Kalau kita nie ada walaupun secebis ilmu agama jangan takut untuk disampaikan. Kongsikan saja walaupun sedikit. Itu lebih bagus daripada tak berdakwah langsung. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Wahai Manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Suruhlah (manusia) berbuat ma'ruf dan cegahlah mereka dari kerja-kerja munkar sebelum ( tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya, dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi"
Mungkin kita masih belum cukup ilmu tapi kita masih perlu menyampaikan apa yang kita tahu & pada masa yang sama kita cuba melengkapkan diri. Jadi jangan letakkan satu persepsi bahawa diri sendiri tak mampu buat sesuatu perkara. Tue satu bentuk pemikiran yang bagi aku sangat laa tak baik. Kita kena sentiasa bersikap positif dan optimis dengan kemampuan kita. Allah tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak hadapi. Tapi kalau kita bersungguh-sungguh, Insya-Allah kita akan menemui jalan yang benar.Takut juga kalau kita tak sampaikan apa yang Allah suruh kita sampaikan nanti kita dilaknat Allah pula. Firman Allah
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّـٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلۡكِتَـٰبِۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَلۡعَنُہُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُہُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan