Ukhwah Islamiyyah

Ahad, 3 Mac 2013

3 Mac: Tarikh Duka Umat Islam























3 Mac 1924 merupakan tarikh yang amat membekas bagi dunia Islam. Bermula dari tarikh ini, umat Islam secara rasmi telah kehilangan sebuah perisai yang selama ini melindung umat Islam dan mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah. Maka, bermulalah satu episod hitam bagi umat Islam seluruh dunia.

Maksud hadis: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

Mustafa Kemal Atarturk Laknatullah menjadi dalang di sebalik keruntuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924. Kemudian, British menghadiahkan si syaitan ini dengan pangkat presiden Turki pertama dan kononnya perlantikan beliau menjadi presiden Turki pertama merupakan titik tolak bermulanya 'Turki Moden'.

Hakikatnya, Turki bukanlah sebuah negara moden yang dicanang oleh media-media, tetapi Turki hanyalah sebuah negara yang mendokong ideologi kapitalis yang beraqidahkan aqidah sekular. Tertegaknya sebuah negara sekular Turki, maka sekularisme amat mudah dan cepat ditebarkan di muka bumi Allah semenjak jatuhnya Daulah Khilafah.

Semenjak peristiwa itu, umat Islam berada dalam zaman kuku besi, di mana umat Islam menjadi mangsa kekejaman golongan-golongan yang kuat menentang Islam. Buktinya, terlalu banyak umat Islam dibunuh beramai-ramai di seluruh seantero dunia.

Umat Islam bukan sahaja menderita akibat diseksa. Malah, umat Islam juga dibelit dengan masalah-masalah ekonomi, sosial, dan sebagainya. Umat Islam diterapkan dengan sistem riba, kemiskinan, kancah zina, dan sebagainya, akibat tiada Daulah Khilafah untuk menerapkan hukum-hakam Islam.

Umat Islam juga dibelenggu dengan masalah sekularisme. Lahir pula golongan-golongan yang menolak politik Islam dan hanya beriktikaf dan berzikir di dalam masjid, dan hanya menyeru umat Islam hanya untuk ke masjid. Ini merupakan suatu kekeliruan yang amat dahsyat sekali. Kerana mereka beranggapan bahawa hukum-hakam Islam itu akan kembali dengan amalan-amalan ritual sahaja. Walhal, Rasulullah SAW telah keluar berpolitik untuk menerapkan hukum-hakam Islam, dan bukan hanya beriktikaf di dalam masjid. Kekeliruan ini menyebabkan pemikiran umat Islam itu berada dalam keadaan yang amat mundur, sempit, dan kolot. Sedangkan Islam adalah sebuah cara kehidupan yang sempurna, di mana tiada suatu pun yang tertinggal sejak syariat Islam itu lengkap diturunkan, termasuklah cara membuang air kecil sehinggalah kepada memerintah dunia.

Melihat kejayaan Barat dalam meruntuhkan Daulah Khilafah, maka kaum Barat akan cuba sedaya-upaya dengan cara apa sekalipun supaya umat Islam itu sendiri yang menentang Daulah Khilafah. Maka, mereka menerapkan semangat nasionalisme, agar umat Islam terus berpecah-belah, di bawah naungan, sempadan, dan bendera nasional.

Selain daripada itu, mereka juga dengan sedaya-upaya menyorok hakikat Daulah Khilafah itu. Maka, umat Islam akan terus jahil tentang Daulah Khilafah. Maka, ada yang terkeliru dengan istilah-istilah seperti Khilafah, Khalifah, dan Khilafiyah. Ini baru sahaja bab istilah, belum lagi tentang batang tubuh Daulah Khilafah.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menegakkan semula Daulah Khilafah, kerana ia adalah suatu kewajipan terhadap setiap muslim, sebagaimana wajibnya hukum solat! Sesungguhnya tertegaknya semula Daulah Khilafah itu pasti, pasti, dan pasti akan berlaku, kerana ia adalah janji Allah dan Rasul-Nya

Maksud hadis: 

"...Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..." [HR Ahmad] 

sumber: http://www.soutulmujahid.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasa sedih bila anggota keselamatan kita terkorban. Rasa marah meluap-luap terhadap ahli politik Cina yg bermulut celupar. Bila Melayu yg mati Dap Pkr Pas diam seribu bahasa. Bila ong Beng Hock mati kerana rasuah merekalah yg terhegeh-hegeh mempertahankan si perasuah.
Bila dengar ceramah Anuar berahim di P.pauh, hati aku berkata bahawa memang dia ni penipu dan munafik dalam sejarah tanah melayu.Dia lebih haprak dari Kamail atartuk sekiranya dapat jawatan PM nanti.
Hadi awang hanya pak turut, Nik ajis memang najis apa saja fatea yg dikeluarkan.
Persoalaanya , adakah negara kita akan terus huru-hara selepas PRU13 ini. Huru-hura sebagaimana Thailand .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...