Ukhwah Islamiyyah

Khamis, 31 Mei 2012

Apa Yang Kita Sibukkan…?

بسم الله الرحمن الرحيم


“Saya sibuk sekarang ni”. Saya tak ada masa”. Banyak kerja yang perlu saya siapkan”.

Itulah jawapan yang selalu kita dengar bila kita ingin minta bantuan dari kawan-kawan…. lebih-lebih lagi ketika kita ingin mengajak rakan kita kepada program-program yang berkaitan dengan Islam. Benarkah semua orang sibuk atau buat-buat sibuk?

Saya yakin memang semua orang sibuk, cuma persoalannya apa yang mereka sibukkan. Kata Imam Al Ghazali “rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja”. Bagaimana pula dengan kita… apa yang kita sibukkan, adakah kita sibuk menyiapkan bekalan untuk hari pertemuan dengan Allah SWT atau sebaliknya sibuk dengan kenikmatan dunia hingga menyebabkan hati kita terlalu keras untuk mendengar peringatan atau nasihat? Berapa peratuskah kesibukan kita untuk Akhirat?

Mahukah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi sepertimana dimaksudkan oleh Imam Al Ghazali. Dalam satu surah Allah SWT berfirman yang maksudnya “Sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka di Hari Qiamat. Itulah ‘kerugian’ yang sebenarnya”.

Sekiranya kita tidak fikirkan sekarang, kita akan menyesal pada hari pertemuan kita dengan Allah SWT, hari dimana akan dibentangkan kitab amalan kita….`ada yang akan menerima kitabnya dari sebelah kanan, ada yang akan terima dari sebelah kirinya dan ada pula yang akan menerima kitab amalannya dari belakang… bagaimana pula yang kita harapkan. Dalam surah al Kahfi Allah SWT berfirman yang bermaksud “Dan dibentangkan kitab (Kitab amalan kita yang selama ini dicatat dengan begitu rapi oleh malaikat yang menjaga di kiri dan kanan kita), kamu akan dapati orang-orang yang berdosa itu gementar ketakutan melihat apa yang ada di dalamnya, dan mereka berkata… celakalah kami, kitab apakah ini, tidak tinggal olehnya perkara kecil atau perkara besar melainkan semuanya dihitung, dan mereka dapati apa saja yang mereka kerjakan (di dunia) hadir/nampak di hadapan mereka”

Saat-saat beginikah baru kita nak muhasabah diri dan menyesali bahawa kesibukan diri kita selama ini hampir semuanya untuk dunia semata-mata. Apakah nilainya penyesalan kita pada masa itu? Sememangnya ramai yang menyesali perbuatan mereka pada masa itu dan minta supaya dikembalikan ke dunia untuk mereka beramal soleh….. tetapi kebanyakan permintaan ini Allah jawab dengan sindiran, kerana penyesalan ketika itu tidak bermakna lagi, seperti yang Allah rakamkan dalam surah As Sajdah (ayat 12)

“Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabb mereka, mereka berkata…. Ya Rabb kami, Kami dah nampak dah, kami dah dengar… kembalikanlah kami (ke dunia), kami nak buat amal soleh, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang yakin”

Apakah nilainya penyesalan kita pada ketika itu… setelah jatuhnya ketetapan Allah ke atas diri kita. Sekaranglah masanya untuk kita renungkan masa-masa yang kita lalui, setakat manakah ianya benar-benar bermanfaat untuk Akhirat kita dan berhati-hatilah dengan tipu daya dan belitan syaitan, kerana tipu dayanya terlalu halus.

Selasa, 29 Mei 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam 27 Mei 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
"Kata Prof Dr Yusof Al Qardhawi abad 21 ini adalah abad kebangkitan Islam dimana setiap manusia akan mencari cari agamanya.  Mungkin Allah letakkan Ustaz Azhar Idrus di Malaysia sebagai pencetus revolusi anak muda datang menghadiri kuliah kuliah agama... Allahuakbar!!

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi dapat bersama hari ini. Apa-apa pun saya harap kita semua semakin hari semakin mendalam ilmu kita kepada ajaran Islam. Alhamdulillah hari ini saya nak berkongsi sedikit nota daripada Kuliah Ustaz Azhar Idrus (Original) di Masjid Negeri Shah Alam ... Ahad (27.5.12)... 

Siapa yang pergi sesi kuliah maghrib bersama Ustaz Azhar Idrus di masjid Shah Alam memang beruntung dapat tambah ilmu dan keberkatan dari Allah. Jangan lepaskan peluang menimba ilmu ini.. sebagai orang Islam, menuntut ilmu agama adalah wajib..

Pengajian Kitab : Anak Kunci Syurga..

 “ Dan bahawa nabi-nabi yang wajib kita beriman dengan tafshil 25, iaitu : Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Syu’aib, Zulkifli, Ibrahim, Ishak, Ya’qub, Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya, Isa, Ilyas, Ilyasa’, Ismail, Yunus, Luth, Muhammad s.a.w..”

1. Wajib kite beriman pada semua Nabi.. Dari Nabi Adam sehingga Nabi kita yang terakhir iaitu Nabi Muhammad.. Dan wajib kite tahu 25 orang Nabi ini..

2. Apabila orang tanye, siapa nabi kite, kite jawab tak tau maka berdose... tak wajib hafal semua turutan nama nabi2, tapi kena tahu...

3. Kalau orang tanye.. Musa tu Nabi ke tak, dan kite jawab.. "Ya, Musa itu adalah salah seorang Nabi..." kalau kite jawab macam ni dah memadai..

4. Tak wajib kite tahu sejarah nabi lain...contohnya, ayah nabi Ayub nama apa, tak wajib tahu..

5. Generasi sekarang banyak tak tau apa2... Yahudi dan Nasara takkan duduk diam selagi islam tak hancur...

6. Mereka melancarkan perang secara fizikal dan saraf... kalau fizikal, dulu Portugis serang Melaka, Belanda serang Indonesia, dan banyak lagi negara2 islam di dunia yang di serang oleh kafir laknatullah ini...

7. Perang secara saraf, mereka guna minda... serang dan jajah minda kita.. sehingga kita tak belajar pasal nabi sendiri, belajar pasal lain...

8. Kite tak kenal 25 nabi, tapi 22 pemain Manchester united semua kite kenal... Dari penyerang, penjaga gol, pengurus pasukan pun kenal.. habis kenal dan tau sejarah2 nye... Hmm..

“Bile tanye name Nabi, dok ingat.. Doh kite umat mende ape ?? Umat Nabi ke umat pemain bola “??

9. Kita pasang tekad sekarang.. kite serang balik Yahudi dan Nasara.. dengan cara kite baiki diri kite...perbetulkan balik kesilapan kite dan ibu bapa kite yang abaikan pasal kepentingan ilmu agama...

10. Kite nak baiki macam mane..? kite baiki dengan anak2 kite pulak.. Hantar ke sekolah2 Quran, sekolah2 hadis, sekolah2 agama, pondok2, dll...

11. Jangan kite rase, tak faham agama tak ada masalah sedikit pon... Orang jahil kata "tuu yang tak tahu agama tuh, elok je hidup, boleh je makan.. tade r minum air tea tapi jadi air beteri. " hmmm.. atas dunia memang sume enak.. tapi sampai akhirat nanti kamu tengok lar.. akan dibalas semua perbuatan tidak baik, malas belajar agama, ingkar pada perintah Allah.. 

12. Kehidupan kite yang sebenar adalah di akhirat kelak... Jadi, belajarlah sekadar mana dan selagi boleh sementara masih sempat...

13. Cukup dengan Quran dan Hadis... menceritakan tentang kerugian orang2 yang jahil agama...

14. Sesiapa yang menafikan sesuatu dalam Quran, maka kufur.. keluar dari islam..walaupon 1 huruf sahaja dalam Al Quran maka Islamnya telah terbatal dalam diri dia.. wajib mengucap semula.. 

Apatah lagi orang sekarang yang naïf 1 ayat, naïf 1 hukum...:
doh orang lening punye jawapan, "ahhh, kalau kite ikot Quran, bile kite nak majuu.. kalau kite laksana hudud, negara kite akan mundur kalau laksana hudud"

kalau jawab gini, maka KAFIR !! dan sesiapa yang bersetuju dengan kenyataan itu maka die pun akan jadi kafir.. jangan ikut orang macam ni.. rosak habis... 

sesiapa yg lawan Allah, tiada tempt laen dh maka neraka lah tempat mu..

15. Dalam bab akhirat, hendaklah kite bersama ulama’.. kerana ulama’ adalah warisatul ’anbiya...pewaris nabi...

16. Manusia akhir zaman, bile ustaz2 buat kuliah tak mari.. orang ngajar agama dok mari.. tapi bile orang bahagi duit, wang ehsan, laju je die marii... 

kalau die sanggop susah kerana duit, maka dia adalah hamba duit.. bersusah payah mencari duit sehinggakan diabaikan kuliah2 agama.. doh Allah ke, duit tuhan mu ??

17. Sape yang bagi kesenangan ke mu?? duit ?? kalau duit adalah jawapan mu, maka kamu adalah hamba duit, syirik kerana menganggap duit yang memberi kesenangan..

Hamba ialah, orang yang sanggup bersusah2 kerana sesuatu.. jika bersusah2 kerana kedai, maka adalah hamba kedai.. bersusah2 kerana duit adalah hamba duit.. bersusah2 kerana Allah adalah hamba Allah...

18. Orang gaji 1 juta, sekali makan nasi 1 pinggan dan 1 gelas air... orang gaji 1 ribu pon makan nasi 1 pinggan dan 1 gelas air jgk.. ade orang gaji 1 juta nim sekali makan nasi 1 lori..?? hmm, walaupun gaji mahal.. sepinggan gak kite makan nasik.. takde lebihnya, walaupun kaya macam mana pun tapi hakikatnya kite semua sama.. yang membezakan kite adalah amalan kite..

