Ukhwah Islamiyyah

Isnin, 31 Januari 2011

Peringatan Tentang Solat

سم الله الرحمن الرحيم

Mari kita semak solat fardhu kita. Yang mana satu atau lebih agaknya kategori kita berada. Selamat menyemak

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.

2. Solat cukup lima waktu, tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari naik).

3. Solat lima waktu tetapi solat sebuh selalunya diqadha masa solat zohor.

4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu isyak.

5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh diqadha (tak bangun le tu)

6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.

7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.

8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki).

9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga khusyuknya sedar-sedar dah bagi salam.

10. Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.

11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat.

12. Solat lima waktu tetapi bila deman atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah sihat.

13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik kampung), solat ditinggalkan, qadha kemudian bila sampai rumah.

14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja.

15. Solat bila ada masalah.

16. Solat bila orang di sekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.

17. Solat sebulan sekali.

18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya Aidil fitri.

19. Solat seumur hidup sekali, itu pun disolat oleh orang bila dah meninggal.

20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!

Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali disoal Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan- amalan yang lain. Jika tidak, maka gagallah amalan-amalan yang lain.


Tidak gunanya amalan-amalan puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima....risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) sedara berjemaah dengan menjaga kekusyuk-kannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu' secara sempurna.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita


Wassalam.

Ahad, 30 Januari 2011

Seratus Nasihat Untuk Mendapat Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat

سم الله الرحمن الرحيم


1- Jawablah azan sepertimana yang terdapat pada sunnah s.a.w, jangan bercakap atau menyibukkan diri dengan pekerjaan lain ketika azan.

2- Beselawatlah keatas nabi dan berdoa sesudah azan.

3- Jangan keluar dari masjid selepas azan melainkan kerana keuzuran yang darurat.

4- Tekunilah kamu azan sekiranya kamu tidak solat di masjid.

5- Tunaikanlah semua solat fardhu.

6- Berdoalah meminta kepada Allah hajat kita di dunia dan akhirat, waktu yang diperkenankan doa di antara azan dan iqamah.

7- Bantulah manusia mendirikan masjid di tempat yang tiada masjid dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk harta dan diri.

8- Muliakanlah masjid, masuk dengan kaki kanan, peliharalah ia dari kekotoran, peliharalaha adab-adab, jangan bercakap perkara yang sia-sia, jangan melompat, jangan ketawa dan jangan bertengkar serta keluarlah dengan melangkah kaki kiri.

9- Jangan meludah dalam masjid, dan jangan juga berludah ke arah kiblat.

10- Peliharalah solat di awal waktu dengan berjamaah di masjid, terutama isyak dan subuh.

11- Janganlah melewatkan solat dari waktunya.

12- Jangan bercakap hal-hal keduniaan di waktu selepas fajar hingga terbit matahari.

13- Duduklah di tempat solat selepas dua solat subuh dan asar.

14- Beriktikaflah di waktu kamu lapang, dan sibukkanlah dirimu dengan ketaatan kepada Allah
.

15- Jangan makan makanan yang mempunyai bau yang busuk seperti bawang putih dan bawang merah, dan jangan kamu menghisap rokok supaya kamu tidak mengganggu orang yang berdamping denganmu.

16- Perintahlah isteri, anak-anak dan jiran kamu supaya memelihara solat, kerana sesungguhnya solat ialah rukun agama Islam yang paling utama.

17- Perintahlah isteri-isteri kamu solat di rumah mereka.

18- Perintahlah anak-anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun,pukullah mereka sekianya mereka meninggalkan solat ketika mereka berusia sepuluh tahun. Dan janganlah kamu mengambil ringan, akan menyebabkan kamu berdosa.

19- Terangkan kepada keluarga kamu dan orang lain kelebihan mendirikan solat dan akibat meninggalkan solat..

20- Peliharalah solat-solat sunat dan rawatib, qobliah dan ba’diah, samada muakkad (dituntut) atau ghoiru muakkad (tidak dituntut).

21- Peliharalah sebahagian solat-solat sunat di rumah.

22- Peliharalah solat sunat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat dan paling banyak lapan rakaat.

23- Peliharalah solat sunat dua rakaat selepas maghrib.

24- Bersedialah untuk bangun malam (qiamullail) dengan zuhud terhadap dunia, tidak makan sehingga kenyang, dan tidur seketika di waktu siang (qoilulah).

25- Peliharalah zikir-zikir dan doa sebelum tidur dan doa sesudah bangun dari tidur.

26- Peliharalah Tahajjud dan bangunkanlah ahli keluargamu untuk mendirikannnya.

27- Tidurlah dalam keadaan bersuci, berzikir dan berniat untuk bangn malam (qiamullail).

28- Dirikanlah qiamullail dengn penuh khusyuk dan merendah diri kepada Allah s.w.t.

29- Perbanyakkan istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di waktu-waktu sahur.

30- Lakukan solat istikharah meminta petunjukNya dalam setiap perkara penting dan berdoalah dengan doa-doanya..

