Ukhwah Islamiyyah

Jumaat, 26 Februari 2010

MSN [ Majlis Solawat Nabi]

سم الله الرحمن الرحيم


MSN [ Majlis Solawat Nabi]
dipimpin oleh ustaz

Misbahul Munir daripada Madrasah Murattil Qur'an Masjid Al - Hidayah Seksyen 18, Shah Alam. Dan disambung dengan berzanji, khatam Quran, penyampaian hadiah...

Adakah kita terfikir, betapa mulia nya dan bersihnya hati nabi kita.... tetap tersenyum bila dibenci.... tetap tenang bila dimusuhi.... tetap membantu walau disakiti.... tetap menyeru walau diusir pergi....

tapi kenapa kita mudah membenci bila dikasari, mudah putus asa bila yg dilakukan tak menjadi, mudah kecewa bila org len tak memahami, mudah terguris bila dilukai...

Ayuh tarbiahkan diri, agar segala yg indah menghiasi peribadi kerana qudwah kita adalah nabi... itulah sifat hamba Allah yg hakiki...

Khamis, 25 Februari 2010

SALAM MAULIDUR RASUL 1431H

اللهم صلّ على محمد و على آل محمد


Alhamdulillah, kita masih diberi umur untuk menyambut sambutan Maulidurrasul untuk 1431 hijrah ini. Segar ingatan tentang tarikh 12 Rabiul Awal tahun gajah semasa kelahiran baginda RasulAllah Muhammad (SAW). Tahunnya sahaja dah jadi tahun gajah. Signifikan tentang 1 batalion gergasi yang menyerang kota Mekah dek kerana kemajuan ekonomi yang dikecami Mekah oleh tentera Abrahah.

Apabila ditanya apakah yang signifikan tentang sambutan Maulid ini kepada beberapa remaja muslim yang ber”bin” dan “binti”kan islam dan berbangsakan melayu, amat malu sekali apabila mereka menjawap, Maulidurrasul itu cuti umum, dan lebih sadis apabila kebanyakan mereka masih belum tahu lagi apakah itu Maulid. Kebanyakan mereka tidak pernah melupakan hari lahir mereka dan orang-orang yang mereka sayang. Tapi, alangkah lekehnya RasulAllah sehingga sejarahnya hanya menjadi penyebab untuk cuti umum. Lebih dahsyat, pada malam cuti Maulid ini juga beberapa orang remaja islam kita dicekup dek kerana berpesta seks di ibu negara. Apakah lagi yang tinggal dalam mengenangkan peristiwa besar yang membawa kepada intifada besar dalam sejarah Islam kita?

TIADA!

Yang menjawap dengan tepat pun, masih juga tidak mengerti secara mendalam sirah nabawiah yang kita junjung selama ini. Benar kata Muhammad (SAW) pada akhir zaman, umat baginda hanya berislam pada nama sahaja. Jika kali ini saya (mewakili warga Prihatin dari Rumah Pengasih) bertanya pada anda…apakah yang anda jelas tentang MaulidurRasul? Anda boleh karang jawapan anda sekarang dalam kepala sebelum membaca para yang seterusnya.

Ramai yang mungkin tidak tahu tentang sedikit inkripsi dalam Al-Quran tentang sirah ini. Muhammad ataupun bermaksud (Orang-orang yang terpuji) dilahirkan dengan berbapakan Abdullah (Hamba Allah) dan beribukan Aminah (Yang membenarkan) serta beribu angkatkan Halimatunsaadiah yang juga sebagai ibu asuhan Muhammad (SAW). Secara bijak kita dapat perhatikan, bahawa orang-orang yang terpuji PASTI datang dari kombinasi ketiga-tiga elemen kekeluargaan ini.

1. Abdullah – Seorang bapa yang mengabdikan diri kepada Allah
2. Aminah – Seorang ibu yang membenarkan pengabdian Abdullah. Walaupun Abdullah wafat sebelum kelahiran Muhamad (SAW)
3. Halimatunsaadiah – Ibu asuhan yang pantas mendidik norma-norma tradisi di luar kota mekah yang jauh dari kejahilan Musyrikin Mekah ketika itu.

Kombinasi 3 mereka terlahirlah Muhammad (SAW) yang mulia dan terpuji. Seorang tokoh penyatuan umat dunia dengan 1 kefahaman iaitu kefahaman ISLAM yang hakikat. Dalam konsep kekeluargaan, telah ramai kini yang meletakkan pengaturan rumahtangga kepada ibu, bapa dan anak-anak. Kesemuanya mempunyai kata putus. Sedar atau tidak, itulah punca cerai berai dan kebiadaban akhlak yang kita tonton pada era ini. Abdullah mengamalkan Islam dengan 1 sistem yang meletakkannya sebagai ketua keluarga yang mempunyai kuasa autonomi dalam keluarga. Penghambaannya kepada Allah mesti dibenarkan oleh Aminah. Sehinggakan, anak yatim ini boleh terbentuk begitu hebat sebagai seorang manusia berkarisma. Walhal, kenabiannya hanya setelah baginda berumur 40 tahun.


