Ukhwah Islamiyyah

Selasa, 19 Mac 2013

ZAMAN UMAT NABI MUHAMMAD

























Hari berganti hari, tahun berganti tahun, zaman berganti zaman.

Menurut hadith Nabi, zaman ummat Nabi Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya kerajaan menggigit [Mulkan 'Adhan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Setelah itu kerajaan menyombong [Mulkan Jabariyyan], adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.

Selanjutnya adalah masa Khalifah yang mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj an-nubuwwah] 

Kemudian Nabi diam.”

- Hadith Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah -

Mengikut Rasulullah S.A.W, fasa pertama adalah pada zaman Nabi masih hidup, zaman ini telah pun berlalu, kemudian zaman pemerintahan yang mengikut cara pemerintahan kenabian, kita dapati umat Islam diperintah oleh 4 khulafaa ar Rasyidin, inipun telah berlalu, kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang 'menggigit' yakni yang menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Ummayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyah yang berkuasa menggunakan sistem monarki, zaman inipun telah berlalu.

Kemudian datang pula satu zaman dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Inilah fasa atau zaman yang sekarang ini. Kemudian setelah berlaku fasa ke empat akan datang pula fasa ke lima. Dalam fasa ke lima, dunia akan diperintah sebagaimana cara Nabi mengikut syari'at Islam. setelah selesai menceritakan hal itu tiba-tiba Rasulullah S.A.W diam dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat.

Rasulullah S.A.W telah mengingatkan bahawa hidup dalam fasa ke empat akan kedatangan satu fitnah yakni fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke lima, fasa ini kekuasaan telah berada di tangan orang-orang yang beriman. Dajjal tidak akan muncul selepas fasa ke lima kerana masa sejarah ketamadunan manusia telahpun tamat.

Pada fasa ke empat itulah IBLIS akan mengumpulkan dan menyesatkan seberapa ramai [seramai mungkin] manusia untuk mengikutnya ke neraka dan dalam fasa ke 4 inilah kita berada sekarang ini.

Sebelum turunya Nabi Isa a.s akan datangnya Imam Mahdi yang akan membawa kita ke fasa ke 5 seterusnya mengakhiri ketamadunan manusia.

-------------------------------------------------

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil.”
- Hadith Muslim no. 145 -

Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman berganti zaman, Islam asing [gharib] kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Illahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.

Tiada kemuliaan kecuali dengan Islam,
Tiada Islam kecuali dengan penerapan Syariah,
Tiada penerapan Syariah kecuali dengan Daulah Khilafah.

2 ulasan:

H berkata...

saya minta kebenaran untuk share....

jiwa hamba berkata...

silakan..semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...