31- Peliharalah solat berjamaah.

32- Peliharalah menyama dan merapatkan saf ketika solat berjamaah.

33- Bersegera mendapatkan saf pertama tanpa mengganggu seseorang..

34- Bersiwak setiap kali mengambil wudhuk kerana ia adalah sunnah.

35- Peliharalah doa iftitah, berkata “amin” di belakang imam dan membaca zikir-zikir sujud dan rukuk ketika solat.

36- Peliharalah Tomakninah ketika rukuk,sujud,iktidal dan duduk antara dua sujud.

37- Awas daripada melintas dihadapan orang yang sedang solat.

38- Letakkan penghadang dihadapan kamu jika solat di tempat laluan orang dihadapanmu.

39- Besegeralah pergi solat Jumaat dan janganlah melewatkan hingga selepas azan.

40- Tekunilah mandi pada hari Jumaat.

41- Potonglah kuku kamu setiap seminggu dan jagalah kebersihan kerana sesungguhnya islam menggalakkan kebersihan dan kecantikan.

42- Berwangi-wangian untuk mendirikan Jumaat dan pakailah pakaian yang terbaik..

43- Awas daipada melangkahi orang, kerana yang demikian adalah ditegah.

44- Jangan bercakap-cakap ketika khutbah sedang dibaca, kerana yang demikian adalah ditegah dan menghalang daripada pahala Jumaat

45- Tekunilah membaca wirid harian dari Al-Quran

46- Perbanyakkan selawat dan salam ke atas nabi s.a.w pada malam dan hari Jumaat

47- Sentiasalah banyak berzikir mengingati Allah secara terang atau sembunyi (hati), dan jauhilah kelalaian, dan jauhilah dari kejahilan.

48- Hadirilah majlis-majlis ilmu kerana ia adalah taman dari taman-taman syurga.

49- Elakkan menghadiri majlis yang jauh dari mengingati Allah dan Rasul.

50- Apabila kamu bangkit dari majlis, maka bacalah tasbih kafarah:
(Maha suci Engkau, Wahai Tuhan kami dan segala kepujian kepadaMu, Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu)

51- Peliharalah zikir-zikir selepas setiap solat.

52- Berdoalah kepada Allah Taala dalam sujudMu, dan mengiringi Tasyahhud dan dalam kegelapan penghujung malam.

53- Ingatlah Allah ditempat-tempat biasa lalai dari mengingatiNya seperti pasar dan selainnya.

54- Bersangka baiklah dengan Allah dan jangan melengahkan memohon doa kepada Allah.

55- Mohonlah Allah keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

56- Mohonlah kepada Allah dengan hati yang hadhir dan khusyuk dan jangan berdoa dengan hati yang lalai.

57- Janganlah berdoa yang buruk ke atas diri sendiri, keluarga dan pasangan kamu.

58- Amalkan membaca makthurat, kerana itu adalah yang sebaiknya.

59- Jangan memohon daripada orang yang telah mati, atau penghuni kubur selain dari Allah, kerana ia termasuk menyekutukan Allah.

60- Mulakanlah doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi s.a.w dan tutuplah doa dengannya..

61- Doakanlah saudaramu walaupun tanpa tahunya dan mintalah ia mendoakanmu dan jangan mendoakan yang buruk ke atas orang Islam..

62- Perbanyakkan istighfar di waktu malam, terutama ketika waktu sahur.

63- Perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w pada setiap detik.

64- Peliharalah janggut kamu dan jangan kamu mendengar percakapan orang yang bodoh yang tidak memelihara janggut..

65- Jangan mengganggu dan menyakiti saudara seagamamu.

66- Hendaklah kamu mendamaikan antara sesama manusia.

67- Sekiranya seseorang melakukan kesilapan kepadamu lalu ia meminta maaf, maafkanlah ia, bahkan sebaiknya kamu memaafkannya sebelum ia meminta maaf.

68- Jangan menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk.

69- Jangan memanggil dengan panggilan buruk tersebut, bahkan panggillah dia dengan nama yang paling ia sukai..

70- Jauhilah kamu dari bawa mulut (batu api) iaitu: menyebarkan cerita antara manusia dalam bentuk melakukan kerusakan..

71- Jauhilah mengumpat iaitu: engkau menyebut saudaramu dengan perkara yang ia benci.

72- Jangan menuduh seseorang.

73- Jangan kamu mendengar sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan.

74- Berbaik sangkalah dengan manusia.

75- Berkatalah dengan perkataan atau perkara yang baik. Jika tidak, berdiamlah kamu.

76- Jadilah hati yang baik dan janganlah engkau hasad dan dengki.

77- Jadilah manusia yang merendah diri (tawadhuk), janganlah kamu takabur dan berbangga diri kepada orang lain.

78- Janganlah kamu berasa ta’ajub atau megah dengan dirimu dan pekerjaanmu.

79- Janganlah kamu memuji diri sendiri dan jangan engkau mendakwa memiliki sesuatu yang tidak ada padamu.

