhasabah diri kita,
Doa dan doa dalam sujud jua yang mampu kita pinta.

Pesawat hilang dari radar, kita terpinga- pinga. Manusia yang hilang dari radar iman, tersesat dalam relung jahiliyyah, hanya hidayah Allah yang mampu menariknya ke jalan nyata.

Selasa, 11 Mac 2014

Kehilangan MH370 - Kembali Kepada Pencipta Alam





















































Renungan..

"Di mana sains berakhir, di situ kekuasaan Allah bermula."

Sains ialah sunnatullah / hukum alam ciptaan Allah. Alam ini berjalan mengikut hukum-hukum yang Allah sudah tetapkan seperti "Api itu panas". Namun Allah sebagai pencipta berkuasa untuk melakukan sesuatu yang melangkau sunnatullah dan juga akal manusia.

Contoh kisah Nabi Ibrahim dibakar. Apinya tidak panas. Begitu juga yang berlaku hari ini. Teknologi digunakan untuk mencari #MH370. Secara hukum alamnya, pasti boleh dijumpai. Namun jika Allah katakan tidak, maka tidak siapa mampu melawan kehendak Allah.

Manusia hari ini taksub kepada sains sehingga lupa akan pencipta sains itu sendiri.

~ Kapten Noruddin Abdul Majid

Jumaat, 7 Mac 2014

Pesawat Mas ke Beijing dilapor hilang































KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

Zikir Selepas Solat Yang Sahih


Rabu, 5 Mac 2014

Realiti Kehidupan Bergelar SUAMI



























30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...

Lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..Jom pergi beli barang dapur byk yg dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari Sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yang sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong .. 

Kemudian bila selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00. Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah...setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.

Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...si Ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genab Rm180.00.. Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu....

Uaaaaa Uaaaaa.. isteri ku sayang.... Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah ALLAH kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri... tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...Bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tolong bayarkan duit baby sitter yang sepatutnya tanggungjawab suami..

Kesimpulannya: Keharmonian sebuah rumahtangga itu terletaknya di atas kasih sayang dan pengorbanan setiap pasangan itu. Manakala DUIT bukanlah segala2nya tetapi...segala2nya di sekeliling arus kehidupan perlukan DUIT.

Salam perjuangan buat para SUAMI semua..

Menempuh Kesusahan Hidup


Dengan nama Allah yang menciptakan manusia dari segumpal darah..

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur." (An_Nahl, 16:78)

Benar, kedatangan kita ke dunia ini, dalam keadaan kita tidak mengetahui sesuatu pun. Kita mulakan kehidupan ini dengan mendengar, kerana pendengaran adalah nikmat pancaindera pertama yang Allah Ta'ala berikan kepada kita. Kemudian barulah kita dapat melihat, (kepada yang baru dapat anak, jangan perasan ye, anak itu sebenarnya belum mampu melihat), kemudian diberikan akal fikiran, disebut sebagai mumaiyiz. Seterusnya kita terus membesar sehingga akhirnya kita menentukan jalan hidup kita sendiri. Setiap manusia akan melalui tempoh-tempoh ini. Bezanya, cepat atau lambat.

Allah Ta'ala menceritakan perihal kedatangan kita ke dunia ini untuk mengembalikan kita kepada asal kejadian kita iaitu menjadi seorang hamba yag bersyukur.

Sungguh, kita perlu bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kita kehidupan. Walaupun masing-masing akan menempuh cabaran dan kesusahan. Tidak semua yang dihajati akan menjadi kenyataan, tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi. Allah Ta'ala telah siapkan jalan cerita yang unik dan menarik untuk setiap hambaNya. Bagi yang beriman, hiduplah mereka dengan jalan cerita tersebut tanpa keluh kesah, apalagi menyesal atas jalan cerita yang Allah Ta'ala sediakan. Bagi yang tidak beriman, sekalipun dunia mereka dipenuhi dengan pelbagai nikmat dan keseronokan, semua itu hanyalah tipuan yang melalaikan. 

Sengaja saya gunakan kata ganti nama yang ketiga ketika merujuk kepada orang-orang yang beriman. Saya khuatir, keadaan saya ketika ini belum mampu diklasifikasikan sebagai beriman. Saya terus menulis tentang kebaikan, walaupun hakikatnya, saya hanyalah seorang manusia biasa yang biasa melakukan kejahatan. 

Saya mula sedar, hidup ini susah dan payah. Semakin umur bertambah, semakin berat bebanan (berat badan pun lebih kurang) dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Mujurlah ada teman yang membantu. Mengingatkan saya,

"Hafiz, daripada ko sedih2 macam ni, baiklah ko solat dua rakaat ke, baca quran ke, mengadulah pada Dia. Dia Maha Mendengar segala permintaan hambaNya, dan teruskan bersabar. 'Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan Solat', ko jugak yang bagitau hari tu," pendek tapi cukup untuk membuatkan saya tersedar...

Encik Otak selalu berpesan,

Hafiz, hidup ni singkat.. In the blink of eye, you had already become someone in ur life and will be someone in someone's life. Be strong!! Masa yang ada ni, hiduplah elok2..

