Ukhwah Islamiyyah

Rabu, 30 Jun 2010

TAQWA ASET DUNIA AKHIRAT

سم الله الرحمن الرحيم















Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat ,
Sumber bantuan,sumber rezeki,sumber kemenangan,
Kalau ingin musuh dikalahkan,
baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan,
Taqwa lebih tajam dari pedang,
Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden,
Di dalam perjuangan,bukan senjata persiapan utama,
Walaupun senjata disuruh mengadakannya,
Membaiki diri lebih utama melakukannya,
Di dalam berhadapan dengan musuh,
ia adalah senjata ghaib yang tidak nampak dipandang,
Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam,

Tapi umat Islam di dalam perjuangan sudah ramai melupakannya,
Di dalam berjuang,dosa juga dilakukannya,
Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,
ternafilah ketaqwaannya,
Tuhan pun berlepas diri, hadapilah musuh dengan sendiri,
Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik
dan canggih dari umat Islam,
Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan di dalam perjuangan,
Kedua-dua senjata tidak dimiliki,
samada senjata rohani mahupun senjata lahir,
Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin,
Lebih-lebih lagi di masa berjuang,
Ia bukan menjadi senjata umat Islam,
Orang mukmin dengan orang Islam jauh sangat bezanya,
Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwa,
Oleh itu usahakan ketaqwaan,terutama di dalam perjuangan,
Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam,
Awasilah di dalam perjuangan,membuat dosa dan kesilapan,
Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang,
Kita akan kecundang dan menerima nasib yang malang.

Mencari kebenaran adalah susah jika tidak dengan TaufikNya ,

Menghayati kebenaran adalah sukar jika tidak dengan HidayahNya ,

Memperjuangkan kebenaran lagi susah dan mencabar jika tidak dengan IradahNya ,

Menzahirkan kebenaran pada diri , keluarga , masyarakat dan negara terlalulah amat susah jika tidak dengan tarbiah Rasul utusanNya , para ahlulbait yang dimuliaNya , jasa para sahabat yang menjadi pilihanNya juga para ulamak ahlul hak yang gigih berjuang dan wali yang sangat taqarrub dengan Ilahi mereka pewaris UtusanNya..

Syahid di jalan kebenaran adalah teramat susah jika tidak dengan TakdirNya...

Maka berusaha , dan rebutlah CintaNya yang Agung ... moga segala yang susah .. jadi senang kerana Kuasa Cinta AgungNya... kerana Kuasa Cinta RasulNya...sehingga bertemu kematian kita...bukankah mati sempadan bertemu Cinta AgungNya...

Siapakah Mustafa Kamal Attartuk?

سم الله الرحمن الرحيم

sumber: http://hilmi-albesuti.blogspot.com

Mustafa Kamal Atatürk Laknatullah (1881-10 November 1938) adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin .


Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.


Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.



Dosa Mustafa Kamal Ataturk Laknatullah:


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt..
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
8. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.


Antaranya ialah

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan
2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahanmendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam danakhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk Laknatullah telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk Laknatullah!

Malaysia Tahap Kritikal !! Apa Akan Jadi 20 Tahun Akan Datang?

سم الله الرحمن الرحيم

sumber:
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan
Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas ! Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia

Ahad, 27 Jun 2010

Muhasabah Masa Yang Berlalu

سم الله الرحمن الرحيم

Saudaraku....
Pantas sungguh tahun 2010 ini berlalu? Januari, Februari, Mac, April, Mei dan Jun 2010 sudahpun meninggalkan kita. Bagaimanakah agaknya prestasi kita disepanjang bulan-bulan tersebut? Adakah dipenuhi dengan kebaikan atau sebaliknya?