80- Jangan kamu panggil orang yang fasik, pembohong dan kafir dengan panggilan: “Tuanku”.

81- Jadilah engkau seorang yang benar dan jangan kamu berdusta, kerana sesungguhnya berdusta itu termasuk dari dosa-dosa besar.

82- Janganlah kamu bermuka-muka.

83- Jangan kamu bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah sekalipun kamu benar.

84- Janganlah kamu memandang hina selain kamu. Sesungguhnya tiada kelebihan seseorang atas yang lain melainkan ketaqwaan.Dan perkara tersebut dinilai dengan kesudahan ajalnya.

85- Buanglah duri dari jalan.

86- Janganlah kamu duduk di jalanan dan jangan berlama-lama di kedai kopi dan jangan kamu masuk panggung wayang.

87- Tunaikan janjimu dan jangan kamu mungkiri janji.

88- Jangan kamu mendatangi , bomoh, ahli silap mata dan tukang tilik dan janganlah kamu mempercayai mereka.

89- Jangan kamu mengukir berhala atau patung-patung manusia dan haiwan. Sesungguhnya seteruk-teruk golongan manusia yang mendapat azab di akhirat kelak ialah pengukir.

90- Jangan kamu simpan di dalam rumah kamu gambar yang mempunyai nyawa kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapatnya.

91- Jangan bermain dengan seruling dan alat-alat hiburan yang menyerupainya.

92- Jangan kamu menyanyi dengan syair-syair ahli fasikdan lucah serta jangan mendengarnya.

93- Jangan kamu mendengar alat-alat muzik dan jangan menyimpan alat-alat tersebut.

94- Jadilah kamu orang yang zuhud di dunia dan mencintai akhirat.

95- Bersegeralah bertaubat dari segala dosa, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskan kejahatan.

96- Istiqomah dalam melakukan amal soleh. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah yang istiqomah dalam melakukannya sekalipun sedikit..

97- Redholah dengan apa yang dikurniakan Allah dan jangan mengeluh.

98- Elokkanlah makanan kamu kerana makanan yang baik menjadi penyebab tarmakbulnya doa.

99- Jadilah orang yang sabar ketika ditimpa musibah dan jadilah orang yang bersyukur ketika mendapat nikmat dariNya

100- Janganlah kamu mednyimpan loceng dan janganlah kamu memelihara anjing melainkan untuk berburu atau mengawal.

Hj Othman b Hamzah

Sabtu, 29 Januari 2011

Tips Melepasi Titian Sirat

سم الله الرحمن الرحيم

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan."

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~ Banyakkan bersedekah

~ Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :

Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
سم الله الرحمن الرحيم

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

sumber asal : artikel Umar M Noor, Majalah Solusi Isu-18

Jumaat, 28 Januari 2011

Lapangkan Dada...Jangan Buruk Sangka

سم الله الرحمن الرحيم


Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

Allah mengingatkan kita, sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang. Ia juga menyebabkan timbul tuduhan berasas kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan serupa. Ini menambahkan lagi prasangka buruk sedia ada. Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan meluaskan penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan hak.

Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah, kita perlu menjaga pertuturan dengan berbicara yang baik saja atau berdiam diri seperti sabda Rasulullah (diriwayatkan Iman Al-Bukhari) maksudnya:

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”


SEPERTI diketahui, Rasulullah SAW pernah menyatakan, setiap dosa kecil dilakukan seseorang akan terhapus apabila dia melakukan solat fardu dan solat Jumaat, berzikir, beristighfar atau amalan lain yang diredai serta diberkati.

Ini sebagaimana sabda baginda: “Akan gugur setiap dosa kecil yang dilakukan umat Islam seperti daun berguguran apabila dia melakukan solat fardu dan amalan lain yang diredai Allah SWT.”

Secara dasarnya, sebagai dipersetujui ulama, ‘iman’ dalam diri setiap individu itu boleh menaik atau menurun berdasarkan apa yang pernah dilakukannya.

Dosa kecil yang kita anggap boleh dihapus dengan amalan berkenaan sebenarnya mampu ‘bercambah’ dengan mudah tanpa kawalan melebihi amalan baik yang pernah dilakukan.

Jadi, persoalannya, bilakah pula setiap dosa kecil itu bercambah melebihi amalan yang kita lakukan?

Hal ini dapat dilihat paling mudah apabila seseorang memperlihat serta mendedahkan perbuatan buruknya secara tidak disedari dengan cara bercerita atau memberi ulasan mengenai perkara tertentu

Paling mudah, menerusi laman sosial paling popular masa kini iaitu Facebook dengan meletak atau memuat-turun pelbagai bentuk filem yang diminati, drama televisyen yang disukai, muzik yang dikagumi atau sebagainya.

Pernahkah anda selidiki penulisan atau aplikasi berbentuk muzik atau paparan visual itu mempunyai unsur negatif, yakni yang salah dan bertentangan dengan norma agama Islam.

Mungkin ramai tertanya, namun perlu anda tahu jika paparan video, muzik atau pendapat serta komen yang dikongsi bersama rakan itu mempunyai unsur ‘mungkar’ seperti pendedahan aurat serta penghinaan, ia sebenarnya sama seperti tindakan kita mempromosikannya.

Dosa kecil ini mampu berganda apabila ada individu lain membacanya, berkongsi minat mengenainya, malah dengan memberi komen negatif mengenai sesuatu perkara yang jelas seperti menghina orang lain.

Antara dosa kecil yang paling tidak kita sedari adalah apabila ada antara kita mendedahkan dosanya menerusi gambar peribadi sebagai contoh gambar yang mendedahkan aurat, ketika menghadiri parti maksiat, berpelukan dengan bukan muhrim atau gambar yang bersentuhan dengan bukan mahram.

Pertama kali anda melakukan perkara itu, satu calitan dosa terpalit untuk diri anda dan satu lagi calitan dosa apabila anda memuat turun dan berkongsi gambar yang mendedahkan keburukan anda itu dengan orang lain dan seterusnya.

Dosa kecil ini bercambah apabila ada individu lain melihatnya yakni individu yang berkongsi itu tergolong dalam kategori ‘Penyebar Dosa’. Mengapa pula menjadi sedemikian?

Hal ini jelas dalam ingatan Rasulullah SAW yang menyatakan: “Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan kepada orang lain seraya berkata, Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini... maka terhapus tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (Rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sembunyikan dan taubat

Justeru, jadikan dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai muzik berunsur hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan secara tersembunyi itu hanya diketahui oleh anda dan Allah SWT saja supaya beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut.

Ini kerana apabila seseorang berkongsi perbuatan dosanya, ia sama seperti dia berbangga hal berkenaan, sekali gus boleh menimbulkan perasaan riak.

Justeru, jalan terbaik atas apa juga bentuk dosa yang pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN.

Ia bukan hipokrit, tetapi dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya dan usahakan bertaubat.

Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini si pelaku dosa hanya menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik.

Ini jelas sebagaimana dinyatakan dalam hadis Al-Hakim dalam sabda Rasulullah SAW: “Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang dilarang oleh Allah, sesiapa yang melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla.”

Allah SWT itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan.

Dalam sebuah lagi hadis sahih, disebutkan Rasulullah SAW bersabda: “(Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata, Adakah kamu tahu dosa kamu ini. Adakah kamu sedar dosa ini. Lalu jawab lelaki itu, Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), maka Allah berkata, Aku menutupinya di dunia dulu (daripada pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya.”

Jelas hadis di atas menyatakan dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni.

Bagi mereka yang lebih dulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah SWT serta pengampunannya.

Kesimpulan

Segera padam paparan minat dan pembabitan terhadap apa juga aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredaan Allah.

Walau sebanyak, sedalam manapun minat serta sejauh manapun pembabitan anda, sembunyikan ia... bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi supaya anda tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah Facebook anda, blog, website, forum dan forum sosial harian yang anda lawati supaya tidak tersalah, sekali gus menggandakan lagi dosa anda.

Khamis, 27 Januari 2011

Apabila Menghadapi Ujian

سم الله الرحمن الرحيم


Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam dan mudah buruk sangka. Yang dahsyatnya ialah kalau hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian
hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita
sama-sama cungkil hikmah
di sebalik ujian yang
ditimpakan.

Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan
sebagainya.

Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab
itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan
ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak
tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah
dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu.
Bukan untuk menghinakan kita tetapi
untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan
perbuatan dosa itu sehingga bila-bila.

Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu). Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi
Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan,
kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya.

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah
ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita
tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah
merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan
menambahkan
lagi dosa kita.

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja
Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada
kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang
bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita
akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta
melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan
kemiskinan.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa begitulah susah dan
menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang
yang paling kita sayangi. Ujian ini sengaja
didatangkan agar terasalah kita ini lemah, tiada kuasa
untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa
kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri.

Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.

Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan
kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin
bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan
Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang
bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk
syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang
yang berjihad di antara kamu dan belum nyata
orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan
pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang
kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang
sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau
marah-marah pada Allah, insyaAllah ganjarannya di
syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana
hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!

Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan
kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka
kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan
keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza
dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila
diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan
berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada
kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan
kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji
kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi,
tanyalah Allah kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang
dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.

Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan
tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang
bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia
tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid
yang bersalah itu layaklah dirotan.

Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah segala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah.

Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib
bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang
Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti
merungut ketika diuji?


Selasa, 25 Januari 2011

Kasih Sayang Dan Rahmat Allah

سم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan kasih sayangNya.

Manusia dimasukkan ke dalam Neraka kerana keadilan Allah. Tidak ada siapa pun yang dilemparkan ke dalam Neraka kerana terzalim. Mereka yang dilemparkan ke Neraka juga tidak terasa dizalimi. Penghuni Neraka itu sendiri akan merasakan patut dan layak mereka itu dicampakkan ke dalam Neraka dan semua mereka sedar akan punca dan sebab-sebabnya.