Bacalah selalu firman Tuhanmu,

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah, 2:286)

AlhamduliLlah, saya bersyukur kerana sehingga ke saat ini, kontrak hidup saya dilanjutkan, semoga ketika kontrak ini ditamatkan, ianya ditandatangani oleh diri saya yang beriman...

Isnin, 3 Mac 2014

Kekayaan Hati Jamin Hidup Senang























ISLAM tidak menghalang penganutnya mengejar kekayaan harta tetapi Islam tidak menganggap harta sebagai sesuatu paling bernilai kerana harta benda boleh lenyap dalam masa yang singkat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukan kekayaan sebenar dengan kerana memiliki banyak harta benda, akan tetapi kekayaan itu ialah kaya hati dan jiwa.” (Riwayat Abu Hurairah)

Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa kekayaan sebenar pada pandangan Islam ialah kekayaan jiwa dan budi yang tidak akan hilang atau dirampas oleh siapa juga.

Dengan adanya kekayaan hati dan jiwa dalam diri seseorang, kehidupannya akan menjadi senang, disukai ramai serta dapat mengelakkan dari timbul perasaan tamak haloba.

Contoh kaya hati ialah seperti ia merasa puas hati dengan rezeki yang diperoleh dan tidak pula berputus asa untuk menambahnya, mana kala kaya budi pula seperti ia tidak bakhil menderma hartanya pada jalan kebajikan.

La haula walla quata illa billah..~

Riak - Takabbur!!


Ujian Ahli Ilmu dan Ahli Ibadah

Orang Islam, jika bukan termasuk dalam golongan AHLI ILMU , maka hendaklah dia memastikan dirinya dalam golongan AHLI IBADAH .

Alangkah baiknya jika dia tergolong dalam kedua-duanya golongan tersebut. Jika tidak termasuk dalam salah satu golongan ini, maka dia termasuk dalam golongan yang sangat rugi.

Namun, setiap golongan ini diuji dengan ujian.

Seorang ulama berkata:

وكثير من المنتسبين إلى العلم يُبتلى بالكِبْر كما يُبتلى كثير من أهل العبادة بالشرك
 ولهذا فإن آفة العلم الكِبْر، وآفة العبادة الرياء، وهؤلاء يُحرَمون حقيقة العلم.

"Ramai ORANG yang mempunyai kaitan dengan ILMU (ulama, penuntut ilmu dan seumpamanya) diuji dengan SOMBONG. Sebagaimana ramai AHLI IBADAH yang diuji dengan SYIRIK.

Oleh sebab itu, kerosakan ILMU adalah SOMBONG. Manakala kerosakan IBADAH adalah RIYA. Mereka inilah yang dihalang daripada HAKIKAT ILMU" [Rad Ala Syazili ms:207]

JAUHKAN diri daripada SOMBONG dan SYIRIK. Semoga Allah taala menjadikan kita sebagai ahli ilmu dan ahli ibadah yang sebenar.

oleh: Dr Abu Anas Madani'

Jumaat, 28 Februari 2014

Nikmat - Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesusahanmu !






















Dalam kehidupan kita, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Antara sedar dan tidak sedar, nikmat yang kita dapat terlalu banyak. Nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan, nikmat rezeki, nikmat keamanan dan sebagainya. Alhamdulillah! kadang-kadang kita ini insan yang lemah yang mudah lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah.

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana memberikan keluarga yang sentiasa berada di sisiku, kerana memberikan aku sahabat yang selalu mendorong ku kejalanMu, kerana memberikan aku nikmat-nikmat pemberianMu, Siapa lah aku untuk mengeluh jika apa yang diinginkan tak diperolehi, kerana jika difikirkan, telah terlalu banyak nikmat pemberianMu itu, Dan pasti Allah memberi dengan adil kepada hamba-hambaNya. 

Seringkali kita manusia biasa hanya fokus kepada nikmat orang lain yang dirasakan lebih baik daripada kita. Dan seringkali juga kita akan mengeluh atas segala ujian dan musibah yang melanda hidup kita. Kita terlalu membesarkan kesusahan yang kita lalui sedangkan ada lagi manusia lain yang lagi menderita dan susah dari kita seperti mana musibah yang menimpa saudara kita di Gaza sekarang. Dalam masa yang sama, kita turut membutakan mata atas segala nikmat yang dikurniakan di sekeliling kita. Realitinya, kita tersangat mewah dan kaya dengan kenikmatan. Mengapa kita mudah lupa?? Benarlah bahawa kita hanya asyik mengira kesukaran dan kesusahan yang melanda diri tetapi kita lupa menghitung kesyukuran atas segala nikmat yang ada di sekeliling kita!

Nikmat dalam hidup 

Nikmat Allah yang kita kecapi dalam hidup kita ini terbahagi kepada dua :

  • Nikmat yang dinisbahkan dengan dunia seperti mendapat nikmat diri dan tubuh badan yang sempurna, beroleh kesenangan dan keselesaan hidup dan dijauhkan dari segala musibah dan kecelakaan. 
  • Nikmat yang dinisbahkan dengan akhirat seperti mendapat hidayah Islam, mendapat taufik dan hidayah daripada Allah dan mendapat pemeliharaan Allah daripada mudarat agama. 

