Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Selasa, 1 Januari 2013
Apa khabar saudaraku di Palestin di Syria?
Apa khabar saudaraku di Palestin di Syria?
Sihatkah mereka? selamatkah mereka?
Sudah makankah mereka?
Di celah runtuhan bangunan tempat saudaraku berteduh
Melindungi diri dari tentera laknatullah
Selamatkah anak-anak kecil penyambung generasi?
Selamatkah pemuda-pemudi harapan agamaku?
Selamatkah warga emas penyeri hidup saudaraku?
Maafkan kami saudaraku
Kerna kalian di sana bersusah-susah meneruskan hidup
Tapi kami di sini bersenang-lenang
Ampunkanlah kami ya Allah
Pabila saudara kami di sana berjuang demi agamaMu
Kami di sini hanyut dan alpa dari menegakkan agamaMu ya Allah
Maafkan kami ya Allah
Pabila saudara di sana bermati-matian berjuang demi hidup dan Islam
Tapi kami di sini lagha dan jauh dari Islam
Beruntunglah kamu saudaraku
Syurga, pangkat syahidin milik mutlakmu
Sedangkan kami di sini belum tentu memiliki syurga hatta syahid
Hanya doa senjata dari kami buatmu
Semoga bekalan doa pemangkin semangat juangmu
Semoga syahid milikmu dan milik kami jua, insyaAllah.
Takbir! Allahuakbar!
Khamis, 6 Disember 2012
WALAUPUN SEKARANG MUSIM DURIAN TAPI INGAT, ISU PALESTIN TAK ADA MUSIM
بسم الله الرحمن الرحيم
Isu Palestin dah berlarutan sekian lama. Bila Israel serang Palestin, baru umat Islam huru-hara dan kebisingan.. Tapi, bila Israel hentikan serangan, senyap macam takde apa-apa..
Pernah tak kita dengar peribahasa (kot) hangat-hangat tahi ayam? Hangat-hangat tahi ayam ni maksudnya, selepas ayam itu 'buang air besar': kehangatannya sekejap cuma.. Lepas tu sejuk, keras dan membeku..
Sudah cukup cukup sudah dengan sikap umat Islam seperti ini.
Kita tak nak umat Islam membeku seperti ini. Biarlah isu Palestin ini menjadi perjuangan berterusan umat Islam.. Selama ini, kita mengambil sikap bertahan.. Tapi bila kita ingin mengambil sikap menyerang?
Israel Isreal Terrorist. Ia perlu dilenyapkan dari peta dunia.. Bila kita cari di google perkataan Israel, biarlah yang keluar adalah ayat 'Did you mean Palestin?'..
Ini perlu menjadi mimpi kita bersama semua umat Islam. Bukan setakat mimpi, tapi impian, wawasan dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka di bawah naungan syariat Allah..
Harap-harap perjuangan kita tak bermusim tapi istiqamah, sehingga menang atau syahid.. Hanya dua ini kesudahan kita yang menggentarkan musuh kita Israel. Dua perkara inilah yang bakal bawa mereka bersembunyi di sebalik batu dan pohon gharqad..
****
Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin?
Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa.
Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?
Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin?
Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telah pun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini.
Tidak kita nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Roman disebabkan kefasadan tangan dan kaki mereka sendiri sehingga mereka semua disingkirkan dari bumi rebutan ini.
Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui bahawa Islam adalah pemerintah Palestin yang paling lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20 Masihi.
Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian?
Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukil banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw.
Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Is adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan kepada baginda. Mereka juga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq.
Selepas itu mereka melakukan berbagai konspirasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan memecah-belahkan umat Islam di dalam searah peradaban dunia yang panjang.
Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah dengan menduduki lebih daripada 90 peratus tanah milik umat Islam. Lebih daripada 6.45 juta daripada 9.6 juta rakyat Palestin menjadi pelarian yang merempat di negara-negara jiran dan juga di negara mereka sendiri. Perjanjian damai demi perjanjian damai dilakukan tetapi Yahudi Zionis terus melakukan penjajahan demi penjajahan, penangkapan dan penderaan, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Bagaimanakah dengan nasib malang mereka yang telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah wajar umat yang dizalimi ini memohon dan menagih perdamaian daripada penjajah yang sombong lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di dunia ini?
