Ukhwah Islamiyyah

Isnin, 15 Mac 2010

AYAH PIN GUNA FACEBOOK HINA NABI

Assalamualaikum..kepada semua sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH sekalian..kali ini saya ingin berkongsi tentang berita terbaru yang tersebar di facebook baru2 ini..Dimana Ayah Pin atau nama betulnya Arifin Mohammad yang telah menggunakan facebook ini untuk menyampaikan dakyahnnya kepada orang ramai...Ayah pin yang telah mengasaskan ajaran sesat iaitu Kerajaan Langit ini telah lama bertapak untuk meyampaikan dakyahnnya kepada orang ramai. Facebook ayah pin ini hanya dibuka seketika sahaja dan telah dihapuskan



Wajah laknatullah, Ayah Pin



Ayah Pin menghina Nabi Muhammad S.A.W di wall facebooknya.


Sijil murtad Ayah Pin di facebook

KEGIATAN AJARAN SALAH AYAH PIN

(ARIFIN BIN MOHAMAD)

BT. 13 MUKIM TENANG
HULU BESUT,TERENGGANU

Di Antara Ajaran Ayah Pin:
  1. Tuhan adalah manusia

  2. Tidak perlu percaya kepada Rasulullah S.A.W. kerana Rasulullah adalah manusia dan kita boleh mengatasinya dengan berzikir.

  3. Berzikir lebih afdal dari sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, sembahyang lima waktu digugurkan.

  4. Syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan kunci syurga hanya ada pada tangan beliau sahaja (Ariffin bin Mohamad). Adapun orang lain adalah seperti babi belaka iaitu kotor.

  5. Sembahyang lima waktu tidak wajib.

  6. Guru ajaran ini berada di mana sahaja makhluk berada.

  7. Pernah mendakwa dirinya Tuhan.

  8. Cuma dirinya sahaja berkuasa melantik dari kalangan muridnya bagi menyandang gelaran wali Allah serta menentukan darjatnya.

  9. Pengikut jika hendak sembahyang, berzikir mestilah dahulu ingat dan menggambarkan wajah guru sebelum mengingati Allah.

  10. Mendakwa dirinya diresapi roh nabi dan sampai waktunya nanti dia akan bertukar menjadi Imam Mahadi.

  11. Pengikut mesti mengorbankan harta benda bila diperlukan olehnya.

  12. Mendakwa dirinya sudah mikraj ke langit dan duduk di atas Arasy.

  13. Mendakwa ada menerima satu senarai dari Tuhan nama-nama pengikutnya.

  14. Tidak sah sembahyang beriman orang lain kerana mertabatnya lebih tinggi dari orang lain.

  15. Mendakwa diri akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti.

  16. Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa, zakat dan lain-lain itu tidak kena mengena dengan Tuhan.

  17. Pergi ke Mekah mengerjakan Haji adalah sia-sia sahaja.

  18. Waktu Sembahyang Subuh berpanjangan hingga masuk Zuhur.

  19. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.

  20. Seorang anak Adam apabila hampir hendak mati, Allah datang bersalaman dengannya dan tidak payah lagi mengajar mengucap kepadanya.

  21. Kalau seseorang itu hendak jadi Islam kenalah jadi kafir dahulu.

  22. Al Quran yang ada sekarang adalah tidak benar.

  23. Semua alim ulamak, tok guru sekarang penipu kerana menyembunyikan ilmu yang sebenar.

  24. Sembahyang Jumaat tidak wajib.

  25. Ayah Pinlah satu-satunya orang yang boleh membawa Islam yang sebenar sebagaimana zaman Rasulullah S.A.W.

Kenapa Ajaran Ayah Pin (Ariffin Bin Mohamad) Difatwakan Sesat?

Fatwa mengenai ajaran Ariffin bin Mohamad telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dalam mesyuaratnya pada 4 Disember 1997. Dalam warta Jil. 50 No. 25 menyatakan:

  1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

  2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin.

“ Dan hendaklah ada di antara kamu suatu ummah (golongan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat ma'aruf dan mencegah perkara mungkar. Mereka itulah yang beroleh kemenangan. "

- Surah Ali-Imran : 104


SUMBER RUJUKAN

http://baganutama.blogspot.com/2010/03/ayah-pin-guna-facebook-hina-nabi.html
http://www.jheat.terengganu.gov.my/ajaranSesat.php

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...