Ukhwah Islamiyyah

Sabtu, 30 Julai 2011

4 Kasih Sayang Allah SWT Zahirkan Pada Orang Mukmin Di Bulan Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم


http://up.foraten.net/uploads/2787928a44.jpg

1-Allah SWT anugerahkan rasa rindu dan cinta pada bulan Ramadhan untuk orang mukmin yang terpilih.

2- Allah SWT mendekatkan orang mukmin yang berada jauh daripada Allah SWT diluar bulan Ramadhan.

3- Allah SWT menunaikan permintaan orang yang melakukan perkara haram diluar bulan Ramadhan tetapi bertaubat di bulan Ramadhan.

4- Allah SWT menunjukkan jalan Taubat atau jalan kebaikkan kepada mereka yang melakukan kejahatan diluar bulan Ramadhan ( Dengan kehendak dan pilihan Allah SWT ).

وما انصرف شهر رمضان عن عبدٍ صالحٍ قام بحقه وقدره إلاّ كان انصرافه في قلبه حزاناً شوقاً وحنيناً لا يعلمه إلا الله عز وجل .
كم دخله بعيد من الله فقربه الله .؟
كم دخله محروم فأعطاه الله .؟
كم دخله مسيئ فتاب عليه الله .؟

Rujukan:

http://www.zagazig.net/forum/f72-3.html

Khamis, 28 Julai 2011

Persediaan Menyambut Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم


Saudara dan saudari yang mulia, saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah, Assalamu 'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh, sebagai ingatan bersama Ramadhan bulan TARBIYYAH berbaki 3 hari lagi.

Kita berada pada hari-hari terakhir bulan Syaaban. Dalam sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat - Ramadhan 1432 Hijriah. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa:

‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’
(Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:

Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).
( HR. Ahmad)

Sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang Ramadhan. Antara yang lain ialah:

1) Persediaan ilmu agama.

Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima malahan mendapat dosa. Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau melayari internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.

2) Persediaan kesihatan.

Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan solat sunat tarawih, qiamullail , membaca al –Quran, iktikaf dan sebagainya.

Penjagaan kesihatan ini termasuklah menjaga pemakanan yang seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti tabiat merokok.

3) Persediaan dari sudut kewangan.

Di antara amalan yang begitu mulia dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a:

“Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.”
(HR. Bukhari)

Mereka yang jarang-jarang bersedekah dikhuatiri tidak memanfaatkan peluang memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan. Sebagai persediaan, kita disarankan agar mula berjinak-jinak dengan amalan bersedekah. Mungkin ia boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil atau menderma di tabung-tabung masjid dan surau. Mudah-mudahan lama kelamaan sifit kikir dan bakhil itu dapat dibuang secara beransur-ansur.

Bagi mendapat kelebihan bulan Ramadhan , kita juga harus menangguhkan sedekah pada bulan-bulan lain semata-mata untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti orang fakir miskin yang memerlukan dan orang dalam keadaan susah dan berhutang.

4) Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.

Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika diwar-warkan. Contoh mudah, bagaimanakah perasaan kita di saat diwar-warkan sesuatu sambutan yang besar, seperti Piala Dunia Bola Sepak. Pada ketika itu seluruh saluran media hebat membuat promosi. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia ternanti-nanti dan merasai bahang temasya tersebut. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa dan seluruh umat Islam.

Di kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran tuturkata, perbuatan dan tingkahlaku serta penulisan-penulisan di dalam blog saya mahupun di laman-laman sosial. Yang korek itu kendi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, semoga kita semua memperolehi keredhaanNya, mendapat kebaikan dan keuntungan di dunia dan di akhirat, ameen.

"Berikanlah kami peluang mengutip kuntum-kuntum pahala yang mekar mewangi di Ramadhan-Mu, wahai Maha Pengasih. Jambangannya menghiasi Malaysia Baru dengan pemimpin dan rakyat bertakwa, satu masa.
Teduhan dan bekalan kami untuk ke syurga-Mu"

Jiwa Hamba

Isnin, 25 Julai 2011

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 24 Julai 2011 di Masjid Shah Alam, Selangor

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah, hujung minggu yang penuh barakah ini, Tuhan telah pilih kita untuk bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam. Semoga Allah pelihara ustaz untuk pertemuan seterusnya... sudah nampak kemenangan ISLAM makin hampir!!! Semoga Allah panjangkn umur Ustaz Azhar Idrus..


