Ukhwah Islamiyyah

Selasa, 14 Jun 2011

Jangan Iri Hati

أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kenapa ye perlu Iri hati? percaya tak ramai manusia yang Iri Hati? kalau tak percaya cuba buat kajian, pasti dapat jawapan.saya nak cerita sikit mengenai Iri hati. Maksud Iri hati berasal dari perasaan tidak puas terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain.

Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja, jika di masjid atau surau iri hati kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya, di tempat kerja ada yang iri hati pada rakan sekerja yang lebih berhasil dan menduduki jawatan yang lebih tinggi, di dalam keluarga ada yang iri hati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan orang tua dan sebagainya. Macam-macam jenis ada perasaan iri hati ini.

Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan bagi kita, malah Iri hati tidak hanya merugikan orang lain, tetapi juga merugikan diri sendiri serta iri hati akan menyebabkan diri sendiri merana.mengapa perlu menyiksa diri andai Iri Hati tidak mendatangkan makna pada diri kita.

Orang yang iri hati akan rasa berdukacita atas kejayaan orang lain dan sebalikanya ia bersukacita atas kegagalan orang lain. Ia tidak suka bila ada orang lain lebih baik atau lebih sukses dari dirinya. Orang yang iri hati juga cenderung kepada,suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain, akibatnya ia sendiri menjadi sangat tertekan dan kehilangan damai sejahtera pada dirinya sendiri.

Jadi harus segera dibereskan, kerana di mana pun ia berada akan selalu bertemu dengan orang-orang yang mungkin lebih baik atau lebih sukses dibanding dirinya. Maka kita harus segera memeriksa diri kita sendiri, apa yang membuat kita menjadi iri hati terhadap orang lain. Daripada membuang energi untuk iri hati, belajarlah melihat potensi terbaik yang ada di dalam diri kita, dan kembangkan terus. Bila kita fokus pada apa yang kita miliki kita akan rasa bersyukur dalam apa pun keadaan kita, namun bila kita tertuju pada apa yang tidak kita miliki dan melihat kelebihan orang lain terus, kita akan selalu berfikiran negatif dan tidak pernah rasa bersyukur.

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkataNabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkataNabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu:
  • Buruk sangka
  • Hasad dengki
  • Takut sial kerana sesuatu
Lalu ditanya: "Ya Rasulullah bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad S.A.W. "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka ALLAH S.W.T maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jikasu'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."
Sahabat yang dikasihi sekalian,

Oleh itu marilah kita jauhi sifat-sifat iri hati, buruk sangka dan hasat dengki kepada seseorang (manusia), malah sifat-sifat ini hanya membinasakan diri sendiri, apatah lagi dengan adanya sifat-sifat ini pada diri kita ianya hanya menambahkan dosa serta yang pastinya diri kita tidak akan pernah tenteram dengan perasaan sebegini yang hadir dalam hidup kita. Fikirkanlah sahabat dengan akal yang diberi ALLAH, untuk kita membezakan sesuatu yang baik dan yang buruk....wallahu a'lam.

(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)

Sabtu, 11 Jun 2011

Masjid Bukan Untuk Yang Senja

سم الله الرحمن الرحيم


oleh: http://jamalrafaie.com

Di simpang masuk ke Jalan Masjid, berkumpul sekumpulan pemuda. Tiba-tiba datang seorang pakcik.

"Mari anak-anak, jom kita ke masjid solat berjemaah," seru pakcik tersebut.

"Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagilah, dah tua nanti kami tahulah pergi masjid sendiri!" jawab seorang pemuda daripada kumpulan tersebut.

Wajah pakcik itu nampak berdukacita. Apa yang mampu dilakukannya, masalah Iman ummat akhir zaman akan bertindak sebegitu.

Masjid Untuk Orang Tua 'Senja'?

Alasan seorang ayah untuk anaknya yang masih kecil, "Budak-budak tak payah pergi masjidlah, lari-lari buat bising je. Buat orang tua sembahyang tak khusyuk! Dahlah, pergi tengok TV lagi bagus."

Alasan seorang ayah untuk anaknya yang meningkat dewasa, "Emm.. Budak ni dah besar dah. Pandailah dia fikir sendiri, kubur masing-masing. Bila hidayah dah sampai nanti, datanglah dia ke masjid tu!".

Waktu kanak-kanak dikatakan membuat bising di dalam masjid, bila dah besar pandai-pandai fikir sendiri pula alasannya. Segelintir ibu bapa seolah-olah lepas tangan tentang soal ibadat anak mereka terutamanya solat berjemaah.