Firman Allah swt yang bermaksud:
”Dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (As-Syam:10-12)

Renungkanlah saudaraku khususnya buat hati ini,
Bagaimana Allah swt menghadiahkan ampunan begitu besar terhadap perilaku salah yang sudah kita lakukan disepanjang detik waktu yang berlalu. Mengapa begitu luar biasa Allah swt menghamparkan pahala ampunan itu yang di tawarkan kepada hamba-hamba-Nya, namun malangnya mengapa kita semakin berjauhan dari rahmatnya. Apa hikmah yang ada di sebalik limpahan maghfirah yang Allah telah janjikan buat kita semua? Nabi s.a.w. bersabda:

”Hamba yang penuh dosa namun selalu mengharap keampunan Allah, lebih baik jika dibandingkan dengan hamba yang selalu beribadah namun putus asa dari rahmat~Nya.

Kata Ibnu 'Athaillah,

Apabila engkau berbuat dosa, maka itu jangan menjadi alasan keputusasaanmu dalam menggapai istiqamah dengan Tuhanmu, kerana boleh jadi itulah dosa terakhir yang ditakdirkan bagimu.

Firman Allah swt yang bermaksud:
”Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hambahambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az Zumar:53)


Saudaraku,
Barangkali di antara hikmahnya adalah, Allah swt memang hendak mengajak kita mengingat-ingat dan menghitung lebih teliti tentang jarak kekeliruan yang kita lakukan selama masa dan detik kehidupan kita yang berlalu.

Saudaraku, mari bertafakur sekarang ….
Tahukah kita bahawa dalam satu tahun yang lalu kita melakukan solat wajib lebih dari 1700 kali? Lalu berapa banyak dari solat-solat itu yang kita lakukan dengan khusyuk? Berapa banyak dari solat-solat itu yang kita tunaikan di awal waktu, sesuai anjuran Rasulullah saw? Berapa banyak dari solat-solat itu yang kita lakukan dengan berjama’ah di masjid?
Terfikirkanlah oleh kita, bila selama musim satu tahun kelmarin, matahari telah terbit mengunjungi kita sebanyak 350 kali? Sementara Rasulullah saw bersabda, “Setiap diri manusia harus ditunaikan sedekah-nya setiap hari, setiap terbit di dalamnya matahari…”

Saudaraku, semoga Allah menghimpun kita dalam syurganya…
Apakah kita telah membaca Al Qur’an dengan tadabbur 12 kali khatam dalam 12 bulan itu? Atau paling minima 6 kali dalam satu tahun? Jika tidak, mungkin kita patut khuatir termasuk dalam kelompok orang-orang yang dikeluhkan Rasulullah saw kepada Allah swt di hari kiamat. Ketika baginda berkata, “Ya Rabb… sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur’an sebagai sesuatu yang dijauhkan…”

Saudaraku,
Tahukah kita apa yang boleh dilakukan dalam satu minit hidup ini? Kita mampu membaca surat Al Fatihah minimanya 4 kali. Dan itu ertinya kita memperoleh lebih dari 5000 kebaikan. Kita boleh membaca surat Al-Ikhlas 9 kali. Satu surat Al-Ikhlas sama dengan sepertiga Al-Qur’an. Bererti kita mampu mengkhatamkan Al-Qur’an tiga kali. Kita berupaya membaca satu halaman Al-Qur’an atau menghafal satu ayat pendek dari Al-Qur’an.

Kita boleh mengatakan laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikala lahul mulku wa lhul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syai-in qadir 10 kali. Pahala melakukannya sama seperti memerdekakan 4 orang hamba. Kita mampu mengucapkan subhanallah wa bihamdihi 50 kali. Dan dengan menyempurnakannya menjadi 100 kali, maka dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah swt meskipun sebanyak buih di laut. Kita boleh mengucapkan subhanallah wa bihamdihi, subhanllahil azhiim 20 kali. Itulah dua kalimat yang ringan diucapkan lisan tapi berat timbangannya di sisi Allah swt. Kita boleh mengatakan subhanallahalhamdulillah, laa ilaaha illallah, Allahu akbar minima 15 kali. Itulah kalimat yang paling dicintai Allah swt. Kita mampu mengatakan Laa ilaaha illallah 45 kali. Kalimat paling mulia dan barang siapa yang perkataan terakhirnya laa ilaaha illallah, ia pasti masuk syurga. Kita boleh berzikir dengan mengucapkan sebanyak 70 kali. Perkataan itu akan menyebabkan turunnya ampunan, masuknya seseorang ke dalam syurga, menolak bencana, menambah rezeki, mempermudahkan semua urusan.