Berikut adalah foto suasana semasa ceramah Ustaz Azhar Idrus (Ulama Qias terhebat pada zaman ini). Ada seorang ulama memuji Ustaz Azhar Idrus kerana dakwah kontemporarinya serta qias Ustaz Azhar Idrus ini amat sesuai didengari orang muda. Malah, Ustaz Azhar Idrus layak digelar 'Ulama Qias' yang terhebat di dalam zamannya walaupun Ustaz Azhar tidak mengaku dirinya ulama dan hanya naqol dari kitab sahaja. Memang sangat berbeza kerana pada zaman sekarang, semua sibuk mengaku diri sebagai ulama walaupun baru keluar universiti.


Ustaz Azhar Idrus lebih terkenal di Selangor berbanding Terengganu. Biasanya ulama hanya terkenal di luar kampung halamannya berbanding kampungnya sendiri.Gambar di Masjid Shah Alam pada 24/7/11 kuliah maghrib. Ini bukan super impose ye.. agak hangat lagi bila ustaz masukkan sikit hal politik. Suasana hening seketika dengan tangisan syahdu bila mendengar Ustaz Azhar berceramah
Suasana begini jarang berlaku, polis trafik terpaksa turun gara-gara kesesakan yang melebihi 10 ribu orang. Jumlah yang hadir lebih ramai dari yang hadir ketika lawatan Dr Yusuf Al-Qardhawi. Ini adalah pertama kali Masjid Shah Alam dipenuhi masyarakat. Malah, yang membezakan lawatan Dr Yusuf Qardhawi dengan Ceramah Ustaz Azhar Idrus ialah... kehadiran rakyat biasa, di mana dalam lawatan Syeikh Yusuf Qardhawi hanya dihadiri oleh pelajar pondok, pelajar kolej jurusan islam dan mereka yang dalam ahli bidang agama.
ramai hamba Allah sanggup 'burn' tiket konsert LOUDNESS LIVE bersama AMY SEARCH di KL Live Center Jalan Sultan Ismail, gara-gara ingin mendengar kuliah ceramah agama dari Ustaz Azhar. Malah, berduyun-duyun Mat rempit singgah di Masjid Shah Alam. Alhamdulillah
Masjid Shah Alam melakarkan sejarah baru bila dihadiri oleh Mat Rempit dan Mat Lepak yang memenuhi masjid.
agak laris juga jualan kopiah di area shah alam, sebab mat rempit sibuk mencari kopiah. Baju pun 'gaya bebas' sebab salah seorg yang ditanya menjawab, "baru tahu ada ceramah, tak sempat balik rumah nanti terlepas kuliah"'. Ustaz Azhar Idrus berjaya menarik perhatian org muda untuk mengimarahkan masjid.
Berebut-rebut orang ingin berslaman dan berpelukan dengan Syeikh kita ini.
Biodata
Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Blog rasmi: http://ustazazhar.net/v01/
Facebook rasmi: http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Sabtu, 23 Julai 2011

7 Ciri-ciri hati mukmin yang sihat

سم الله الرحمن الرحيم

http://4.bp.blogspot.com/_NDN99H71wck/SUyjQwP6YMI/AAAAAAAAAH8/Ym1vkc0ko6U/s400/mohd-durrah.jpg
Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.
Kedua :
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.
Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT
Keempat :
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima:

Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:

Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh:

Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.

Empat jenis racun hati
Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua:Berlebihan dalam memandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Keempat: Berlebihan dalam bergaul
Wallahu'alam.
Rujukan :

DIMANA KEKUATAN ISLAM YANG HILANG

سم الله الرحمن الرحيم



Menurut Saidina Umar
"Kami adalah kaum yang mulia dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemuliaan selain dari Islam, maka dia akan mendapat kehinaan di sisi oleh Allah"

Sayyid Qutb menjelaskan bahawa
"Faktor penting kepada kebangkitan agama Islam ialah Roh Al-Islam (The Spirit of Islam). Roh inilah yang mencetuskan kekuatan dalam diri seseorang mukmin. Seluruh hati nurani, akal budi diresapi dan dibentuk oleh ajaran Ilahi.. dan seluruh tindak tanduknya itu dikendalikan oleh iman dan taqwa hanya kepada Allah.."
Sebagai ummat Nabi Muhammad saw kita mestilah sayang kepada Rasulullah saw..bukan seperti Abu Jahal, Abu Lahab, dan Abu Talib yang sayang kepada Rasulullah saw di saat baginda dilahirkan di atas muka bumi ini..tetapi kita mestilah sayang kenapa Rasulullah saw dengan mengikut segala suruhan Nabi Muhammad saw, memperjuangkan apa yang dibawa oleh baginda dan ikhlas melakukan semuanya hanya kerana Allah..