Tepuk dada, tanya iman dan hati masing-masing. Alhamdulillah, segala infiniti pujian berbalik kepadaNya sekiranya kita mendapat kedua-dua nikmat ini. Dan sebesar-besar nikmat adalah kita dikurniakan nikmat IMAN dan nikmat ISLAM.

Syukurlah sekiranya kita dilahirkan fitrah dalam ISLAM. Sama-sama kita jaga nikmat itu dengan sebaik-baiknya supaya mendapat pengakhiran yang baik. Tak semestinya permulaan kita baik yakni kita dilahirkan islam akan menjamin pengakhiran yang baik juga untuk kita. Semua bergantung kepada hati, amal ibadah dan ketaqwaan kita kepadaNya.

Jadilah hamba yang bersyukur 

Malulah jika kita tak mampu menjadi hambaNya yang bersyukur. Rasulullah SAW, manusia yang paling mulia di bumi Allah ini pun bersolat malam sehingga bengkak kaki dan tatkala ditanya oleh Saidatina Aishah mengapa berbuat sedemikian lantas baginda menjawab:

‘ …tidak bolehkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur.’ 

Dan kita, aku, kamu, awak, anda bagaimana pula? Nikmat dan kurniaanNya terlalu banyak sedang dosa kita juga banyak. Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah! Sesungguhnya setiap nikmat datang bersama tanggungjawab. Setiap satunya pasti dipersoalkan bagaimanakah telah kita gunakan semua nikmat dan kurniaanNya ini. Pada jalan Allah kah atau kita menjadi pula hambaNya yang semakin jauh dariNya dengan bersifat sombong serta sangat alpa.

Jangan kufur nikmat. Semua ini hanya dipinjamkan sementara sahaja dan anytime je Allah boleh tarik balik nikmat yang ada pada kita. Ingatlah juga, setinggi mana pun pangkat dan sebanyak mana pun harta kita di DUNIA ini, kepada Allah jualah tempat kita kembali. Di dalam kain kubur berselimutkan kain putih juga akan kita huni. Hanya amal sahaja yang menjadi peneman kita. Jadi, jangan bongkak dan sombong. Siapa kita nak bongkak dan sombong, kita ini hanya hamba. Kita buat salah pun, Allah still bagi chance untuk kita bertaubat dan bagi perkara-perkara baik untuk kita. Luasnya kasih sayang Dia dan rahmatNya untuk kita. Fikir-fikirkanlah.

Pembahagian syukur 

Bagaimana cara nak bersyukur?? Syukur itu boleh dengan hati, lidah yakni lisan kita dan juga amal perbuatan kita.


  • Syukur dengan hati 
Hati yang bersyukur akan sentiasa merasakan bahawa setiap nikmat yang diperolehi adalah mutlak daripada Allah SWT bukan kerana kelebihan, ilmu atau kepandaian yang ada pada dirinya. Mereka akan sentiasa merasa malu dan ‘terhutang budi’ kepada Allah.
  • Syukur dengan lidah 
Lidah yang akan sentiasa melafazkan kalimah ALHAMDULILLAH sebagai menzahirkan erti kesyukuran terhadap nikmat yang diterima daripada Allah. Sesungguhnya Allah amat suka apabila hamba-hambaNya menzahirakn kesan nikmat yang diperoleh dengan melafazkan kalimah puji-pujian kepadaNya.
  • Syukur dengan amal 
Menggunakan segala nikmat yang diperolehi untuk beribadah dan ketaatan kepada Allah. Sebagai contoh, mensyukuri nikmat mata iaitu nikmat penglihatan dengan sentiasa digunakan untuk membaca al-Quran, menatap kitab-kitab Allah, melihat alam semesta dengan tujuan merasai kebesaran Allah dan tidak melihat perkara-perkara maksiat.

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berusaha menjadi hamba yang bersyukur. Bersyukurlah dengan apa jua kehidupan yang kita jalani. Kita jatuh, bangunlah kerana masih ramai orang yang menyayangi dan memerlukan kita. Yakinlah bahawa langit yang gelap ini akan cerah di kemudian hari. Pandanglah ke hadapan dan jika perlu pandanglah laluan kita yang berliku di belakang sebagai pendorong kita untuk terus maju kerana ianya bukti bahawa kita telah mengharungi pelbagai pengalaman perit.

Namun kita masih mampu berdiri di dunia yang fana ini. Orang selalu kata jangan pandang orang yang lebih tinggi daripada kita tetapi pandanglah orang yang sama taraf dan lebih susah dari kita. Kerana kita akan termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur atas nikmatnya. In shaa Allah! Itu sahaja, jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Wallahua’lam.

kredit: http://wafairdina.blogspot.com/

Kesusahan Hidup Tanda Kerinduan ALLAH























Hidup dalam dunia yang penuh kemewahan dan semua yang ada di dalamnya berlumba-lumba pada hari ini sering menghanyutkan kita dengan seribu macam perkara. Hari-hari yang dilalui, dipenuhi dengan jadual dan aktiviti untuk mencapai yang dihajatkan oleh hati. Ingin mengejar itu dan ini.

