بسم الله الرحمن الرحيم
Saat-saat terakhir ramadhan kian terasa.
Ramai sekali yang gembira menanti kedatangan Aidil fitri yang tak dinafikan cukup indah..
Gembira berjumpa sanak saudara...
Gembira memakai baju raya...
Gembira dapat merasa lemang dan kuih raya...
Gembira dapat duit raya.... (^_^)
Tiada salahnya di situ..
Sememangnya hari raya merupakan hari untuk umat Islam bergembira.. Inilah nikmat Allah kepada hambaNya yang mentaati-Nya....
Tapi ada juga yang turut berasa sedih.. tapi tak ramai...
Mungkin sedih kerana mengenangkan mungkin ini ramadhan terakhir buat mereka..
Sedih kerana tiada lagi ganjaran amalan yang berlipat ganda,
Sedih kerana syaitan bebas dari dibelengu,
Sedih kerana saf jemaah di masjid mungkin berkurangan, Sedih kerana tiada lagi kemeriahan tarawikh...
Sedih kerana mungkin tidak dapat merasa lagi nikmat berbuka dan bersahur...
Sedih kerana mungkin tiada lagi RAMADHAN tahun depan...
Sambutan yang berbeza dari setiap insan...
Apa pun sambutan kita, pastikan hari raya Aidil fitri kali ini, kita betul-betul kembali kepada FITRAH....
Fitrah seorang hamba yang akur, taat pada TUAN-Nya....
1 ulasan:
sedih kerana, adakah amalan yang dilakukan dibulan ramadhan ini diterima olehNYa..
jika sekarang jiwa ini terasa dekat denganNya.. adakah selepas ini akan lebih serasi atau sebaliknya.. Ya Allah.. perliharalah hati ini agar sentiasa dekat denganMU..
Catat Ulasan