Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 18 Mei 2013

Jangan Mempertikaikan Dakwah Orang Lain


























Akhir-akhir ini.. apa yang dapat kita lihat, bidang dakwah semakin rancak. Alhamdulillah. tapi tidak kurang juga dengan perkara-perkara yang lagha dan melalaikan seperti filem-filem, rancangan-rancangan televisyen, dan pelbagai lagi perkara hiburan lain.

Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Apa yang dapat kita lihat, dakwah-dakwah kini disampaikan melalui pelbagai teknik dan cara seprti lukisan, nyanyian, tulisan, video, dan sebagainya.. Namun, ada yang pertikaikan akan dakwah-dakwah mereka itu.. Mengapa perkara sebegini berlaku?

Seperti yang kita ketahui, Rasulullah adalah role model yang perlu kita contohi dalam segenap aspek kehidupan. Begitu juga dengan dakwah. Janganlah kita menyempitkan fikiran kita, mempertikaikan mereka-mereka yang berdakwah mengikut acuan lain dan tidak seperti cara yang digunakan Rasulullah. Namun, perlu juga untuk kita ketahui, cara Rasulullah adalah cara terbaik. Tetapi tidaklah cara lain itu tidak mendatangkan manfaat.

Antara strategi dan cara dakwah yang popular adalah nyanyian. Namun ada yang mengatakan, "alah, apa guna nyanyi.. tak kisah la lagu nasyid, ketuhanan ke ape ke, same je.. kalau cara nasyid, dengan menyanyi tu berkesan, dah lama Rasulullah buat". oh, kata jangan sebarang kata. nak mengharapkan kita? ada kita dakwah orang lain? jika hendak dakwah muslim kearah yang lebih baik pun tidak, inikan pula dakwah bagi yang bukan muslim..

Tidak sedarkah kita, dengan alunan lagu ketuhanan seperti nasyid itulah banyaknya menyebarkan info-info tentang Islam kepada mereka yang bukan Islam. ilmu-ilmu agama juga dapat disampaikan selain mengajak kearah ma'ruf dan meninggalkan yang mungkar. Tidak kurang juga yang mempertikaikan mereka yang berdakwah melalui penulisan.. ada yang berkata "alah, tulis / taip benda2 agama, benda2 baik konon, perangai jahanam jugak. nak dakwah orang konon". dan kemudian mulalah dikatakan hipokrit dan sebagainya. segala usaha yang kita lakukan bermula dengan pemikiran sebenarnya.
kerana

FIKIRAN akan menjadi BUTIR-BUTIR PERKATAAN,.. 
KATA-KATA akan menjadi TINDAKAN,.. 
 TINDAKAN akan menjadi KEBIASAAN,.. 
KEBIASAAN akan menjadi PERWATAKAN,.. 
 PERWATAKAN akan menjadi TAKDIR KEHIDUPAN,.. 

Jika kita sekat pemikiran kita dengan tanggapan negatif, maka tetaplah kita dalam kemunduran dan kejahilan. kita perlu paksa diri untuk berhijrah kearah lebih baik. Tanpa hipokrit, kita tak mampu untuk melakukan perubahan. Jika kita tidak mahu berubah kearah yang lebih baik hanya kerana tidak mahu dilabel hipokrit, demikian tindakan kita hanya berlandaskan harapan dan angan-angan sahaja.

Dan apabila kita berjaya mengubah diri kita, barulah orang lain nampak kesannya dan secara tidak langsung mereka sedar, dengan penulisan itu, bukanlah dakwah kepada orang lain sahaja, malah lebih-lebih lagi kepada diri yakni penulis itu sendiri kearah yang lebih baik. Kerana apabila kita menegur atau nasihat atau mengingatkan orang lain, bermakna kita juga telah melakukannya keatas diri kita sendiri.

Selain itu, cara lain adalah dengan lukisan. Hendak berjumpa dengan orang, hendak menegur orang lain, hendak mengajak kearah ma'ruf dan menjauhi yang munkar face to face.. mungkin sukar bagi kita. Malah akan kita sertakan dengan beribu alasan seperti malu, risau, benci dalam hati je la, dan sebagainya. Bagi lukisan pula, setidak-tidaknya lukisan-lukisan mereka itu menyampaikan ilmu-ilmu agama seperti ayat-ayat al-Quran, hadis, kata-kata nasihat dan sebagainya. Namun tidak kisah pula kita membaca komik-komik hiburan dan sebagainya?? Patutkah kita pertikaikan mereka sedangkan kita hanya berdiam diri dan hanya tumpu kepada amal ibadat masing-masing tanpa mempedulikan orang lain?

