Ukhwah Islamiyyah

Selasa, 30 April 2013

INI KALILAH - INSYA ALLAH


























Saya membesar di zaman yang agak Islamik pada waktu tu, di mana Forum Hal Ehwal Perdana Islam di TV1 selalunya menjadi santapan pada hari Khamis malam Jumaat.

Membesar dengan gelak tawa Ustaz Ismail Kamus, cuitan dakwah Tuan Ibrahim Tuan Man, keseriusan Dato' Haron Din dalam menyampaikan dakwah agamanya, dan lain-lain ulama' lagi ketika itu.

Namun, satu persatu daripada mereka diharamkan secara besar-besaran sejak 1997/98 kerana pandangan agama mereka telah bercanggah dengan kehendak kerajaan yang ada. Gelak tawa dakwah secara santai kian luput dalam jiwa rakyat Malaysia semenjak itu.

Ini berterusan sehingga ke hari ini, di mana yang terkini, Ustaz Azhar Idrus juga mengalami nasib yang sama. Program 'Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus' yang disiarkan di Astro Oasis ditamatkan penyiarannya atas pelbagai dakwaan yang direka - gara-gara Ustaz Azhar menyokong perjuangan Islam PAS.

Ayuh, marilah kita sama-sama lakukan perubahan pada 5 MEI ini untuk memastikan ulama' dan tokoh-tokoh agama kita tidak dihalang untuk menyampaikan dakwah kepada rakyat Malaysia.

SHARE UNTUK MENYEDARKAN MEREKA YANG LAIN. JUGA TUNJUKKAN KEPADA IBU-BAPA ANDA DI KAMPUNG SUPAYA MEREKA INGAT AKAN ULAMA-ULAMA INI.

Semoga kita sama-sama beroleh kemenangan di dunia & di akhirat.  INI KALILAH! InsyaAllah.

Isnin, 29 April 2013

IKUTI KISAH MENARIK INI - ALKISAH RAJA DAN ANJING


























ANDA PASTI TERPEGUN, TERSENTAK DAN TERBUKA MINDA. SHARE KAN KEPADA KAWAN-KAWAN YANG MEMERLUKANNYA!

6 hari sahaja. Usaha yang termampu untuk INI KALILAH.

---------------------------------------------------

Ketika Putera Ismail berusia 17 tahun, beliau menyelamatkan seekor anak anjing yang hampir lemas. Anjing itu diberi nama Si Perang.

Ketika itu, hujan lebat, tempat di mana anak anjing yang baru dilahirkan ini ditenggelami air. Ketika Putera Ismail tiba, semua anak anjing sudah meninggal, hanya tinggal Si Perang.

Si Perang seekor anjing yang cantik. Putera Ismail sangat menyukainya. Beliau mengarahkan seorang budak suruhannya untuk menjaga Si Perang – makan, minum, mandi dan membawa Si Perang keluar untuk membuang air tiga hari sekali.

Oleh kerana sayang pada Si Perang, Putera Ismail setiap petang datang menjenguk Si Perang untuk bermain dengannya sekejap. Putera Ismail tidak dapat meluangkan masa yang banyak kerana terpaksa membantu pentadbiran ayahnya yang kini uzur.

Pada usia 18 tahun, Putera Ismail ditabalkan sebagai Raja ekoran kematian bapanya.

Masa yang diluangkan bersama Si Perang semakin berkurang.

Ada satu ketika, Raja Ismail terpaksa keluar berperang – 6 bulan baginda tidak kembali... baca lanjut di http://bit.ly/ZJprYO

Satu lagi nukilan hebat Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Khamis, 25 April 2013

Perkataan Para Sahabah Tentang Umar Ibnu Khattab.


Abu Bakar assiddiq berkata :"Tidak ada seorang pun yang ada di muka bumi yg lebih aku senangi daripada Umar."

Ali b. Abu Talib berkata :"Jika disebutkan orang-orang soleh, maka sebutlah Umar. Kami tidak pernah meragukan bahawa ketenangan berbicara melalui lidah Umar."

Aisyah berkata :"Demi ALLAH, dia adalah orang yg sangat cerdik & tiada tandingannya."

Ibnu Umar berkata :"Aku tidak pernah melihat seorang pun setelah wafatnya Rasulullah orang yg lebih keras sikapnya & lebih pemurah daripada Umar."

Ibnu Abbas berkata :"Dia laksana burung terbang yg sangat berhati-hati, yg memandang bahawa seluruh jalan yg akan dilaluinya penuh dengan perangkap."