19. Bila kite tak belajar agama dan tak faham hukum hakam, maka agama di lawan...




“ Dan bahawa Allah Ta’ala mengurnia Ia bagi sekalian rasulNya akan beberapa mukjizat, iaitu pekerjaan yang mencarikkan adat yang keluar ia daripada yang mengaku dirinya jadi Rasul”...

1. Mukjizat ialah perkara yang ‘mencarikkan adat’...ni dalam bahasa arab...maknanya di luar kebiasaan mnusia biasa.. Yang hanya ada pada Nabi dan Rasul sahaja..

2. Umpama yang berlaku pada zaman Nabi Musa..yang mane Firaun sangat taksub pada sihir ketika itu.. Firaun memanggil ahli2 sihirnya yang hebat2 untuk mencabar kerasulan Nabi Musa...



  • Ahli2 sihir firaun lempar tali, tongkat, dll...kemudian semua itu bertukar jadi ular...
  • Lalu Allah dtgkan ilham kepada Nabi Musa supaya melemparkan tongkat yang dipegangnya... kemudian tongkat itu bertukar menjadi ular yang sangat besar lalu memakan semua ular2 yang ada di situ...
  • Ahli2 sihir semua terkejut kerana mereka tak pernah melihat ular sebesar itu.. Mereka semua ni dah pakar bab2 sihir.. dah khatam habis dah...tapi setahu mereka belum pernah lagi ade sihir yang boleh buat ular sebesar itu..
  • Lalu semua ahli sihir ikut Nabi Musa dan berima kepada Allah... kecuali Firaun yang masih lagi dengan keegoan dan kesombongannye...

3. Rasulullah adalah nabi yang pilih banyak mukjizat... lalat tak pernah hinggap, kutu takde kat rambut.. badan sentiasa berbau wangi walaupon berpeluh.. tu baru secara fizikal.. doh kite guane? lalat penoh kat kaki, kaki doh lar cekamm.. busuk bangorr... 

Kemudian antara mukjizat lain lagi.. yang di saksikan sendiri oleh para shbt iaitu bulan terbelah dua kemudian bercantum balik...

4. Kenapa kite tak berbangga.. Kita sebenarnya duk bawah pmimpin yang paling hebat skali di dunia..kite duk dalam agama yang hebat skali... tapi ade hati nak lawan perintah Nabi..

Nabi kate suruh tutup aurat, tapi molek2 ade jer gi buke aurat untuk tatapan umum.. cube fikir2 balik, kite ni umat Nabi ke..???

5. Kita duk agungkan orang lain... Yuri Gagarin, Neil Armstrong duk naik ke bulan... padahal Nabi Adam dan Siti Hawa adalah manusia pertama yang berada di angkasa...tok moyang kita adalah angkasawan... Dan juga Rasulullah ( Nabi Muhammad SAW)...

6. Antara mukjizatnya jgk, iaitu peristiwa Israk dan Mikraj... Surah Isra’ ayat 1, Ertinya : “Maha Suci Allah Ta’ala yang menjalankan Ia akan hambaNya pada malam dari Masjid Mekah hingga kepada Masjid Baitul Maqdis..”

Dan sabda Rasulullah s.a.w : “ Kemudian menaikkan oleh Jibril akan daku hingga naik aku ke atas Mustawa, mendengar aku padanya akan suara segala Qalam..”

7. Adalah mukjizat Nabi kita yang paling besar skali yang kite tak sedor ialah Al-Quran... Al-Quran boleh ceritakan segala yang dah lama berlaku dan yang belum berlaku.. tapi kite tak baca, macam mane nak tau..

8. Kalau bace Quran boleh duit... PM umumkan, sape2 yang bace Quran 5 minit setiap pagi, akan dapat 50k sebulan... mu tgk la, semua nak bace Quran... mat pek tgh jek heroin pon ngaji jgk.. boleh duit boh...

9. Tapi Allah dah kata, 1 huruf = 10 pahala... Alif Lam Raa.. 30 pahala... 1 pahala yg Allah bagi, tidak dapat di tandingi oleh segala apa nikmat didunia pon... Allahu Robbi...tapi orang tak nampk...

10. Serangan barat menyebabkan kite tak belajar sejarah kite.. duk belajar sejarah Mahatma Gandhi, Alexander Graham Bell... Akhirnya kita tak tau siapa itu sahabat nabi yang bernama Abu Hurairah...

11. Tok bilal duk azan daripada muda sampai ke tua, sampai ke mati tok bilal tu... tak pegi2 jugak surau mesjid...

12. Sesiapa yang mencari dunia sahaja dan tidak pedulikan akhirat maka dia adalah orang yang paling rugi.. mereka ini ibarat haiwan ternakan...