Maka tidak hairanlah masjid lengang dengan golongan muda dan yang ada kebanyakannya adalah dari golongan berumur.

Salah siapa?

Adat Atau Ibadat?

Kebiasaannya, masjid akan diisi oleh golongan tua yang kebanyakan adalah dari 'Kelab Orang-Orang Pencen'. Kebanyakkan mereka menghabiskan masa pencen mereka dengan beribadat kepada Allah dengan solat berjemaah di masjid.

Alhamdulillah, mereka sekurang-kurangnya mempunyai fikiran tentang ibadat mereka berbanding mereka yang masih belum sedar.

Tetapi, adakah ia sebagai satu ibadat atau satu adat? Apakah apabila tiba usia emas, semua orang Islam baru kena banyakkan ibadat? Adakah waktu muda adalah waktu umtuk bersuka ria dan mencari harta?

Terpulanglah apa pun jawapannya, Allah sahaja yang membalasnya.

Kalau Tak Sempat Tua Bagaimana?

Berbalik pada kisah yang awal tadi (kisah seorang pakcik dengan sekumpulan pemuda), terfikirkah anda tentang kenyataan balas pemuda tadi?

"Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagilah, dah tua nanti kami tahulah pergi masjid sendiri!"

Kami muda lagi? Adakah sunnah berjemaah di masjid hanya untuk orang tua sahaja? Bagaimana pula jika seseorang itu tak sempat tua?

Jangan fikir kita di usia muda mustahil terlepas dari kematian! Tidakkah kita melihat rakan-rakan kita yang meninggal dunia dalam usia muda?

Mati kemalangan, mati mengejut (selalunya sakit jantung), dan pembunuhan. Adakah itu bukan satu kematian?

Mati tidak kira tua atau muda, jika sudah sampai ajalnya.. semua orang akan merasai kematian.

Apabila mati, hanya amalan sahaja yang kita bawa menghadap Allah. Bagaimana jika amalan kita tidak banyak? Adakah kita akan menjawab di hadapan Allah, "Aku mati muda Ya Allah. Tak sempat buat amal Kau dah matikan aku". Adakah begitu?

Bangkitlah Wahai Orang Muda

Di antara golongan yang mendapat perlindungan di padang mahsyar ialah pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.

Sewaktu rakan-rakan sebaya kita memenuhkan ruang disko di masa azan Maghrib berkumandang, marilah kita memenuhkan rumah-rumah Allah.

Sesungguhnya Allah menyayangi orang yang beribadat, tetapi Allah LEBIH menyayangi orang MUDA yang beribadat.

Golongan muda adalah tiang kepada masyarakat, jika roboh tiang itu maka akan rosaklah masyarakat. Cuba kita bayangkan jika semua orang-orang berumur di masjid itu telah tiada, siapakah yang akan mengimarahkan rumah Allah?

Jangan sampai cicak yang ada di siling masjid itu yang bertasbih kepada Allah bersendiri tanpa kehadiran makhluk Allah yang istimewa bernama manusia!

Koreksi diri di usia muda, mudah-mudahan mendapat bahagia.

- Artikel Iluvislam.com

Empati Terhadap Dakwah

سم الله الرحمن الرحيم


Setiap orang Islam adalah juga seorang pendakwah yang mesti menyeru kepada Islam. Daripada begitu ramai Umat Islam yang berada di atas muka bumi ini, hanya sedikit sekali yang benar-benar memahami akan tuntutan untuk berdakwah. Sedikit pula daripada yang faham itu yang benar-benar menjadikan dakwah sebagai misi besar dalam hidupnya. Daripada golongan ini, ada yang tetap teguh dengan misinya dan bergelumang saban hari demi melaksanakan kewajipan tersebut, ada yang selalu lalai daripada tanggungjawabnya.

Kita, berada dalam golongan yang mana? Adakah kita merasa cukup dengan berpesan kepada teman-teman yang aktif berdakwah, “bagus kerja kalian ini, saya suka dan seronok tengok kalian menyeru orang ke arah kebaikan”, lantas kita berlalu menjalani hidup dengan penuh keselesaannya?