Kita mampu membaca selawat atas Nabi Muhammad saw sebanyak 20 kali, lalu malaikat berselawat kepada kita 200 kali. Kita boleh bertafakur terhadap penciptaan langit dan bumi lalu kota menjadi kelompok ulul albaab yang dipuji Allah swt dalam Al-Qur’an. Kita boleh membaca buku yang bermanfaat sehingga ilmu kita bertambah, dan menjadi penerang jalan menuju syurga. Kita boleh mengajak orang lain pada kebaikan, mampu mencegahnya dari kemungkaran, mampu tersenyum yang bernilai sedekah, boleh meringankan beban orang lain… dan sebagainya.

Saudaraku,
Kita terus menerus berada di antara perjalanan waktu yang tidak pernah henti. Tapi mungkin kita jarang menyedari ianya telah berlalu, kecuali di saat-saat tertentu seperti saat ini. Rasakanlah bagaimana perjalanan detik demi detik itu. Pertambahan minit demi minit. Jam demi jam. Perjalanan hari demi hari. Bulan demi bulan. Hingga tahun berganti tahun. Dan kita sampai di detik, minit, jam, hari, bulan, tahun ini…

Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup silih berganti dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan peredaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu. Mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.” (Al-Jaasiyah:24)

Apa yang harus kita lakukan pada detik, minit, jam, hari, bulan, dan tahun ini?

Saudaraku,
Sayidina Ali ada berkata:
“Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu.”

Justeru jangan biarkan waktu demi waktu bertambah namun tidak membawa kita pada titik syurga. Sebab, itulah sesungguhnya akhir perjalanan waktu hidup kita. Itulah titik akhir perjalanan waktu. Janganlah kita menyesal di kemudian hari, di saat setiap detik, minit, jam, hari, bulan, tahun tidak pernah ada dan tidak pernah bererti lagi.

Ayuh Kita Berprestasi Luarbiasa!

Selasa, 22 Jun 2010

Jangan jadikan Piala Dunia agenda Yahudi lalaikan kita

سم الله الرحمن الرحيم

"Ketahuilah Yahudi zionis ini sangat cekap dalam penipuan khususnya dalam menipu umat Islam"

Masyarakat umat Islam dan orang Melayu hari ini seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola. Kita tahu bagaimana hiburan yang melampau banyak merosakkan akhlak umat Islam tetapi malangnya program dalam melahirkan lebih ramai penghibur terus subur. Sekarang ini seluruh dunia termasuk umat Islam banyak menumpu perhatian kepada bolasepak Piala Dunia sehingga ramai di kalangan kita tidak lagi menghiraukan masalah semasa yang sedang berlaku. Ingatlah kita bagaimana pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat Subuh, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga dan sebagainya.

Antara soalan atau kata-kata yang sering kita dengar ketika musim bola:

“Kau sokong negara mana? aku sokong Jerman. Tahun ni aku yakin Jerman menang punyalah!”

“Malam ni jom lepak NZ Curry House, kita tengok Jerman lawan Argentina ramai-ramai. Mesti best punya lah. Nanti kalau Jerman menang aku belanja kau makan”

Pasti anda pernah terdengar suara-suara seperti itu bukan?

World Cup 2010 pujaan dunia sudah pun bermula 11 Jun lalu. Saya sendiri mengakui yang saya juga turut menontonnya, dan saya memang menyokong pasukan Jerman. Itu pun sebab pemain-pemain mereka yang hebat-hebat. Apapun, yang penting adalah dalam keghairahan menonton dan demam bola sepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan THH ketika dunia tertumpu pada Afrika Selatan.

(Ini adalah gambar bola sepak yang digunakan dalam kejohanan World Cup 2010. *Jahbulon adalah tuhan ritual Masonic paganisme)

Sekarang kita lihat pula poster rasmi untuk Fifa World Cup 2010 ini.