13. Dan sesiapa yang mencari akhirat dan dunia maka dia adalah orang yang paling untong.. kerana bile dia mencari akhirat, maka dunia akan datang sendiri padanya.. =)

14. Kereta yg paling hebat sekali, yang ada 6 drebar ialah Kotak Keranda... menteri mati bubuh dalam kotak.. ahli parlimen mati bubuh dalam kotak.. exco mati pun bubuh dalam kotak..org pggil ‘In Box’...! =) 

Doh nak sombong mende ape mase atas dunia ni?? Sume mati.. ni mase hidop duk khianat ke orang.. Bile mati esok2 mun tengok r.. kalau mun jadi Perdana Menteri aka PM dan kalu mengkhianati rakyat mu, dan jika rakyat2 mu itu tidak redho dengan perbuatan mu itu, di akhirat esok2 tengok lar... semua akan datang menuntut hak pada mu..

Seringgit kamu kencingg (tipu) duit orang, maka diakhirat nanti orang itu akan datang meminta balik pada mu...

15. Jika mayat yg baik, semasa di usung ke kubur dia akan kata..”Cepatkan perjalananku ke akhirat”...sebaliknya jika mayat xbaik akan bertempik melolong... “Celaka lah aku hari ini..ke mana aku nak di bawa pergi”...!!

16. Manusia tak leh dgr.. kalau boleh dengar nescaya akan pengsan atau mati mengejut..

17. Hanya seorang sahaja yg boleh tolong kita selepas mati semasa di akhirat kelak iaitu Nabi Muhammad s.a.w... Orang lain xrok cetong belaker...=)

__________________________________________

* Sesi Soal – Jawab *

1. Baru2 ini saya ade terjumpa dengan kwn lama, perempuan... mase terjumpa, dia datang cium pipi saya ..nak alih takut air muka dia jatuh”... - Kite tak tau yang tulis ni laki ke perempuan... Kalau puan ngan puan, tak ada masalah...
- Kalau laki ngan puan, Haram.. 
- Jatuh air muka xdok masalah, bukan muka yang jatuh golek.. Allah perlu di utamakan... kalau nak main laga2 pipi kena kahwin dulu...


2. Saya bakal berkahwin...nak panggil isteri saya nanti dengan nama umairah boleh tak?.. macam nabi panggil kepada siti aisyah.. isteri saya putih, tetapi pipinya tak merah...
- Boleh panggil..tak ada masalah.. elok panggil isteri dengan apa2 nama yang baik dan boleh mengeratkan hubungan..


3. Saya buat solat sunat atas motor, baju terselak kena angin sampai nampk aurat...sah tak solat saya...?
- Solat sunat atas / dalam kenderaan, semua rukun tidak luput kecuali arah kiblat...xpe, tidak pada arah kiblat...yang lain2 tetap tak luput.. wudhu’,aurat, syarat sah dan batal solat...
- Jika terselak sebab angin tak batal... sebab haiwan, manusia, dll juga tak batal jika tak sengaja...tetapi kena cepat2 tutup balik dengan segera...jangan di lengahkan..kalau tak segera, maka akan batal...


4. Apakah hukum suami – isteri post gambar sedang bercumbu..?
- Ni lah orang lening.. "suami i pegi outstesengg lar 3 hari.. rindunyerrr >.<"

Hmm, nim lar isteri bodo.. doh suami mun tadok dumoh, wat mende ape kabo lam FB ?? “i bace rase nak termuntass larrr....” =)

kalau post, "saya sakit gigi lar ari ni" "saya tak sihat lar" yang gitu bulis tahan.. ni mende2 peribadi gitu pong nak kabo ke orang ramai.. 
- Haram... tak boleh.. bukan akhlak orang islam..macam2 perkara boleh jadi.. boleh undang fitnah dan naikkan syahwat orang lain yang melihatnya..
- Benda peribadi hok dalam kain, dalam bilik gini jangan publish.. ini orang ada masalah hospital tanjung rambutan..mental! =)


5. Suami nak pinjam duit untuk buat bisnes.. mak larang bagi duit kepada suami kerana suami ada hutang yang belum di bayar lagi..
- Wajib kena taat pada suami dulu, baru mak.. orang zaman sekarang ni, banyak lebih ikutkan mak daripada suami sendiri...


6. Anak luar nikah kena di bin kan Abdullah ke.. boleh tak di bin kan dgn suami mak nya.. kerana boleh dtgkan aib pada anak tersebut...
- Memang tak wajib bin kan Abdullah... dalam hadis sebut, kena bin kan emaknya...
- Alasan nak elak rase malu tetap tak boleh..bukan budak tu yang patut di hina dan rase malu.. tetapi masyarakat yang bersalah..pandang tak molek pada anak tu..begitu jgk pada janda..akan di pandang tak molek..


7. Boleh ke tak, bagi pada ikan peliharaan makan haiwan yang hidup...?
- Tak haram jika itu adalah makanannya... contohnya ikan arowana... kita tangkap cicak pastu bagi makan kat ikan tu... takkan nak sembelih dulu cicak tu...=)


8. Bini saya tengah ngandung.. masalahnya dia buat perangai yang tak sedap hati saya...macam mane nak kembalikan isteri saya kepada keadaan seperti yang sebelum mengandung..?
- Memang mase mengandung, berlaku perkara pelik2.. dan kalau bini mengidam untuk makan mende yang pelik2.. si suami kene pegi cari jugak makanan tu untuk diberi pada isterinya.. biase lah... lagi pon nanti dia akan berjuang dan melakukan pengorbanan yang besar untuk melahirkan anak kite nanti.. terima lah seadanya...