Aminah menghantar Muhamad (SAW) untuk diasuh oleh Halimah. Konsep multiple-input berlaku apabila baginda RasulAllah mendapat pendedahan kepada hidup susah di kampung dengan cara hidup dan peradaban yang tradisional. Jauh dari hiruk pikuk Kota Mekah. Walhal, Muhammad adalah anak orang bangsawan yang wajar berhidup mewah. Atuknya sahaja seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berdagang sehingga ke Yaman, Sham, Taif dan Yathrib sementara bapa saudaranya Abu Talib merupakan seorang yang hebat berniaga dan juga bangsawan Mekah. Bapa Muhammad (Abdullah) juga merupakan seorang peniaga. Adakah kini kita ambil iktibar dengan sorotan peristiwa ini? Ramai anak-anak Islam kita yang melacurkan Islam sebagai agama budaya sahaja. Kebiadaban akhlak mereka datang dari kemewahan yang dicipta oleh bapa dan ibu mereka.

Terlalu banyak pelajaran-pelajaran sekiranya hendak diceritakan di sini. Cukup lah buat kali ini, hidangan yang sedikit ini untuk kita menghayati MauliduRasul dengan 1 kefahaman yang mendalam.

Rabu, 24 Februari 2010

Maulidur Rasul vs Valentine

سم الله الرحمن الرحيم


Kenapa Umat Islam perlu mengenang kembali kelahiran Rasulullah S.A.W?

“dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur” – 14:5

Betapa HEBATNYA keperibadian Rasulullah S.A.W, mengapa sukar bagi kita untuk mencontohinya?

“Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya” – 33:21

Rasulullah RINDU ummat akhir zaman

…”Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka menbaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku” jelas Rasulullah. “Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka ,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


Sejambak mawar merah, Love Heart Chocolate dan sekeping kad merah tercatat
Be My Valentine…

Senaskah Qur'an, himpunan sunnah, Darah perjuangan memperluas dakwah dan sebaris ayat cinta terlafaz saat sakarnya
Ummat ku...Ummatku...

si Valentine itu punya jiwa seorang Paderi, hamba yang tidak meng-ESA-kan ALLAH, tradisi CINTA nya hanya buat kamu berilusi, tentang sebuah cinta yang penuh drama.
Jiwa Muhammad s.a.w adalah jiwa yang mulia & suci, yang lebih mencintaimu berbanding kamu mencintainya.. yang lebih merisaukan hidupmu lebih dari kamu merisaukan hidupmu sendiri. CINTA nya bukan satu ilusi atau tradisi, CINTA nya total pada ALLAH dan seluruh ummat dan kamu menyebut namanya dalam SYAHADAH, mana mungkin hanya LAFAZ tanpa CINTA ?
Mari kenali Muhammad s.a.w melalui sirahnya kerana tak kenal maka tak CINTA.

Jumaat, 12 Februari 2010

Valentine’s Day ?

سم الله الرحمن الرحيم


Budaya Hari Kekasih bercanggah syariat Islam
ANTARA produk yang dijadikan hadiah dijual peniaga menjelang sambutan Hari Kekasih.
Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian
TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.
Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan Jakim membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ahad, 7 Februari 2010

KEMANISAN IMAN

سم الله الرحمن الرحيم



Biarlah kita tinggal di pondok kecil dan terpencil, makan nasi berlaukkan ikan kering, dan mungkin kita dipulau dan disisihkan daripada masyarakat kerana fitnah dan sebagainya, namun selagi kita mengerjakan solat lima waktu dengan penuh khusyuk, mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, insyaAllah hidup kita akan merasai nikmat kebahagiaan sekalipun orang melihat kita dalam penderitaan.

Sabtu, 6 Februari 2010

DOA JIWA HAMBA

سم الله الرحمن الرحيم


"Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu, telah berjumpa pada taat-MU.Telah bersatu dalam dakwah padaMU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. tunjukkanlah jalan-jalaNnya .Penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar . Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalan-MU"..............

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami….

Doa ku yang mengharap hanya dari Mu ya Ilahi,

Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil..

Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri ni’matMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami Ya Allah, iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatmu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama kami. Jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, pinta perkenankanlah.

Ya Allah kini menjelanglah malamMu dan beredarlah sudah siangMu, dan inilah keluhan suara orang-orang yang berdoa padaMu, maka oleh itu ampunilah dosaku. Ya Allah, Engkau mengetahui hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati2 ini dgn limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati2 ini dgn ma’rifat tentangMu…maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.

Ya Allah, Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmah, ajarkanlah kami, Ya Allah Tuhan yang mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.

“maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih kepada Daud. Dan kamilah yang melakukannya” (al-Anbiya’:79)

Wahai Tuhan nabi Sulaiman, juga Tuhan nabi Ibrahim, wahai Tuhan nabi Musa dan nabi Isa, wahai Tuhan nabi Muhammad s.a.w., selamatkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, tambahkan ilmu kepada kami, dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami cahaya dengan cahaya ilmuMu, dan jauhkanlah kami dari lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

Robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrataa’yun wajaalna lil muttaqina imama.
kuakhiri dengan doa untuk dunia dan akhirat ku hanya padaMu jua Ya Rabb.



GOLONGAN YANG DIRINDUKAN SYURGA

سم الله الرحمن الرحيم


4 ORANG YANG DIRINDUKAN SURGA

Kita yakin… siapapun kita, pada serata sosial manapun kita, apapun profesion kita, di bumi manapun kita berpijak pasti mahu menjadi orang yang dirindukan oleh syurganya Allah SWT. Tempat yang di idam-idamkan oleh seluruh makhluk Allah, tempat yang tidak terdengar di dalamnya perkataan yang tak berguna, sia- sia dan dusta, didalamnya ada mata air yang mengalir, takhta-takhta yang ditinggikan, gelas-gelas berisi minuman yang terletak dekat, bantal-bantal sandaran yang tersusun, permadani-permadani yang terhampar, kebun-kebun dan buah anggur, gadis-gadis remaja yang sebaya.

Rasulullah SAW, mengatakan :” Syurga merindukan empat orang:

Pertama, orang yang senantiasa membaca Al-Qur’an. Nampaknya wajar jikalau syurga merindukan ahli qur’an ini karena sejak didunia saja mereka sudah diservis oleh Allah dengan ketenangan bathin, kasih sayang-Nya, kecintaannya, kemuliaan dan selalu di ingat oleh-Nya.

Kedua, penjaga lidah. Memang lidah tak bertulang tapi ia lebih tajam dari sebilah pedang, dampaknya akan mengakibatkan peperangan antara suami isteri, antara kelompok, bahkan antara dua bangsa. Kesan negatifnya akan membuat orang menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikkan yang kita buat seperti api memakan kayu bakar, akan membuat puasa jadi hampa dan sia-sia. Namun bila kita menjaganya, subhanallah… begitu banyak kenikmatan akan kita raih, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdo’a.

Ketiga, pemberi makan orang yang kelaparan. Sungguh, Allah Yang Maha berterimakasih (Syakuur) akan membalas sekecil apapun kebaikkan kita kepada orang lain. Bila kita memberi minum kepada saudara kita yang kehausan maka Allah akan memberi kita minum pada hari kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga. Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, niscaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhir nanti, Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, niscaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti, bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan, yakinlah bahwa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba manakala sang hamba menolong saudaranya.

Keempat, Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Di bulan yang mulia yang penuh berkah, rahmat, ampunan ini Allah menjanjikan kepada kita akan pembebasan dari panasnya api neraka, pedihnya azab neraka dan kejamnya siksa neraka bila kita berpuasa, dan menghidupkan malamnya dengan shalat, qiro’at dan kholwat serta ibadah apapun dengan hanya mengharap redha-Nya.

Bila empat amal ini kita lakukan, nampaknya wajarlah bila syurga merindukan kehadiran kita…Amien.

Pesanan Imam Ghazali

سم الله الرحمن الرحيم

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran)

Apakah yang jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 : Negara China
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita tetapi kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebb itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Apakah yang paling besar di dunia ini?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Bumi
Murid 3 : Matahari

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-Araf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Apakah yang paling berat di dunia ini?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Arab : 72). Tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah.

Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar tapi yang paling ringan sekali di dunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?
Semua dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA kerana melalui lidah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dna melukai perasaan saudaranya sendiri.

Khamis, 4 Februari 2010

RENUNGAN : Amalan Di Hari Jumaat

سم الله الرحمن الرحيم


Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Shahih, al-Bukhari:880, Muslim:846)

2)-Membanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Kata Nabi SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Shahih, Abu Dawud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

3)-Membanyakkan berdoa terutama diakhir waktu asar. “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelas asar.” (Shahih, Abu Dawud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

4)-Membaca surah al-Kahfi. Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Shahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

5)-Berjalan kaki dan bersegera ke masjid. Kata Nabi SAW: “Sesiapa yang memandikan atau mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Shahih:Sunan Abi Daud: 345, al-Albani mensahihkannya)

Kesilapan-Kesilapan di hari Jumaat.

1)-Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)

2)-Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat. Kata Nabi SAW: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Dawud:1332, disahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3)-Tidak memenuhkan saf hadapan. Kata Nabi SAW: “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat dihadapan saf paling hadapan, nescaya akan dilakukan undian. [bagi mendapatkan saf hadapan]” (Shahih, Muslim:439)

4)-Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah. “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)

5)-Tidak melakukan solat tahiyatul masjid apabila tiba ketika imam berkhutbah. Kata Nabi SAW: “ Jika salah seorang daripada kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)

6)-Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang. Firman Allah: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

7)-Bercakap ketika khutbah. Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Shahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

8)- Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib. Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, dishahihkan oleh al-Albani)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...