Hati dan fikiran fokus kepada hal-hal dunia sehinggakan masa untuk kita berhubung mesra dengan ALLAh Ta’ala, berkhalwat dengan ALLAH Ta’ala sudah hampir tiada. Kalau ada pun, berapa ramaikah dari kita yang tergolong dari orang-orang yang sedaya upaya mencuri masanya untuk berhubungan ‘heart to Rabb’ dengan Dia?

Yang parahnya adalah, dalam 1 hari yang dilalui itu, ada manusia yang langsung tidak mengingati Tuhannya dek kesibukan yang mengikat diri. Dan ALLAh Ta’ala, punya cara yang tersendiri untuk menyedarkan! Dan hanya selepas itu, manusia yang tersedar.

ALLAH Punya Cara-Nya Sendiri 

Dia Maha Penyayang, Maha Mengingati dan Maha Mengasihi kepada semua hamba-Nya.

Apabila kita menyayangi seseorang, mesti timbul rasa rindu apabila berjauhan, dan rasa rindu untuk berhubung serta bermesra, bergurau sendanya dengannya. Begitulah juga tamsilan, halnya dengan kerinduan ALLAh Ta’ala terhadap hamba-Nya.

Tapi, cara manusia dan cara ALLAh Ta’ala memanggil, menyeru dan berhubung dengan hamba yang dikasihi-Nya sangat luar biasa. Tidak sama seperti cara manusia. ALLAh Ta’ala punya cara-Nya sendiri. Tapi sayang, dek kerana lemahnya iman yang ada, sangat sedikit dari pada manusia (termasuk saya) yang sedar dan faham akan cara ALLAh menyeru dan memanggil kita untuk mendekati dan mendampingi-Nya. 

Musibah dan masalah dalam kehidupan itu sebenarnya merupakan panggilan-panggilan ALLAh supaya manusia berhubung dengan-Nya. Manusia sering lupa untuk mengingati ALLAh Ta’ala. Sering!

Bagaimana mahu berhubung dengan ALLAH Ta’ala? Melalui telefonkah? Bukan, sayang.

ALLAH Ta’ala menyeru dan memanggil manusia untuk menghampiri-Nya dengan menurunkan kesusahan demi kesusahan, supaya dengan itu, manusia boleh tersedar dan lembut hatinya untuk kembali kepada-Nya berdoa, mengadu dan meluahkan masalah dalam hidup.

Ini soal pergantungan manusia sebagai seorang hamba kepada Tuhannya!

ALLAH Ta’ala yang menurunkan bala bencana dan ALLAH Ta’ala jugalah yang akan mengangkat kesemua bala bencana itu kembali daripada kita. 

Pernah terfikir tidak, kenapa diri sendiri ditimpa musibah secara tiba-tiba, padahal beberapa minit atau beberapa jam sebelumnya hati lapang dan gembira serta tersenyum tawa dengan hati yang riang? Mengapa ALLAh Ta’ala turunkan suatu masalah yang sangat menghimpit jiwa secara tiba-tiba tanpa sebarang alamat? 

Maka, itulah sebenarnya maksud dan perancangan ALLAh Ta’ala pada setiap waktu dan ketika menanti-nanti manusia yakni hamba-Nya meluangkan masa untuk bersama-Nya. Setiap kali ALLAh Ta’ala menyeru dan memanggil manusia melalui kesusahan-kesusahan hidup itu, ALLAh mahu manusia menyahut panggilan-Nya dengan berusaha merapat pada-Nya melalui solat, doa dan munajat.

Ujian kesusahan, kedukaan dalam kehidupan itu bukanlah tanda ALLAh Ta’ala itu zalim. Tetapi kerana zalimnya manusia terhadap diri sendirilah yang menyebabkan ALLAh Ta’ala dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih menyedarkan manusia dari lamunan duniawi.

Itu adalah tanda kasih dan sayang-Nya!

Saya sendiri, dan anda yang membaca,
tidakkah terasa kecut jiwa untuk mahu tunduk terhadap ALLAh?

Dia, ALLAh Ta’ala. Tuhan kita, sentiasa ada untuk menjaga kita.
Maka, jagalah Dia dalam urusan kehidupanmu.

Semoga ALLAh merahmati.

Rabu, 26 Februari 2014

Ketenangan Itu Tidak Wujud Di mana-mana, Tapi Ia Berada Di Dalam Hati






















Apabila kita melihat pemandangan-pemandangan yang indah dan damai tentu hati kita berdetik; alangkah bahagianya kalau dapat pergi atau tinggal di tempat-tempat tersebut. Di situlah ketenangan dapat diperolehi, di situlah kebahagiaan dapat dikecapi. Paling tidak pun, itulah yang lazim dirasakan oleh sebahagian besar manusia.

Maka menujulah manusia ke pantai-pantai yang permai mencari apa yang mereka namakan sebagai ketenangan. Menjelajahlah manusia ke hutan rimba, ke dataran hijau dan ke bukit serta gunung yang tinggi demi mendapatkan ketenangan yang mereka cari.

Begitulah hakikat fitrah kemanusiaan yang memerlukan hiburan ketenangan, setelah hidup mereka dipenuhi dengan seribu macam kesibukan. Tapi benarkah wujud ketenangan di tempat-tempat yang dikejarkan oleh mereka ini? Di situkah wujud kebahagiaan yang mereka dambakan saban waktu?