Jadi, kalau mun xmboh cari bende yang pelik2 isteri mun ngidam....jangan buat dia ngandung..! =)


9. Keluarkan KWSP, cukup utk buat belajar...tapi guna untuk perkara lain..boleh tak..?
- xdok masalah..kerana dia pemilik sebenar wang tersebut..


10. Solat kat kawasan stadium...ade 2 imam..boleh ke tak..??
- Tak ada masalah kalau ade 4 imam sekali pon.. bile ade 2 jemaah dalam 1 masjid maka itu adalah haram.. Haram buat jemaah lain dengan sengaja.. kerana berjemaah nim adalah untuk mengeratkan umat Islam..
- Jika jemaah 1 sudah dalam keadaan tahiyat akhir, maka boleh jgk buat jemaah baru...
tetapi kalau di padang bola ataupun di stadium, di mana tmpt dan ruangnya terhad maka diboleh kan.. yang tak boleh adalah di tempat solat seperti masjid atau surau kerana boleh menimbulkan fitnah.


11. Benarkah ada 7 org muka serupa dalam dunia ni..??
- Tiada sebarang nas yang kata begitu..yang ada cuma daripada orang yang kaji manusia.. daripada pakar.. mungkin jugak betul.. kerana macam doktor jugak, yang pakar tentang penyakit dan kesihatan.. bile doctor chek2 kite, dia kate kite ade kencing manis.. boleh digunapakai kerana doctor pakar dalam hal tersebut...pendapat pakar boleh di ikut...
- Mungkin jgk tak betul, kerana yang benar dan tepat hanyalah daripada Allah dan Rasul...


12. Saya buat solat sunat istikarah...tapi macam mane nak tau bnda tu betul ke tak.. samada daripada Allah ataupon syaitan...
- Tengok pada keadaan apa tujuan istikarah tu... biasanya syaitan tiada gangguan pada perkara yang macam tu, yang harus pada syarak.. syaitan ganggu pada benda yang nyata sahaja ..seperti tengah mandi hadas ke.. sampai 3 jam mandi...


13. Semalam ustaz kata, telur penyu boleh di makan.. macam mane dengan telur buaya...?
- semua telur2 boleh makan, kerana telur halal dimakan.. melainkan telur itu ade racun dan memudaratkan kite seperti telur ular dan haiwan berbisa lain..

ikot mun lar nak makan telur buaye ke, telur katop ker, telor lembu ke.. janji tak memudaratkan, ianya halal.. gp tergamok ke mu nak makan telur buaya..?

14. Boleh tak salam dengan 2 pupu.. jarak umur pon jauh2...
- Tetap haram sentuh saje2 dengan bukan mahram...


15. Saya rase nak nikoh, tapi tadok duitt.. dok kan nak puase sokmo.. guane tuh ustaz, ??
- Nak kawin bukan ade duit ke tak.. ke mung nak kawin dengan duit..?? kawin ngan awep larr, bukan susoh pong nak kawin.. kalau dok leh nk puase doh, maka kawin larr.. cari yang muroh2, cari yang ikot kemampuan kite.. cari yang mudah, selamat dan bergune..

- ni keje kerani jerp, tapi nak pakai kete subaruu... taraf2 mun pakai kete kancil doh lar.. dan wajib kerajaan (melalui baitumal) bagi duit bantuan untuk menikah.. dan boleh juga buat pinjaman untuk nikah..


16. Guna baja najis pada buah2 dan sayur2...haram ke tak..??
- Jika baja tu ditabur atas tanah, lalu diserap oleh akar.. maka tak wajib basuh.. kerana akar hanya menyerap zat2 protein daripada baja tu sahaja.. Allah maha bijaksana...akar berfungsi sebagai penapis..macam buah pinggang dalam badan manusia...
- Jika baja tu sembur pada daun, kena basuh terlebih dahulu.. masih boleh di makan...


17. Wanita yang belum kahwin...ambil anak angkat.. kemudian ambil pil hormone untuk mengeluarkan susu....
- Kalau nak ambil anak angkat / susuan, syaratnye umur jangan lebih daripada 2 tahun...mung jangan gi amik budak tingkatan 6 pulok untuk wat jadi anak susuan..
- Syarat untuk digelarkan anak susuan ialah, kena bagi budak tu minum susu hingga kenyang sebanyak 5 kali susuan...
- Pengambilan pil hormone untuk mengeluarkan susu... susu ni asalnya terjadi apabila dijimak oleh suami dan hamil.. berkenaan dengan pengambilan pil ni ada 2 pendapat..ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh...boleh nak ikut yang mana2 pon..