Lagi satu cara yang femes, adalah dakwah melalui video. Ada yang membuat filem pendek, video-video nasihat, dan sebagainya. Perkara sebegini juga mendatangkan banyak manfaat kepada semua. Ilmu agama dapat disebarkan, nasihat diberikan.. Sedarkah kita, perbuatan mereka itu jauh lebih bermanfaat daripada mereka2 yang membuat filem-filem dan video-video yang mengarut seperti miming dan sebagainya. Salahkah berdakwah menggunakan metod-metod yang ada pada zaman kita yang serba canggih ini?

Mengapa perlu pertikaikan dakwah orang lain sedangkan kita tidak mencegah yang mungkar?

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
 رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
 مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
 فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ 

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman"
( Hadis sahih riwayat Muslim )

Begitulah seterusnya dalam cara-cara dakwah yang lain. Pastinya ada manfaat yang terselit di sebalik dakwah itu. Jangan terlalu pertikaikan dakwah orang lain tetapi muhasabah diri sendiri dahulu dalam aktiviti dakwah.. Sama-sama tanya dan muhasabah diri kita, apakah sumbangan kita dalam menyebarkan agama Allah ini?

Adalah lebih baik kita mengajak orang-orang diluar sana yang masih ramai belum mengenal dan mendekatkan diri kepada Allah.. Semoga Islam berkembang dengan lebih pesat lagi. kita tidak tahu, mungkin di akhirat kelak kita akan dipersoalkan oleh orang-orang lain mengapa tidak menegur, mengapa tidak membawa mereka mengenal Allah ketika di dunia dulu. Pada waktu itu, barulah kita terfikir akan segala yang telah kita lakukan, juga segala sumbangan kita dalam usaha dakwah. Sama-samalah pertingkat usaha dakwah daripada hanya melihat dan lebih-lebih lagi pertikaikan dakwah orang lain. *kita kena bijak dalam berdakwah

Tetapi seandainya apa yang kita lihat, cara mereka berdakwah itu salah atau bakal menimbulkan kekeliruan, salah tafsir, dan sebagainya pada pandangan kita, sedangkan kita lebih tahu, wajarlah kita menegur agar mereka dapat melakukan pembetulan dan pembaharuan. jangan pula kita berdiam diri dan membiarkan orang lain dalam kesalahan dan kesesatan. insyaAllah.

Sejak kecil kita diajar hidup untuk jadi orang berjaya yang digambarkan sebagai doktor, jurutera, saintis, cikgu dan lain-lain... kita tidak pernah diasuh untuk bercita-cita menjadi seorang pejuang syariat Islam, pendakwah, syuhada', muttaqin, para wali... alangkah ruginya masa... 

Jiwa Hamba

kredit: http://bicarahamba.blogspot.com

Jumaat, 17 Mei 2013

Doa Memohon Syurga dan Berlindung dari Neraka


Kebahagiaan


Apabila hati bersih
Wajah akan kelihatan jernih
Bukan kecantikan dan ketampanan yang menambat hati
Tetapi kebaikan itu menambat jiwa
Kebahagiaan bukan hanya dimiliki oleh orang yang cantik dan tampan
Walau sering digambarkan segelintir orang
Kebahagiaan milik manusia yang baik hati dan ikhlas
Itulah kenyataan sebenar..
wang juga memang penting
tapi bukan wang yang membeli kebahagiaan
yang membeli kebahagiaan adalah ada rasa syukur pada rezeki
walau sedikit tapi sentiasa mengucap syukur..
ada wang tapi tiada kebahagiaan juga tidak ada makna

Rabu, 15 Mei 2013

Perpaduan - Mampukah Kita Bersatu


Mutakhir ini ramai orang bercakap tentang perpaduan. Kita diminta supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah, berkelahi dan jangan bermusuh-musuhan. Jadilah seperti batu bata dalam sebuah bangunan yang saling mengukuh antara satu sama lain. Seruan ini tidak dinafikan sangat baik. Namun timbul persoalan hendak bersatu atas asas apa? Adakah atas asas bangsa Melayu atau atas asas sesama rakyat Malaysia atau asas aqidah Islamiah?

