Ukhwah Islamiyyah

Ahad, 31 Januari 2010

HARI JUMAAT....

27/11/09 aidiladha pada hari JUMAAT..

18/12/09 tahun baru hijriah pada hari JUMAAT..

25/12/09 hari natal pada hari JUMAAT..

01/01/10 tahun baru pada hari JUMAAT..

26/2/10 Maulidur rasul pada hari JUMAAT..

02/04/10 matinya jesus Kristus pada hari JUMAAT..

28/06/10 hari wesak pada hari JUMAAT..

10/09/10 aidilfitri pada hari JUMAAT..

27/08/10 nuzul Al-Quran pada hari JUMAAT..

5/11/10 deepavali pada hari JUMAAT...

15/01/10 gerhana matahari pada hari JUMAAT...

ADAKAH KIAMAT SUDAH DEKAT????

INGAT N RENUNGKANLAH...!!!

Rabu, 27 Januari 2010

CINTA MANUSIA



Aku petik daripada kata-kata Rabiatul Adawiyah untuk kita hayati bersama. ‘Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia sering kali membuatkan seseorang gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri. “Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Perkasa. Ajarilah aku untuk meletakkan rasa cinta itu kepadaMu…biarlah diriku kehilangan cinta insani asalkan diriku mampu untuk terus-terusan mencintaimu Ya Allah…

Selasa, 26 Januari 2010

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam mas jid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang...
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam mas jid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang l ain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya ' Allah

Isnin, 25 Januari 2010

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah... kerna kita semua masih bisa meneruskan hari kita nie sehari lagi.... masih boleh terus beribadah kepada Nya..... masih bisa memohon keampunan Nya atas kealpaan dan kesilapan yang disengajakan mahu pun tak disengajakan.... mogakan mendapat keampunan dari NYA....Tuhanku... daku hadir... daku pasrah... Mengenangkan diri ini yang penuh dosa... Tuhanku... ku sedari... Namun kealpaan menyelubungi.... Lantas ku sujud menyerah padaMu agar disirami cahaya kasihMu... Dikaulah harapanku... Dikaulah kekasihku... Dikaulah segalanya Tempat ku mengadu.. ku hadir padaMu... Tuhanku...Kau Maha pengasih... Kau Maha pemurah... Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu... Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu... Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu... Kerna itu ku sujud menyerah padaMu.... Agar disirami cahya kasihMU.... Tuhan selangkahku rapat kepadaMu... Seribu langkah Kau padaku.... Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi Engkaulah Maha Pengampun... Engkaulah Maha Penyayang.... Kepada Mu aku berserah...

Ahad, 24 Januari 2010

Kalimah Cinta Suci....


Sesiapa yg sedar akan hebatnya cinta Allah pasti tidak lagi memandang kpd cinta manusia. Dan sesungguhnya manusia yg telah merasai manisnya cinta kpd Allah sahaja yg dapat menggambarkan tentang kemanisannya. Subhanallah…kalau kita dapat merasai kemanisannya pasti kita berusaha untuk menggapainya walau sesusah mana sekalipun. Tetapi sayang …tak ramai yg mampu mengecap cinta itu. Sebab itu manusia masih terkejar-kejar cinta duniawi. Cinta yg pastinya tidak kekal lama. Kenikmatan yg cuma sementara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...