Horus adalah Tuhan yang popular dikalangan orang-orang Mesir dan ia adalah anak kepada Osiris dan Isis. Osiris dan Horus keduanya adalah merangkumi sistem solar. Osiris adalah matahari tenggelam, Horus adalah matahari terbit. Horus juga dikenali sebagai ‘The Amen-Ra’ atau juga dikenali sebagai ‘Ra Ramma’ yang membawa maksud Tuhan Matahari. Kisah mengenai Horus ini telah dijumpai dalam ‘The Egyptian Book of The Dead’ (juga dikenali sebagai ‘Papyrus of Ani’) dan ia ditulis sekitar 3000 tahun sebelum kelahiran Nabi Allah Isa as.

Jadi, kepada anda diluar sana yang menggunakan poster World Cup ini sebagai ‘wall photo’ di facebook anda atau ‘profile picture’ di myspace anda, maka tukarlah ia. Ada sesuatu yang lebih menarik. Anda boleh ‘copy’ gambar dibawah untuk kegunaan anda. Dipersilakan.

(Ayat 'FIFA' untuk tahun 2010 adalah 'Fight Israel Free Al-Aqsa')

Cuba perhatilah apa yang sedang dilakukan oleh musuh Islam terutama yahudi di Palestin di mana ketika dunia sedang berseronok dengan Piala Dunia, mereka terus menyerang umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa. Begitu juga tindakan kejam Amerika yang terus memburu dan membunuh sesuka hati umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Begitu juga dengan pergolakan di Selatan Thailand yang terus berlaku bagaikan tiada tanda untuk berhenti. Jika sebelum ini ketika Piala Dunia yang berlangsung di Jerman maka kita dapat lihat bagaimana zionis yahudi tidak pernah memadamkan api permusuhan terhadap Islam termasuk mendesak kerajaan Jerman agar tidak membenarkan Presiden Iran yang dituduh Hitler ke-2 daripada turut hadir di Jerman kerana beliau tidak mempercayai "holocaust" iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Eropah terhadap orang Yahudi sekitar Perang Dunia II lalu. Sebelum ini berapa ramai tokoh penulis dan politik yang diambil tindakan atas hasutan zionis yahudi kerana menyatakan bahawa pembunuhan terhadap yahudi terutama oleh Hitler dan tentera Nazi Jerman itu hanya rekaan untuk menarik simpati dunia terhadap yahudi sedangkan kejahatan zionis yahudi terutama di bumi Palestin adalah lebih teruk dan ganas di mana ia terus berlaku hingga hari ini. Inilah yang berlaku apabila pengganas cuba berlagak baik maka pelbagai cara digunakan untuk menutup kejahatan dan keganasan yang dilakukan.

Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi

Ingatlah amaran nabi Muhammad s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:

قال الرسول :

لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟

Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : " Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

sumber: http://www.al-bakriah.com.my

Ahad, 20 Jun 2010

RENUNGLAH: KENAPA ALLAH BUAT NERAKA?

سم الله الرحمن الرحيم


Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para-para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, ".....lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Meneliti Aib Diri Sendiri

سم الله الرحمن الرحيم

Apabila pilihanraya kecil disesuatu kawasan akan diadakan, kita akan mendengar ceramah dari parti-parti politik yang akan bertanding. Dalam usaha untuk memenangi pilihanraya kecil, kita sering mendengar kisah baik dan buruknya calon yang akan bertanding.

Segala keburukan tentang calon tersebut akan didedahkan oleh parti lawan kepada pengundi sehingga mengeluarkan aib seseorang walaupun perkara itu benar atau sebaliknya.

Begitu juga di dalam masyarakat kita, tak kira di mana pun kalau ada kesempatan saja , ada saja aib tentang seseorang yang akan kita bincangkan. Macam mana umat Islam nak maju ke hadapan.

Mungkin sudah tidak terhitung seberapa banyak aib daripada seseorang yang telah kita ungkap di hadapan khalayak ramai.