Allah tidak memerlukan simpati kita. Tanpa kita memberikan rasa simpati, Islam tetap akan dimenangkan. Allah pasti memilih golongan yang benar-benar qowi (kuat) untuk menggalas misi dakwah yang sifatnya berterusan sampai ke hari kiamat. Adapun golongan-golongan yang bersimpati, harus terus dibina agar mereka menjadi sebahagian daripada angkatan dakwah menuju Allah.

Tidak keterlaluan jika seseorang yang bersimpati terhadap dakwah, akan berlepas tangan daripada segala tugas-tugasnya. Namun, adalah keterlaluan jika seorang da’i yang memilih jalan dakwah, untuk sekadar merasa simpati tanpa ingin terlibat secara aktif dan bersungguh-sungguh. Ibarat sebuah permainan bola. Adalah wajar jika seorang peminat atau penonton hanya sekadar melihat dan memberikan komen-komennya terhadap sepak terajang yang berlangsung di dalam padang. Namun, adalah sesuatu yang sangat tidak boleh diterima apabila pemain yang berada di dalam padang memilih untuk berpeluk tubuh, membiarkan bola dikuasai musuh dan teman sepasukannya dibelasah sedang dia hanya mampu berkata, “kejar bola, kejar bola!”

Empati, sesuatu yang harus ada dalam diri sesiapa sahaja yang memilih jalan dakwah. Kita harus melihat kerja dakwah sebagai orang yang berada dalam wilayahnya, bukan di luar. Maka, apabila kita merasakan ada tugas dakwah yang harus dilaksanakan, kita segera bangun bersuara, “apa yang boleh saya bantu? Saya bersedia memberikan yang terbaik daripada apa yang saya ada!”

Rugilah orang yang mengabaikan sebuah anugerah yang telah Allah kurniakan kepadanya, menyandang misi dakwah yang ganjarannya tak bisa dinilai dengan apa saja.

Masihkah kalian mahu mengatakan, “Silakan lakukan tugas kalian, saya tidak ada kena mengena selama itu tidak terkait dengan kepentingan saya”.

Semoga Allah tidak memalingkan kita setelah Dia memberi hidayah, dan memberikan taufik kepada kita untuk bersama-sama menjadi tenteranya.

Kepada kalian, jundi (tentera) dakwah yang selalu suka bersimpati, atau bahkan suka diberikan simpati, apakah kalian yakin bahawa syurga itu adalah untuk kalian? Bekerjalah, Allah akan melihat kerja-kerja kita.

"...Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka..." (As-Saff: 5)

Persiapan Pendakwah

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

(Surah al-Anfal: 60)

Pendidikan dan latihan yang lengkap dan menyeluruh (tarbiyyah syumuliyyah)

  1. Latihan meningkatkan keimanan seperti solat malam, bacaan al-Quran dan zikrullah.

  2. Latihan meningkatkan keilmuan seperti menyambung pengajian sama ada secara formal atau tidak formal.

  3. Latihan meningkatkan kekuatan fizikal seperti latihan fizikal secara outdoor.

  4. Latihan pengukuhan emosi dengan meningkatkan kefahaman tugas dan tanggungjawab, keikhlasan dalam melaksanakan tugas, sanggup berjihad dan sebagainya.

Dakwah adalah cara hidup dan menjadi darah daging kita semua. Pengurusan dakwah secara lebih terancang dan sistematik merupakan aspek yang sangat penting dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Rabu, 8 Jun 2011

Bulan Rejab Bulan Yang Mulia

بسم الله الرحمن الرحيم


Waktu malam yang sunyi ,angin bertiup beralun perlahan, awan di langit kelihatan berseri, bertemankan ia dengan cahaya bulan..

"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.."

Indahnya ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, DIA lah yang mencipta kesemuanya, segala-galanya di dalam pengetahuan-Nya, kesemua ini hanya didapati oleh mereka yang bertaqwa..

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astagfirullah..

Di dalam suluhan cahaya bulan di suatu malam, seorang pemuda kelihatan sedang duduk sendirian di bawah sebuah pohon, tempat itu tidak jauh daripada sebuah masjid yang dia sentiasa datang kepadanya untuk melakukan solah berjemaah dan amal ibadah selainnya..

Kelihatan di jarinya terselit seutas tasbih, bibirnya seakan-akan bergetar seperti mengalunkan suatu zikir..

Sedang dia sendirian begitu, tiba-tiba terdengar salam dari belakang, "Assalammualaikum"..

terhenti seketika jarinya yang mengerakkan tasbih, berpusing wajahnya kepada suara itu, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh"..

"Alhamdulillah, Adam rupanya", jawab pemuda yang sendirian itu tadi..

