سم الله الرحمن الرحيم
Jet-jet pejuang pengganas Israel sekali lagi telah menggempur bahagian selatan Tebing Gaza semalam, kata tentera. Saksi utama daripada warga Palestin dan daripada sumber-sumber ketenteraan Israel mengatakan bahawa pada hari Isnin yang lalu, jet-jet pejuang Israel telah membedil sebuah terowong di persempadanan Rafah dengan Mesir. Sementara itu peluru berpandu membedil daerah di persempadanan bahagian utara.
Warga Palestin menyaksikan sendiri jet-jet pejuang F16 Israel melancarkan peluru berpandu ke arah terowong dan memusnahkan pintu unutk masuk ke dalamnya. Saksi mengatakan tidak ada yang cedera di dalam serangan tersebut. Tentera mengatakan serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari Tebing Gaza.
Pihak ketenteraan Israel melancarkan serangan baru ke Tebing Gaza sebagai sebahagian daripada rancangan rejim teroris Israel untuk meningkatkan ketegangan dalam usaha untuk membangunkan lagi penempatan haram di Al-Quds, kota suci bagi umat Islam.
Jet-jet pejuang yang melancarkan serangan ke beberapa tempat termasuk bandar di selatan Tebing Gaza pada tengah malam telah mengakibatkan 14 orang cedera ringan.
Sementara itu, di Tebing Barat dilaporkan seorang remaja syahid setelah ditembak oleh pasukan tentera teroris Israel. Pihak perubatan mengatakan bahawa Israel adalah penjajah.
Muhammad Qadus berusia 16 tahun telah ditembak oleh tentera Israel dan terkena di dadanya semasa terjadi pertempuran di Nablus. Remaja lain yang beusia 16 tahun bernama Usaid Abdun Nasir Qadus yang terluka parah setelah kepalanya ditembak oleh tentera Israel. Dilaporkan juga bahawa Usaid pun adalah remaja yang syahid.
Tentara Israel juga telah menembak mati dua orang pemuda petani di Utara Tebing Barat pada hari Ahad lalu. Mereka yang syahid adalah remaja berusia 19 tahun iaitu Muhammad Faysal dan Salah Muhammad Qawariq. Dalam masa 24 jam empat remaja Palestin syahid di tangan tentera Israel.
Demikianlah, kita sekali lagi setiap hari menyaksikan keganasan yang dilakukan tentera Israel terhadap kaum Muslimin di Palestin. Sehingga ke hari ini, penduduk Islam di Palestin menanti sebuah jawapan ke atas seruan mereka terhadap kaum Muslimin untuk bersegara mengerahkan tentara di negeri-negeri umat Islam dalam membebaskan Al-Quds. Tetapi malangnya, penguasa umat Islam hanya menyaksikan keganasan tersebut bahkan tentera umat Islam hanya diperintahkan untuk mengawal sempadan asobiyyah yang pihak kufur ciptakan ke atas mereka. Sampai bilakah tanah yang suci itu akan terus dijajah? Sampai bilakah darah saudara-saudara kita harus ditumpahkan lagi? Sampai bilakah umat Islam akan mengecapi kemulian yang Allah janjikan kepada kita? Semua itu akan berakhir jika Khilafah Rasyidah kembali berdiri tidak lama lagi, InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan