Ukhwah Islamiyyah

Memaparkan catatan dengan label email. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label email. Papar semua catatan

Selasa, 24 Januari 2012

Renungan Hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk : Kenapa kita cepat melatah/ mudah marah/ sensitif bila dikritik?

Rata-rata manusia mengakui tiada yang sempurna, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, tiada yang terlepas dari salah dan silap. Namun realitinya, kebanyakan manusia memang sukar menerima/mengakui kesilapan sendiri. Inilah satu penyakit yang berlaku di kalangan kebanyakan manusia; iaitu penyakit “Merasakan diri sentiasa benar”.

Apabila ditegur kita telah melakukan kesilapan, ‘perkara ini salah’, ‘jangan buat begini’ lazimnya kita terus menjawab tanpa terlebih dahulu kita mendengar dan meneliti teguran yang disampaikan. Lazim timbul perasaan kurang senang dalam diri akan teguran tersebut. Apatah lagi jika teguran itu berkaitan dengan amalan yang telah sebati kita lakukan atau teguran itu terkena pada guru kita atau fahaman yang kita pegang. Bersabda Nabi saw:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ خَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ

“Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat.”
(Hadits hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad.)


Mengapa kita cepat melenting bila ditegur? Mengapa kita terlalu sensitif dalam membincangkan isu-isu yang ditegur? Mengapa kita cepat berang hingga akhirnya menimbulkan permusuhan/bermasam muka sesama kita?

Kita sedar ilmu manusia itu serba kekurangan, boleh berlaku kesilapan. Percaturan manusia ada ketikanya benar, ada ketika tersasar. Hanya Rasulullah saw yang maksum. Namun realitinya kita bersikap seolah-olah kita sentiasa benar. Teguran yang diberikan, hujah yang disampaikan hanya didengar sebelah telinga tanpa kita perhatikan mesej yang cuba disampaikan…apakah ia benar atau tidak? Tanpa kita cuba menilai terlebih dahulu kebenaran sesuatu teguran, kita terus membangkang dan terus membangkang, membantah dan terus membantah berdasarkan kefahaman dan emosi kita tanpa kita cuba menimbangkan pro dan kontra teguran tersebut. Cuba kita hayati pesanan Rasulullah di bawah:

قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّحُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً؟ قَالَ: إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقُّ وَغَمْطُ النَّاسِ.

"Seorang lelaki bertanya (Rasulullah saw.): “Bagaimana seorang yang suka memakai baju dan kasut (yang) baik ? Beliau menjawab: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan suka meremehkan orang lain.”
(Riwayat Muslim)

Mengakui kesilapan dan berusaha memperbaiki kesilapan adalah sifat yang mulia. Ia tidak merendahkan darjat. Ia tidak menjatuhkan air muka. Malah ia mencerminkan akhlak yang mulia bahawa manusia itu sememangnya makhluk yang lemah serba kekurangan, tidak sunyi dari kesilapan namun disebalik kekurangan dan kelemahan itu, ia berusaha memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik. Setiap masa setiap ketika ia belajar dari kegagalan, belajar dari kesilapan.

Tak salah merasa yakin kita di pihak yang benar jika sememangnya kita di pihak yang benar, sememangnya wajar kita mempertahankan kebenaran tersebut walau masyarakat sekeliling mengatakan kita salah. Namun bagaimana jika kita di pihak yang salah tapi kita merasakan kita benar?

Jika yang diperselisihkan itu berkaitan dengan urusan agama, maka berpeganglah pada apa yang bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul saw yang shahih. Pastikan setiap keyakinan kita, amalan ibadah kita benar-benar secocok dengan maksud Al-Quran dan pengamalan Rasulullah saw. Al-Quran itu selamanya tidak akan salah tapi pemahaman manusia tentang maksud ayat Al-Quran itu boleh disalah tafsirkan. Kerana itu perlu
kita pastikan tafsiran dari ayat Al-Quran itu benar datangnya daripada Rasulullah kerana mengikut Rasulullah itu sememangnya tidak akan membawa kepada jalan yang salah. Bagaimana untuk kita pastikan sesuatu tu betul datang dari Rasulullah? Iaitulah dengan kita mengambil riwayat yang shahih atau hasan. Tinggalkan riwayat-riwayat yang lemah atau yang menyalahi hadis-hadis yang shahih kerana diragukan benarnya ia bersumberkan daripada Rasulullah, apatah lagi jika hadit itu hadis maudhu’ (hadis palsu). kita perlu sandarkan kepada qoul ulama’ yang bersandarkan pada hujjah dan dalil yang soheh dan jelas.

Jika yang diperselisihkan itu berkaitan urusan keduniaan yang tidak menyalahi syara’ maka ambillah jalan terbaik yang mampu kita lakukan. Mungkin bagi orang lain keputusan itu tidak tepat, kurang bernas namun kita yakin inilah pilihan terbaik, maka teruskanlah. Jika kita tersilap dalam percaturan, jangan teragak-agak jangan malu untuk mengakui kesilapan dan memperbetulkan kesilapan.