18. Lelaki yang terpegang ‘telur’nya, batal tak wudhu..??
- Jika pegang zakar maka batal wudhu’.. zakar adalah "dari pangkal pistol sampai ke hujung.." kalau pegang "peluru" tidak batal wuduk..
- faraj adalah "bibir sahaja" dan kalau sentuh di tepi2 tidak batal wuduk..
- Jika berlapik juga tak batal wudhu’...
- Untuk batal wuduk adalah kite menyentuh kemaluan dgn tapak tangan..selain tapak tangan, iaitu belakang tapak tangan, tidak batal wuduk..
- Tapak tangan ialah bahagian tapak, perut2 jari sehingga ke hujung jari...bahagian yang nampak dari pandangan hadapan sahaja..


19. Imam terlebih baris mase angkat takbir... Allahu Akbaru... sah tak solat...?
- Tak batal solat... kerana maknanya tak lari...yang batalnya, takbir tak bunyi terus... kerana ianya adalah rukun qauli...


20. Orang puan tak boleh masuk kubur, kenapa..??
- Sebab dia tak mati lg...=)
- Untuk yang tak tutup aurat dengan sempurna...
- Pada hari di tanam... ini adalah urusan lelaki shj..
- Kena ditemani mahram..tak leh gi sorg2..
- Jangan buat perkara haram..bertempik, melolong...

p/s : admin baru belajar jgk.. ini sahaja yang sempat di catitkan.. jika ada salah dan silap, sila tegur dan perbetulkan.. sama2 kite belajar dan sebarkan ilmu Allah ini.. semoga kite semua diberkatiNya..amiinn~~ =

Petikan dari sebuah Facebook Koleksi Short Note Kuliah (ustaz Azhar Idrus) (Diedit serba sedikit supaya mudah difahami)

Ahad, 27 Mei 2012

Ustaz Azhar Idrus - Sejarah Ustaz Azhar Belajar Agama

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam..
Tentu ramai sekali di luar sana yang meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia ketika ini.


Ustaz Azhar Idrus.Sebut saja nama itu pasti ramai yang mengenali beliau meskipun tidak mengikuti siri ceramahnya. Ternyata gaya penyampaian yang mudah dan bersahaja serta ditambah aura tersendiri yang ada pada ustaz Azhar telah berjaya menarik ribuan jemaah sama ada golongan muda, dewasa atau yang sudah berusia untuk bersama- sama dalam majlis kuliah agama yang disampaikan oleh beliau.

Namun tahukah kita, sejarah bagaimana Ustaz Azhar mula mempelajari dan mendalami ilmu agama??


Beliau bukan lulusan universiti - universiti hebat, berserta segulung ijazah dari universiti-universiti ternama.
Beliau dilahirkan pada 12 Febuari 1968 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.Kehidupan zaman mudanya sama seperti remaja-remaja lain di zamannya. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah-sekolah Inggeris antaranya Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu.  Dikatakan juga beliau pernah menjadi guru muzik sekitar tahun 1985.

UAI zaman muda-mudi dulu

Namun atas kehendak Allah s.w.t, Ustaz Azhar diberi hidayah dan dibuka pintu hati untuk mendalami ilmu agama. Berbekalkan kecekalan dan keazaman yang tinggi, beliau meninggalkan pekerjaannya untuk mendalami ilmu agama dengan guru-guru agama sekitar Terengganu. Selama 12 tahun masa yang diambil oleh beliau untuk berguru dengan para guru agama yang arif.

Latar Belakang Pendidikan agama beliau::

Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar

  • Tamat lebih kurang 40 buah kitab2 jawi secara talaqi


Guru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir

  • Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah


Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim

  • Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh


Guru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim

  • Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh


Guru kelima:  Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir

  • Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah


Guru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir

  • Mendalami  ilmu fiqh & nahwu


Guru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan )

  • Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh

Berikut petikan video perkongsian Ustaz Azhar tentang sejarah pendidikan agama beliau ::



Ternyata kesungguhan, kecekalan dan pengorbanan beliau dalam mendalami ilmu agama ini tidak sia-sia.
Kita juga meyakini bahwa Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya yang menjadi penolong agama-Nya. Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS Muhammad: 7).

Sabtu, 26 Mei 2012

KITA UMAT AKHIR ZAMAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Awan yang terbentuk hari ini tidaklah sama dengan awan yang
terbentuk kelmarin,
setiap detik berubah dihembus angin nan bayu,
apabila cantik dipandang indah menjadi kenangan setiap masa,
apabila tak cantik dipandang tak endah menjadilah ia dipersia,
begitulah hakikat pekerti insani,
nafas disedut bukan untuk selamanya,
kerana nafas akan
pasti akan terhembus buat selamanya tanpa kembali,
itulah takdir
insan yg telah ditentukan yang tak mampu diubah....
Wahai teman........,
sempurnakanlah
iman
buat bekalan di masa hadapan,
supaya hidup tiada penyesalan,
jadikan
ikutan zuriat keturunan,
penyambung amalan insan beriman,
semasa
hidup memegang harapan,
setelah mati menanti jawapan,
kubur
menanti jasad sasaran,
sebelum tibanya hari pembalasan,
siksanya
neraka sukar dibayangkan,
nikmatnya syurga dijadikan impian,
tenunglah
seketika sisa kehidupan,
apakah masih kekurangan iman,
tangisilah
ia dengan penyesalan,
dengan tangisan yang penuh kesyaduhan,
namun
ia bukanlah pengakhiran,
bagi insan yang niatkan perubahan,
hijrahlah
dengan kesungguhan,
dengan harapan mendapat keredahan,
dan
menjadi hamba yang beriman.....

khas buat diriku
yang sering lalai....

nukilan ikhlas . yang tak seberapa buat
keluarga, abang-abang, kakak-kakak, teman-teman, sahabat

handai, saudara-saudari, muslimin/muslimat.....