Adam, "alhamdulillah, abang seorang sahaja ya, saya baru sahaja sudah membaca surah al-Mulk di masjid tadi, saya ingat nak terus pulang selepas tu, tapi ternampak abang pula di sini, nak berbual dengan sekejap, leh ke abang?"

Pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, boleh, abang tak ada buat apa pun, abang duduk aje di sini"

lalu Adam duduk disebelah pemuda itu..

Adam, "abang, kita dah tak lama dengan bulan Rejab ya, tak salah saya, hari juma'at ini sudah 1 Rejab 1432H ya, waktu malaysia lah, kalau waktu lain, lain lah pula ya, hehe"..

pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, Allah mengurniakan hidayah kepadamu untuk dirimu menyedari bahawa Bulan Rejab yang mulia hampir tiba..ya, insya Allah, andai diizinkan Allah, hari juma'at nanti adalah 1 Rejab, insya Allah"..

Adam, "jadi, abang, leh tak saya nak tanya tentang Rejab ni?"

pemuda itu tersenyum, "insya Allah, tanya aje Adam, kalau abang leh jawab, insya Allah, abang akan jawab"..

Adam, "ia tentang beberapa hadits yang Adam dapati daripada beberapa teman, mereka katakan hadits itu palsu,

seperti hadits yang mengatakan bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban bulan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan Ramadhan bulan ummat Islam. Barang siapa berpuasa di bulan Rejab dua hari, baginya pahala dua kali lipat, timbangan setiap lipatan itu sama dengan gunung gunung yang ada di dunia, kemudian disebutkan pahala bagi orang yang berpuasa empat hari, enam hari, tujuh hari, lapan hari, dan seterusnya, sampai disebutkan ganjaran bagi orang berpuasa lima belas hari..

ada di antara mereka mengatakan hadits itu palsu dan tidak boleh beramal dengannya, macam mana tu abang? saya senyap aje ketika dengar hujah mereka tu.."

pemuda itu tunduk seketika, tasbih yang terselit dijarinya di putar kembali..

lama juga pemuda itu mendiamkan diri..

Adam yang berada disisi hanya memandang pada mulanya, kemudian bertanya, "abang marah pada Adam ke?"

pemuda itu mendongak wajahnya dan tersenyum ke arah lelaki yang bernama Adam, "alhamdulillah, tidak wahai Adam, cuma abang berfikir"..

Adam, "kenapa abang? abang berfikir pasal apa?"

pemuda itu tersenyum, "berfikir, ada juga manusia yang cuba melarang manusia yang lain untuk beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sedangkan tiada larangan tentangnya"..

Adam kelihatan bingung seketika memikirkan ayat yang diluahkan pemuda itu..

"maksud abang?" katanya Adam..

pemuda itu tersenyum, "wahai adikku, Adam, hadits yang dikatakan temanmu itu iaitu tentang kemuliaan bulan Rejab atau kelebihan bulan Rejab itu yang kebanyakan sedang beredar di kalangan kita sekarang, ia tidak ada yang shahih, sebahagian besarnya adalah dhaif..namun adikku Adam, ia bukan bererti itu menafikan kemuliaan di bulan Rejab..abang hanya berkata-kata di sudut hadits nya sahaja, yakni hadits yang adik katakan itu ataupun yang banyak di dapati diluar sana..
namun seperti apa yang abang katakan tadi, ia bukan bererti untuk menafikan kemuliaan di bulan Rejab wahai adikku..tidak ada satupun para Muhaddits yang mengharamkan puasa di bulan Rejab..

dari al-Hafiz al-Muhaddits al-Imam Nawawi Rahimahullahu Ta'ala :

ولم يثبت في صوم رجب نهى ولا ندب لعينه ولكن أصل الصوم مندوب إليه وفي سنن أبي داود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ندب الى الصوم من الأشهر الحرم ورجب أحدها

(yang bermaksud) : "tidak ada ketentuan jelas yang menguatkan pelarangan puasa pada bulan Rejab, tidak pula ada keterangan sunnah melakukannya, akan tetapi asal dari ibadah puasa adalah sunnah, dan pada riwayat sunnah Abu Dawud, bahawa (Sayyiduna) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mensunnahkan puasa di bulan haram, dan Rejab adalah salah satu dari bulan Haram"

maka jelaslah kepada kita wahai adikku, Adam, bahawa sunnah berpuasa di bulan Rejab, dan segenap bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab itu adalah sunnah..