Jumaat, 22 Julai 2011

Pertandingan Seni Khat Kebangsaan 2011

سم الله الرحمن الرحيم







































karya siap jiwa hamba


















































































































peserta pertandingan




























AYAT UNTUK KARYA SIAP : LUKISAN KALIGRAFI ADAPTASI BEBAS

Umur : 19 tahun keatas
Bahan : Bebas / campuran
Jenis Khat : Thuluth / Diwani / Kufi / Nasakh
Media Tulisan : Bebas / campuran
Design : Mengikut kreativiti (motif melayu diutamakan)
Warna : Yang sesuai
Saiz Karya : Tidak kurang 2’ x 3’ (60 cm x 90 cm)
Ayat : Sila pilih salah satu

Rabu, 20 Julai 2011

Jika Dahulu Ramadhan Aku Sia-Siakan..

سم الله الرحمن الرحيم


Marhaban Ya Ramadhan!

Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.

Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah mengecewakan Mu, Ya Allah. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.

Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!

Jika ada antara yang bukan Islam bertanyaku, 'Tidak lapar kah kamu semua berpuasa selama 30 hari? Kalau aku di tempat engkau, sudah tentu aku tidak dapat memenuhi tuntutan puasa tersebut'.

Maka aku selalu nyatakan pada mereka bahawa, 'aku berpuasa bukanlah bermakna aku sedang kebuluran. Sedangkan di setiap pelusuk dunia masih ramai yang tidak menemui makanan dan minuman. Adakalanya berhari-hari mereka kelaparan namun mereka tetap cuba untuk hidup sehingga sisa-sisa nafas yang terakhir. Aku berpuasa demi mengingati Allah dan ciptaan Allah yang ditakdirkan kekurangan serba-serbi dalam kehidupan, di malam hari aku beribadah memuji Allah kerana aku bersyukur, ditakdirkan hidup dalam golongan manusia yang sederhana. Masih mampu meraih nasi dan lauk pauk. Masih mampu meneguk air berwarna warni lengkap berais. Tapi mereka? Ada yang sekadar meneguk air lumpur. Ada yang menangis, meneguk air longkang. Mengapa tidak kita yang serba cukup ini masih tidak bersyukur?'

Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:

Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!

Masya-Allah, Saidina Ali sahabat Baginda S.A.W yang dijamin syurga pun merasakan dirinya mempunyai bekalan amalan yang sedikit, inikan lagi kita yang nyata-nyata sering melakukan dosa besar dan kecil kepada Allah S.W.T? Sekali lagi hati ini bertukar sayu dan hiba. Aku mungkin bijak menyatakan kepada mereka tentang fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi aku sendiri masih banyak melakukan dosa yang sedar dan tidak di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sedangkan aku tahu aku tidak semulia Saidina Ali. Ampunkanlah dosaku Ya Allah!

Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.

Firman Allah ta'ala yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." [Ali-Imran:185]

Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.

Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)." [Al-Saf : 10-11]

**

Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan ini lah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.

1)Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]

2)Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]

Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.

3)Sabda rasulullah SAW tentang kebaikan Ramadhan lagi:

"Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]

Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W bahawa Baginda pernah bercerita kepada sahabat-sahabat Baginda, mengenai perihal syurga Rayyan, iaitu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang ikhlas berpuasa,

4)Sabda Rasulullah SAW mengenai Syurga Rayyan:

"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu di namakan Ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari qiamat mereka yang berpuasa , tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Di katakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu." [HR Al-Bukhari]

Baginda S.A.W juga pernah menyatakan bahawa bukan sahaja pintu syurga Rayyan yang akan dibuka malah semua pintu-pintu syurga akan memperlihatkan isinya( terbuka) dan pintu-pintu neraka akan tertutup selama sebulan.

5)Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan di gari." [HR Al-Bukhari]

Apabila membaca hadis ini, aku sering berasa lega. Alhamdulillah, tiada syaitan yang akan menganggu ibadahku ketika bulan Ramadhan, sudah pasti ibadah ku akan menjadi tip-top dan sempurna! Tetapi aku sering lupa bahawa hawa nafsu itu masih ada dalam diri. Aku berazam, Ramadhan kali ini aku akan tundukkan hawa nafsuku agar ia patuh menunaikan arahan dan perintah Allah S.W.T.