Namun demikian, keadaan ini tidak sama dengan Syurga. Hakikatnya adalah tidak adil kalau manusia itu dimasukkan ke Syurga. Tidak ada manusia yang layak untuk ke Syurga. Tidak ada kebaikan atau amalan soleh yang dibuat oleh manusia yang dengannya ia dapat membeli nikmat Syurga. Walau bagaimana banyak dan hebatnya amalan soleh seseorang manusia itu, ia tidak akan dapat menebus walaupun nikmat sebelah mata. Ini belum lagi nikmat-nikmat yang lain. Jauh sekalilah untuk membeli Syurga.

Allah SWT memasukkan manusia ke dalam Syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmat-Nya. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Manusia tidak dimasukkan ke dalam Syurga kerana amalannya.” Maka Sahabat bertanya: “Tidakkah juga engkau ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Ya, tidak juga aku. Aku dimasukkan ke Syurga kerana rahmat Allah.”

Kalaulah kasih sayang dan rahmat Allah menjadi sebab kita ke Syurga, maka itulah perkaranya yang patut kita usahakan. Apa pun yang kita buat atau yang kita amalkan mestilah untuk menagih dan mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk beramal dan berjuang mestilah juga untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk menjauhkan maksiat dan kemungkaran mestilah kerana takut tersisih dan terlepas dari kasih sayang dan rahmat Allah dan takut Allah akan murka kepada kita.

Justeru itu, hendaklah kita banyak usahakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di antaranya ialah:

* Banyak menyebut nama-nama orang soleh. Menyebut-nyebut nama orang-orang soleh itu rahmat.
* Makan bersama orang soleh kerana itu rahmat.
* Menerima tetamu. Kerana datangnya tetamu itu membawa rahmat dan perginya menghapuskan dosa.
* Banyakkan amalan-amalan sunat. Allah ada berfirman dalam sebuah hadis Qudsi: “Hendaklah kamu lakukan sebanyak-banyaknya amalan-amalan yang sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu.”

Di dalam konteks yang sama, beramal untuk mendapatkan sebanyak-banyak pahala dan fadhilat dari ibadah tidak ada erti apa-apa. Pahala dan fadhilat bukan menjadi sebab manusia
dimasukkan ke Syurga. Ia bukan matawang untuk kita beli Syurga. Syurga terlalu mahal untuk dibeli dengan pahala dan fadhilat.

Mereka yang beramal untuk mengumpulkan pahala dan fadhilat demi untuk mendapatkan Syurga seolah-olah telah mengkesampingkan Tuhan. Seolah-olah mereka telah menggantikan peranan Tuhan itu dengan pahala dan fadhilat dan seolah-olah pahala dan fadhilat itu menjadi penentu mereka dapat masuk ke Syurga. Mereka merasakan seolah-olah dengan memiliki banyak pahala itu akan terjamin kasih sayang Tuhan dan terjamin Allah tidak akan murka pada mereka.

Yang lebih berbahaya lagi ialah apabila pahala dan fadhilat menjadi matlamat amalan mereka dan bukan lagi Tuhan. Walaupun mulut mereka berkata: “Sahaja aku solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya kerana Allah”, tetapi hati mereka mentasdikkan untuk mendapat pahala dan fadhilat. Pahala dan fadhilat hanyalah apa yang Allah janjikan di atas amalan soleh yang kita buat dan ia adalah urusan Tuhan. Bukan kerananya kita beramal.

Mereka yang beramal untuk pahala dan fadhilat juga telah terjebak dengan cara dunia dan sekularisma. Kalau di dunia mereka mengumpulkan wang untuk membeli kesenangan maka mereka terbawa-bawa untuk mengumpulkan pahala dan fadhilat guna untuk membeli kesenangan di Akhirat.

Pahala dan fadhilat itu sebenarnya ibarat hadiah dari Tuhan. Adakah patut kita berlumba-lumba untuk mendapat dan mengumpulkan hadiah tetapi tidak mengendahkan dan tidak mempedulikan Tuhan yang memberikan hadiah itu. Apa dan siapa sebenarnya yang harus kita sanjung dan perbesarkan, hadiah atau yang memberi hadiah?

Kalaupun kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pahala, apalah ertinya kalau kita tidak mendapat kasih sayang dan rahmat Tuhan. Tetapi kalau kita mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan, ertinya kita sebenarnya telah mendapat segala-galanya. Tidak ada apa lagi yang kita perlukan kalau kita sudah mendapat rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Dengan kasih sayangNya, Dia menciptakan kita.

Dengan rahmatNya, Dia memberikan rezeki kepada kita.

Dengan rahmatNya, Dia memberikan kesihatan kepada kita.

Dengan rahmatNya, Dia memberikan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal kepada kita.

Dengan rahmatNya, Dia menunjukkan kita kepada Islam dan Iman serta amal soleh.

Dengan rahmatNya, Dia mengajarkan kepada kita apa yang tidak kita ketahui.

Dengan rahmatNya, Dia memalingkan kejahatan musuh-musuh dari diri kita. Allah SWT berfirman, bermaksud, "Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

Dengan rahmatNya, Dia menurunkan hujan dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Dengan rahmatNya, Dia memasukkan hamba-hambaNya yang beriman dan yang beramal soleh ke dalam syurga.

Dengan rahmatNya, Dia menyelamatkan mereka dari Neraka.

Sabtu, 22 Januari 2011

Al-Quran Menjadi Teman Di Dalam Kubur

بسم الله الرحمن الرحيم


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu emel yang saya terima dari sahabat saya. Amat menyentuh hati apabila saya membaca emel ini, dan terus saya mencapai Quran di sebelah meja komputer ini. Membaca Al-Quran sebenarnya tidak mengambil masa yang lama, cuma disebabkan oleh perasaan malas, menyebabkan kita menjadi alpa. Ok, saya paparkan emel tersebut untuk bacaaan anda semua.

Bila membaca email di bawah, saya teringat ketika saya menghadiri kursus memasak lebih kurang 4 tahun yang lalu, di mana tenaga pengajarnya adalah seorang wanita muaalaf berumur dlm 50 tahun. Dia datang bersama seorang kawan. Dia memulakan kelas dengan memuji kepada Allah SWT dan selawat dan salam kepada junjungan mulia nabi Muhammad saw yang agak panjang juga seperti nak mulakan ceramah agama.

Saya rasa terpegun juga kerana sebelum ini chef-chef melayu tidak berbuat demikian sekat beri salam saja. Selepas habis kelas, saya sengaja balik lewat sedikit dengan tujuan nak berbual2 dengan dia. Saya tanya bila dia convert islam? Dia jawab awal umur 20 an sebelum kahwin lagi.

Keluarga dia memang membantah keras hinggakan polis terpaksa berkawal di tempat kerja dia kerana takut berlaku bergaduhan kaum. Untuk menyelamatkan akidah, dia terpaksa berkahwin dengan pemuda melayu yang dicadangkan oleh keluarga angkat dia. Keluarga dia buang dia terus dan tidak mengaku sebagai anak. Kawan dia menyambung cerita suami dia bukanlah seorang suami yang bertanggungjawab dan mengabaikan tugas-tugas sebagai seorang suami.

Semua pebelanjaan makan, minum dan anak-anak dia yang tanggung. Akhirnya mereka berpisah setelah mempunyai 5 orang anak. Anak sulungnya cacat akal tetapi berkat kesabaran dia mendidik anak yang cacat itu boleh membaca dan menulis dengan baik dan menjadi guru di sebuah tadika. Kesemua anak-anak dihantar kesekolah agama dan tahfiz. Sekarang ini keluarga dia telah menerimanya semula…dia rasa amat bersyukur sangat.

Sebelum saya balik dia berpesan kepada saya walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran… bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa untuk membacanya. Orang bekerja biasanya tiada waktu jadi bangunlah pagi sedikit baca Quran selepas subuh. Berkali-kali dia memesan kepada saya. Saya merasa amat malu sekali kerana saya tidak mengamalkan apa yang di suruh sebelum ini.

Dalam kereta saya menangis kenapalah saya tidak berbuat demikian …saya cuma membaca Quran bila malam jumaat saya itu pun surah Yassin atau bila ada kematian, Kenapalah saya sebagai orang Islam tidak memuliakan Al Quran itu sendiri berbanding dengan orang muaalaf.

Alhamdulliah peristiwa itu telah menyedarkan saya…Allah telah memberi saya kesedaran melalui dia. Sekarang ini jika tiada keuzuran saya akan membaca Quran selepas solat subuh setiap hari dan mendalami bacaan quran selepas magrib dengan suami saya. Saya juga membaca terjemahan Al-quran dan mendalami tafsirannya. Saya mula merasakan keseronokan dengan berbuat demikian. Saya berdoa kepada NYA semoga ia boleh memberi syaafat kepada saya nanti…ialah kerana pada waktu itu tiada apa yang dapat menolong kita melainkan ilmu, amal dan iman kita.

Saya berkongsi cerita dengan anda bukan untuk bermegah megah tetapi supaya saya dapat berpesan kepada semua sebagaiman wanita itu telah berpesan kepada saya. Saya tahu ramai yang lebih arif dalam hal-hal keagamaan tetapi sebagai umat islam pesan memesan itu boleh membangunkan kita dari alam leka ke alam jaga. Terima kasih Pn Ayisah Ng Abdullah walaupun saya tidak pernah bertemu dengan beliau lagi selepas itu tetapi pesanan beliau tetap saya ingat dan amalkan. Allah telah memilih Pn Ayisah utk menguji keimanan dan kesabaran beliau dan saay melihat kejayaan beliau melalui kejernihan wajahnya.

Walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. Jadikan hati kita sentiasa dekat dgn Quran kerana Quran itu cahaya penyuluh hidup.


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al -Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN!! !

Jumaat, 21 Januari 2011

Kerja-kerja Khat bahagian 2

سم الله الرحمن الرحيم

lokasi: Surau Darul Hidayah, Kelana Jaya
Penulis Khat: Hafiz (Jiwa Hamba)

Ayat: INNALLAHA YA'MURU BIL ADLI WAL IHSANI WAITAAI DZIL QURBA
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berbuat adil dan berbuat kebajikan memberi kepada kamu kerabat. (QS. An.Nahl: 90)






















Rabu, 19 Januari 2011

5 Peringkat Muhasabah Diri-Imam Al-Ghazali

سم الله الرحمن الرحيم

1- Mengenali diri kita dengan penuh hati, diri kita mampu melakukan amalan baik dan buruk.
Ketahuilah amal soleh adalah amalan yang boleh memperbaiki diri kita sementara amal buruk adalah amalan yang membawa kepada kebinasaan diri kita sendiri.

2- Sertakan perhatian melalui hati pada amal-amal yang kita lakukan. Jika kita telah melanggari batasan-batasan syariat Allah SWT, segeralah bertaubat dengan meninggalkan amalan-amalan buruk dan bersegera pula melakukan amal-amal soleh.

3- Apabila kita dapati diri kita telah melakukan amal-amal soleh disaat-saat akhir kehidupan. Maka pujilah Allah SWT dengan penuh kesabaran dan istiqamah.
Jika kehidupan kita dipenuhi dengan penuh kemaksiatan dan dosa, maka celalah diri kita dan tegahlah diri kita daripada mengulangi perkara-perkara tersebut.

4- Amaran kita kepada diri kita yang melakukan maksiat tidak cukup sekiranya tidak disertai dengan denda zahir, agar dapat menghalang diri kita daripada terus melakukan maksiat. Contoh denda adalah seperti Saidina Umar Al-Khattab mendendakan dirinya yang meninggalkan solat asar berjemaah dengan mensedekahkan tanah miliknya bernilai 200 ribu dirham di jalan Allah SWT.

Sebahagian ulamak pula mendendakan dirinya berpuasa sepanjang tahun dan menunaikan fardhu haji secara berjalan kaki dalam usaha mendidik jiwa mereka mentaati Allah SWT.

5- Sentiasa berwaspada, bermuhasabah, melakukan denda terhadap diri sendiri, bermujahadah dengan diri sendiri dan sentiasa melakukan amal-amal soleh dengan bersungguh-sungguh.
Bermuhasabah dengan diri sendiri sebelum kita berhadapan dengan Hakim Yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti.

1001 Feqah Nasihah , m/s : 186-188. 5

Sabtu, 15 Januari 2011

Bercakaplah dengan cara kita...

سم الله الرحمن الرحيم


"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berbicara yang baik atau diam sahaja"
Hadis riwayat Bukhari

Bercakap pasal seni berbicara ni, cuba kita ingat-ingat balik cara kita bercakap selama ni. Adakah orang sekeliling dapat menerima cara percakapan kita? Atau tanpa kita sedar orang sering tersinggung dengan cara kita berbicara? Mungkin apa yang cuba disampaikan itu betul tapi kurang tepat cara penyampaiannya..Bukan ape, orang yang menulis ni pun kadang-kadang bukanlah betul sangat bila bercakap. Jom kita sama-sama praktikkan list kat bawah nih...

Lembut/sopan santun..

Bercakaplah dengan lemah-lembut terutama semasa berhadapan dengan samseng atau orang yang berkasar dengan kita, supaya mereka ingat dan takut. Kan kasar tu lawannye lembut. Ini adalah didikan Allah kepada Nabi Musa semasa ingin berhadapan dengan Firaun. Kalau tiba-tiba terasa nak berkeras gak, cuba ingat kata-kata nih, "Kamu tidak sehebat Musa dan mereka tidak sejahat Firaun, tetapi Musa tetap mendatangi Firaun dengan lemah lembut"
Sesuai dengan potongan surah ini:

"Maksudnya: Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut"
Surah Thaha :ayat 44

  1. Sederhana je..
Bercakaplah dengan suara yang sederhana je. Tidak perlu terlalu kuat dan terlalu perlahan hingga menyukarkan pendengar untuk mendengarnya. Jika nada kita ter'tinggi' sedikit daripada suara yang diperlukan, takut-takut pendengar akan tersinggung atau terganggu.

"Maksudnya: Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai"
Surah Luqman: Ayat 19

  1. Hormat..
Pandanglah muka orang yang sedang bercakap. Inilah salah satu contoh akhlak Nabi yang sentiasa hormat sesiapa je yang datang berjumpa dengannya. Tak hairanlah ramai yang terpikat dengan agama Islam jika Nabi yang menjadi modelnya.