Kalau benarlah ketenangan itu berada di tempat-tempat yang indah dan permai, kenapa ada juga manusia yang memiliki ketenangan yang paling hakiki, walaupun kehidupannya hanya dikelilingi lautan pasir dan dipayungi terik mentari?

Siapakah manusia yang paling tenang hatinya kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w.? Dan bukankah hayat baginda hanya berlegar di padang pasir. Tidak pernah baginda menyelam ke dasar lautan Pasifik melihat keindahan hidupannya. Tidak pernah baginda menjelajah hingga ke Eropah atau Asia Tengah; bumi yang penuh dengan flora dan fauna yang kita idam-idamkan peluang untuk ke sana.

Dalam keadaan hidup baginda yang di kelilingi padang pasir itu pun, ketenangan yang hakiki berjaya baginda dan para sahabat perolehi. Justeru, di manakah wujud ketenangan itu sebenarnya?

Kalau pun kita diberi peluang untuk ke tempat-tempat yang indah dan permai itu dan di sana kita merasai ketenangan yang kita harapkan, adakah berkekalan rasa tenang itu apabila kita meninggalkan tempat tersebut? Lazimnya tidak. Bahkan kalau memang kita ditakdirkan bermastautin di tempat itu, pastikah ketenangan itu akan berterusan? Jawapannya juga tidak. Buktinya?

Cuba perhatikan, sejak lahir, kita hidup di bumi Malaysia, yang akhirnya kita merasa bosan dengan suasana flora dan fauna negara sendiri, padahal ribuan pelancong dari tempat-tempat yang menjadi idaman kita itu memuji-muji keindahan negara ini. Mengapa mereka ke sini pula, padahal tempat merekalah yang kita rasakan lebih indah dan permai suasananya?

Fikirkan. Kenapa mereka mencari ketenangan di sini, sedangkan kita pula merasakan ketenangan itu berada di tempat mereka sendiri? Cuba halusi kembali. Di manakah sebenarnya ketenangan yang dicari-cari?

Ramai yang menyangka bahawa dengan berada di tempat-tempat seperti itulah ketenangan dapat diperolehi dan kebahagiaan dapat dikecapi. Namun hakikatnya ketenangan itu tidak wujud di mana-mana pun, tapi ia sebenarnya berada di dalam hati. 

Walau di mana sekalipun kita berada, sebenarnya ketenangan itu sangat dekat dengan kita. Walau hidup kita di dalam gua yang tertutup tanpa cahaya atau hidup di kelilingi dengan hiruk pikuk kesibukan kotaraya, ketenangan itu tetap dapat kita perolehi. Kerana syarat untuk tenang itu bukannya ke pantai, ke bukit atau ke hutan. Tapi syarat ketenangan itu ialah mengingati Tuhan. Maksud firman Allah; “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itulah hati akan tenang.” (Surah Al-Ra'd 38)

Itulah rahsia ketenangan. Pintunya di hati. Dan kuncinya mengingati. Dan yang diingat itu ialah Tuhan Yang Maha Suci. Lihatlah apa sahaja di depan matamu dan kalau yang dilihat itu diperhati dan yang diperhati itu dihayati dan yang dihayati itu difahami akan hakikatnya, kemudian segalanya dapat membawa hati mengingati Allah, maka akan lahirlah ketenangan.

Melihat manusia yang berbagai rupa bangsa, kemudian mengkagumi kebijaksanaan Tuhan, maka hati akan tenang. Melihat kenderaan lalu-lalang, kemudian memuji kehebatan Tuhan atas ilmu yang Dia ilhamkan pada manusia untuk mencipta kenderaan itu, maka hati akan tenang.

Melihat kemusnahan dan pencemaran kotaraya, kemudian menginsafi ketentuan Tuhan terhadap kehancuran dunia (kiamat), maka hati akan tenang. Melihat manusia dengan segala macam ragam; ada yang kuat ibadatnya dan ada yang hebat maksiatnya, kemudian menangisi dan memohon keuzuran dari Tuhan atas kesilapan diri sendiri, maka hati akan tenang.

Begitulah yang disuruh oleh Tuhan. AlamNya terbentang luas bukan untuk dipandang, tapi diperhati. Bukan untuk dilihat, tapi dihayati. Bukan untuk direbut, tapi dimanfaati. Maksud firman Allah;

“Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi, dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Ali Imran 190)

Itulah tujuan alam dicipta. Tuhan lahirkan kita merata di seluruh dunia. Biarlah di mana pun kita berada. Kalau pun tempat kita ditakdirkan lahir itu adalah tempat yang dipenuhi dengan kehancuran akibat peperangan atau malapetaka alam, ketahuilah! Tuhan itu tetap adil.

Dia tidak menetapkan syarat ketenangan itu mesti berada di tempat yang indah permai, tapi yang Dia telah tentukan ialah; untuk tenang itu, hati mesti mengingati DiriNya. Itulah syarat ketenangan yang menjadi impian setiap insan. Yang pasti, tiada siapa yang hanya mahu ketenangan yang bersifat sementara. Justeru, ingatlah Tuhan, dan selama mana ini dilakukan, insyaAllah hati akan tenang.