Khamis, 24 Mei 2012

Angka 7 Dalam Ciptaan-ciptaan Allah

بسم الله الرحمن الرحيم



Petikan Beberapa Surah-Surah Yang Berkaitan Dengan Angka 7 Dalam Sesuatu Penciptaan Allah Swt
~ Surah An Naba’ Ayat 12,
“Dan Kami (Allah) jadikan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh.”
~ Surat Al Hijr Ayat 16,
"Dan sungguh Kami telah menjadikan gugusan bintang di langit dan Kami telah menghiasinya bagi orang-orang yang memandangnya.”
~ Surah Al Hijr Ayat 44,
"Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka."
~ Surat Al Hijr Ayat 87,
"Dan Sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung."

Dalam Al Quran, manusia diseru untuk merenungi berbagai kejadian dan benda alam, yang dengan jelas memberikan kesaksian akan keberadaan dan keesaan Allah beserta sifat-sifat-Nya.
Dalam Al Quran, segala sesuatu yang memberikan kesaksian ini disebut "tanda-tanda", yang berarti "bukti yang teruji kebenarannya, pengetahuan mutlak, dan pernyataan kebenaran."
Jadi, tanda-tanda kebesaran Allah terdiri atas segala sesuatu di alam semesta ini yang memperlihatkan dan menyampaikan keberadaan dan sifat-sifat Allah.
Orang-orang yang dapat mengamati dan senantiasa ingat akan hal ini akan memahami bahwa seluruh Alam Maya tersusun hanya dari tanda-tanda kebesaran Allah.

Firman Allah Swt yang Bermaksud:
"Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan, "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik."
(Surah Al Baqarah Ayat 26)

NOTA:
Dalam gambar cuma sebahagian sahaja contoh-contoh yang dapat dimuatkan. Wujud banyak lagi keisimewaan Angka 7 ini didalam ciptaan Allah yang lain.
Semoga gambar ini mencetuskan semangat untuk menjelajah ilmu-ilmu Allah yang lainya - DrSoul

DrSoul's Quotes & Sayings Collections. Sesiapa juga dibenarkan untuk Share apa juga Quote Bergambar - DrSoul


KENALI CINTAI ALLAH DAN RASULLULLAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Sesungguhnya hati nurani kita sentiasa mahu menghubungi Allah dengan cinta, beribadat dan taat, kerana ia mengetahui bahawa Dialah yang mentadbir urusan-Nya dan urusan tiap-tiap sesuatu di sekeliling-Nya menurut hikmah dan tadbir-Nya. Itu adalah fitrah. Tiada siapa yang dapat membantah. Namun sampaikah kita kepada-Nya, andai diri masih seronok dalam gelumang dunia yang tiada sudahnya.

Soalan:

Kepada yang boleh membantu hamba Allah ini, bagaimana kita boleh dengan mudah dan tetap dalam hati untuk mencintai ALLAH dan RASULULLAH. Ramai yang mengatakan bahawa ia cinta ALLAH ia cinta RASULLULLAH, saya tak pasti macam mana dan bagaimana cara ia menyintainya. Sedikit pandangan moga bertambah keberkatan INSYA'ALLAH



Jawapan:
Sebagaimana diri yang telah berminat atau suka kepada seseorang mesti ada usaha yang akan dibuat untuk mengenali dengan lebih rapat dengan si dia.

Mula-mula ingin tahu nama, umur, tempat tinggal, pekerjaan. Kemudian setelah diketahui semuanya ingin mendalami lagi tentang latar belakangnya dan ingin menyelami kisah hidupnya dan dalam usaha tersebut kamu telah jatuh hati kepadanya. Apabila kamu jatuh hati kepadanya, tentu kamu akan berusaha untuk membuatkan si dia jatuh hati kepada kamu. Ini pandangan saya sahaja, mungkin pada pandangan orang lain pula berbeza.

Apabila usaha kamu berhasil kamu mesti akan tunaikan segala permintaannya ke atas kamu. Oleh kerana kamu terlalu cintakannya kamu sanggup berkorban apa sahaja pada tahap kemampuan kamu. Malah kamu mungkin setiap masa memuja-muja namanya tidak kira siang dan malam. Menatap wajahnya untuk menghilangkan rindu dan kalau boleh sepanjang waktu ingin ada bersama si dia.