  1. Shh...elakkan berbisik..
Elakkan berbisik..Biasakan diri untuk berterus-terang dan jujur ketika bercakap. Lebih baik bergaduh ketika bercakap daripada menyimpan dendam kerana hasilnya, kita mesti akan buruk sangka dan 'terasa'. Luahkan apa yang tak puas hati, bicara dengan lembut dan beradab seperti diatas. Itu lebih berkesan daripada terus berprasangka.

  1. Suasana dan ketika yang sesuai..
Orang yang mengendahkan keperluan pendengarnya selalunya akan melunturkan 'keberkesanan' kata-kata dan isinya. Kadang-kadang bercakap berdua je lebih elok dari menyindir di depan umum. Kadang-kadang pula bercakap terus sebaik sesuatu kejadian berlaku lebih mengesankan berbanding simpan dulu untuk suatu masa. Dan adakalanya lebih baik jika tidak diluahkan. Banyak situasi yang kita kena faham dan bijak untuk dipadankan. Antara kesemua tips di atas, tips inilah yang sering kita lupakan dan sering tersilap..

Walau apa pun, sesungguhnya manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Manusia cuma dapat mengurangkannya dengan cara mengelak. Apapun, jika rakan kita ada yang menyinggung kita, maafkanlah ia kerana perasaan memaafkan itu amat indah jika kita ikhlas memaafkan. Mungkin rakan kita tu tak sedar apa yang dikatakan. Jika terlalu melampau, luahkan apa yang kamu tersinggung kepadanya. Katakan dengan lemah-lembut dan di tempat yang betul. InsyaAllah perkara tu takkan berulang lagi.

Wallahu'alam..

Jumaat, 14 Januari 2011

Hidupkan Hati Dengan Mengingati Mati

سم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Allah s.w.t. masih memanjangkan usia kita supaya kita boleh terus mengejar redha Allah s.w.t.

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)


Nukilan kali ini mungkin menampakkan ia seolah-olah anti-klimaks di tengah-tengah keghairahan pembanggunan yang pesat, kelincahan hidup yang penuh warna-warni serta kilauan cahaya kemeriahan dan kebahagiaan hidup. Namun percayalah dengan mengingati mati sebernanya kita bukan ditarik kebelakang tetapi ia lebih kepada mendorong untuk terus maju kehadapan.

Ringkasnya ingat mati sebenarnya akan menghidupkan jiwa kita untuk terus maju, bersatu dan lebih giat berusaha. Sebagai contohnya, lihatlah bagaimana hebatnya perjuangan generasi yang ingat mati yakni pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Ulama Nusantara yang terkenal, HAMKA menulis: ' Orang yang ingat kematian dengan akal dan hikmahnya, tidak ubah seperti orang yang ingin pergi haji.Selamanya dalam perjalanannya dia tidak lupa bahawa dia akan menunaikan haji. Dihafal manasik, disediakan bekalan dan belanja, jangan sampai hajinya kecewa.'

Begitulah metaforanya dimana orang yang akan mengerjakan haji tatkala fikirannya akan tertumpu pada matlamatnya. Tidak punyai banyak was-was dan panjang angan-angan lagi. Masa kini dirasakan begitu berharga yang sama sekali tidak akan disia-siakan melainkan untuk melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan ketaatan. Inilah rahsia mengapa Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengingati mati.

Ingat mati bukan sesuatu yang pasif dan jumud bahkan sesuatu yang aktif dan, dinamik dan produktif. Bukan soal mati itu sahaja yang seharusnya dijadikan fokus utama tetapi bekalan untuk melaluinya serta melepasinya itulah yang lebih utama. Ini adalah ekoran kerana bekalan persediaan kehidupan selepas mati adlah dilakukan semasa hidup yakni sebelum mati.

Hasilnya, seseorang yang mengingati mati akan melakukan segala sesuatu dengn terbaik. Dia merasakan setiap peluang dan ruang yang ada itu adalah yang terakhirnya kali untuk nya. Misalannya peluang untuk menunaikan ketaatan serta kehambaannya terhadap Tuhan yang Esa, peluang untuk mengecapi sesuatu dalam hidupnya, peluang untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya, sanak saudaranya serta peluang untuk melakukan kebaikan serta meninggalkan sesuatu yang terindah untuk kenangan bersama sahabat-sahabatnya serta orang-orang yang di sayangi nya.

Dengan itu juga dia tidak akan pernah melepaskan peluang untuk terus menyayangi orang disekeliling dan berusaha untuk membuang setiap titik rasa benci, dendam dan kekecewaan nya terhadap mereka yang disayangi.

Maka dengan semangat itulah setiap perkara akan dilakukan dengan usaha untuk melaksankannya dalam erti kata yang terbaik pada setiap masa, setiap ketika dan walau di mana jua seolah-olah itu adalah detik terakhirnya. ini adalah kerana dia dapat merasakan serta memahami bahawasanya mati itu akan datang secara tiba-tiba.

Mudah-mudahan kita semua dapat menteladani para salafussolehyang sentiasa mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya. Mudah-mudahan juga mati sentiasa ' hidup' di hati kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...