Ibnu Mas'ud berkata :"Andaikata ilmu Umar diletakkan pada 1 timbangan, maka ilmu seluruh manusia diletakkan pada timbangan yg lain, nescaya timbangan Umar akan jauh lebih berat."

Hudzaifah berkata :"Ilmu manusia itu laksana tersembunyi di otak Umar. Demi ALLAH, aku tidak mengenal seorang pun yg tidak takut terhadap cemuhan orang-orang yg mencemuh selain Umar."

[Tarikh al-Khulafa', Imam as-Suyuti, hal 135-136]

:: Ya ALLAH, Rahmatilah Umar Ibnu Khattab.

Selasa, 23 April 2013

Kisah Titanic Tenggelam Dalam Surah Yasin


























Ucaplah ''Subhanallah..''.Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan.Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44, AllahuAkhabar!!

: لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ 43.
Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith ''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah sayapun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu,Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic. Subhanallah..

Sabtu, 20 April 2013

PETUA UNTUK MENGGEMBIRAKAN HATI SEDIH



























1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit. 
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. 

Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau. 
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur. 
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda.

Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf. 
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati).

Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu.

Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

TIPS MEMELIHARA AKIDAH


Jumaat, 19 April 2013

Rumah Yang Disukai Malaikat

























Rumah bukan sekadar tempat kita berlindung dari panas dan hujan.. Rumah juga bukan sekadar tempat untuk kita berehat melepaskan lelah lenguh, setelah penat bekerja... Rumah juga mesti menjadi tempat yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dan juga menjadi tempat yang disukai oleh malaikat... Mudah-mudahan rumah yang disukai oleh Malaikat akan banyak rahmat, nikmat dan doa dari malaikat untuk kita...

Antara rumah yang disukai oleh malaikat ialah:

1. Rumah mereka yang bersuci dan berzikir..

2. Rumah orang yang rukuk dan sujud... ada ruang untuk solat berjemaah..

3. Rumah orang yang bersifat benar dan menunaikan janji..

4. Rumah yang makanannya halal...

5. Rumah yang penghuninya bersilatur rahim..

6. Rumah yang penghuninya berbuat baik terhadap ibu bapa..

7. Rumah suami isteri yang soleh dan solehah..

8. Rumah penghuninya tidak melakukan perkara haram dan mungkar..

9. Rumah yang penghuninya mengamalkan salam dan meminta izin..

10. Rumah yang penghuninya bersifat merendah diri dan hormat menghormati..

11. Rumah yang menolak perkara-perkara keji...

12. Rumah yang penuh kasih sayang antara penghuninya....

Jadikanlah rumah kita seperti yang disebutkan... Mudah-mudahan penuh rahmah dan berkah dari Allah SWT......insyaALLAH...amin.

GAME OVER - Menang atau Kalah?

























Mari lah kita semua MUHASABAH diri kita dan sentiasa mencari KEREDHAAN ALLAH.

Bayangkan RUANG yang SEMPIT (di dalam KERANDA)..
DI BALUTI KAIN KAPAN KESEORANGAN.

Tinggal lah DUNIA
Tiada lagi HARTA yang kita Kumpul..
Tiada lagi RUMAH Besar..
Tiada lagi KERETA Mewah..
Tiada lagi ISTERI Cantik..
Tiada lagi SUAMI Tampan
Tiada lagi ANAK-ANAK..
Tiada lagi pujian KAWAN-KAWAN..
Tiada lagi MAKANAN Kegemaran..
Tiada lagi PANGKAT dan KUASA..
Tiada lagi MASA untuk kita..
Yang tinggal hanyalah DIRI kita SENDIRI.
Menanti BALASAN dan GANJARAN.
Dengan apa yang kita LAKUkan semasa HIDUP kita
Di dunia ini segalanya PINJAMAN....

-MENANG atau KALAH-
Kita melawan NAFSU dan SYAITAN..
Itu atas PILIHAN DIRI kita sendiri.
Mungkin di DUNIA kita perLEKEHkan KAWAN-KAWAN.
Kita RASA kita ada Segalanya.
Kita PANDANG manusia berBEZA-BEZA.
Kita RASA kita lah paling SEMPURNA.
Kita RASA kita lah yang paling BERKUASA.

AKAN TETAPI........
Bila kita telah BERADA DALAM KERANDA INI
Mana perginya EGO kita???
Bolehkah kita mencari orang yg kita BENCI & kita
UMPAT - ORANG yang kita FITNAH & AIBKAN
untuk menebus DOSA???
Semua sudah TERLAMBAT.
LUPA kah kita bahawa semuanya bukan MILIK kita???.
Masing-masing ada 24 Jam..
Marilah kita FIKIR-FIKIR KAN..
Supaya tidak ada SESALAN
Di ALAM BARZAKH dan DI AKHIRAT kelak.

