بسم الله الرحمن الرحيم
Al-Hakim
meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada
Rasulullah s.a.w dengan
tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau
tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda
bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan
kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima
perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang
diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami
terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Rasulullah
s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan
kepada kamu itu ?" Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan
kami untuk beriman kepada Allah s.w.t.,
percaya kepada Malaikat-Nya,
Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya,
percaya kepada takdir Allah s.w.t. yang
baik mahupun yang buruk." Selanjutnya tanya Rasulullah
s.a.w "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh
para utusanku itu ?" Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh
para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan
selain Allah dan engkau adalah utusan Allah,
hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya Rasulullah
s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu
masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka,
"Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani
di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira
dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar
ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Rasulullah
s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam
kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara
berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan
segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Rasulullah
s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada
lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ?
Janganlah
kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan.
Janganlah
kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati.
Janganlah
kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,
Berusahalah
untuk mencari bekal ke dalam akhirat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan