Ukhwah Islamiyyah

Selasa, 5 Julai 2011

Ahli dunia VS Ahli Akhirat

سم الله الرحمن الرحيم


Ada seorang laki-laki (LL) bertemu dengan orang yang alim dan soleh (OS)

LL : Aku teringin tahu, apakah aku termasuk ahli dunia atau ahli akhirat.
OS : Allah SWT sangat sayang pada hambaNya, timbangan amal seseorang bukan terletak pada orang lain tetapi pada dirinya sendiri.
LL : Kenapa ?
OS : Kerana kamu dapat menipu manusia, tetapi tidak dapat menipu dirimu, jadi timbangan amalmu ada pada dirimu sendiri. Kamu pasti mampu mengetahui apakah kamu termasuk ahli dunia atau ahli akhirat
LL : Bagaimana caranya?
OS : Jika datang kepadamu orang yang memberikan harta dan datang pula kepadamu orang yang meminta sedekah, orang mana yang paling kamu senangi?
LL : .................
OS : Jika kamu gembira kepada orang yang memberi harta, maka kamu termasuk ahli dunia. Jika kamu gembira terhadap orang yang meminta sedekah, maka kamu termasuk ahli akhirat. Sesungguhnya manusia gembira pada orang yang memberi apa yang disukainya. Orang yang memberi saya harta, tentu dia telah memberi saya dunia. Orang yang mengambil daripada saya sedekah bererti telah memberi saya akhirat. Jika kamu termasuk ahli akhirat, gembiralah pada orang yang meminta sedekah padamu lebih daripada kegembiraan kamu diberi harta.

Oleh kerananya sebahagian orang soleh, apabila datang kepada mereka seorang yang meminta-minta mereka berkata dengan rasa senang
" Selamat datang orang yang membawa kebahagiaan di akhirat tanpa diupah".

Petikan dari buku " Menghayati Pesan Allah dalam Ayat-Ayat Lazim" oleh Prof. Dr. Syeikh Mutawalli Sya'rawi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika dia tidak memberi sebahagian dari hartanya kepada yang berhak, allah akan tarik harta itu dengan mengambil secara paksa, contoh kawan pinjam duit.. alih2 kwn tu x byr.. kne tipu ngn sendikit.. atau membuat pelaburan yg sia2.. kita hanya memberi sedikit kegembiraan pada org lain. namun orang lain tulah yg telah memberi kegembiraan yang hakiki pada kite di akhirat kelak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...