Bukankah orang-orang Arab sepatutnya menolong mereka
Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu ini adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulullah saw sendiri yang telah mengatur strategi untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seorang rasul untuk orang-orang Arab sahaja bahkan untuk umat manusia di seluruh dunia.
Masjid Al Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zionis. Palestin yang pernah dijajah selama 88 tahun di antara 1099 sehingga 1187M oleh tentera salib yang zalim telah bermandian darah apabila lebih 60 ribu umat Islam di Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh mereka semasa penjajahan tersebut. Namun maruah umat telah dikembalikan semula oleh generasi pejuang di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi. Perjuangan beliau, yang berketurunan Kurdi ini juga menunjukkan bahawa perjuangan untuk mengembalikan maruah umat terutamanya di Palestin bukanlah sekadar tugas dan tanggungjawab orang-orang Arab sahaja bahkan ini adalah isu sejagat buat umat Islam di seluruh dunia.
Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin?
Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan dan kita semua bertanggungjawab untuk membantu mereka. Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Amalan kebaikan seumpama ini seharusnya disuburkan di kalangan rakyat Malaysia sehingga ianya menjadi sinonim bahawa kepedulian adalah di antara ciri istimewa kita semua.
Suasana di Palestin amat berbeza sekali. Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, penduduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga turut disekat sejak sekian lama.
Apa yang berlaku di Palestin adalah perancangan jahat Yahudi Zionis yang telah disokong secara terang-terangan oleh kuasa-kuasa besar barat dan PBB yang telah dikuasai mereka. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid Al Aqsa yang telah diancam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.
Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?
Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya:
- Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya.
- Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya.
- Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya.
- Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid Al Aqsa dan Palestin.
- Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya.
Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita?
Oleh: Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin
Jumaat, 30 November 2012
Jihad Anak-anak Palestin
Pernah suatu ketika seorang daripada aktivis Aqsa Syarif yang telah pergi ke Gaza dalam misi A2G bertanya kepada salah seorang warga di sana, setelah kagum melihat semangat kanak-kanak dan remaja mereka menghafaz Al Quran..
"Mengapa mereka begitu semangat menghafaz Al Quran?"
"Kerana syarat untuk menyertai Briged Al Qassam ialah hafiz 30 juzuk, anak-anak ini berlumba-lumba ingin menyertai mereka dan syahid"
Subhanallah, itu motivasi mereka. tarbiyah bumi Gaza itu sendiri membentuk peribadi-peribadi yang cekal dan berjiwa besar.
****
Tahukah anda, yahudi paling takut dengan anak-anak kecil palestin. Sebab? sebab anak ini sejak dari kecik lagi sudah disemai benih jihad, dan sudah diterapkan akidah, dan sudah hafal quran sejak kecil lagi. percakapan harian anak-anak ini ialah, sudah berapa juz dihafal? umur berapa nak syahid?
BEZA dengan anak kecik melayu, dari kecik sudah diajar jihad untuk masuk ke akademi nyanyian, kalau tak boleh masuk, menangis mak. Lagu ning nak cakap pasal jihad? dari kecik tu kita semai dah anak kecik cintakan dunia!!!!
KISAH YANG MENYENTUH PERASAAN
Seorang kanak-kanak perempuan dipalestin ditembak lalu dibawa ke hospital. Sesampainya di hospital, kanak-kanak itu terus dihantar ke doktor untuk merawatnya. Beberapa ketika kemudian kanak-kanak perempuan itu menangis, doktor yang merawatnya berkata:
"sabar, saya tahu ianya memang sakit, kamu bertahan ya, insyaAllah kamu akan pulih."
Lalu kanak-kanak perempuan itu berkata sambil teresak-esak
"saya bukan menangis kerana sakit, tapi saya menanggis kerana abi, ummi, kakak, abang juga adik saya yang lain masih berhempas pulas mempertahankan islam, sedangkan saya selesa berbaring disini."