Rasulullah SAW sewaktu berdakwah pada permulaan Islam mengajak ummat Arab Mekah supaya memeluk Islam dengan meninggalkan kerja-kerja syirik. Baginda mengajak supaya bersatu atas asas aqidah tauhid dan kesatuan Islam. Kerana itu ramai kaum masyarakat musyrikin menuduh Baginda pemecah belah masyarakat, perosak perpaduan ummat Arab, penghina segala apa yang telah dilakukan oleh datuk nenek moyang mereka. Kata-kata seperti ini diucapkan oleh salah seorang ketua mereka bernama ‘Utbah bin Rabi’ah. Antara lain beliau menyebut:

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) anak saudara ku, kamu telah membawa satu perkara besar kepada kaum engkau. Engkau telah memecah belah persatuan dan perpaduan mereka, enkau merendah-rendah dan menghina orang-orang baik dikalangan mereka, engkau menghina dan mencaci tuhan-tuhan dan juga agama mereka, engkau mengkafirkan datuk nenek dan bapa-bapa mereka.Wahai Muhammad, dengarlah dari ku, aku menawarkan kepada engkau beberapa perkara semoga engkau memilih dan menerima sebahagian daripadanya.” 

Mendengar tawaran bapa saudaranya, Baginda bertanya, “Apakah tawaran itu wahai bapa saudaraku? Sebutkanlah, aku akan mendengarnya.”

‘Utbah berkata, “Wahai anak saudaraku, sekiranya engkau mahu dengan melalui agama baru yang engkau bawa itu, untuk mendapat harta kekayaan, kami akan himpunkan harta-harta kami daripada hasil pungutan itu. Kami akan beri kepadamu dan kamu akan menjadi orang yang paling kaya dikalangan kami.

“Jika kamu mahukan kemulian atau pangkat, kami akan mengangkat kamu menjadi ketua kami yang paling mulia. Jika kamu hendak menjadi raja, kami akan melantik kamu menjadi raja kami. Jika kamu dirasuk jin dan tiada sesiapa pun yang mampu merawat mu, kami akan mencari tabib dan bomoh untuk kami upah kepada mereka supaya mereka dapat merawat dan menyembuhklan penyakit kamu.”

Setelah selesai ‘Utbah mengemukakan tawaran-tawaran tersebut, Baginda terus membaca awal surah Fusilat dari ayat pertama hingga ayat ke 14; yang antara lain bermaksud :

“Ha mim.Alquran diturunkan dari tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang, kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya untuk faedah kaum yang mahu mengambil tahu dan membawa berita gembira serta memberi amaran buruk, tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya). Mereka tidak mahu mendengar bahkan mereka berkata, hati kami berada dalam tutupan yang menutup apa yang kamu seru kami kepadanya dan telinga kami ada sumbatan. Kemudia diakhirnya Allah menyebut :

Jika kamu berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Aku memberi amaran kepada kamu dengan azab yang dahsyat iaitu petir, seperti petir yang telah menyambar kaum ‘Ad dan kaum Tsamud.”

Dari kisah di atas, jelas bahawa orang kafir musyrikin Mekah menuduh Baginda sebagai menghina agama mereka. Mereka bersikap demikian tidak ada sebab lain kecuali kerana Baginda mahu menyatukan mereka diatas ajaran al-Quran, diatas agama Allah, agama tauhid, agama perpaduan, agama yang menolak kezaliman, kesesatan dan syirik. Jadi perpaduan yang kita mahu, kalau mengikut Islam ialah perpaduan yang diambil daripada Baginda SAW, melalui ajaran al-Quran dan Sunnah, bukan melalui kebangsaan yang sempit dan bukan melalui pemahaman sekular yang sesat.

Isnin, 13 Mei 2013

Antara Ilmu Dan Realiti
























Dalam apa pun yang kita hendak buat kita perlu ada ilmu tentang perkara tersebut. Ilmu menjadi asas-nya. Namun, ilmu sahaja selalunya tidak memadai.

Begitu juga dalam hendak menilai atau hendak mengukur sesuatu perkara, tidak memadai kita mengukur sesuatu itu hanya dengan ilmu atau secara ilmiah semata-mata. Secara ilmiah, hanya akan tercetus ilmul yakin atau keyakinan yang berdasarkan kepada ilmu sahaja. Ilmul yakin masih terdedah kepada berbagai-bagai keraguan dan faktor-faktor yang belum tentu. Mungkin ilmu kita tidak tepat atau tidak cukup atau tidak mengikut dan tidak mengambil kira perubahan yang berlaku atau variasi yang wujud dalam satu-satu hal, perkara atau situasi itu.