Begitu juga dalam mencari cinta Allah dan Rasulullah, kita kena berusaha untuk mengenali Allah SWT dan Muhammad SAW. Apabila kita kenal siapa Allah SWT dan Muhammad SAW insya Allah dengan izinNya hati kita akan cuba menurut segala ajaran yang disampaikan oleh Muhammad SAW yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini adalah salah satu tanda cinta kepada baginda dan Allah SWT. Hingga ada sabda nabi mengatakan:

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Surah Ali Imran: 31].

Maknanya segala kewajipan yang ditentukan ke atas umatnya mesti ditunaikan walau dalam keadaan macam mana sekali pun seperti sakit, sibuk, dalam perjalanan dan lain-lain lagi. Menjauhi perkara yang dilarang dan mendekatkan diri kepada setiap kebaikan.

Memuja-muji Allah SWT dan berselawat ke atas baginda beserta keluarganya.
Hasil daripada kita mengingati dan merindui. Cuba biasakan diri untuk mengamalkannya walaupun sedikit cuma insya Allah kita akan terbiasa walau dalam keadaan macam mana pun.

Mengamalkan Sunnah Baginda SAW.


Baginda SAW ada mengatakan jika kita tidak menyukai sunnah baginda bermakna kita bukan umatnya. Jadi untuk mendapatkan cintanya kita mesti menghidupkan sunnah tersebut dengan mengamal dan menerapkan pada diri dalam amalan harian atau kehidupan. 

Inginkan lebih lanjut tentang persoalan ini, banyakkan usaha sebab ada pelbagai pandangan dari setiap orang. Ini hanya sedikit pandangan daripada saya.
Di sini anda telah menunjukkan usaha anda dengan menanyakan persoalan ini.
Insya Allah moga kita digolongkan dalam golongan mencintai Rasulullah dan Allah SWT.

Isnin, 21 Mei 2012

Bulan Rejab Datang Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah… Segala puji dan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala yang telah memberikan kita limpahan nikmat-Nya… Ya Allah, Ya Rabbi! Sesungguhnya Dikau Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, walaupun hamba-hamba-Mu sentiasa lupa kepada-Mu dan sering mengingkari perintah-Mu serta melengahkan perintah-Mu tapi Dikau tidak pernah melupakan mereka, masih mengekalkan segala nikmat yang telah diberikan kepada mereka dan Dikau sentiasa membimbing serta memimpin mereka ke jalan yang Dikau redhai…


Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah Ta’ala yang serba indah ini sebagai hamba-Nya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah Subhanallah Wa Ta’ala kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah Subhanallah Wa Ta’ala semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya dosa besar ataupun dosa kecil.. kita tetap berdosa.
Bila tiba bulan rejab terdengarlah orang membicarakan tentang amalan di bulan rejab terutama puasa rejab. Ada yang seronok bila bulan rejab tiba. Seronok nak puasa sunat. Dalam masa yang sama kita mula mendengar dan membaca dalam akhbar tentang hadith-hadith palsu berkenaan amalan di bulan rejab.

Pelbagai perbahasan yang diutarakan. Kita umat islam sewajarnya berpegang dengan hadith sohih dalam beramal ibadah. Cuma janganlah kita asyik berdebat tentang hadith amalan rejab: itu hadith palsu, itu hadith dhaif sehingga akhirnya, kita pulak yang tidak berpuasa langsung di bulan rejab ini. (Awas dari tipu daya syaitan yang suka menggoda manusia berdebat) Kerana di sana ada hadith sohih yang menceritakan Rasulullah SAW yang maksum itu berpuasa di bulan rejab.

Mahfum dari hadith riwayat Muslim ada menyebut Rasulullah SAW dilihat banyak berpuasa pada bulan rejab seolah-olah baginda berpuasa sepanjang bulan tersebut dan ada juga dilihat Rasulullah SAW tidak berpuasa di bulan rejab seolah-olah baginda tidak berpuasa sepanjang bulan rejab.

Sudah tentu kita sebagai manusia yang tidak maksum dan semakin jauh jarak masa dari Rasulullah SAW sewajarnya kita perbanyakkan puasa di bulan rejab ini. Maklum sajalah kita umat akhir zaman ini agak kurang beramal berbanding jenerasi awal Rasulullah SAW. Juga marilah kita di bulan yang diberkati ini memohon kepada Allah supaya mengampuni dosa kita yang banyak ini.

Allahumma innaka ta'lam annahazihil qulub...
Qadijtama'at 'ala mahabbatik! Amin ya Rabbal a'lamin..

DOA BULAN REJAB

بسم الله الرحمن الرحيم


Amalan doa Rasulullah s.a.w apabila masuk bulan Rejab.. dan pesanan nabi
tentang doa mustajab. Hadith Nabi : "Ada 5 malam doa yang tidak ditolak oleh
Allah swt, malam awal bulan Rejab, malam nisfu syaaban, malam Jumaat,
malam hari raya Idul fitri, dan malam Idul Adha" ( HR : Ibnu Asakir)
 
Imam Syafiie Rahimullah berkata, ada  malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.
 
Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada mala 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. InsyaAllah....

Ahad, 20 Mei 2012

Imam Hassan Al-Banna dan cita-citanya

بسم الله الرحمن الرحيم


Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut :

‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...