Di akhir Ramadhan, Allah kurniakan pula satu malam yang tiada tandingannya dengan malam-malam yang lain. Benar bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Seboleh-bolehnya Dia menciptakan hari dan bulan untuk manusia-manusia bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa. Jika Allah itu zalim, sudah tentu Dia tidak akan menciptakan penghulu keindahan Ramadhan ini yakni malam lailatul qadar dipengakhir Ramadhan! Pepatah inggeris mengatakan, Save The Best for The Last.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]

6)Rasulullah juga turut bersabda mengenai keistimewaan Lailatul Qadar:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah telah fardukan ke atas kamu puasa ramadhan, di buka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan di tutup pintu-pintu neraka Jahim, di ikat syaitan-syaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang di haramkan dari kebaikannya, maka ia di haramkan dari segala kebaikan." [Hadith sohih-Riwayat al-Nasa'i]

Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan. Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin

- Artikel iluvislam.com

Jumaat, 15 Julai 2011

Ahlan Ya Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم



Hari ini ialah hari Jumaat, 15 Julai 2011 bersamaan 13 Syaaban 1432. Enam belas hari lagi kita akan bertemu dengan 1 Ogos 2011, bersamaan 1 Ramadan 1432. Doa kita kepada Allah SWT untuk sampai ke bulan Ramadan sentiasa kita ucapkan tanpa henti. Semoga doa kita dikabulkanNya, insyaAllah!

Kita begitu merindui bulan Ramadan! Kenapa kita begitu menanti-nantikan kedatangannya? Seolah-olah menunggu seorang kekasih yang begitu seronok dengan kedatangannya dan begitu sedih dengan pemergiannya…

Kita menanti kedatanganmu ya Ramadan kerana bulanmu penuh barakah... Bulanmu merupakan bulan kita berpesta beramal. Sesiapa yang membiarkan bulanmu berlalu tanpa berpesta beramal, maka teramat rugilah dia…

Kita begitu mengejar dividen Bank Rakyat yang memberikan pulangan 15% saban tahun. Tidak kurang juga kita mencarum ke dalam TH kerana pulangannya 5-6% setahun dan terus ditolak zakat. Nyatakan apa saja pelaburan yang halal, pasti kita akan melaburnya. Kita tidak mahu tertinggal dalam pelaburan duniawi!

Kita juga tidak mahu tertinggal dalam pelaburan ukhrawi! Alangkah malangnya si dia, jika dia hanya membuat pelaburan di dunia semata-mata. Dia hanya menimbunkan harta kekayaan di sebelah sini tetapi destinasinya yang di sebelah sana tiada apa himpunan bekalan!

Rumah batu besar dibina tersergam indah di sebelah sini. Siap dengan puluhan bilik dan beberapa bilik air. Dihiasi pula dengan lorekan kayu atau hasil kerja tangan pengukir tersohor. Berapa puluhan tahun, tuan punya rumah dapat menghayati kecantikan rumahnya di sini? Jika dia membinanya selepas pencen, mungkin 20 hingga 30 tahun lagi. Selepas itu, rumah mahligai indah akan ditinggalkan!

Adakah sebuah lagi mahligai indah akan menantinya di sebelah sana atau hanya satu lubang dari lubang-lubang neraka yang menjadi kediamannya untuk selama-lamanya?

Jualan murah di bulan Ramadan melampaui jualan-jualan murah yang ditaja oleh manusia. Rahmat Allah mengalir turun sederas-derasnya untuk kita semua kecapi. Seorang yang cerdik akalnya tidak sekali-kali melepaskan peluang keemasan ini. Tahun depan belum tentu lagi kita dapat menemuinya!

Marilah kita tanamkan azam yang tinggi untuk melakukan solat sunat banyak-banyak disamping solat fardhu. Solat sunat terawih, solat sunat tahajud, solat sunat hajat, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat sunat taubat, solat sunat witir dan bermacam-macam solat sunat lagi kita akan cuba laksanakan sepanjang bulan Ramadan.

Kita juga berazam untuk melaksanakan puasa yang terbaik yang pernah kita lakukan!

Kita juga berjanji akan mengeluarkan sedekah bagai air yang mengalir di bulan yang diberkati ini. Kita akan memanggil mereka untuk beriftar di rumah kita atau setidak-tidaknya, kita akan memberi sumbangan kepada masjid atau surau yang melaksanakan iftar.