Mendasarkan sesuatu kepada ilmu semata-mata tidak semestinya akan menghasilkan kepastian atau ketentuan yang nyata.

Justeru itu, di samping ilmu, kita mesti juga ukur sesuatu perkara itu dengan realiti. Realiti membuahkan kepastian dan ketentuan. Realiti mampu mencetuskan ainul yakin atau yakin yang berdasarkan realiti yang kita lihat yang tentunya lebih kuat dari ilmul yakin.

Contohnya, kita hendak mencipta suatu alat untuk membuat tali. Berdasarkan kepada ilmu dan kepakaran yang ada, mungkin kita akan dapat membuat lakaran teknikal atau technical drawing untuk membuat alat tersebut. Berikutan itu, kita mungkin juga akan dapat membuat alat tersebut di dalam workshop tepat dengan kehendak lakaran teknikal yang kita buat itu. Tetapi sama ada alat tersebut boleh berfungsi seperti mana yang kita kehendaki tidak dapat kita tentukan. Hasil ilmu dan kepakaran kita itu perlu dipastikan dengan ujian-ujian praktikal untuk menentukan ia benar-benar boleh berfungsi. Ujian praktikal ini sebenarnya ialah ukuran realiti. Kalau secara realitinya alat tersebut boleh digunakan untuk membuat tali, maka barulah ia dianggap berjaya. Kalau tidak, pembetulan, ubah suai dan pelarasan perlu dibuat terhadap alat tersebut sehingga segala masalah dapat diatasi. Begitu juga kalau kita mencipta suatu resipi masakan. Memang, kita boleh masak mengikut resipi yang kita cipta itu. Akan tetapi, berjaya atau tidak, sedap atau tidak resipi tersebut perlu ditentukan dengan ujian cita rasa. Kita mesti rasa hasil masakan resipi itu. Baru kita tahu ianya baik atau tidak. Merasa masakan inilah yang dinamakan ukuran berdasarkan realiti seperti dalam peribahasa Inggeris, " the proof of the pudding is in the eating".

Begitulah juga dengan ciptaan kereta, kapal atau pesawat terbang. Setakat mana hebat pun ilmu dan kepakaran yang digunakan, prototaipnya mesti melalui berbagai-bagai ujian realiti sebelum ianya diluluskan untuk kegunaan umum.

Kalau tidak, akan terjadilah apa yang telah berlaku kepada kapal Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik pada pelayaran sulungnya. Kapal yang dikatakan hebat, sink proof (tidak boleh karam) dan termoden itu, nyata pada realitinya adalah kapal yang tidak selamat. Keluli yang digunakan untuk membuat badan kapal itu tidak tahan suhu sejuk. la menjadi rapuh dan mudah pecah apabila terlanggar bongkah ais (ice-berg).

Pernah berlaku di bandar raya Kuala Lumpur, pihak yang merancang pengawalan lalu lintas dengan menggunakan sistem berkomputer terlalu yakin dengan ilmu mereka. Mereka berkata sistem berkomputer mereka cukup canggih tetapi keberkesanannya telah diganggu oleh polis trafik yang mengawal lalu lintas secara manual. Lantas pihak polis trafik menarik semua anggota-anggota kawalan trafik mereka supaya tidak keluar mengawal lalu lintas.

Maka berlakulah huru-hara jalan raya yang terbesar yang pernah dialami oleh bandar raya Kuala Lumpur. Ibarat peri-bahasa Inggeris, " All hell broke loose" . Ramai yang lambat sampai ke pejabat. Ramai yang lambat balik ke rumah dari pejabat. Ramai yang tidak dapat ke masjid, kerana peristiwa itu berlaku pada hari Jumaat. Selepas polis trafik dirayu agar bertugas semula, barulah keadaan menjadi reda dan kembali normal. Inilah kesan buruk menilai sesuatu dengan ilmu semata-mata tanpa diukur dengan realiti.

Perkara ini ada juga relevannya dengan kaedah mentafsir atau memahami ayat-ayat Quran atau Hadis. Kita bawa beberapa contoh.