Doktor yang merawat kanak-kanak perempuan itu menitiskan air mata medengarkan jawapan itu. Sungguh tak menyangka sungguh bersih jiwa kanak-kanak perempuan itu.
Subhanallah, maha suci Allah. sungguh jika ditakdirkan kita berada di tempat kanak-kanak tu, apa perlakuan kita. Umat islam ditindas, kita tahu tapi ramai yg lebih suka buat tak tahu. umat islam kelaparan, kita tak pernah mahu ambil tahu.
Bantulah umat islam yang lain, jika kita tak mampu membantu dengan tenaga atau duit, andai kita mendoakan itu juga dikira membantu, satu lagi yang kita dapat membantu umat islam. BOIKOT BARANGAN ISRAEL !
Selasa, 20 November 2012
SELAMATKAN GAZA! Apakah peranan kita?
Apabila mengenang nasib saudara kita di Gaza, nak bergelak ketawa sesama rakan pun rasa berat. Nak post gambar-gambar menarik pun rasa terbantut. Kalau boleh, nak post semua benda berkaitan Gaza.
Kerana kita disini dan mereka disana. Kerana mereka berperang dengan fizikal, kita berperang dengan hati dan hawa nafsu. Ya ALLAH, hantarkanlah tenteramu bagi melindungi saudara kami di Gaza.
Kita sebagai umat islam hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa. Allah akan sentiasa mendengar doa hambanya yang bersungguh-sungguh.
Jika kita tak pergi berjihad
Mukmin yang perihatin dengan keadaan saudaranya di Gaza, Syiria dan sebagainya tidak akan sanggup menikmati makanan yang mewah dan bersedap-sedap dengan nikmat dunia sementara saudara seagamanya yang berada diseberang laut dihujani dengan peluru dan bom serta terbunuh setiap hari.
Daripada Nu'man bin Basyir RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin yang lain pada kasih sayang dan belas kasihan serta saling tolong-menolong ialah seperti jasad yang satu. Apabila satu anggota badan mengadu sakit maka kesakitan itu akan turut dirasai oleh seluruh tubuh dan mengalami demam serta berjaga malam (sukar untuk tidur). [riwayat al-Bukhari & Muslim].
Jumaat, 16 November 2012
MEREKA MEMERLUKAN DOA KITA
Saya kongsikan kata2 Ustaz Hasrizal Abdul Jamil:
"Saya tidak memberi sebarang komen tentang bencana yang sedang menimpa Gaza bukan tidak prihatin. Tetapi saya rasa semua yang saya mahu cakap adalah sampah kerana ia tidak sedikit pun menguis pergi Zionis dari Bumi Isra' itu.
Yang mampu saya buat secara signifikan sekarang ini ialah membersihkan makan minum serta amalan, agar doa saya untuk Gaza tidak terhijab oleh kecelaan diri sendiri. Doa senjata mukmin kerana jika mukmin tahu syarat doa dimaqbulkan Allah setiap kita akan berubah menjadi mukmin yang lebih baik.
InsyaAllah moga bermanfaat
Khamis, 15 November 2012
Suatu Masa Dahulu..dan KINI..
Sejarah menunjukkan bagaimana Israel merampas tanah Palestin. Doakan saudara-saudara di sana agar Allah swt terus memberi kekuatan terus berjuang menentang Israel.
Bayangan Tragedi Gaza 2008-2009 ke atas Gaza bakal berulang kembali. Di awal tahun 1434H ini, Gaza terus dihujani muntahan bom dan peluru yang telah mengorbankan Ketua Umum Briged al Qassam dan puluhan yang lain.
Tabahkan jiwa dan bersabarlah wahai saudaraku, iringan doa dan sumbangan kami di jauhan tetap bersama anda wahai ahli Gaza.
Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu Ya Allah.