Kita juga bersemangat tinggi untuk mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang bulan Ramadan ini.

Kita juga akan mencuba untuk banyak berqiamul-lail di masjid. Kita juga berazam untuk berzikir dengan zikir-zikir yang ma’thur sepanjang Ramadan ini.

“Ya Allah, Berkatilah Rejab dan Syaaban dan Sampaikan Daku ke Bulan Ramadan”… Amin! Ya Rabbil ‘Alamin!

Penutup: Hentikan kegagalan Ramadhan-Ramadhan yang lalu

Satu kesilapan ramai orang adalah, tidak bersedia untuk Ramadhan. 1hb Ramadhan baru hendak mula mendisiplinkan diri melakukan kebaikan. 1hb Ramadhan baru hendak mula beramal banyak. Inilah yang menyebabkan akhirnya kita lihat, minggu pertama Ramadhan meriah, namun bila masuk minggu kedua dan ketiga, hambar.

Minggu pertama Solat Tarawih di Masjid penuh. Masuk minggu kedua, perlahan-lahan bilangan tiang melebihi bilangan orang. Minggu pertama, sehari membaca satu juz Al-Quran. Tetapi masuk minggu kedua, semput, hanya membaca beberapa helai sahaja. Minggu pertama mampu menjaga mata dari perkara-perkara yang tidak syara’, namun masuk minggu kedua, maksiat-maksiat sudah tidak dapat dijaga lagi.

Beginilah resam kebanyakan orang sebelum-sebelum ini. Punca? Puncanya adalah ketiadaan stamina untuk menggenggam Ramadhan sebaik mungkin. Maka terlepaslah segala kebaikan yang wujud di dalam Ramadhan, dan jadilah kita orang-orang yang rugi. Sedangkan, Ramadhan yang akan datang belum tentu kita dapat lagi.

Maka jangan kita ulang tradisi ini.

Mari. Bermula Rejab ini kita berusaha. Agar kalau Allah berikan kita rezeki sampai kepada Ramadhan tahun ini, kita mampu mengisinya dengan kebaikan. 30 hari sebulan itu, 4 minggu sebulan itu, 7 hari seminggu itu, 24 jam sehari itu, 60 minit sejam itu, 60 saat seminit itu, mampu kita isi semuanya dengan kebaikan bagi menggapai keredhaan Allah SWT, dan menjadikan kita hambaNya yang lebih baik.

penutup oleh: © Langitilahi.com

Khamis, 14 Julai 2011

Pemimpin Islam Harus Menghormati Hak Bersuara Rakyat Jelata

سم الله الرحمن الرحيم



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam Islam seorang yang telah dipilih menjadi pemimpin perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Pemimpin perlu mendengar rintihan, kesusahan dan permohonan daripada suara dan kehendak rakyat. Pemimpin tidak boleh bersikap berat sebelah atau tidak adil di dalam menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh rakyat. Pemimpin tidak boleh mengutamakan kroni atau ahli keluarganya sahaja di dalam mengagihkan projek atau kekayaan negara kerana sesiapa dikalangan rakyat yang berkemampuan dan berkelayakkan perlu diberikan hak-haknya.

Beberapa ciri-ciri penting kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin (rakyat) terikat kesetiaan kepada Allah.

2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan negara bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok/parti tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.

3. Berpegang pada syariat dan akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan rakyat dan dengan negara lain.

4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah SWT yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Quran memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah SWT dan menunjukkan sikap baik kepada rakyatnya sebagaimana Firman Allah SWT:

“Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Quran memerintahkan agar kaum muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam. Pemimpin Islam juga mesti menyelesaikan pelbagai perbezaan pendapat atau pengaduan orang ramai. Hak rakyat untuk bersuara dan menyatakan pandangan atau menegur pemimpin perlulah di ambil perhatian. Pemimpin tidak boleh bersilap kasar dan keras (tidak kena tempat) dengan memaksa rakyat dengan kekerasan (memaksa rakyat dengan keputusannya). Pemimpin Islam tidak boleh hanya melaungkan selogan-selogan kosong untuk mengutamakan rakyat tetapi apabila berlaku perbezaan pendapat dengan rakyat mengambil sikap tidak mahu bertolak ansur.

Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah SAW sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Dalam hadis yang lain daripada Ummu Salamah r.ha Isteri Rasulullah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari, maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”.
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).