Firman Allah SWT: Maksudnya: "Berpeganglah kamu pada tali-tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah." (Ali Imran: 103)

Kebanyakan ulama mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Islam. Mereka mentafsirkan, kalau semua orang Islam sama-sama berpegang dan mengamalkan syariat Islam maka mereka akan bersatu padu. Itu ilmunya. Tetapi, realiti yang kita lihat tidak begitu. Ramai orang-orang Islam yang sama-sama sembahyang, berpuasa, berzakat dan pergi menunaikan haji tidak bersatu padu.

Malahan dalam satu masjid pun mereka bergaduh. Masjid dan surau sekarang ini bukan lagi tempat berkasih sayang dan bermasyarakat tetapi telah menjadi tempat pergaduhan, perbalahan, perebutan pengaruh dan jawatan dan pecah belah. Sesama ahli jawatankuasa masjid pun berlaku perbalahan dan rebutan kuasa. Tidak kurang juga umat Islam bergaduh semasa menunaikan haji. Yang bunuh membunuh pun ada.

Tafsiran seperti ini tidak meyakinkan sebab ia bercanggah dengan realiti. Namun ada tafsiran ulama-ulama lain yang lebih meyakinkan dan lebih hampir kepada realiti. Mereka mentafsirkan tali-tali Allah itu bukan setakat syariat Islam tetapi ialah rasa cinta dan rasa takut kepada Allah. Kalau semua umat Islam sama-sama cinta dan takut kepada Allah, maka Allah akan ikat hati-hati mereka dan mereka akan berkasih sayang di antara satu sama lain.

Dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman: Maksudnya:
"Yang paling bertaqwa di kalangan hamba-hamba-Ku ialah ulama." (Al Fathir: 28)

Tetapi kita lihat ini terlalu jauh dari realiti. Ramai ulama yang tidak bertaqwa. Ada yang terang-terangan terlibat dengan maksiat. Ramai yang terpengaruh dan tertambat hati dengan dunia dan kepentingan peribadi. Ramai yang akhlak mereka menjadi tanda tanya. Ramai pula yang menjual ayat-ayat Allah dengan nilai dunia yang sedikit. Lebih hampir kepada realiti kalau istilah "ulama" di dalam ayat ini dimaksudkan kepada "ulama ul amilin" atau ulama yang beramal dengan ilmu mereka dan bukan semua atau sebarang ulama. Ini dikuatkan lagi dengan Hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang wujudnya "ulama` suuk" atau ulama jahat yang kerja mereka ialah merosakkan manusia. Jadi, bukan semua ulama itu bertaqwa.

Rumusannya, kita perlu jadikan realiti itu sebagai satu bentuk ukuran yang patut diguna pakai di mana boleh, dalam kita menilai sesuatu perkara. Ini kerana ia lebih hampir kepada kebenaran. Justeru itu, kita akan lebih yakin dan lebih adil dalam kita membuat penilaian. Penilaian dengan ilmu tidak salah. Tetapi di mana realiti boleh digunakan, kita patut bersandar kepada realiti lebih daripada kita bersandar kepada ilmu semata-mata.

Isnin, 6 Mei 2013

Menutup Tirai PRU-13



Tahniah buat semua yang telah menjalankan tanggungjawab dalam PRU-13. Kempen sudah, mengundi pun sudah. Ikhtiar telah kita jalankan. Ada kebaikan buat kita, in shaa’ ALLAH. Dan ketentuan ALLAH lah mengatasi segalanya.

قدر الله و ما شاء فعل

ALLAH telah mentaqdirkan segala sesuatu dan DIA perbuat apa yang DIA kehendaki.

Pasti ada ibrah dan hikmah besar untuk kita fikiri dan teladani. Syukurlah ada juga berita gembira yang dapat kita dengar. Dan sabarlah walaupun banyak juga berita tak sedap kita dengar. Kerana syukur dan sabar itu sentiasa memberikan kebaikan buat seorang mukmin. Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:

“Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu. Kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)

Episod PRU-13 sudah hampir menutup tirainya. Ayuh kita muhasabah diri kita semua. Saya banyak benda nak muhasabah. Kadang-kadang apabila berlaku benda yang pahit untuk ditelan, ia makin merapatkan diri kita kepada ALLAH, makin mengenali hakikat kehidupan dan makin menguatkan cinta kita kepada Hari Akhirat dan Syurga.

Eratkanlah kembali persaudaraan yang mungkin ada tercalit kebencian sepanjang PRU-13. Jadikanlah diri kita sebagai pendamai dan penyeru kebaikan. Jadikanlah diri kita sebagai muslim yang lebih baik.