- Dr Zainur Rashid Zainuddin -
Save PALESTINE and SYRIA
Orang Mukmin sentiasa menang dalam apa suasana. Jika mati terbunuh menegakkan ugama mendapat syahid. Yang penting kita berusaha menjadi mukmin. Ini dapat di capai dengan ilmu dan disiplin. Kita kalah bukan kerana musuh kuat tetapi kerana kita lemah dan cinta dunia. Jadikan menjadi muslim, mukmin, muhsin dan muttaqin tujuan hidup kita.
Jika kita bersemangat melawan musuh tetapi musuh dalaman kita iaitu penyakit hati dan akidah, ibadah dan akhlak keluarga terdekat kita tidak pedulikan alangkah ruginya.
Jom selalu ada sifat sentiasa melihat dengan mata hati dan lihat dunia ini ladang mencari habuan di akhirat. Lebih baik kita sibuk melihat diri dan membetulkan diri dan kita sama berdoa semoga mangsa di Gaza yang terkorban mati dalam iman dan mendapat syahid di sisi Allah swt.
Jom ambil iktibar menghargai setiap saat yang Allah kurniakan kepada kita mencari bekalan di akhirat nanti. Sebenarnya mereka yang berada di Gaza 'bertuah' kerana akan sentiasa ingat mati dan tidak ada masa nak buat maksiat berbanding dengan orang Islam lain yang tidak merasakan maut akan menjemput bila bila masa sahaja.
Wallahuallam.
oleh: Prof Dr Muhaya's
Rabu, 14 November 2012
Jihad Palestin : Tuntutan Maruah Iman Dan Persaudaraan
بسم الله الرحمن الرحيم
Memandangi wajah bayi dan kanak-kanak yang terkorban di Gaza menimbulkan perasaan amat bersalah di dalam hati kita kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan saudara kita yang ditindas. Kemudian soalan-soalan datang menerjah nurani keimanan kita, apakah bentuk-bentuk bantuan yang paling relevan disumbangkan kepada mereka agar kita terlepas dari tanggungjawab sebagai muslim di hadapan Allah nanti? Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi? Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman yang menumpahkan darah kaum muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para Nabi? Apakah sumbanganmu untuk agama Allah, apakah perananmu untuk memastikan kalimah Allah tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?
Tak mampu rasanya menjawab soalan-soalan tajam umpama peluru-peluru yang mengoyak jantung hati kita. Betapa selama ini keselesaan hidup telah melayukan semangat Islam dalam diri yang lena. Sesungguhnya seluruh bumi Allah ini adalah tanggungjawab kita, di mana seorang muslim lahir disitulah tanahair kita. Tiada batasan yang memisahkan seorang Malaysia dan seorang Palestin, agama telah mengajarkan tiada perbezaan antara kulit hitam atau putih kerana yang menyatukan mereka adalah keimanan kepada Allah Yang Satu. Kita disatukan oleh iman, inilah nasionalisme Islam yang sebenar.
Amat menyedihkan, ramai di kalangan umat Islam yang jahil terhadap isu Palestin. Padahal mereka cukup bijak dalam menempa kejayaan peribadi, kerjaya dan kedudukan selesa yang seharusnya mencelikkan hati nurani untuk memandang dengan serius isu-isu kemanusiaan sejagat. Keghairahan membina masa depan sendiri telah menyuburkan egoisme dan sifat individualistik dalam diri manusia. Mengabaikan isu Palestin semudah mereka menekan butang televisyen yang memaparkan kisah Palestin ke siaran sukan atau hiburan tanpa rasa prihatin. Apakah bentuk-bentuk sokongan kepada perjuangan umat Islam di Palestin?