Dan betapa kita mungkin merasa nikmat kerana telah memperbincangkan hal ikhwal tentang aib seseorang, meskipun kita sendiri sesungguhnya belum yakin akan kebenaran berita dan aib dari orang yang kita bicarakan tersebut. Begitu ringannya lidah kita melancarkan sebuah kalimat yang kita tidak tahu apakah kalimah tersebut membawa keredhaan Allah SWT atau mungkin malah mendatangkan kemurkaan-Nya - Semoga Allah SWT lindungi kita dari hal demikian.

Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyebutkan bahawa,

"Engkau tidak akan memperolehi hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu, baru kemudian engkau perbaiki orang lain.

Setiap kau baiki satu aibmu, maka akan tampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai Allah adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri. "

Semoga petikan ucapan ringkas dari Imam Hasan Al Basri di atas cukup dan boleh menjadi renungan buat kita bersama dan semoga hal ini menjadi motivasi bagi kita untuk tiada henti-henti menilai diri dan berhati-hati dalam setiap ucapan yang akan kita buat.

Astaghfirullahal 'aziim

10 Perkara Yang Sia - sia

سم الله الرحمن الرحيم

SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sering membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari.


3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.


4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.


5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.


6. Lelaki atau wanita yang tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu.

7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.


8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.


9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.


10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan
kekenyangan di dalam rumah.

Hari - Hari Dalam Islam

سم الله الرحمن الرحيم


Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi :

1. Jumaat: Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

2. Sabtu: Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

3. Ahad: Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

4. Isnin: Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

5. Selasa: Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

6. Rabu: Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

7. Khamis: Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

WAJIB BERDAKWAH WALAUPUN DIRI TIDAK SEMPURNA

سم الله الرحمن الرحيم


Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Imam Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata: Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan
hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan: Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.

Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalam hati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:

(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi.

Sabtu, 19 Jun 2010

Kekayaan, Kejayaan Dan Kasih Sayang

سم الله الرحمن الرحيم


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetama kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...

Sabtu, 5 Jun 2010

Kehidupan Hari Ini dan Semalam

سم الله الرحمن الرحيم

Sewaktu kita membuka mata hari ini, jangan terlalu yakin dapat melihat matahari pada esok hari. Bersyukurlah kepada Tuhan kerana masih diberikan peluang untuk melihat keindahan ciptaanNya dan seterusnya dapat bernafas untuk hari ini. Sesungguhnya ini adalah kerana Tuhan masih sayangkan kita kerana diberi peluang untuk hidup dan membolehkan kita memperbaiki diri berbanding hari semalam.
Semalam telah berlalu, biarkanlah ia pergi. Jangan ditangisi hari semalam kerana ia tidak mungkin datang kembali. Namun bersyukur lah kepada yang memenuhi hari semalam dengan amalan kerana esok hari belum tentu kita dapat mengulangi lagi. Jalani hidup sebaik mungkin dan manfaatkan hari ini sebaik-baiknya. Penuhi dengan amalan dan tanggungjawab terhadap orang-orang yang kita sayang. Sesungguhnya hari esok belum tentu kita dapat mengembirakan meraka.

Hari ini adalah anugerah dari Tuhan, tanamkan tekad, perbaiki diri sebaik mungkin. Hiasi hari ini dengan amalan-amalan, membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran. Renungi kehidupan ini dengan sepenuh hati. Kehidupan hari ini adalah kerana limpah kasih sayangNya. Tanamkan kebaikan sebanyak mungkin untuk hari ini, mintalah keampunan dari Allah s.w.t dan persiapkan diri untuk pergi jauh (menghadapNya). Lalui hari ini dengan penuh kebahagiaan, tenang dan redha dengan apa yang telah dikurniakan.

Dengan mempersiapkan diri dan melakukan perkara-perkara itu, kita akan sentiasa tenang dan bahagia. Seandainya kita diberikan peluang untuk menikmati segelas air yang sejuk dan nyaman, mengapa harus kita bersedih atas air masin yang telah kita minum semalam? Tanamkan dalam diri bahawa kita telah diberikan peluang untuk hidup sehari lagi, iaitu hari ini mungkin juga esok dan seterusnya.