Jika teguran yang diberikan benar, maka tak perlu malu untuk mengakui kesilapan kita, terima kasih atas teguran. Dan sekiranya teguran itu tidak benar, jangan kita mencemuh merendah-rendahkan orang yang menegur tapi bersikap bijaklah dalam memperbetulkan kekeliruannya.

(Ihsan b Idris. Email: ihsan.idris@yahoo.com)
Oleh : Ustaz Ihsan B Idris, Ketua Jabatan Usuluddin IPTIPs.

Sabtu, 22 Januari 2011

Al-Quran Menjadi Teman Di Dalam Kubur

بسم الله الرحمن الرحيم


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu emel yang saya terima dari sahabat saya. Amat menyentuh hati apabila saya membaca emel ini, dan terus saya mencapai Quran di sebelah meja komputer ini. Membaca Al-Quran sebenarnya tidak mengambil masa yang lama, cuma disebabkan oleh perasaan malas, menyebabkan kita menjadi alpa. Ok, saya paparkan emel tersebut untuk bacaaan anda semua.

Bila membaca email di bawah, saya teringat ketika saya menghadiri kursus memasak lebih kurang 4 tahun yang lalu, di mana tenaga pengajarnya adalah seorang wanita muaalaf berumur dlm 50 tahun. Dia datang bersama seorang kawan. Dia memulakan kelas dengan memuji kepada Allah SWT dan selawat dan salam kepada junjungan mulia nabi Muhammad saw yang agak panjang juga seperti nak mulakan ceramah agama.

Saya rasa terpegun juga kerana sebelum ini chef-chef melayu tidak berbuat demikian sekat beri salam saja. Selepas habis kelas, saya sengaja balik lewat sedikit dengan tujuan nak berbual2 dengan dia. Saya tanya bila dia convert islam? Dia jawab awal umur 20 an sebelum kahwin lagi.

Keluarga dia memang membantah keras hinggakan polis terpaksa berkawal di tempat kerja dia kerana takut berlaku bergaduhan kaum. Untuk menyelamatkan akidah, dia terpaksa berkahwin dengan pemuda melayu yang dicadangkan oleh keluarga angkat dia. Keluarga dia buang dia terus dan tidak mengaku sebagai anak. Kawan dia menyambung cerita suami dia bukanlah seorang suami yang bertanggungjawab dan mengabaikan tugas-tugas sebagai seorang suami.

Semua pebelanjaan makan, minum dan anak-anak dia yang tanggung. Akhirnya mereka berpisah setelah mempunyai 5 orang anak. Anak sulungnya cacat akal tetapi berkat kesabaran dia mendidik anak yang cacat itu boleh membaca dan menulis dengan baik dan menjadi guru di sebuah tadika. Kesemua anak-anak dihantar kesekolah agama dan tahfiz. Sekarang ini keluarga dia telah menerimanya semula…dia rasa amat bersyukur sangat.

Sebelum saya balik dia berpesan kepada saya walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran… bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa untuk membacanya. Orang bekerja biasanya tiada waktu jadi bangunlah pagi sedikit baca Quran selepas subuh. Berkali-kali dia memesan kepada saya. Saya merasa amat malu sekali kerana saya tidak mengamalkan apa yang di suruh sebelum ini.

Dalam kereta saya menangis kenapalah saya tidak berbuat demikian …saya cuma membaca Quran bila malam jumaat saya itu pun surah Yassin atau bila ada kematian, Kenapalah saya sebagai orang Islam tidak memuliakan Al Quran itu sendiri berbanding dengan orang muaalaf.

Alhamdulliah peristiwa itu telah menyedarkan saya…Allah telah memberi saya kesedaran melalui dia. Sekarang ini jika tiada keuzuran saya akan membaca Quran selepas solat subuh setiap hari dan mendalami bacaan quran selepas magrib dengan suami saya. Saya juga membaca terjemahan Al-quran dan mendalami tafsirannya. Saya mula merasakan keseronokan dengan berbuat demikian. Saya berdoa kepada NYA semoga ia boleh memberi syaafat kepada saya nanti…ialah kerana pada waktu itu tiada apa yang dapat menolong kita melainkan ilmu, amal dan iman kita.

Saya berkongsi cerita dengan anda bukan untuk bermegah megah tetapi supaya saya dapat berpesan kepada semua sebagaiman wanita itu telah berpesan kepada saya. Saya tahu ramai yang lebih arif dalam hal-hal keagamaan tetapi sebagai umat islam pesan memesan itu boleh membangunkan kita dari alam leka ke alam jaga. Terima kasih Pn Ayisah Ng Abdullah walaupun saya tidak pernah bertemu dengan beliau lagi selepas itu tetapi pesanan beliau tetap saya ingat dan amalkan. Allah telah memilih Pn Ayisah utk menguji keimanan dan kesabaran beliau dan saay melihat kejayaan beliau melalui kejernihan wajahnya.

Walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. Jadikan hati kita sentiasa dekat dgn Quran kerana Quran itu cahaya penyuluh hidup.


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al -Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN!! !

Sabtu, 7 Ogos 2010

Langkah-Langkah menyambut Ramadhan

سم الله الرحمن الرحيم


1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:

· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.

· membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Ahad, 20 Jun 2010

RENUNGLAH: KENAPA ALLAH BUAT NERAKA?

سم الله الرحمن الرحيم


Ini kisah benar.. kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para-para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, ".....lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Khamis, 22 April 2010

Solat Akhir Waktu

سم الله الرحمن الرحيم

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya.... -.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah.. -.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit
ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La. . kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi.

Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlahtu takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin.

Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu, dan waktu solat asar hampir dengan azan maghrib ... nie sesuai utk direnungi .....

Khamis, 25 Mac 2010

Renungan Jiwa Hamba

سم الله الرحمن الرحيم
  1. Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
  2. Dari pakai motor kapcai --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
  3. Badminton ----- Golf ----
  4. Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
  5. Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
  6. Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
  7. Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
  8. Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
  9. mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


    KITA JUGA LUPA....
    SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
    KITA.....

    DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
    ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

    SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
    KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

    Umpamanya:


    1) Tak solat ---- pastikan solat-- -jadikan AMALAN.....

    2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- HAPUSKAN...

    3) Bangi ---- madinah ---- MEKAH---

    4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

    5) solat dirumah --- solat di SURAU/MASJID. ...

    6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

    7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
    khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

    8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

    Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
    improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
    AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


    Contohnya:

    Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

    Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
    gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
    pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
    jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
    BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

    Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
    yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
    kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
    dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
    kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

    ......infiniti. ......

    Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
    di dunia dan akhirat.Semoga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat


    1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
    3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyy ina .
    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
    5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
    7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

    Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

    'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
    pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

    1. Orang-orang yang mati syahid.
    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
    3. Orang berpuasa di hari Arafah.'


    Sekian untuk ingatan kita bersama.

PANADOL MERBAHAYA

سم الله الرحمن الرحيم



JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK) UNTUK PENGETAHUAN,ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.





Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www..omaQ. org

1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...

سم الله الرحمن الرحيم


Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje


1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!
Malaysia Government suppose to protect their people instead of cheating their hard earnings..!!

Khamis, 18 Mac 2010

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Mungkin KERANA, bila kita sembahyang itu tujuannya untuk ‘membangunkan Insan’ bukannya kerana UNTUK ‘mengagungkan Tuhan’.

Apa benda ibadat sekalipun termasuklah Solat bila didirikan BUKAN kerana ALLAH Semata-mata, maka jadilah ianya sesuatu yang Sia – Sia.

Kerana ianya BERCANGGAH dengan ‘ikrar’ kita didalam doa iftitah iaitu = “Sesungguhnya Solat ku, Ibadat ku, Hidup ku dan Mati ku KERANA ALLAH TAALA” bukan kerana sesuatu selain Nya ………………….

NILAI SOLAT KITA

Tiada agenda yang lebih besar daripada agenda mengingati Allah

Peringkat-peringkat solat, nilaikan dimana tahap solat kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check solat kita, nanti akan
terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
Islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak solat,
bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat, mereka telah jatuh
kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab.
Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih
tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari
cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang solat
tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam
keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3

Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi
mereka ini sekejap solat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood
baik ia solat, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri,
pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
solat.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4

Orang yang solat, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi
tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang
dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada
solat yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia
baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan
alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini
lalai dalam solat. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya,
faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati.
Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main
tarik tali didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah
terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba
tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
solatnya. Begitulah sehingga selesai solatnya. Ia merintih dan
tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan
yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan
kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada
kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan
khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga
moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu.
Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa apa.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan
fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar
solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki
harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya.
Hatinya masih dapat memuja Allah didalam solatnya. Golongan ini
disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan
sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam
solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan
solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa
iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak
gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan
dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam
sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam
solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang
hampir dengan Allah )

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi.
Iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat
malahan ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau ia bermasalah
langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesai
segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solat telah
menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti
solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah
panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak
solat makin lazat, solatlah cara ia nak lepaskan kerinduan
dengan tuhannya. Dalam solatlah cara ia nak mengadu-ngadu dengan
Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak
jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada
Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat solat itu tadi, maka
dapatlah kita nilai solat kita di tahap yang mana. Maka ibadah
solat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan
dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah,
melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan
7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang
lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap solat kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan
kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar
terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya
Allah...

Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam
gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli
jemaah? Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang
agama. Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil
kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain
..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...