Selasa, 25 Februari 2014

Sunnah Yang Diabaikan






















Solat Sunat Istisqa'

Istisqa’ bermaksud meminta siraman air.

Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’.

Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah swt agar menurunkan hujan ketika terjadinya musim kemarau.

Sebagai mukmin,kita meyakini bahawa apa jua musibah seperti kemarau yang menimpa adalah salah satu tanda kemurkaan Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

 ...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ
 السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ... 

 …Dan tidak akan ada suatu golongan yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripada harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit…
(Riwayat Ibnu Majah)

Justeru, Rasulullah saw telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah swt mengampunkan dosa lalu Dia menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya.

Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat .

KAIFIAT PERLAKSANAAN SOLAT ISTISQA’

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh para jemaah untuk solat ini ialah :

Puasa tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

1. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu binatang-binatang ternakan juga perlu dibawa bersama. Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh supaya memperbanyakkan membaca istighfar.

2. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara keras. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

3. Sesudah itu, khatib harus membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

4. Sunnah memperbanyak membaca doa minta hujan di dalam khutbah yang kedua, yang diucapkan oleh khatib terkadang dengan jahar (suara keras) dan terkadang dengan sir (suara perlahan) menzahirkan harapan dari alunan suara. Adapun jika doa itu diucapkan dengan jahar maka ma’mum mengucapkan “amin” dengan jahar pula, dan jika diucapkan dengan perlahan maka ma’mum berdo’a sendiri dengan perlahan juga .

5. Sunnah pada akhir khutbah yang kedua :
a) khatib menghadap qiblat (membelakangi makmum)
b) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya (serbannya) dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan menjadi kekiri.
c) kemudian berpaling lagi oleh khatib membelakangi kiblat pada akhir khutbah yang kedua itu. 

NIATNYA

 أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA’

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . أَنْتَ الْغَنِّيُ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ
، أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ عَلَيْنَا قُوَّةً وَبَلاًغًا إِلَى حِيْنَ . 

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan yang maha benar selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

PENCERAHAN :

A) Penampilan Fizikal Dan Mental Untuk Bersolat Istisqa’ Mereka yang mengerjakan solat Istisqa’ ini hendaklah menuju ke tempat perlaksanaan solat tersebut dengan penampilan sederhana, tawadhu’ (merendah hati), tadharru’ (bersungguh-sungguh dalam memohon) dan tamaskun (menunjukkan benar-benar perlukan permintaan tersebut)

B) Solat Istisqa’ Dikerjakan Secara Berjemaah Sebanyak Dua Rakaat.

C) Tidak Dilaungkan Azan Atau Iqamah Sebelum Solat Tersebut.

D) Dilaksanakan Sebagaimana Solat Hari Raya. Solat Istisqa’ dikerjakan sama sebagaimana solat Hari Raya yakni dengan melakukan tujuh takbir pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua.

E) Waktu Perlaksanaan Solat Istisqa’. Solat sunat Istiqa’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan untuk bersolat.

F) Bacaan Dalam Solat Istisqa’ Adalah Secara Jahar (Kuat).

G) Tempat Perlaksanaan Solat Istisqa’. Tidak dikerjakan di dalam masjid atau surau tetapi di tanah yang lapang seperti padang atau halaman masjid yang luas.

RUMUSAN : Rasulullah saw sebagai ketua negara umat Islam telah turun bersama-sama rakyat untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini. Lantaran itu pada masa kini terdapat beberapa negara-negara Islam di timur tengah yang mana para pemerintah tertinggi sesebuah negara itu turut turun bersama rakyat jelata untuk mengerjakan solat Istisqa’ ini Kita ternanti-nanti bila sunnah ini akan diamalkan pula oleh pemerintah di Malaysia.

Wallahu a'lam

Jumaat, 21 Februari 2014

Apa Maksud Rezeki Yang Berkat


Sesunguhnya dalam kita mencari rezeki berkat juga dikenali sebagai rezeki yang halal perlu ada satu tanggungjawab dalam setiap apa yang kita cari untuk kita dan keluarga. Kerana apa yang masuk dalam mulut kita dan keluarga akan menjadi darah daging.

Semoga kita di jauhkan daripada rezeki yang haram dan syubhah yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Nauzubillah min zalikh.. Minta di jauhkan. Rezeki yang berkat sedikitnya cukup banyaknya di agih-agihkan. Semoga dalam pencarian rezeki sehari-hari kita perlu ikhlaskan diri dalam mencari rezeki dan amanah dalam kerja yang di lakukan... Insha allah

Rabu, 19 Februari 2014

Kerana Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit.




























"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah Ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung ke rumah simati dan bertemu dengan isteri si mati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri si mati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya, setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek al qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”

“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu."  “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani al-qur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat al-quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al qur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."

Jumaat, 14 Februari 2014

Ilmu Tanpa Amal dan Amalan Tanpa Ilmu
































25 Wasiat Imam Ghazali
(Wasiat 8)

Imam Ghazali berkata: " Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.

Di samping itu, ilmu yang ada juga masih belum mampu mendorong kita untuk taat kepada Allah s.w.t. Ini kerana beramal dan taat kepada Allah itu datangnya daripada kesedaran diri bahawa ia akan menghadapi maut suatu hari nanti.

Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.

Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya.

Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.

Janganlah sampai kita menjadi orang yang menyesal dan meminta dikembalikan semula ke dunia, suatu perkara yang tidak mungkin terjadi. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah as-Sajdah ayat 12 yang bermaksud :

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat kebenaran di hadapan mata kami, kami telah mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan perkara yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan perkara yang baik-baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin. 

Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik- baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga- bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.

KITAB IHYA' ULUMUDDIN - AL-GHAZALI

Wallahualam

Khamis, 13 Februari 2014

Meraih Pahala dengan Memaafkan Orang Lain
































Marilah kita sama-sama memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya dan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Di bawah ini saya salin beberapa ganjaran pahala apabila kita memaafkan kesilapan orang lain.

Semuanya ini dirujuk dalam buku Amalan Meraih Ganjaran Pahala, Antaranya ialah:

1) Mendapat keampunan daripada Allah SWT.

 وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ‌ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ 

"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)

2) Mendapat redha Allah SWT.

 فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ

"...sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim". (Asy-Syura [42] : 40)

Maksud أَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ ialah ganjaran pahala yang dikurniakan sendiri oleh Allah SWT, bukan oleh manusia seperti raja atau pemimpin dan sebagainya, malah ganjaran itu datang daripada raja sekelian raja iaitu Allah SWT. Maka apakah yang kita mahukan lebih daripada itu? Allah memberi jaminan dengan ganjaran yang begitu besar.

3) Mendapat keuntungan yang besar (حَظٍّ عَظِيمٍ۬)

وَلَا تَسۡتَوِى ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ‌ۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ
 عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬ وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬ 

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat". (Fussilat [41] : 34 - 35)

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kita supaya membalas kejahatan yang dilakukan oleh manusia dengan melakukan kebaikan semampu yang boleh. Dengan kata lain kita perlu membalas setiap dosa orang kepada kita dengan kemaafan, kemarahan dibalas dengan kesabaran, tidak mengambil kira kesilapan yang telah berlaku serta rela menanggung keperitan daripada perlakuan orang lain terhadap kita.

Mujahid al-Farra' berkata بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ ialah membalasnya dengan kesejahteraan dan keselamatan bagi kejahatan yang diterima dan bermaaf-maafan ketika bertemu. Dan ayat فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬ (orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib); menjelaskan hasil yang diperoleh daripada tindakan memaafkan atau dengan kata lain membalas dengan kebaikan bagi apa-apa kejahatan yang dilakukan terhadap kita; dengan sendirinya dia akan bertukar daripada musuh kepada rakan karib.

Imam az-Zajjaj berkata, ayat ini وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواْ bermaskud tidak dianugerahkan sifat ini (membalas kejahatan dengan kebaikan) kecuali kepada orang-orang yang sabar menanggung kemarahan dan keperitan. 

Ayat ini pula وَمَا يُلَقَّٮٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ۬ bermaksud ganjaran dan kebaikan yang diperoleh daripada orang yang mengamalkan sifat-sifat di atas adalah orang-orang itu sangat beruntung. Qatadah berkata "Keuntungan yang besar itu ialah balasan syurga"

4) Mendapat ganjaran pahala kerana meneladani salah satu sifat Allah iaitu al-'afwu. 

Al-'afwu bermaksud Allah Maha Memaafkan kesalahan. Allah mengampunkan dosa yang dilakukan oleh hambaNya yang menderhaka dan Allah tidak membalas kesalahan hambaNya semasa berada di dunia dengan menyegerakan hukuman.

 إِن تُبۡدُواْ خَيۡرًا أَوۡ تُخۡفُوهُ أَوۡ تَعۡفُواْ عَن سُوٓءٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّ۬ا قَدِيرًا 

"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikannya atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa".
(An-Nisa' [4] : 149)

Ayat ini bermaksud Allah memaafkan dan mengampunkan dosa orang-orang yang melakukan kejahatan walaupun Allah Berkuasa membalas dengan segera. Oleh itu contohilah sifat Allah ini.

5) Mendapat pahala kerana mencontohi akhlak Rasulullah SAW. 

Para nabi dan rasul tidak pernah memabalas kejahatan kaum mereka. Para nabi dan rasul menyerahkan urusan tersebut kepada Allah SWT. Siapakah kita sehingga kita tidak sanggup bersifat pemaaf dan menganggap sifat pemaaf itu hina dan rendah?

6) Mendapat kelebihan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang memaafkan kesilapan dan kejahatan orang lain terhadap kita dan mendapat ganjaran syurga 'Adn. 

"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan solat, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (ar-Ra'd [13] : 22 - 24) 

7) Kemaafan yang kita berikan adalah kebaikan yang kita lakukan dan akan dapat balasan yang baik.

هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ 

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?" (ar-Rahmaan [55] : 60)

Allah membalas hamba-hambaNya dengan balasan yang setimpal dengan kebaikan yang dilakukan. Jika hambaNya memaafkan kesalahan orang maka Allah akan memaakan dan mengampuni dosanya. 

8) Mendapat kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT pada hari Isnin dan Khamis.

