Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 20 Mac 2010

PEGAWAI JAIS TAK BELAJAR AGAMA KE ?

بسم الله الرحمن الرحيم


Khutbah Jumaat selar pihak pertikai sebat pesalah wanita

SHAH ALAM 12 Mac - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil langkah proaktif dengan menjelaskan isu pelaksanaan sebat ke atas pesalah wanita di bawah undang-undang Islam pada khutbah Jumaat di negeri ini hari ini. Teks khutbah bertajuk 'Isu Menghina Sebatan Syarie' yang diedarkan kepada semua masjid itu turut menyelar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media tertentu kerana mempertikaikan hukuman berkenaan yang dijalankan pada 9 Februari lalu. Tiga pesalah wanita itu bersama pasangan mereka telah menjalani hukuman sebat di Penjara Kajang atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah. Penolong Pengarah Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohamad Hidayat Abdul Rani berkata, langkah itu diambil untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di negeri ini. Menurutnya, jabatan itu mahu masyarakat tahu bahawa tindakan mempertikaikan pelaksanaan hukuman tersebut mengguris perasaan dan sensitiviti seluruh umat Islam di negara ini. Katanya, pihak yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan hukuman Mahkamah Syariah itu juga menunjukkan mereka tidak menghormati agama Islam
''JAIS melihat khutbah Jumaat adalah saluran terbaik untuk menyedarkan umat Islam tentang isu berbangkit yang berlaku sekarang kerana ia tidak boleh dipandang ringan. ''Khutbah hari ini seperti juga khutbah-khutbah lain bertujuan memberi keinsafan, kesedaran serta mengukuhkan ukhuwah di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, semakin banyak yang mencabarnya secara terang-terangan," kata beliau.

Beliau memberi penjelasan demikian ketika diminta mengulas mengenai khutbah tersebut yang dibacakan di semua masjid di negeri ini. Sementara itu Mohamad Hidayat berkata, dalam khutbah hari ini, semua fakta berkaitan isu itu dinyatakan dengan jelas agar umat Islam sedar tentang halangan dan cabaran yang dihadapi sekarang. ''Sebab itulah dalam khutbah itu kita menyeru umat Islam mengambil langkah-langkah yang wajar bagi menangani kenyataan menghina Islam antaranya mempertahankan kedaulatan undang-undang Islam daripada dicabar, dihina dan menghormati keputusan Mahkamah Syariah," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia 12/03/10

Apa Nak Jadi Dengan Jais?

Bagaimana pula Jais boleh mendakwa dan mendabik dada bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas kesalahan zina yang dilakukan oleh tiga pesalah wanita baru-baru ini sebagai suatu hukuman Islam? Hakikatnya, sudah terang dan jelas bahawa hukuman yang dijatuhkan itu bukan hukuman yang disyariatkan oleh Islam. Apakah pihak Jais boleh berlapang dada sedangkan hakikatnya mereka telah menjatuhkan hukuman

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...