tidak ada larangannnya wahai adikku, Adam..maka, barangsiapa yang mengharamkannya, maka ia merupakan kemungkaran, kerana sebagaimana yang dijelaskan oleh al-'Allamah al-Imam Nawawi tadi, bahawa hal ini tidak ada dalil yang melarangnya, maka sunnah berpuasa di hari-hari yang tidak diharamkan puasa padanya..

barangsiapa yang ingkar, iaitu "mahu mengatakan haram berpuasa di bulan Rejab" atau seumpamanya, maka hal itu adalah mungkar..Hal ini amat menyedihkan wahai adikku, Adam..

sebahagian besar muslimin berpuasa di bulan Rejab, sebahagian yang lain tidak mempedulikannya, dan sebahagian yang lain sibuk melarang yang berpuasa..


maka, sebahagian yang ketiga inilah yang berbahaya wahai adikku Adam, melarang orang muslim beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, berpuasa kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala, astaghfirullah..

Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :


إن أعظم المسلمين في المسلمين جرما من سأل عن شيء لم يحرم على المسلمين فحرم عليهم من أجل مسألته


(yang bermaksud) : "Sesungguhnya sebesar-besar kejahatan muslimin pada muslimin yang lainnya, adalah yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan ke atas muslimin, (kemudian) menjadi diharamkan atas mereka kerana pertanyaannya"

hadits riwayat al-Imam Muslim..


maka, wahai adikku, usah kau hiraukan kata mereka, tiada larangan dan pengharaman untuk kau berbuat amal ibadah di bulan Rejab yang mulia..

adikku, para guru abang pernah berpesan kepada abang, "untuk sah sesuatu amal ibadah adalah mudah, tetapi untuk mendapat kesempurnaannya adalah susah"..maka, di bulan yang mulia inilah, iaitu Rejab nanti kita berusaha mencari kelebihan, menyempurnakn segala amal ibadah yang sebelum ini kurang, banyak cacatnya..

ibarat seseorang itu sedang berlumba kereta, litarnya itu begitu susah, dan dia mempunyai beberapa ruang untuk dia memintas kereta di hadapannya..

maka, begitulah bulan Rejab wahai adikku, amal ibadah kita sebelum ini mungkin banyak kekurangan, banyak kesalahan, maka di bulan yang mulia ini, yang dirahmati ini lah, kita mencari ruang-ruang yang banyak kerahmatan untuk dimanfaatkan, agar kedudukan kita di sisi Allah bertambah mulia, insya Allah"..

Adam tersenyum, "alhamdulillah, panjang lebar abang menjelaskannya, terima kasih abang, insya Allah, Adam ingat nak mulakan puasa pada 1 Rejab nanti, nak berpuasa 3 bulan, Rejab, Sya'ban dan Ramadhan, kalau diizinkan Allah, insya Allah, doakan ya abang"..

pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, Allah menganugerahkanmu hidayah serta taufiq, semoga Allah menetapkan hatimu di jalan keredhaan-Nya, insya Allah..jangan lupa, banyakkan istighfar dan berdoa di bulan yang banyak kerahmatan dan keberkatan itu nanti, insya Allah"

Adam, "insya Allah, terima kasih abang"..

Pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, abang rasa dah lewat ni, kita pulang dulu, esok kita jumpa pula di Masjid untuk solah subuh berjemaah, insya Allah"..

Adam, "oh ya, dah lewat, insya Allah, kita jumpa esok ya abang"..

berlalulah kedua-dua insan yang sedang membina jalan ke arah keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, insya Allah..

wallahua'lam..

pesanan : "semoga penerangan bercerita ini menjadi manfaat kepada semua, insya Allah, segala-galanya adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala"..

 

 

Sabtu, 4 Jun 2011

Insan Mulia Yang Telah Mengislamkan 5 Juta Orang Penduduk Dunia

سبحان الله العظيم !! هذا الرجل أسلم على يديه 5 ملايين إنسان !! صورته :