Rasulullah SAW bersabda; "Dibukakan pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis bagi setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali (bagi) lelaki yang di antaranya dan saudaranya permusuhan maka dikatakan; Lihatlah kepada dua orang ini sehingga mereka berdua berdamai". (Direkodkan oleh Muslim)

9) Dicintai Allah SWT 

 فَٱعۡفُ عَنۡہُمۡ وَٱصۡفَحۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ 

"Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berbuat baik". (al-Maaidah [5] : 13)

10) Ditinggikan kedudukan oleh Allah SWT baik di dunia mahupun di akhirat atau kedua-duanya. 

Rasulullah SAW menyebut:

"Allah tidak menambah (kepada) seseorang hamba yang (bersifat) pemaaf kecuali kemuliaan dan tidak merendah diri seseorang kepada Allah kecuali diangkat oleh Allah". (Direkodkan oleh Muslim).

Harapan dan cita-cita kita ialah untuk mendapat cinta Allah. Sesungguhnya jika seseorang itu dikasihi atau dicintai Alllah, para malaikat dan semua manusia turut mengasihinya. Orang yang sentiasa mendahului orang lain dalam melakukan amal kebajikan adalah orang yang mendapat kejayaan dan kelebihan. 

Sekian, mudah-mudahan memberikan manfaat.

Selasa, 11 Februari 2014

Akhir Zaman : Kekuasaan Dipegang Oleh Orang-Orang Bodoh Dan Zalim


Pada akhir zaman nanti, akan kelihatan kuasa dari orang-orang bodoh dan zalim. Mereka mempunyai ramai pembantu dalam kezaliman mereka, bahkan mendera manusia dan menghinakan mereka. Rasulullah SAW telah mengumpamakan cambuk-cambuk tersebut dengan ekor lembu serta memperingatkan mereka dengan neraka dan azab Allah SWT.

Dari Abu Umamah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Pada akhir zaman, akan ada orang yang membawa cemeti seperti ekor lembu. Mereka pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada petang hari dalam kemarahan Allah. “(HR. Al-Albaniy).

Dari Abu Hurairah ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika engkau diberi kesempatan yang panjang, engkau akan melihat suatu kaum yang pergi pada pagi hari dalam kemurkaan Allah dan kembali pada petang hari dalam kemarahan Allah. Di tangan mereka ada semisal (cambuk) ekor lembu. “(HR. Ahmad).

Dari Abu Hurairah ra bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah kulihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang bersamanya cemeti seperti ekor lembu, yang dipukul untuk memukul manusia, dan para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berjalan lenggak -lenggok, dan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan mencium baunya. Padahal, baunya dapat tercium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian. “(HR Muslim).

Tanda-tanda itu telah berlaku dalam sejarah Islam dan akan muncul lebih hebat lagi sebelum berlakunya kiamat, iaitu ketika ilmu dicabut dan muncul kebodohan sehingga Islam tidak ada lagi, kecuali nama dan tulisannya sahaja. 

Turunnya bencana alam dan seksaan berat dari pemimpin yang Zalim. 

Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti sebelum munculnya Al-Mahdi, umat akan ditimpa musibah besar, seperti cubaan dan seksaan berat yang dilakukan oleh para pemimpin dan hakim yang zalim. Mereka menyempitkan ruang gerak orang beriman sehingga seseorang akan berharap dapat menduduki seperti tempat saudaranya yang sudah meninggal agar terbebas dari cubaan, seksaan, kejahatan dan kezaliman para pemimpin tersebut.

Keadaan itu akan terus berlaku sehingga munculnya Al-Mahdi untuk menghukum mereka. Dia memenuhi bumi ini dengan kebaikan dan keadilan, sebagaimana sebelumnya bumi ini telah dipenuhi dengan kezaliman dan pembunuhan.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Akan turun kepada umatku di akhir zaman nanti cubaan yang dahsyat dari pemimpin mereka. Belum pernah terdengar cubaan yang lebih dahsyat darinya sehingga bumi yang luas itu terasa sempit bagi mereka kerana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Seorang mukmin tidak mendapatkan tempat berpindah dari kezaliman itu. Kemudian, Allah Azza wa Jalla mengutus seseorang dari keturunanku.

Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Penduduk bumi dan langit redha dengannya dan bumi tidak menyimpan sesuatu pun dari bijinya, kecuali mengeluarkannya. Begitu juga dengan langit, kecuali Allah menuangkannya ke bumi. Dia hidup di tengah-tengah mereka selama tujuh, lapan, atau sembilan tahun agar semua yang hidup dan mati menikmati apa yang tellah diperbuat Allah Azza wa Jalla terhada penduduk bumi dari kebaikan-Nya. “(HR Hakim).

Keadaan ini merupakan rangkaian dari bencana sebelumnya. Kezaliman mengakibatkan keadaan seperti ini. Begitu juga dengan pelbagai fitnah, kejahatan dan kezaliman pemimpin terhadap rakyatnya dengn sedikit rezeki serta kebajikan. Semua itu mengakibatkan kebimbangan manusia antara beriman dengan kufur.

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kiamat tidak akan berlaku sehingga seseorang yang melewati kubur dan mengatakan, seandainya aku boleh menduduki tempatnya.” (HR Asy-Syaikhoni).

* Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...