Bermula dari kesedaran memahami bahawa peperangan di Palestin adalah isu agama dan keimanan. Walaupun media sentiasa memaparkan perbalahan yang terjadi antara dua kubu Fatah dan Hamas yang seolah-olah mahu menunjukkan perebutan kuasa politik, ketamakan dan kotornya peperangan sesama umat Islam sendiri. Tujuan media barat memaparkan isu ini supaya umat Islam yang melihat dari kaca televisyen berputus asa terhadap masa depan Palestin dan tidak mahu lagi campur tangan dalam isu ini kerana letih melihat pertumpahan darah sesama muslim yang mencalarkan imej perjuangan mereka. Padahal isu perebutan kuasa di Gaza sebenarnya telah selesai dengan keputusan pilihanraya yang dimenangi Hamas. Yang membangkitkan peperangan lagi adalah Israel dan sekutu kuatnya Amerika yang mahu Fatah memerintah supaya terjadi konflik yang berlanjutan. Sengketa Fatah dan Hamas merupakan makar dan rancangan busuk Israel dan sekutunya untuk menciptakan ketidakstabilan politik dalam tubuh Palestin. Juga menipu mata dunia Islam supaya mereka mempersoalkan keikhlasan pejuang-pejuang Palestin tersebut. Akhirnya umat Islam seluruh dunia melupakan Palestin. Jika seorang muslim yang mengikuti dari jauh kisah-kisah perjuangan Palestin telah pun rasa bosan, tidak terdetik hati untuk berniat memberi sokongan dan pertolongan, maka dikhuatiri keadaan itu akan mencabut keimanan dalam hatinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda baginda SAW yang bermaksud: “Tidak ada seorang muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Kelemahan umat Islam dalam menyampaikan maklumat yang sahih tentang isu Palestin ini dimanfaatkan oleh Zionis yang mampu memutarbelitkan fakta dalam berita yang mereka sebarluaskan melalui media masa. Mereka menyatakan tanah Palestin adalah milik nenek moyang mereka, sedangkan jika diteliti, sejarah dunia ini telah mencatatkan pembohongan mereka itu.
Asal bangsa Palestin dikenali sebagai bangsa Kan’an dan keturunannya telah mendiami tanah itu sejak 1500 tahun sebelum bani Israel menetap di sana. Islam pula telah datang dan memerdekakan Palestin dari cengkaman penjajahan dan berkuasa selama 1200 tahun. Sejarah tamadun Islam telah merekodkan pembebasan Palestin dari cengkaman Rom pada zaman Umar bin al-Khattab. Islam memberi kedamaian selama 500 tahun di mana Kristian dan Yahudi dilindungi status kerakyatan mereka sebaga kafir Zimmi yang diberi hak-hak sebagai warganegara.
Berdasarkan fakta penyelidikan seorang ahli akedemik Yahudi sendiri yang bernama Arthur Koestler, lebih dari 80% Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan Palestin. Majoriti Yahudi sekarang sebenarnya berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno yang asalnya bukanlah Yahudi. Mereka mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 M, mereka sepatutnya pulang ke selatan Rusia bukannya ke Palestin.
Jadi, mengapa Zionis amat berminat dengan bumi Palestin? Zionis Internasional telah merangka dengan teliti tanah jajahan yang paling strategik dan berharga dengan menciptakan Negara Yahudi. Suatu ketika mereka pernah merancang memilih Uganda sebagai jajahannya tetapi di situ tidak terdapat nilai-nilai sentimental sebagaimana di Baitul Maqdis yang menyimpan sejarah bani Israel bertapak suatu ketika dahulu. Mereka juga beriman bahawa di Al-Quds akan muncul Messiah (penyelamat) dan akan mengasaskan kerajaan Yahudi yang besar sepertimana yang dibina oleh Sulaiman, menurut dakwaan dongeng mereka.
Sikap umat Islam terhadap penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Kita wajib menentang sekeras-kerasnya pembantaian dan pencerobohan ke atas kaum muslimin. Para ulama sedunia telah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Pada Tahun 1947, Fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagi-bahagiakan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan Negara Israel di Palestin. Tahun 1956 Fatwa Syaikul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas kaum Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara Negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.
Antara tindakan minima yang wajib dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia adalah memboikot barangan Israel dan sekutu. Mereka juga haram menjalankan hubungan dagang dan memberi apa-apa bekalan musuh termasuk, memboikot Amerika yang merupakan sekutu utama Israel. Dr Yusuf Al-Qaradawi telah menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minima yang wajib dilakukan.