صاحب هذه الصورة أسلم على يديه أكثر من 5 ملايين شخص من اربعين دولة خلال ثلاثين عاما قضاها في الدعوة
قد تقولون هذه مجرد قصة خيالية …..
Insan ini telah mengislamkan 5 juta orang di 40 buah negara dalam tempoh 30 tahun.
لا بل حقيقة …. هذا الرجل موجود ولا يزال يدعوا الى الله في أفريقيا …..
Ianya bukan khayalan, sehingga sekarang beliau masih berdakwah di Jalan Allah SWT di Afrika.
الدكتور عبدالرحمن السميط جزاه الله خيرا هو طبيب وداعية من دولة الكويت ومؤسس جميعة العون المباشر وهي جمعية خيرية دعوية
Beliau adalah Dr.Abdul Rahman As-Samit, doktor dan pendakwah dari Kuwait, Pengarah Pusat Dakwah ( seperti di atas ).
كرس الدكتور السميط حياته للدعوة في القارة الإفريقية
Beliau menghabiskan masa di benua Afrika untuk berdakwah bersama beliau ribuan pegawai dakwah bergerak cergas.
وقد أثمر هذا الكفاح الطويل عن نتائج عظيمة
فهناك ألاف الدعاة الذين يعملون في جمعية العون المباشر
وهم ممن أسلم على يد الدكتور السميط وأصبحوا دعاة للاسلام
ومنهم قساوسة ورجال دين نصارى اعتنقوا الاسلام
تخيلوا خمسة ملايين إنسان يأخذ أجرهم الدكتور السميط !!
يعني لو صلى أحدهم فللسميط مثل أجره
ولو تصدق فللسميط مثل أجره
ولو حج فللسميط مثل أجره
ولو جاهد فللسميط مثل أجره
وهكذا كل عمل يعمله هؤلاء الخمسة ملايين تذهب نسخة منه للسميط !!
قال صلى الله عليه وسلم :{ الدال على الخير كفاعله } [رواه مسلم].
قال صلى الله عليه وسلم : { من دعا إلى هُدى كان له من الأجر مثل أجور من تبعه، لا ينقص ذلك من أجورهم شيئاً.. } [رواه مسلم].
قال صلى الله عليه وسلم : ” لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير من أن يكون لك حمر النعم ” رواه البخاري.
وبمشيئة الله سيكون لك نفس الأجر لو ساهمت بهذا المشروع الضخم بما ((تستطيع)) ماديا او معنويا
وهذا معناه حسنات لا تنقطع الى يوم الدين
فهؤلاء الخمسة ملايين سيزدادون مع مرور السنين وستنشأ أجيال من المسلمين كانت ستنشأ على الكفر لولا الله ثم هذه الدعوة المباركة
فهل نضيع أجرا عظيما مستمرا إلى يوم القيامة ؟
فلنتبرع بما نستطيع
ولنبلغ المقتدرين والتجار
اجر عظيم جدا جدا جدا جدا دائم الى يوم القيامة بمشيئة الله
تخيلوا لو تبرع كل منا بريال واحد ستكون المحصلة مئات الملايين
فما بالكم لو ساهم معنا التجار ورجال الاعمال ؟
يقول الدكتور السميط :
خلال سنوات عملي لأكثر من ربع قرن في إفريقيا كان أكثر ما يدخل السرور في قلبي، أن أرى شخصاً يرفع السبابة إلى أعلى ويعلن شهادة التوحيد،
وكان أكثر ما يؤثر في الدكتور السميط إلى حد البكاء حينما يذهب إلى منطقة ويدخل بعض أبنائها في الإسلام ثم يصرخون ويبكون على آبائهم وأمهاتهم الذين ماتوا على غير الإسلام، وهم يسألون: أين أنتم يا مسلمون؟ ولماذا تأخرتم عنا كل هذه السنين؟ كانت هذه الكلمات تجعله يبكي بمرارة، ويشعر بجزء من المسئولية تجاه هؤلاء الذين ماتوا على الكفر.
تعرض في أفريقيا للاغتيال مرات عديدة من قبل المليشيات المسلحة بسبب حضوره الطاغي في أوساط الفقراء والمحتاجين،
الرجل سبق أن أصيب بثلاث جلطات في الرأس والقلب لكنها الهمة العالية الله لايحرمه الأجر..
ولتعلموا أنه مصاب بداء السكري، ويعاني منه منذ فترة طويلة، ومع ذلك لم يثنه عن السفر والترحال والبذل والإخلاص. فنسأل الله أن يجعله خيرا مما نظن، ويغفر له ما لا نعلم، ونحن وجميع المسلمين.
ذكر الدكتور السميط في مقابلة اجراها الدكتور عايد المناع في تلفزيون الكويت انه ذهب الى احد البلاد الافريقية وخلال عدة ايام اسلم على يديه المئات ….. فجاءه قسيس كاثوليكي اوروبي وقال له :
” انا وابي ولدنا هنا وقد جاء جدي الى هنا منذ مئة عام تقريبا وهدفنا التنصير ولكن لم يتنصر الا اعداد قليلة بينما انتم امضيتم هنا بضعة ايام واسلم على يديكم المئات !! “
سبحان الله …… لان الاسلام دين الفطرة …….
من الأمور التي التي تحز في نفس الدكتور ما يراه من التبرعات الضخمة التي تحصل عليها المنظمات التنصيرية من النصارى مقابل التبرعات القليلة من المسلمين
ومن أمثلة تبرعات غير المسلمين للنشاط التنصيري كما يرصدها د. السميط أن تبرعات صاحب شركة مايكروسوفت بلغت في عام واحد تقريبا مليار دولار، ورجل أعمال هولندي تبرع بمبلغ 114 مليون دولار دفعة واحدة وقيل بأن هذا المبلغ كان كل ما يملكه، وفي أحد الاحتفالات التي أقامها أحد داعمي العمل التنصيري في نيويورك قرر أن يوزع نسخة من الإنجيل على كل بيت في العالم وكانت تكلفة فكرته 300 مليون دولار حتى ينفذها، ولم تمر ليلة واحدة حتى كان حصيلة ما جمعه أكثر من 41 مليون دولار.
114 Juta Dolar diderma kepada Muslimin Holand.
Menghimpun derma sebanyak 41 Juta Dolar tetapi membelanjakan 300 Juta Dolar dalam perlaksanaan projek-projek dakwah.
يقول الشيخ جزاه الله خير : امشئ مئات الكيلومترات .. تتعطل سيارتي .. تتقطع نعالي .. لكي أصل الي قريه من القري … وأجد في نفس الوقت النصراني المبشر يأتي الي هذه القريه بالطائره !!!!
ويرى د. السميط أن زكاة أموال أثرياء العرب تكفي لسد حاجة 250 مليون مسلم؛ إذ يبلغ حجم الأموال المستثمرة داخل وخارج البلاد العربية 2275 مليار دولار أمريكي، ولو أخرج هؤلاء الأغنياء الزكاة عن أموالهم لبلغت 56.875 مليار دولار، ولو افترضنا أن عدد فقراء المسلمين في العالم كله يبلغ 250 مليون فقير لكان نصيب كل فقير منهم 227 دولارا، وهو مبلغ كاف لبدء الفقير في عمل منتج يمكن أن يعيش على دخله.
وهنا بعض الانجازات التي تحققت طوال السنين الماضية
Kejayaan yang telah Beliau bina:
3288 داعية
3288 Pegawai Dakwah.
1200 مسجد،
Membina 12 Ribu Masjid.
9500 يتيم،
Memelihara 9500 orang anak yatim.
2750 بئرا ارتوازية ومئات الآبار السطحية
Mengali perigi dan membina 2750 kemudahan air.
160 ألف طن من الأغذية والأدوية والملابس،
160 Ribu tan makanan, ubat-ubatan dan pakaian
51 مليون نسخة من المصحف،
51 Ribu juta buah Al-Quran telah didermakan.
102 مركز إسلامي متكامل،
Membina 102 Pusat Islam.
عقد 1450 دورة للمعلمين وأئمة المساجد،
Mengadakan 1450 kursus untuk guru dan imam-imam.
دفع رسوم الدراسة عن 95 ألف طالب مسلم فقير،
Menanggung yuran seramai 95 ribu pelajar Islam yang miskin.
بناء وتشغيل 200 مركز لتدريب النساء،
Membina 200 Pusat Kemahiran Untuk Wanita.
حسابات الجمعية :
للإستفسار عن أرقام الحسابات وكيفية التحويل والمشاريع والتبرعات نرجوا الاتصال بجمعية العون المباشر بإحدى الوسائل التالية
البريد الالكتروني amanakw@hotmail.com
أرقام هواتف اللجنة :
الفاكس : 009652528399
المركز الرئيسي : 009652528355
فرع خيطان 009654764888
فرع الفحيحيل 009653923066
فرع الجهراء 009654550697
من داخل الكويت :
866888 ص . ب 1414 الصفاة 13015 الكويت
لمزيد من المعلومات حول كيفية المساهمة في هذا المشروع المبارك :http://www.labaik-africa.org/index.p…on=pages&id=10
مصادر المعلومات السابقة :
الموقع الرسمي لجمعية العون المباشر التي يرأسها الدكتور السميط :http://www.labaik-africa.org
مقابلة الدكتور عبدالرحمن السميط مع قناة الجزيرة عام 2005 :http://www.aljazeera.net/channel/arc…chiveId=303943
مقابلة الدكتور السميط مع قناة الجزيرة عام 2000 :http://www.aljazeera.net/channel/arc…rchiveId=89116
اتمنى منكم نشر هذا الموضوع في كل مكان واحتسبوا الأجر ……
نسأل الله أن يبارك في جهود الشيخ السميط وأن يجزيه خير الجزاء وأن يُكثر من أمثاله آمين
قال صلى الله عليه وسلم ( من صلى علي حين يصبح عشراً وحين يمسي عشراً أدركته شفاعتي يوم القيامة ) رواه الطبراني وحسنه الألباني
و قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن ومؤمنة حسنة ) رواه الطبراني وحسنه الالباني
وقال صلى الله عليه وسلم ( من قرأ آية الكرسي عقب كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ) رواه النسائي وصححه الألباني رحمهما الله .
وقال صلى الله عليه وسلم ( أيعجز أحدكم أن يكسب كل يوم ألف حسنة ؟ فسأله سائل من جلسائه : كيف يكسب أحدنا ألف حسنة ؟ قال : يسبح مائة تسبيحة ، فيكتب له ألف حسنة ، أو يحط عنه ألف خطيئة )
رواه مسلم
وقال صلى الله عليه وسلم ( من قال سبحان الله وبحمده ، مائة مرة غفرت له ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر ) رواه الترمذي
Apakah ada insan di Malaysia dari mana-mana parti Islam yang sanggup berdakwah di Jalan Allah SWT sebegini?
Mampukah parti atau pertubuhan Islam Malaysia menangung perbelanjaan pendakwah seramai 3288 orang selama 30 tahun?
apa yang ada di Malaysia………………???
Masjid dan surau yang kosong….
Disco dan minuman syaitan bertaburan…
anak zina lahir setiap hari..
Bertaubatlah, wahai semua.. dosa yang anda lakukan tidak melemahkan Allah SWT untuk mengazab anda , walau sebanyak mana dosa pun.. Pasti Allah SWT mampu mengazabnya dengan setimpal serta tidak akan kurang walau dosa sebesar zarah pasti menerima balasannya. Allah SWT Maha Adil dalam semua perbuatanNya.