Yang belum lagi BERSOLAT….Mula kan lah sekarang
Yang mana tidak membaca Al-QURAAN…..
Mula kan sekarang wahai saudara2 ku yang dikasihi!
Yang JAHAT HATI & MULUT NYA BERTAUBAT LAH -
TAKUT KAN ALLAH DAN BALASAN NYA....
Kerana PEMBALASAN AZAB API NERAKA TERAMAT LAH
SIKSA DAN MENAKUT KAN.

Ya ALLAH...Kasihani lah kami Hamba-HambaMU yang
BERTAUBAT dan menjalan kan AMALAN kami dengan IKHLAS.

kredit: dari Kak Pah @ Ummie Sharifah.

Jihad Politik Adalah Lebih Afdhal



Rabu, 17 April 2013

Ingatan untuk Semua Petugas Pilihanraya & para Pengundi

























Walaupun kalian sibuk berusaha untuk menggulingkan Toghut ( penguasa yang zalim) jangan sibukkan diri kalian dari ingat Allah, bermunajat , solat hajat, baca al Quran & sedeqah..

Firman Allah swt dalam ayat 69 surah al Ankabut mafhumnya : Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

olehUstaz Zahazan Mohamed

Sabtu, 13 April 2013

Grade Dalam Solat @ Sembahyang


Peringkat-peringkat sembahyang atau grade dalam solat, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat Islam terbiar dan tiada pembela dan umat Islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. 

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Ta'ala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh menrungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

"Solat itu ibu pada segala ibadah." 

kredit: ahalim

Isnin, 8 April 2013

BINAAN ATAS KUBUR?


































Dari Abu al-Hayyaj al-Asadi, ia berkata, Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu berkata kepadaku:

"Ingatlah aku mengutusmu sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutusku: Janganlah kamu biarkan patung kecuali kamu hancurkan, dan janganlah pula kamu biarkan kuburan yang berlebihan kecuali kamu ratakan." (HR. Muslim : 696)

Dari Abu Tsumamah bin Syufiyyi, ia berkata, "Kami bersama Fudholah bin ’Ubaid berjihad di bumi Romawi, di daerah Rudais. Salah seorang sahabat kami meninggal dunia, lalu Fudholah bin ’Ubaid radhiyallahu ‘anhu memerintahkan kami agar meratakan kuburannya, lalu ia berkata:

"Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk meratakannya." (HR. Muslim: 968)

Bukan yang dimaksud meratakan kuburan harus meratakan kuburan dengan tanah, karena meninggikan kuburan sewajarnya dan tidak berlebihan bukanlah perbuatan yang terlarang. Akan tetapi yang dimaksud adalah meratakan semua kuburan dan tidak membedakan antara kuburan orang shalih dan yang lain, tidak pula meninggikan kuburan secara berlebihan dan tidak pula mendirikan bangunan di atasnya.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang umatnya mengecat kuburan, duduk di atasnya, dan mendirikan bangunan di atasnya." (HR. Muslim: 2242, Abu Dawud: 3226, Tirmidzi: 1052, Nasa’i: 2026)

Sebarkan kebenaran Ini..

“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim no. 2674).

kredit: dakwahdesign

Jumaat, 5 April 2013

Mengapa tak sokong perjuangan Islam?

























Soalan:

Tidakkah segala keterangan sudah sampai dengan jelas, bahawa perjuangan menegakkan Islam adalah kewajipan utama yang sepatutnya menjadi prioriti umat seluruhnya dalam melaksanakan amanat Allah. Kenapa realitinya tidak demikian, malah mengapa majoriti umat Islam, mengambil ‘side’ terus-menerus tidak menyokong perjuangan Islam? Mengapa hal sebegini boleh berlaku.

Jawapan:

Itulah dia manusia. Daripada jenis manusia yang anda sebutkan di atas itulah Allah menurunkan kitab al-Quran kepada mereka, mengajak mereka kepada Islam yang syumul. Membuka minda mereka supaya memahami makna kehidupan yang hakiki, iaitu hidup ini tidak habis dengan mati, kerana mati adalah permulaan kepada penghidupan yang sebenar.

Itulah yang al-Quran menyebutkan firman-Nya (mafhumnya): “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).” (al-Ankabuut: 64)

Bagi manusia yang telah dipengaruhi, dari segi pemikiran dan cara hidupnya, dengan keduniaan yang melampau, sehingga melupakan akhirat, maka tidak hairanlah dengan tindakan mereka yang membelakangi agama dan tuntutannya, dan terus-menerus memperjuangkan hal-hal keduniaan dengan membelakangi hal-hal keakhiratan, maka itulah yang disebutkan dalam soalan anda.

Sedangkan memperjuangkan agama Allah demi memartabatkannya dalam penghidupan yang sementara ini, adalah tuntutan utama yang wajib dilaksanakan.

Firman Allah (mafhumnya): “Allah telah menerangkan kepada kamu – antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah-belah atau berselisihan pada dasarnya.” Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat).” (asy-Syura: 13)

Ertinya, seluruh Rasul-rasul yang diutus Allah kepada manusia, daripada Adam as. Sehingga ke Muhammad saw, menjadi tugas mereka ialah menegakkan agama Allah, memartabatkan syariat Allah dan melaksanakan tuntutan wahyu dengan sebaik-baiknya, tanpa mengendahkan tentangan golongan kuffar yang sudah pasti akan menentang mereka.

Inilah yang Allah sebut khusus kepada Nabi Muhammad saw menerusi firman-Nya (mafhumnya): “Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.” (al-Hijr:94)

Penentang-penentang gerakan Islam ada di mana-mana dan ada bila-bila masa dari dahulu sehingga sekarang ke hari akan datang.

Cuba renung semula, hatta di zaman Rasulullah saw, penentang-penentang Islam wujud dengan ketara dari luar dan dari dalam. Dari luar golongan kuffar, malah dari kalangan keluarga baginda Rasulullah saw sendiri, bapa saudara dan emak saudara menentangnya, sepupu-sepapatnya dan rakan karib menentangnya.

Malah dari dalam organisasi Islam sendiri, iaitu daripada kalangan umat Islam yang berlegar hidup bersama Rasulullah saw, wujud penentang-penentang Islam, iaitu golongan al-munafikin.

Sehinggakan Allah berfirman (mafhumnya): “Dan antara orang-orang yang di sekeliling kamu daripada orang-orang Arab ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian daripada penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.” (at-Taubah: 101)

Jika itu realitinya, maka tidak hairanlah di zaman kita ini, ada orang Islam, yang walaupun mereka mengetahui Islam itu benar dan PAS yang memperjuangkan Islam itu mereka tahu benar, tetapi mereka tidak suka kepada undang-undang Islam.

Anehnya mereka mengaku bahawa mereka mukmin, beriman kepada Allah, tetapi tidak beriman kepada ayat-ayat-Nya, tidak percaya kepada hukum dan undang-undang-Nya.

Oleh kerana itulah Allah SWT mengajak kita yang faham dan sedar dengan kebenaran agama Allah, agar berjihad memperjuangkannya, tanpa mengambil kira golongan-golongan yang menentang kerana mereka menolak hidayah Allah dan kita memahaminya sebagai satu kewajipan.

Ayuh kita gembleng tenaga bersama-sama, mengajak diri dan masyarakat kita memperjuang dan memartabatkan agama Allah yang salah satu daripada cara atau jalannya, adalah bersama-sama dengan PAS. Untuk memperjuangkan Islam yang syumul.
Wallahua`lam.

Sumber: Bersama Dato Dr Haron Din

Apakah Ciri-ciri Kepimpinan Dalam Islam?

























Dalam Islam, menentukan dan memilih pemimpin adalah suatu perkara yang sangat penting dan wajib. Ini dibuktikan dalam sejarah Islam apabila wafatnya junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W, maka seorang khalifah terus dilantik menjadi pemimpin bagi mengantikan baginda sebelum pemakaman baginda S.A.W dilangsungkan.

Ijmak sahabat sepakat bahawa haram hukumnya kaum muslimin hidup tanpa adanya seorang khalifah atau pemimpin lebih dari tiga hari tiga malam.

Sabda Nabi S.A.W maksudnya, “Apabila keluar tiga orang dalam bermusafir maka hendaklah dilantik seorang ketua”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,“ Tidak halal bagi tiga orang yang berada di satu tempat melainkan dilantik seorang daripada mereka seseorang sebagai ketua.”
 (Hadis Riwayat Ahmad) 

Ini bermakna kepentingan melantik pemimpin untuk mengantikan kepimpinan yang telah berlalu untuk mengurus hal ehwal Islam dan melaksanakan kemaslahatannya adalah wajib. Atas sebab inilah Islam begitu memandang berat soal memilih pemimpin dalam semua peringkat kehidupan.

Persoalannya, bagaimanakah kita hendak menjadi pemimpin yang baik? Kita harus sedar bahawa pemimpin yang baik akan memberikan kesan yang amat besar terhadap masa depan Islam dan umatnya. Kita juga hendaklah memahami bahawa soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan ia adalah sebahagian tindakan atau perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak.

Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38 yang bermaksud : “Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya”. 

Sebagai pemimpin, kita hendaklah melaksanakan tugas secara berhati-hati dan tiada berkepentingan peribadi dan sebagainya. Jika kita gagal melaksanakan tugas dengan adil dan mengutamakan kebajikan untuk rakyat maka sudah tentulah amat bersalah dan akan diazab oleh Allah di akhirat kelak.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 41 yang bermaksud : “Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan”. 

Islam telah menjelaskan kepada kita bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik. Terdapat lapan ciri-ciri utama sebagai seorang pemimpin yang baik;

1. Seorang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi, sebaliknya bukan menjadikan agama sebagai ‘istihza’ atau dipermainkan. Justeru amanah sebagai pemimpin sebenarnya adalah ganti diri Rasulullah S.A.W ‘niabatan ‘anin nabi SAW’ untuk memelihara, menjaga dan melaksana syariat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat 41 yang maksudnya : “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”. 

2. Seseorang yang memiliki ‘al-Quwwah’ yakni kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental. Dalam al-Quran telah dijelaskan kisah dua anak perempuan Nabi Syu’aib a.s. meminta kepadanya agar memilih pekerja mengembala kambing daripada kalangan yang kuat bekerja dan amanah, inikan lagi soal memilih pemimpin yang sudah tentu skop menanggung kerjanya yang lebih luas dan amanahnya sangat besar memerlukan kekuatan semua sudut dan bidang.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26 yang maksudnya : “Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. 

3. Seseorang yang memiliki sifat takwa, kerana ciri-ciri inilah yang menjamin seseorang pemimpin itu berintegriti dan takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertakwa nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah ayat 103)

4. Seseorang pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh mana-mana pemimpin dan menjadikan ia sebagai prinsip asas pentadbiran untuk menjamin kepimpinannya yang dihormati, disegani dan disayangi. Jauhkan diri daripada pemimpin yang zalim yang tidak memberi keadilan dan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil…”. 

5. Seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap makhluk terhadap orang yang beriman”.
                                                                                                                     (Surah at-Taubat ayat 128) 

6. Seseorang pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan.

Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

7. Seseorang pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda (maksudnya) : “Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya”. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

8. Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh orang bawahannya, bukan berdusta dan menghampakan orang bawahannya.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah kepada kita bahawa dalam soal kepimpinan yang baik tidak boleh dilakukan secara tangkap muat. Sehubungan dengan itu Imam alQurtubi menjelaskan dalam kitab ‘Al-Jamik li Ahkamil Quran’ bahawa, “Bagi umat Islam dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.

Jika kalian diberi mandat untuk mengundi untuk memilih pemimpin yang baik maka pilihlah pemimpin yang amanah, berakhlak mulia dan bertakwa. Kalian akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti sekiranya kalian silap memilih pemimpin yang tidak berakhlak dan hanya mementingkan pembangunan duniawi berbanding dengan kehidupan di hari akhirat.

Hadis daripada Huzaifah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga Rasulullah di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan menemuiku di haudh”. (Hadis Riwayat Imam Ahmad) 

Marilah kita menjadi pemimpin yang takutkan Allah melebihi daripada segala-galanya. Kerana hanya pemimpin yang benar-benar takutkan Allah sajalah yang mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan jujur, amanah dan berdedikasi.

sumber: http://abubasyer.blogspot.com/2012/12/apakah-ciri-ciri-kepimpinan-dalam-islam.html

Rabu, 3 April 2013

Khidmat Komuniti Sosial


Memandangkan Parlimen sudah dibubarkan, dan selepas ini akan adanya kempen-kempen besar-besaran dan akan ditabur janji janji manis. Jadi berhati-hatilah bila berjanji dan berikrar. Dahulukan dengan Insya Allah (Dengan Izin Allah)

Sesungguhnya kita hamba yang lemah. Kita hanya merancang. Dia yang mengizinkan. Dialah sebaik-baik perancang.

Kami mengucapkan selamat berkempen dan selamat mengundi. Pilihlah pemimpin yang boleh menegakkan agama Islam, pemimpin yang menjaga solatnya, syariahnya, yang jujur dan amanah, membela rakyat tidak kira bangsa dan agama, Insya Allah.

Panduan Penting Bagi Seseorang Pengundi Muslim































Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah / ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.

Firman Allah: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).

Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. 

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: “Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

sumber: http://www.facebook.com/DrMAZA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...