Apakah fatwa-fatwa ini mampu menggerakkan umat Islam untuk menyokong perjuangan Palestin? Setiap kali kita membaca surah al-Isra dan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, muncul satu pertanyaan tentang keterlibatan kita dalam isu Baitul Maqdis, adakah cukup sokongan yang diberi untuk melayakkan kita sebaris dengan mereka yang berjihad di sana? Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanahair kita juga kerana Rasulullah SAW telah memberi amaran dalam hadis baginda yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan generasi selepas kita nanti masih menjaga nilai-nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Ataukah anak-anak kita akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat tentangnya? Bahkan akan melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang muslim iaitu berjihad di jalan Allah. Apabila telah terhakis semangat menegakkan agama Allah dalam diri generasi Islam tidak mustahil mereka akan mengikut jejak tali barut kuffar memerangi umat Islam sendiri. Tak peduli dengan agama, mencampakkan Al-Quran dari dada mereka dan mengejek kemuliaan hadis-hadis Rasulullah SAW kerana terlalu taksub dengan kitab-kitab dari Amerika, Eropah dan bangsa-bangsa lain.
Sebagai ibu bapa yang beriman dan mengharapkan keluarga menjadi keluarga mujahid semestinya maklumat dan bukti sejarah tentang perjuangan intifada menjadi bacaan wajib untuk anak-anak sebagai persedian awal memupuk semangat cintakan Islam. Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah Negara Islam merdeka. Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat ayat: 15)
Sumber :- DrJuanda.com
Sabtu, 27 Mac 2010
Lagi Kisah Keajaiban Di Gaza
سم الله الرحمن الرحيم
1. Pertolongan Burung - Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Pertolongan Kabus Tebal - Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Pertolongan Al-Quran - Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
- Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan televisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
4. Bantuan Makhluk Lain - Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
5. Bayi Bertukar Jantina - Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
6. Kelahiran Semula Para Maujahidin - Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
7. Mayat Mujahidin Tidak Reput - Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52).
Begitulah antara bukti-bukti kebesaran Allah yang dipaparkan kepada kita. Semoga cerita di atas member semangat dan perangsang kepada kita untuk terus berjuang dan membantu saudara-saudara kita yang teraniaya di sana. Allahuakbar.
Diambil dari :Ustaz Halim ( inijalanku.wordpress.com )
Rabu, 24 Mac 2010
Keajaiban Di Bumi Gaza, Palestin
سم الله الرحمن الرحيم
Kisah ini telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau ke Gaza:
Peristiwa 1 - Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin melarang pejuang dari menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar jangan menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba sahaja senjata mereka berfungsi dan menembak ke arah sasaran dengan sendirinya. Setelah habis kejadian aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan yang menjadi persoalan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu? Allahu Akbar!
Peristiwa 2 - Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang Hamas berwarna hijau! Siapakah pejuang yang berbaju putih itu?
Peristiwa 3 - Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4 - Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia telah berpatah balik! Allahu Akbar!
Peristiwa 5 - Pada permulaan persediaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya. Dan roket itu tepat mengenai sasaran di Israel!
Peristiwa 6 - Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Di dalam mimpi itu ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!..MasyaAllah.
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
Kisah ini telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau ke Gaza:Peristiwa 1 - Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin melarang pejuang dari menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar jangan menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba sahaja senjata mereka berfungsi dan menembak ke arah sasaran dengan sendirinya. Setelah habis kejadian aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan yang menjadi persoalan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu? Allahu Akbar!
Peristiwa 2 - Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang Hamas berwarna hijau! Siapakah pejuang yang berbaju putih itu?
Peristiwa 3 - Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4 - Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia telah berpatah balik! Allahu Akbar!
Peristiwa 5 - Pada permulaan persediaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya. Dan roket itu tepat mengenai sasaran di Israel!
Peristiwa 6 - Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Di dalam mimpi itu ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!..MasyaAllah.
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
Langgan:
Catatan (Atom)