Jumaat, 3 Jun 2011

Apa Istimewanya Bulan Rejab


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum.. Buat pembaca budiman. Hari ini 1 Rejab 1432 Hijrah bersaman 2 Jun 2011 Masihi. Kita selalu ingat hari ini berapa haribulan Masihi, tapi berapa tarikh Islam? Kita selalu lupa. Jangan lupa membaca doa di atas. Alhamdulillah, masih diberikan peluang kita untuk berjumpa Rejab, berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pula. InsyaAllah.

Sesetengah orang mungkin tak berapa kisah sangat pasal bulan-bulan ni. Malah ada juga yang langsung tak ambil peduli. Yang mereka tahu hanya pergi kerja, cari makan dan berseronok saja atas dunia ni. Bab-bab agama, iman dan amal, mereka pandang sebelah mata saja, atau langsung buat tak tahu. Jika begitu, alangkah MALANG nya orang yang macam itu. Semoga kita tak tergolong dalam kalangan orang yang begitu.
Bagi mereka yang peka dan faham maksud hidup kita atas dunia ini, sudah tentulah mereka sentiasa mengambil kira semua perkara. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan soal iman dan amal. Pasti mereka tidak akan mensia-siakan peluang yang ada untuk melakukan amal kebaikan.

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang Keistimewaan Bulan Rejab. Dan amalan apakah yang bagus untuk kita amalkan dalam bulan ini. Aduhai.. Betapa pantas masa berlalu. Dan betapa pendeknya sisa umur yang tinggal. Kini REJAB datang lagi. Bagaimanakah keadaan iman dan amal kita??? Semoga berkat bulan REJAB yang mulia ini menjadi sumber hidayah buat kita semua. Amin insyaAllah.

Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam Allah berfirman,

"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
(QS At-Taubah: 36)

  • Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
  • Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
  • Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi S.A.W memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

  • Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
  1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.
  2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
  3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.
  4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam haribulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
  5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis palsu.
  6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih.

Rujukan - Hafiz Firdaus-

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab :
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...