Rakyat tidak harus dihukum dan ditangkap oleh penguat-kuasa undang-undang hanya kerana mereka menyatakan cadangan dan pandangan yang bernas untuk memulihkan keadilan atau membetulkan penyelewengan pemimpin, kerana apabila hati rakyat telah terluka maka akibatnya pemimpin tidak akan dihormati dan rakyat akan memilik pemimpin lain yang lebih berwibawa, adil dan bertolak ansur.

Sahabat yang dimuliakan,
Tujuan memilih pemimpin adalah supaya ada yang mengatur setiap urusan, dan ada yang bertangungjawab dan membela sesuatu keperluan sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : "Pemimpin itu adalah perisai memerangi musuh rakyatnya dan melindungi mereka. Jika pemimpin itu mengajak rakyatnya kepada ketakwaan kepada Allah dan bersikap adil maka pemimpin itu bermanfaat bagi rakyat, tetapi jika dia memerintahkan selain itu maka pemimpin itu merupakan musibah bagi rakyatnya"
( Hadis Riawyat Muslim ).

Tidak semua orang berhak memimpin sebab kepemimpinan itu meupakan amanah dan tanggungjawab. Auf bin Malik menceritakan bahwa Rasulullah bersabda : “ Aku khabarkan kepadamu tentang pemimpin “. Auf berkata : Apa itu ya Rsulullah? Nabi menjawab : “ Kedudukan itu nanti merupakan sesuatu yang dapat membuat engkau hina. Kedua, kedudukan itu nanti akan memberikan penyesalan. Ketiga, kedudukan itu akan menjadi penyebab seksaan di hari akhirat, kecuali jika orang yang mendapat kedudukan itu dapat bersikap adil, tetapi bagaimana mungkin seseorang itu dapat berlaku adil dengan kaum kerabatnya ( Hadis Riwayat Bazar, dan Thabrani )

Perlu difahami dan dingatkan bahawa pemimpin Islam yang bertanggungjawab bukan hanya kepada para pengikutnya atau partinya sahaja, malah apa yang lebih penting ialah dia bertanggungjawab kepada Allah SWT di akhirat nanti!

Sebagai kesimpulannya, di dalam pencarian model pemimpin dan kepimpinan Islam, empat elemen yang perlu ada iaitu intelek, rohani, jasmani dan emosi hendaklah diperkukuhkan dan dimantapkan.

Keempat-empat elemen ini perlu saling lengkap-melengkapi di dalam pembentukan karakter dan jati diri pemimpin yang unggul. Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan hikmah merupakan transformer penganjak yang mesti diaktifkan dan dipastikan terus mengaliri urat nadi kepimpinan umat masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan secara keseluruhannya.

Sahabat yang dikasihi,
Ingatlah bahawa sesungguhnya generasi hari ini penentu kejayaan generasi mendatang. Pemimpin yang diredai Allah SWT ada pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh supaya syariat Allah SWT berjalan dalam pemerentahannya ataupun dia berusaha kearah perlaksanaannya secara beransur-ansur. Pemimpin yang dibenci Allah SWT adalah pemimpin yang memusuhi para alim ulama, tidak ada usaha bersungguh-sungguh menegakkan kalimah Allah dan menzalimi rakyat yang tidak berdosa dan menafikan hak-hak kebajikan dan keperluan asasi yang perlu dimiliki oleh mereka.

Bersih 2.0

سم الله الرحمن الرحيم


Ada orang suruh saya post tentang bersih 2.0.. kalau menurut saya sudah bersih 2.0 jom kita buat bersih 5.0 plak.















Menurut saya orang yang komen tentang bersih 2.0 terlalu emosi apakata korang buat dulu bersih 5.0 sebelum melancarkan bersih 3.0. :)

Isnin, 11 Julai 2011

Hitam Putih - Muhasabah Bersama

سم الله الرحمن الرحيم


Jangan bangga sangat dengan PAKAIAN YANG CANTIK DAN MAHAL, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah KAIN KAPAN

Jangan bangga dan action sangat dengan KENDERAAN YANG MEWAH, kerana kenderaan terakhir kita adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA

Jangan terlalu seronok dengan tempat TIDUR YANG EMPUK, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di LIANG LAHAD.

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana, Kita kena ingat, rumah terakhit kita adalah KUBUR BERTIANG DUA

Jangan terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat GELARAN AL-MARHUM.

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang KACAK atau CANTIK, kerana bila kita mati nanti, wajah itu berubah menjadi TENGKORAK

Dipetik dari Majalah solusi isu no 25
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...