ALLAH melihat gembira dan sedih kita. DIA memerhati semua perilaku kita. Malaikat pula mencatit semuanya tanpa cuai. Menang atau kalah ukurannya di Akhirat nanti.

 حسبى الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة الا بالله

Cukuplah bagiku ALLAH sebaik-baik diserahkan semua urusan. Dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan kehendak ALLAH.

 سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لا اله الا انت استغفرك واتوب اليك 

Maha Suci ENGKAU ya ALLAH dan segala pujian buatMU. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ENGKAU. Aku memohon keampunanMU dan aku bertaubat kepadaMU.

Teruskan berjuang sampai berjumpa ALLAH!

kredit - muzir.wordpress.com

Datangnya Pertolongan Allah Saat Kita Sangat Memerlukannya


Berita gembira tentang kemenangan Islam yang meyakinkan kita bahawa hari esok adalah milik agama ini, tidak hanya terbatas kepada teks-teks Al-Quran dan hadis-hadis mutawatir sahaja. Kita juga menemukan fakta-fakta sejarah dan kejadian-kejadian masa lampau yang makin menambah keyakinan dan harapan kita akan masa depan Islam yang cerah, meskipun pada saat ini kita sedang berhadapan dengan pelbagai macam rintangan dan halangan yang sebahagiannya ditebarkan oleh musuh-musuh Islam dari dalam dan luar negeri.

Pertolongan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala datang ketika manusia sangat-sangat memerlukan pertolongan tersebut, ketika mereka merasa kehabisan segala daya upaya mereka dan hanya mengharapkan pertolongan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala semata.

Ketika itu, mereka mengadukan segala nasib mereka dengan sepenuh hati dan kerendahan diri. Saat itulah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengabulkan doa mereka. Ketika itu, mereka mengadukan segala nasib mereka dengan sepenuh hati dan kerendahan diri. Saat itulah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala mengabulkan doa mereka.

Kita menyaksikan hal tersebut di dalam sejarah hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Beliau berlindung di dalam gua, bersembunyi di dalamnya bersama para sahabatnya Abu Bakar r.a. Kaum musyrikin terus mencari mereka berdua hingga sampai ke mulut gua tersebut. Saat itu, Abu Bakar berbisik kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Wahai Rasulullah, kalaulah salah seorang daripada mereka melihat ke bawah kaki mereka, nescaya mereka akan melihat kita!” Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda;

“Wahai Abu Bakar, bagaimana pendapatmu kalau kita berdua, sedang yang ketiga adalah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala?”

Al-Quran mengisahkan bagaimana Allah Subha Nahu Wa Ta’ala menolong Rasul-Nya pada hari itu, dan dengan apa Allah Subha Nahu Wa Ta’ala menolongnya. Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika keduanya berada di dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya, “Jangan kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [At-Taubah: 40]

Kita menyaksikan pertolongan yang sama dalam perang Badar. Saat itu, kaum Muslim dalam jumlah yang jauh lebih sedikit daripada kaum musyrik (kurang darripada sepertiga mereka), lebih sedikit kelengkapannya (kaum Muslim mempunyai dua kuda, sedang kaum musyrik mempunyai seratus kuda), dan lebih sedikit latihan dan persiapan mental mereka untuk terjun ke dalam medan perang, kerana mereka pada asalnya keluar untuk menahan rombongan pedagang, bukan untuk berhadapan dengan pasukan perang yang lengkap bersenjata. Tentang hal tersebut, Al-Quran menceritakan;

“Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi daripada rumahmu dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebahagian daripada orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya, mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahawa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu).” [Al-Anfaal: 5-6]

Meskipun demikian, pertolongan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala terhadap kaum Mukmin datang ketika mereka meminta pertolongan kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, dan Dia mengabulkannya.

“(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.” [Al-Anfaal: 9]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada hari itu berdoa kepada Tuhannya dengan penuh harapan. “Ya Allah, kabulkanlah doa ku.

Ya Allah, jika pasukan ini hancur dikalahkan, nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini setelah hari ini.”

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terus berdoa hingga selendangnya terjatuh dari pundaknya, hingga Abu Bakar r.a. berkata kepada baginda, “Demi Allah! Wahai Rasulullah, Allah pasti akan menolong, Allah pasti akan menolong dan mengabulkan doamu.”