Hidup ini adalah sebuah perjalanan, diuji untuk melihat sejauh mana kekuatan dan keimanan. Sejauh mana kita mengutamakan hawa dan nafsu atau mengawal diri dari diruntun oleh kemanisan dan keindahan duniawi. Kadangkala kita dipesongkan oleh hawa nafsu dan godaan sehingga kita lupa apa yang kita pertahankan selama ini. Nafsu yang kadangkala membuatkan kita melanggar batas-batas yang sepatutnya dan membuatkan mata hati kita kabur dan silap menilai kehidupan dunia ini.

Maka, perbanyakkan amal ibadat dan jauhkan diri dari maksiat. Sentiasa perbaiki dan musahabah diri. Isilah hidup dengan amal-amal bakti sebelum sampai ajal yang kita sendiri tidak ketahui masa datangnya.

Bebanan Dosa

سم الله الرحمن الرحيم

Warna warni kehidupan yang ditempuhi hari ini menghiasi perjalanan kehidupan yang fana ini. Di celahan warnaan ini, saya selalu dihimpit dengan pelbagai perasaan yang menguji keimanan dan kebersihan jiwa. Ujian dan mehnah kehidupan yang dikurniakan oleh Allah SWT, selalu membuatkan diri ini teruji. Ketika itu, ada saatnya tersungkur rebah dan adanya kekuatan itu hadir sehingga mampu tabah.

Diri hamba yang hina

Wahai tawanan dunia
Wahai hamba nafsu
Wahai sarang dosa
Wahai wadah bencana
Ingatlah apa yang telah kau lakukan dan takutlah kepada Allah SWT!

Jangan sampai Dia melihat kesalahan dan kederhakaanmu, sehingga Dia halangi engkau dari pintu keampuananNya dan Dia menjauhkan engkau untuk akrab dengan para kekasihNya.

Berbahagialah insan yang berjaya diwaktu malam,
Kedua matanya terjaga
Ia lewati malam dengan risau kerana cinta kepada Tuhannya
Ia bangkit sendirian menatap bintang kerana rindu kepadaNya sementara mata Allah memandang dirinya dengan penuh mesra
Ia labuhkan dirinya dan tunduk sujud kepada RabbNya dengan penuh kerendahan dan kehinaan

Menjernihkan Hati

Murabbi saya, Abu Munzir selalu berpesan:

"Jalan yang paling baik untuk menjernihkan hati ialah mendirikan solat sunat di tengah malam ketika orang lain nyenyak dibuai mimpi".

Katanya inilah saat indah seorang hamba bersama Ilahi. Memohon keampunan dan merasai kenikmatan bermunajat umpama dibelai perasaan kasih dan kerinduan yang bersangat kepada Kekasihnya yang abadi.

Tujuan, menjernihkan hati adalah untuk membersihkan segala kekotoran dan kehitaman yang ada pada hati disebabkan oleh dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan sehingga mengelapkan hati dengan titik-titik hitam DOSA & NODA.

Teruskan memelihara kesolehan & kejernihan hati

Ibn Mubarak bermadah:

"Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati , Membiasakannya bisa mewariskan kehinaan,Sementara, meninggalkan dosa-dosa adalah kehidupan bagi hati dan kebaikan bagi jiwa, Tidak ada yang merusak agama ini, kecuali para raja dan cedekiawan yang rosak.”

Dalam kehidupan ini kita bias kecundang, tewas dan rebah.
Ketika itu, tiada kekuatan lain yang dapat menyelamatkan kita dari lembah kehinaan ini kecuali Allah SWT. Ya Allah ! Bimbingilah aku dan bawalah aku kepada keampunanmu. Lorongkan hati ku ini dengan kebaikan dan kebenaran.

Namun, air mata ini begitu sukar untuk mengalir.

Oleh : http://brohamzah.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...