Sabtu, 24 November 2012
IMAM AL-GHAZALI BERGURU DARI PEROMPAK
Seluruh usia muda Imam Ghazali dihabiskan dengan menuntut ilmu dari beberapa orang tokoh ulamak yang terkenal pada zamannya. Segala nota dan ilmu catitan yang dipelajarinya selama ini disimpan dengan baik-baik dalam satu beg. Masanya untuk pulang ke kampung halaman sudah tiba dengan membawa sekali beg yang berisi nota-notanya. Dalam perjalanan pulang, kafilahnya telah diserang oleh perompak. Setiap bungkusan, karung dan juga beg akan diperiksa. Tiba giliran Imam Ghazali, lalu ia berkata,
"Kamu boleh ambil apa sahaja yang kamu mahu, tetapi jangan ambil beg ini."
Para perompak mengesyaki sesuatu yang berharga di dalamnya lalu merampas beg tersebut dan menyelongkarnya. Apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yang tidak berharga dan merasakan diri mereka telah ditipu.
"Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini? "Soal ketua perompak,
"Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catitan ini aku ambil dari guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini. "Jawab Imam Ghazali.
"Jika begitu kamu adalah orang yang paling bodoh, catitan yang kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri. "Balas ketua perompak,
Imam Ghazali terpegun mendengarkan hujah yang tepat dari seorang ketua perompak yang baik hati. Mulai dari saat inilah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya. Selepas ini tiada siapa lagi yang boleh mencuri ilmunya.
Wallahua'alam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
pada zaman iman al-ghazali dh ada kertas ke? ana pernah dengar pada zamanya ditulis atas batu atau pelepah tamar.
Catat Ulasan