Kekuasaan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala semata-matalah yang mengatur pertempuran itu dari atas tujuh lapis langit. Dialah yang mengatur dan memilih tempat dan waktunya.

“Sekiranya kamu mengadakan persetujuan (untuk menentukan hari pertempuran), pastilah kamu tidak sependapat dalam menentukan hari pertempuran itu. Akan tetapi, (Allah mempertemukan dua pasukan itu) agar Dia melakukan suatu urusan yang mesti dilaksanakan, iaitu agar orang yang binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata (pula). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Al-Anfaal: 42]

Kekuasaan Allah Subha Nahu Wa Ta’alalah yang berada di belakang tangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika baginda melemparkan segenggam debu ke muka kaum musyrik, dan kekuasaan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala pula yang berada di belakang tangan kaum Mukmin ketika mereka memerangi kaum musyrik. Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;

“Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melontar ketika kamu melontar, tetapi Allahlah yang melontar…” [Al-Anfaa: 17]

Di sini, Allah Subha Nahu Wa Ta’ala memberikan anugerah kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan kaum Mukmin dengan memberikan pertolongan kepada mereka dalam perang Badar. Allah Subha Nahu Wa Ta’ala berfirman;

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu (ketika itu) adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu, bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuri-Nya.” [Ali Imran: 123]

kredit: halaqahmuntijah

Kemenangan Adalah Milik Allah


Menang dengan bergaya, atau menipu sampai berjaya. Kalah dengan mulia, pendam seribu duka. Semuanya berlaku di atas qudrat dan iradat Allah SWT. Perhitungan dan formula Allah tak tercapai oleh akal manusia. Usah ditanya mengapa ditakdirkan Allah begitu begini. Ikhtiar diberikan kepada makhluk, tadbir urusan Sang Khaliq, Teruskan ikhtiar, kemenangan hakiki terletak di negeri abadi. Hanya bersama Allah ia boleh dikecapi. 

Kemenangan adalah milik Allah. Jika Dia belum mahu memberikannya kepada kita, maka kita takkan pernah memperolehnya. Kita selalu tertipu. Merasakan bahawa kemenangan itu milik kita, hak kita, bahawa dengan segala amal dan usaha yang kita lakukan, kita pasti menang. Sehinggakan kita terkeliru, tersilau mata. Memfokuskan kepada kemenangan, bukan pada amal dakwah yang berterusan.

Kita harus memahami realiti dakwah. Ia bersifat Robbani. Kita menyeru manusia kepada Allah, menegakkan hukum-hukum Allah. Dakwah ini bukan milik kita, ia adalah amanah. Amanah yang wajib kita sandarkan kepada-Nya. Apabila Dia menentukan bahawa sudah tiba masanya kita menang, maka pasti tidak ada yang dapat menghalang. Jika masih belum nampak bibit-bibit kemenangan, kita harus terus beramal dan berjihad tanpa sedikitpun meragui akan kehendak Allah.

Maka kemenangan, adalah sebuah anugerah Allah. Apabila Allah memberikannya kepada kita, itu bererti sudah selayaknya kita memperolehnya. Jika belum, ertinya kita belum layak memperolehnya. Boleh jadi kesediaan kita belum cukup untuk menggalas segala amanah-amanah pasca kemenangan tersebut. Maka masa, bukanlah sebuah indikator sesebuah kemenangan. Sekalipun sebuah perjuangan itu memakan masa puluhan tahun, bahkan ratusan tahun, belum menjadi penguat bahawa kita harus menang kerana ia adalah sebuah ketentuan Allah!

Kita tahu bahawa kita bukan pemula sebuah perjuangan menegakkan agama Allah. Kita adalah penerus kepada tali-tali rantainya. Dan hujungnya belum tentu kita. Kita mungkin akan bisa merasa kemenangan tersebut, atau kita mungkin mati sebelum tertegak agama ini di seluruh pelusuk bumi. Apa yang paling penting, kita mengambil posisi penerus dakwah yang tidak kenal henti berjuang dan tidak menggantungkan usaha kepada hasil.

Taujih Robbani itu selalu menyeru kita agar ikhlas dalam perjuangan. Tidak merasa besar dengan amal kita, tidak menggantungkan kekuatan pada jumlah kita. Lihat sahaja dalam kisah perang Hunain ketika Umat Islam itu ramai, namun Allah memberikan pelajaran dengan menangguhkan kemenangan untuk Umat Islam. Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu diwaktu kamu menjadi bongkak karana banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai." [At-Taubah: 25]

Sudah tiba masanya kita tidak bermain-main dalam melaksanakan dakwah kerana Allah. Ketika Allah memilih kita untuk diberikan nikmat besar ini, janganlah kita mengabaikan dan menolaknya lalu menjadikannya sebagai tugas sampingan. Takut-takut apabila sampai masa kemenangan, kita tidak berada bersama-sama dalam angkatan yang memperjuangkannya.

Bersyukurlah, apabila Allah terus memberikan kesempatan dan ruang untuk kita beramal. Jangan dirisaukan akan kemenangan dan jangan dijadikan ia pelemah kepada amal, kerana KEMENANGAN ADALAH MILIK ALLAH!

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat". [An-Nasr: 1-3]

Kemenangan besar yang kita semua inginkan adalah kita mati dalam keadaan Allah meredhai kita, bahkan lebih istimewa kita gugur ketika sedang melaksanakan tugas-tugas dakwah.

Wallahua'lam.

Ahad, 5 Mei 2013

Jangan Jadi Pemuja Dunia
























Di dunia yang serba ada dan dilengkapi dengan keindahan serta harapan yang menggunung sentiasa membuatkan kita terlupa bahawa... "Dunia hanyalah perhiasan yang sementara sahaja". 

Jangan jadi pemuja Dunia.. Jangan jadi insan yang mencintai Dunia lebih daripada cinta kepada Allah.. Ingatlah akan kematian yang tidak diketahui bila ketibaannya..

Wahai Umat Islam.. Jangan sekali - kali terpedaya dengan kegiatan yang mendatangkan dosa dan maksiat. Jangan sekali - kali menjadi mangsa fesyen yang semakin membuka aurat..

Jangan sekali - kali menjadi manusia yang tamak menginginkan benda yang lebih canggih sedangkan diri sudah mempunyai benda yang sama..

Ingatlah hanya kepadaNya lah kita kembali maka usahakanlah dengan bersungguh - sungguh untuk menyempurnakan kehidupanmu di sana nanti.

"Jangan sekali - kali kamu terpedaya oleh kegiatan orang - orang kafir (yang bergerak) di seluruh negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat kembali mereka ialah neraka Jahanam. (Jahanam) itu seburuk - buruk tempat tinggal" (Ali imran, 196 - 197)

Manusia itu dalam bahaya. Jika tidak mahu berfikir dan memandang dunia dengan mata hati, maka amat rugila hidupnya. Bersama-samalah beramal untuk akhirat. Jangan jadi pemuja dunia semata. Dunia itu adalah kesenangan yang sedikit berbanding akhirat seperti dalam al-quran ada dinyatakan:

ٱللَّهُ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُ‌ۚ وَفَرِحُواْ بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا مَتَـٰعٌ۬
Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu (berbanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)". (surah Ar-Ra'd: 26)

Sabtu, 4 Mei 2013

Seruan Murshid Menjelang PRU 13



























Para muslimin muslimat, kami dari persatuan MURSHID menyeru umat Islam memainkan peranan kalian untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini..

Jangan jadi bak setitis air yang berkata, jika tiada aku tak mengapa , laut tetap ada .. Bayangkan jika setiap titisan air mengatakan hal yang sama.. Jangan jadi seperti sebutir pasir yang berkata tanpa aku pun pantai tetap ada..

Bayangkan jika setiap butiran pasir mengasingkan diri dgn anggapan aku tak penting.. Masakan akan terjadi sebuah pantai.. Maka gitulah dirimu saudara!

Maralah.. Demi masa depan yang gemilang untuk anak bangsa .. Demi agama, bangsa dan negara ..

 Ustaz Zahazan Mohamed

Penyelesaian Matematik R.A.H.M.A.N...



Penyelesaian Matematik R.A.H.M.A.N...

R = huruf ke 18
A = huruf pertama
H = huruf ke 8
M = huruf ke 13
A = huruf ke 1
N = huruf ke 14
Jumlah 55 (tahun)

5hb 5 tak lama lagi.. SPR dah pilih tarikh itu utk mengundi. Just sharing pesanan seorg ustaz, Al-Quran surah ke 5, ayat ke 55. Ini adalah surah Al-Maidah dan ayat ke 55 ini bermaksud:

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." sambung sedikit ayat ke 56, bermaksud: "Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah TETAP MENANG."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...